pengenalans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...u32, 7 orang pembantu farmasi...

21
Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor 1 1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Jabatan 1.1.1 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor Blok Utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mula ditubuhkan sekitar tahun 1900 dengan menggunakan nama Dispensary Kerajaan Muar di lokasi asalnya di Jalan Petri, Muar. Kemudian ia ditukar nama kepada Hospital Daerah Muar dan berpindah ke Jalan Salleh (lokasi sekarang) pada tahun 1918. Nama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar mula digunakan pada 13 Okt 2003 dimana ianya telah dirasmikan oleh DYMM Sultanah Hjh Zanariah Binti Tengku Ahmad, Sultanah Johor. HPSF merupakan hospital ketiga terbesar di Negeri Johor dan menerima rujukan daripada hospital-hospital lain di bahagian utara Johor iaitu Hospital Tangkak, Hospital Segamat dan Hospital Batu Pahat. HPSF turut menerima rujukan

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Jabatan

1.1.1 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Blok Utama

Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mula ditubuhkan sekitar tahun 1900

dengan menggunakan nama Dispensary Kerajaan Muar di lokasi asalnya di Jalan

Petri, Muar. Kemudian ia ditukar nama kepada Hospital Daerah Muar dan berpindah

ke Jalan Salleh (lokasi sekarang) pada tahun 1918. Nama Hospital Pakar Sultanah

Fatimah Muar mula digunakan pada 13 Okt 2003 dimana ianya telah dirasmikan

oleh DYMM Sultanah Hjh Zanariah Binti Tengku Ahmad, Sultanah Johor.

HPSF merupakan hospital ketiga terbesar di Negeri Johor dan menerima

rujukan daripada hospital-hospital lain di bahagian utara Johor iaitu Hospital

Tangkak, Hospital Segamat dan Hospital Batu Pahat. HPSF turut menerima rujukan

Page 2: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

2

daripada klinik-klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital swasta di sekitar Daerah

Muar termasuk Melaka.

HPSF mempunyai 26 Jabatan / Unit dan 20 wad dengan kapasiti 550 katil.

Klinik-klinik pakar yang terdapat di HPSF adalah klinik pakar perubatan,

pembedahan, oftalmologi, ENT, obstetrik & ginekologi, kulit, psikiatri, pediatrik,

ortopedik dan pergigian. HPSF diketuai oleh Pengarah Hospital Dr. Hj. Ahmad Pauzi

bin Abu.

1.1.2 Jabatan Farmasi Dan Bekalan

Kompleks Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi dan Bekalan diketuai oleh Pegawai Farmasi U52 Puan Fatimah bt.

Abdullah. Anggota terdiri daripada pelbagai kategori iaitu Pegawai Farmasi,

Pembantu Farmasi, Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pekerja

Rendah Awam. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang

Page 3: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

3

terpenting di HPSF. Beberapa unit di dalam Jabatan Farmasi & Bekalan adalah

seperti berikut:

- Unit Farmasi Klinik Pakar

- Unit Farmasi Bekalan Wad

- Unit Farmasi Pengeluaran Farmaseutikal

- Unit Farmasi Klinikal

- Unit Maklumat Ubat

- Unit Pengeluaran Steril

- Unit Farmakokinetik Klinikal

- Unit Perolehan dan Bekalan

1.1.3 Unit Farmasi Klinik Pakar

Unit Farmasi Klinik Pakar

Unit Farmasi Klinik Pakar adalah unit yang bertanggungjawab membekalkan ubat

kepada pesakit daripada klinik-klinik pakar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan

(A&E), pesakit discaj daripada wad serta pesakit daripada fasiliti Kementerian

Page 4: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

4

Kesihatan yang lain melalui “Sistem Pendispensan Ubatan Bersepadu (SPUB)”.

Unit ini dianggotai oleh 2 orang Pegawai Farmasi U41, seorang Pembantu Farmasi

U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan

Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di Farmasi Klinik Pakar pada hari

bekerja adalah sekitar 750 hingga 1000 orang pesakit sehari.

