asrol hassan

15
1 Fun Iqra’ – Alat Bantu Mengajar Baru Di Dalam Pembelajaran Asas Al- Qur’an Untuk Kanak-Kanak Prasekolah Asrol Hasan Jabatan Seni Reka Perindustrian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah [email protected] ABSTRAK Kaedah Iqramerupakan salah satu kaedah cepat belajar Asas Tilawah al- Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1995 dan kaedah belajar melalui bermain pula merupakan salah satu pendekatan yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan diperingkat prasekolah. Penulis percaya pembelajaran Asas Tilawah al-Quran iaitu pengenalan huruf-huruf tunggal Hijayah kepada kanak-kanak prasekolah dengan mengadaptasikan kaedah Iqradan belajar melalui bermain bukan hanya menambah pemahaman tetapi memberi lebih keseronokkan di dalam kelas tanpa mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran. Pada peringkat umur empat hingga enam tahun, pembelajaran melalui buku semata- mata terdapat kesukaran untuk mereka ini memberi tumpuan serta kurang menarik minat. Penulis membuat penyelesaian dengan merekabentuk alat bantu mengajar baru yang berbentuk permainan pendidikan iaitu „FUN IQRA‟ merujuk kepada buku Iqrasatu agar mereka boleh mengenal, membaca dan mengeja huruf-huruf tunggal Hijayah dengan lebih lancar. Alat bantu mengajar ini telah diuji di dua buah prasekolah swasta pilihan dari kawasan Lembah Klang. Penyelidikan ini dijalankan untuk menjawab persoalan bahawa kanak-kanak empat hingga enam tahun lebih mudah faham kepada huruf-huruf tunggal Hijayah jika mereka belajar kaedah Iqramenggunakan permainan berbentuk pendidikan selain hanya menghadiri kelas konvesional. Kaedah kajian eksperimen telah dijalankan kepada 40 kanak-kanak prasekolah empat dan lima tahun di mana 20 daripadanya telah didedahkan kepada kaedah belajar melalui bermain. Tiga jenis penilaian telah digunakan pada kanak-kanak ini iaitu secara sumatif (pre-test / post-test) dan penilaian formatif untuk pemerhatian penulis di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman yang cepat dari kumpulan eksperimen di kedua-dua buah prasekolah pilihan dengan perbandingan ujian awal (pre-test) kepada ujian akhir (post-test) selepas menggunakan permainan berbentuk pendidikan FUN IQRA‟. Kata Kunci: Kaedah iqra, permainan berbentuk pendidikan, belajar melalui bermain, prasekolah, asas Tilawah al-Quran, huruf tunggal Hijayah

Upload: ustaz-cool

Post on 29-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ASROL HASSAN TERBAIK

TRANSCRIPT

Page 1: Asrol Hassan

1

Fun Iqra’ – Alat Bantu Mengajar Baru Di Dalam Pembelajaran Asas Al-

Qur’an Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Asrol Hasan

Jabatan Seni Reka Perindustrian

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah

Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah

[email protected]

ABSTRAK

Kaedah Iqra‟ merupakan salah satu kaedah cepat belajar Asas Tilawah al-

Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1995 dan kaedah belajar

melalui bermain pula merupakan salah satu pendekatan yang diberi keutamaan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk digunakan diperingkat

prasekolah. Penulis percaya pembelajaran Asas Tilawah al-Quran iaitu

pengenalan huruf-huruf tunggal Hijayah kepada kanak-kanak prasekolah

dengan mengadaptasikan kaedah Iqra‟ dan belajar melalui bermain bukan

hanya menambah pemahaman tetapi memberi lebih keseronokkan di dalam

kelas tanpa mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran. Pada

peringkat umur empat hingga enam tahun, pembelajaran melalui buku semata-

mata terdapat kesukaran untuk mereka ini memberi tumpuan serta kurang

menarik minat. Penulis membuat penyelesaian dengan merekabentuk alat

bantu mengajar baru yang berbentuk permainan pendidikan iaitu „FUN IQRA‟

merujuk kepada buku Iqra‟ satu agar mereka boleh mengenal, membaca dan

mengeja huruf-huruf tunggal Hijayah dengan lebih lancar. Alat bantu

mengajar ini telah diuji di dua buah prasekolah swasta pilihan dari kawasan

Lembah Klang. Penyelidikan ini dijalankan untuk menjawab persoalan

bahawa kanak-kanak empat hingga enam tahun lebih mudah faham kepada

huruf-huruf tunggal Hijayah jika mereka belajar kaedah Iqra‟ menggunakan

permainan berbentuk pendidikan selain hanya menghadiri kelas konvesional.

Kaedah kajian eksperimen telah dijalankan kepada 40 kanak-kanak prasekolah

empat dan lima tahun di mana 20 daripadanya telah didedahkan kepada

kaedah belajar melalui bermain. Tiga jenis penilaian telah digunakan pada

kanak-kanak ini iaitu secara sumatif (pre-test / post-test) dan penilaian

formatif untuk pemerhatian penulis di dalam kelas. Dapatan kajian

menunjukkan pemahaman yang cepat dari kumpulan eksperimen di kedua-dua

buah prasekolah pilihan dengan perbandingan ujian awal (pre-test) kepada

ujian akhir (post-test) selepas menggunakan permainan berbentuk pendidikan

„FUN IQRA‟.

