1,000 kemasukan khas untuk pelajar cina b40 ke program ... · matrikulasi yb dr maszlee malik ......

17
BPPDP BIL. (03) 2018, EDISI MEI-JUN MEMBAWA 4 IDEA BAHARU Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan kreatif. Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada semua termasuk golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar. Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan. Studying should be fun! Pengajaran dan pembelajaran baru yang lebih seronok dan mengembirakan. Sumber: Utusan Malaysia, 19 Mei 2018 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik Kerajaan mengumumkan penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bumiputera daripada kaum Cina yang tergolong dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penawaran khas itu melibatkan penambahan sebanyak 1,000 kemasukan bagi sesi 2018/2019 dan sehingga kini terdapat sebanyak 89,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera. Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik selain mereka yang mempunyai keperluan untuk dibantu berdasarkan tahap sosioekonomi masing-masing. Penambahan 1,000 tempat kepada pelajar bukan bumiputera yang terdiri daripada kaum Cina ini adalah tambahan khas dan tidak menjejaskan langsung kedudukan, kemasukan serta hak pelajar bumiputera yang sedia ada selama ini. Sumber: Utusan Malaysia, 28 Jun 2018 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Upload: ngonhi

Post on 06-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

BPPDP BIL. (03) 2018, EDISI MEI-JUN

Disember 2016

MEMBAWA 4 IDEA BAHARU

Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan kreatif.

Pendidikan berkualiti akan diberikan kepada semua termasuk golongan kurang berkemampuan di bandar dan luar bandar.

Beban guru akan dikurangkan dengan adanya sokongan pembantu pengajar dan kelas yang akan dikecilkan.

Studying should be fun! Pengajaran dan pembelajaran baru yang lebih seronok dan mengembirakan. Sumber: Utusan Malaysia, 19 Mei 2018

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik

Kerajaan mengumumkan penawaran khas kemasukan ke

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bumiputera daripada kaum Cina yang tergolong dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penawaran khas itu melibatkan penambahan sebanyak 1,000 kemasukan bagi sesi 2018/2019 dan sehingga kini terdapat sebanyak 89,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera.

Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik selain mereka yang mempunyai keperluan untuk dibantu berdasarkan tahap sosioekonomi masing-masing.

Penambahan 1,000 tempat kepada pelajar bukan bumiputera yang terdiri daripada kaum Cina ini adalah tambahan khas dan tidak menjejaskan langsung kedudukan, kemasukan serta hak pelajar bumiputera yang sedia ada selama ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 28 Jun 2018

Artikel

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Page 2: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2

PERUTUSAN KSN

Salam Sejahtera,

Mei 2018 merupakan bulan yang penuh

bersejarah bagi Malaysia yang mana YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan warga Jabatan Perdana Menteri amat bertuah kerana dapat bertemu dan mendengar amanat YAB Perdana Menteri pada 21 Mei 2018.

Pada bulan ini juga bermulanya Ramadan bagi umat Islam seluruh dunia dan saya berharap kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, serta memberi sedekah dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menjadikan perkhidmatan awam Malaysia disegani dunia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

Sumber: Portal KPM

Transformasi

3 budaya dipopularkan di sekolah, universiti

YB Dr Maszlee Malik

Kementerian Pendidikan akan menerapkan

budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati di sekolah dan universiti.

Ia bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan positif. Dr Maszlee Malik, berkata tiga budaya itu akan disemai dan dipopularkan dalam kalangan mereka di bidang pendidikan, termasuk pensyarah, guru serta murid sekolah dan pelajar universiti, selain ibu bapa.

Yang pertama, kita perlu menyebarkan kebahagiaan. Rakyat hidup dalam suasana tertekan dan mempunyai kehidupan yang tertekan. Tekanan tidak elok untuk kesihatan, emosi dan pertumbuhan.

Perkara kedua ialah budaya kasih sayang. Ada masanya, masalah (atau isu sosial) berlaku berikutan kekurangan kasih sayang.

Budaya ketiga adalah hormat-menghormati. Kita perlu menghormati antara satu sama lain walaupun ada perbezaan bangsa, agama, negeri mahupun latar belakang.

Ini semua adalah tiga budaya yang akan diterapkan dalam kehidupan kita, dalam bilik darjah dan dewan kuliah. Kita tidak mahu manusia yang hanya hidup dengan mengikut buku semata-mata. Kita juga mahu menghasilkan graduan yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

Kita tidak mahu lagi mendengar mengenai kebencian atau prejudis terhadap bangsa, agama dan pihak lain. Kita mahu meraikan perbezaan dan perbezaan adalah kekuatan kita. Maszlee berkata, perkara itu tidak akan dipaksa kepada murid dan guru, sebaliknya mereka akan digalakkan untuk menjiwai ketiga-tiga budaya itu.

"Budaya itu bukanlah undang-undang, dasar atau pekeliling. Pada masa depan, kami akan cuba membuat draf program bagi menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Sumber : Berita Harian, 3 Jun 2018

Page 3: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3

Kaedah PdP menyeronokkan, lahir murid kuasai pelbagai bahasa

YB Dr Maszlee di Masjid al Huda Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

YB Dr Maszlee Malek

Kementerian Pendidikan berharap dapat

melahirkan lebih ramai murid yang mampu menguasai pelbagai bahasa, selain berasa seronok melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pada masa depan.

