tahap pengetahuan dan halangan yang ... pengetahuan dan halangan yang dihadapi oleh pengendali...

28
TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vubao

Post on 27-Mar-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI

MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN

SELAMAT

MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja

Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI

OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN

MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT

(HURUF BESAR)

PUAN NORNAZIRA BINTI

SUHAIROM

(NAMA PENYELIA)

NO. 91, FELDA JERANGAU

BARAT,

21820 AJIL, TERENGGANU

DARUL IMAN

Page 3: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : PUAN NORNAZIRA BINTI SUHAIROM

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI

MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN

SELAMAT

MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

iii

DEDIKASI

Buat insan-insan teristimewa di hatiku...

Buat mak dan abah tercinta,

Fatimah Binti Mohd Takir dan Mat Zin Bin Mat Uyob

Yang sentiasa menjadi pembakar semangatku.

Buat kakak-kakak, abang dan adik-adikku,

Yang sentiasa bersamaku.

Buat rakan-rakan seperjuanganku,

Yang menempuhi suka dan duka bersamaku.

Buat Penyelia PSM,

Puan Nornazira Binti Suhairom

Yang tidak pernah jemu mendidikku.

Segala pengorbanan kalian akan ku sanjung hingga ke akhirnya. Semoga ikatan ukhuwah kekal

terjalin dan dirahmati-Nya sentiasa.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua...

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya, dapatlah saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan

jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Nornazira Binti Suhairom selaku penyelia

Projek Sarjana Muda saya kerana telah memberi bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk

ajar sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan amat berharga

dan akan dikenang sepanjang hayat.

Tidak lupa juga sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga terutamanya

bonda dan ayahanda yang tercinta kerana tidak jemu memberi dorongan dan semangat serta

bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya kajian yang dijalankan ini. Semoga mendapat

kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang

diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Allah sahaja yang dapat membalas budi baik

kalian.

Semoga dengan segala curahan dan perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang kajian ini

dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua. Amin.

Mazhafizni Binti Mat Zin

UTM Skudai, Johor

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

v

ABSTRAK

Pengambilan makanan yang bersih dan selamat dapat mengelakkan daripada berlakunya

penyakit bawaan makanan. Oleh itu, pengendali makanan bertanggungjawab sepenuhnya dalam

menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada pelanggan. Kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti tahap pengetahuan, halangan yang dihadapi dan tahap amalan dalam

pengendalian makanan secara bersih dan selamat oleh pengendali makanan di kafeteria UTM

Skudai. Seramai 86 orang pengendali makanan dari 22 buah kafeteria yang telah terlibat sebagai

sampel. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Item-item

dalam borang soal selidik adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan, faktor halangan masa,

faktor halangan latihan, faktor halangan kemudahan dan tahap amalan dalam penyediaan

makanan secara bersih dan selamat. Nilai kebolehpercayaan (alpha cronbach) bagi instrumen

kajian mengikut setiap pembolehubah ialah melebihi 0.602. Data dianalisis menggunakan

analisis secara diskriptif untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan.

Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pengendali makanan mempunyai tahap pengetahuan yang

tinggi dan mengamalkan pengendalian makanan secara bersih dan selamat. Kebanyakan

pengendali makanan bersetuju bahawa masa merupakan faktor halangan yang paling tinggi

dalam penyediaan makanan secara bersih dan selamat berbanding halangan latihan dan halangan

kemudahan.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

vi

ABSTRACT

Intake of clean and safe food is initial in preventing from food borne illnesses. Therefore,

food handlers are fully responsible in preparing clean and safe food to the consumer. This

research has been carried out to identify the level of knowledge, barriers and practices of

hygienic and safe food handling in UTM Skudai cafeterias. The study involves 86 food handlers

from 22 cafeterias. A set of questionnaire has been used as an instrument for this research. Items

in these questionnaires are measures the level of knowledge, time barrier, training barrier, facility

barrier and practices in clean and safe food preparation. The reliability (alpha cronbach) for the

instrument for every variable is more than 0.602. Data were analyzed using descriptive analysis

to obtain mean, standard deviation, percentage and frequency. Results showed that most of the

food handlers demonstrate a high level of knowledge and practiced the clean and safe food

handling. Most of food handlers agree that time is the highest barrier in preparing clean and safe

food compared to training and facility.