Pesakit yang dilayan di Farmasi Klinik Pakar adalah merupakan:

1) Pesakit daripada klinik-klinik pakar

Pesakit yang datang mengambil ubat setelah berjumpa Pakar / Pegawai

Perubatan melalui temujanji di klinik-klinik pakar seperti perubatan, pembedahan,

ortopedik, ENT, oftalmologi, psikiatri, pediatrik, O&G dan dermatologi.

2) Pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan

Pesakit yang diberi bekalan separa dan perlu datang ke farmasi untuk

mengambil baki bekalan ubat mereka.

3) Pesakit Discaj

Pesakit yang discaj daripada wad-wad HPSF setelah selesai menerima rawatan

di wad.

4) Pesakit daripada Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E)

Pesakit yang mendapatkan rawatan kecemasan tanpa temujanji.

5) Pesakit yang menggunakan Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)

Page 5: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

5

Pesakit daripada fasiliti KKM lain yang telah membuat permohonan untuk

mengambil bekalan ubat ulangan di fasiliti yang berdekatan dengan tempat

tinggal mereka.

Farmasi adalah merupakan destinasi terakhir bagi pesakit dalam menerima

rawatan, maka seharusnya persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan dan tahap

profesionalisma yang tinggi perlu dipamerkan. Masa menunggu adalah menjadi kayu

ukur pelanggan ke atas kualiti perkhidmatan, banyak aduan diterima berkaitan

dengan masa menunggu yang lama. Lantas tercetuslah idea menghasilkan satu

inovasi bagi mengatasi masalah ini.

2.0 INOVASI “SMS & AMBIL”

2.1 Pengenalan/ Latar Belakang Projek Inovasi

Masalah masa menunggu di farmasi hospital-hospital kerajaan merupakan masalah

yang sukar dielakkan terutamanya semasa waktu puncak. Ini berikutan anggota

yang terhad serta bilangan pesakit yang sentiasa bertambah setiap tahun. Piagam

Pelanggan di Farmasi Klinik Pakar menjanjikan 90% pesakit mendapat bekalan ubat

dalam masa 30 minit, manakala selebihnya dalam masa 30 – 60 minit.

Bertitik tolak daripada pelaksanaan Inovasi “SMS & Ambil”, masa menunggu pesakit

yang menggunakan perkhidmatan ini dapat dikurangkan kepada tidak sampai 5 minit

dan secara tidak langsung masa menunggu pesakit lain yang mengambil bekalan

ubat pertama dapat dikurangkan.

Page 6: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

6

Projek Inovasi “SMS & Ambil” ini diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan yang

diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik. Ianya adalah merupakan

kesinambungan daripada projek inovasi yang terdahulu iaitu “Computerised

Dispensing System (CDS)” yang dihasilkan oleh anggota Jabatan Farmasi dan

Bekalan HPSF sendiri.

“SMS & Ambil” adalah suatu perkhidmatan yang disediakan kepada pesakit

yang mengambil bekalan ubatan ulangan di Farmasi Klinik Pakar, HPSF. Pesakit

dalam kategori tersebut boleh mengambil bekalan ubat ulangan tanpa menunggu

lama di Farmasi Klinik Pakar dengan

cara SMS / telefon / fax / email butiran

pesakit (nama & nombor kad

pengenalan sahaja) sebelum datang

mengambil bekalan ubat. Ubat-ubat

akan disediakan dan disimpan di

tempat yang dikhaskan.

Apabila pesakit datang ke farmasi

untuk mengambil bekalan ubat, mereka

perlu terus ke kaunter khas tanpa

mengambil nombor giliran, dan ubat

akan dibekalkan kepada mereka serta

merta.

Inovasi ini merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Jabatan

Farmasi hospital-hospital kerajaan di Malaysia dan telah diseragamkan di semua

hospital-hospital serta klinik-klinik kesihatan utama di Negeri Johor mulai 1 Januari

2008.

Bunting Perkhidmatan “SMS & Ambil”

Page 7: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

7

2.2 Objektif Inovasi

Objektif Khusus

a. Mengurangkan masa menunggu pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan

di Farmasi Klinik Pakar.

Objektif Umum

a. Mengurangkan masa menunggu semua pesakit di Farmasi Klinik Pakar

b. Mengurangkan beban kerja anggota di Farmasi Klinik Pakar semasa waktu

puncak

c. Memenuhi Piagam Pelanggan Farmasi Klinik Pakar

Ahli Kumpulan Projek Inovasi “SMS & Ambil”

a. Dr. Hj. Ahmad Pauzi b. Abu - Penaung / Ketua Agensi

b. Pn. Fatimah bt. Abdullah - Penasihat

c. Pn. Hjh. Kamaliah bt. Md. Saman - Fasilitator

d. En. Mohamad Azhar b. Bahauddin - Ketua Kumpulan

e. Tn. Hj. Ahmad Shamsi Abd. Kadir - Setiausaha

f. En. Ahmad Hanafiah b. Haron - AJK

g. Pn. Najwar Mohamed - AJK

Page 8: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

8

2.3 Implikasi Kewangan

Peralatan utama dan kos untuk menjayakan pelaksanaan inovasi :

Jadual 1: Peralatan/kelengkapan serta kos yang diperlukan untuk memulakan

Perkhidmatan “SMS & Ambil”

*program ini dibangunkan sendiri oleh anggota Farmasi HPSF

2.4 Proses Pelaksanaan (kronologi)

2.4.1 Pelaksanaan Inovasi

a. Projek Perintis

o Projek dijalankan secara percubaan di Unit Farmasi Klinik Pakar pada Februari

2006

o Hanya melibatkan pesanan melalui SMS, telefon dan faks

o Pesakit dimaklumkan melalui flyers yang diberikan kepada mereka

2.4.2. Pelaksanaan projek sepenuhnya

o Pada bulan Jun 2006, pelaksanaan projek sepenuhnya telah dilakukan dengan

promosi yang lebih meluas melibatkan penyediaan poster, pamplet, bunting

diletakkan di Farmasi Klinik Pakar serta beberapa klinik pakar di HPSF.

Perkara Harga(RM) x Unit Jumlah Harga

(RM)

Telefon Bimbit (untuk menerima SMS)

sekali sahaja

RM 300 x 1 RM 300

Bayaran bulanan untuk talian telefon SMS

RM 10 sebulan RM 120 setahun

Program khas untuk merekod data pesakit

Percuma* Percuma*

Page 9: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

9

o Memberikan nama “SMS & Ambil” kepada perkhidmatan ini untuk menarik

perhatian pelanggan.

o Mewujudkan kaunter khas (Kaunter Temujanji) untuk pelanggan “SMS &

Ambil”

o Mewujudkan prosedur kerja yang lebih teratur bagi pembekalan ubat melalui

Perkhidmatan “SMS & Ambil”

2.4.3. Perkembangan projek

o Ogos 2006: Perkhidmatan “SMS & Ambil” ini ditambah dengan penerimaan

pesanan melalui email berdasarkan cadangan daripada pesakit melalui peti

cadangan di farmasi.

o Jun 2007: Unit Farmasi Klinik Pakar juga melaksanakan Perkhidmatan

Kaunseling melalui SMS dan telefon (Telekaunseling) dengan menggunakan

talian “SMS & Ambil”

o September 2007: Projek Inovasi “SMS & Ambil” memenangi Pertandingan

Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan 2007

di Hotel Bayview, Melaka

o Disember 2007: Diberikan 1 booth untuk Inovasi “SMS & Ambil” pada Hari

Kualiti KKM 2007 di Hotel Legend, Kuala Lumpur serta mendapat pujian

daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Y.B. Dato‟ Dr. Abd. Latif beserta

pegawai-pegawai kanan KKM.

o Disember 2007: Dipersembahkan dalam mesyuarat bersama Pengarah

Kesihatan Negeri Johor bersama Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri

Johor dan Pengarah-Pengarah Hospital Negeri Johor di Pasir Gudang, Johor.

Page 10: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

10

o Januari 2008: Pengarah Kesihatan Negeri Johor mengarahkan Perkhidmatan

“SMS & Ambil” diseragam dan dilaksanakan di semua hospital di seluruh

Negeri Johor dengan mengekalkan nama “SMS & Ambil”.

o Januari 2008: Mendapat pengiktirafan khas daripada Pengarah HPSF Muar

pada Hari Ucapan Dasar Peringkat Hospital dengan Anugerah Khas

Pengarah.

o Mac 2008: Inovasi “SMS & Ambil” dibincangkan di dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja Amalan dan Pembangunan Farmasi KKM di Kuala

Terengganu sebagai langkah yang dapat mengurangkan masa menunggu di

farmasi dan diseragamkan bagi semua Bahagian Farmasi KKM.

o Mei 2008: Pesakit yang menggunakan Perkhidmatan “SMS & Ambil” boleh

mengambil bekalan ubat sehingga jam 10.00 malam setiap hari. Ini berikutan

Jabatan Farmasi HPSF memulakan perkhidmatan 24 jam di Farmasi Satelit.

o Jun 2008: Mendapat jemputan daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi,

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi memberikan taklimat berkenaan

perkhidmatan ini yang akan dilaksanakan di seluruh hospital Negeri Sabah.

o Julai 2008: Kemudahan Parking-Urus-Pergi (PUSPA) diberikan kepada

pengguna Perkhidmatan “SMS & Ambil” yang berminat menggunakannya.

2.4.4. Perancangan masa hadapan

o Menggunakan sistem penerimaan pesanan yang lebih canggih seperti sistem

autoreply kepada penghantar SMS dan sebagainya.

o Meluaskan promosi perkhidmatan melalui pelbagai media untuk menggalakkan

lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

Page 11: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

11

2.4.5 Proses kerja Perkhidmatan “SMS & Ambil”

a) Carta aliran: Proses penerimaan dan penyediaan pesanan

Pesakit SMS/telefon/faks/email nama & no kad pengenalan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh pesakit mengambil ubat ulangan

Bekalan ubat pesakit disediakan pada sebelah petang atau semasa ketiadaan/kurang pesakit di farmasi

Ubat yang telah disediakan disimpan di dalam laci-laci khas (berlabel)

Rekod butiran pesakit dan nombor laci ubat mereka disimpan di dalam Fail Rekod Panggilan SMS/Telefon/Faks/Email

b) Carta aliran: Proses pendispensan pesanan yang telah disediakan

Pesakit datang ke Farmasi Klinik Pakar dan terus ke Kaunter Temujanji (Kaunter 4)

Pesakit memaklumkan telah menggunakan Perkhidmatan SMS & Ambil serta menyerahkan preskripsi

Butiran pesakit disemak oleh anggota dan ambil ubat pesakit yang telah disediakan berdasarkan nombor laci seperti yang telah direkodkan

Ubat yang telah disediakan disemak berdasarkan preskripsi yang dibawa pesakit

Dispens ubat kepada pesakit

Rekod tarikh ubat diambil

Page 12: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

12

2.5 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan /

Agensi / Negara

2.5.1 Output a) Aliran proses kerja selepas inovasi

Rajah 1: Carta Proses Kerja Pembekalan Ubat Selepas Inovasi

Proses kerja ini telah dilaksanakan di luar waktu puncak sebelum pesakit

datang untuk mengambil bekalan ubat.

Seluruh prosedur ini telah dilaksanakan sebelum pesakit datang ke Farmasi Klinik Pakar melalui pesanan SMS / telefon / faks / email.

Pengisian Ubat

Tidak lengkap Saring Preskripsi dan beri nombor giliran

Terima Preskripsi

Rekod dan penyediaan label

Dispens ubat dan kaunseling jika perlu

Semakan semula bekalan ubat

Hubungi preskriber

Salah

Pesakit datang terus ke kaunter temujanji

prosedur ini tidak perlu dilalui lagi oleh pesakit yang mengambil ubat ulangan

Pesakit pulang

Page 13: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

13

b). Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar selepas inovasi

Rajah 2 : Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar mulai Januari 2005 – Februari 2006 (sebelum inovasi)

Rajah 3 : Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar dari Februari 2006 – Julai 2007 (selepas inovasi)

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Bulan

Pera

tus

<30 minit 30-60 minit >60 mint

<30 minit 61 72.1 78.9 70.6 62.6 61.7 63.3 76.9 71.4 79.7 88.6 96.7 91.7 95.9 89.9 95.2 96.5 92.2

30-60 minit 38.8 24.9 20.3 27 32.8 29.6 33.8 19.7 28.6 20.3 11.1 3.3 8.3 4.1 10.1 4.8 3.5 7.8

>60 mint 0.2 3 0.8 2.4 4.6 8.7 2.9 3.4 0 0 0.3 0 0 0 0 0 0 0

Feb

'06

Mac

'06

Apr

'06

Mei

'06

Jun

'06

Jul

'06

Ogos

'06

Sept

'06

Okt

'06

Nov

'06

Dis

'06

Jan

'07

Feb

'07

Mac

'07

Apr

'07

Mei

'07

Jun

'07

Jul

'07

81.5

61.2

8278.6

83.4

89.6 89.7

8185

66.5

62

71

75.6

61

18.5

23.8

17.5 18.5

13.810 9.8

1915

33 33.1

24 23.4

38.8

0 0 0.52.9 2.8

0.4 0.5 0 0 0.5

4.9 5

1 0.20

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Jan

'05

Feb

'05

Mac

'05

Apr

'05

Mei

'05

Jun

'05

Jul

'05

Ogos

'05

Sept

'05

Okt

'05

Nov

'05

Dis

'05

Jan

'06

Feb

'06

Bulan

Pe

ratu

s

<30 minit 30-60 minit >60 mint

Page 14: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

14

Rajah 4: Masa menunggu pesakit di Unit Farmasi Klinik Pakar dari Ogos 2007 – Julai 2008 (selepas inovasi)

Nota:

Didapati masa menunggu di Farmasi Klinik Pakar semakin baik sejak Perkhidmatan

“SMS & Ambil” diperkenalkan pada awal 2006. Terdapat penurunan dipertengahan

2006 akibat reshuffling pembantu farmasi, dan memerlukan masa untuk memahirkan

diri dengan kerja di Farmasi Klinik Pakar.

Januari 2007 merupakan pertama kali piagam pelanggan dapat dicapai sejak

penggunaan CDS di Farmasi Klinik Pakar iaitu sekitar Oktober 2004. Sejak itu, masa

menunggu di Farmasi Klinik Pakar dapat dikekalkan dengan baik berikutan pelbagai

usaha yang dijalankan untuk mengurangkan masa menunggu termasuklah

Perkhidmatan “SMS & Ambil”

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Bulan

Pera

tus

<30 minit 30-60 minit >60 minit

<30 minit 89.3 94.3 87.8 87.9 77.3 90 95.4 85.3 89.5 87.5 92.9 93.5

30-60 minit 10.7 15.6 12.2 12.1 22.7 9.6 4.6 14.7 10.5 12.5 7.1 6.5

>60 minit 0 0 0 0 0 0.4 0 0 0 0 0 0

Ogos '07 Sept '07 Okt '07 Nov '07 Dis '07 Jan '08 Feb '08 Mac '08 April '08 Mei '08 Jun '08 Jul '08

Page 15: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

15

Objektif kualiti tidak tercapai pada bulan Oktober – Disember 2007 kerana Pegawai

Farmasi Provisional (PRP) sesi 2006/07 tamat latihan dan digantikan dengan PRP

baru yang masih kurang kemahiran dan kecekapan. Pada bulan November 2007,

seorang Pembantu Farmasi U29 Unit Farmasi Klinik Pakar telah bersara, manakala

seorang lagi berpindah.

Pada sekitar bulan Mac-Mei 2008, 2 orang Pembantu Farmasi U29 cuti

bersalin dan memberi sedikit kesan kepada perkhidmatan Farmasi Klinik Pakar.

Namun begitu, secara keseluruhannya masa menunggu pesakit di Farmasi Klinik

Pakar adalah jauh lebih baik berbanding sebelum inovasi (rujuk Rajah 2).