Dr Maszlee Malik, berkata ia susulan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu menekankan kepentingan berbahasa Inggeris selain penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.

Yang penting kita menekankan pembudayaan bahasa Inggeris dengan tidak mengetepikan bahasa Melayu dan menggalakkan bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa keperluan dunia di sekolah.

"Dalam tempoh lima tahun ini kita berharap dapat menghasilkan murid yang 'multilingual' dengan membudayakan pembelajaran secara suka dan seronok. Kita tidak mahu beban," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan barangan keperluan harian kepada 40 penerima terdiri daripada golongan asnaf termasuk fakir miskin di Masjid al Huda Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2018

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau sendiri bersama sektor berkenaan akan memastikan hasrat berkenaan mencapai matlamat menerusi pendekatan kebahagiaan, kasih sayang, hormat menghormati selain kerja kesukarelaan.

Kita akan galakkan banyak kerja kesukarelaan, tidak jadi dasar tetapi menjadi budaya. Kita mahu, pembelajaran kita berteraskan literasi dan saya sendiri akan cuba memastikan bersama sektor terbabit untuk membawa literasi seperti filem, dokumentari, kartun, untuk pembelajaran bahasa.

Pokoknya ialah hendak jadikan pembelajaran bahasa sesuatu yang menggembirakan. Kita hendak pelajar datang ke sekolah dengan gembira, mereka hendak datang sekolah, mereka tak mahu ponteng," katanya.

Beliau berharap menerusi pendekatan itu juga nanti dapat menghapuskan budaya curiga mencurigai, prejudis, dengki mendengki dan saling tidak percaya dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Tiga pokok utama dan harap sampai bila-bila, kita mahukan kebahagiaan, saling berkasih sayang antara murid dan guru, kaum, bangsa, agama, bandar dan luar bandar dan saling hormat menghormati.

"Perkara ini menjadi tonggak dasar dalam sesi P&P, menjadi budaya di sekolah, kita suka belajar bahasa kerana kita sayang satu sama lain dan saling menghormati,"

Sumber: Berita Harian, 25 Mei 2018

Artikel

Page 4: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

PERINGATAN YB MENTERI PENDIDIKAN

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4

Kata Kunci Kejayaan

“Pekerjaan hebat tidak dilakukan dengan kekuatan, tapi dengan ketekunan

dan kegigihan” (Samuel Johnson)

Amaran buat kakitangan Kementerian Pendidikan

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan

tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan melanggar undang-undang.

Dr Maszlee Malik, berkata, perkara itu membabitkan integriti kakitangan itu sendiri. Tiada siapa yang melebihi daripada undang-undang dan pentadbiran baharu akan memastikan tadbir urus yang baik.

"Justeru, jika ada sesiapa yang mencuri peluang atau menyalahgunakan kuasa mereka, kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Karnival Karangkraf 2018.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kes yang tersebar melalui laman sosial Facebook, baru-baru ini, membabitkan dakwaan seorang guru yang tidak berpuas hati dengan proses pertukaran guru.

Dr. Maszlee berkata, kementeriannya sudah membuat laporan di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya untuk membolehkan pihak polis menyiasat perkara berkenaan.

Guru itu mendakwa kakitangan yang terbabit dalam pertukaran itu meminta wang untuk membolehkan pemohon mendapat sekolah yang diminta.

Katanya, kementerian juga akan menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan itu.

Dr. Maszlee berkata, proses meluluskan permohonan pertukaran guru ke negeri yang dikehendaki membabitkan tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan; kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di mana-mana sekolah di negeri terbabit.

"Perkara lain yang akan dipertimbangkan, termasuk jika guru berkenaan mempunyai penyakit kronik, alasan keselamatan, untuk mengikut pasangan masing-masing, selain tempoh perkhidmatan di sesebuah sekolah.

"Kami menasihati guru untuk menghubungi kami jika mereka berhadapan isu terbabit dan bukan meluahkannya kepada pihak ketiga untuk mengelakkan penipuan dalam proses pertukaran," katanya.

Pada masa sama, Maszlee turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dalam bidang akademik yang melakukan plagiat atau menipu dalam kerja akademik masing-masing.

Kami akan memastikan semua pihak dalam sektor ini mematuhi undang-undang. Kami tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana salah laku dan plagiat.

"Mereka yang melakukan plagiat tidak akan terlepas. Kami mahu mereka mempunyai integriti dan berdisiplin," katanya.

Sumber : Berita Harian, 3 Jun 2018

Page 5: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 30 Jun 2018

3. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN MEI - JUN 2018

PERKARA MEI JUN

Bilangan Pengguna 103 62

Pendaftaran Baharu 4 7

Rujukan Tesis 161 143

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

20172017 5

1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR

BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES,

THE STAR

JUMLAH (Mei-

Jun)

JUMLAH

KUMULATIF

SEHINGGA

30 Jun 2018

JUMLAH 182 82,455

2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

143 376

Mulai 23 April 2018, Sektor Pusat Dokumentasi telah

menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan

Bersepadu berasaskan web based dan mempunyai

Modul Digital Content untuk repositori bahan digital.

Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem

EKCMS menggunakan url:

http://librarykpm.moe.gov.my

Username: No. KP

Default Password : 123456

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN MEI - JUN 2018

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 2 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 4 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 2 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 1 isu

Untuk maklumat bahan rujukan

dan peminjaman koleksi, sila

layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY

KPM SEHINGGA 30 JUN 2018 :

44,322 orang

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 6: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6

Bela nasib dan kebajikan kami – Guru

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Dr. Maszlee

Malik atas pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan yang

baharu. Sesungguhnya, pelantikan portfolio pendidikan ini sesuatu

yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat khususnya

warga pendidik.

Pendidikan adalah asas pembangunan dan kemajuan sesebuah

negara. Sejarah telah membuktikan bahawa runtuhnya sesebuah

tamadun adalah disebabkan kelalaian pemimpin yang tidak

memperkukuhkan generasi akan datang dengan mutu pendidikan

yang berkualiti.

Generasi muda seolah-olah dibentuk sebagai pengikut setia

pemimpin dan bukan sebagai pengikat antara pemimpin dan

rakyat yang dikuasai dengan ilmu. Sebab itulah portfolio

pendidikan ini sering mendapat perhatian masyarakat di mana-

mana negara.

Dalam kita mengalu-alukan kehadiran beliau, harapan warga

pendidik juga agak tinggi. Bebanan guru yang melampau telah

membawa keluar guru-guru daripada ‘core business’ mereka untuk

mengajar di dalam kelas kepada membuat kerja-kerja perkeranian.

Terlalu banyak fail yang perlu disiapkan oleh mereka.

Pengenalan kepada pelbagai dasar-dasar baharu juga telah

menjadikan guru menghabiskan lebih banyak masa di hadapan

komputer berbanding di hadapan murid. Semua kerja perlu

disiapkan dalam masa singkat. Tiada alasan boleh diterima. Walau

apa jua keadaan atau tekanan, guru tetap menyiapkan semua

tugasan atas dasar ‘saya yang menurut perintah’.

Sedihnya, tidak siapa yang melihat tekanan dihadapi oleh seorang

guru dalam mengejar masa menyiapkan segala kerja tersebut.

Untuk rekod, guru perlu membuat persediaan sebelum masuk ke

kelas, masuk ke kelas perlu mengambil peranan ahli magis

menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid,

mendidik anak muridnya, waktu lapang menanda buku,

menyiapkan fail-fail, selepas sekolah menghadiri pelbagai

mesyuarat, pulang ke rumah dengan begitu penat. Namun, tetap

pulang membawa kerja yang tak siap, di rumah bertukar peranan

sebagai ayah dan ibu, menjaga dan membantu keluarga,

membantu abak siapkan kerja rumah.

CIKGU SIVA @ CVA

Sumber : Utusan Malaysia, 7 Jun 2018

Perkhidmatan Kaunter

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra Pengguna

Page 7: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7

Informasi

SMK Seafield cipta hatrik Koir Antarabangsa

SMK Seafield, Subang Jaya melakukan hatrik menjuarai ‘Gold Diploma' Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLICC)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield,

Subang Jaya melakukan hatrik menjuarai Gold Diploma' Pertandingan Koir Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICC) kategori remaja. SMK Seafield mengungguli kategori itu sejak 2016.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), SMK Seafield yang mewakili Selangor menewaskan C-Breeze Choir dari Negeri Sembilan dan Kepong Shines, Kuala Lumpur pada pertandingan akhir.

Kejayaan itu membolehkan Sekolah Kluster Kecemerlangan itu membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM500; tempat kedua menerima `silver diploma' dan wang tunai RM300 serta ketiga `bronze diploma' dan wang tunai RM200.

Pasukan dari Indonesia, Medan Community Male Choir mengungguli kategori terbuka.

Turut mengambil bahagian adalah Sujatha Vidalaya Nugegoda Youth Choir dari Sri Lanka yang turut menampilkan peserta berbangsa Melayu Sri Lanka.

Sumber : Berita Harian, 18 Mei 2018

ISU SEMASA PENDIDIKAN

Amaran buat kakitangan Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan melanggar undang-undang. Ditegaskan oleh YB Menteri Pendidikan kerana ada dakwaan penyalahangunaan kuasa semasa proses pertukaran guru.

Kembalikan wibawa universiti awam – Dr Maszlee

3 budaya dipopularkan di sekolah, universiti

Guru Pendidikan Islam juara anugerah inovatif

110 murid manfaat kem motivasi UPSR

Kaedah PdP menyeronokkan, lahir murid kuasai pelbagai bahasa

Bela nasib, kebajikan kami – Guru Pelajar cenderung bekerja selepas

dibuang sekolah Hampir 40 peratus daripada 1,300 murid sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di Terengganu tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja walaupun pada usia muda.

Murid SJKT Masai harumkan nama

negara

Seramai 11 murid SJKT Masai muncul sebagai

pemenang tempat ketiga Pertandingan Drama

Bahasa Inggeris Antarabangsa di Hong Kong

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, 2018

Page 8: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

INOVASI PENDIDIKAN

2 sekolah wakil Malaysia ke pertandingan robotik

Murid SMK Putrajaya Presint 8(1) menjalani latihan sebagai persediaan menjelang pertandingan robotik World Adolescent Robot

Contest (WARC) 2018 di Guizhou, China

Malaysia akan diwakili dua pasukan dari Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor bagi pertandingan robotik World Adolescent Robot Contest (WARC) 2018 di Guizhou, China.

