hassan

Click here to load reader

Upload: zakirah-yaakob

Post on 22-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assignment EDU sem 7

TRANSCRIPT

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanakEDU 3073

1.0PENGENALANBimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir, guru kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan peranannya juga.Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.

1.1KAJIAN KES : Kenal Pasti Isu Dan MasalahHassan, seorang pelajar cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di Bandar. Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan Saya mesti mendapat markah tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya.

Tugasan yang diberikan adalah berkenaan masalah seorang murid yang bernama Hassan.Bil.PerkaraMaklumat

1NamaHassan

2JantinaLelaki

3StatusPelajar

4Status pencapaian akademik di sekolah lamaMendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya.

5MasalahMenghadapi pemikiran tidak rasional

Jadual 1: Maklumat Hassan

Menurut situasi di atas, Hassan berasa gementar dan bimbang untuk membentangkan tugasan sejarahnya. Sebenarnya, perasaan gementar itu sesuatu yang normal. Semua orang pasti akan rasa gementar ketika melakukan sesuatu yang baru. Dari sudut positif, ia membuatkan kita lebih bersedia. Namun tahap gementar atau kebimbangan yang tinggi mampu menjejaskan kesihatan dan kehidupan kita. Ia akan menyebabkan perjalanan peredaran darah terganggu dan kelenjar akan menghasilkan toksik yang membahayakan kesihatan kita. Sama seperti seekor landak, duri-durinya akan mula mengembang secara spontan apabila diancam. Begitu juga dengan tubuh kita.Sebelum mencari jalan penyelesaian untuk masalah Hassan, kita perlu mengkaji apakah puncanya yang menyebabkan Hassan berasa gementar untuk membentangkan tugasannya. Salah satu puncanya ialah Hassan takut melakukan kesilapan. Bagaimana Hassan di sekolah lama sudah terbiasa mendapat markah yang tinggi, maka dia takut jika dia mendapat markah yang rendah (gangguan emosi/ perasaan). Mungkin pada pemikiran Hassan markah yang rendah akan menyebabkan dia diburuk-burukkan apabila tersilap membentang. Mungkin juga Hassan sudah dibentuk dengan pemikiran bahawa markah adalah segala-galanya di alam persekolahan, maka untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih baik, dia perlu mendapatkan markah yang terbaik (pemikiran tidak rasional). Markah yang buruk akan menyebabkan cita-cita dan hidupnya menjadi gelap. Keadaan ini sebenarnya membentuk pemikiran dan perasaan dalaman Hassan yang kuat untuk takut, segan dan malu untuk melakukan kesilapan. Inilah yang menyebabkan Hassan berasa gemuruh, bimbang, rasa cemas dan takut untuk melakukan pembentangan. Pemikiran dan perasaan Hassan telah membayangkan pelbagai kesilapan yang menakutkan. Ia merupakan pemikiran dan perasaan spontan tanpa Hassan sedari. Bertahun-tahun Hassan membentuk pemikiran ini tanpa disedari dan sudah tentu ia memerlukan masa untuk membetulkannya semula. Hal ini demikian kerana perkara ini bukan sahaja melibatkan pemikiran, malah perasaan dalaman Hassan.Sememangnya masalah ini memakan masa yang lama untuk menyelesaikannya, namun, jika kita tahu punca sebenarnya, lebih memudahkan dan membantu kita memperbaikinya ke arah tuju yang betul. Saya yakin semua orang yang mengalami masalah gementar akan bekerja keras mencari jalan penyelesaiannya. Namun, kesilapan memahaminya dan cara penyelesaian boleh memburukkan lagi masalah yang dialami oleh Hassan, menjadikan keadaan jauh lebih teruk dari sebelumnya, dan menyebabkan Hassan jauh lebih gementar dari sebelumnya.Dengan menyelusuri situasi masalah yang berlaku dalam diri Hassan, dapat saya kenal pasti bahawa ianya berpunca daripada akibat pemikiran yang tidak rasional dalam diri Hassan. Hassan seperti bimbang dan takut akan suatu perkara yang belum pasti sedangkan potensi di dalam dirinya amat besar. Hal ini demikian kerana pengaruh pemikiran yang tidak rasional dilihat berjaya menguasai diri dan potensi yang ada dalam diri Hassan.Oleh yang demikian, saya telah mengenalpasti satu teori kaunseling yang sesuai bagi membantu Hassan mencapai potensi diri sepenuhnya iaitu teori Rasional Emotional Behaviour Therapy (REBT). Teori REBT merupakan teori yang percaya manusia perlu mengubah cara berfikir supaya dapat mengubah fikiran yang tidak rasional. Hackney & Cormier (1995)[footnoteRef:1] mengandaikan bahawa gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. [1: Hackney, H.L & Cormier, L.S (1995). THE Profesional Counselor: A Process Guide to Helping, Boston: Allyn & Bacon, inc]

Manusia sendirilah yang sebenarnya membuat gangguan tersebut bukan disebabkan oleh punca-punca luaran. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Hassan apabila terdapat ciri-ciri kepercayaan tidak rasional seperti bimbang dan terlalu menuntut dalam diri sendiri. Perasaan dan kehendak yang tinggi seperti menghantui diri Hassan sehingga menyebabkan keyakinan dan kebimbangan dalam diri Hassan tidak dapat dikawal dengan baik.Berdasarkan situasi Hassan yang ditunjukkan dapat dilihat dengan jelas bahawa Hassan sedang mengalami masalah sistem kepercayaan di dalam dirinya dengan meletakkan pengalaman di sekolah lama sebagai peristiwa yang mana dia sering mendapat markah tertinggi. Kejayaannya mendapat yang terbaik di sekolah lama menjadikan dia takut untuk menghadapi sebarang masalah dan kegagalan di sekolah barunya kini. Jadi, dia telah meletakkan kebimbangan dalam dirinya dalam mencapai markah yang tinggi di sekolah baharu. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikansuatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya.Masalah lain yang dihadapi oleh Hassan ialah gangguan emosi dari aspek dua jenis perasaan yang tidak sesuai sama ada ianya bersifat positif mahupun negatif. Perasaan negatif yang tidak sesuai didefinisikan sebagai emosi kemurungan, kebimbangan, hilang harapan, rasa kekurangan dan ketiadaan penghargaan kendiri. Perasaan-perasaan sedemikian akan memburukkan lagi keadaan tanpa membantu Hassan mengatasi masalahnya. Perasaan positif yang tidak bersesuaian pula didefinisikan sebagai kekuatan, kehebatan dan dalam jangka pendek akan menyebabkan manusia berasa baik dan superior daripada orang lain. Namun begitu akhirnya akan membawa kekecewaan ke arah yang lebih besar seperti pergaduhan dan peperangan.Masalah yang ditunjukkan Hassan ini juga dapat mendorong dia kepada tingkah laku negatif jika gagal mencapai tahap yang dia kehendaki. Tingkah laku negatif yang sering murid alami ini menunjukkan bahawa murid ingin mempamerkan mekanisme bela diri yang tinggi seperti projeksi iaitu menunding jari kepada orang lain walhal diri sendiri yang tidak betul, reaksi formasi iaitu pemikiran sebenar ditekankan sehingga menimbulkan perasaan sebaliknya atau membuat rasional yang mana murid cuba membuat alasan bagi tindakan yang tidak diterima oleh guru yang mana sepatutnya murid mengaku salah sahaja tetapi menidakkan dan tidak mahu menerima kenyataan yang tidak menyenangkan. Hassan mungkin boleh menunjukkan tingkah laku negatif seperti menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat mencapai markah yang dikehendaki. Hassan juga mungkin akan mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal. Misalnya, Hassan berkata:Saya sangat kecewa dengan kegagalan perbentangan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh. Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dalam diri Hassan. Gangguan emosi ini akan menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam dirinya. Keadaan ini akan mengakibatkan Hassan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Gangguan tingkah lakuGangguan emosi (perasaan)

Masalah Hassan

Berharap mendapat keputusan yang tertinggiPemikiran tidak rasional

Rajah 1: Masalah Hassan

1.2PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau secara ringkasnya PPPM merupakan dokumen lengkap untuk menaik taraf sistem pendidikan supaya selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Terdapat lima aspirasi sistem dalam pendidikan Malaysia, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional. Maka itu Hassan perlu disedarkan bahawa untuk menjadi murid yang cemerlang, bukan bergantung semata-mata pada pembentangan, banyak lagi aspek lain yang dinilai. Antaranya, Hassan perlu menguasai pengetahuan yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas. Hassan juga boleh membuat banyak ulangkaji dan bacaan luar untuk menambahkan pengetahuan. Libatkan diri dengan aktiviti persatuan, di situ Hassan dapat membina sikap kepimpinan dalam diri. Pada masa yang sama, murid yang cemerlang pada abad ini juga dikategorikan sebagai murid yang dapat menguasai bahasa Inggeris atau disebut sebagai kemahiran dwibahasa. Malah yang lebih penting lagi, Hassan mestilah menjadi murid yang beretika tinggi dan mempunyai identiti diri yang nasional serta disenangi semua orang.

1.3TEORI KAUNSELING : Teori Rasional EmotifMenurut apa yang telah saya pelajari sepanjang semester ini dalam mata pelajaran EDU 3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak, teori yang bertepatan dengan masalah Hassan ialah Teori Rasional Emotif.

1.3.1Tokoh TeoriTeori Rasional Emotif telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (REBT). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori REBT dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis REBT berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.

1.3.2Pendekatan TeoriREBT juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.Prinsip terapi REBT boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadangkala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini. Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output. Dua tujuan utama REBT ialah; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Womans Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997)[footnoteRef:2], dalam melahirkan teorinya, Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: [2: Muhd. Mansur Abdullah. (2000), Kaunseling Teori. Proses dan Kaedah EDISI KEDUA. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.]

When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior, one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts.

1.3.3Pandangan Teori Terhadap Manusia dan Perkaitannya dengan HassanHubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran. Menurut George dan Cristiani (1995)[footnoteRef:3], manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. REBT juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari. [3: George, R.L & Christiani (1995). Theori, Method and Prosess of Psychotheraphy. New Jesey : Prentice-Hall, Englewood Cliffs.]

Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi REBT berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.Terapi REBT yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.Suradi Salim (1996)[footnoteRef:4] mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan Hassan supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis. [4: Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.]

Menurut teori REBT, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Dalam situasi Hassan, Hassan percaya bahawa dia mesti membuktikan bahawa dia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Hassan juga percaya bahawa jika dia melakukan kesalahan, maka dia akan dikutuk dan menyalahkan dirinya yang dilihat sebagai orang yang tidak baik. Keadaan ini juga dipengaruhi oleh masa lampau Hassan yang selalu mendapat markah tertinggi di sekolah lama menyababkan Hassan memiliki perasaan untuk mendapatkan markah yang tinggi pada masa kini.Hassan turut mempercayai bahawa dia perlu melihat kehidupannya yang sangat teruk jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya. Hassan percaya bahawa dia perlu berpandangan tidak baik sekiranya dia dikecewakan, disisih atau tidak mendapat markah yang tinggi. Apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang merbahaya atau ketika disuruh membentangkan tugasan sejarah, Hassan percaya bahawa dia perlu memikirkan akibatnya dan akan risau bagaimana dia perlu menghadapinya.Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran yang berlaku, kita akan gunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A merujuk kepada penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Contoh yang dapat saya kaitkan dengan Hassan ialah Hassan merupakan pelajar yang cemerlang dan selalu mendapat markah yang tinggi di sekolah lamanya. B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang persons belief system. Misalnya, saya mesti mendapat markah tertinggi. Manakala C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Hassan berasa gemuruh apabila disuruh membentangkan tugasan sejarahnya akibat daripada pengalamannya di sekolah lama yang selalu mendapat markah tertinggi ditambah pula dengan kepercayaannya bahawa dia mesti mendapat markah tertinggi. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan Hassan mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya. Dan akhir sekali E, iaitu menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.KonsepContoh perkaitan dengan Hassan

