guru tidak perlu buat kerja kerani mulai januari - maszlee · pendidikan stem kuala lumpur dinobat...

11
BPPDP BIL. (05) 2018, EDISI SEPT-OKT Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian. “Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini. “Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini. Impi zaman kegemilangan guru Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an. “Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani. Sumber : Berita Harian, 3 Oktober 2018 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee YB Dr Maszlee Malik DR MASZLEE berswafoto dengan tetamu pada Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat- lewatnya pada Januari depan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang. Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Upload: vuphuc

Post on 08-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

BPPDP BIL. (05) 2018, EDISI SEPT-OKT

Disember 2016

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Impi zaman kegemilangan guru

Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.

“Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.

Sumber : Berita Harian, 3 Oktober 2018

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee

YB Dr Maszlee Malik

DR MASZLEE berswafoto dengan tetamu pada Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC

Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan

daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari depan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

: Bernama, 18 Julai 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Page 2: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2

PENDIDIKAN STEM

Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan

SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Kemudian, National Science Foundation (NSF) meringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen. Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks. Dalam mendepani cabaran Industri 4.0, generasi muda khususnya perlu menguasai bidang STEM. Ini adalah bagi melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa hadapan yang menjadi teras dalam Industri 4.0. Dunia kini berdepan Industri 4.0 yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu lebih kompleks.

.

STEM juga mesti dilihat dari sudut positif untuk memudahkan kehidupan masyarakat. Pelbagai penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal budi yang juga teras ketamadunan bangsa.

Sumber: Harian Metro 8 Oktober 2018

Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku Dunia 2020 Dengan Slogan ‘KL Baca - Caring Through Reading’

UNESCO dalam kenyataan di laman webnya

berkata, keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengarahnya, Audrey Azoulay itu berdasarkan saranan Jawatankuasa Penasihat Kota Buku Dunia. “Ibu kota itu dipilih kerana fokus yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya.

“Dengan slogan KL Baca – Caring Through Reading, program menumpukan empat tema, iaitu membaca dalam semua bentuk, pembangunan infrastruktur industri buku, inklusif dan akses digital dan pemberdayaan kanak-kanak melalui membaca.

“Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah pembinaan kota buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca kepada pengguna tren, peningkatan perkhidmatan dan capaian digital oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk orang kurang upaya serta perkhidmatan digital baharu kepada 12 perpustakaan di kawasan perumahan kos rendah,” katanya di sini, semalam. Matlamat ibu kota itu adalah untuk memupuk budaya membaca dan inklusif - ‘Kota yang membaca ialah kota yang mengambil berat’ yang menekankan akses kepada buku di mana-mana sahaja.

Sebanyak 20 kota dinobatkan gelaran itu sejak 2001 dengan Kuala Lumpur mengikuti Sharjah pada 2019, dan Athens (2018). Pemenang sebelum ini termasuklah Madrid pada 2001; Iskandariah (2002); New Delhi (2003); Anvers (2004); Montreal (2005); Turin (2006); Bogota (2007); Amsterdam (2008); Beirut (2009); Ljubljana (2010); Buenos Aires (2011); Erevan (2012); Bangkok (2013); Port Harcourt (2014); Incheon (2015) dan Wroclaw (2016).

Permohonan oleh Kuala Lumpur diterima oleh Jawatankuasa Penasihat yang merangkumi perwakilan daripada Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA); Persekutuan Antarabangsa Persatuan Perpustakaan (IFLA) dan UNESCO.

Sumber: Berita Harian 19 Oktober 2018

Page 3: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3

Jangan jadikan UPSR

tekanan kepada murid

Kesatuan Guru Malaysia Barat (KGMMB) bersetuju dengan saranan Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu peperiksaan di peringkat persijilan berprestasi tinggi. UPSR adalah pengukur titik menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan matematik yang lebih cenderung kepada perkembangan murid khususnya di peringkat sekolah rendah.

Saranan KPM itu bertepatan kerana murid sekolah rendah perlu diberi peluang mengembangkan potensi diri masing-masing dengan ilmu yang diajar selama enam tahun tanpa tekanan melalui peperiksaan.

Semua pihak terutamanya guru perlu faham hasrat kementerian supaya tidak melakukan pelbagai program yang keterlaluan hingga memberi tekanan. Malah terdapat program memperlihatkan minda guru masih tidak berubah memberi tekanan kepada murid menghadapi UPSR.

