hak pesakit & keluarga farmasi

Upload: ummuawisy

Post on 12-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

patients and family right

TRANSCRIPT

Polisi Hak Pesakit & Keluarga

HAK-HAK PESAKIT DI UNIT FARMASI

Pesakit kurang upaya, kanak-kanak yang berumur kurang daripada 1 tahun, wanita mengandung dan warga emas akan diberi keutamaan untuk mendapatkan bekalan ubat di farmasi.

Pesakit akan diberikan ubat mengikut konsep 5B : Ubat yang betul, pada masa yang betul kepada pesakit yang betul, dengan dos dan cara pengambilan yang betul.

Setiap pesakit akan diberi kaunseling ubat-ubatan sekurang-kurangnya sekali sepanjang mendapat perkhidmatan di unit farmasi.

Pesakit mempunyai hak untuk bertanya kepada setiap Pegawai Farmasi semua masalah berkaitan terapi pengubatan dan ubat-ubatan.

Pesakit yang mendapat bekalan susulan secara temujanji mempunyai hak untuk memilih system tambah nilai yang disediakan seperti Kad Temujanji, Telefon dan Ambil dan SMS dan Ambil.

Pesakit atau keluarga boleh menyuarakan sebarang aduan, komen dan mencadangkan sebarang perubahan mengenai penjagaan, perkhidmatan atau berlaku diskriminasi mengenai perkhidmatan farmasi dan pesakit akan diberitahu mengenai tindakan yang diambil untuk menjamin kualiti perkhidmatan tidak akan terjejas pada masa akan datang. Ia boleh dilakukan secara bertulis atau menelefon terus kepada Pegawai Farmasi bertugas.

Pesakit bertanggungjawab keatas kesan sampingan yang didapati jika mereka tidak mengikut arahan dan rawatan yang diberi.

Pesakit haruslah menghormati anggota hospital, pesakit lain, ahli ahli keluarga dan harta benda Hospital Gua Musang.

Pesakit harus mengikuti peraturan peraturan hospital misalnya, tidak merokok di kawasan larangan merokok.

Pesakit haruslah mengikuti tarikh temujanji bekalan susulan yang diberi untuk mendapatkan ubat-ubatan, jika tidak dapat mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan, pesakit harus menelefon pihak farmasi hospital untuk mendapat tarikh temujanji bekalan susulan yang baru atau memaklumkan tarikh yang dipersetujui.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN, SILA BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI FARMASI BERTUGAS

TEL: 09-9133300 EXT 3368/ 3367