A(pengalaman)Hassan merupakan pelajar yang cemerlang dan selalu mendapat markah yang tinggi di sekolah lamanya

B(kepercayaan)saya mesti mendapat markah tertinggi

C(akibat)Hassan berasa gemuruh apabila disuruh membentangkan tugasan sejarahnya

D(membetulkan kepercayaan)Kepercayaan Hassan mesti dibetulkan supaya menjadi seperti ini,Saya tidak mahu perasaan gemuruh yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya

E(menjadi normal)Akhir sekali, dijangka Hassan akan menjadi normal semula.Saya rasa gembira

Jadual 2: Konsep ABCDE EllisCorey (1996)[footnoteRef:5] menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori REBT adalah seperti berikut; prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Dari perspektif REBT, ramai kaunselor telah membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga kaunselor melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut. [5: Corey, L.M (1977), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California : Brook/ Cole Publishing Co.]

Oleh itu bagi Ellis, kaunselor dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak logik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya, bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri Hassan? Dalam hal ini, Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal. Misalnya, Hassan berkata: Saya mesti mendapat markah tinggi dalam pembentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya.Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri Hassan. Keadaan ini akan mengakibatkan Hassan akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar Hassan dapat merasionalkan dirinya dalam menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.

2.0TEKNIK KAUNSELINGRational Emotive Behaviour Therapy (REBT) secara umumnya bermula dengan sistem kepercayaan dalam diri klien yang memberi kesan ke atas emosi dan tingkah laku klien yang pada kebiasaannya bersifat negatif. Amir Awang (1997)[footnoteRef:6] menyatakan, klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Perkaitan yang begitu signifikan menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Kaunselor perlu bijak dalam mengintegrasikan teknik-teknik REBT dengan permasalahan klien, terutamanya dalam proses D (disputing intervention). [6: Amir Awang. (1997). Penghantar Bimbingan Kaunseling di Malaysia, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.]

Pengamal REBT perlu menggunakan modaliti yang berbeza, seharusnya fleksibel dan kreatif dalam penggunaan kaedah dan melakukan penyesuaian teknik terhadap keperluan unik bagi setiap klien. Teknik-teknik REBT boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik Tingkah Laku, setiap cabang mempunyai teknik yang lebih khusus untuk dipraktikkan. TEKNIK REBTTEKNIK KOGNITIF Menyingkirkan Kepercayaan Tidak Rasional Tugasan Kognitif Changing One's Langguage Kaedah Psikopendidikan

TEKNIK EMOITIF Rational Emotive Imagery Humor Role Playing Shame-attacking Force and Vigor

TEKNIK TINGKAH LAKU Teknik Peneguhan Desintisasi Bersistematik Teknik Modelling Teknik Releksasi

Jadual 3: Teknik REBT

2.1Teknik KognitifKaunselor mengajar klien bagaimana berhadapan dengan penyataan tidak rasional mereka supaya tidak mempercayainya. REBT amat menitikberatkan pemikiran, menyingkirkan, mendebatkan, mencabar, mengintepretasikan, menerangkan dan mengajar. Kesemua ini merupakan cara atau kaedah yang berkesan dalam memastikan klien melihat pemikiran tidak rasional mereka. Hal ini demikian kerana cara yang berkesan dalam membawa perubahan emosi dan tingkah laku adalah melalui perubahan cara berfikir klien.

