akta pendidikan 1996 (akta 550)

Upload: anita-tie-mei-hua

Post on 10-Oct-2015

396 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

TRANSCRIPT

Slide 1

Anita Tie Mei Hua, Ler Shi Yun,Wong Kie WenAkta Pendidikan 1996 (Akta 550)Akta ini dinamakan Akta Pendidikan 1996.Hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.BAHAGIAN I PERMULAAN 2. Tafsiran.Tafsiran PerkataanMakna Bahasa cinaDikenali sebagai MandarinBahasa kebangsaanBahasa Melayu seperti yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan PersekutuanTafsiran PerkataanMakna Ditetapkan Ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta iniFoo yang diluluskanFoo yang diluluskan oleh MenteriTafsiran PerkataanMakna Guru/ Guru besar atau pengetuaMengajar murid di sesuatu institusi pendidikanMengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagai atau melalui pusat pendidikan jarak jauhTafsiran PerkataanMakna Guru berdaftarMana-mana guru yang didaftarkan di bawah akta iniIbu bapaPenjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang muridTafsiran PerkataanMakna Institusi pendidikansekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatuorganisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidaktermasuk(a) mana-mana tempat di mana pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau(b) mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini;Tafsiran PerkataanMakna Institusi pendidikan tinggiInstitusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengannyaKelas peralihanKelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid daripada sekolah rendah yang menggunakanbahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendahTafsiran PerkataanMakna Ketua NazirKetua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1)Ketua pendaftarKetua Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2)Tafsiran PerkataanMakna Ketua PengarahKetua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3Kurikulum KebangsaanKurikulum yang ditetapkanKurikulum Prasekolah

Garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika

Muridseseorang tanpa mengira umurnyayang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikanTafsiran PerkataanMakna Pegawai Pendidikanberhubungan dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yangdilantik di bawah perenggan 4(b)Pekerjaorang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain daripada pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 6 1(2)Tafsiran PerkataanMakna PendaftarPendaftar Sekolah dan Guru yangdilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklahKetua PendaftarPendidikan Khas

Pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid

Pendidikan Lepas Menegahpendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasukpendidikan tinggiTafsiran PerkataanMakna Pendidikan Menengah pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah danmenengah atasPendidikan Menengah Atas

pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengahrendahPendidikan Menengah Rendahkursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudahtamat mengikuti pendidikan rendahTafsiran PerkataanMakna Pendidikan pengembanganPendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikanPendidikan Prasekolah

program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahunPendidikan Rendahkursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempohantara lima hingga tujuh tahunTafsiran PerkataanMakna Pendidikan Tinggipendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggiPengarah Pendidikan

Pengarah Pendidikan sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah seksyen 4Pengelolaorang yang diberikan kuasa dibawah suratcara pengelolaan untuk mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikanTafsiran PerkataanMakna Penolong PendaftarPenolong Pendaftar Sekolah atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut manamana yang berkenaan, yang dilantik di bawahsubseksyen 5(3)Perkhidmatan Pendidikan

Suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (1)(h) Perkara132 Perlembagaan PersekutuanPihak Berkuasa NegeriRaja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan, bagi sesuatu Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan AgongTafsiran PerkataanMakna Premismana-mana bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah manamana bangunan bagi maksud menyediakan tempattingga! dan kemudahan lain bagi murid dan kakitanganinstitusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan ituTafsiran PerkataanMakna Pusat Pendidikan Jarak Jauhtempat, organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran ataupengajaran melalui media elektronik semata-mata;melalul surat semata-mata;sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedahkaedahpengajaran yang lain; atau sebahagiannya melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedahkaedah pengajaran yang lain;Tafsiran PerkataanMakna Sekolah tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas ataulebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yangpengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata Tafsiran PerkataanMakna sekolah bantuan kerajaan / institusi pendidikan bantuan kerajaan sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh Tafsiran PerkataanMakna sekolah gaya pos sesuatu organisasi atauinstitusi yang menyediakan ajaran atau pengajaranmelalui surat Tafsiran PerkataanMakna sekolah jenis kebangsaan sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan(a) yang menyediakan pendidikan rendah yangsesuai bagi murid dan umur enam tahun;Tafsiran PerkataanMakna sekolah jenis kebangsaan (b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamilsebagai bahasa pengantar utama; (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib Tafsiran PerkataanMakna sekolah kebangsaan sekolah Rendah kerajaanatau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun;(b) yang menggunakan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama;Tafsiran PerkataanMakna sekolah kebangsaan (c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib; dan (d) di mana kemudahan bagi pengajarani. bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang kurangnya lima belas orang murid disekolah itu memintanya; dan

Tafsiran PerkataanMakna sekolah kebangsaan

ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurangkurangnyahima belas orang murid di sekolah itu memintanya.