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

vii

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Kerangka Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

BAB PERKARA HALAMAN

MUKA DEPAN

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pengendali Makanan 8

1.6.2 Mahasiswa 9

1.6.3 Pihak Universiti 9

1.6.4 Kementerian Kesihatan 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Terminologi

1.8.2 Pengendalian 10

1.8.3 Makanan 10

1.8.4 Bersih 10

1.8.5 Selamat 11

1.8.6 Pengendali 11

1.8.7 Kafeteria 11

1.8.8 Keracunan Makanan 12

1.8.9 Halangan 12

1.8.10 Pengetahuan 12

1.8.11 Masa 13

1.8.12 Latihan 13

1.8.13 Kemudahan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Tahap Pengetahuan Pengendali Makanan 14

2.2 Model Kepercayaan Kesihatan 17

2.3 Faktor Halangan Masa 19

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

ix

2.4 Faktor Halangan Latihan 20

2.5 Faktor Halangan Kemudahan 22

2.6 Tahap Amalan Pengendalian Makanan 23

2.7 Kesimpulan 24

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 25

3.1 Reka Bentuk Kajian 25

3.2 Lokasi Kajian 26

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 31

3.4.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 32

3.5 Kesahan Soal Selidik 33

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Analisis Data 35

3.9 Kesimpulan 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 37

4.1 Analisis data Bahagian A 37

4.1.1 Jantina 38

4.1.2 Umur 38

4.1.3 Bangsa 39

4.1.4 Pendidikan Akademik 39

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

x

4.1.5 Pengalaman Mengendali Perniagaan

Makanan 40

4.1.6 Penyertaan Kursus Mengendali Makanan 41

4.1.7 Kekerapan Penyertaan Dalam Kursus 41

4.2 Analisis Bahagian B 42

4.2.1 Tahap pengetahuan pengendali makanan 43

4.2.2 Faktor halangan masa terhadap amalan

penyediaan makanan yang bersih dan selamat

47

4.2.3 Faktor halangan latihan terhadap amalan

penyediaan makanan yang bersih dan selamat

48

4.2.4 Faktor halangan kemudahan terhadap amalan

penyediaan makanan yang bersih dan selamat

50

4.2.5 Tahap amalan penyediaan makanan secara

bersih dan selamat 51

4.3 Analisis Keseluruhan 54

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 56

5.1 Rumusan 56

5.2 Perbincangan 58

5.2.1 Demografi responden 59

5.2.2 Tahap Pengetahuan 60

5.2.3 Faktor Halangan Masa 61

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xi

5.2.4 Faktor Halangan Latihan 62

5.2.5 Faktor Halangan Kemudahan 63

5.2.6 Tahap Amalan 64

5.3 Cadangan 66

5.3.1 Pengendali Makanan 66

5.3.2 Pengguna 68

5.3.3 Pihak Universiti 68

5.5 Cadangan lanjutan 69

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 71

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Senarai Bilangan Pekerja Mengikut Kafeteria di UTM Skudai 28

3.2 Senarai Bilangan Responden Yang Terpilih Mengikut Kafeteria 29

3.3 Maklumat Demografi Responden 31

3.4 Pembolehubah dan Nombor Item 32

3.5 Skala Pemeringkatan Likert 33

3.6 Nilai Kebolehpercayaan 35

3.7 Analisis Skor Min 35

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 38

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39

4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Akademik 39

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengendalikan 40

Perniagaan Makanan

4.6 Taburan Responden Mengikuti Kursus Mengendali Makanan 41

4.7 Taburan Responden Mengikuti Kekerapan 41

Penyertaan Dalam Kursus

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xiii

4.8 Tahap pengetahuan mengenai penyediaan makana secara 43

bersih dan selamat

4.9 Faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan 47

Secara bersih dan selamat

4.10 Faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan 48

Secara bersih dan selamat

4.11 Faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan 50

makanan secara bersih dan selamat

4.12 Tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat 51

4.13 Taburan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan, halangan 54

dan tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Tahap Pengetahuan dan Faktor-faktor Halangan Terhadap

Pengendalian Makanan Secara Bersih dan Selamat 6

2.1 Empat Komponen Dasar Model Kepercayaan

Kesihatan 17

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

ISMP Isyarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPH Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS Statistical Package For The Social Science version 17.0

SS Sangat Setuju

S Setuju

KS Kurang Setuju

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f Frekuensi

% Peratus

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 76

Lampiran B Surat pengesahan Pensyarah 85

Lampiran C Surat kebenaran dapatkan maklumat bilangan

lot cafeteria di UTM Skudai 87

Lampiran D Surat kebenaran mendapatkan maklumat 89

Lampiran E Jadual Krejcie R.V dan Morgan D.W. 91

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Mengikut teori Maslow, peringkat keperluan fisiologi merupakan keperluan yang paling

asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisma, apatah lagi manusia.