Rajah 2: Teknik Kognitif

Menyingkirkan Kepercayaan Tidak RasionalMelalui teknik ini, sebagai guru bombing, saya mesti bertindak secara aktif untuk menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar Hassan bagaimana melakukannya. Saya akan meneroka dan memberi keterangan istilah mesti, harus, atau sepatutnya sehingga Hassan tidak lagi berpegang kepada kepercayaan tersebut. Seterusnya saya perlu mengarahkan Hassan mengeluarkan bukti mengapa dia harus berasa teruk jika sesuatu atau pembentangan yang dilakukannya tidak berjaya dan mendapat markah yang rendah. Persoalan tidak rasional Hassan perlu dicabar dan digantikan dengan pemikiran baru yang lebih rasional. Konfrontasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional Hassan dan membuat Hassan menyedari keadaan tersebut.Pendek kata, dalam teknik ini Hassan ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Hassan juga diajar bagaimana untuk menanamkannya dalam fikiran dan jiwa sehingga dia yakin dan percaya dengan sungguh-sungguh.

Membuat Tugasan KognitifDalam masalah ini, Hassan perlu melakukan tugasan kognitif yang membina terhadap permasalahan dan isu kepercayaan tidak rasionalnya. Tugasan kognitif ini adalah satu cara untuk membantu Hassan melihat penyataan mesti dan harus yang dipegangnya kemudian mengubah penyataan tersebut menjadi lebih positif, serta disusuli dengan tugasan praktikal yang perlu dilakukan oleh Hassan. Dalam masalah ini, Hassan mempunyai pemikiran yang tidak rasional, dia sering meletakkan sifat negatif itu ke dalam situasi kehidupannya. Oleh itu, sebagai guru bimbing Hassan, saya perlu memberikan tugasan kepada Hassan untuk cuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata bagi mengukuhkan sifat positifnya.

Changing Ones LangguagePenggunaan bahasa yang tidak tepat merupakan salah satu penyebab berlakunya perubahan proses pemikiran, termasuklah pemikiran tidak rasional. Penyataan seperti mesti, harus, atau sepatutnya boleh diubah oleh Hassan dengan pilihan yang lebih baik. Hal ini demikian kerana klien yang menggunakan bahasa yang menggambarkan keadaan yang tidak berdaya atau menjatuhkan diri sendiri, boleh belajar menggunakan penyataan baru yang mana dapat membantu klien tersebut berubah tingkah laku dan sekaligus mengubah perasaan yang lebih baik dan tenang.

Kaedah PsikopendidikanKaedah berunsurkan pendidikan merupakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran kepada Hassan. Sebagai guru, saya perlu mengajar Hassan tentang keadaan masalahnya dan bagaimana rawatan yang boleh dilakukan. Hassan mungkin perlu bekerjasama dengan program rawatan sekiranya dia memahami bagaimana proses berjalan dan memahami kenapa teknik-teknik tertentu digunakan. Saya akan mengambil peranan lebih aktif untuk berbincang serta menunjukkan ketidaklogikan kepada Hassan dan cara praktis tertentu.

2.2Teknik EmotifTeknik-teknik emotif yang terkandung ini merupakan teknik yang bertujuan mengubah emosi klien. Kesemua teknik emotif tersebut boleh dikatakan sebagai medium untuk menguatkan dan memberi semangat kepada klien, namun tujuan utamanya adalah diharap dapat membawa klien melihat semula kerosakan yang dilakukan terhadap diri sendiri disebabkan kepercayaan tidak rasionalnya. Rajah 3: Teknik Emotif

Rational Emotive ImageryTeknik ini merupakan satu bentuk latihan mental, iaitu teknik yang direka bentuk untuk membina corak emosi yang baru. Hassan akan diminta untuk membayangkan sendiri, berfikir, merasakan dan berkelakuan sama seperti dengan cara yang dia inginkan dalam dunia realiti. Hassan juga boleh ditunjukkan bagaimana membayangkan salah satu perkara yang teruk yang mungkin berlaku kepada dirinya, bagaimana merasa kecewa dengan situasi tersebut, bagaimana menjiwai perasaan pada situasi tersebut, dan seterusnya bagaimana mengubah pengalaman tersebut kepada perkara negatif yang sihat.Hal ini demikian kerana Ellis menegaskan bahawa sekiranya individu mempraktis teknik ini beberapa kali seminggu untuk beberapa minggu, individu tersebut boleh mencapai satu tahap yang membantu untuk tidak merasa kecewa terhadap situasi negatif yang difikirkan. Oleh itu, melalui teknik ini, Hassan boleh membuat imaginasi terhadap sesuatu yang mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia mengambil tindakan tertentu, seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional.