Fokus utama KPM ke atas UPSR adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di peringkat rendah. Hasrat KPM supaya dapat mengembalikan zaman persekolahan yang menyeronokkan di fasa kanak-kanak.

Tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara holistik sesuai dengan keperluan tumbesaran kanak-kanak serta menyemai perasaan kasih sayang serta saling hormat menghormati di samping memberi pendidikan berkaitan sahsiah dan jati diri.

Pihak KPM menggunakan semua instrument sedia ada seperti Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentasiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), psikometrik selain keputusan UPSR bagi menentukan kemasukan dan pemilihan ke sekolah berasrama penuh atau sekolah harian cemerlang.

Langkah ini diambil bagi membolehkan pendidikan rendah yang dikenali sebagai fasa perkembangan murid dapat direalisasikan dan lebih memberi keseronokan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

Sumber: Bernama, 25 September 2018

Persidangan International

Future Scientists Conference

2018 (IFSC2018)URU

KITA

Persidangan International Future Scientists

Conference 2018 (IFSC2018), baru-baru ini, berjaya mengumpulkan penyelidik muda daripada beberapa sekolah cemerlang di negara ini, termasuk sebuah sekolah dari Jepun dalam mengetengahkan penyelidikan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Dengan bertemakan Memperkasakan Penyelidik Muda, bakal saintis berkenaan didedahkan dengan penerokaan, perbincangan dan pembentangan penyelidikan dalam bidang STEM. Persidangan itu boleh meningkatkan potensi penyelidikan dalam kalangan penyelidik muda membabitkan bakat, kreativiti dan idea cemerlang untuk meneroka bidang saintifik. Pelaksanaan seminar ini dapat memberikan pemahaman yang lebih baik, memperbaiki kemahiran pembentangan, komunikasi serta membina keyakinan mereka untuk cabaran masa hadapan dan mewujudkan rangkaian serta menyediakan platform untuk penyelidik muda bertukar idea, pengetahuan dan pengalaman, selain dapat mewujudkan peluang untuk bekerjasama dalam penyelidikan pada masa hadapan. Peserta seminar harus mengambil kesempatan untuk mencari pengetahuan daripada projek penyelidikan lain dan dapat mewujudkan rangkaian dalam kalangan rakan penyelidik generasi Z. Jangan takut untuk mencuba perkara yang berbeza dan sentiasa berusaha untuk membentangkan penemuan hasil penyelidikan yang diperoleh.

Sumber: Berita Harian, 20 September 2018

Page 4: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

MENANGGANI ISU SEMASA PENDIDIKAN

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4

Inisiatif Jamin Kebajikan Pelajar Perlu Panduan Jelas

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM akan memberi penekanan kepada lima strategi bagi

memperkasakan pembangunan modal insan di bawah hala tuju 2018-2020 Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Menterinya, Dr Maszlee Malik. BERNAMA melaporkan, lima strategi berkenaan ialah usaha meningkatkan kualiti pendidikan, mengutamakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berkualiti berbanding kuantiti, memperbaiki pendidikan untuk semua, memastikan industri berkemahiran yang berkaitan dan mempromosi sumbangan industri. “Kelima-lima strategi ini akan diberi fokus susulan pembentangan Laporan Kajian Separuh Penggal RMKE-11 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen pada 18 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. “Kesemua inisiatif yang telah digariskan akan dilaksanakan dengan tersusun bagi mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan dan harapan rakyat,” katanya. Maszlee berkata, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, akan mengetuai jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Oktober 2018

JKD Ditubuhkan Bagi Kaji

Dasar Pendidikan Negara

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan

pelantikan 13 anggota Jawatankuasa Kajian

Dasar Pendidikan Negara (JKD) bagi tempoh

enam bulan bermula bulan ini hingga April 2019.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata JKD

ditubuhkan sebagai badan bebas untuk mengkaji

dasar pendidikan negara selain Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

(pra sekolah hingga lepasan menengah) dan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-

2025 (pendidikan tinggi).

"JKD akan bekerjasama dengan Majlis Penasihat

Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk mengkaji

dasar pendidikan negara sebelum membuat syor

kepada Kementerian Pendidikan pada 30 April

2019.

