akta pendidikan 1996[1]

Upload: roszelan-majid

Post on 31-May-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    1/92

    AKTA PENDIDIKAN 1996(Akta 550)

    Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagipendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitandengannya.

    [31hb Disember 1997]

    BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalahpenentu utama arah tujuan negara dan penyelamatbangsa:

    DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untukmembolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu,kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam duniayang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesandaripada perkembangan pesat sains, teknologi danmaklumat:

    DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai perananpenting dalam menjayakan wawasan negara demi untukmencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segikemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan

    rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatumasyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dandinamik:

    DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untukmenghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individusepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:

    DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaanadalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaanyang dizahirkan seperti yang berikut:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    2/92

    2berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung-

    jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakatdan negara:

    DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikankebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikanadalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupukperpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsipRukunegara:

    DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yangperlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, denganmenyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidakmelibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah,untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa muridharus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:

    MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUATUNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, sepertiberikut:

    BAHAGIAN I

    PERMULAAN

    1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996

    dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yangditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalamWarta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yangberlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Aktaini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    3/92

    32. Tafsiran.

    Dalam Akta ini melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain

    bahasa Cina ertinya bentuk bahasa Cina yangbiasanya dikenali sebagai Mandarin;

    bahasa kebangsaan ertinya bahasa Melayusebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152Perlembagaan Persekutuan;

    ditetapkan ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

    fee yang diluluskan ertinya fee yang diluluskan oleh

    Menteri;

    guru ertinya seseorang yang

    (a)mengajar murid di sesuatu institusipendidikan; atau

    (b)menyediakan atau mengeluarkan bahanpelajaran atau memeriksa jawapan yangdikembalikan di, bagi atau melalui pusatpendidikan jarak jauh,

    dan termasuklah guru besar atau pengetua;~

    guru berdaftar ertinya mana-mana guru yangdidaftarkan di bawah Akta ini;

    ibu bapa termasuklah penjaga dan mana-mana orangyang mempunyai kawalan di sisi undang-undang ataukawalan sebenar ke atas seseorang murid;

    institusi pendidikan ertinya sekolah atau mana-manatempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatuorganisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama

    ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklahtadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidaktermasuk

    (a)mana-mana tempat di mana pengajarannyaterbatas kepada pengajaran mana-manaagama semata-mata; atau

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    4/92

    4(b)mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh

    Menteri melalui pemberitahuan dalam Wartasebagai bukan institusi pendidikan bagimaksud Akta ini;

    institusi pendidikan tinggi ertinya institusipendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yangmembawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atauyang setaraf dengannya; -

    t

    kelas peralihan ertinya kelas di sekolah menengahyang menyediakan ajaran selama satu tahun untukmurid daripada sekolah rendah yang menggunakanbahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagaibahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan

    menengah rendah;

    Ketua Nazir ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantikdi bawah subseksyen 6(1);

    Ketua Pendaftar ertinya Ketua Pendaftar Sekclahdan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dantermasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah danGuru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);

    Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Pendidikan

    yang dilantik di bawah seksyen 3;~ t

    Kurikulum Kebangsaan ertinya kurikulum yangditetapkan;

    kurikulum prasekolah ertinya garis panduankurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawahseksyen 22 bagi kegunaan tadika;

    murid ertinya seseorang tanpa mengira umurnyayang kepadanya pendidikan atau latihan sedangdiberikan di sesuatu institusi pendidikan;

    Pegawai Pendidikan, berhubungan dengan sesuatudaerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yangdilantik di bawah perenggan 4(b);

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    5/92

    5pekerja ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu

    lembaga pengelola, selain daripada pengelola, guru ataumana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakanoleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 6 1(2),mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diambilkerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalamkerja yang berkaitan dengan perjalanan ataupentadbiran sesuatu institusi pendidikan;

    -

    Pendaftar ertinya Pendaftar Sekolah dan Guru yangdilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklahKetua Pendaftar;

    pendidikan khas ertinya pendidikan yangmenyediakan keperluan pendidikan khas murid;

    pendidikan lepas menengah ertinya pendidikan yangdisediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikutipendidikan menengah atas, tetapi tidak termasukpendidikan tinggi;

    pendidikan menengah ertinya pendidikan yangterdiri daripada pendidikan menengah rendah danmenengah atas;

    pendidikan menengah atas ertinya pendidikan yangsesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid

    yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengahrendah;

    pendidikan menengah rendah ertinya kursus tigatahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudahtamat mengikuti pendidikan rendah;

    pendidikan pengembangan ertinya pendidikansepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidakmengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan;

    pendidikan prasekolah ertinya program pendidikanbagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

    pendidikan rendah ertinya kursus pengajian padaperingkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enamtahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempohantara lima hingga tujuh tahun;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    6/92

    6pendidikan tinggi ertinya pendidikan yang

    disediakan oleh institusi pendidikan tinggi; -

    Pengarah Pendidikan ertinya Pengarah Pendidikansesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantikdi bawah seksyen 4;

    pengelola ertinya orang yang diberikan kuasa dibawah suratcara pengelolaan untuk mentadbirkan ataumenguruskan suatu institusi pendidikan:

    Penolong Pendaftar ertinya Penolong PendaftarSekolah atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawahsubseksyen 5(3);

    -

    Perkhidmatan Pendidikan ertinya suatuperkhidmatan awam di bawah perenggan (1)(h) Perkara132 Perlembagaan Persekutuan;

    Pihak Berkuasa Negeri ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan, bagi sesuatu WilayahPersekutuan, Yang di-Pertuan Agong;

    ~ ~ ~ ~.J

    premis ertinya mana-mana bangunan yang digunakansebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempattingga! dan kemudahan lain bagi murid dan kakitanganinstitusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanahyang menjadi tapak bangunan itu;

    -

    pusat pendidikan jarak jauh ertinya tempat,organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran ataupengajaran

    (c)melalui media elektronik semata-mata;(d)melalul surat semata-mata;(e)sebahagiannya melalui media elektronik dansebahagian lagi melalui surat atau kaedah-

    kaedah pengajaran yang lain; atau

    (f) sebahagiannya melalui media elektronik dansebahagian lagi melalui surat dan kaedah-kaedah pengajaran yang lain;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    7/92

    7sekolah ertinya tempat di mana sepuluh orang atau

    lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas ataulebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yangpengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana

    agama semata-mata;

    sekolah bantuan kerajaan atau institusi pendidikanbantuan kerajaan ertinya sekolah atau institusipendidikan yang menerima sumbangan modal dansumbangan bantuan penuh;

    sekolah gaya pos ertinya sesuatu organisasi atauinstitusi yang menyediakan ajaran atau pengajaranmelalui surat;

    sekolah jenis kebangsaan ertinya sekolah rendahkerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan

    (a)yang menyediakan pendidikan rendah yangsesuai bagi murid dan umur enam tahun;

    (b)yang menggunakan bahasa Cina atau Tamilsebagai bahasa pengantar utama; dan

    (c)yang menjadikan bahasa kebangsaan danbahasa

    (d)Inggeris sebagai mata pelajaran wajib,sekolah kebangsaan erti sekolah Rendah kerajaan

    atau sekolah rendah bantuan kerajaan

    (a)yang menyediakan pendidikan rendah yangsesuai bagi murid dan umur enam tahun;

    (b)yang menggunakan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama;

    (c)yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib; dan(d)di mana kemudahan bagi pengajaran

    i. bahasa Cina atau Tamil hendaklahdiadakan jika ibu bapa sekurang-

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    8/92

    8kurangnya lima belas orang murid disekolah itu memintanya; dan

    ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklahdiadakan jika didapati munasabahdan praktik berbuat sedemikian danjika ibu bapa sekurangkurangnyahima belas orang murid di sekolahitu memintanya;

    sekolah kerajaan atau institusi pendidikankerajaan ertinya sekolah atau institusi pendidikan yangditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteridi bawah Bahagian IV;

    sekolah khas ertinya sekolah yang menyediakanpendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

    sekolah menengah ertinya sekolah yang menyediakanpendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang barusahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;

    sekolah menengah kebangsaan ertinya sekolahmenengah kerajaan atau sekolah menengah bantuankerajaan -

    (a)yang menyediakan kursus pendidikanmenengah selama lima tahun yang sesuai bagimurid yang baru sahaja tamat mengikutipendidikan rendah;

    (b)yang menggunakan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama;

    (c)yang menjadikan bahasa Inggeris sebagaimatapelajaran wajib;

    (d)di mana kemudahan bagi pengajarani. bahasa Cina atau Tamil hendaklah

    diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid disekolah itu memintanya;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    9/92

    9ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklah

    diadakan jika didapati munasabahdan praktik berbuat sedemikian danjika ibu bapa sekurang-kurangnya

    lima belas orang murid di sekohahitu memintanya; dan

    iii. bahasa Arab, Jepun, Jerman atauPerancis atau mana-mana bahasaasing lain boleh diadakan jikadidapati munasabah dan praktikberbuat sedemikian; dan

    (e) yang menyediakan murid bagi apa-apapeperiksaan sebagaimana yang ditetapkan,

    dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yangmenyediakan kelas peralihan;

    sekolah rendah ertinya sekolah yang menyediakanpendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumurdan enam tahun;

    sekolah swasta atau institusi pendidikan swastaertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukansekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuankerajaan;

    sumbangan bantuan ertinya apa-apa bayarandaripada wang awam, selain daripada sumbanganmodal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan;

    sumbangan modal ertinya bayaran daripada wangawam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi

    (a)mengadakan bangunan;(b)mengubah atau menambah premis yang sedia

    ada;

    (c)mengadakan perabot atau kelengkapan bagipremis yang baru, diubah atau ditambah; atau(d)apa-apa maksud lain sebagaimana yang

    ditetapkan;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    10/92

    10surat ertinya surat yang disampaikan dengan tangan

    atau melalui pos;

    suratcara pengelolaan ertinya suratcara

    pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalamseksyen 53;

    tadika ertinya mana-mana tempat di manapendidikan prasekohah disediakan untuk sepuluh orangmurid atau lebih;

    tarikh yang ditetapkan ertinya tarikh Akta ini mulaberkuatkuasa;

    tempat ertinya mana-mana tempat, sama ada tempatawam atau persendirian;

    umur, berhubungan dengan seseorang murid,ertinya umur yang dicapai oleh murid itu pada haripertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yangberkenaan.