Kata Kunci: Kaedah iqra‟, permainan berbentuk pendidikan, belajar melalui

bermain, prasekolah, asas Tilawah al-Quran, huruf tunggal Hijayah

Page 2: Asrol Hassan

2

1.0 PENGENALAN

Kaedah Iqra‟ dipilih kerana ianya salah satu kaedah cepat belajar Asas

Tilawah al-Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak tahun 1995 dan

hingga kini masih digunakan di dalam program j-QAF oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah. Melihat

kepada kepentingan pendidikan Tilawah al-Quran, maka satu mesyuarat

mengenai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada

21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid dalam tahun satu di sekolah

kebangsaan diberi tumpuan kepada pendidikan Tilawah al-Quran dengan

menggunakan kaedah Iqra'. Oleh itu murid-murid tahun satu telah didedahkan

kepada buku kaedah Iqra' dan mengikuti kelas kemahiran Tilawah al-Quran

dalam jangka masa 6 bulan awal persekolahan 1994/1995. Kajian oleh Mohd

Alwi Yussof, Adel M. Abdulaziz, dan Ahmad Kamel Mohamed (2003)

menyatakan kaedah Iqra' telah memberi kesan baik terhadap pencapaian

pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.

Penekanan kepada bidang Tilawah al-Quran dalam kurikulum Pendidikan

Islam semakin penting berikutan daripada keprihatinan tentang penguasaan al-

Quran oleh Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan beliau ke Kementerian

Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003 yang membawa kepada

tercetusnya program j-QAF dan sehingga kini sebanyak 4,169 buah sekolah

rendah yang telah melaksanakan program j-QAF (Konvensyen Nasional PIPP

Kedua 2008). Antara objektif program ini adalah membolehkan semua murid

sekolah rendah menguasai bacaan dan tulisan jawi serta khatam al-Quran

sebelum tamat tahun enam (Halim Na‟am 2005). Tidak hanya peringkat

sekolah rendah malah penekanan Tilawah al-Quran ini berterusan di peringkat

Sekolah Menengah. Berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam KBSM,

Tilawah al-Quran tidak hanya dilihat dari sudut membetulkan bacaan semata-

mata, tetapi lebih daripada itu kerana Tilawah al-Quran meliputi tilawah

(bacaan), kefahaman, penghayatan dan amalan. Antara penekanan objektif dan

matlamat pendidikan Tilawah al-Quran adalah seperti berikut:

i. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafaz al-

Quran dengan baik dan fasih

ii. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa membaca dan menghafaz al-

Quran di rumah dan di luar sekolah

iii. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan al-Quran dan

iv. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati ajaran al-Quran dalam

kehidupan individu dan jemaah

(Kementerian Pelajaran Malaysia 2005).

Abdul Halim (1991) menyatakan membaca al-Quran adalah membaca

kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari makhraj dan

tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan kepada kemahiran

membaca al-Qur‟an merupakan tuntutan Fardu ‟Ain iaitu kewajipan ke atas

individu muslim yang mesti dilaksanakan kerana kesempurnaan bacaan al-

Qur‟an itu ada hubungan rapat dengan tuntutan kesempurnaan ibadah solat.

Oleh itu, bagi mencapai tujuan tersebut, al-Quran perlulah dipelajari seawal

Page 3: Asrol Hassan

3

mungkin, iaitu sejak kanak-kanak mula mengenali perbezaan sesuatu bentuk.

Pendedahan awal di dalam pelajaran al-Quran dapat menanam minda kepada

penghayatan al-Quran sebenarnya. Ibnu Khaldun menyatakan dalam mendidik

kanak-kanak yang masih belum baligh ini, pembacaan al-Quran harus diajar

dahulu sebelum menghafalnya dan ianya haruslah dibentuk dengan cara lemah

lembut dan bertimbang rasa dan bukannya dengan kekerasan (Shahril dan

Habib, 1999). Penulis berpendapat perlaksanaannya haruslah bermula dari

peringkat prasekolah.

Secara amnya objektif pendidikan Asas Tilawah al-Quran yang terdapat

dalam Sukatan Kurikulum Pelajaran Malaysia untuk prasekolah, sekolah

rendah dan sekolah menengah adalah sama iaitu dapat menyumbang kearah

melahirkan murid Islam yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertaqwa

dan beramal soleh. Untuk peringkat prasekolah matlamat utama pendidikan al-

Quran ialah agar kanak-kanak mula mengenal bentuk huruf, mengecam bunyi

dan menyebut huruf tunggal Hijayah (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2001). Mengikut Al-Killany (1986), menjelaskan kaedah yang digunakan

semasa mengajar asas Al-Qur‟an harus dipadankan dengan objektif pengajaran

tersebut. Oleh itu pendidik terlebih dahulu merancang apakah objektif

pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah mana

yang sesuai. Ada lima perkara penting yang disenaraikan oleh Al-Killany

sebagai panduan guru memilih kaedah mengajar asas al-Quran iaitu:

i. Kaedah yang dipilih mesti sesuai dengan tujuan dan objektif

pengajaran.

ii. Kaedah mesti sesuai dengan nature mata pelajaran yang diajar.

iii. Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan umur

pelajar.

iv. Guru harus mampu menggunakan atau mengaplikasikan kaedah yang

dipilih.

v. Masa harus mencukupi apabila mengaplikasikan mana-mana kaedah.

