teks ucapan ybhg tan sri sidek hassan ketua

30
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS ANUGERAH FELO INTAN DAN PENYAMPAIAN DIPLOMA INTAN 2011 30 NOVEMBER 2011 (RABU) 8.30 PAGI PICC, PUTRAJAYA

Upload: duongtram

Post on 03-Feb-2017

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS ANUGERAH FELO INTAN DAN PENYAMPAIAN

DIPLOMA INTAN 2011

30 NOVEMBER 2011 (RABU) 8.30 PAGI

PICC, PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

1

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1 Malaysia.

YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah bt. Hj.

Mohd. Ali, Felo INTAN

Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji

Abdullah, Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin

Haji Awang, Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Arshad bin

Ayub, Felo INTAN

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

2

Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Y. Brs. Dr. Aminuddin Hassim

Pengarah INTAN

Y.Bhg. dan Y.B. Tan Sri-Tan Sri,

Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’

Sri, Datin Sri-Datin Sri, Dato’-Dato’,

Datin-Datin

Dif - Dif kehormat

Para graduan serta ahli keluarga

Tuan-tuan dan puan-puan yang

dihormati sekalian.

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

3

Alhamdulillah, segala puji bagi

Allah S.W.T. serta selawat dan salam

ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W., kerana dengan

limpah rahmat Nya telah

mengizinkan kita untuk hadir dan

bertemu pada hari yang penuh

berbahagia ini, iaitu di Majlis

Anugerah Felo INTAN dan

Penyampaian Diploma INTAN 2011.

2. Saya ingin mengambil

kesempatan ini, merakamkan

ucapan syabas dan setinggi-tinggi

tahniah kepada Y. Bhg. Tan Sri Dr.

Zulkurnain Haji Awang, di atas

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

4

pemilihan beliau sebagai penerima

Anugerah Felo INTAN bagi tahun

2011. Anugerah Felo INTAN yang

bakal disampaikan kepada beliau

merupakan penghargaan ke atas

segala sumbangan dan bakti,

komitmen serta pengorbanan yang

telah beliau curahkan kepada

perkhidmatan awam dan negara.

3. Syabas dan tahniah juga

diucapkan kepada para graduan

kerana telah menamatkan dengan

jayanya kursus Diploma

Pengurusan Awam (DPA) dan

Diploma Sains Pengurusan (DSP).

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

5

Saya percaya majlis

penganugerahan ini merupakan

detik yang sungguh bermakna dan

menjadi mercu tanda dalam melakar

sejarah kehidupan para graduan

sekalian. Saya berharap dan berdoa

agar segala ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang telah diperoleh

sepanjang kursus ini akan dapat

dimanfaatkan sepenuhnya untuk

memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada masyarakat dan

negara.

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

6

Hadirin yang dihormati sekalian,

MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI 4. Kejayaan agenda transformasi

negara memerlukan pembentukan

budaya baharu yang

memisahkannya dari paradigma

masa lalu. Penekanan kepada

permerkasaan intelektual dan

profesionalisme serta pengurusan

bakat dan keterampilan merupakan

antara resipi penting kejayaan

transformasi. Jika Program

Transformasi Kerajaan (GTP),

Program Transformasi Ekonomi

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

7

(ETP), Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMK10) dan Model Baru

Ekonomi (MBE) dilihat sebagai enjin

transformasi, maka tenaga yang

akan meluncurkan enjin tersebut

adalah modal insan berprestasi

tinggi yang mempunyai iltizam untuk

melakukan perubahan dalam cara

kita berfikir dan cara kita bertindak.

KEPIMPINAN YANG MELAKARKAN SEJARAH

5. Keberanian untuk meneroka

perkara-perkara baharu dan

mencabar merupakan pra-syarat

penting untuk menjayakan sesuatu

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

8

misi. Walaupun sukar, ia bukan

sesuatu yang mustahil untuk

dilaksanakan. Yang penting adalah

untuk meleburkan rasa scepticism

atau keraguan serta ketidakyakinan

diri.