Tafsiran PerkataanMakna sekolah kerajaan / institusi pendidikan kerajaansekolah atau institusi pendidikan yangditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV Tafsiran PerkataanMakna sekolah khas sekolah yang menyediakanpendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41 Tafsiran PerkataanMakna sekolah menengah sekolah yang menyediakanpendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang barusahaja tamat mengikuti pendidikan rendah Tafsiran PerkataanMakna sekolah menengah kebangsaan sekolahmenengah kerajaan atau sekolah menengah bantuanKerajaan (a) yang menyediakan kursus pendidikanmenengah selama lima tahun yang sesuai bagimurid yang baru sahaja tamat mengikutipendidikan rendah;Tafsiran PerkataanMakna sekolah menengah kebangsaan (b) yang menggunakan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama;(c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagaimatapelajaran wajib; Tafsiran PerkataanMakna sekolah menengah kebangsaan

(d) di mana kemudahan bagi pengajarani. bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurangkurangnyalima belas orang murid disekolah itu memintanya;bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabahdan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnyalima belas orang murid di sekohah itu memintanya; dan

Tafsiran PerkataanMakna sekolah menengah kebangsaan iii. bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasaasing lain boleh diadakan jikadidapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan(e) yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan, dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan

Tafsiran PerkataanMakna sekolah rendah sekolah yang menyediakanpendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dan enam tahun Tafsiran PerkataanMakna sekolah swasta / institusi pendidikan swasta sekolah atau institusi pendidikan yang bukansekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan Kerajaan Tafsiran PerkataanMakna sumbangan bantuan apa-apa bayarandaripada wang awam, selain daripada sumbanganmodal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan Tafsiran PerkataanMakna sumbangan modal bayaran daripada wangawam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi(a) mengadakan bangunan;(b) mengubah atau menambah premis yang sedia ada;(c) mengadakan perabot atau kelengkapan bagipremis yang baru, diubah atau ditambah; atau(d) apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan; Tafsiran PerkataanMakna Surat surat yang disampaikan dengan tanganatau melalui pos Tafsiran PerkataanMakna Suratcara Suratcara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalamseksyen 53 Tafsiran PerkataanMakna Tadika mana-mana tempat di manapendidikan prasekohah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih Tafsiran PerkataanMakna tarikh yang ditetapkan tarikh Akta ini mula berkuatkuasa Tafsiran PerkataanMakna Tempat mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian Tafsiran PerkataanMakna Umur umur yang dicapai oleh murid itu pada haripertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yang berkenaan. BAHAGIAN II PENTADBIRAN3. Perlantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Pendidikan yang hendaklah dilantik oheh Yang di- Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan.

(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan. 4. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain. Maka hendaklah ada - (a) bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan (b) bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di daham sesuatu Negeri yang ditentukan boleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang hendaklah dilantik oleh Menteri. 5. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2) Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.

(3) Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap Negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini 5. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru(4) Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.

(5) Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsifungsi sedemikian bohehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

(6) Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar. 6. Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah.

(2) Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini

(3) Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah. 7. Pengarah Peperiksaan. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Pengarah Peperiksaan dan boleh melantik pegawai-pegawai lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(2) Pengarah Peperiksaan hendaklah, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalian peperiksaan bagi maksud Akta ini. 8. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am. Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan- arahan yang bersifat am, dan tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh, dan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai itu di bawah, Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan segala hal yang didapati oleh Menteri menyentuh Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan pegawai itu hendakhah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian. 9. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas. Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana anggota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 6 1(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta Pehajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian. BAHAGIAN III MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN 10. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. (1) Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.

(3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian in setiap anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakiuk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat perlantikannya.

(4) Apa-apa perlantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan daham Warta. 11. Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. (1) Menteri boleh merujukkan apa-apa perkara berhubungan dengan pendidikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya. (2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah. apabila apa-apa perkara dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepada Menteri.12. Hak kehadiran Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakan wakil-wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.13. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melalui peraturan-peraturan sedemikian membuat peruntukan tentang (a) bilangan anggota Majlis; (b) terma dan syarat jawatan anggota; (c) mesyuarat dan prosedur Majlis; (d) perlantikan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil Majlis; dan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri bagi Majlis berfungsi dengan sepatutnya. 14. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawalselia prosedurnya sendiri. Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal-selia prosedurnya sendiri. BAHAGIAN IV SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bab 1Sistem Pendidikan Kebangsaan15. Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat. Sekolah ekspatriat = sekolahantarabangsa Cth: Chinese Taipei School (Pulau Pinang) 6116. Kategori institusi pendidikan. Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu (a) institusi pendidikan kerajaan; (b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan (c) institusi pendidikan swasta17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. 18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan. 18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. (3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.

(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual. Sekian,terima kasih.