"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan

Timbalan Naib Canselor INTI-UC Laureate

International Universities, Prof Emeritus Datuk Dr

Ibrahim Ahmad Bajunid," katanya.

Sumber : Berits Harian, 18 Oktober 2018

Page 5: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 31 Oktober2018

3. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN SEPT - OKT 2018

PERKARA SEPT OKT

Bilangan Pengguna 96 159

Pendaftaran Baharu 7 29

Rujukan Tesis 286 210

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

20172017 5

1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR

BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES,

THE STAR

JUMLAH (Sept –

Okt)

JUMLAH

KUMULATIF

SEHINGGA

31 Ogos

2018

JUMLAH 497 83,577

2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

(Sept – Okt)

BILANGAN

DIKATALOG

(Sept – Okt)

597 459

Sehingga tarikh 31 Oktober 2018, Repositori Pusat

Rujukan BPPDP telah mempunyai sebanyak Sistem

Pengurusan Perpustakaan Bersepadu berasaskan

web based dan mempunyai Modul Digital Content

untuk repositori bahan digital.

Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem

EKCMS menggunakan url:

http://librarykpm.moe.gov.my

Username: No. KP

Default Password : 123456

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN SEPTEMBER– OKTOBER 2018

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 2 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 5 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 2 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 1 isu

Untuk maklumat bahan rujukan

dan peminjaman koleksi, sila

layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY

KPM SEHINGGA 31 OKTOBER 2018:

52,403 orang

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 6: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6

iGuru sambut baik langkah kurangkan beban beg sekolah, aktiviti renang

iGuru menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan bagi 2019, terutama langkah mengurangkan beban beg sekolah dan aktiviti renang bagi murid sekolah.

iGuru menyokong hasrat dan inisiatif ini, terutama bagi mengelakkan murid membawa beban buku yang banyak ke sekolah.

Sekolah perlu menyediakan almari atau rak buku di setiap kelas untuk memudahkan murid menyimpan buku dan membawa pulang buku latihan dan buku teks untuk kerja rumah.

Pengurangan beban beg ini bukan bermakna subjek yang diajar itu dikurangkan waktu dan bilangannya, tetapi menjadikan subjek itu setiap hari dalam lingkungan tiga hingga empat subjek bagi setiap kelas dan mengambil kira keanjalan masa guru mengajar dan nisbah guru murid.

Risiko lemas

Bagi cadangan aktiviti berenang, iGuru menyokong langkah itu memandangkan murid terdedah kepada risiko lemas ketika mengikuti program di tepi pantai, laut, sungai dan air terjun.

Mereka juga terdedah kepada bahaya jika berlaku banjir dan sebagainya.Sukan renang amat baik untuk kesihatan dan latihan pernafasan. Renang dapat membantu meningkatkan oksigen ke otak, seterusnya menggerakkan seluruh anggota badan bergerak dan berfungsi yang baik untuk aliran darah dan kesihatan badan.

iGuru berharap kelab renang ditubuhkan di sekolah sebagai perintis kepada inisiatif itu, di samping menjadikan renang sebagai sukan semua orang, bukan hanya untuk golongan elit.

Kerjasama bolah dilakukan di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjadikan sukan renang sebagai sukan kebitaraan di sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA.

Sumber : Berita Harian, 23 Oktober 2018

Perkhidmatan Kaunter

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat

& Mesra Pengguna

Page 7: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7

HUBUNGAN DUA HALA

PUTRAJAYA: Finland menzahirkan komitmen untuk membantu Malaysia memperkasakan sistem pendidikan negara dengan menghantar pakar sektor pendidikan ke negara ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, komitmen itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Agensi Kebangsaan Pendidikan Finland, Olli-Pekka Heinonen dalam satu pertemuan dua hala semalam.

“Dalam pertemuan itu, Heinonen memberitahu sekiranya Malaysia tidak dapat menghantar pegawai disebabkan faktor kewangan dan sebagainya, Finland sedia menghantar pegawai mereka ke Malaysia.

“Malaysia berharap kerjasama yang membina ini akan membantu kita untuk mempelajari dengan mendalam pengalaman dan amalan terbaik Finland, sekali gus menggunakan pengalaman dan kepakaran mereka dalam meningkatkan piawaian sistem pendidikan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan Seminar Sistem Pendidikan Finland 2018 di kampus induknya di Gombak, semalam. Ia diadakan susulan perbincangan Maszlee dengan Duta Besar Finland ke Malaysia, Petri Puhakka yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau pada 13 Julai lalu.

