hassan jonit

Upload: azrika89

Post on 09-Jul-2015

607 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Ajaran sesat Hassan Jonit kembali aktif, Jakim sedia bantu JaisSeptember 11, 2011

YAN, 11 Sept Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memantau serta membanteras Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang dipercayai kini kembali aktif di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata Jakim akan memantau perkembangan ajaran sesat itu bagi membolehkan tindakan secara kolektif dapat diambil bagi menyekat aktiviti itu dari merebak ke seluruh negara. Dipetik Bernama Online, katanya, Jakim akan sentiasa berganding bahu bersama dengan Majlis Agama Negeri di seluruh negara bagi membanteras segala ajaran sesat yang berkembang di negara ini. Beliau mengulas laporan media mengenai Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang disahkan menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada 1998 dikesan kembali aktif. Laporan berkenaan mengatakan ajaran sesat itu telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang Rawang yang diketuai menantu kepada orang kanan Hassan terbabit. Jamil Khir berkata berdasarkan maklumat awal yang diterimanya daripada Jais, terdapat tanda menunjukkan bahawa ada dua kelompok ingin menghidupkan kembali ajaran berkenaan dan Jais sedang giat menjalankan siasatan terperinci. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ajaran-sesat-hassan-jonitkembali-aktif-jakim-sedia-bantu-jais/

FATWA

Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin JonitBahasa Asal Melayu Jumlah Pembaca 738 Negara Asal Malaysia Tarikh Isu 1998-03-23 Tahun 1998 Pengarang Haji Mohd. Tamyes B. Abd.Wahid, Mufti Selangor Rujukan Jabatan Mufti Negeri Selangor Nota Nota: 17th April 1998 LATAR BELAKANG 1. Hassan bin Jonit berasal dari Melaka. Berumur 73 tahun dan kini menetap di No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, Ampang, Selangor. 2.Pendidikan awal beliau ialah Sekolah Agama Pontian Kecil, Johor dan Sekolah Melayu Melaka hingga darjah 3. Pada zaman pemerintahan Inggeris, beliau pernah bekerja sebagai pemandu. 3.Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama dan kedua diceraikan kerana tidak mahu mengikut ajaran yang dibawa. Bersama isteri ketiga sehingga kini dan mempunyai 4 orang anak.

4.Markaz utama kumpulan ini ialah di rumah murid kanan beliau beralamat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kg. Batu Arang, 48050 Rawang, Selangor. Surau tersebut terletak bersebelahan rumah dan terdapat juga rumah penginapan untuk ahli yang datang dari jauh mengikuti pengajian pada malam Khamis dan Ahad. 5.Ajaran ini diperkenalkan hampir 15 tahun lalu di Melaka dan Singapura. Jumlah pengikut di Selangor dianggarkan antara 100 - 150 orang. Kebanyakkan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan terdiri dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya. 1. CIRI-CIRI AJARAN Bertemu Dengan Allah Beliau (Hasan Bin Jonit) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui IImu hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh. 2. Bertemu Nabi Muhammad Hasan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui IImu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu itu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hasan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis iaitu Hadis Qudsi. 3. Boleh Tadbir Mimpi Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing-masing kepada Hassan untuk di tafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut

dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum. 4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam, ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang-orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang-orang yang ada membela jin. 5. Solat Pejam Mata Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang-orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu sama ada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang-orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir. 6. Menolak Hari Akhirat Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran hari akhirat yang telah di jelaskan di dalam Al Quran dan ditafsirkan oleh ulama'-ulama', Ilmu kalam ataupun syariat agama Islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat. 7. Mandi Wajib Dengan Celup Jar iMenurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut. 8. Dilarang Berdoa Untuk Orang lain Di antara Ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikutpengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad

sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain. 9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz Hassan Bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Luh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang-orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat. 10. Wakil Guru Seluruh Dunia Selain dari mengakui beliau sebagai 'Wakil Guru Dari Luh Mahfuz' Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia ini. 11. Salah Tafsir Al-Quran Kebanyakkan Ulama'-ulama' tafsir tidak memaknakan dan hanya menyerah kepada Allah sahaja mengenai ayat-ayat potong di permulaan Surah seperti( ) (, ) tetapi bagi Hassan beliau telah memberikan makna dan erti yang tertentu, ini terdapat di dalam kitabnya bertajuk (Amalan Tauhid, Bab Guru m.s 71/74), ( )yang memberi erti (yang menjaga dakwah diri kami di belakang hari). 12. Mencabar Pihak Berkuasa AgamaUntuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak 8erkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak berkuasa Agama mengambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allam S.W.T. 13. Mengarang Buku Yang Bertentangan dengan Hukum Syarak Buku tersebut mengandungi 19 bab seperti berikut: T AJ U K MUKASURAT 1. Bab Hakikat 211 2. Bab Fatehah 178 3. Bab Alhamdu 95

