hadis

Upload: adi974

Post on 02-Mar-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

حديث

TRANSCRIPT

Bab 11 : PENGENALAN HADIS

hadis TINGKATAN 1

PENGERTIAN HADIS1. Hadis dari segi bahasa bererti baru, khabar atau berita.2. Dari segi istilah, hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifat yang disandarkan kepada baginda.HADIS SEBAGAI SUMBER HUKUM1. Para ulama telah bersepakat mengatakan hadis merupakan sumber rujukan kedua selepas Al-Quran.2. Hadis berperanan menghuraikan hokum di dalam A-Quran dengan lebih terperinciPERBEZAAN ANTARA HADIS DENGAN AL-QURANAL-QURANHADIS

a. Lafaz dan makna daripada Allah S.W.Ta. Lafaz dan makna daripada Nabi Muhammad S.A.W

b. Tidak boleh disentuh, dipegang, dibawa dan dibaca oleh orang yang berhadas besar.b. Boleh dibaca walaupaun dalam keadaan berhadas besar

c. Boleh dibaca dalam solatc. Tidak boleh dibaca dalam solat.

d. Mengandungi ayat dan surah yang tersusun.d. Tidak mengandungi sebarang ayat atau surah.

e. Mukjizat yang berkekalane. Hadis Nabi bukan mukjizat

f. Sumber hukum pertamaf. Sumber hukum kedua

PERBEZAAN ANTARA HADIS QUDSI DENGAN HADIS NABAWI1. Lafaz Hadis Qudsi datangnya daripada Rasulullah SAW dan maknanya adalah wahyu Allah SWT. Manakala hadis Nabawi lafaz dan maknanya datang daripada Rasulullah SAW sendiri.2. Hadis Qudsi diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dan disandarkan kepada Allah SWT. Hadis Nabawi pula segala-galanya disandarkan kepada Rasulullah SAW.3. Hadis Qudsi membicarakan tentang perkara berkaitan dengan Allah SWT dan kebesaran-Nya. manakala Hadis Nabawi membincangkan tentang hukum hakam, hala atau haram dan sebagainyaHADIS DARI SEGI AL-AQWAL, DAN AL-AFAL1. Hadis Al-Aqwal bermaksud hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui perkataan atau ucapan Nabi SAW.2. Hadis Al-Afal bermaksud hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui perbuatan Nabi SAWSYARAT-SYARAT PERAWI HADIS1. Perawi ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah SAW.2. Syarat-syarat perawi hadis ialah:a. Islam.d. berakalb. Baligh.e. adilc. Kuat hafazan3. Syarat-syarat ini bagi memastikan kesahihan hadis Rasulullah SAW..CARA MEMPERTAHANKAN HADIS DARIPADA PENYELEWENGAN1. Memahami maksud hadis dengan betul dan mengamalkan segala ajarannya dalam kehidupan.2. Memastikan setiap hadis yang diamalkan benar-benar sahih.3. Mempelajari ilmu mustolah hadis dengan lengkap dan mendalaminya bagi menghindarkan sebarang kekeliruan.4. Tidak terpengaruh dengan golongan anti hadis.5.

LATIHAN

1. Nyatakan pengertian hadis dari segi bahasa dan istilah

2. Apakah hukum mempercayai hadis?

3. Nyatakan tiga perbezaan antara Al-Quran dan Hadis

AL-QURANHADIS

i.

i.

ii.

ii.

iii.

iii.

4. Terangkan tiga perbezaan antara Hadis Qudsi dengan hadis Nabawi

HADIS QUDSIHADIS NABAWI

i.

i.

ii.

ii.

iii.

iii.

5. Tulis semula ayat di bawah dengan menggunakan tulisan Jawi

Hadis adalah sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran