guru stres

Upload: naimah57

Post on 08-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ll

TRANSCRIPT

KESAN GURU STRES TERHADAP SEKOLAHTerdapat banyak kajian yang menyatakan punca-punca yang akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan.Setiap yang dilakukan pasti memberikan kesan yang kurang baik terhadap organisasi tersebut. Antara perkara yang biasa dilakukan oleh guru yang stres termasuklah ponteng kerja, masuk lambat ke kelas, berkasar dengan pentadbir, dingin dalam berhubungan dengan warga sekolah lain dan sebagainya yang mana perkara-perkara ini hanya mendatangkan kesan yang negatif terhadap pihak sekolah. Pihak sekolah yang dinyatakan di sini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu murid, guru dan pentadbir sekolah itu sendiri.Dalam sesebuah organisasi perlulah ada sikap saling menghormati, jujur dan amanah agar sesebuah organisasi sentiasa berada dalam keadaan aman tanpa sebarang permasalahan. Lain pula yang akan berlaku sekiranya guru-guru yang mengalami fenomena stres ini mengambil langkah yang kurang bijak bagi menangani masalah stres mereka. Pastinya kesan yang negatifakan ditinggalkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab yang akan menyebabkan sekolah tidak lagi menjadi organisasi yang harmoni.Kesan yang pertama yang paling ketara dapat kita lihat adalah kesan kepada murid-murid.Guru-guru yang mengalami fenomena stres ini kebiasaannya mengambil jalan mudah bagi menangani masalah stres tersebut.Perkara yang betul-betul memberi kesan terhadap murid-murid ialah apabila guru tersebut ponteng sekolah tanpa alasan yang kukuh.Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011). Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, murid-murid akan mendapat kesan yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Akibat daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab, murid-murid yang menjadi mangsa.Hanya kerana kurang bijak mengendalikan stres ini murid-murid diabaikan dan segala tugasan yang sepatutnya diselesaikan telah tertangguh. Seorang guru seharusnya bijak dalam mengendalikan stres dan bukan sahaja bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Akibat daripada perbuatan guru ini, kemungkinan besar murid-murid yang diabaikan ini mendapat keputusan yang tidak memuaskan lantas akan mengganggu gred sekolah tersebut. Selain itu, guru yang stres juga aka menyebabkan kesan yang negatif kepada guru-guru lain yang berada di sesebuah sekolah tersebut. Menurut Dr. Ahmad Shukri (2007) dalam buku Guru dan Cabaran Semasa Edisi 2 nukilan Syed Ismail dan Ahmad Subki (2013), sesetengah stres adalah normal malah dalam dos yang kecil boleh menjadi sesuatu yang positif. Stres juga boleh membantu sekiranya seseorang perlu bekerja kuat dan bertindak balas dengan cepat.Bagaimanapun, stres yang kerap berlaku dan berterusan dalam jangka masa panjang boleh mendatangkan kesan yang negatif serta menjejaskan tahap diri dan mental seperti kemurungan. Apabila seorang guru yang mengalami stres menghadapi kemurungan, pastinya akan berlaku masalah dari segi sosial dengan guru-guru lain iaitu keluarga yang terdekat ketika berada dalam sebuah sekolah. Hal ini akan menyebabkan reaksi yang kurang baik daripada guru-guru lain memandangkan seorang yang murung kebiasaannya akan memencilkan diri dan mengelakkan diri daripada bergaul dengan sesiapa. Hal ini akan menjadi lebih teruk sekiranya guru yang stres tersebut bertindak di luar jangkaan seperti mengamuk dan memarahi mereka yang menegurnya memandangkan sesorang yang menghadapi fenomena stres cenderung untuk bersikap berang. Keselamatan guru-guru lain disekolah juga mungkin akan terjejas disebabkan oleh guru yang tidak bijak untuk mengendalikan stres mereka ini. Hal ini akan membuatkan hubungan antara guru-guru di sekolah tersebut dingin lantas menyebabkan suasana di sekolah tersebut tidak lagi harmoni. Sekiranya hal ini berterusan berkemungkinan besar akan wujudnya fenomena yang tidak diingini yang seringkali kita lihat di sekolah pada masa kini seperti mengumpat, berprasangka buruk dan wujudnya puak-puak guru yang tidak patut berlaku dalam kalangan guru yang mana bernaung di bawah satu kerjaya profesional. Dalam hal ini, inisiatif perlu diambil oleh semua