hak dan tanggung jawab kontraktor

Upload: ikan-otek

Post on 03-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    1/11

    KONTRAKTOR

    KONTRAKTOR

    PENGENALAN

    DEFINISI

    Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang

    bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh

    perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut

    kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang

    bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk

    lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

    Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor

    dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran

    daripada pihak majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai

    balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan

    persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak

    gunawan.

    Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan

    gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya

    perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak. Sepanjang prosespembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan asas yang menjadi

    rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor ataupun

    pihak-pihak lain yang terlibat.

    JENIS-JENIS KONTRAKTOR

    Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :

    Kontraktor utama (main contractor)

    Domestik subkontraktor (domestic subcontractor)

    Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

    Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan

    supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang

    telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis

    kontraktor tersebut telah diperuntukan syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan

    kerja serta kontrak yang telah ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    2/11

    telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara

    pihak kontraktor dan pihak gunawan.

    1. Kontraktor Utama (main contractor)

    Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam

    bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya

    sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor

    dan pihak gunawan atau majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek

    pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen

    kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada

    dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil

    subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

    2. Domestik kontraktor (domestic contractor)

    Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang

    melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan

    masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama

    iaitu :

    i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan

    membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja

    subkontrak.

    ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk

    tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan

    ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

    iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk

    melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa

    mahir dan kurang mahir.

    3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

    Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak

    gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran

    masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja

    mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan bangunan seperti :

    Sistem bekalan air

    Sistem hawa dingin

    Lif dan Eskulator

    Sistem pencegah kebakaran

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    3/11

    Sistem pemasangan elektrik

    HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR

    Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskankepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat

    kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor

    utama dan subkontraktor disamping kontrak utama.yang terbentuk antara

    kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang terbentuk antara pihak

    kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan

    semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat

    semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl

    mengambil pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika

    terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor.

    Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu

    mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri,

    tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort

    contohnya kacau ganggu, manakala statut pula ialah peruntukan atau akta-akta

    tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja

    1969.Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah kepunyaan

    kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut

    manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya

    hanya tertakluk kepada statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak

    PAM Fasal 18(1).

    Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan

    adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh

    semua pihak.

    HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR UTAMA

    Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab

    subkontraktor ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan

    hak-hak dan tangungjawab bagi pihak subkontraktor.

    HAK SUBKONTRAKTOR

    Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan

    kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak

    yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah:

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    4/11

    1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak

    Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja

    subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan

    peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan ialah kemudahan menggunakan

    kelengkapan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakalakemudahan pengurusan pula ialah berbentuk kemudahan untuk mendapatkan

    lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan

    sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk

    mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca

    dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak

    mendapat bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu

    diberi oleh kontraktor utama.

    Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku

    ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh

    mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walaubagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil tindakan dari segi kontrak

    kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya berlandaskan kepada

    perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas.

    2. Mendapatkan bayaran

    Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak

    yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :

    i. Bayaran interim

    ii. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak

    iii. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama

    Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang

    dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak

    menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah:

    i. Jumlah yang sewajarnya

    ii. Tempoh sesuatu pembayaran

    iii. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

    Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil.

    Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar

    satu tuntutan balik.

    Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas

    dalam Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    5/11

    Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah:

    i. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195

    ii. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975]

    iii. LIR 197

    3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

    Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang

    tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor

    utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun

    dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal

    membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak akan membuat

    pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada

    subkontraktor seperti masalah kewangan.

    Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat

    sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan

    pihak yang majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek

    pembinaan yang dijalankan.

    4. Mendapatkan Lanjutan Masa

    Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-

    sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan

    yang tidak berhenti yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak boleh

    dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktoryang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan kelewatan itu berpunca

    daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi

    dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-

    bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika

    berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam

    peruntukan kontrak utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

    Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak

    kepada subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi)

    dan (d)(i) manakala fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah

    dari pihak subkontraktor setelah mendapatkan lanjutan masa.

    Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater

    London Council (1982) 20 BLR 1

    TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    6/11

    Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah

    diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak

    antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah

    diperuntukan tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan

    kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak

    subkontraktor pula mereka harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehinggamemuaskan hati pihak kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan

    dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus

    dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak

    memuaskan hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor

    adalah besar dalam menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa

    tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah :

    1. Pematuhan kepada nilai kuantiti

    Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan

    yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani olehsubkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah

    terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang

    ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah diperuntukan dengan jelas

    bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting Oleh yang

    demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan

    melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.

    2. Menjaga kepentinan awam

    Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat

    dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akanmenjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan

    harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini

    subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat kemudian pula perlu

    mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat terdahulu

    sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18)

    dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu

    mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM

    Fasal 20 juga telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran

    kerja sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang

    yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan

    serta kepentingan pihak awam.

    3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina

    Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu

    dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini

    dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina.

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    7/11

    Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk

    melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut

    perbelanjaan yang ditanggung. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh

    dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya

    subkontraktor lain.

    HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP SUBKONTRAKTOR

    HAK KONTRAKTOR UTAMA

    1. Memeriksa kerja subkontrak

    Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah

    dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masadiperlukan samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini

    adalah tertakluk kepada kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja.

    Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang digunakan. Walaupun

    demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan yang

    sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor

    gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu

    bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan

    dengan jelas dalam PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak

    sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor

    dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan.

    2. Menolak kerja subkontrak

    Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan

    yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh

    kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor

    utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor.

    Penolakan ini boleh didalam bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja

    subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh kontraktor utama ini akan

    menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak

    memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak

    dapat menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akanberkuatkuasa.

    3. .Menolak bayaran

    Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang

    perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan

    beberapa sebab seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    8/11

    menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya

    berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak majikan.Pada kebiasaannya hak

    menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang berupa wang

    tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off.

    Ini telah dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana

    ianya menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-offdigunakan. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai

    peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak

    menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada

    dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain yangg diambil oleh

    kontraktor utama.

    4. Mengambil subkontraktor lain

    Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung

    oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran

    yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepadasubkontraktor yang pertama. Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa

    subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan kepentingan kontraktor

    utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain.

    Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika

    subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang

    terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.

    5. Menamatkan kontrak

    Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal

    menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi

    yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil

    contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang

    ditetapkan.

    TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA

    1. Menyelaras Subkontraktor

    Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semuasubkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan

    perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.

    2. Menyediakan kelengkapan kerja

    Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor

    terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    9/11

    mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama

    juga perlu menghubungkan subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal

    ini perlu dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja

    subkontrak yang talah dilaksanakan.

    3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor

    Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan

    subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah

    yang dihadapi jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin

    kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir.

    4. Mengawasi Kerja subkontrak

    Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang

    dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan

    dengan itu kontraktor utama perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan

    subkonraktor mendapatkan maklumat yang sepatutnyaHAK

    DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN

    1. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.

    Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak untuk

    mengambil pekerja yang komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik.

    Jika terdapat pekerja yang tidak memuaskan hati kontraktor atau yang

    menimbulkan masalah maka kontraktor berhak untuk memecat pekerja tersebuttetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu. Dalam PAM fasal (19)

    dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukan-peruntukan mengenai perkara ini.

    Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas kebajikan pekerjanya

    yang mana kontraktor perlu menginsurankan pekerjanya serta membayar caruman

    wang PERKESO. Selain dari itu kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja

    yang diambil bekerja adalah dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan

    supaya kerja yang dilaksanakan dapat memuaskan hati pihak majikan.

    Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk menjamin kedua-dua

    pihak dapat bekerjasama dan mendapat keuntungan atau balasan masing-masing

    yang setimpal deangan apa yang diberikan. Apabila kedua-dua pihak berpuas hati

    maka segala kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    2. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan

    Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab pihak-pihak utama

    sering dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali timbul. Walau

    bagiamanapun kedua-dua pihak yang telibat ini mempunyai hak dan

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    10/11

    tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak dan tanggungjawab

    kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai peranan dan hak yang

    sama pentingnya.

    Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau balasan

    daripada kerja majikan yang telah dilaksanakan. Selain dari itu kontraktor jugaberhak untuk mendapatkan insuran kontraktor boleh mendapatkan insuran kerja

    dari pihak majikan sekiranya mengikut PAM Fasal (20)(b)dan (c) yang mana

    memperuntukan bahawa kontraktor berhak mendapatkan insuran kerja yang

    diperuntukan kepadanya sekiranya pihak majikan menggunakan Fasal (20)(b) dan

    (c).

    Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah melaksanakan kerja yang

    diberikan dengan baik sehinga memuaskan hati majikan Ini tertakluk kepada PAM

    Fasal (1)(i) dan (ii). Selain dari itu pihak kontraktor juga perlu menginsurankan

    segala kerja majikan yang akan dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a)

    yang mana pihak majikan tidak mengambil sebarang insuran kerja. Oleh sebab ituadalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mengambil insuran tersebut.

    Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan hak untuk

    menyiasat dan meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum memasuki tender

    yang ditawarkan oleh majikan. Ini adalah untuk tidak menimbulkan segala masalah

    yang tidak dapat dielakkan keatas tanggungjawab masing-masing setelah

    perlaksanaan pembinaan ini dijalankan.

    3. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan perekabentuk.

    Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan

    dan beberapa ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak yang

    bertanggungjawab yang mana menterjemahkan idea yang disampaikan oleh pihak

    majikan atau gunawan kedalam bentuk lukisan kerja. Kemudian melalui lukisan-

    lukisan ini maka kontraktor akan membina dan menyiapkan kerja tersebut manjadi

    sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan perekabentuk ini juga akan

    berurusan dengan kumpulan pereka bentuk secara tidak angsun dan ini

    menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada hak dan tanggungjawab masing-

    masing.

    Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang jelas dan baik

    daripada pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka bentuk juga perlumemastikan lukisan kontrak adalah tidak bercanggah dengan dokumen kontrak.

    Walaupun percanggahan antara dokumen kontrak dengan lukisan ini ,jika berlaku

    tidak menyebabkan mana-mana pihak dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi

    tangunggjawab bersama untuk memastikan agar ianya tidak berlaku.

    Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa menjaditanggungjawab

    kontraktro untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi bukan menjadi tanggungjawab

  • 7/28/2019 Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

    11/11

    kontraktor untuk menyemak kesilapan tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada

    kes London Borough of Merton V Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51.

    Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan yang akan

    berlaku dan wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

    HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

    Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang mana ianya

    merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep

    serah hak. Konsep serah hak adalah satu konsep dimana hak pihak tertentu

    diserahkan kepada satu pihak lain untuk menguruskannya. Jadi bagi pihak

    kontraktor hak atau balasan yang diperolehi daripada majikan telah diserah hakkan

    kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan untuk melaksanakan kerja

    majikan. Dalam PAM Fasal (17)(1) dan (2) telah diperuntukan berkenaan sub sewa

    atau serah hak ini.

    Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu bertanggungjawab untuk

    menjalankan kerja dengan baik dan memuaskan hati pihak kontraktor. Kontraktor

    juga perlu berurusan dengan pihak institusi kewangan secara baik dan perlu

    mendapatkan satu jaminan bank atau insurans. Jika seseorang kontraktor tidak

    banyak menimbulkan masalah dengan pihak bank maka ini akan menyenangkan

    lagi pihak bank dan juga pihak kontraktor turutamanya untuk berurusan degannya

    seterusnya kerana pihak institusi kewangan telah memberi kepercayaan kepada

    pihak kontraktor.