Dua pasukan itu pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan anjuran syarikat Sasbadi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, tahun lalu, sekali gus layak mewakili negara pada kejohanan berkenaan.

Kejohanan membabitkan penyertaan daripada 58 negara itu akan berlangsung bermula 19 hingga 26 Julai ini di Guizhou University terletak di Bandar Guiyang.

Guru SMK Putrajaya Presint 8(1), Rizawani Mustafa merangkap mentor pasukan sekolahnya berkata, ini adalah kali pertama pasukan dari sekolah berkenaan dijemput menyertai pertandingan robotik di peringkat antarabangsa.

"Pelajar yang mewakili sekolah kami akan menggunakan model EV3 Mindstorms jenama Lego berharga kira-kira RM2,900 pada pertandingan di China nanti.

Sumber : Berita Harian, 27 Mei 2018

Januari 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8

INFO PERISTIWA

_____________________________

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

16 MEI 2018

MAJLIS PERSARAAN

YBHG. DATUK SERI KSU,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

25 MEI 2018

___________________________

SELAMAT

MENYAMBUT

BULAN RAMADHAN

DAN HARI RAYA

AIDIL FITRI 15 JUN 2018

Ikhlas daripada

Warga BPPDP

Page 9: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

NOTA

Pengajaran subjek sains,

matematik dalam BM

tidak pernah gagal

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

menggesa kerajaan baharu Pakatan Harapan

(PH) supaya tidak melaksanakan pengajaran

subjek sains dan matematik dalam bahasa

Inggeris.

Gesaan ini juga bertujuan untuk melindungi

kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan di negara ini. Timbalan

Presidennya Kamal Shukri Abdullah Sani

berkata, penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dalam pembelajaran sains

dan matematik telah terbukti berjaya selama

lebih 30 tahun.

KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/pendidikan/ppsr-

perlukah-hentikan-pengasingan-murid-

1.639508#ixzz5BUq5cjSp

© Utusan Melayu (M) Bhd

APA PENDAPAT RAKYAT

Kerajaan perlu membezakan

kepentingan untuk menguasi

bahasa Inggeris dengan keperluan

memartabatkan bahasa Melayu

sebagai tunjang dan jati diri

masyarakat di negara ini.

Semua tamadun dunia dan sejarah membuktikan bahawa kemajuan dicapai melalui upaya bahasa sendiri yang dijulang oleh bangsanya, bukan dalam bahasa lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai satu pembaziran.

Kegagalan PPSMI telah terbukti dan akhirnya dibatalkan setelah berbilion perbelanjaannya tetapi kini diberi ‘wajah palsu’ yang baharu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nama ‘timangan’ Dual-Language Programme (DLP).

“Dasarnya sama iaitu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tetapi kononnya secara sukarela dan pilihan ibu bapa, bagaimana KPM boleh berlepas tangan jika berlaku sebarang masalah atau kegagalan,” soalnya.

Tambah beliau, usaha perubahan yang dilakukan oleh kerajaan diharapkan tidak mengenepikan asas jati diri dan citra terutama bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi.

Sumber : Utusan Malaysia, 21 Mei 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9

Page 10: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Kajian Penyelidikan Pendidikan

10

AMALAN PENGGUNAAN BAHAN

BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM

KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

(KBAT)

MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN

Sekolah Kebangsaan Seri Samudera, Manjung,

Perak

[email protected]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

amalan penggunaan BBM di kalangan guru

Pendidikan Islam dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP) berdasarkan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Negeri Perak.

Komponen Bahan Bantu Mengajar (BBM)

dilihat menerusi tiga komponen utama iaitu

BBM pola rutin, BBM pola sampingan dan BBM

bukan pola melalui aspek PdP guru yang

melibatkan pelaksanaan kemahiran berfikir

aras tinggi (KBAT) menerusi peringkat

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta. Kajian ini menggunakan analisis

deskriptif (melalui instrumen soal selidik).

Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina

oleh pengkaji dengan pengubahsuaian

daripada instrumen KBAT Kementerian

Pendidikan Malaysia(KPM) dan kandungannya

disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai

kebolehpercayaan Alfa Cronbach yang

diperoleh adalah tinggi iaitu (0.82173). Seramai

400 orang guru Pendidikan Islam dipilih secara

rawak berstrata dan berkelompok untuk

menjawab instrumen soal selidik. Data kajian

dianalisis secara deskriptif menggunakan

frekuensi dan peratusan serta min.

ABSTRAK KAJIAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati

amalan penggunaan BBM dalam pengajaran guru

berdasarkan KBAT adalah berada pada tahap tinggi

menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan

berdasarkan BBM pola rutin yang mencatatkan min

4.45, BBM pola sampingan mencatatkan min 4.44 dan

BBM bukan pola mencatatkan min 4.40. Implikasi dan

cadangan yang dikemukakan dapat memberi

gambaran yang bermanfaat kepada kementerian,

sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan

tahap amalan penggunaan BBM dalam pengajaran

guru berdasarkan KBAT seperti yang dihasratkan di

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Kata kunci : BBM, KBAT, Guru Pendidikan

Islam

Sumber: Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

Page 11: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Beri keutamaan pacu pendidikan taraf dunia

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11

Transformasi Pendidikan

Hari ini 21 Mei, genap 10 hari kerajaan baharu

menerajui tampuk kepimpinan negara. Secara

matematiknya, 1/10 daripada tempoh janji 100

hari sudah berlalu dan tentunya rakyat Malaysia

menanti apakah perancangan Pakatan Harapan

terhadap sistem pendidikan untuk jangka

panjang.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-

47 yang diadakan di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Mei

lalu memperlihatkan sambutan agak meriah

tetapi pada masa sama seolah ada ‘awan

mendung’ di wajah-wajah para hadirin.

