ian, loh dinobat olahragawan, olahragawati wilayah persekutuan€¦ · putrajaya: atlet renang, ian...

11
Ian, Loh dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA: Atlet renang, Ian James Barr dan atlet terjun, Loh Zhiayi, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2013/2014 di sini, malam semalam yang bertempat di PICC Putrajaya. Kedua-dua atlet negara itu menerima trofi dan cek bernilai RM5,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ian, 20, cemerlang dengan kejayaan meraih dua pingat emas dalam acara 50m kuak lentang dan 200m rampaian individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014. Beliau juga meraih dua emas dalam acara 400m rampaian individu lelaki dan 200m rampaian pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 serta tiga pingat emas iaitu 200m kuak dada, 4x100m rampaian individu dan 200m rampaian individu pada Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN 2013. Loh pula cemerlang dengan pencapaian pingat emas 10m platform wanita di Sukan SEA Myanmar 2013. Beliau turut meraih emas acara yang sama ketika beraksi di Festival Olimpik Belia di Sydney pada 2013. Berikut senarai pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014: Olahragawan: Ian James Bar (Renang) Olahragawati: Loh Zhiayi (Terjun) Olahragawan Harapan: Muhammad Danial Mohd Azri (Taekwondo) Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun) Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton) Olahragawati Paralimpik: Siti Eleeni Ibrahim (Boling Padang) Pasukan Lelaki Terbaik: Pasukan Sepak Takraw Pasukan Wanita Terbaik: Pasukan Gimrama A Jurulatih Terbaik: Phua Chen Hong (Taekwondo) Pegawai Sukan Terbaik: Mae Chen (Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur) Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) .

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ian, Loh dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah

Persekutuan

PUTRAJAYA: Atlet renang, Ian James Barr dan atlet terjun, Loh Zhiayi, masing-masing

dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2013/2014 di sini,

malam semalam yang bertempat di PICC Putrajaya. Kedua-dua atlet negara itu menerima

trofi dan cek bernilai RM5,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah

Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan di Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya.

Ian, 20, cemerlang dengan kejayaan meraih dua pingat emas dalam acara 50m kuak lentang

dan 200m rampaian individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014. Beliau juga

meraih dua emas dalam acara 400m rampaian individu lelaki dan 200m rampaian pada

Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 serta tiga pingat emas iaitu 200m kuak dada, 4x100m

rampaian individu dan 200m rampaian individu pada Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN

2013.

Loh pula cemerlang dengan pencapaian pingat emas 10m platform wanita di Sukan SEA

Myanmar 2013. Beliau turut meraih emas acara yang sama ketika beraksi di Festival Olimpik

Belia di Sydney pada 2013.

Berikut senarai pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014:

Olahragawan: Ian James Bar (Renang)

Olahragawati: Loh Zhiayi (Terjun)

Olahragawan Harapan: Muhammad Danial Mohd Azri (Taekwondo)

Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)

Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton)

Olahragawati Paralimpik: Siti Eleeni Ibrahim (Boling Padang)

Pasukan Lelaki Terbaik: Pasukan Sepak Takraw

Pasukan Wanita Terbaik: Pasukan Gimrama A

Jurulatih Terbaik: Phua Chen Hong (Taekwondo)

Pegawai Sukan Terbaik: Mae Chen (Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur)

Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan Sepak Takraw Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur) .

Pemenang Anugerah Emas :- Wakil Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan

Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) .

Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton)

Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)