hbef1503 complete

Upload: smartsufi2020

Post on 06-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    1/10

    BUDAYA DAN TAMADUN DALAM KALANGAN KELOMPOK MANUSIA

    Setiap tamadun di dunia mengalami perkembangannya yang tersendiri, berkembang

    kemudiannya merosot dan seterusnya lenyap digantikan oleh kerajaan atau tamadun lain.

    Faktor pembinaan sesebuah tamadun mungkin berbeza antara satu sama lain kerana

    kedudukannya dan budaya masyarakatnya yang berlainan. Sungguhpun begitu, kita boleh

    mengenal pasti beberapa faktor utama yang membawa kepada kemunculan sesebuah tamadun.

    Kesengsaraan hidup.

    Keadaan hidup yang sengsara dan derita mendorong masyarakat berusaha secara

    kolektif untuk membebaskan diri mereka daripada kesengsaraan hidup. Penderitaan yang

    dialami menjadikan sesebuah masyarakat lebih berdisiplin dan kreatif dalam menyelesaikan

    masalah yang mereka hadapi. Keadaan ini sesuai dengan pepatah Inggeris yang berbunyi

    necessity is mother of invention. Masyarakat di Mesir telah memperkenalkan ilmu

    matematik, kejuruteraan dan takwim kerana bimbang terhadap bencana banjir yang melanda

    tempat tinggal mereka saban tahun.

    Asabiyah atau semangat kesukuan.

    Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimmahberpendapat bahawa asas kepada

    kemajuan kehidupan manusia ialah asabiyah. Dasar utama yang terkandung dalam asabiyah

    ialah sifat semula jadi manusia yang cinta akan ahli keluarga. Begitu juga hubungan yang

    rapat antara ketua dan anggota kabilah di bawah pimpinannya. Ikatan yang terjalin itu akan

    mengukuhkan sesuatu kabilah yang memungkinkan munculnya sesebuah tamadun. Bagi

    sesebuah kerajaan atau tamadun yang bercorak dinasti, semangat asabiyah lebih ketara kerana

    jawatan-jawatan penting diberikan kepada kaum keluarga dan kerabatnya. Kerajaan Bani

    Umayyah adalah salah satu contohnya.

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    2/10

    Faktor hijrah dan peranan manusia.

    Seorang sarjana sosiologi dari Iran, Ali Shariati berpendapat bahawa ada dua faktor

    yang mencetuskan pembinaan sesebuah peradaban. Faktor pertama ialah hijrah dan kedua

    ialah peranan manusia dalam menempa kejayaan. Daripada kajiannya terhadap 27 tamadun,

    Ali Shariati merumuskan bahawa tamadun lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal

    ke tempat baru. Tamadun menurutnya tidak pernah lahir dan berkembang di kalangan

    masyarakat primitif yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Contohnya, peradaban Melaka lahir kerana penghijrahan sekelompok manusia dari Sumatera,

    membuka Melaka dan seterusnya Melaka menjadi pusat perdagangan, kebudayaan dak

    aktiviti keintelektualan di rantau ini. Peranan manusia turut penting bagi menentukan nasib

    dan mengubah masa depan mereka kerana mereka diberi akal fikiran dan kuasa untuk

    berusaha.

    Penghayatan terhadap bidang keilmuan.

    Kemunculan sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan dan kecintaan yang

    tinggi terhadap bidang keilmuan. Penghayatan terhadap ilmu dapat dilihat dalam diri tokoh-

    tokoh terkemuka tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Kautilya

    dalam Tamadun India, Al-Farabi, Ibn batuta, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun

    Islam.

    Peranan faktor agama.

    Arnold Toynbee percaya bahawa agama berperanan memanjangkan usia sesebuah

    tamadun. Beliau yang agak kecewa dengan krisis moral yang berlaku di kalangan masyarakat

    Barat akibat membelakangkan agama Kristian meramalkan masyarakat Barat akan

    didominasikan oleh satu agama yang berkembang dari Timur. Begitu juga dengan Akhbar S.