Finland sedia bantu

perkasa sektor pendidikan

negara Dalam pada itu, Maszlee menyifatkan seminar itu sebagai satu pentas terbaik untuk tenaga pengajar di negara ini menjadikan pengalaman Finland sebagai contoh dan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, bermula pada tahun 2000, sistem pendidikan Finland mengalami peningkatan ketara melalui pencapaian dalam peperiksaan penilaian antarabangsa, sekali gus melayakkan Finland menduduki carta teratas dalam daya saing pendidikan dunia.

Menurutnya, peningkatan seperti itu patut dicontohi oleh Malaysia yang kini dalam hasrat untuk mengetengahkan pendidikan berkualiti tinggi dan menjadi negara antara tiga terbaik dalam penilaian antarabangsa seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) serta Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

“Seminar Sistem Pendidikan Finland ini adalah pentas yang sangat tepat untuk kita memperkasakan sistem pendidikan negara.

“Saya percaya pertukaran idea dan ilmu pendidikan antara Finland serta Malaysia akan menjadikan negara setanding dengan Finland dalam pelbagai cabang disiplin ilmu termasuk latihan untuk pengajar, guru serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan selain pertukaran idea bagi pemilihan alat bantuan mengajar,” katanya.

Sumber: Berita Harian 18 Oktober 2018

Page 8: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

REKA CIPTA MURID

Murid Hasil Alat Asing Makanan

MENYEDARI masalah yang sering dihadapi pengusaha kantin sekolahnya, tiga murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Lukut di Port Dickson mencipta produk mengasingkan bahan buangan dari sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah.

Ciptaan dikenali sebagai The Tong itu dihasilkan Nurdamia Kyra Saiful Azan, Suri Adani Mohd Khidzir dan Irdina Razlee masing-masing berusia 11 tahun dengan dibantu guru penasihat, Norazuraini Zakaria. Menurut Norzuraini dengan modal RM50 sahaja, produk berkenaan menggunakan barangan kitar semula seperti kotak dan tong sampah.

“Bagaimanapun, untuk penambahbaikan ciptaan inovasi ini, mereka membeli batang paip yang digunakan sebagai tiang dan kaki untuk menguatkan The Tong supaya berfungsi dengan baik.

“Apabila alat ini digunakan di kantin, ternyata ia membantu menjimatkan masa pekerja kantin untuk membersihkan pinggan yang sudah diasingkan daripada sisa makanan,” katanya ketika ditemui NSTP.

Katanya, produk ciptaan tiga rakan itu turut menyertai di Karnival STEM Peringkat Negeri acara Rekacipta dan Inovasi Sekolah Rendah di Kuala Pilah minggu lalu.

“Daripada segi alat ciptaan yang direka khas untuk mengasingkan sisa-sisa makanan bagi mengatasi masalah murid dan pekerja kantin sekolah, ia amat berjaya sehingga diberi markah tertinggi tetapi masalah penyampaian yang sedikit terganggu menyebabkan mereka mendapat tempat ketiga.

Ketua projek, Nurdamia Kyra berkata, dia dan dua rakan baiknya itu mendapat idea selepas melihat kesukaran pekerja kantin mengasingkan sisa makanan dan pinggan yang digunakan murid selepas makan.“Waktu rehat terlalu ramai murid makan di kantin dan kebanyakannya mereka makan tidak habis menyebabkan banyak pinggan dan sisa yang diletakkan ke dalam tong yang disediakan pengusaha kantin.

“Di sini kami bertiga dapat idea apa yang perlu dilakukan dan menyatakan keinginan kami untuk mencipta satu alat kepada Cikgu Nor. Beliau memberi galakan dan menyokong hasrat kami sehingga terciptalah The Tong,” katanya.