Paling menarik perhatian adalah ucapan Ketua

Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri

Alias Ahmad yang bersara wajib hari ini,

mengucapkan terima kasih kepada guru-guru

dan warga kementerian sepanjang tiga tahun di

situ. Menyingkap nostalgia, beliau berkongsi

kisah memulakan perkhidmatan sebagai

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di

Kementerian Pendidikan pada 1984 dan

akhirnya menamatkan perkhidmatan di

kementerian sama.

“Lebih menarik ketika itu Menteri Pendidikan

ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana

Menteri ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, kini

pada akhir perkhidmatan saya Dr. Mahathir

kembali menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Penulis yakin, Menteri Pendidikan baharu, Dr.

Maszlee Malik akan meneruskan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 memandangkan ia merupakan pelan

menyeluruh yang merangkumi hala tuju sistem

pendidikan negara bermula dari prasekolah

hingga pendidikan menengah.

Diharap Ahli Parlimen Simpang Renggam itu

boleh merealisasikan idea bagaimana kita dapat

mencontohi Finland dalam pendidikan terutama

aspek peranan guru dalam pengajaran dan

pemudahcaraan (PdPc).

Harapan Pendidikan Negara

Hal ini sungguhpun bukan mudah tetapi tidak mustahil

direalisasikan apatah lagi Timbalan Perdana Menteri,

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti

Keadilan Rakyat (PKR) telah pun mengumumkan

pewujudan jawatan pembantu pengajar yang akan

meringankan bebanan para guru.

Sudah tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah

memegang portfolio Menteri Pendidikan sebelum ini,

dapat berkongsi kepakaran beliau mengenai PPPM

serta penambahbaikan yang perlu dibuat agar ia dapat

dijayakan seiring dan sejalan dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Rakyat akan kembali merujuk kepada Buku Harapan

yang merupakan manifesto kerajaan hari ini sebelum

tarikh sejarah besar 9 Mei 2018 kerana banyak yang

menyentuh pendidikan seperti Janji 31 (muka surat

90), Janji 38 (106), Janji 40 (113) dan banyak lagi.

Namun yang paling penting adalah Janji 44:

Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan

(120, 121), Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah

kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat

(130-133) dan Janji 50: Mengembalikan wibawa

universiti awam dan pengajian tinggi (134-136).

Ada yang mengatakan manifesto sebelum pilihan raya

bukanlah sebuah janji, namun kita berpandangan

positif kerajaan hari ini akan melakukan sedaya

termampu untuk memacu generasi muda menghadapi

masa depan yang lebih mencabar.

Tanpa menyentuh sebarang isu politik, adalah adil

untuk mengatakan kerajaan sebelum ini (termasuk

sewaktu Dr. Mahathir mentadbir) sudah melakukan

yang terbaik dalam menjayakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan baton yang diserahkan kepada

kerajaan yang baharu ini memerlukan pacuan untuk

sektor pendidikan terus maju dan diiktiraf dunia.

Sumber : Utusan Malaysia, 21 Mei 2018

Page 12: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

Bengkel Kerja Audit Bahasa

Melayu KPM Siri Pertama

Tahun 2018

Bengkel Kerja Audit Bahasa Melayu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Siri Pertama Tahun 2018 telah diadakan pada 2 hingga 3 Mei 2018 di Bilik Mesyuarat Kemuning, Blok E8, KPM, Putrajaya. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar melibatkan juruaudit-juruaudit Bahasa Melayu daripada bahagian-bahagian di KPM. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan berterusan kepada juruaudit KPM seterusnya melaksanakan pengauditan terhadap kertas cadangan dan kertas makluman yang telah ditentusahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kualiti (MJPK). MJPK merupakan platform penting bagi membincangkan dan meneliti kertas cadangan dan kertas makluman yang dikemukakan oleh bahagian KPM sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKPM). Hasil latihan yang diberikan semasa bengkel tersebut, pasukan juruaudit KPM telah berjaya melaksanakan pengauditan bagi 21 kertas cadangan dan 11 kertas makluman dengan jumlah keseluruhan 32 kertas pembentangan.

Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018

TRANSFORMASI GURU

Guru Pendidikan Islam juara anugerah inovatif

Jika sebelum ini banyak pihak beranggapan guru

agama hanya pandai mengajar kitab dan fardu ain sahaja namun telahan tersebut mungkin silap apabila guru Pendidikan Islam telah berjaya meraih Anugerah Ikon Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2018.

Lebih manis, kejayaan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka, Jasmi Amin, 39, itu hadir selepas berjaya menerima Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Melaka selama lima tahun berturut-turut bermula 2013.

Menurut Jasmi, idea untuk mencipta inovasi tercetus hasil keinginannya untuk membantu murid-murid yang berada di dalam kelas tercorot memahami setiap subjek Pendidikan Islam yang diajar.

“Sebagai satu-satunya guru subjek Pendidikan Islam di sekolah tersebut saya sentiasa ditugaskan untuk mengajar kelas paling belakang.