    BAHAGIAN IIPENTADBIRAN

    3. Perlantikan dan kewajipan Ketua PengarahPendidikan.

    (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua PengarahPendidikan yang hendaklah dilantik oheh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalamPerkhidmatan Pendidikan.

    (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasadan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya olehAkta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang halyang berkaitan dengan pendidikan.

    4. Pengarah Pendidikan Negeri dan PegawaiPendidikan lain.

    Maka hendaklah ada -

    (a)bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    11/92

    11lain di dalam Malaysia yang ditentukan olehMenteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan

    (b)bagi setiap daerah atau bagi mana-manakawasan lain di daham sesuatu Negeri yangditentukan boleh Menteri, seorang PegawaiPendidikan yang dinamakan sedemikian bagimaksud Akta ini,

    yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

    5. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

    (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua PendaftarSekolah dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

    (2) Menteri boleh melantik seorang TimbalanKetua Pendaftar Sekolah dan Guru.

    (3) Menteri hendaklah melantik seorang PendaftarSekolah dan Guru bagi setiap Negeri, dan boleh melantikapa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah danPenolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagimaksud Akta ini

    (4) Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, danPenolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dankawalan Ketua Pendaftar.

    (5) Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasadan menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanyaoleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa danfungsifungsi sedemikian bohehlah dipunyai ataudijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

    (6) Pendaftar atau Penolong Pendaftar bolehmenjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikankepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini,

    tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakanoleh Ketua Pendaftar.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    12/92

    12

    6. Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah.

    (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua NazirSekolah.

    (2) Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolahlain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini

    (3) Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawahsubseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dankawalan Ketua Nazir Sekolah.

    7. Pengarah Peperiksaan.

    (1)Menteri hendaklah melantik seorang PengarahPeperiksaan dan boleh melantik pegawai-pegawai lainuntuk bertindak di bawah arahan dan kawalan amPengarah Peperiksaan yang difikirkannya perlu bagimaksud Akta ini.

    (2)Pengarah Peperiksaan hendaklah, tertaklukkepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawahseksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalianpeperiksaan bagi maksud Akta ini.

    8. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am.Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi seseorangpegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan-arahan yang bersifat am, dan tidak tak konsisten denganperuntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budibicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh, dankewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan olehpegawai itu di bawah, Akta ini dan peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengansegaha hal yang didapati oleh Menteri menyentuh Dasar

    Pendidikan Kebangsaan, dan pegawai itu hendakhahmelaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.

    9. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas.Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    13/92

    13

    (a) pengelola atau mana-mana anggota suatulembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu

    institusi pendidikan; dan

    (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan dibawah seksyen 92 Akta Pehajaran 1961,

    arahan-arahan, yang tidak tak konsisten denganperuntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yangdibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apaperkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturanboleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota,pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakantiap-tiap arahan sedemikian.

    BAHAGIAN III

    MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    10. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

    (1) Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Aktaini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

    (2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaanhendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan oranglain yang dilantik oleh Menteri.

    (3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yangdibuat di bawah Bahagian in setiap anggota MajlisPenasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegangjawatan selama tempoh dan tertakiuk kepada apa-apasyarat yang ditentukan dalam surat perlantikannya.

    (4) Apa-apa perlantikan yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah disiarkan daham Warta.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    14/92

    14

    11. Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

    (1) Menteri boleh merujukkan apa-apa perkaraberhubungan dengan pendidikan kepada Majlis PenasihatPendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya.

    (2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaanhendaklah. apabila apa-apa perkara dirujukkankepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkanperkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepadaMenteri.

    12. Hak kehadiran

    Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakanwakil-wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuaratMajlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

    13. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungandengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

    Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagimaksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan,tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melaluiperaturan-peraturan sedemikian membuat peruntukan

    tentang

    (a) bilangan anggota Majlis;(b) terma dan syarat jawatan anggota;(c) mesyuarat dan prosedur Majlis;(d) perlantikan jawatankuasa dan jawatankuasa

    kecil Majlis; dan

    (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan olehMenteri bagi Majlis berfungsi dengansepatutnya.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    15/92

    15

    14. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bolehmengawalselia prosedurnya sendiri.

    Tertakluk kepada Akta ini dan mana-manaperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, MajlisPenasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal-seliaprosedurnya sendiri.

    BAHAGIAN IV

    SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Bab 1Sistem Pendidikan Kebangsaan

    15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri

    daripada -

    (a) pendidikan prasekolah;(b) pendidikan rendah;(c) pendidikan menengah;(d) pendidikan lepas menengah; dan(e) pendidikan tinggi,

    tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

    16. Kategori institusi pendidikan.Maka hendaklah ada tiga kategori institusi

    pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu

    (a)institusi pendidikan kerajaan;(b)institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan(c) institusi pendidikan swasta.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    16/92

    16

    17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantarutama.

    (1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasapengantar utama di semua institusi pendidikan dalamSistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jeniskebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 ataumana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikanoleh Menteri daripada subseksyen ini

    (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatuinstitusi pendidikan adalah selain daripada bahasakebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklahdiajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusipendidikan itu.

    18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan olehsemua sekolah.

    (1)Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulumyang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang,tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakanoleh semua sekolah dalam Sistem PendidikanKebangsaan.

    (2)Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen (1) hendaklah menentukanpengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akandiperolehi oleh murid-murid pada akhir tempohpersekolahan masing-masing dan hendaklah termasukmata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual danapa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.

    (3)Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1)hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaranteras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalamJadual diajarkan di sekolah itu.

    I(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui

    perintah yang disiarkan dalam Warta menambah,meminda atau mengubah Jadual.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    17/92

    1719. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi

    peperiksaan yang ditetapkan.

    Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-

    muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnyaoleh atau di bawah Akta ini.

    Bab 2 Pendidikan Prasekolah

    20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian ataupengurusan tadika.

    (1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan ataudiuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan dibawah Akta ini.

    (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalahmelakukan suatu kesalahan.

    21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.

    Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Aktaini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

    22. Kurikulum prasekolah.

    Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklahberasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yangdiluluskan oleh Menteri.

    23. Bahasa pengantar di tadika

    Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selaindaripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai

    bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadikamenggunakan bahasa selain daripada bahasakebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkansebagai mata pelajaran wajib.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    18/92

    1824.Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan

    dengan pendidikan prasekolah.

    Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk

    melaksanakan peruntukan Bab ini.

    25.Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanak-kanak.

    Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhankanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawahmana-mana undang-undang bertulis berhubungandengan taman sedemikian.

    26.Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.

    Bab 3Pendidikan Rendah

    27.Menteri hendaklah mengadakan pendidikanrendah.

    Hendaklah menjadi kewajipan Menteri mengadakanpendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di

    sekolah rendah bantuan kerajaan.

    28.Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebang-saan dan sekolah jenis kebangsaan.

    Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteriboleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolahjenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakansekolah-sekolah itu.

    29.Tempoh pendidikan rendah.Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan

    yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengada-kan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikutidalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    19/92

    19Bab 4Pendidikan Menengah

    30.Menteri hendaklah mengadakan pendidikanmenengah.

    (1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untukmengadakan pendidikan menengah di sekolah menengahkebangsaan yang berikut:

    (a) sekolah menengah akademik;(b) sekolah menengah teknik; dan(c) sekolah menengah daripada apa-apa

    perihal lain yang ditentukan oleh Menteri

    dan semasa ke semasa.

    (2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini,Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas dimana-mana sekolah menengah kebangsaan.

    31.Penubuhan dan penyenggaraan sekolahmenengah.

    Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri bolehmenubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekohahyang diperihalkan dalam seksyen 30.

    32.Kelas peralihan.Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-

    mana sekolah menengah kebangsaan akademik.

    Bab 5Pendidikan Lepas Menengah

    33.Pendidikan lepas menengah.

    Menteri boleh mengadakan pendidikan lepasmenengah di

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    20/92

    20

    (a) sekolah menengah kebangsaan yangdiperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan(1)(b);

    (b) maktab-maktab; dan(c) mana-mana sekolah menengah kebangsaan

    atau institusi pendidikan lain yangditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteridi bawah Akta ini.