(Mohd Yusof, 2000)

Kaedah Iqra‟ merupakan satu kaedah pembelajaran asas al-Quran

diperingkat mengenal huruf-huruf tunggal Hijayah Arab hingga ke peringkat

membaca ayat-ayat al-Quran. Melalui kajian AB Rahim Md. Arshad (2000)

iaitu “Kajian Keberkesanan Kaedah Iqra di Sekolah-Sekolah Rendah Derah

Kulim” menerima maklumbalas yang sama dimana 100% guru dari semua

sekolah bersetuju mengatakan kaedah Iqra‟ amat berkesan dan berjaya. Kajian

beliau juga mendapati 80% guru-guru juga menjelaskan penyertaan murid

juga amat menggalakkan dan 95.4% pelajar menyatakan kaedah Iqra‟ ini

mudah dipelajari untuk mereka mendalami bacaan al-Quran.

Pengajaran dengan menggunakan kaedah Iqra‟ adalah berasaskan kepada

Buku Iqra‟ satu hingga enam. Dalam merealisasikan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan

kaedah Iqra‟ dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Tilawah al-Quran

terutamanya kepada murid tahun satu. Kaedah Iqra‟ diperkenalkan pada

peringkat ini bertujuan untuk meningkatkan kemajuan murid sekolah rendah

Page 4: Asrol Hassan

4

mengenal huruf-huruf al-Quran, dapat membaca al-Quran dengan betul dan

fasih serta dapat menguasai bacaan al-Quran.

Perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain telah diberi penegasan yang

jelas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan bahawa proses

pembelajaran yang dijalankan haruslah dalam bentuk tidak formal iaitu belajar

melalui bermain (Buku Garis Panduan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

Malaysia 2003). Dalam erti kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran

yang disarankan oleh kurikulum prasekolah Malaysia adalah satu proses yang

lebih mirip kepada kaedah yang tidak formal tetapi berstruktur dan terancang

serta mempunyai tujuan yang khusus. Semasa bermain tanpa disedari kanak-

kanak sebenarnya dibimbing ke arah memperolehi ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Pusat Perkembangan Kurikulum juga mengasaskan ciri-ciri

pendekatan bermain sambil belajar itu sebagai permainan yang

menyeronokkan, bebas dan terancang, melibatkan penerokaan dan interaksi

kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak

sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan

kelonggaran masa bermain.

Bermain dapat membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek

dan bermain juga menekankan kepada aspek pembelajaran sebagai proses

aktif dan interaksi, (Gestwick, 1995). Sungguh pun begitu, bermain yang

dimaksudkan di sini tidak bermakna bermain semata-mata untuk bermain.

Bermain di peringkat prasekolah mestilah memberi makna kepada proses

pembelajarannya. Gestwick juga menegaskan bermain menyediakan semua

ruang perkembangannya dan bermain ditekankan sebagai proses pembelajaran

yang aktif dan menarik.

Selain itu juga bermain membantu di dalam membangun struktur kognitif

kanak-kanak iaitu melalui permainan, kanak-kanak akan memperolehi

informasi yang lebih banyak sehingga pengetahuan dan pemahamannya

menjadi lebih luas dan lebih mendalam. Informasi baru yang diterima ternyata

berbeza dengan apa diketahuinya selama ini, seterusnya kanak-kanak dapat

mengubah informasi yang lama sehingga ia mendapatkan pemahaman atau

pengetahuan yang lebih baru. Jadi melalui bermain, struktur kognitif kanak-

kanak terus diperkaya, diperdalam, dan diperbaharui sehingga menjadi

sempurna. Pakar psikologi kanak-kanak menekankan kepentingan bermain

bagi perkembangan mereka. Ia menyediakan kanak-kanak kepada pendidikan

serta pengalaman bersosial dan permainan adalah sebahagian daripada

keperluan bermain. Permainan adalah alat membantu dalam proses

perkembangan mereka. Permainan adalah menyeronokkan, tetapi ianya juga

alat yang membantu kanak-kanak belajar mengenal diri sendiri dan dunia

persekitarannya (Charlotte Bird, 2004).

Permainan mempunyai banyak dimensi dan tahap kepentingan

memandangkan ia berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-

kanak. Kebanyakkan pemahaman kita tentang nilai permainan adalah

diperolehi daripada Piaget (1962), Vygotsky (1978) dan Brunner (1990) yang

memberi fokus kepada peranan permainan dalam perkembangan kanak-kanak

daripada perspektif konstruktif. Permainan dapat memperluas interaksi sosial

Page 5: Asrol Hassan

5

dan mengembangkan keterampilan sosial, iaitu belajar bagaimana bergaul,

hidup bersama, mengambil peranan dan belajar hidup dalam masyarakat

secara umum. Selain itu, permainan akan meningkatkan perkembangan fizikal,

koordinasi tubuh, dan mengembangkan serta memperhalusi keterampilan

motor kasar dan halus.