HumorREBT berpendapat bahawa gangguan emosi sering diakibatkan oleh memikirkan sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius. Oleh itu. REBT mempunyai satu aspek menarik di mana ia menggalakkan klien membangunkan unsur humor dan membantu dalam meletakkan diri ke dalam perspektif tersebut. Unsur humor secara jelasnya dapat memberi kesan yang baik terhadap perubahan kognitif dan emosi. Oleh itu, sebagai guru bimbing, saya perlu bijak dalam menggunakan teknik humor dengan berjenaka secara halus untuk memperelokkan kepercayaan tidak rasional Hassan.

Role PlayingTeknik role playing merupakan teknik yang melibatkan tindakan emosi dan tingkah laku klien. Klien perlu menunjukkan atau memainkan keadaan di mana klien mempunyai keadaan kebimbangan, tekanan ataupun kemurungan. Kemudian, kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien ataupun reverse role-play sehinggalah klien menyedari dan dapat menerangkan semula bagaimana pemikiran tidak rasional itu berlaku. Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien supaya menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindak balas dengan keadaan yang dibimbanginya.Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang signifikan dengan klien.

Shame-AttackingEllis membangunkan latihan ini untuk membantu individu mengurangkan rasa malu terhadap sesetengah tingkahlaku yang dilakukan. Beliau mengatakan kita boleh menolak untuk berasa malu dengan mengatakan kepada diri sendiri bahawa ia bukanlah suatu bencana besar sekiranya seseorang mengandaikan kita kurang bijak. Kaunselor memberikan tugasan melakukan sesuatu yang sebelum ini takut untuk dilakukan oleh klien atas faktor malu dan rendah diri, ataupun perkara baru yang mungkin tidak terfikir untuk dilakukan di khalayak ramai. Latihan ini akan mampu membantu klien melihat persekitaran dan orang ramai yang mungkin tidak berminat atau tidak mengambil perhatian terhadap tingkahlaku dan tindakan klien tersebut. Latihan berterusan mampu membantu klien mengurangkan perasaan malu dan kerisauan terhadap tingkahlaku mereka. Namun, perlu diingatkan bahawa latihan adalah berdasarkan sesuatu yang tidak melanggar undang-undang atau mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri dan orang lain.

Force and VigorEllis mencadangkan teknik ini sebagai satu usaha untuk membantu klien daripada proses intelektual kepada kefahaman emosi. Kaunselor akan membantu klien bagaimana untuk berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan segala kepercayaan tidak rasional, kemudiannya menyangkal kepercayaan tersebut secara tegas.Dalam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan tinngkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya seorang klien yang gemok yang suka makan gula-gula, aiskrim, coklat dan sebagainya pada sepanjang masa. Klien in diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke dalam mulut, dia diminta membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan dia muntah. Bayangan ini diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula. Kemudian dia diminta memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan gula-gula.

2.3Teknik Tingkah LakuPengamal REBT menggunakan teknik tingkahlaku yang lebih kurang sama dengan prosuder terapi tingkahlaku, antaranya pelaziman operan, prinsip pengurusan kendiri, desintesasi bersistematik, teknik releksasi dan modelling. Kesemua teknik tersebut adalah bertujuan untuk mengubah tingkahlaku yang tidak diingini pada diri klien. Teknik tingkahlaku memerlukan klien memberikan komitmen di luar sesi, ianya mungkin boleh diandaikan dengan pembelajaran secara teori adalah di dalam sesi, manakala praktikal pula dilakukan di luar sesi.Tugasan kepada klien memberikan kita peluang untuk praktis kemahiran baru di luar sesi terapi, di mana ianya mungkin lebih bernilai untuk klien berbanding semasa sesi terapi. Rajah 4: Teknik Tingkah LakuTeknik PeneguhanDigunakan dalam proses untuk menggalakkan perkara yang positif dan menghindari perkara yang negatif daripada berlaku berterusan. Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di dalam sesi REBT bagi membantu klien menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan membuat peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif agar klien tidak merosakkan dirinya dengan kepercayaan lama. Galakkan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan oleh klien ataupun mengendahkan tingkahlaku yang cenderung kepada pemikiran tidak rasional dapat membantu klien untuk melakukan perubahan.Desintisasi BersistematikTeknik ini adalah terapi yang berasaskan kepada proses counterconditioning. Pengertian mudah bagi teknik ini ialah respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkahlaku yang diinginkan sebagai hasil latihan yang berulang dan berperingkat oleh klien. Berdasarkan proses REBT, latihan tersebut merupakan komitmen daripada klien yang ingin melakukan perubahan dan menyingkirkan kepercayaan tidak rasional klien. Teknik ini boleh diaplikasikan kepada klien yang mempunyai perasaan risau, malu, takut dan tidak yakin.Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien. Desensitisasi bersistem biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses permulaannya adalah dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi pemangkin keresahan, kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien. Keadaan ini diukur dalam satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang meresahkan hingga satu penghujung yang sangat mengancam ketenteraman klien.Latihan relaksasi secara beransur-ansur biasanya diterap sebagai elemen penghindar yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahan atau kegelisahan. Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau menggambarkan dalam bentuk satu hiraki imej yang bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransur-ansur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej klien semasa klien mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa sehingga imej tersebut bertukar menjadi selesa pada pandangan dan pemikiran klien. Proses ini diulang dan kaunselor akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan yang baru dilalui dalam latihannya.

ModellingTeknik ini digunakan dalam membantu klien melihat keadaan yang lebih baik berbanding keadaannya pada masa sekarang ataupun permasalahan yang dihadapinya. Melalui teori REBT, kaunselor boleh memandu klien untuk melihat situasi yang dihadapinya dan memberikan model yang positif agar klien dapat meniru atau menjadikannya sebagai panduan dalam melihat dirinya. Kaunselor turut boleh memperlihatkan dua model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk membantu klien melihat sendiri di mana kedudukan sebenar klien, dengan itu klien mampu memilih keputusan yang lebih baik berbanding keadaan yang dihadapi.

3.0KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGGuru bimbingan atau kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, dan lain-lain lagi.Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah murid, tetapi membimbing dan membantu murid membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat membina satu hubungan yang baik dengan muridnya bagi menjelaskan sesuatu kes. Saya telah memilih lima kemahiran asas kaunseling bagi membantu Hassan dalam menghadapai masalahnya. Antara kemahiran-kemahiran asas bimbingan yang boleh digunakan ialah;a) Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor atau guru bimbingan perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien (Hassan). Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Hal ini demikian kerana segala tingkah laku klien turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Merujuk kepada masalah yang dihadapai oleh Hassan yang berasa gemuruh untuk membentangkan tugasan sejarahnya, guru perlulah mempunyai sikap mendengar dengan teliti dan memberi penuh perhatian terhadap masalah yang telah disampaikan oleh murid kerana maklumat yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu guru mengenalpasti masalah dan seterusnya membentu murid tersebut.Contoh:Hassan: Semasa di sekolah lama dulu, saya selalu mendapat markah yang tinggi.Kaunselor: Mmm.Hassan: Apabila saya mendapat tugasan di sekolah baru, saya juga berharap saya mendapat markah yang tinggi juga.Kaunselor: Ooh.