    Bab 6 Institusi Pendidikan Lain

    34. Institusi pendidikan lain.

    (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteriboleh menubuhkan dan menyenggarakan institusipendidikan yang berikut:

    (a)maktab-maktab, selain daripada maktab-maktab yang bertaraf Universiti atau KolejUniversiti yang ditubuhkan atau disifatkantelah ditubuhkan di bawah Akta Universitidan Kolej Universiti 1971;

    (b)sekolah khas;(c)politeknik, dan(d)apa-apa institusi pendidikan lain, yang

    penubuhan atau penyenggaraannya tidakdiperuntukkan di bawah Akta ini atau AktaUniversiti dan Kolej Universiti 1971.

    (2) Menteri boleh memberikan sumbanganbantuan kepada institusi pendidikan, yang tidak

    ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan(1)(a) atau (1)(b).

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    21/92

    21

    Bab 7Pendidikan Teknik dan Politeknik

    35. Pendidikan teknik di sekolah menengah

    kebangsaan dan institusi pendidikan lain.

    (1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknikdi

    (a) mana-mana sekolah menengah kebangsaanyang diperihalkan dalam seksyen 30; atau

    (b) institusi pendidikan lain yang diperihalkandalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).

    (2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikanteknik termasuklah penyediaan

    (a) latihan kemahiran;(b) latihan khusus yang berhubungan dengan

    pekerjaan tertentu;

    (c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yangsedia ada; dan

    (d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lainyang diluluskan oleh Menteri.

    36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajiandan menganugerahkan kelayakan yang diluluskanoleh Menteri.

    Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan34(1)(c) boleh

    (a)menawarkan kursus pengajian dan programlatihan yang diluluskan oleh Menteri; dan

    (b)menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apakelayakan lain yang ditetapkan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    22/92

    2237. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi

    perindustrian dalam pendidikan teknik danvokasional.

    (1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatupoliteknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh,dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadananatau organisasi perindustrian, mengendalikan kursusteknik atau vokasional atau program latihan(termasuklah program pertukaran) yang disifatkansuaimanfaat oleh Menteri bagi maksud

    (a)melaksanakan pemindahan teknologi;(b)meningkatkan kemahiran teknik dan

    vokasional guru-guru, pekerja-pekerja danmurid-murid politeknik itu; dan

    (c)melaksanakan apa-apa program latihan yangdianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaatbagi politeknik atau murid-muridnya atauguru-gurunya.

    (2) Kelulusan yang diberikan di bawahsubseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa termadan syarat yang dikenakan oleh Menteri.

    38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaandengan ijazah yang diberikan oleh universiti,dsb.

    (1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta iniboleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursuspengajian atau program latihan bagi diploma, sijil ataupengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yangdiberikan oleh mana-mana universiti atau institusipendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luarMalaysia.

    (2) Kelulusan yang diberikan di bawahsubseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apaterma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patutdikenakan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    23/92

    23

    (3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuashati bahawa politeknik itu telah membuat segala

    perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusipendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendaliankursus pengajian atau program latihan itu.

    39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungandengan politeknik.

    Menteri boleh membuat peraturan bagimelaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpamenjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturansedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi

    (a) penubuhan lembaga atau badan untukmenjalankan pengukuran atau penilaian atauuntuk mengendalikan peperiksaan untukpoliteknik;

    (b) penubuhan lembaga atau badan untukmenghasilkan, mengawasi dan mengubah-suaikan kurikulum kursus pengajian danprogram latihan yang ditawarkan olehpoliteknik;

    (c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain;(d) disiplin murid;(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan,

    pengawalan dan pembubaran mana-manamajlis badan atau jawatankuasa bagikegiatan luar kurikulum di politeknik; dan

    (f) apa-apa perkara lain yang difikirkan olehMenteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud

    Bab ini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    24/92

    24Bab 8Pendidikan Khas

    40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.

    Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas disekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengahyang di fikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

    41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulumpendidikan khas.

    (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3),Menteri boleh melalui peraturan-peraturanmenetapkan

    (a) tempoh pendidikan rendah dan menengahyang sesuai dengan keperluan murid yangmenerima pendidikan khas;

    (b) kurikulum yang hendaklah digunakanberhubungan dengan pendidikan khas;

    (c) kategori murid yang memerlukan pendidikankhas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikanmurid dalam setiap kategori sekolah khas;dan

    (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan olehMenteri suaimanfaat atau perlu bagi maksudBab ini.

    (2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri dibawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripadatempoh minimum pendidikan rendah atau menengah,mengikut mana-mana yang berkenaan, yangdiperuntukkan di bawah Akta mi.

    (3)

    Kurikulum yang ditetapkan di bawahperenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendakKurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnyapraktik.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    25/92

    25

    Bab 9 Pendidikan Guru

    42. Sekatanterhadap penubuhan maktab pendidikanguru.

    Tiada seorang pun boleh menubuhkan ataumenyenggarakan suatu maktab pendidikan gurumelainkan dengan kelulusan Menteri.

    43. Pendaftaran maktab pendidikan guru.Semua maktab pendidikan guru, yang penubuhan

    atau penyenggaraannya telah diluluskan di bawahseksyen 42, hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.

    44. Penganugerahan sijil atau kelayakan lain olehmaktab pendidikan guru.

    Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawahAkta ini boleh menganugerahkan sijil atau apa-apakelayakan lain yang ditetapkan.

    45. Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakanmaktab pendidikan guru.

    Walau apa pun seksyen 42, Menteri bolehmenubuhkan dan menyenggarakan maktab pendidikanguru dan mengadakan pendidikan guru di dalamnya.

    46. Maktab pendidikan guru hendaklah mengendali-kan kursus pengajian yang diluluskan olehMenteri.

    Tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkandi bawah Bab ini hendaklah mengendalikan apa-apakursus pengajian dan program latihan yang diluluskanoleh Menteri.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    26/92

    2647. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan

    dengan ijazah, dsb. yang diberikan olehuniversiti, dsb.

    (1) Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan dibawah Bab ini boleh, dengan kelulusan Menteri,mengendalikan kursus pengajian atau program latihanbagi ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalambentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain didalam Malaysia atau di luar Malaysia.

    (2) Kelulusan yang diberikan di bawahsubseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri

    patut dikenakan.

    (3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika diaberpuas hati bahawa maktab pendidikan guru itutelah membuat perkiraan yang perlu dengan universitiatau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibatdengan pengendalian kursus pengajian atau programlatihan itu.

    (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1)atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat

    yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2)adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    48. Suratcara pengelolaan bagi maktab pendidikanguru.

    (1) Kecuali bagi maktab pendidikan guru yangditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawahseksyen 45, tiap-tiap maktab pendidikan guru yang

    ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mempunyaisuratcara pengelolaan.

    (2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawahseksyen ini hendaklah diluluskan oleh, dan hendaklahdiserahkan kepada, Ketua Pendaftar pada masapendaftaran.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    27/92

    27(3) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah

    seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan bagipenubuhan lembaga pengelola, dengan seorangpengerusi, bagi pengurusan maktab pendidikan guru itu

    oleh pengelolapengelola mengikut cara yang tidak takkonsisten dengan Akta ini dan mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini.

    (4) Tiap-tiap suratcara pengelohaan di bawahseksyen ini hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkanmengikut cara yang ditetapkan.

    49. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungandengan maktab pendidikan guru.

    Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagimelaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpamenjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturanitu boleh mengadakan peruntukan bagi

    (a) penubuhan lembaga atau badan untukmenjalankan pengukuran atau penilaian atauuntuk mengendalikan peperiksaan bagipendidikan guru;

    (b) kursus pengajian dan program latihan yanghendaklah dijalankan oleh maktabpendidikan guru;

    (c) penganugerahan sijil atau diploma;(d) disiplin murid di maktab pendidikan guru;(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan,

    pengawalan dan pembubaran majlis, badanatau jawatankuasa bagi kegiatan luarkurikulum di peringkat maktab, daerah,negeri dan kebangsaan;

    (f) pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkanoleh maktab pendidikan guru;

    (g) prosedur bagi permohonan bagi pendaftaranmaktab pendidikan guru; dan

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    28/92

    28(h) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh

    Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksudBab ini.

    Bab 10 Pengajaran Agama di InstitusiPendidikan

    50. Pengajaran agama Islam

    (1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikanterdapat lima orang murid atau lebih yang menganutagama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikanpengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh

    Pihak Berkuasa Negeri.

    (2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatuinstitusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklahselama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggudalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan ituatau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan ohehMenteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yangtertentu.

    (3) Pengelola atau orang lain yangbertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusipendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajarandi bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apaperkiraan yang perlu bagi maksud itu.

    (4) Pengelola atau orang lain yangbertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusipendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusanPendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran dibawah seksyen ini diberikan secara bergabung diinstitusi-institusi pendidikan itu kepada murid yangmenganut agama Islam.

    51. Pengajaranpengetahuan agama selain daripadaagama Islam.

    Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaanboleh mengadakan pengajaran bagi agama selain

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    29/92

    29daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikanitu atau mana-mana daripada mereka tetapi

    (a) pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayaidengan wang yang diperuntukkan olehParlimen; dan

    (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaranagama selain daripada agama yangdianutinya, kecuali dengan keizinan bertulisibu bapanya.