Menurut Maslow (1970) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu

berperingkat-peringkat dan sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin

diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.

Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti

keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Namun, antara ketiga-tiga

keperluan asas berikut, perkara penting yang ingin dibincangkan adalah keperluan manusia

kepada makanan.

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia untuk meneruskan kehidupan

seharian. Makanan yang dimakan setiap hari haruslah bersih dan bebas daripada sebarang kuman

dan bendasing bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan yang selamat dan

seimbang dapat memberi kesempurnaan kesihatan hidup kerana makanan boleh menjadi satu

faktor pencegahan penyakit (Clayton, Griffith, Peters, & Price, 2002). Hal ini kerana, kesihatan

tubuh badan manusia akan menjamin hidup yang lebih berkualiti dan dapat melahirkan insan

yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

Menurut Fischer, Frewer & Nauta (2006) keselamatan makanan merupakan satu perkara

yang sangat penting dan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan pengguna daripada terkena

penyakit bawaan makanan yang memberi kesan negatif kepada keadaan kesihatan seseorang

individu yang terlibat. Pelbagai isu berkaitan keselamatan makanan telah dilaporkan semenjak

beberapa dekad ini. Selain mempengaruhi kesihatan pengguna yang mendapatkan makanan di

premis menjual makanan, hal ini juga memberi kesan kepada tahap kepercayaan seseorang

individu terhadap keselamatan makanan yang disajikan (Janneke, Hans, Reint & Lynn, 2010).

Oleh itu, menjadi satu kepentingan kepada premis menjual makanan agar sentiasa

menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan makanan supaya pengguna sentiasa memberi

kepercayaan terhadap keselamatan makanan yang disajikan kepada mereka.

Bagi mengurangkan berlakunya penyakit bawaan makanan di kalangan pengguna,

mereka perlu tahu perkara yang harus dilakukan jika berdepan dengan situasi keracunan

makanan. Pengguna seharusnya bijak bertindak seperti membuat aduan kepada mana-mana

pihak yang berkaitan supaya kes keracunan makanan tidak lagi berleluasa di kalangan pengguna

(Fischer et al., 2006).

Pendidikan tentang keselamatan dalam penyediaan makanan adalah penting kepada orang

dewasa kerana setiap individu tersebut berpotensi menyedia dan mengendalikan makanan kepada

orang ramai yang mungkin berisiko besar untuk mendapat penyakit bawaan makanan (Abbot,

Byrd-Bredbenner, Schaffner, Bruhn & Blalock, 2009). Orang dewasa yang tidak mempunyai

pendedahan berkenaan amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat mungkin akan

menjadi penyebab kepada berlakunya keracunan makanan.

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281), menjelaskan bahawa

orang ramai diberi perlindungan daripada sebarang bentuk penipuan dalam penyediaan,

penjualan dan penggunaan bahan makanan supaya makanan yang disediakan oleh pengendali

sentiasa selamat, berkualiti, bersih dan bebas dari sebarang pencemaran yang boleh

menyebabkan keracunan makanan.

(Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia)

1.1 Latar Belakang Masalah

Keselamatan makanan kerap dipersoalkan dan menjadi isu kesihatan yang semakin

membimbangkan. Penyakit bawaan makanan atau dalam kata lain, ‘keracunan makanan’ kian

menular di merata dunia, termasuk negara maju. Berjuta-juta orang jatuh sakit disebabkan

pengambilan makanan dan penggunaan air yang tercemar dalam pengendalian makanan.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Menurut Motarjemi, Kaferstein, Moy, Miyagasawa & Miyagashima (1996) penyakit

bawaan makanan merupakan salah satu masalah yang sering berlaku walaupun di sebuah negara

yang telah membangun. Salah satu punca berlakunya penularan penyakit ini ialah kerana

terdapatnya pengendali makanan yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

menyediakan makanan secara bersih dan selamat.

