halangan kerja sepasukan

Upload: mysha08

Post on 10-Mar-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kerja sepasukan

TRANSCRIPT

Pasukan yang terbentuk juga akan menghadapi masalah kalau ada dalam kalangan ahli pasukannya tidak ada disiplin yang mantap. Masa diurus suka hati. Suruh datang pukul lapan, akan lewat beberapa minit atau mungkin beberapa jam. Begtu juga dari segi disiplin kerja. Mereka yang kurang disiplin tentunya tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas. Kerja yang diberi suka dilengah-lengahkan. Hal yang demikian akan menjejaskan tumpuan ahli-ahli lain yang lebih komited berbanding dengan diri mereka. Maka akan menyebabkan timbul perasaan tak puas hati dan akhirnya pasukan tersebut berkemungkinan akan berpecah.

Kadang kala, kerja-kerja sepasukan akan menghadapi masalah dalam jangka masa lama. Salah satu puncanya ialah kekurangan idea untuk menjalankan sesuatu amanah yang diberi. Pemikiran mereka menjadi tepu kerana orang yang sama sentiasa berada dalam pasukan yang sama. Hal yang demikian memerlukan dua perkara utama. Pertamanya kepemimpinan tertinggi perlu memberi suntikan idea pada pasukan yang terbentuk. Galakkan mereka menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan persatuan atau kerap mengadakan perjumpaan-perjumpaan yang berkaitan dengan persilatan. Keduanya ialah dengan cara mengambil ahli-ahli baru dalam pasukan berkenaan.

Seiring dengan kekurangan idea, mereka juga akan menghadapi masalah dari segi kemahiran yang kurang dalam satu-satu bidang kerja yang diberi. Kekurangan skill dalam kalangan mereka menyebabkan mutu penghasilan kerja agak kurang dari sepatutnya. Tentulah hal yang demikian akan mengurangkan keberkesanan pasukan berkenaan.

Memang tidak menafikan betapa ada masa-masanya kita akan bersungut apabila menerima beban kerja yang amat banyak. Sungutan akan menyebabkan perjalanan pasukan berkenaan akan terganggu. Sesungguhnya setiap ahli memerlukan perhatian dan pujian. Hal ini boleh dilakukan oleh barisan kepemimpinan tertinggi satu-satu persatuan atau satu-satu organisasi itu. Berilah pengiktirafan kepada mereka. Dalam persatuan kita, prinsip itu telah ada. Cuma, luaskan seberapa luas yang boleh.

Walau bagaimanapun, motivasi yang terbaik ialah secara kita memotivasikan diri kita sendiri. Itu sebabnya kita perlu memahami akan matlamat yang ingin dicapai oleh persatuan atau sesuatu organisasi tersebut. Matlamat yang jelas memudahkan kita bekerja dengan penuh dedikasi tanpa sebarang rungutan.

Ketika datang unsur-unsur negatif dalam diri atau dalam pemikiran kita, janganlah dikeluarkan melalui mulut kita. Berhentikan setakat di hati. Perkara yang dikeluarkan melalui mulut hanya cakap-cakap yang positif. Perkara yang negatif hanya disimpan dalam hati atau dalam pemikiran kita. Lama-lama akan hilang jika kita tidak melayannya.

Kita perlu meletakkan pasukan kita penting dalam sesebuah persatuan atau organisasi itu. Pengiktirafan yang diberi akan terus memberi dorongan kepada kita untuk terus menerus bekerja dengan penuh dedikasi. Kalau kita hanya mendiamkan diri tanpa war-warkan hasil kerja yang berkualiti, orang lain tidak tahu dan memandang seolah-olah kerja yang dilakukan tidak membawa makna. Tunjukkan kehebatan kita secara meletakkan pasukan kita adalah pasukan yang penting dalam persatuan atau organisasi yang berkenaan.