hbae3103 kraf tradisional

Upload: rohani-ahmad

Post on 15-Oct-2015

133 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

HBAE3103 kRAF TRADISIONAL

March 16, 2014[HBAE3103 kRAF TRADISIONAL]

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIANSEMESTER JAN / TAHUN 2014

KOD KURSUS HBPE3103TAJUK KURSUS

KRAF TRADISIONAL

NAMA : ROHANI @MURNI BT AG. AHMAD

NO. MATRIKULASI : 690916125198001

NO. KAD PENGENALAN : 690916125198

NO. TELEFON :0146762655

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Labuan

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

Pengenalan

4

Prinsip Rekaan

6

Seni Batik Melayu

12

Garapan idea kreatif dan corak dalam Batik Melayu

13

Analisis

14

Seni Ukiran Melayu

15

Garapan idea kreatif dan corak dalam Seni Ukiran

16

Analisis

17

Seni Tenunan Songket Bahasa

17

Garapan idea kreatif dan corak dalam Seni Tenusu Songket

18

Analisis

19

Seni Anyaman Melayu

20

Garapan idea kreatif dan corak dalam Seni Anyaman Melayu

21

Analisis

22

Kesimpulan

23

Bibliografi

24

Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengabulkan niat kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga bersyukur kerana di beri kekuatan, ilham, ketekunan dan istiqamah dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini. Terimakasih kami ucapkan kepada E- Tutor Encik Zailani B. Yaacob yang telah banyak memberi bimbinganAlhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengabulkan niat kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga bersyukur kerana di beri kekuatan, ilham, ketekunan dan istiqamah dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini. Terimakasih kami ucapkan kepada tutor kami yang telah banyak memberi bimbinganSekian Terima kasih

PENGENALAN

Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkandari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran , tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi.

Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identity masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu di sampaikan secara lisan dari generasi ke satu generasi.

Seni kraf melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaanya iaitu Islam. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Hasil ciptaan seni kraf melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam dalam penghasilannya Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

Menurut sumber yang di perolehi dariAkta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Kraf Tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya. Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan merujuk kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsure seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan, antaranya harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.1. Harmoni

Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsure seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni tidak akan muncul jika terdapat cirri-ciri yang bercanggah. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Aplikasim warna dari kumpulan yang sama dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna pada pandangan.

2. KontraKontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggahan dalam sesuatu gubahan. Aplikasi prinsip rekaan kontra akan menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri yang bertentangan akan menimbulkan perbezaan.

3. Penegasan

Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada pemerhatian tampak. Penegasan pada sesuatu objek pada alam semula jadi dapat berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya objek tersebut dapat menarik perhatian seseorang. Penegasan sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsure atau objek dalam sesuatu hasil karya yang dapat menarik perhatian. Aplikasi prinsip rekaan penegasan akan memberikan daya tumpuan yang lebih terhadap unsure seni tersebut.

4. Imbangan

Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian. Aplikasi prinsip ini akan memberikan tumpuan yang sekata pada hasil karya dengan tidak membiarkan ruang kosong yang ketara. Terdapat dua jenis imbangan :

1. Imbangan simetri wujud apabila unssur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama. Aplikasi imbangan simetri akan menghasilkan kesan yang lebih stabil, kukuh dan kelihatan formal.

2. Imbangan tidak simetri wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsure yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya

5. Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

Ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

6. Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

Kepelbagaian warna

7. Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

Kesatuan tema

Kesatuan tema jenis objek dan warna

KONSEP ISLAM DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini menunjukkan pengaruh Islam dalam penghasilannya. Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan. Ianya juga menggambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat yang menunjukkan cirri-ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan tradisional melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsure geometri. Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motof dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama. Selalunya , motof-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan , bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometrid an arabes . Empat seni kraf yang akan dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makan. Seni kraf yang dipilih ialah batik, ukiran, tenunan songket dan anyaman.1. Seni Batik MelayuBatik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula. Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. 1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu, tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif yang dipilih adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. 1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Rajah 1Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Terengganu

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihat objek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang dituntut dalam Islam.

2.Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.

2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran 1

Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaUkiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)

3. Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.

3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket MelayuMotif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.

3.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Tenunan Songket yang diambil dari blog:http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenun-songket-melayu-pekanbaru.htmlTenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai estetika.Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes.Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith.(Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)

4. Seni Anyaman MelayuAnyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.

4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2.

Rajah 2: Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.Kesimpulan

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea.BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum.Jurnal Bahasa Moden, 6. 152-160.Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985),Seni Bina Islam, Aplikasi di Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selad.ngor: Meteor Doc.Sdn.Bh.Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa,Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina, Perancangan dan Ukur UITM Perak.Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011).Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.LAMAN WEB

Anyaman

http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.htmlBatik

http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95Contoh Ukiran Kayu Melayu

http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241eaContoh Kelarai

http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.htmlHukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69Hukum Melukis Objek dan Binatang

http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.htmlMotif Songket Bercirikan Orang Melayu

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hiveSarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifullycrafted. durable and functional works of art.http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.htmlSeni Lama Melayu

http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html

ii

Tenunan Songket

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.htmlUkiran Kayu Tradisional

http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html