    52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikanIsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakanoleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

    Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yangdifikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuankewangan secara sumbangan boleh diberikan daripadawang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatuinstitusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan olehMenteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatuNegeri dan sama ada yang merupakan suatu institusipendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukaninstitusi pendidikan sedemikian, hanya keranapengajaran di institusi itu adalah terbatas kepadapengajaran agama Islam semata-mata.

    Bab 11Pengurusan Institusi Pendidikan

    53. Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

    (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyaisuratcara pengelolaan.

    (2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklahmengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu lembagapengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusaninstitusi pendidikan itu oleh pengelola-pengelolamengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta inidan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Aktaini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    30/92

    30(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi

    pendidikan kerajaan kecuali sekolah jenis kebangsaandan sekolah-sekolah yang ditentukan oleh Menteri.

    (4) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklahdibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yangditetapkan.

    54. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungandengan suratcara pengelolaan.

    (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturanbagi penubuhan lembaga pengelola dan bagi pengurusaninstitusi pendidikan oleh lembaga pengelola dan, tanpa

    menjejaskan keluasan kuasa itu, Menteri boleh, dalamperaturan-peraturan itu, menetapkan kewajipan-kewajipan pengelola-pengelola dan orang lain yangbertanggungjawab ke atas pengurusan institusipendidikan itu.

    (2) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawahsubseksyen (1) boleh menetapkan kewajipan yangberlainan bagi pengelola-pengelola atau orang lain yangbertanggungjawab ke atas pengurusan institusipendidikan dalam kategori yang berlainan.

    55. Institusi pendidikan hendaklah diuruskanmengikut suratcara pengelolaannya.

    Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta inidan khususnya peruntukan tentang pengecualian, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikutsuratcara pengelolaannya.

    56. Kuasa Menteri untuk melantik pengelolatambahan.

    (1) Jika Menteri berpuas hati(a) bahawa disiplin di sesuatu institusi

    pendidikan tidak dijaga dengansecukupnya;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    31/92

    31(b) bahawa terma suratcara pengelolaan

    sesuatu institusi pendidikan sengaja tidakdiendahkan;

    (c) bahawa mana-mana peruntukan Akta iniatau bahawa mana-mana peraturan yangdibuat di bawah Akta ini sengaja tidakdiendahkan; atau

    (d) dalam hal suatu institusi pendidikanbantuan kerajaan, harta atau wanginstitusi pendidikan itu tidak ditadbirkandengan sepatutnya,

    dia boleh melantik dengan menyatakan namanya,

    pengelola-pengelola tambahan bagi institusi pendidikanitu sebagaimana yang difikmrkannya layak.

    (2) Menteri boleh, mengikut budi bicaranya,pada bila-bila masa memberhentikan seorang pengelolatambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).

    (3) Pengelola tambahan yang dilantik bagiinstitusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklahbagi segala maksud disifatkan menjadi pengelolainstitusi pendidikan itu.

    (4) Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagipengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen

    (1).

    57. Perlantikan guru di bawah suratcara pengelolaandan Akta.

    Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta inidan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Aktaini, guru di institusi pendidikan selain daripada institusipendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah

    dilantik mengikut suratcara pengelolaan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    32/92

    3258. Kuasa Menteri berhubungan dengan penjalanan

    fungsi, dsb.

    (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa di sesuatuinstitusi pendidikan

    (a) pengelola-pengelolanya telah bertindak ataubercadang untuk bertindak dengan tidakmunasabah berkenaan dengan penjalananmana-mana kuasa yang diberikan ataupenunaian mana-mana kewajipan yangdikenakan oleh atau di bawah Akta ini; atau

    (b) pengelola-pengelolanya telah tidak menunai-kan mana-mana kewajipan yang dikenakan keatas mereka oleh atau di bawah Akta ini,

    maka Menteri boleh

    (aa) memberikan apa-apa arahan bertulis tentangpenjalanan kuasa atau penunaian kewajipanitu sebagaimana yang didapati oleh Menteriadalah suaimanfaat, dan adalah menjadikewajipan pengelola-pengelola itu untukmematuhi arahan itu; atau

    (bb) menggantung atau membuang kerja semua

    atau mana-mana pengelola itu dan, walau apapun peruntukan mana-mana suratcarapengelolaan berhubungan dengan institusi itu,melantik seseorang atau orang yangdifikirkannya layak untuk mempunyai danmenjalankan semua fungsi pengelola ituselama apa-apa tempoh yang diarahkanolehnya.

    (2) Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatuinstitusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelolayang ditubuhkan di bawah Akta ini maka Menteriboleh melantik seseorang atau orang yangdifikirkannya layak untuk menjalankan fungsi-fungsipengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempohyang diarahkan ohehnya.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    33/92

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    34/92

    34dalam notis itu alasan-alasan bagi pembubaran itu dantarikh pembubaran itu hendaklah berkuatkuasa.

    60. Notis pembubaran hendaklah mengandungiarahan berbangkit.

    Notis pembubaran sesuatu lembaga di bawahsubseksyen 59(1) boleh mengandungi segala arahan yangbersifat sampingan, berbangkit, tambahan atauperalihan yang difikirkan oleh Menteri perlu,suaimanfaat atau patut diberikan.

    61. Menteri hendaklah melantik lembaga yang lainapabila lembaga dibubarkan.

    (1) Jika Menteri membubarkan sesuatu lembagadi bawah seksyen 59, Menteri hendaklah pada bila-bilamasa selepas itu melantik lembaga yang lain mengikutAkta.

    (2) Jika Menteri tidak melantik lembaga dibawah subseksyen (1), maka kuasa, fungsi dankewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh gurubesar institusi pendidikan itu atau oleh mana-manaorang lain yang dinamakan oleh Menteri dan yanghendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatanawam.

    (3) Selepas pembubaran lembaga pengelolasesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuankerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan itu.

    62. Pembubaran lembaga pengurus atau lembagapengelola institusi pendidikan kerajaan.

    (1) Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembagapengelola institusi pendidikan kerajaan kecuali

    (a) sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaandan

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    35/92

    35(b) sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau

    sekolah menengah kebangsaan kerajaan yangditentukan oleh Menteri,

    yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan,hendaklah dibubarkan pada tarikh itu mengikut carayang ditentukan oleh Menteri, dan sesudah itu iahendaklah berhenti mengambil pekerja dan terhentimenjadi majikan bagi guru dan pekerja lain, dan tiap-tiap suratcara pengurusan atau pengelolaan yangberkaitan dengan institusi pendidikan itu hendaklahterhenti berkuatkuasa.

    (2) Apabila lembaga pengurus atau lembagapengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan

    dibubarkan di bawah subseksyen (1)

    (a) seseorang yang bertindak sebagaipengurus atau pengelola sebaik sahajasebelum tarikh yang ditetapkanhendaklah berhenti bertindaksedemikian:

    (b) segala hak, obligasi dan liabilitiberhutang dengan apa-apa perkara yang,sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan,adalah menjadi tanggungjawab lembagahendaklah pada tarikh itu turun kepadaKerajaan; dan

    (c) seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87tidaklah terpakai bagi institusipendidikan kerajaan itu.

    63. Tafsiran.Sebutan mengenai lembaga pengelola dalam Bab

    ini hendaklah, berhubungan dengan Sabah dan Sarawak,termasuk Jawatankuasa Pengurusan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    36/92

    36Bab 12Penyediaan Kemudahan dan

    Perkhidmatan

    64. Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan.Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang

    dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh memberikansama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaandengan murid atau mana-mana golongan murid diinstitusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan danbantuan itu boleh termasuk

    (a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjamanatau bantuan lain; dan

    (b)

    penyediaan(i) tempat tinggal;(ii) pengangkutan;(iii) buku; dan(iv) perkhidmatan perubatan dan pergigian,

    bagi rnaksud membolehkan murid itu menggunakansepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka ataubagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraanhidup mereka.

    65. Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadapmurid.

    (1) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yangdiberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah, setakatyang munasabah dan praktik berbuat sedemikian,mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian padalat tempoh yang sesuai ke atas murid institusipendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

    (2) Seseorang pegawai yang diberikuasa bagimaksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapaatau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau

    bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalanipemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikutpersediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah,atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamalpergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhikehendak itu tanpa alasan yang munasabah adalah

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    37/92

    37melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

    66. Kemudahan penginapanTanpa menjejaskan keluasan kuasa diberikan oleh

    seksyen 64, Menteri boleh, jika tidak bolehsemunasabahnya disediakan bagi murid pendidikan ataulatihan yang diperlukan melainkan jika tempatpenginapan disediakan, membuat perkiraan bagimengadakan tempat penginapan (sama ada percumaatau tertakluk kepada apa-apa bayaran yangdiperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannyasesuai.

    BAHAGIAN V

    PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

    67. Penilaian murid.(1) Menteri boleh menetapkan cara murid di

    sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah dinilaidan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu.

    (2) Penilaian yang ditetapkan di bawahsubseksyen (1) adalah tambahan kepada mana-manapeperiksaan yang ditetapkan.

    68. Peperiksaan.Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang

    mengadakan peruntukan bagi

    (a)

    peperiksaan yang hendaklah diadakan bagimaksud Akta ini;

    (b) masa dan tempat peperiksaan akan diadakan,dan kelayakan serta syarat-syarat untukmengambil peperiksaan;

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    38/92

    38(c) fee yang hendaklah dibayar bagi mengambil

    peperiksaan;

    (d) sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagipeperiksaan;

    (e) pengendalian peperiksaan termasuklahpenubuhan badan atau lembaga untukmenguruskan dan mengendalikanpeperiksaan; dan

    (f) kuasa, fungsi dan kewajipan PengarahPeperiksaan.