Menurut Jasmi, antara inovasi yang diciptanya sejak empat tahun lalu sehingga ke hari ini ialah aplikasi Pintar Haji, permainan Global Zakat, Eksplorasi Solat dan buku Augmented Reality (AR) Cakna Solat.

Katanya, lebih membanggakan apabila ciptaannya itu telah berjaya dipasarkan di Brunei, Singapura dan Indonesia.

Jasmi Amin (kanan) dan Norhisham Jasmi bersama dengan anugerah dan sijil yang dimenangi masing-masing pada Malam Apresiasi

Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.

Sumber : Utusan Malaysia, 28 Mei 2018

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 12

Page 13: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 13

Perancangan pelajaran lepasi Wawasan 2020

Oleh Prof Dr Ahmad Ismail Kementerian Pendidikan mungkin perlu memberikan

penekanan kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. Penekanan ini sangat penting bagi menilai pencapaian perancangan dan pelaksanaan kementerian selama hampir 30 tahun lalu. Semakan perlu dibuat segera sebagai persediaan sebuah negara maju pada 2020. Walaupun Selangor boleh dijadikan model negeri maju di Malaysia, banyak perkara lagi yang perlu dilihat terutama dari segi pembangunan sumber manusia untuk kesejahteraan rakyat. Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan berkenaan dalam menyediakan sumber manusia menerusi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran. Tujuan semakan perancangan dan pencapaian Wawasan 2020 Kementerian Pendidikan ini juga untuk persediaan dan bagi menjayakan pelan tindakan bagi perancangan 10 hingga 30 tahun akan datang. Sumber manusia Negara memerlukan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan sebuah negara maju sama ada dari segi kemanusiaan, sistem dan infrastruktur. Justeru, prestasi sistem pendidikan negara mestilah mantap sesuai dengan zaman dan budaya Malaysia. Menjelang 2020 yang tidak sampai dua tahun lagi ternyata menjadikan cabaran semakin meningkat di samping tekanan politik dan persaingan ekonomi tempatan dan antarabangsa semasa.

Semua kementerian mestilah melihat Wawasan 2020 ini secara serius, khususnya Kementerian Pendidikan. Kajian terperinci berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pencapaian setiap kementerian mestilah dilihat secara bersepadu sebagai persediaan menghadapi negara maju 2020.

RENCANA KHAS

Kementerian Pendidikan antara yang penting bagi membantu mencapai matlamat Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr Mahathir ketika beliau melancarkannya pada 1991. Hampir 30 tahun dahulu semua aspek kemakmuran ekonomi, kebajikan sosial, pendidikan bertaraf dunia, kestabilan politik dan keseimbangan psikologi yang ditekankan dan diuar-uarkan ke seluruh negara, hanya dapat dicapai melalui sistem pendidikan dan pelaksanaan yang baik terancang dan teratur. Pencapaian Kementerian Pendidikan perlu membuat kajian segera sejauh mana pencapaian kementerian itu dalam membuat perancangan Wawasan 2020 menjadikan pendidikan bertaraf dunia dan menyumbang kepada sumber tenaga manusia bagi mencapai matlamat sebuah negara maju. Matlamat keenam misalnya, dalam memartabatkan sains dan teknologi, juga sepatutnya dapat diukur pencapaiannya. Adakah selama hampir 30 tahun ini Kementerian Pelajaran (dulu dikenali Kementerian Pendidikan) sudah dapat memenuhi keperluan sumber tenaga manusia pakar dalam bidang sains dan teknologi secara menyeluruh? Semua perancangan perlu diaudit pencapaiannya dan dilaraskan semula bagi menambah baik kepincangan atau kekurangan yang mungkin ada sejak hampir 30 tahun lalu. Kita tahu sains dan teknologi sangat penting terutama dalam membincangkan Revolusi Perindustrian 4.0, robotik dan kecerdasan buatan, teknologi maklumat, media baharu, inovasi dan persaingan antarabangsa. Dr Mahathir telah banyak menekan perkara ini dahulu terutama dalam membangunkan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara, koridor raya multimedia, pusat inkubator, kerjasama negara maju melalui Dasar Pandang Ke Timur dan banyak lagi. Samb - ms14

Page 14: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 14

1

Samb-ms 13

Inovasi Semua ini mesti dilihat dengan lebih serius lagi merangkumi semua aspek budaya, kepercayaan, taraf ekonomi rakyat dan gaya hidup masyarakat Malaysia, kurikulum dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran, kemahiran guru, pencapaian penyelidikan berimpak tinggi di universiti dan peranan agensi seperti Akademi Sains Malaysia, Pusat Sains Negara, pihak korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Sejauh mana pencapaian aliran STEM (sains teknologi kejuruteraan dan matematik) dan dasar STI negara perlu juga dikaji serta dibuat penambahbaikan dan pelaksanaannya yang mantap kerana STI penting dalam sebuah negara maju. Cabaran baharu Kementerian Pendidikan selepas 2020 bagi memastikan Malaysia mampu bersaing dengan kuasa besar seperti China dan negara jiran ASEAN yang juga agresif dalam pembangunan STI mereka. Kementerian ini mesti segera bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha membangunkan sumber manusia bagi memajukan negara untuk kepentingan semua rakyat dan maruah negara. Semua pemimpin berkaitan pendidikan dan pembangunan STI negara mestilah segera mengemuka pandangan berkaitan status STI negara dan laluan masa depan jangka pendek, 10 dan 30 tahun akan datang. Peranan universiti dan tenaga pakar semua bidang juga perlu digemblengkan untuk tujuan itu.

Sumber : Berita Harian, 22 Mei 2018

Pendapat Guru Kita

Pedalaman kekurangan guru

Suasana rentak pendidikan negara berada

dalam gelombang baharu dengan Kementerian

Pendidikan diterajui Dr. Mazlee Malik. Beberapa

perubahan drastik telah dilakukan bagi

memastikan pendidikan negara berada di

landasan lebih baik.

Antaranya penangguhan Pelaksanaan Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

(SKPMg2) yang menjadi keresahan dalam

kalangan warga pendidik.

Terbaharu, membekukan sementara kenaikan

pangkat pegawai Jabatan Pendidikan Negeri

(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Kita tidak hendak mempertikaikan keputusan

tersebut, pasti ada sebab tindakan diambil oleh

Menteri Pendidikan.

Namun, seperkara lagi yang perlu diberikan

perhatian serius oleh Menteri Pendidikan ialah

kekurangan guru di sekolah terutama sekali di

kawasan pedalaman yang sudah berlarutan

sehingga ke pertengahan 2018.

Saban tahun isu yang sama berlaku seolah-olah

tiada titik noktahnya sedangkan anggaran

belanja mengurus (ABM) dilakukan setiap tahun.

Di mana silapnya? Adakah sememangnya guru

tidak cukup atau pengurusan guru yang sambil

lewa?

Anehnya, mengapa banyak Institut Pendidikan

Guru (IPG) ditutup atau ditukar peranannya?

Kembalikan peranan IPG untuk membekal dan

melatih bakal-bakal guru secukupnya.

Sumber : Utusan Malaysia, 20 Jun 2018

GURU PEMACU

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Page 15: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

TRANSFORMASI PPPM 2013-2025

Membina generasi guru dan murid

berwawasan

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM mampu menyediakan

perancangan pendidikan negara kita Malaysia yang berjaya dan berwawasan setanding dengan

negara maju di dunia. Pendekatan PdPc guru serta kurikulum yang berkualiti dengan kepelbagaian

kemahiran berfikir aras tinggi, berteknologi serta komunikasi digital telah menghasilkan satu

generasi murid yang pintar, kreatif dan berinovasi. Lebih-lebih lagi selari dengan perkembangan

global semasa, antaranya Kemahiran Abad 21.

Kemahiran Abad 21 menekankan kepentingan kemampuan berfikir pada aras lebih tinggi, manakala

Revolusi Industri 4.0 amat mementingkan pengetahuan media serta maklumat, komunikasi dan

teknologi. Dalam usaha penambahbaikan kurikulum ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu

dijadikan rujukan utama.

Ini penting agar sesuatu pembaharuan pendidikan itu, baik dari segi sukatan pelajaran mahupun

pedagogi, dilakukan mengikut filsafat bahawa perlu adanya gabungan seimbang lagi harmonis

antara intelek, spiritual, emosi dan jasmani, yang didasari kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Ini penting untuk melahirkan rakyat Malaysia holistik yang bukan sahaja berilmu, cergas dan

rasional,tetapi juga berakhlak mulia.

Sumber : Berita Harian, 21 Jun 2018 dan Portal KPM

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 15

Page 16: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP

2018

Pendapat Tokoh Pendidikan

Rujuk falsafah pendidikan tambah baik kurikulum

Oleh Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

Dalam menyahut seruan masyarakat untuk

mengkaji semula sistem pendidikan negara, tindakan yang diambil kerajaan baharu untuk hanya meneliti kurikulum dan bukannya dasar, adalah langkah bestari. Dengan ini, kurikulum yang juga mata pelajaran di sekolah dan kursus di universiti akan diselidik untuk tujuan penambahbaikan. Dasar, yakni ketetapan yang telah dibuat mengenai hala tuju bidang pendidikan di negara ini tidak akan diusik. Untuk itu, satu jawatankuasa bakal ditubuhkan bagi memperbaiki kurikulum pada semua peringkat dalam sistem pendidikan negara dari segenap segi, agar bukan saja mutu pendidikan kita berdaya saing pada peringkat dunia dari segi tuntutan global. Pada masa sama, ia juga mendukung jati diri negara bagi tagihan lokal agar identiti budaya kita sebagai negara dan bangsa berdaulat tetap terpelihara dengan utuhnya. Ikut piawai dunia Selain sifat glokal sebagai gabungan global dan lokal, iaitu kurikulum kita mempunyai ciri pendidikan mengikut piawai dunia, di samping tidak sesekali mengabaikan sifat 'primordial' kita yang selalu kita jolok sebagai acuan sendiri, terdapat beberapa perkara penting lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah matlamat pembelajaran, sukatan pelajaran, kaedah penilaian, selain pedagogi. Matlamat pembelajaran, yakni sebilangan tujuan pendidikan sesuatu mata pelajaran, misalnya sejarah, perlu bukan saja jelas sifatnya dari sisi akademiknya, ia hendaklah juga jitu dari sudut kemasyarakatan, khususnya pembentukan negara bangsa yang bangga, sayang dan setia kepada negara. Sukatan pelajaran yang berupa senarai tajuk untuk mengajar sesuatu mata pelajaran perlu selengkap-lengkapnya untuk menentukan mutu yang patut ada pada pendidikan moral sebagai contoh, adalah selalu tinggi, selain mempunyai dampak pendidikan yang akan meninggalkan kesan yang melampaui zaman persekolahan.