Sumber: myMetro 18 september 2018

Sumber : Berita Harian, 19 September 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8

INFO PERISTIWA

SEMINAR KEJURULATIHAN

SUKAN 2018

19-21 OKTOBER 2018

HARI INOVASI KPM 2018

26 OKTOBER 2018

Page 9: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

NOTA

PERSIDANGAN PENYELIDIKAN

DAN INOVASI PENDIDIKAN

KEBANGSAAN INSTITUT

PENDIDIKAN GURU

TEO Nie Ching bersama Timbalan Rektor IPGM, Dr Rusmini Ku Ahmad (dua dari kiri), Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi IPGM, Dr Mohd Nasir Basar (dua dari kanan) menunjukkan jurnal yang dilancarkan ketika Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Ketiga 2018 di Dewan Seri Temenggong Ibrahim IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie

Ching merasmikan Pembukaan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kali Ketiga (PPIPK) 2018 di Dewan Seri Temenggong Ibrahim, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru.

Program tahunan itu menjadi satu pentas perkongsian ilmu mengenai penemuan baharu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini.

Program disertai 400 peserta sejajar dengan transformasi IPG terutama dalam memperkasakan bidang penyelidikan pendidikan.

Sumber : Utusan Malaysia, 12 September 2018

KEBAJIKAN GURU KAWASAN

KRITIKAL

Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan

pemberian elaun khas kepada guru yang mengajar di kawasan kritikal terutama di bandar besar termasuk Johor Bahru, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, berkata cadangan itu antara mekanisma difikirkan kementerian bagi mengatasi isu kekurangan guru berpunca kos sara hidup yang tinggi.

"Kita (kementerian) mempertimbangkan untuk memberikan elaun guru (bagi menyelesaikan isu kekurangan guru).

"Kami dapati punca utama kekurangan guru kerana mereka tidak berminat datang ke sini (mengajar) kerana kos hidup agak tinggi (di bandar besar seperti

Johor Bahru)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah kekurangan guru semakin meruncing di bandar utama negara, terutama di Johor dan Selangor berikutan ramai guru dalam perkhidmatan memilih kembali ke tempat asal untuk bertugas.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sebelum ini berkata kos sara hidup tinggi di bandar besar dikenal pasti antara punca menyebabkan ramai guru kembali ke kampung halaman untuk mengajar.

Nie Ching berkata, cadangan memberikan elaun khas guru itu diterima kementerian menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menangani masalah itu.

"Jadi salah satu cadangan yang diterima kementerian adalah memberikan elaun khas untuk guru yang mengajar di kawasan spesifik.

"Bagaimanapun ia masih di peringkat cadangan dan pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya ia sudah dimuktamadkan," katanya. Menyentuh penempatan guru di Sabah dan Sarawak, Nie Ching berkata, polisi kementerian menetapkan 90 peratus guru mengajar dari kedua-dua negeri itu.

Sumber : Utusan Malaysia, 12 September 2018

Sumber : Bernama, 26 Julai 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9

Page 10: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

Guru jadi contoh transformasi PAK-21

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

10

Transformasi Pendidikan

Ismail (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Amanda Khan pada Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan dan Tokoh Nilam peringkat WPKL di Kuala Lumpur

Transformasi pendidikan pada peringkat sekolah perlu bermula daripada tenaga pengajar yang menjadi suri teladan kepada pelajar pada masa ini.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Ismail Musa, berkata transformasi itu termasuklah pengurusan bilik guru ke arah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).

Beliau berkata, guru tidak seharusnya hanya memfokuskan aspek kelas PAK-21 untuk pelajar sehingga terlupa akan ruangan sendiri di bilik guru menyebabkan pelajar tidak bersungguh-sungguh membuat perubahan.

“Perubahan dalam diri pelajar adalah bermula daripada guru di sekolah, justeru jadikan pembaharuan positif ini sebagai contoh terbaik kepada pelajar seterusnya mewujudkan suasana kondusif di setiap sudut sekolah termasuklah bilik guru dan Pusat Sumber Abad ke -21,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan dan Tokoh Nilam peringkat WPKL di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah BTP WPKL, Zainuddin Othman; Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Asiah Husin; Timbalan Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, Radzita Radzi dan Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM, Dr Suhaimi Kadir.

Sebanyak 28 kategori dipertandingkan termasuk Tokoh Nilam Sekolah Rendah dan Menengah bagi Bahasa Melayu serta Inggeris. Sementara itu, Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Sentul 1, Siti Fatimatuzzahro Saiful Bahari muncul Johan Tokoh Nilam peringkat WPKL bagi kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah, manakala Amanda Khan Nazim Khan (SK Bukit Damansara) Tokoh Nilam Bahasa Inggeris.