    69. Larangan tentang pengendalian peperiksaan.(1) Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada

    seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan punboleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkandiadakan atau dikendalikan. atau dengan apa-apa caraterlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa-apapeperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikanatau bagi mana-mana calon persendirian tanparnendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaanterlebih dahulu.

    (2) Dalam memberikan kelulusan di bawahsubseksyen (1), Pengarah Peperiksaan bolehmengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yangdifikirkannya patut.

    (3) Sebutan dalam seksyen ini mengenaipengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklahdisifatkan termasuk perbuatan

    (a) mempelawa calon untuk mengambilpeperiksaan;

    (b) memungut atau menerima apa-apa feeatau bayaran atau apa-apa derma atauhadiah berkenaan dengan sesuatupeperiksaan;

    (c) menyediakan apa-apa sukatan pelajaran,

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    39/92

    39kursus atau skim pengajian berkenaandengan sesuatu peperiksaan;

    (d) memeriksa atau menggred jawapan ataurespons kepada soalan atau ujian dalamsesuatu peperiksaan;

    (e) mengeluarkan atau menganugerahkanapa-apa diploma atau dokumen lain ataupengiktirafan dalam bentuk lainberkenaan dengan sesuatu peperiksaan,

    dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan denganpengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan,tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum

    atau selepas peperiksaan.

    (4) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi(a) badan atau lembaga yang ditubuhkan

    untuk menguruskan dan mengendalikanpeperiksaan di bawah perenggan 68(e);

    (b) Majlis Peperiksaan Malaysia yangditubuhkan di bawah Akta MajlisPeperiksaan Malaysia 1980; dan

    (c) sesuatu institusi pendidikan yangmengendalikan peperiksaan, ujian ataudalam bentuk penilaian lain bagi maksudmenilai murid-muridnya sendiri.

    (5) Seorang yang melanggar subseksyen (1) atautidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syaratyang dikenakan di bawah subseksyen (2) adalahmelakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila

    disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    40/92

    40BAHAGIAN VI

    PENDIDIKAN TINGGI

    70. Menteri bertanggungjawab ke atas pendidikantinggi.

    Menteri boleh mengadakan pendidikan tinggi diinstitusi pendidikan tinggi mengikut mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendidikan tinggidan hendaklah bertanggungjawab tentang arahan amkepada institusi pendidikan tinggi itu.

    71. Penubuhan institusi pendidikan tinggi, dsh.dilarang.

    Tiada seorang pun boleh

    (a) menubuhkan, membentuk, menggalakkanatau menjalankan apa-apa kegiatan bagimaksud menubuhkan atau membentuk, atauke arah penubuhan atau pembentukan, suatuinstitusi pendidikan tinggi;

    (b) memungut, memberikan atau menerima apa-apa wang, sumbangan, hadiah atau derma,atau melakukan apa-apa perbuatan atau

    menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksudmenubuhkan atau membentuk suatu institusipendidikan tinggi;

    (c) mengendalikan, menguruskan ataumenyenggarakan mana-mana kelas bagipengajaran dan pembelajaran pendidikantinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan,diuruskan atau disenggarakan oleh suatuinstitusi pendidikan tinggi; dan

    (d) menubuhkan, mengendalikan, menguruskanatau menyenggarakan institusi pendidikantinggi dengan menggunakan perkataanuniversiti,

    kecuali mengikut mana-mana undang-undang bertulismengenai pendidikan tinggi.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    41/92

    41

    72. Penalti.Seseorang yang melanggar seksyen 71 adalah

    melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya.

    BAHAGIAN VII

    INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

    73. Kecualian berhubungan dengan institusipendidikan swasta.

    (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini bolehditafsirkan sebagai melarang penubuhan danpenyenggaraan institusi pendidikan swasta.

    (2) Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiapinstitusi pendidikan swasta hendaklah mematuhiperuntukan Akta ini dan semua peraturan yang dibuat dibawah Akta ini yang terpakai bagi institusi pendidikanitu.

    (3) Bahagian ini tidak terpakai bagi institusipendidikan tinggi swasta.

    74. Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhikehendak Kurikulum Kebangsaan danmenyediakan murid bagi peperiksaan yangditetapkan.

    Institusi pendidikan swasta yang menyediakanpendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya

    hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaandan hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaanyang ditetapkan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    42/92

    4275. Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di

    institusi pendidikan swasta yang menyediakanpendidikan lepas menengah.

    (1) Menteri boleh menghendaki institusipendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepasmenengah supaya mengajar mata pelajaran yangberikut:

    (a) bahasa kebangsaan, jika bahasapengantarnya ialah suatu bahasa selaindaripada bahasa kebangsaan;

    (b) pengajian Malaysia;(c) bahasa Inggeris, jika bahasa pengantarnya

    ialah suatu bahasa selain daripada bahasaInggeris;

    (d) pengajian yang berhubungan denganpendidikan Islam bagi murid yangmenganut agama Islam; dan

    (e) pendidikan moral bagi murid yang tidakmenganut agama Islam,

    berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

    (2) Mata pelajaran yang disebut dalam perenggan(1)(a) hingga (1)(e) hendaklah diajarkan sebagaitambahan kepada apa-apa mata pelajaran atau kursuspengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikanswasta itu.

    76. Kuasa untuk membuat peraturan bagi mengawasidan mengawal taraf pendidikan.

    Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi

    pengawasan, pengawalseliaan atau pengawalan tarafpendidikan di institusi pendidikan swasta.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    43/92

    4377. Larangan tentang kursus pengajian dan latihan

    berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikanoleh universiti, dsb.

    (1) Tiada suatu institusi pendidikan swasta punboleh mengendalikan apa-apa kursus pengajian atauprogram latihan secara bersesama, bersekutu,bergabung atau bekerjasama atau selainnya, dengansuatu universiti atau institusi pendidikan tinggi atauinstitusi atau organisasi pendidikan lain di dalam atau diluar Malaysia, kecuali dengan kelulusan bertulisdaripada Menteri.

    (2) Menteri tidak boleh memberikankelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia

    berpuas hati bahawa institusi pendidikan swasta itutelah membuat perkiraan yang sesuai dengan universitiatau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikanatau organisasi pendidikan lain itu tentang kemudahanbagi penyediaan kursus pengajian atau program latihanyang disebut dalam subseksyen itu.

    (3) Menteri boleh mengenakan apa-apa termadan syarat yang difikirkannya patut apabila memberikankelulusan di bawah subseksyen (I).

    (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1)atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yangdikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (3) adalahmelakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihidua tahun atau kedua-duanya.

    78. Pemakaian peruntukan lain dalam Akta bagiinstitusi pendidikan swasta.

    Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkanbahawa tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini bolehmenyentuh atau mengurangkan pemakaian peruntukanlain dalam Akta ini bagi institusi pendidikan swastakecuali setakat yang institusi pendidikan itu telahdengan nyatanya di kecualikan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    44/92

    44

    BAHAGIAN VIII

    PENDAFTARAN INSTITUSI PENDIDIkAN

    Bab 1Pendaftaran Institusi Pendidikan

    79. Semua institusi pendidikan hendaklahdidaftarkan.

    (1) Tertakluk kepada peruntukan lain dalamAkta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklahdidaftarkan di bawah Akta ini.

    (2) Permohonan untuk didaftarkan di bawah Aktaini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar mengikutcara yang ditetapkan.

    (3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apaterma dan syarat yang difikirkannya patut apabilamendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawahsubseksyen (1).

    80. Daftar.Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau

    menyebabkan supaya disimpan suatu daftar institusipendidikan dalam bentuk dan mengikut cara yangditetapkan.

    81. Perakuan pendaftaran sementara.(1) Sementara menanti selesainya penyiasatan

    tentang permohonan yang dibuat di bawah subseksyen79(2), Ketua Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya,

    mengeluarkan perakuan pendaftaran sementara dalambentuk dan tertakluk kepada apa-apa syarat yangditetapkan kepada orang yang akan bertindak sebagaipengerusi lembaga pengelola atau orang yangbertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusipendidikan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    45/92

    45

    (2) Perakuan pendaftaran sementara yangdikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, menurutbudi bicara Ketua Pendaftar, dibatalkan pada bila-bilamasa melalui notis bertulis yang disampaikan kepadaorang yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan.

    82. Pendaftaran.(1) Tanpa menjejaskan seksyen 81 dan tertakluk

    kepada subseksyen (3) dan seksyen 83, Ketua Pendaftarhendaklah, apabila permohonan bagi pendaftaransesuatu institusi pendidikan dibuat dengan sewajarnya

    dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu,dan apabila apa-apa fee yang ditetapkan dibayar,mendaftarkan institusi pendidikan itu dan mengeluarkansuatu perakuan pendaftaran kepada pengerusi lembagapengelola atau orang yang bertanggungjawab ke ataspengurusan institusi pendidikan itu.

    (2) Pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke ataspengurusan sesuatu institusi pendidikan hendaklahmenyebabkan sesalinan perakuan pendaftaran yangdikeluarkan di bawah subseksyen (1) sentiasa

    dipamerkan di suatu tempat yang ketara di premisinstitusi pendidikan itu.