Penilaian sebagai kaedah mengukur kemajuan

pelajar dalam sesuatu mata pelajaran,

walaupun terdiri daripada pelbagai cara, perlu

memberi tumpuan kepada jenis subjektif, iaitu

cara penyoalan yang memungkinkan

kewujudan lebih daripada satu jawapan betul.

Oleh itu, peperiksaan kita perlu mengandungi

soalan yang mempunyai maklum balas yang

luas dalam bentuk esei dan bukan lagi dalam

bentuk jawapan betul salah dan aneka pilihan

yang tersedia.

Pedagogi yang juga cara pengajaran,

hendaklah tepat pilihannya. Ia bukan sahaja

akan mempengaruhi pembelajaran pelajar,

tetapi akan juga memberi kesan, sama ada baik

atau sebaliknya kepada proses ini.

Oleh itu, keperluan pelajar di samping

pengetahuan mengenai latar belakang serta

minatnya sebagai individu dan bukan secara

kolektif, perlu terlebih dahulu diketahui guru

agar proses pembelajaran dapat berjalan

lancar.

Cadangan agar keanggotaan jawatankuasa ini

terdiri daripada pakar dari luar kerajaan

sebenarnya sudah pun diamalkan dalam usaha

untuk menambah baik bidang pendidikan di

negara ini.

Landasan betul

Hal ini dapat dilihat dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia untuk Sekolah (2013-

2025) dan Pendidikan Tinggi (2015-2025).

Untuk sekolah, ini jelas tercatat pada anjakan

kesembilan yang ingin meraih kerjasama

secara meluas daripada ibu bapa, komuniti dan

sektor swasta. Bagi pendidikan tinggi, lonjakan

ketujuh dengan jelasnya menekankan peri

pentingnya jaringan dengan pihak swasta

dalam bidang penyelidikan.

Oleh itu, disarankan agar kedua-dua dokumen

pendidikan ini dirujuk sehemat-hematnya

dalam usaha pembaikan yang ingin dilakukan

itu.

Sumber : Berita Harian, 20 Jun 2018

Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017

16

Page 17: 1,000 kemasukan khas untuk pelajar Cina B40 ke Program ... · Matrikulasi YB Dr Maszlee Malik ... menerapkannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran," katanya. Sumber : Berita

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

2018 17

Berita Inovasi Pendidikan

Kerajaan bakal perkenal pembelajaran pakar dari 'disk' dan 'thumb drive' - Dr Mahathir

Kerajaan akan mencari jalan memperkenalkan

sistem pendidikan yang menggunakan konsep tayangan oleh pakar yang dimasukkan di dalam 'disk' atau 'thumb drive'. Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penuntut akan mengikuti pengajian daripada pakar-pakar berkenaan selain guru akan menjadi fasilitator dalam setiap kelas.

"Saya sedar bahawa sistem pendidikan kita di Malaysia sudah agak usang dan tidak sesuai dengan zaman komputer.” Zaman itu kita masih bergantung harap guru dan kita dapati guru-guru bukan semua sama cekap atau sama pandai. Ada guru yang baik, maka untunglah penuntut, tetapi kadang-kadang ada guru kurang baik, maka rugilah penuntut. Kata beliau semasa sesi soal jawab selepas berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri. Dengan cara itu jelas Dr Mahathir, setiap penuntut akan mendapat pelajaran pakar yang sama selain menerima pelajaran terbaik yang dapat diguna semua penuntut sekolah. Di masa sama, kita kaji sistem pendidikan di negara lain, kita dapati umpamanya di Jepun dan Jerman memang cukup berjaya.

Sumber : Astro Awani, 28 Jun 2018

Syor Isu Pendidikan

Hanya 28 peratus daripada beg

berat adalah buku, selebihnya...

– Dr Maszlee Malik

Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar

sekolah rendah mengandungi buku teks dan

buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri

daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan

lain-lain.

Itu pendedahan Menteri Pendidikan, Dr

Maszlee Malik ketika mengulas mengenai isu

beg berat dalam kalangan murid-murid sekolah

rendah sebelum ini yang menjadi perbualan

hangat.

Katanya jumlah itu berdasarkan Kajian Berat

Beg Sekolah Rendah pada 2017 yang

dijalankan oleh kementerian setelah menerima

pelbagai aduan, pandangan dan cadangan

berhubung isu tersebut.

“Kita tidak mahu kanak-kanak kita dibebani di

dalam usia yang begitu muda dalam perkara

yang akan menjejaskan pertumbuhan fizikal

mereka dan pertumbuhan psikologi mereka,”

jelasnya pada sidang media Kementerian

Pendidikan.

Sehubungan itu, kementeriannya merangka

tiga strategi bagi menangani isu tersebut.

Antaranya Penguatkuasaan Surat Pekeliling

Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran sedia ada,

penggubalan garis panduan kepada murid,

guru, ibu bapa dan sekolah, serta menerusi

kempen kesedaran dan hebahan maklumat.

Sumber : Astro Awani, 28 Jun 2018