Page 16: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

16

c) Proses Pendispensan Sebelum & Selepas Inovasi

SEBELUM SELEPAS

Penyaringan preskripsi & ambil nombor giliran

(15 saat)

Tidak perlu mengambil nombor giliran, terus serah preskrispsi di Kaunter Temujanji

(30 saat)

Rekod & cetak label (30 saat)

Telah disediakan terlebih dahulu

Pengisian ubat (45 saat)

Semak silang dan pelabelan (4.5 minit)

Dispens ubat kepada pesakit (1 minit)

Dispens ubat kepada pesakit (1 minit)

Kaunseling (jika perlu)

Kaunseling (jika perlu)

7 minit Jumlah masa keseluruhan

proses pendispensan 1.5 minit

Page 17: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

17

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Pesakit perlu beratur untuk mengambil nombor giliran

Pesakit tidak perlu lagi mengambil nombor giliran, terus ke Kaunter

Temujanji

Perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat

Tidak perlu lagi menunggu, bekalan ubat diperolehi serta merta

Tekanan bekerja yang tinggi semasa

waktu puncak

Kurang tekanan kerja semasa waktu puncak

Piagam Pelanggan tidak dapat

dipenuhi

Piagam Pelanggan dapat dipenuhi

Waktu untuk mengambil ubat

ulangan hanya sehingga jam 6.00 petang setiap hari

Pesakit boleh mengambil ubat yang telah dipesan sehingga jam 10.00 malam

setiap hari

Kesukaran mendapatkan tempat

letak kenderaan

Keistimewaan PUSPA telah memudahkan pesakit meletak kenderaan

2.5.2 Replicability

Pada bulan Januari 2008, Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah

mengarahkan Perkhidmatan “SMS & Ambil” diseragam dan dilaksanakan di

semua hospital di seluruh Negeri Johor dengan mengekalkan nama “SMS &

Ambil”.

Manakala pada Mac 2008, inovasi “SMS & Ambil” dibincangkan di dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Amalan dan Pembangunan Farmasi KKM di

Kuala Terengganu sebagai langkah yang dapat mengurangkan masa menunggu

di farmasi dan diseragamkan bagi semua Bahagian Farmasi KKM.

Page 18: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

18

Pada bulan November 2009, perkhidmatan SMS & Ambil telah dipilih sebagai

salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang dipantau di bawah bilangan

hospital dan klinik kesihatan yang menawarkan pilihan untuk mendapatkan ubat

bagi pesakit rawatan jangka panjang.

2.5.3 Penjimatan Masa

a. Masa menunggu pesakit

Masa menunggu pesakit terutamanya pesakit yang mengambil ubat

ulangan yang mengambil ubat dapat dijimatkan.

Bekalan ubat boleh diperolehi serta-merta tanpa menunggu lama

Pesakit tidak perlu lagi beratur mengambil nombor giliran.

b. Masa dalam penyediaan ubat ekstemporaneous

Ubat ekstemporaneous merupakan ubat dalam bentuk cecair yang perlu

dibuat/dibancuh sendiri oleh anggota farmasi dengan menggunakan

sediaan tablet/kapsul yang ada kerana tidak terdapat sediaan ubat

tersebut dalam bentuk larutan di farmasi/pasaran. Kebiasaanya ubat ini

adalah untuk kanak-kanak/bayi bagi rawatan penyakit jantung, sawan dan

sebagainya. Ubat ini perlu dibuat/dibekalkan setiap 2 minggu kerana faktor

stabiliti ubat.

Masa yang diperlukan untuk menyediakannya adalah agak lama kerana

tablet perlu dihancurkan terlebih dahulu sebelum dilarutkan untuk menjadi

larutan. Ianya boleh mencapai 5-10 minit bagi setiap sediaan bergantung

kepada kemahiran anggota.

Page 19: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

19

Jika pesakit menggunakan perkhidmatan “SMS & Ambil” ubat mereka

dapat disediakan lebih awal sebelum pesakit datang ke farmasi. Maka

mereka tidak perlu menunggu lama terutamanya jika perlu datang ke

farmasi setiap 2 minggu.