Menurut Essa (1992), bermain meningkatkan penguasaan kanak-kanak

seperti melatih kemahiran; melanjutkan perkembangan kognitif seperti

kebolehan berfikir digunakan sepenuh-penuhnya; melibatkan aktiviti fizikal;

menolong kanak-kanak bekerja dalam emosi tertentu dan kepandaian mencipta

semulajadi membolehkan kanak-kanak menjadi kreatif. Kanak-kanak juga

akan mengetahui bahawa bermain itu menyegarkan, menyenangkan dan

memberi kepuasan. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,

tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan

tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat

perkembangan kanak-kanak. Menurut Profesor Goldstein (2001) yang

merupakan Ketua „International Play Research Organisation’, menyatakan

bahawa;

“There are many established research studies that

show that children play longer when a wide variety of toys

is available. One study in particular shows that access to a

wide range of well-selected toys can actually improve a

child’s emotional, physical, social and intellectual

development, even increasing potential IQ, regardless of

their sex, race or social class.”

(British Toy and Hobby Assiociation, 2001)

Oleh itu permainan dapat membantu di dalam perkembangan keperibadian

dan emosi kerana kanak-kanak mencuba melakukan pelbagai peranan,

meluahkan perasaan, menyatakan diri dalam suasana yang tidak terancam,

juga memerhatikan peranan orang lain. Melalui permainan, kanak-kanak akan

belajar mematuhi peraturan sekaligus menghargai hak orang lain.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti serta

menilai keberkesanan alat bantu mengajar baru iaitu permainan berbentuk

pendidikan dengan mengadaptasikan kaedah Iqra‟ dalam proses pembelajaran

Asas Tilawah al-Quran kepada kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga

enam tahun. Antara objektif-objektif penyelidikan ini dijalankan adalah:

i. Untuk membolehkan kanak-kanak prasekolah mengenal, membaca

dan mengeja huruf-huruf tunggal Hijayah dengan lebih lancar

melalui pembelajaran Asas Tilawah al-Quran menggunakan kaedah

Iqra‟ dan belajar melalui bermain.

ii. Untuk menjadikan proses pembelajaran Asas Tilawah al-Quran

melalui kaedah Iqra‟ dan belajar melalui bermain lebih

menyeronokkan dan seterusnya dapat merangsang minda agar lebih

fokus.

Page 6: Asrol Hassan

6

iii. Untuk mengenalpasti bahawa permainan berbentuk pendidikan yang

diadaptasikan dari kaedah Iqra‟ sebagai alat bantu mengajar baru

bagi subjek Asas Tilawah al-Quran boleh diterima dengan baik oleh

kanak-kanak prasekolah.

iv. Untuk memberi dimensi dan perspektif baru kepada guru, ibu bapa

dan kanak-kanak prasekolah di dalam pembelajaran Asas Tilawah al-

Quran pada masa hadapan.

3.0 SOALAN KAJIAN

i. Kanak-kanak prasekolah kerajaan yang berumur empat hingga enam

tahun akan lebih mudah faham dalam proses pembelajaran Asas

Tilawah al-Quran dan dapat mengenal dengan lebih cepat huruf-

huruf tunggal Hijaiyah jika mereka diberi pendedahan belajar

melalui bermain berbantukan permainan berbentuk pendidikan selain

hanya menghadiri kelas konversional Asas Tilawah al-Quran.

ii. Kanak-kanak prasekolah yang belajar Asas Tilawah al-Quran

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dengan

berbantukan permainan berbentuk pendidikan akan lebih

bersemangat, bermotovasi dan mempunyai keyakinan diri lebih

tinggi jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang menggunakan

kaedah konversional.

iii. Dengan menggunakan permainan berbentuk pendidikan sebagai alat

bantu mengajar, kanak-kanak prasekolah akan lebih terdorong untuk

belajar dan mereka akan lebih rasa selesa serta seronok tanpa

mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran.

4.0 METHODOLOGI KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, penulis menggunakan dua kaedah kajian

iaitu kajian tinjauan pada fasa pertama untuk meninjau pendapat guru-guru

yang berkenaan bagi mendapatkan data-data terperinci yang diperlukan dalam

kajian ini. Manakala pada fasa kedua penulis menggunakan kajian eksperimen

untuk melihat perbandingan keputusan dari dua kumpulan kajian iaitu

kumpulan kawalan (Control Group) untuk pembelajaran secara konversional

manakala kumpulan eksperimen (Experimental Group) untuk pembelajaran

menggunakan alat bantu mengajar baru secara belajar melalui bermain.

Kaedah kajian secara ujikaji adalah cara mudah untuk mengenal atau

mempelajari sesuatu yang baru (McMillan and Schumacher, 1989).

Untuk fasa pertama penulis membuat kajian di tiga buah jenis prasekolah

di empat daerah utama Lembah Klang Kajian iaitu daerah Petaling Jaya,

Puchong, Shah Alam dan Putrajaya. Dua dari jenis prasekolah kerajaan iaitu

Tadika Kemas dan Prasekolah Kementerian Pendidikan yang menyediakan

pembelajaran menggunakan kaedah belajar melalaui bermain.. Manakala dua

jenis prasekolah swasta diplilih di mana kaedah Iqra‟ digunakan untuk

pembelajaran asas Tilawah al-Quran. Selepas mendapatkan data-data yang

diperlukan, penulis akan memulakan proses merekabentuk prototaip alat bantu

Page 7: Asrol Hassan

7

mengajar baru bagi tujuan eksperimen pada fasa kedua. Prototaip tersebut

akan melalui kajian rintis untuk melihat kelemahan yang perlu diperbaiki

sebelum ujikaji sebenar dijalankan. Penyediaan prototaip yang memenuhi ciri-

ciri yang dikehendaki akan digunakan pada ujikaji fasa kedua yang dijalankan

di dua buah prasekolah swasta pilihan.