    Ahmed dalam bukunyaDiscovering Islam: Making Sense of Muslim History and Society,

    yang menegaskan bahawa tindak-tanduk masyarakat Islam perlu mencontohi amalan Nabi

    Muhammad s.a.w. dan sahabat baginda jika ingin mengembalikan kegemilangan Islam.

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    3/10

    Akhbar mengukuhkan hujahnya dengan memperturunkan hadis yang menyebut .yang

    terbaik daripada kalangan umatku ialah generasiku kemudian mereka yang mengikutnya dan

    yang mengikuti sesudah itu.

    Kedudukan yang strategik.

    Kemunculan sesebuah tamadun boleh dikaitkan dengan kedudukan sesebuah tamadun

    yang strategik. Hal ini membolehkan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi

    untuk kelangsungan hidup. Faktor lokasi yang strategic menggalakkan pembentukan tamadun

    Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan

    tamadun Melayu Melaka di pesisiran Selat Melaka.

    Sifat Keterbukaan.

    Kemunculan sesebuah tamadun turut disebabkan oleh toleransi terhadap sumbangan

    tamadun-tamadun lain. Sifat keterbukaan ini memberi kesan positif kepada sesebuah

    tamadun. Tamadun Islam bersifat terbuka kerana menerima sumber-sumber ilmu dari

    tamadun Yunani, Parsi, India dan China.

    Peranan elit dan idea.

    Arnold Toynbee berpendapat bahawa peranan sekumpulan elit adalah penting dalam

    pembinaan tamadun. Malik Bennabi pula berpendapat tiga unsur yang membentuk tamadun

    iaitu manusia, benda dan idea. Dengan kekayaan benda atau material sahaja tetapi ketandusan

    idea, memungkinkan tamadun itu dibina dengan kukuh. Chandragupta Maurya dan Kautilya

    adalah contoh yang baik tentang peranan elit dan idea yang membantu membina empayar

    Maurya di India.

    Setiap tamadun dibina hasil gabungan beberapa faktor yang dibincangkan di atas.

    Kesungguhan pengasas sesebuah tamadun adalah lebih dominan dalam menentukan hala tuju

    sesebuah tamadun.

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    4/10

    Ciri-Ciri Tamadun

    Terdapat 6 ciri-ciri asas sebuah tamadun . Lihat rajah dibawah;

    i. Petempatan kekal

    Ciri utama kemunculan tamadun

    kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan

    Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan

    makanan dan penternakan binatang.

    Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan

    hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.

    ii. Kehidupan Berorganisasi

    Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi

    aspek sosial, ekonomi dan politik.

    Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang

    kompleks.

    Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    5/10

    iii. Sistem Pemerintahan

    Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.

    Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil

    Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah.

    Sistem perundangan dicipta.

    iv. Pengkhususan Pekerjaan

    Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.

    Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan

    tersebut.

    Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada

    aktiviti perdagangan.

    Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu

    pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.

    v. Agama dan Kepercayaan

    Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang

    menguasai alam sekeliling.

    Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai

    semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.

    Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.

    Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak

    Tuhan.

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    6/10

    vi. Bahasa dan Sistem Tulisan

    akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.

    Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit.

    contoh tulisan awal ialah;

    Pengertian Budaya dan Fungsi dalam Masyarakat

    Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan,tetapi

    perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan.

    Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pembelajaran manusia dapat

    menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami

    lambang-lambang yang simbolik seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih

    kompleks daripada haiwan.

    Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai

    kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan

    yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas

    kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses

    pembelajaran yang terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya.

    Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana

    anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160

    definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis

    dan membuat kesimpulan.

    Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kataSanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan

    Contoh Tulisan Keterangan

    Heiroglif Tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik, halus dan penuh

    kesenian pada makam dan batu.

    Cuneiform Tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis

    pada kepingan tanah liat oleh masyarakat mesopotamia.

    Sistem tulisan ini berbentuk pepaku yang dihasilkan oleh orang Sumeria.

    Piktograt Tulisan masyarakat Indus yang masih belum dapatditafsirkan lagi.

    Histogram Tulisan yang berbentuk simbol/ tulisan orang China yang banyakmengandungi simbol seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    7/10

    dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian

    daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan

    fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata

    singkat daripada kebudayaan.

    Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu

    adalah sebahagian daripada budaya.

    Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar

    dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian

    yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling

    berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri.

    Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal

    (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup

    manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan

    agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian

    yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya

    yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti

    budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait

    complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil.

    Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items.

    Budaya juga dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota

    masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma,

    nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini

    adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan

    budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang

    dihasilkan.

    Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi

    memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu

    harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.

    Perlakuan dan Kawalan Sosial

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    8/10

    Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam

    budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu

    sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola

    itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada

    bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas.

    Fungsi Budaya

    Dalam penyelidikan, fungsi budaya mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi

    budaya dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu

    tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan antara satu dengan yang lain; dan fungsi budaya

    juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang

    bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi budaya yang selalu digunakan seharian itu juga

    dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan

    masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi budaya itu

    kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism.

    Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam

    mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu

    mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat

    dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu,

    sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh

    dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam.

    Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai

    aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu

    hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat

    sosial.

    Aneka budaya

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    9/10

    Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan

    ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha

    untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif

    dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam

    kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses

    mengklasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula

    berbagai-bagai sokongan dan ulasan

    Definisi Tamadun

    Berasal daripada perakataan Arab yang bermaksud kehalusan budi bahasa dan

    kesopananan tingkahlaku

    Menurut pandangan Barat

    - M.A.J Beg : Pencapaian manusia seperti pembinaan Kota,skrip yang dicipta,kesenian

    senibina ,agama,undang-undang dan politik.

    - Edward L. Farmer : Satu unit budaya yang yang merangkumi norma-norma sosial ,tradisi

    yang diwarisi dari satu generasi kepmadun secara ada satu generasi.

    - Arnold J. Tonybee : Suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi

    politik,undang-undang kesenian,kesusasteraan, agama dan akhlak.

    Pengertian Tamadun secara umum.

    Satu konsep yang luas dan kompleks ,ia merujuk kepada pencapaian sesuatu

    masyarakat atau negara dalam bidang ilmu pengetahuan ,pentadbiran, undang-undang,

    kepercayaan,agama,kesenian,perbandaran ,sistem tulisan,moral dan adat resam.

    Konsep Budaya

    Menurut E.B Tylor : Merujuk kepada ilmu pengetahuan kesenian, kesusilaan,

    undang-undang dan adat resam.

    Malinow Shy : Di dalam bukunya A Scientific Theory of Culture mengkelaskan

    budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia.

    Budaya : Budaya merupakan keseeluruhan aspek kemanusiaan,sejarah kesusteraan

    intitusi politik,muzik,lukisan,falsafah dan sebagainya.

    Budaya secara umum ialah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.Ia

    meliputi semua aktiviti harian manusia,ia juga berperanan membezakan antara bangsa

    tertentu.

    KESIMPULAN

  • 8/3/2019 Hbef1503 Complete

    10/10

    Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat

    luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu

    sendiri bagi keperluan hidup.

    Memenuhi dan Menyediakan Keperluan. Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup.

    Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dansebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat.

    Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan terbinalah kapal.

    Sebagai Panduan kepada anggota masyarakat dalam Bertingkahlaku.Kepercayaan adalah

    unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari

    tuntutan daripada agama.. Budaya mempunyai peranan dalam memberikan panduan kepada anggota masyarakat

    dalam bertingkahlaku . Bertingkahlaku yang meliputi seluruh kehidupan masyarakat manusia.