2.5.4 Peningkatan Produktiviti

Pesakit atau kaum keluarga pesakit yang perlu datang untuk mengambil

bekalan ubat pada setiap bulan / minggu tidak perlu mengambil cuti atau off

untuk pergi ke farmasi. Oleh kerana masa menunggu pengguna Perkhidmatan

“SMS & Ambil” adalah kurang 5 minit, maka pesakit atau ahli keluarga pesakit

boleh datang ke farmasi pada hari cuti umum, waktu rehat tengahari atau

selepas waktu kerja sehingga jam 10.00 malam. Ini secara tidak langsung

dapat meningkatkan produktiviti mereka.

2.5.5 Mesra Pelanggan

Satu kajian kepuasan pelanggan terhadap pesakit yang menggunakan

perkhidmatan “SMS & Ambil” telah dilaksanakan sepanjang bulan Februari –

April 2007. Data yang diperolehi menunjukkan 100% daripada responden telah

menggunakan perkhidmatan “SMS & Ambil” kerana tidak mahu menunggu

lama di farmasi, dan 100% responden juga berpendapat perkhidmatan ini

adalah amat baik dan memudahkan pesakit.

Ubat

dipreskrib

untuk tempoh

6 bulan

Page 20: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

20

2.6 Pengiktirafan Dalam / Luar Negara

o September 2007: Projek Inovasi “SMS & Ambil” memenangi Pertandingan

Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Peringkat Kebangsaan 2007

di Hotel Bayview, Melaka

o Disember 2007: Diberikan 1 booth untuk Inovasi “SMS & Ambil” pada Hari

Kualiti KKM 2007 di Hotel Legend, Kuala Lumpur serta mendapat pujian

daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Y.B. Dato‟ Dr. Abd. Latif beserta

pegawai-pegawai kanan KKM.

o Januari 2008: Mendapat pengiktirafan khas daripada Pengarah HPSF Muar

pada Hari Ucapan Dasar Peringkat Hospital dengan Anugerah Khas

Pengarah.

3.0 PENUTUP

Inovasi „SMS & Ambil” ini merupakan suatu perkhidmatan yang mudah

digunakan dan amat bermanfaat dalam mengurangkan masa menunggu pesakit di

Farmasi Klinik Pakar. Selain kos untuk memulakan projek yang rendah, kos untuk

pelanggan menggunakan perkhidmatan ini juga murah iaitu berdasarkan caj SMS,

telefon, email dan faks yang biasa sahaja tanpa kos tambahan.

Secara tidak langsung, perkhidmatan ini dapat mengurangkan beban kerja

anggota Farmasi Klinik Pakar pada waktu puncak sekiranya pesakit-pesakit yang

mengambil ubat ulangan menggunakan perkhidmatan ini. Statistik masa menunggu

membuktikan pencapaian yang memberangsangkan.

Sehingga kini semua hospital utama dan beberapa klinik kesihatan di Negeri

Johor telah melaksanakan Perkhidmatan “SMS & Ambil”. Di samping itu, jabatan

Page 21: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/25-perkhidmatan-farmasi...U32, 7 orang Pembantu Farmasi U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Jumlah pesakit yang dilayan di

Inovasi “SMS & Ambil” – Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor

21

farmasi di negeri-negeri lain menunjukkan minat untuk mempraktikkan perkhidmatan

ini melalui pelawaan dan jemputan mengadakan ceramah di tempat mereka.

Perkhidmatan yang baik sahaja tidak memadai jika tiada sokongan daripada

pihak pengurusan atasan. Sokongan daripada pihak Jabatan Farmasi, Pengarah

HPSF, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi Johor serta Pengarah

Kesihatan Negeri Johor sendiri telah memberikan semangat bagi pihak Farmasi

HPSF untuk melaksanakan serta menambahbaik perkhidmatan sediada. Apa yang

diharapkan ialah perkhidmatan ini dapat dikongsi bersama semua farmasi di seluruh

negara demi kemajuan perkhidmatan farmasi kearah pemodenan perkhidmatan

serta demi menjaga kepentingan dan kebajikan pelanggan (pesakit) sentiasa

terpelihara.