b) Kemahiran BerempatiEmpati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh murid/ klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap.Dalam isu yang dibincangkan, Hassan selalu mendapat markah tertinggi di sekolah lamanya, maka dia berpendapat bahawa dia mesti mendapatkan markah yang tertinggi juga dalam pembentangan tugasan sejarah ini. Oleh itu, Hassan tiba-tiba menjadi gemuruh untuk membentangkan tugasan sejarahnya. Sebagai seorang kaunselor atau guru bimbingan yang baik, perlulah menunjukkan sikap empati yang sepatutnya ditunjukkan dan guru juga boleh membawa pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi memahami kliennya. Secara ringkasnya, memahami diri klien memerlukan satu penelitian yang mendalam.Contoh:Hassan: Saya berasa sangat gemuruh apabila tiba giliran saya untuk membentangkan tugasan sejarah. Entahlah macam mana markah saya nanti. Saya tak tahu nak buat macam mana.Kaunselor: Saya dapat rasai kebimbangan yang kamu alami.

c) Kemahiran Refleksi IsiRefleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Menurut kes yang dihadapi oleh Hassan yang mempunyai pemikiran tidak rasional, sebagai seorang kaunselor, kita perlulah mendengar segala isi yang telah disampaikan oleh klien dengan teliti kerana dengan membuat refleksi isi yang tepat akan membolehkan klien berasa bahawa dia didengari dengan betul dan difahami. Sebagai panduannya, guru hendaklah tidak membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali kerana klien akan berasa bosan.Contoh:Hassan: Saya bimbang saya tidak dapat menyaingi pelajar-pelajar di sini. Saya takut jika saya tidak dapat markah yang tinggi seperti di sekolah lama saya dulu. Berada di sekolah elit ini benar-benar membuat saya tertekan.Kaunselor: Ia benar-benar memberi tekanan.

d)Pendedahan Kendiripendedahan kendiri merupakan satu kemahiran yakni kaunselor berkongsi maklumat atau pengalaman diri sendiri dengan klien. Hal ini boleh dilakukan sekiranya maklumat itu adalah relevan serta boleh mendatangkan kelegaan kepada klien.Contoh:Hassan: Ini kali pertama saya berasa gemuruh untuk membentangkan tugasan. Saya rasa sangat teruk.Kaunselor: Itu bukan perkara luar biasa. Saya pun pernah mengalami perasaan gemuruh semasa membentangkan tugasan.

Dalam contoh di atas, kaunselor berkongsi maklumat diri yang boleh menyebabkan murid berasa lega dan selesa. Hassab akan dapat merasakan bahawa bukan dia seorang sahaja yang berada dalam keadaan tersebut.

e) Kemahiran Menghadapi KesenyapanKaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.Seperti masalah pemikiran tidak rasional yang dilakukan oleh Hassan yang terlalu menuntut untuk mendapatkan markah yang tinggi, kaunselor tidak boleh terlalu terburu-buru untuk bertanya soalan atau terburu-buru ingin mengetahui sebab berlakunya masalah kerana pada waktu ini kemahiran kesenyapan digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada murid tersebut. Dikhuatiri jika guru terburu-buru akan menyebabkan ketenangan emosi klien terganggu. Kaunselor juga perlu menghadapi sebarang keadaan dengan tenang dan jangan panik. Ini adalah penting untuk mengekalkan keyakinan klien terhadap kaunselor.Di samping itu, kesenyapan ini akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak-geri klien dengan lebih teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain lagi. Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi. Seseorang kaunselor boleh menggunakan tindak balas berikut untuk mengakhiri kesenyapan.Contoh:1. Nampaknya, Hassan sedang memikirkan sesuatu. Boleh berkongsi dengan saya?2. Mungkin Hassan sudah sedia untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang difikirkan tadi.3. Saya kira Hassan ada sesuatu yang hendak disampaikan. Silakan cerita.

4.0RUMUSANSecara umumnya, bukanlah mudah untuk menjadi seorang kaunselor atau guru pembimbing yang berjaya kerana memerlukan penguasaan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikannya ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai bagi mewujudkan keadaan yang teraputik. Guru perlulah memastikan murid-muridnya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tugas atau tanggungjawab seorang guru yang berkesan bukan sahaja menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada murid-muridnya berkaitan akademik sahaja. Disebabkan itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membantu anak bangsa mengembangkan kemahiran mereka supaya dapat menangani masalah dalam kehidupan.