Terdapat 80 pelajar, 80 ibu bapa dan empat orang guru yang terlibat di

dalam pengumpulan data fasa pertama. Soal selidik dilakukan pada ibubapa

dan hanya 51 soal selidik yang dikembalikan semula. Manakala 80 responden

daripada pelajar dilakukan dengan membuat pemerhatian aktiviti

pembelajaran di dalam dan di luar kelas dengan penggunaan pelbagai bantu

mengajar serta tempat yang disediakan. Empat guru pula dipilih untuk

ditemuramah bagi mendapatkan kedua-dua maklumat yang berkaitan dengan

kaedah Iqra‟ dan belajar melalui bermain. Fasa kedua pula, seramai 40 pelajar

dari umur empat dan lima tahun dipilih untuk melalui proses eksperimen yang

dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen. Kedua-dua kumpulan ini akan diberi penilaian sumatif melalui

ujian awal (pre-test) sebelum ujikaji dijalankan dan selepas selesai ujikaji

mereka akan diberi ujian akhir (post-test) untuk membuat perbandingan

keputusan selain pemerhatian formatif yang dijalankan oleh penulis.

Pemilihan kanak-kanak ini adalah berdasarkan prestasi yang masih diperingkat

awal iaitu peringkat mengenal atau tidak dapat menguasai asas huruf tunggal

Hijayyah dengan baik. Eksperimen ini juga dijalankan pada sesi awal tahun

pembelajaran.

Instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian

ini terbahagi kepada dua fasa. Untuk fasa pertama tiga jenis instrumen akan

digunakan iaitu satu set soal selidik untuk ibubapa dan penjaga, dua set borang

temubual untuk guru, dan dua set borang pemerhatian untuk menilai proses

pembelajaran di dalam kelas. Untuk fasa kedua, semasa eksperimen dijalankan

dua jenis borang penilaian digunakan iaitu penilaian sumatif (pre-test)

sebelum ujikaji, (post-test) selepas ujikaji dan penilaian formatif semasa

eksperimen dijalankan.

5.0 MODUL PEMBANGUNAN PROTOTAIP ALAT BANTU

MENGAJAR

Di dalam penghasilan prototaip alat bantu mengajar, penulis telah mereka

bentuk dan menyediakan satu modul pembangunan prototaip berasaskan

daripada data-data yang diterima di peringkat penyelidikan fasa pertama.

Terdapat beberapa komponen yang diperlukan untuk menyokong

pembangunannya seperti kaedah dan konsep prototaip, strategi pembelajaran,

media, dan modul / subjek asas pengenalan huruf-huruf tunggal Hijayah.

Penulis telah menyediakan dua konsep yang berbeza dan digabungkan

menjadi satu agar boleh digunakan guru mengikut keperluan pembelajaran. Ini

juga bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran agar kanak-kanak tidak

mudah rasa bosan dan hilang tumpuan. Dua alat bantu mengajar yang sedia

ada di pasaran akan digunakan sebagai rujukan dan dibuat pengolahan agar

Page 8: Asrol Hassan

8

selari dengan keperluan pembelajaran. Setelah kajian dibuat dan segala aspek

digabungkan, penulis telah menamakan modul prototaip ini sebagai „FUN

IQRA‟ seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Model Pembangunan Prototaip Alat Bantu Mengajar

5.1 Modul / Subjek

Prototaip ini direka bentuk berpandukan buku Iqra‟ Satu yang

mengandungi 16 huruf tunggal Hijayah dimana kanak-kanak akan

menggunakan kaedah Iqra‟ yang dibaca mengikut sebutan huruf dan mengikut

tanda baris. Kanak-kanak akan mengenal huruf melalui bunyi dan hanya

menunjukkan bentuk huruf dan menyebut sebutan bunyi huruf tanpa dieja.

Contoh; sebutan Alif „AA‟ tidak dieja seperti Alif di atas „AA‟, sebutan huruf

Sin „SA‟ tidak dieja seperti „SIN‟ di atas „SA‟, sebaliknya huruf-huruf tersebut

terus dibaca.

5.2 Strategi Pembelajaran

Konsep Talaqqi Musyafahah digunakan dimana kanak-kanak berhadapan

secara langsung dengan guru, melihat dan mengecam bentuk tulisan,

mendengar sebutan dan mengikut bacaan guru. Tunjuk cara dan amali ini

Strategi

Pembelajaran

Kaedah & Konsep

Modul / Subjek

Media

MODUL PEMBAGUNAN

PROTOTAIP ‘FUN IQRA’

Talaqqi Musyafahah

Huruf tunggal Hijayah

Buku Iqra’ 1

Padan dan Eja

Huruf dan Papan Lukis Bermagnet

Blok Huruf

Kad Huruf

Huruf Bermagnet Susun Suai

Papan Lukis Bermagnet

Pen Marker Berpemadam

Page 9: Asrol Hassan

9

penting bagi murid mengikutnya dengan sebutan yang betul mengikut

Makhraj huruf al-Quran.

5.3 Media

Terdapat lima media untuk dua konsep yang digunakan dalam

pembangunan bahan bantu menagajar ini, iaitu „Blok Huruf‟ dan „Kad Huruf‟

untuk konsep pertama. Manakala „Huruf Bermagnet Susun Suai‟, „Papan

Lukis Bermagnet‟ dan „Pen Marker Berpemadam‟ adalah untuk konsep kedua.