6. Jika saudara-saudari pernah

menonton filem Pirates of the

Carribean, sudah tentu saudara-

saudari pernah melihat adegan

yang menunjukkan peta yang

tertulis di atasnya “Here There Be

Dragons”. Penjelajah laut zaman

dahulu akan melukis gambar seekor

naga di atas sesuatu peta sebagai

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

9

simbol menandakan tempat itu

belum pernah diterokai, penuh

misteri dan berisiko tinggi untuk

dilalui atau disinggahi. Oleh kerana

itu, penjelajah laut akan mengambil

laluan yang lebih selamat walaupun

jauh untuk sampai ke destinasi

yang dituju.

7. Namun, terdapat juga

penjelajah laut yang mengambil

cabaran mengharungi lautan ganas

serta menempuhi tempat-tempat

yang ditandakan dengan simbol

naga untuk sampai ke destinasi

yang dituju. Mereka sanggup

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

10

menghadapi naga, didorong oleh

azam yang kuat, semangat yang

berkobar-kobar dan rasa

kebanggaan yang meluap. Bagi

berbuat demikian, pastinya mereka

memerlukan alat pelayaran yang

sesuai, kapal yang dilengkapi

dengan baik serta kumpulan pelayar

yang terlatih dan setia.

8. Hanya mereka yang mempunyai

keberanian luar biasa yang boleh

melakar peta baharu dunia. Marco

Polo telah merakam pelayarannya

ke China pada tahun 1271,

Bartholomew Diaz telah menemui

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

11

Cape of Good Hope pada tahun

1488 dan Christopher Columbus

telah menemui benua baharu

Amerika pada tahun 1492. Nama

Ibn Battuta pula tercatat dalam

sejarah sebagai antara pelayar

agung di zamannya. Hasilnya, jika

kita melihat peta pelayaran moden

hari ini, tiada lagi simbol naga yang

digunakan.

9. Dalam perspektif perkhidmatan

awam, metafora naga ini boleh

disinonimkan dengan keengganan

penjawat awam untuk mencabar

status quo, membuat perubahan

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

12

minda, melakukan anjakan

paradigma, berfikir di luar kotak

serta berkongsi sumber dan

kepakaran. Sektor awam masih

dibelenggu dengan naga-naga

ciptaan kita sendiri seperti budaya

silo dan keterpisahan serta

ketaksuban menjaga sempadan

masing-masing.

10. Namun begitu, kejayaan

saudara-saudari para graduan

sekalian memperoleh DPA dan DSP

pada hari ini merupakan testimoni

kesungguhan serta komitmen dalam

menghadapi dan menewaskan

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

13

“naga” dalam diri, seterusnya

menjadi generasi pelapis untuk

meneruskan kesinambungan misi

negara memartabatkan

perkhidmatan awam di persada

antarabangsa. Tetapi janganlah

pula setelah berjaya menewaskan

naga dalam diri kita membina

“naga” di jabatan masing-masing.

PROFIL PENJAWAT AWAM MASA KINI 11. Peranan kepimpinan dalam

menggerak dan menjayakan suatu

gagasan baharu amat penting.

Dalam hubungan ini, kita perlu

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

14

memahami trend dan

perkembangan pengurusan sumber

manusia yang mempunyai perkaitan

yang amat rapat dengan kepimpinan

masa akan datang. Saya ingin

berkongsi dengan para hadirin

mengenai profil penjawatan dalam

konteks perkhidmatan awam hari ini

di mana 16 peratus daripada

penjawat awam adalah tergolong

dalam peringkat umur 51 dan ke

atas, 25 peratus berada dalam

lingkungan usia 41 hingga 50 tahun

manakala baki 59 peratus adalah

terdiri daripada mereka yang

berumur 21 hingga 40 tahun.

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

15

12. Jelas di sini bahawa cabaran

yang mendepani kepimpinan sektor

awam pada masa ini ialah untuk

memimpin warga sektor awam yang

bersifat inter-generational bagi

membentuk satu sinergi yang

mantap ke arah merealisasikan

agenda perubahan. Pemimpin perlu

memahami pemikiran, karakter dan

citarasa golongan muda dan

menyesuaikannya dengan gaya

kepimpinan yang lebih berbentuk

fasilitatif. Sebagai pegawai-pegawai

muda, saudara-saudari perlu

mengambil peluang mempamerkan

ciri-ciri kepimpinan sebaik sahaja

menyertai perkhidmatan awam

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

16

tanpa perlu menunggu sehingga

menjawat jawatan yang lebih kanan

untuk berbuat demikian.