    (3) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apasyarat sebagaimana yang difikirkannya patut sebelumpendaftaran.

    83. Perubahan berkenaan dengan premis institusipendidikan.

    (1) Tiada suatu institusi pendidikan pun bolehmenukar alamat premisnya atau membuat apa-apaperubahan kepada premis itu tanpa mendapatkankelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

    (2) Permohonan untuk menukar alamat premisinstitusi pendidikan atau untuk membuat perubahan

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    46/92

    46kepada premis hendaklah dibuat kepada KetuaPendaftar dalam bentuk dan mengikut cara yangditetapkan.

    84. Keengganan untuk mendaftarkan institusipendidikan.

    Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkansesuatu institusi pendidikan jika dia berpuas hati

    (a) bahawa institusi pendidikan itu tidakmemenuhi piawaian kesihatan dankeselamatan yang ditetapkan;

    (b) bahawa institusi pendidikan itu digunakanatau mungkin digunakan bagi maksud yang

    memudaratkan kepentingan Malaysia, awamatau murid;

    (c) bahawa nama yang dengannya institusipendidikan itu hendak didaftarkan adalah,pada pendapatnya, tidak sesuai;

    (d) bahawa kemudahan pendidikan yang sediaada sudah mencukupi di dalam kawasan dimana institusi pendidikan itu dicadangkandibuka;

    (e) bahawa suatu pernyataan yang palsu ataumengelirukan berkenaan dengan sesuatubutir yang material telah dibuat dalam atauberkaitan dengan permohonan pendaftaranitu;

    (f) bahawa orang yang memohon mendaftarkaninstitusi pendidikan itu tidak atau engganmematuhi mana-mana syarat yang dikenakanoleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen82(3); atau

    (g) bahawa orang yang dilantik menjadipengerusi lembaga pengelola atau guru besarbukanlah seorang yang layak dan sesuai ataubertanggungjawab untuk bertindak sebagaipengerusi atau guru besar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    47/92

    4785. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkan

    institusi pendidikan.

    (1) Apabila Ketua Pendaftar engganmendaftarkan sesuatu institusi pendidikan di bawahseksyen 84, dia hendaklah memberitahu pemohonmelalui notis bertulis tentang keengganannya itu,dengan menyatakan alasan keengganannya dalam notisitu.

    (2) Pemohon yang terkilan dengan keenggananKetua Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu institusipendidikan boleh, dalam masa dua puluh satu hari dantarikh notis itu disampaikan kepadanya mengikutsubseksyen (1), merayu kepada Menteri dan keputusan

    Menteri adalah muktamad.

    86. Larangan tentang pengiklanan, dsb.(1) Tiada seorang pun boleh mempromosi sesuatu

    institusi pendidikan, sama ada melalui iklan, prospektus,risalah atau selainnya, melainkan jika institusipendidikan itu telah didaftarkan atau perakuanpendaftaran sementara telah dikeluarkan di bawahsubseksyen 81(1).

    (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1)adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihidua tahun atau kedua-duanya.

    Bab 2 Pembatalan Pendaftaran

    87. Alasan bagi pembatalan pendaftaran institusipendidikan.

    (1) Ketua Pendaftar boleh menyampaikan notiskepada pengerusi lembaga pengelola atau mana-manaorang yang bertanggungjawab ke atas pengurusansesuatu institusi pendidikan tentang niat untukmembatalkan pendaftaran institusi pendidikan itu jikadia berpuas hati bahawa adalah suaimanfaat untuk

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    48/92

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    49/92

    49

    (4) Jika notis di bawah subseksyen (1) telahdisampaikan kepada orang yang disebut dalamsubseksyen itu, dia boleh dalam masa dua puluh satuhari dan tarikh notis itu disampaikan kepadanya merayukepada Menteri.

    (5) Jika tiada rayuan dibuat di bawah subseksyen(4), atau jika suatu rayuan telah dibuat tetapi ditolak,Ketua Pendaftar boleh membatalkan pendaftaraninstitusi pendidikan itu dengan serta-merta; dan dalammasa dua puluh satu hari dan tarikh pembatalan itu,pengerusi lembaga pengelola atau mana-mana orangyang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi

    pendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuanpendaftaran institusi pendidikan itu dan suratcarapengelolaannya kepada Ketua Pendaftar, dan pengerusidan pengelolapengelola serta tiap-tiap pekerja institusipendidikan itu hendaklah menyerahkan balik perakuanpendaftaran mereka yang dikeluarkan di bawah Akta inikepada Ketua Pendaftar.

    Bab 3Pendaftaran Pengelola dan Pekerja

    88. Semua pengelola dan pekerja hendaklahdidaftarkan.

    (1) Tiap-tiap orang yang bertindak sebagaipengelola atau pekerja sesuatu institusi pendidikanhendaklah didaftarkan sebagai pengelola atau pekerja,mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaandengan institusi pendidikan itu.

    (2) Permohonan untuk didaftarkan sebagaipengelola atau pekeria sesuatu institusi pendidikanhendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    50/92

    5089. Pendaftaran pengelola dan pekerja.

    (1) Tertakluk kepada seksyen 90, KetuaPendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuatdengan sewajarnya dan selepas membuat apa-apasiasatan yang difikirkannya perlu, mendaftarkanseseorang sebagai pengelola atau pekerja berkenaandengan suatu institusi pendidikan dan hendaklahmengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalamborang yang ditetapkan kepada orang itu.

    (2) Ketua Pendaftar boleh menurut budibicaranya mengeluarkan

    (a)

    kepada seseorang yang memohon untukdidaftarkan di bawah Bab ini (sama adasemasa institusi pendidikan itu didaftarkanatau selepasnya); atau

    (b) kepada seseorang yang diperlukan untukbertindak secara sementara sebagaipengelola atau pekerja,

    suatu permit, dalam apa-apa borang yang ditetapkan,untuk bertindak atas sifat itu, dan semasa permit ituberkuatkuasa orang yang kepadanya permit itu

    dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai berdaftar dibawah Akta ini.

    (3) Permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen(2) boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar pada bila-bilamasa dan, dalam hal seseorang yang memohon untukdidaftarkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa apabilaorang yang kepadanya permit itu dikeluarkandidaftarkan di bawah Akta ini.

    90. Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkanpengelola atau pekerja.

    (1) Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkanseseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatuiflstitusi pendidikan jika

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    51/92

    51(a) orang itu telah disabitkan atas suatu

    kesalahan oleh mahkamah dan dijatuhihukuman pemenjaraan selama tempohyang tidak kurang daripada satu tahun atau

    denda yang tidak kurang daripada dua riburinggit;

    (b) orang itu telab, selain daripada atas sebabsesuatu institusi pendidikan tidak lagiwujud sahaja, dikeluarkan daripada mana-mana daftar yang diwujudkan di bawahAkta ini atau di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yangbersamaan yang terdahulu;

    (c) orang itu telah membuat pernyataan yangpalsu atau mengelirukan dalam, atauberkaitan dengan, permohonannya untukdidaftarkan, atau dengan sengajamendiamkan apa-apa fakta yang materialbagi permohonan itu; atau

    (d) orang itu bukan warganegara Malaysia.(2) Ketua Pendaftar hendaklah enggan

    mendaftarkan seseorang yang berumur di bawah lapanbelas tahun sebagai pengelola.

    91. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkanpengelola atau pekerja.

    Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkanseseorang sebagai pengelola atau pekerja sesuatuinstitusi pendidikan di bawah seksyen 90 dia hendaklahmemberitahu orang itu melalui notis bertulis tentangkeengganan itu.

    92. Rayuan terhadap keengganan untukmendaftarkan pengelola atau pekerja.

    Seseorang yang terkilan dengan keengganan KetuaPendaftar untuk mendaftarkannya sebagai pengelolaatau pekerja sesuatu institusi pendidikan boleh, dalam

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    52/92

    52masa dua puluh satu hari dan tarikh dia diberitahutentang keengganan itu mengikut seksyen 91, merayukepada Menteri.

    93. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengeluarkanpengelola atau pekerja daripada daftar.

    (1) Ketua Pendaftar boleh mengeluarkandaripada daftar seseorang pengelola atau pekerja

    (a) atas alasan yang dinyatakan dalamperenggan 90(1 )(a);

    (b) jika didapati oleh Ketua Pendaftar bahawaorang itu bukanlah seorang yang, demikepentingan Malaysia, awam atau mana-mana orang, patut kekal sebagai pengelolaatau pekerja; atau

    (c) yang telah memperolehi pendaftarannyaakibat suatu kesilapan atau apa-apa butiryang palsu atau mengelirukan yangdiberikan dalam atau berkaitan denganpermohonannya untuk didaftarkan.

    (2)

    Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorangpun boleh dikeluarkan daripada daftar di bawahperenggan (1)(a) atas sebab apa-apa fakta atau hal yangberlaku sebelum tarikh pendaftarannya dan yang telahdiberitahu kepada Pendaftar sebelum tarikh itu.