Kesemua media ini disatukan di dalam satu alat bantu mengajar.

5.4 Kaedah dan Konsep

Untuk mendapatkkan konsep yang sesuai berpandukan hasil rumusan

penyelidikan fasa pertama, penulis telah membuat tinjauan di empat buah

kedai permainan dan pemilihannya haruslah menepati keperluan pembelajaran

kerana prototaip ini merupakan material utama untuk ujikaji. Hasil dari

tinjauan, pengkaji telah menemui dua konsep atau kaedah yang sesuai dengan

kriteria-kriteria yang diperlukan untuk kajian ini. Konsep pertama ialah „Padan

dan Eja‟ (Match and Spell) dan konsep kedua adalah „Huruf dan Papan Lukis

Bermagnet‟ (Magnetic Alphabets and Drawing Board). Kedua-dua alat bantu

mengajar ini telah direka khusus untuk kegunaan pelajar empat tahun ke atas.

i. Konsep Padan dan Eja (Match and Spell)

Konsep ini adalah ringkas dan mudah untuk kendalikan oleh kanak-

kanak empat hingga enam tahun. Ia menggunakan kaedah permainan yang

memerlukan kanak-kanak berfikir secara mudah dan membantu mereka

untuk tidak membuat kesilapan. Kanak-kanak hanya perlu memilih huruf

yang sesuai dan disusun mengikut ejaan dan warna yang betul dengan

berpandukan kepada huruf di sebelahnya.

Permainan ini menggunakan dua komponen utama iaitu „Blok Huruf‟

(Alphabet Tiles) dan „Kad Huruf‟ (Alphabet Card). Sistem ini dinamakan

penyelesaian kendiri (self-correcting) dimana blok huruf yang disediakan

tidak akan membenarkan kanak-kanak untuk meletakkannya pada ruang

yang salah. Ini kerana setiap blok huruf mempunyai kedudukan pin yang

berbeza pada bahagian belakang setiap blok huruf. Setiap huruf pula

dibezakan dengan enam warna yang berlainan. Konsep ini memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk berdikari dan menilai tahap kecekapan

masing-masing.

ii. Konsep Huruf dan Papan Lukis Bermagnet (Magnetic Alphabets

and Drawing Board)

Konsep ini juga ringkas dan mudah cara pengunaanya. Ia mengadungi

tiga komponen utama iaitu „Huruf Bermagnet Susun Suai‟, „Papan Lukis

Bermagnet‟ dan „Pen Marker Berpemadam‟. Cara pengunaanya adalah

jelas iaitu kanak-kanak hanya perlu mengeja dan menyusun huruf

mengikut contoh ejaan atau contoh kad yang diberi. Kemudian kanak–

kanak ini boleh ditambah kefahaman mereka dengan menulis huruf

tersebut pada papan lukis. Konsep ini secara tidak langsung memberi

Page 10: Asrol Hassan

10

peluang kepada kanak-kanak untuk melatih diri mereka kepada asas

penulisan dan kreativiti. Akan tetapi, kedua-dua konsep ini adalah

digalakkan di lakukan bersama-sama guru atau pembimbing.

6.0 PROSES PEMBANGUNAN PROTOTAIP ALAT BANTU

MENGAJAR

Di dalam kajian ini, pembuatan prototaip alat bantu mengajar baru

haruslah dilakukan secara sistematik dan proses ini berpandukan model reka

bentuk instruksi Addie seperti rajah di bawah:

Rajah 2: Aliran kerja berasaskan Model Addie

(Dick dan Carey, 1996)

6.1 Analisa

Analisa yang dibuat untuk pengumpulan data yang berkaitan bagi

membantu penulis dalam memastikan jenis permainan yang bersesuain untuk

kegunaan kanak-kanak mereka dalam pembelajaran Asas Tilawah al-Quran.

Soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa, pemerhatian di dalam kelas dan

temuramah guru yang dijalankan pada fasa pertama membantu di dalam

penyediaan alat bantu mengajar ini. Terdapat beberapa perkara hasil analisa

ketiga-tiga data tersebut iaitu:

Evaluation (Penilaian)

Analysis (Analisa)

Design (Reka bentuk)

Development (Pembangunan)

Implementation (Implementasi)

Page 11: Asrol Hassan

11

i. Konsep permainan yang dihasilkan mestilah jelas, ringkas dari segi

penggunaan dan pengendaliannya serta mudah difahami oleh kanak-

kanak umur empat hingga enam tahun.

ii. Direka khusus untuk permainan di dalam bilik darjah.

iii. Permainan tersebut mestilah memberi keseronokan kepada kanak-

kanak menggunakannya untuk sekurang-kurangnya 30 minit sesi

pembelajaran.

iv. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pada kanak-kanak

umur empat hingga enam tahun.

v. Penggunaan enam jenis warna tema iaitu biru, merah, kuning, hijau,

jingga, ungu dan merah jambu.

vi. Permainan yang boleh digunakan untuk aktiviti secara berkumpulan

atau individu.

vii. Harga yang mampu dimiliki.