13. Kajian yang dijalankan oleh

Kouzes dan Posner seperti yang

dinyatakan di dalam buku “The

Truth About Leadership” pada

tahun 2010, menunjukkan usia

bukanlah faktor penentu utama

keberkesanan kepimpinan

seseorang. Kajian yang dijalankan

lebih 30 tahun yang melibatkan

lebih sejuta responden itu

merumuskan bahawa, when it

comes to generating positive work

attitude, it doesn’t matter whether

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

17

you are a traditionalist, a boomer, a

Gen-Xer or a Millennial, good

leadership is good leadership

regardless of age. It became very

apparent once again that the

context of leading may change a lot,

but the content of leading changes

very little.

KEPIMPINAN MUDA 14. Jika kita meneliti sejarah

kegemilangan tamadun Islam, kita

akan bertemu dengan kisah

penaklukan Kota Constantinople

oleh Kerajaan Bani Uthmaniyah

pada tahun 1453. Kota

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

18

Constantinople merupakan sebuah

pelabuhan strategik yang menjadi

penghubung antara benua Eropah

dan Asia. Justeru, kota ini telah

lama menjadi rebutan kuasa-kuasa

besar ketika itu.

15. Dengan tembok kota berlapis

empat setinggi 25 kaki dan berparit

di hadapannya, kota ini sungguh

kebal. Selain tembok besar,

rintangan utama kepada penaklukan

kota ini ialah rantai besi yang

merentangi Selat Bosphorus.

Strategi pertahanan yang digunakan

oleh Kerajaan Byzantine ini telah

berjaya menghalang tentera-tentera

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

19

Islam dari menakluki kota ini selama

lebih 800 tahun.

16. Kekebalan Kota Constantinople

ini akhirnya telah berjaya

ditumbangkan oleh Sultan

Muhammad Al-Fateh pada 29 Mei

1453. Sejarah telah menyaksikan

bagaimana Sultan Muhammad Al-

Fateh telah menggunakan strategi

dan taktik peperangan yang luar

biasa dengan mengangkut kapal-

kapal perangnya melalui jalan darat

dan melabuhkannya di Selat

Bosphorus tanpa melalui halangan-

halangan yang dibuat oleh Kerajaan

Byzantine. Taktik ini telah diakui

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

20

oleh pihak Barat sebagai strategi

yang hebat, bijak serta unik dalam

sejarah peperangan. Sultan

Muhammad Al-Fateh mempamerkan

kepimpinan yang sungguh luar

biasa sehingga berjaya menakluki

Kota Constantinople. Baginda

hanya berusia 21 tahun pada ketika

itu.

Hadirin yang dihormati sekalian, PASSIONATE TO MAKE THINGS HAPPEN

17. Perkhidmatan awam

memerlukan penjawat awam yang

menjiwai tugas, tidak mudah

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

21

menyerah kalah dan akan terus

bergerak dalam sebarang situasi

walaupun menghadapi kesukaran.

Untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawab dengan lebih cekap

dan berkesan, bukan sekadar

bergantung kepada kelayakan

ilmiah sahaja, malah saudara-

saudari perlu menjiwai tugas

dengan perasaan yang gembira dan

seronok dalam melaksanakannya.

18. Keseronokan menjalankan

tugas merupakan satu motivasi

dalaman yang akan membuatkan

kita lebih bertenaga dan

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

22

bersemangat untuk melunaskan

tanggungjawab yang diamanahkan.

Jika disingkap sejarah penuh

gemilang ratu skuasy negara, Dato’

Nicol Ann David, kejayaan yang

dicapai oleh beliau pada masa ini

adalah kerana keghairahan, minat

serta perasaan dan jiwa yang begitu

mendalam terhadap sukan skuasy.

Menduduki tangga pertama dunia

dalam ranking skuasy wanita serta

meraih Pemain Terbaik Women’s

International Squash Players

Associations enam kali berturut-

turut dari tahun 2005 hingga 2010,

merupakan satu kejayaan luar biasa

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

23

yang memerlukan kesungguhan

serta semangat juang yang kental

dan jitu. Dato’ Nicol Ann David

merupakan contoh inidividu yang

berjaya membuktikan bahawa apa

jua boleh dicapai dengan kecekalan

serta semangat yang berkobar-

kobar untuk menjadikannya satu

kenyataan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19. Dalam mengemudi arus

perubahan yang semakin kompleks

ini, penjawat awam harus

mengeksploitasi sepenuhnya

keseluruhan kapasiti yang ada dan

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

24

inisiatif yang telah diwujudkan

dalam menterjemahkan aspirasi

rakyat dan negara. Sektor awam

perlu sentiasa dinamik dalam

mencari usaha untuk keluar dari

belenggu pemikiran yang jumud

dan cara bekerja yang lapuk yang

hanya akan merencatkan inisiatif

transformasi. Bagi melonjakkan

Malaysia ke kelompok negara yang

lebih kompetitif, ekonomi

berteraskan pengetahuan dan

inovasi perlu dioptimumkan.

20. Cabaran mentransformasikan

sistem penyampaian perkhidmatan

Page 26: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

25

kerajaan juga sangat bergantung

kepada pewujudan kumpulan

penjawat awam yang profesional

serta memiliki bakat dan kepakaran

yang luar biasa. Seiring dengan

penekanan kepada inovasi dan

kreativiti, sektor awam perlu

mewujudkan persekitaran yang

kondusif untuk menyemarakkan

pencetusan idea dan gagasan baru.

21. Tokoh-tokoh seperti Marco Polo,

Bartholomew Diaz, Christopher

Columbus, Ibn Battuta dan Sultan

Muhammad Al-Fateh akan terus

dikenali sebagai individu yang telah

melakar sejarah dunia. Malaysia

Page 27: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

26

turut berbangga memiliki personaliti

seperti Dato’ Nicol Ann David yang

turut meletakkan nama Malaysia di

persada sukan antarabangsa. Saya

berharap agar perkhidmatan awam

akan melahirkan lebih ramai tokoh-

tokoh seperti ini dalam usaha

meletakkan perkhidmatan awam

Malaysia di singgahsana persada

dunia.

22. Dalam majlis pada hari ini, kita

juga merasa amat berbangga

kerana dapat memberi

penghormatan kepada seorang

tokoh perkhidmatan awam yang

Page 28: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

27

terkenal dan dihormati. Tokoh Felo

INTAN pada tahun ini, YBhg. Tan Sri

Dr. Zulkurnain Haji Awang,

sememangnya telah banyak

memberi sumbangan dan bakti

kepada negara. Kepimpinan dan

perkhidmatan beliau telah

memartabatkan perkhidmatan awam

ke satu tahap yang membanggakan.

23. Sekali lagi, saya bagi pihak

seluruh anggota perkhidmatan

awam merakamkan ucapan tahniah

dan terima kasih kepada YBhg. Tan

Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang

kerana sudi menerima Anugerah

Page 29: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

28

Felo INTAN bagi tahun 2011.

Semoga YBhg. Tan Sri dan keluarga

sentiasa dilimpahi rahmat

kesejahteraan dan kebijaksanaan

yang berterusan dari Allah S.W.T.

24. Akhir kata, saya berharap dan

percaya saudara-saudari para

graduan sekalian akan dapat

berkhidmat kepada negara dengan

penuh profesionalisme, adil dan

yang paling penting berintegriti

demi merealisasikan hasrat dan

janji perkhidmatan awam untuk

membawa kesejahteraan kepada

rakyat dan negara. Semoga

Page 30: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA

29

kejayaan yang diterima pada hari ini

menjadi inspirasi kepada saudara-

saudari untuk terus bekerja demi

kemajuan perkhidmatan, bangsa

dan negara.

Sekian.

Wabillaahitaufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.