    94. Persaraan pengelola dan pekerja.(1) Apabila seseorang pengelola atau pekerja

    sesuatu institusi pendidikan bersara atau berhentibertindak sebagai yang sedemikian, pengerusi lembaga

    pengelola institusi pendidikan itu atau seseorang yangdiberikuasa olehnya bagi maksud itu hendaklah, dalammasa dua puluh satu hari dan tarikh pengelola ataupekerja itu bersara atau berhenti sedemikian,melaporkan hakikat itu kepada Ketua Pendaftar secarabertulis.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    53/92

    53

    (2) Ketua Pendaftar hendaklah, apabilamenerima laporan di bawah subseksyen (1), dengansegera mengeluarkan pengelola atau pekerja itu,mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada daftar.

    95. Orang yang dikeluarkan daripada daftarhendaklah diberitahu.

    Apabila seseorang dikeluarkan daripada daftar dibawah seksyen 93 atau 94 Ketua Pendaftar hendaklahdengan segera memberitahu orang itu melalui notisbertulis bahawa dia telah dikeluarkan sedemikian danalasan pengeluarannya itu.

    96. Rayuan terhadap pengeluaran daripada daftar.Seseorang yang dikeluarkan daripada daftar di

    bawah seksyen 93 atau 94 boleh, dalam masa dua puluhsatu hari dan tarikh notis disampaikan kepadanyamengikut seksyen 95, merayu kepada Menteri.

    97. Penyerahan balik perakuan pendaftaran.(1) Seseorang yang telah dikeluarkan daripada

    daftar hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dantarikh penyampaian notis di bawah seksyen 95,menyerahkan balik kepada Ketua Pendaftar perakuanpendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Aktaini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahuluyang berhubungan dengan pendaftaran pengelola ataupekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatuinstitusi pendidikan.

    (2) Jika rayuan dibuat di bawah seksyen 96,perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak perludiserahkan balik sehingga rayuan itu diputuskan denganmemihak kepada Ketua Pendaftar.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    54/92

    54Bab 4Pendaftaran Murid

    98. Pendaftaran murid.Pengelola, guru besar atau orang lain yang

    bertanggungjawab tentang pengurusan sesuatu institusipendidikan hendaklah menyimpan atau menyebabkansupaya disimpan, mengikut cara yang ditetapkan, suatudaftar yang mengandungi butir-butir yang ditetapkanmengenai semua murid di institusi pendidikan itu.

    Bab 5Pemeriksaan Institusi Pendidikanoleh Ketua Pendaftar

    99. Pemeriksaan hendaklah dibuat dan semasa kesemasa.

    Ketua Pendaftar hendaklah, dan semasa ke semasa,memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa institusipendidikan yang didaftarkan di bawah Akta ini bagimaksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dansedang dipatuhi.

    100.Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksainstitusi pendidikan yang berdaftar.

    (1) Semasa menjalankan pemeriksaan menurutseksyen 99, Ketua Pendaftar boleh

    (a) memasuki mana-mana premis danmemeriksa mana-mana buku, dokumen,bahan media elektronik atau barang lainyang difikirkannya perlu; dan

    (b) mengambil dan menahan apa-apa buku,dokumen, bahan media elektronik atau

    barang lain yang didapatinyamemudaratkan kepentingan awam ataumurid atau yang, pada pendapatnya, bolehmenjadi bukti pelakuan suatu kesalahan dibawah Akta ini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    55/92

    55

    (2) Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masaketika menjalankan dengan sahnya pemeriksaan disesuatu institusi pendidikan di bawah Akta inimenghendaki mana-mana orang, yang menjadipengelola, pekerja, guru atau murid institusi pendidikanitu, supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik ataubarang lain yang berhubungan dengan pengurusan, ataupengajaran yang dijalankan di, institusi pendidikan ituyang ada dalam milikan orang itu atau yang di bawahkawalannya atau yang orang itu mempunyai kuasa untukmengemukakan.

    101.Pemeriksaan premis institusi pendidikan yang takberdaftar.

    Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awam yangdiberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itu secarabertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidakrendah daripada Inspektor mempunyai sebab yangmunasabah untuk mempercayai bahawa mana-manarumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakansebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftar dibawah Akta ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam

    atau pegawai polis itu, dengan disertai oleh mana-manaorang yang difikirkannya perlu, boleh

    (a) memasuki dan memeriksa rumah bangunanatau tempat itu; dan

    (b) menyita dan menahan apa-apa buku,dokumen, bahan media elektronik ataubarang lain yang terdapat di dalamnyayang didapatinya boleh menjadi buktipelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini

    atau yang tampaknya adalah harta, atautelah digunakan berkaitan dengan, sesuatuinstitusi pendidikan yang tidak didaftarkandi bawah Akta ini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    56/92

    56102.Kuasa untuk menutup institusi pendidikan yang

    tak berdaftar.

    (1) Jika Ketua Pendaftar atau pegawai awamyang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar bagi maksud itusecara bertulis atau pegawai polis yang berpangkat tidakrendah daripada Inspektor mempunyai sebab yangmunasabah untuk mempercayai bahawa mana-manarumah, bangunan atau tempat lain sedang digunakansebagai institusi pendidikan yang tidak berdaftan dibawah Akta ini atau sedang digunakan denganmelanggar mana-mana syarat yang dikenakan olehMenteri di bawah subseksyen 47(2) atau 77(3), makaKetua Pendaftar atau pegawai awam atau pegawai polisitu, dengan disertai oleh mana-mana orang yang

    difikirkannya perlu boleh, tanpa menjejaskanpenjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawahseksyen 99, 100 dan 101, dengan segera mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara menutup institusi pendidikan itu.

    (2) Apa-apa tindakan yang diambil di bawahsubseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana rumah,bangunan atau tempat lain tidaklah menghalang KetuaPendaftar daripada mendakwa mana-mana orang yangmenggunakan rumah, bangunan atau tempat itu sebagai

    institusi pendidikan yang tidak berdaftar di bawah Aktaini.

    BAHAGIAN IXPENDAFTARAN GURU

    Bab 1 Pendaftaran Guru

    103. Larangan mengajar.

    (1) Tertakluk kepada su6seksyen (2), tiadaseorang pun boleh mengajar di sesuatu institusipendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagaiguru di bawah Akta ini.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    57/92

    57(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai

    (a) bagi seseorang yang menjadianggota Perkhidmatan Pendidikan

    yang mengajar di institusipendidikan kerajaan atau bantuankerajaan;

    (b) bagi seseorang yang kepadanyasuatu permit untuk mengajar telahdikeluarkan di bawah seksyen 114;dan

    (c) bagi seseorang murid di sesuatuinstitusi pendidikan bagi latihanguru yang ditubuhkan oleh dan di

    bawah kawalan langsung Menteri.

    104. Daftar guru.Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan dan

    menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpandan disenggarakan dalam bentuk yang ditetapkan suatudaftar guru yang di dalamnya hendaklah dicatatkan apa-apa butir yang ditetapkan.

    105.

    Permohonan untuk didaftarkansebagai guru

    Permohonan untuk didaftarkan sebagai guruhendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar dalam borangdan mengikut cara yang ditetapkan.

    106. Kuasa Ketua Pendaftar untuk engganmendaftarkan seseorang sebagai guru.

    Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkanseseorang sebagai guru di bawah Akta ini jika diaberpuas hati bahawa orang itu -

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    58/92

    58(a) berumur kurang daripada lapan belas

    tahun;

    (b) tidak mempunyai kelayakan untuk mengajaratau mempunyai kelayakan yang padapendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupibagi maksud itu;

    (c) telah membuat pernyataan yang palsu ataumengelirukan atau yang orang itu tahuadalah palsu atau mengelirukan dalam,atau berkaitan dengan permohonannyasupaya didaftarkan atau telah dengansengaja mendiamkan apa-apa fakta yangmaterial bagi permohonan itu;

    (d) menanggung suatu kecacatan jasmani ataumental atau penyakit, yang pada pendapatKetua Pendaftar, menjadikan orang itutidak sesuai menjadi guru;

    (e) telah disabitkan atas suatu kesalahan olehmahkamah dan dijatuhi hukumanpemenjaraan selama tempoh yang tidakkurang daripada satu tahun atau dendayang tidak kurang daripada dua ribu ringgit;atau

    (f) bukanlah seorang yang layak dan sesuaididaftarkan sebagai guru.

    107. Notis tentang keengganan untuk mendaftarkanseseorang sebagai guru.

    Apabila Ketua Pendaftar enggan mendaftarkanseseorang di bawah seksyen 106 dia hendaklah, melaluinotis bertulis, memberitahu orang itu tentang

    keengganannya dengan menyatakan alasan bagikeengganan itu.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    59/92

    59108. Rayuan terhadap keengganan untuk

    mendaftarkan seseorang sebagai guru.

    Seseorang yang terkilan dengan keengganan

    Ketua Pendaftar untuk mendaftarkannya sebagai guruboleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notisdisampaikan kepadanya mengikut seksyen 107, merayukepada Menteri.

    109. Pendaftaran guru(1) Tertakluk kepada seksyen 106 dan 108,

    Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan untukdidaftarkan di bawah Bab ini dibuat dengan sewajarnyadan selepas membuat apa-apa siasatan yangdifikirkannya perlu, dan apabila fee yang ditetapkandibayar, mendaftarkan pemohon itu dan mengeluarkanperakuan pendaftaran sebagai guru kepadanya mengikutcara yang ditetapkan.