6.2 Reka Bentuk

Pengkaji telah mencari dua jenis permainan yang berbeza konsep untuk

digabungkan menjadi satu permainan yang boleh digunakan guru mengikut

keperluan pembelajaran yang berbeza. Ini untuk memastikan pelajar daripada

cepat merasa bosan dan hilang tumpuan semasa belajar. Pengkaji telah

menggunakan produk permainan yang ada di pasaran sebagai asas kepada reka

bentuk yang akan dihasilkan dengan membuat pengubahsuaian mengikut

kesesuaian pembelajaran kaedah Iqra‟.

Rajah 3: Lakaran Reka Bentuk Alat Bantu Mengajar FUN IQRA‟

Page 12: Asrol Hassan

12

6.3 Pembangunan

Proses pembangunan, iaitu peringkat pembuatan prototaip berdasarkan

proses asas reka bentuk iaitu dari peringkat kajian, lakaran idea, pembuatan

„mock-up‟, lukisan teknikal, lukisan perincian, lukisan persembahan dan

pembuatan prototaip.

6.4 Implementasi

Proses awal implimentasi, penulis melakukan kajian rintis dengan memilih

lima orang guru dari tiga buah prasekolah yang berbeza dan guru telah

memilih tiga orang pelajar untuk mencuba prototaip tersebut. Pengkaji

membuat 10 buah prototaip dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan

termasuk „flash card‟ yang dicadangkan. Seterusnya ujikaji dijalankan di dua

buah prasekolah swasta pilihan iaitu kepada 20 orang kanak-kanak dari

kumpulan terkawal dan 20 orang dari kumpulan eksperimen.

6.5 Penilaian

Proses menilai aplikasi, iaitu membuat eksperimen berasaskan permainan

berbentuk pendidikan melalui penilaian sumatif dan formatif kepada pengguna

sasaran. Ujian awal (Pre-test) dan ujian akhir (post-test) adalah teknik

penilaian yang sering digunakan untuk menentukan kepercayaan kepada data-

data yang diperolehi. Keputusan dari kedua-dua ujian akan dibuat

perbandingan untuk menetukan kesamaan jawapan (Mertens, 1998). Penulis

telah menggunakan empat jenis soalan penilaian yang sesuai untuk peringkat

prasekolah iaitu (i) Menyebut setiap huruf dengan betul, (ii) Mengenal setiap

huruf dengan mengambil kad huruf yang betul, (iii) Membuat tiga kali

penilaian „Betul‟ atau „Salah‟, dan terakhir (iv) Membuat tiga kali penilaian

“Kad yang mana?”. Ujian ini dibuat hanya untuk enam jenis huruf tunggal

Hijayah sahaja iaitu Alif, Ba, Ta, Sa, Ja dan Ha.

Penulis menggunakan sistem pemarkahan mengikut gred iaitu (i) A untuk

80 – 100, (ii) B untuk 60 – 79, (iii) C untuk 40 – 59, (iv) D untuk 20 – 39 dan

(iv) E untuk 0 – 19. Penulis tidak meletakkan samada pelajar itu lulus atau

gagal kerana di peringkat prasekolah penilaian pelajar adalah lebih kepada

menilai tahap kemampuan diri pelajar samada lemah, sederhana atau baik.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menjawab tiga persoalan kajian yang

menyentuh eksperimen tentang penggunaan alat bantu mengajar baru di dalam

pembelajaran Asas Tilawah al-Qur‟an untuk kanak-kanak prasekolah. Jadual 1

menunjukkan keputusan eksperimen diantara dua kumpulan kajian yang terdiri

daripada kanak-kanak empat dan lima tahun.

Page 13: Asrol Hassan

13

Jadual 1: Keputusan peratus kenaikan untuk kumpulan eksperimen berbanding

kumpulan kawalan

Hasil keputusan ujian yang dijalankan pada kedua-dua kumpulan

eksperimen menunjukkan pencapaian peratus peningkatan 37% pemahaman

kanak-kanak empat tahun dan 22.5% untuk kanak-kanak lima tahun.

Berbanding dengan kumpulan kawalan, mereka masih menunjukkan peningkat

tetapi pada kadar yang sedikit berbanding kumpulan eksperimen iaitu 18%

untuk kanak-kanak empat tahun dan 14.4% untuk kanak-kanak lima tahun.

Hasil ujian menunjukkan bahawa perbezaan peratusan yang meningkat adalah

19% bagi kanak-kanak empat tahun, manakala 8.1% bagi kanak-kanak lima

tahun. Perbezaan peningkatan peratus diantara kedua-dua peringkat umur ini

menunjukkan bahawa kanak-kanak 4 tahun lebih cepat dan mudah menerima

kaedah ini berbanding pelajar 5 tahun. Keputusan ini telah membuktikan

bahawa, kanak-kanak prasekolah kerajaan yang berumur empat hingga enam

tahun akan lebih mudah faham dalam proses pembelajaran Asas Tilawah al-

Quran dan dapat mengenal dengan lebih cepat huruf-huruf tunggal Hijaiyah

jika mereka diberi pendedahan belajar melalui bermain berbantukan

permainan berbentuk pendidikan selain hanya menghadiri kelas konversional

Asas Tilawah al-Quran.