Bagi kategori sekolah menengah pula dimenangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Muhammad Aqil Aiman Putra Zainul Putra (Bahasa Melayu) dan Laura Gayathri Muniandy (Bahasa Inggeris).

Kesemua pemenang akan mewakili WPKL untuk ke Pertandingan Tokoh Nilam peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung tahun hadapan.

Mengenai Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilaksanakan di sekolah seluruh negara, beliau berkata, penilaian itu adalah amalan terbaik bagi pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, penarafan SSQS 2017 di semua sekolah di WPKL mencapai taraf pembestarian sekurang-kurangnya tahap tiga bintang. “Daripada sejumlah 298 sekolah dinilai, sebanyak 37 sekolah mendapat lima bintang, 218 sekolah (empat bintang) dan 43 sekolah (tiga bintang). “Bilangan sekolah yang mendapat lima bintang meningkat daripada 17 sekolah pada tahun 2016 kepada 37 sekolah (2017),” katanya.

Sumber : Berita Harian, 24 Oktober 2018

Page 11: Guru Tidak Perlu Buat Kerja Kerani Mulai Januari - Maszlee · PENDIDIKAN STEM Kuala Lumpur Dinobat Kota Buku P ... “Antara acara dan aktiviti yang dianjurkan ialah ... menentukan

41 pengetua cemerlang di

sekolah berprestasi rendah Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah ‘harapan’ di seluruh negara.

Mereka adalah kumpulan pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan (KPM) bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan sekolah selama tiga tahun.

Menurut kenyataan KPM, sepanjang tempoh itu mereka akan dibantu oleh pensyarah pembimbing daripada Institut Aminuddin Baki (IAB).

Program rintis yang membabitkan sembilan pengetua berprestasi cemerlang sudah memulakan khidmat mereka sejak tahun lalu.

Kesemua pengetua berprestasi cemerlang menerima Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada satu majlis di sini, hari ini.

Sambil menyifatkan pengetua cemerlang itu sebagai ‘hero anak bangsa’, Maszlee berkata, penempatan itu adalah amanah diberikan KPM kepada pemimpin sekolah untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah.

Maszlee berkata, penempatan pengetua berprestasi cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah mencabar di bawah program itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepemimpinan pengetua di sekolah terdahulu.

Katanya, penempatan itu juga adalah suatu kepercayaan iaitu amanah diberikan oleh KPM kepada pemimpin sekolah yang cemerlang dengan harapan tinggi supaya membawa perubahan lebih baik ke sekolah berprestasi rendah

Beliau berkata , jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malah lebih penting ialah kualiti kepemimpinan organisasi berkenaan.

Sumber : Berita Harian, 17 Oktober 2018

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11

Guru perlu kuasai pedagogi

KBAT

Penguasaan guru dalam pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang tepat menjadi elemen penting bagi menjayakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata elemen berkenaan menjadi pemangkin kepada transformasi sekolah, selain dapat meningkatkan pelbagai kemahiran murid.

Beliau berkata, perkara itu menjadi asas kepada pembelajaran bermakna yang merujuk kepada keupayaan murid dalam mengaitkan pengalaman dengan pembelajaran masa kini, seterusnya merancang masa depan.

“Pendekatan itu berupaya mengubah suasana dalam bilik darjah menjadi menarik dan kondusif sekali gus mewujudkan perkongsian ilmu dan pengalaman pembelajaran lebih dinamik,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Kebangsaan kali ke-2 Program TS25 2018, di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Aminudin Adam.

Pada majlis itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr Shariffah Sebran Jamila Syed Imam turut menyerahkan resolusi konvensyen yang bertemakan Transformasi Sekolah 2025 Memacu Kemenjadian Murid itu kepada Aminudin.

Terdapat tiga elemen utama yang digariskan dalam resolusi konvensyen berkenaan iaitu melahirkan pemimpin berkesan, guru berkualiti dan kemenjadian murid.

Sementara itu, Aminudin berkata, pembabitan ibu bapa dan komuniti turut menjadi elemen penting kerana penyediaan pendidikan berkualiti adalah tanggungjawab bersama semua pihak. Katanya, pendidikan awal bermula di rumah, diberi penekanan di sekolah dan pengukuhan amalannya kembali ke rumah.

Sumber : Berita Harian, 3 Oktober 2018