    (2) Ketua Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabilamendaftarkan seseorang pemohon di bawah subseksyen(1) dan dia boleh pada bila-bila masa membatalkan,mengubah atau menambah terma dan syarat itu.

    110. Pembatalan pendaftaran selepas diberikannotis.

    (1) Jika Ketua Pendaftar berpuas hati

    (a) bahawa adalah suaimanfaat untuk berbuatsedemikian atas mana-mana alasan yangdisebut dalam perenggan 106(c) hingga(e);

    (b) bahawa seseorang guru berdaftar telahmelakukan pelanggaran atau telah tidakmematuhi manamana syarat yangdikenakan di bawah subseksyen 109(2);

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    60/92

    60(c) bahawa pendaftaran seseorang guru telah

    diperolehi disebabkan oleh kesilapan atauapaapa pernyataan yang palsu ataumengelirukan berkaitan dengan suatu

    permohonan untuk didaftarkan; atau

    (d) bahawa ada alasan yang munasabah untukmempercayai bahawa pengekalanpendaftaran orang itu sebagai guru akanmemudaratkan kepentingan institusipendidikan itu atau murid, dia bolehmenyampaikan kepada guru itu notistentang niat untuk membatalkanpendaftaran guru itu.

    (2) Seseorang guru yang kepadanya telahdisampaikan suatu notis menurut subseksyen (1) boleh,dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itudisampaikan kepadanya, merayu kepada Menteri.

    (3) Jika tiada rayuan dibuat dalam tempohyang ditentukan dalam subseksyen (2) atau jika rayuantelah dibuat tetapi ditolak, Ketua Pendaftar hendaklahdengan segera membatalkan pendaftaran itu danmenyampaikan suatu notis kepada guru itu yangmemberitahunya bahawa pendaftarannya telahdibatalkan.

    (4) Tiada pembatalan pendaftaran bolehdibuat di bawah seksyen ini berasaskan mana-manaalasan yang disebut dalam perenggan 106(d) dan (e)disebabkan apaapa fakta atau hat yang berlaku sebelumtarikh pendaftaran seseorang guru dan yang telahdiberitahu kepada Ketua Pendaftar sebelum tarikh itu.

    111. Rayuan.(1) Jika atas suatu rayuan yang dibuat di bawah Babini Menteri memerintahkan supaya seseorang gurudidaftarkan, atau hendaklah kekal didaftarkan,tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan, makaKetua Pendaftar hendaklah mengenakan syarat-syaratitu.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    61/92

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    62/92

    62(c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak

    sebagai guru untuk sementara.

    (2) Permit mengajar hendaklah dalam borangdan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.

    (3) Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masadan menurut budi bicaranya, membatalkan suatu permitmengajar dengan memberikan notis bertulis kepadapemegang permit itu.

    Bab 3 - Pelbagai

    115. Penyerahan balik perakuan pendaftaransebagai guru

    Perakuan pendaftaran sebagai guru yangdikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-manaundangundang bertulis terdahulu yang berhubungandengan pendaftaran guru atau apa-apa dokumen yangmenjadi keterangan mengenai pendaftaran ataupengecualian daripada pendaftaran guru atau bahawaseorang guru itu disifatkan sebagai didaftarkan di bawahundang-undang itu, atau suatu permit mengajar yang

    dikeluarkan di bawah seksyen 114 hendaklah -

    (a) apabila perakuan, dokumen atau permit itudibatalkan;

    (b) apabila orang yang kepadanya perakuan,dokumen atau permit itu dikeluarkanberhenti mengajar di sesuatu institusipendidikan di Malaysia selama suatu tempohberterusan yang melebihi dua tahun, atauapabila orang itu meninggal dunia;

    (c)

    apabila diminta secara bertulis oleh KetuaPendaftar bagi tujuan penggubahan,pemindaan, pengendorsan atau penggantian;atau

    (d) dalam hal suatu permit, apabila tempohkesahannya tamat,

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    63/92

    63diserahkan balik kepada Ketua Pendaftar dalam masadua puluh satu hari oleh orang yang kepadanyaperakuan, dokumen atau permit itu dikeluarkan ataumana-mana orang yang ada dalam milikannya perakuan,

    dokumen atau permit itu.

    116. Kewajipan guru untuk memberitahu tentangpertukaran institusi pendidikan.

    Tiap-tiap guru berdaftar hendaklah dalamtempoh empat belas hari dari tarikh dia mula atauberhenti mengajar di sesuatu institusi pendidikanmelaporkan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar

    nama institusi pendidikan tempat dia mengajar atauberhenti mengajar dan tarikh dia mula mengajar atauberhenti mengajar di institusi pendidikan itu.

    BAHAGIAN X

    JEMAAH NAZIR SEKOLAH

    Bab 1 Jemaah Nazir

    117. Kewajipan Ketua Nazir.Ketua Nazir hendaklah-

    (a) bertanggungjawab, dengan kerjasamamana-mana pihak berkuasa yang dilantikoleh Menteri, bagi memastikan bahawataraf pengajaran yang memuaskandiwujudkan dan dikekalkan di institusipendidikan;

    (b) memeriksa institusi pendidikan ataumenyebabkan institusi pendidikandiperiksa oleh Nazir Sekolah pada lattempoh yang difikirkannya sesuai;

    (c) apabila diarahkan supaya berbuatsedemikian oleh Menteri, memeriksa suatuinstitusi pendidikan atau menyebabkaninstitusi pendidikan itu diperiksa; dan

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    64/92

    64(d) menjalankan apa-apa kewajipan lain ber-

    hubungan dengan pemeriksaan institusipendidikan sebagaimana yang diarahkanoleh Menteri atau sebagaimana yang

    ditetapkan.

    118. Kuasa Nazir Sekolah untuk memberikannasihat.

    Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikannasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lainyang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatuinstitusi pendidikan dan kepada guru-guru tentangperkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran

    dan kaedah pengajaran.

    119. Sekatan ke atas perintah Nazir Sekolah.Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak bolehmengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepadapengelola atau mana-mana orang lain yangbertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusipendidikan kecuali setakat yang dia diberikuasa olehmana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

    120. Laporan Nazir Sekolah.(1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan

    suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusipendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, danjika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, diahendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yangdisifatkannya sesuai pada laporan itu.

    (2) Laporan tentang suatu institusi pendidikanyang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalahdokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicaraMenteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yangbertanggungjawab ke atas pentadbiran institusipendidikan itu dan manamana guru di institusipendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untukdidapatkan sedemikian hendaklah disediakan untukdidapatkan secara keseluruhannya.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    65/92

    65

    Bab 2 Am

    121. Kuasa am Nazir Sekolah.Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas

    institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Naziratau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut "Nazir")boleh

    (a) pada bila-bila masa memasuki sesuatuinstitusi pendidikan; dan

    (b) menghendaki pengerusi lembaga pengelolaatau pengelola atau mana-mana orang lainyang bertanggungjawab ke ataspengurusan institusi pendidikan itu atauguru atau pekerja atau orang yang ditemuidi institusi pendidikan itu -

    (i) mengemukakan bagi pemeriksaan-nya mana-mana jadual waktu,sukatan pelajaran atau rekod yangberkaitan dengan mata pelajaranyang diajarkan atau yang akandiajarkan atau apa-apa buku,

    bahan; dokumen atau barang yangberhubungan dengan atau yang padapendapat Nazir itu mungkin adahubungan dengan pengajaran yangdijalankan di institusi pendidikan ituatau dengan pengurusan institusipendidikan itu; dan

    (ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungandengan pengajaran di, ataupengelolaan, institusi pendidikan itu

    yang diminta oleh Nazir itu, danyang pengerusi, pengelola, atauorang lain yang bertanggungjawabke atas pengurusan institusipendidikan itu, guru, pekerja atau

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    66/92

    66orang itu mempunyai kuasa untukmemberikan.

    122. Ketua Nazir boleh memberikuasa PegawaiPendidikan untuk bertindak bagi pihaknya.

    Ketua Nazir boleh secara bertulis memberikuasaPegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4untuk bertindak bagi pihaknya dalam penjalanan kuasakuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya dibawah Akta ini.

    BAHAGIAN XI

    KEWANGAN

    123. Kecualian berhubungan dengan Menteri.

    Kecuali setakat yang wang diluluskan ataudiperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen atauselainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini bolehdisifatkan sebagai mengenakan apa-apa kewajipankepada Menteri untuk menubuhkan dan

    menyenggarakan suatu institusi pendidikan di bawahAkta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atausebahagian daripada suatu institusi pendidikan.

    124. Sumbangan bantuan dan sumbangan modalhendaklah tertakluk kepada syarat, dsb. yangditetapkan.

    Apa-apa sumbangan bantuan atau sumbanganmodal yang boleh dibayar di bawah Akta ini kepada

    sesuatu institusi pendidikan, selain daripada institusipendidikan kerajaan, daripada wang yang diperuntukkanoleh Parlimen bagi maksud itu hendaklah dibayartertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yangditetapkan.

  • 8/14/2019 Akta Pendidikan 1996[1]

    67/92

    67

    125. Kuasa Menteri untuk menggantung ataumengkensel pembayaran apa-apa sumbangan.

    Menteri boleh menggantung atau mengkenselatau menyebabkan digantung atau dikensel pembayaranapaapa sumbangan kepada sesuatu institusi pendidikanjika pengelola atau mana-mana orang lain yangbertanggung