Melalui temuramah bersama-sama dua orang guru yang terlibat dengan

kedua-dua kumpulan kajian ini berpendapat bahawa hampir 90% berjaya

dilaksanakan. Ini kerana kaedah ini berjaya menarik minat kanak-kanak untuk

belajar dan memberi kefahaman yang cepat selain daripada pelajar berasa

seronok dan tidak tertekan. Selain itu, mereka juga berpendapat dengan

adanya alat bantu mengajar ini, proses pembelajaran di dalam kelas menjadi

lebih menarik, tidak membosankan dan memenuhi keperluan pembelajaran

Asas Tilawah al-Quran. Antara perkembangan-perkembangan positif yang

dinyatakan oleh kedua-dua guru ini adalah:

i. Kanak-kanak yang lemah dan tidak mengenal huruf telah berjaya

sekurang-kurangnya mengenal tiga huruf dalam masa lima hari.

0%

10%

20%

30%

40%

Control Group 18% 14.4%

Experimental Group 37% 22.5%

Increase % 19% 8.1%

4 Years Old 5 Years Old

Page 14: Asrol Hassan

14

ii. Kanak-kanak yang tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap

pembelajaran Asas Tilawah al-Quran telah mula berinteraksi dan

bekerjasama dengan guru.

iii. Kanak-kanak yang pendiam dan tidak yakin dengan diri sendiri telah

mula berani dan bertindak-balas dengan cepat terhadap soalan dan

arahan guru.

Ini menjelaskan bahawa dengan menggunakan permainan berbentuk

pendidikan sebagai alat bantu mengajar, kanak-kanak prasekolah akan lebih

terdorong untuk belajar dan mereka akan lebih rasa selesa serta seronok tanpa

mengalami sebarang tekanan sepanjang proses pembelajaran.

8.0 PERBINCANGAN

Faktor utama di dalam penghasilan „FUN IQRA‟ ini ialah kerana

kekurangan alat bantu mengajar berbentuk permainan khususnya untuk

pembelajaran Asas Tilawah al-Quran di pasaran. Ada sesetengah pihak

beranggapan kaedah belajar melalui bermain untuk subjek Asas Tilawah al-

Quran adalah tidak perlu atau tidak sesuai. Pada pendapat penulis subjek ini

adalah sama dengan pembelajaran asas huruf roman, cuma perlaksanaanya

harus dihormati dan diberi sedikit perhatian agar lebih tertib dan tidak

keterlaluan semasa menggunakannya.

Hasil dari kajian ini didapati guru-guru prasekolah menerima baik alat

bantu mengajar berbentuk permainan ini kerana secara tidak langsung ianya

telah membantu mereka untuk lebih mudah mengajar subject Asas Tilawah al-

Quran kepada kanak-kanak peasekolah. Hasil kajian ini juga telah memberi

satu keputusan bahawa kanak-kanak empat tahun merupakan satu peringkat

umur yang paling sesuai dan cepat menerima kaedah pembelajaran seperti ini

selain menunjukkan pemahaman yang memberangsangkan. Oleh itu adalah

tidak salah jika semua subjek di dalam kurikulum prasekolah menggunakan

pendekatan belajar melalui bermain dengan berbantukan alat bantu mengajar

berbentuk permainan.

Dari pemerhatian penulis semasa lapangan kajian didapati guru dan ibu

bapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan perlaksanaan ini

berjaya mencapai matlamatnya kerana kanak-kanak yang dibiarkan bermain

sendiri tanpa perhatian mungkin kurang atau tidak mencapai matlamat

tersebut.

9.0 PENUTUP

Dengan adanya alat bantu mengajar berbentuk permainan ini di harapkan

kanak-kanak prasekolah akan merasa lebih bersemangat dan yakin untuk

mempelajari Asas Tilawah al-Quran agar jumlah pelajar yang buta al-Quran di

Malaysia dapat dikurangkan. Selain itu juga diharapkan lebih ramai lagi

kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang boleh membaca al-Quran dengan

baik dan lebih lancar.

Page 15: Asrol Hassan

15

RUJUKAN

AB Rahim Md. Arshad. (2000). Kajian keberkesanan perlaksanaan kaedah

Iqra’ di Sekolah-Sekolah Rendah daerah Kulai. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam, falsafah disiplin dan

peranan pendidik, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.

British Toy & Hobby Association. (2001). Child development depends on play

and toys. Diperolehi November 29, 2005, dari

http://www.btha.co.uk/pr

Charlotte Bird. (2004). Toy-helping children play, laugh and grow. Diperolehi

Januari 1, 2005, dari

http://www.preschool.org.uk/iacontent.php/en//.html

Essa, E. (1992). Introduction to early childhood education. New York: Delmar

Publishers Inc.

Halim Na‟am. (2005). Pelaksanaan j-QAF. Prosiding Wacana Pendidikan

Islam Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dick, W., & Carey, L. (1996). The Systematic Design of Instruction (4th Ed.).

New York: Haper Collins College Publishers.

Gestwicki, C. (1995). Developmentally appropriate practice: Curriculum and

development in early education. New York: Delmar Publisher Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Modul pengajaran pendidikan Islam.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Memperkasakan Sekolah

Kebangsaan: Isu Dan Cabaran. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

24-27.

McMilan, J.H, & Schumacher, S. (1989). Research in Education, A

Conceptual Introduction. 2nd

Edition. London: Scott, Feresman and

Company.

Mertens, D.M. (1998). Research methods in education and psychology :

integrating diversity with quantitative & qualitative approaches.

Thousand Oaks: Sage Pub.

Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz, & Ahmad Kamel Mohamed. (2003).

Keberkesanan iqra' sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran.

Kuala Lumpur: Mes Enterprise.

Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya Publication.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di

Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distrutions Sdn. Bhd.