4. Bab Bismillah 117 5. Bab Al Quran dan Kitab 134 6. Bab Takbiratul Ehram 142 7. Bab Sembahyang 154 8. Bab Kaum Ibu 86 9. Bab Roh / Nyawa 167 10. Bab Ma'ni 198 11. Bab Nabi 1 125 12. Bab Nabi 2 188 13. Bab Tauhiduz Zat 1 167 14. Bab Tauhiduz Zat 2 186 15. Bab Guru 58 16. Bab Sifat 186 17. Bab Ma'rifat 85 18. Bab Hati 105 19. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40

TINDAKAN 1. Pada 17 Disember 1997 lebih kurang pukul 10.10 malam bertempat di rumah Batu 450, No. 20 Kampung Batu Arang, Rawang dengan kerjasama Bahagian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas guru ajaran ini iaitu Hasan Bin Jonit bersama anak murid kanan dan pengikut-pengikutnya, lelaki dan perempuan iaitu seramai 36 orang. Mereka didakwa di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu Mengajar Tanpa Tauliah, dan di bawah Seksyen 16 Enakmen yang sama iaitu penerbitan yang bertentangan dengan hukum Syarak. 2. Perbicaraan kes ini telah dilaksanakan pada 20 April 1998 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan denda sebanyak RM 1500.00 telah dikenakan. Mereka membayar denda tersebut.Sel. P.U. 13.ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989FATWA TENTANG AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONITPADA menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'. membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.En. 2/1989ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989FATWA ON AJARAN ILMU HAKIKAT HASSAN BIN JONITIn exercise of the powers conferred by section 31 (I) and

section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment /989 the Mufti for the State of Selangor, after discussions with the Islamic Legal Consultative Committee, makes thefatwa as specified in the Schedule.En. 2/1989JADUAL / SCHEDULE1. Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. 2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran IImu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla. 3.Antara ciri-ciri ajaran itu: a)Mendakwai-Bertemu Allah. ii-Bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi. iii-Boleh mentafsir mimpi. iv-Orang yang berdahi hitam tanda bela jin. v-Nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata. b)Menolak adanya hari kiamat. c) Beliau adalah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S. A. W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin. d) Menyalah tafsir AI-Quran. e) Mandi wajib hanya dengan celup jari. f) Melarang berdoa untuk orang lain. g) Mencabar Pihak Berkuasa Agama. h) Mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti berikut T AJ U K MUKASURAT 1. Bab Hakikat 211 2. Bab Fatehah 178 3. Bab Alhamdu 95 4. Bab Bismillah 117 5. Bab Al Quran dan Kitab 134 6. Bab Takbiratul Ehram 142 7. Bab Sembahyang 154 8. Bab Kaum Ibu 86 9. Bab Roh / Nyawa 167 10. Bab Ma'ni 198

11. Bab Nabi 1 125 12. Bab Nabi 2 188 13. Bab Tauhiduz Zat 1 167 14. Bab Tauhiduz Zat 2 186 15. Bab Guru 58 16. Bab Sifat 186 17. Bab Ma'rifat 85 18. Bab Hati 105 19. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40 4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perenggan 3(h).Dibuat pada 17 April 1998.Made the 17 April 1998.[JAI. Sel. 8072/7:PU. Sel. AGM/0007. Jid. 2.]

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php? option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1782&Itemid=48

Tarikh Akhir Kemaskini: 26 Ogos 2011

BERITASelasa September 13, 2011

Ajaran Sesat Hassan Jonit: 150 Pengikut Dikenalpasti Bergiat Aktif Jamil KhirOleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Terdapat kira-kira 150 pengikut ajaran sesat Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang telah dikenal pasti bergerak aktif di Selangor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah tersebut berdasarkan maklumat awal yang diterimanya namun beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini. "Pengikut ajaran tersebut terdiri daripada individu yang tidak memiliki asas pendidikan agama yang kukuh. Kita masih mengumpul bukti kukuh sebelum langkah membanteras kegiatan itu diambil. Kita bimbang ajaran seperti ini boleh menyebabkan tindakan fizikal seperti mengamuk dan membunuh orang, jadi kita tak nak perkara seperti itu berlaku. Sebab itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan

menggunakan enakmen undang-undang sedia ada untuk menyekat ajaran sesat seperti ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Solehah terbitan TV Al Hijrah di Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai pengikut Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang kini dipercayai kembali bergiat aktif untuk menghidupkan semula ajaran tersebut di Selangor. Ajaran tersebut telah disahkan menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998. Ahad lalu, media melaporkan bahawa ajaran sesat tersebut telah cuba dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa yang tahun lalu. Laporan itu mendakwa kumpulan berkenaan kini diketuai oleh menantu kepada orang kanan Hassan dan markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang Rawang. Mengulas lanjut mengenainya, Jamil berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan JAIS sedang membuat pemantauan serius terhadap pemimpin, pengikut serta kegiatan kumpulan berkenaan. Kita telah ada enakmen dan undang-undang untuk menyekat ajaran sesat seperti ini. Dan berdasarkan maklumat yang kita terima mereka (pengikut) ini tidak mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh namun atas alasan ingin mencari keseronokan diri, ajaran ini berkembang dengan begitu cepat, katanya. Dalam perkembangan lain, Jamil memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat kewujudan beberapa blog yang didakwa menyiarkan artikel menghina Islam. Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu terbabit memandangkan ia boleh menimbulkan kebencian dan mengganggu sensitiviti terhadap kebebasan beragama di negara ini. "Siasatan untuk menjejaki identiti sebenar pemilik blog berkenaan masih dijalankan memandangkan blog itu menggunakan nama dan maklumat diri samaran. Justeru, satu mesyuarat khas antara SKMM, Jakim dan Kementerian Dalam Negeri yang dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan bagi memantau kewujudan blog terbabit, katanya. Pada Isnin, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 telah menghantar surat mohon menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon campur tangan Seri Paduka dalam isu tersebut. Kumpulan berkenaan turut menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap blog 'makcikhajjahsittalwuzara.wordpress' yang didakwa menyiarkan artikel yang menghina agama Islam.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp? file=/2011/9/13/mstar_berita/20110913210840&sec=mstar_berita

RAWANG - Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998 kini dikesan kembali aktif. Ajaran itu kini dipercayai dikembangkan oleh ahli keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Menurut sumber yang cuma ingin dikenali sebagai Roslan, markas utama kumpulan tersebut yang terletak di Kampung Melayu, Batu Arang di sini, kembali dipenuhi oleh pengikut ajaran itu sejak kebelakangan ini. "Saya dapati semakin ramai orang luar datang ke markas itu pada malam tertentu. Saya percaya kumpulan tersebut tidak mahu pihak berkuasa tahu tentang aktiviti mereka," katanya ketika ditemuiKosmo! Ahad baru-baru ini. Menurutnya yang juga penduduk di kampung tersebut, kewujudan semula ajaran tersebut kini diketuai oleh seorang lelaki yang

merupakan menantu kepada orang kanan Hassan. "Pengikut ajaran itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional yang datang dari seluruh negara terutama Singapura, Johor dan Melaka semakin berkurangan. "Saya sendiri sebenarnya pernah bersemuka dengan pengikut kanan Hassan suatu ketika dahulu selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang dia telah mendapat wahyu ketika duduk di kedai kopi," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib....a&pg=ne_01.htm

150 pengikut ajaran Hassan Jonit dikenal pastiJamilah Kamarudin | September 13, 2011

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah itu berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 pengikut ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit dikenal pasti kini bergiat aktif disekitar Selangor dan cuba mengembangkannya semula kepada orang Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah itu berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat. Pengikut ajaran tersebut terdiri daripada individu yang tidak memiliki asas pendidikan agama yang kukuh, kita masih mengumpul bukti kukuh sebelum langkah membanteras kegiatan itu diambil, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bimbang ajaran tersebut mungkin tersebar meluas dan lebih ramai akidah umat Islam terpesong sekiranya kegiatan itu tidak dibanteras secara menyeluruh. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini sedang membuat pemantauan serius terhadap kegiatan kumpulan tersebut serta pemimpinnya. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit disahkan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998. Artikel hina Islam Namun baru-baru ini ajaran sesat itu dipercayai telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dikatakan markasnya terletak di Kampung Melayu, Batu Arang, Rawang. Sementara itu, beliau memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat mengenai kewujudan beberapa blog yang menyiarkan artikel menghina Islam. Katanya, pihaknya memandang serius isu terbabit memandangkan ia mampu menimbulkan kebencian dan mengganggu sensitiviti terhadap kebebasan beragama di negara ini. Beliau berkata siasatan menjejaki identiti sebenar pemilik blog berkenaan masih dijalankan memandangkan blog itu menggunakan nama dan maklumat diri samaran. Satu mesyuarat khas antara SKMM, Jakim dan KDN yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) KDN dibuat bagi memantau kewujudan blog terbabit, katanya. Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 menghantar surat mohon menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Mizan Zainal Abidin supaya campur tangan dan mengambil tindakan terhadap blog makcikhajjahsittalwuzara.wordpress yang menghina Islam.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/13/150-pengikut-ajaran-hassan-jonitdikenal-pasti/

himpunan fatwa Melaka : http://www.alazim.com/jmm/perkhidmatan/HIMPUNAN_FATWA.pdf