Kekurangan pengetahuan yang dimiliki oleh pengendali makanan dan amalan penyediaan

makanan yang tidak mengikut garis panduan yang betul boleh menyebabkan penularan penyakit

bawaan makanan yang serius kepada pelanggan. Keadaan ini memberi kesan yang negatif jika

berlaku di tempat tumpuan seperti persekitaran sekolah dan kolej (Griffith, Worsfold & Molto,

1998).

Pengendali makanan harus menyediakan makanan secara bersih dan selamat untuk

dimakan kerana makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

bakteria penyakit yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid,

keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Pengendali makanan bukan sahaja perlu menyediakan makanan yang berkhasiat dan

seimbang, tetapi juga perlu berhati-hati dan mengelakkan daripada menyediakan makanan yang

mendedahkan pelanggan kepada penyakit bawaan makanan. Oleh itu, menjadi satu kemestian

bagi pengendali makanan mengamalkan amalan penyediaan dan penyajian makanan yang bersih

dan selamat untuk dimakan. Kebanyakan penyakit berkaitan makanan berlaku akibat dari amalan

penyediaan makanan yang tidak betul. Jadi, amalan kebersihan dan latihan merupakan langkah

pertama yang dicadangkan bagi mengelakkan berlakunya amalan yang tidak betul dalam

pengendalian makanan (Maria, Jose, Luis & Olga, 2008).

Kebersihan merupakan kunci kepada kesihatan dan kehidupan yang harmoni. Apabila

ditanya tentang kebersihan diri, semua orang mengetahui maksud kebersihan diri. Namun, masih

ramai yang tidak mempraktikkan amalan kebersihan diri malahan menganggap kebersihan diri

sebagai satu perkara kecil sahaja. Menurut kajian Roger & Angela (2007), amalan pengendalian

makanan yang tidak selamat dalam penyediaan makanan merupakan penyumbang utama

terhadap jangkitan penyakit bawaan makanan. Namun pengendali makanan yang mempunyai

pengetahuan, pendidikan serta latihan menunjukkan kejayaan yang sederhana dalam mengubah

tingkah laku pengendali makanan.

Tambahan pula latihan yang diberikan kepada pengendali makanan tidak menjamin

bahawa pengendali mengaplikasikan amalan kebersihan dan keselamatan dalam pengendalian

makanan. Kebanyakan pengetahuan yang diperoleh tidak dipraktikkan dalam pengendalian

makanan (Bolton, Meally, Blair, McDowell & Cowan, 2008). Menurut Egan, Raats, Grubb,

Eves, Lumbers, Dean & Adams (2007), kebanyakan program yang disediakan kepada pengendali

makanan hanya bergantung kepada perkongsian maklumat. Dengan perkongsian maklumat

sahaja diharapkan dapat memberi perubahan yang besar kepada tingkah laku pengendalian

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

makanan yang selamat, namun perkara tersebut hanya menyumbang sedikit sahaja perubahan

dalam kalangan pengendali makanan.

Selain itu, program latihan bagi meningkatkan amalan keselamatan makanan di dalam

penyediaan makanan tidak begitu berkesan memandangkan sebilangan rakyat Amerika yang

terkena penyakit bawaan makanan semakin meningkat setiap tahun (Howells, Roberts, Shanklin,

Pilling, Brannon & Barrett, 2008) bersih dan selamat meskipun telah menjalani latihan dan

mempunyai pengetahuan asas. Kenyataan ini juga disokong oleh Angelillo, Viggiani, Rizzo &

Bianco (2000) bahawa pengetahuan yang diperoleh tidak semestinya digunakan dalam amalan

penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

1.2 Pernyataan Masalah

Kafeteria-kafeteria yang terdapat di kolej sekitar institusi pengajian merupakan sumber

utama di mana para pelajar memperoleh makanan (Teoh, 2002). Dengan itu, secara langsung

kafeteria-kafeteria ini memikul tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis makanan yang

bersih dan kemudahan untuk keperluan fizikal dan emosi pelajar. Jadi, semua pengusaha

kafeteria menyediaan makanan yang bersih dan selamat supaya tidak berlaku kes keracunan

makanan dalam di kalangan pelajar dan pelanggan yang mendapatkan makanan di tempat

tersebut.

Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap

pengetahuan dan faktor-faktor yang menghalang pengendali bagi menyediakan makanan yang

bersih dan selamat. Pengendali makanan mempunyai halangan seperti keterbatasan waktu,

kurangnya latihan dan kemudahan yang tidak mencukupi sebagai alasan untuk tidak

mempraktikkan amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat (Howells et al., 2008).

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

Faktor penghalang terhadap pengendalian makanan secara bersih

dan selamat

Faktor Kemudaha

n

Faktor Latihan

Faktor Masa

1.3 Kerangka Kajian

Faktor halangan merupakan salah satu pembolehubah yang terdapat di dalam Model

Kepercayaan Kesihatan. Bagi kajian ini, penyelidik hanya menfokuskan kepada pembolehubah

halangan sahaja. Menurut beberapa kajian lepas telah mengenalpasti faktor yang menjadi

penghalang kepada amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat iaitu faktor masa,

faktor latihan dan faktor kemudahan. Penyelidik juga mengkaji tahap pengetahuan yang dimiliki

oleh pengendali makanan dan tahap amalan pengendalian makanan secara bersih dan selamat.

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka kajian bagi tahap pengetahuan dan faktor-faktor halangan

terhadap pengendalian makanan secara bersih dan selamat.

Rajah 1.1: Tahap Pengetahuan dan Faktor-faktor Halangan Terhadap Pengendalian Makanan

Secara Bersih dan Selamat.

Tahap

Pengetahuan

Amalan

pengendalian

makanan

secara bersih

dan selamat

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

1.4 Objektif Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh

penyelidik. Antara objektif tersebut ialah:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pengendali makanan di kafeteria UTM Skudai mengenai

penyediaan makanan secara bersih dan selamat.

2. Mengenal pasti faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan

selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai.

3. Mengenal pasti faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan

selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai.

4. Mengenal pasti faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih

dan selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai.

5. Mengenal pasti tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat dalam kalangan

pengendali makanan di UTM Skudai.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa persoalan berdasarkan objektif

kajian iaitu:

1. Apakah tahap pengetahuan pengendali makanan di kafeteria UTM Skudai mengenai penyediaan

makanan secara bersih dan selamat?

Page 27: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

2. Apakah faktor halangan masa terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat

dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai?

3. Apakah faktor halangan latihan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat

dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai?

4. Apakah faktor halangan kemudahan terhadap amalan penyediaan makanan yang bersih dan

selamat dalam kalangan pengendali makanan di UTM Skudai?

5. Apakah tahap amalan penyediaan makanan secara bersih dan selamat dalam kalangan pengendali

makanan di UTM Skudai?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan harapan agar dapat membantu banyak pihak daripada

beberapa aspek iaitu:

1.6.1 Pengendali Makanan

Membantu pengendali makanan mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi dan

memberi panduan kepada pengendali-pengendali makanan agar sentiasa mengamalkan amalan

penyediaan makanan secara bersih dan selamat. Selain itu, dapat memotivasikan pengendali

makanan supaya memperbaiki dan meningkatkan usaha dan mutu dalam perkhidmatan mereka

mengikut etika yang sebenar.

Page 28: TAHAP PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG ... PENGETAHUAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PENGENDALI MAKANAN DALAM MENGENDALIKAN MAKANAN SECARA BERSIH DAN SELAMAT MAZHAFIZNI BINTI MAT ZIN

1.6.2 Mahasiswa

Menyedarkan mahasiswa bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan

dan makanan yang bersih dan selamat bagi menjamin kesihatan diri dan kualiti hidup yang lebih

baik.

1.6.3 Pihak Universiti

Membantu pihak universiti memantau setiap cafeteria yang ada di dalam UTM Skudai

supaya sentiasa mengamalkan amalan kebersihan dan keselamatan dalam pengendalian

makanan. Di samping itu juga dapat membantu pihak university mengambil tindakan tegas

kepada mana-mana pihak kafetaria yang tidak mengaplikasikan amalan keselamatan dengan

memberhentikan tender terhadap kafeteria tersebut.