hbef 2803 t2a1

2
Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumasan Ceramah Tajuk 1 (T2A1) Program Pensiswazahan Guru anjuran Universiti Terbuka Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk memberi peluang kepada guru-guru lepasan diploma untuk mendapatkan ijazah sarjana muda perguruan. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan lebih ramai guru-guru lepasan ijazah. Guru-guru dari seluruh negara telah menyahut cabaran ini dengan matlamat untuk memajukan diri masing-masing. Setakat ini, lebih kurang 52 000 orang guru di seluruh negara sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Berdasarkan jumlah ini, jelas menunjukkan betapa guru-guru mempunyai kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban untuk memajukan diri masing-masing. Sepertimana yang telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar, sebagai seorang pendidik, guru mempunyai pilihan untuk memajukan diri masing-masing. Guru bertanggung jawab sepenuhnya terhadap dirinya untuk maju ke hadapan. Kecemerlangan kerjaya seseorang guru adalah hasil daripada inisiatifnya sendiri. Terdapat empat isu yang dibentangkan oleh penceramah dalam seminar tersebut. Isu-isu tersebut adalah konsep pembangunan profesionalisme, bagaimana inisiatif guru dalam memajukan profesionnya sebagai pendidik, kebertanggungjawaban guru dan isu terakhir adalah potensi guru yang wujud sepanjang laluan kerjayanya. Guru pada zaman sekarang berbeza dengan guru pada zaman dahulu kerana guru pada zaman sekarang perlu berfikiran jauh ke hadapan. Tugas dan tanggung jawab guru tidak sekadar tahu mengajar di dalam bilik darjah sahaja. Guru perlu berusaha memajukan dirinya agar kekal releven seiring dengan keperluan semasa. Konsep belajar seumur hidup yang sering ditekankan oleh Kementerian Pendidikan secara langsung menjadi penyuntik semangat kepada guru untuk memejukan diri dengan merebut peluang- peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Situasi ini secara langsung akan dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut.

Upload: alicius78

Post on 26-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan Epic

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF 2803 T2A1

Tugasan 2 Aktiviti 1: Rumasan Ceramah Tajuk 1 (T2A1)

Program Pensiswazahan Guru anjuran Universiti Terbuka Malaysia dengan kerjasama

Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan untuk

memberi peluang kepada guru-guru lepasan diploma untuk mendapatkan ijazah sarjana muda

perguruan. Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk melahirkan

lebih ramai guru-guru lepasan ijazah. Guru-guru dari seluruh negara telah menyahut cabaran ini

dengan matlamat untuk memajukan diri masing-masing.

Setakat ini, lebih kurang 52 000 orang guru di seluruh negara sedang mengikuti Program

Pensiswazahan Guru. Berdasarkan jumlah ini, jelas menunjukkan betapa guru-guru mempunyai

kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban untuk memajukan diri masing-masing. Sepertimana

yang telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar, sebagai seorang pendidik, guru

mempunyai pilihan untuk memajukan diri masing-masing. Guru bertanggung jawab sepenuhnya

terhadap dirinya untuk maju ke hadapan. Kecemerlangan kerjaya seseorang guru adalah hasil

daripada inisiatifnya sendiri.

Terdapat empat isu yang dibentangkan oleh penceramah dalam seminar tersebut. Isu-isu

tersebut adalah konsep pembangunan profesionalisme, bagaimana inisiatif guru dalam

memajukan profesionnya sebagai pendidik, kebertanggungjawaban guru dan isu terakhir adalah

potensi guru yang wujud sepanjang laluan kerjayanya.

Guru pada zaman sekarang berbeza dengan guru pada zaman dahulu kerana guru pada

zaman sekarang perlu berfikiran jauh ke hadapan. Tugas dan tanggung jawab guru tidak sekadar

tahu mengajar di dalam bilik darjah sahaja. Guru perlu berusaha memajukan dirinya agar kekal

releven seiring dengan keperluan semasa. Konsep belajar seumur hidup yang sering ditekankan

oleh Kementerian Pendidikan secara langsung menjadi penyuntik semangat kepada guru untuk

memejukan diri dengan merebut peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Situasi ini secara langsung akan dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut.

Kementerian Pendidikan telah memberi banyak insentif dan kemudahan kepada guru-

guru sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan. Antara insentif yang disediakan oleh

Page 2: HBEF 2803 T2A1

Kementerian Pendidikan adalah seperti pengecualian yuran pengajian, dan kemudahan cuti

belajar sepanjang mengikuti pengajian. Masa depan guru yang berjaya menghabiskan kursus

juga lebih cerah dengan peluang kenaikan gred yang lebih tinggi.

Guru yang berilmu pengetahuan tinggi merupakan salah satu kriteria yang diperlukan untuk

merealisasikan hasrat kerajaan.

Selain daripada tugas utamanya mengajar di dalam bilik darjah, guru perlu berusaha

, guru dengan sendirinya telah berusaha selangkah ke hadapan untuk memperbaiki dirinya, bukan

sahaja dari sudut kemaju