pihak bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku.Kesan seterusnya dapat dilihat kepada pentadbir sesebuah sekolah iaitu jawatan tertinggi sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.Kesan ini juga adalah kepada perhubungan antara guru tersebut dengan pentadbir berikut.Seorang guru yang mengalami stres yang mengambil langkah ponteng sekolah dan meninggalkan segala urusan sekolah boleh diambil tindakan melalui pentadbir.Pentadbir boleh menggantung atau membuang guru tersebut daripada sekolah tersebut. Kesalahan seperti meninggalkan kelas dan tugas-tugas tertentu seperti menyiapkan rancangan pengajaran adalah merupakan kesalahan yang sangat besar yang boleh mengganggu markah prestasi yang dipegang oleh pentadbir sesebuah sekolah itu sendiri. Kita sendiri sedia maklum bahawa seorang guru diwajibkan untuk menulis rancangan mengajar sebagai bukti yang mana guru tersebut menunaikan tanggungjawabnya.CADANGAN MENGENDALIKAN STRESCadangan saya sebagai seorang bakal guru adalah seorang guru hendaklah memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan juga mental.Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberi kesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stres di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa bersedia dalam setiap perkara yang ingin dilakukan lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan berlakunya tekanan yang tinggi lantas menyebabkan stres. Seorang guru seharusnya memastikan diri sendiri faham apa yang hendak diajar kepada murid-murid. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menyebabkan fenomena stres ini berlaku kepada guru-guru.Sebagai contoh, murid yang sentiasa bertanya berkaitan perkara yang sedang diajar oleh guru.Sekiranya guru tidak bersedia dan perkara sebegini berlaku, kemungkinan besar guru tidak dapat menjawab pertanyaan yang banyak dan juga diluar jangkaan daripada murid-murid lebih-lebih lagi murid-murid yang bijak.Hal ini boleh mendatangkan tekanan yang sangat tinggi dan guru tersebut sangat cenderung kepada fenomena stres ini.Kerjaya guru sememangnya adalah kerjaya yang sangat mencabar, kerana hakikatnya guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga diwajibkan untuk menyertai segala aktiviti yang dianjurkan sekolah di samping jawatan yang banyak disandang dalam satu-satu masa.Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam membahagikan masa yang mana memfokuskan satu kerja dalam satu masa.Apabila berlakunya keadaan sebegini kebanyakan guru tidak bijak untuk menguruskan masanya sendiri yang mana boleh mendatangkan stres kepada guru tersebut. Sekiranya guru bijak mengatur tugasan dan kerja yang dilakukan dan berfokus kepada satu kerja dalam satu masa, maka tekanan yang hebat tidak akan dihadapi oleh guru walaupun bebanan kerja adalah banyak. Sekiranya guru melakukan banyak kerja dalam satu masa, secara tidak langsung otak juga melakukan tugasan yang banyak dan berserabut lantas membuatkan otak terasa letih dan satu tugasan pun tidak dapat disiapkan pada waktu tersebut dan tertangguh. Apabila ingin memulakan semula tugasan tersebut, perkara yang sama berulang dan stres ini akan melanda setiap kali guru ini meneruskan kerja tersebut dengan cara sebegini. Oleh itu, cadangan saya ialah guru seharusnya bijak dalam soal mengurus masa dan hanya memfokuskan satu kerja dalam satu masa supaya tidak mendapat tekanan yang hebat daripada kerja yang dilakukan.Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah.Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah.Hal ini kerana tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah.Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah.Nor Hanani (2007) menyatakan salah satu punca yang menyebabkan stres di tempat kerja ialah tempat kerja bising, berbahaya, tidak teratur dan sesak.Kebanyakan guru yang sibuk dengan pelbagai kerja atau tugasan sememangnya mempunyai masa yang terhad untuk melakukan sesuatu seperti mengemas meja kerja dan sebagainya.Mereka ini berkemungkinan tidak sedar bahawa perkara-perkara sebegitulah yang membawa mereka kearah fenomena stres. Oleh itu saya mencadangkan bahawa guru-guru ini mengambil sedikit masa sekurangnya lima minit untuk membersih, menyusun atur dan mengemas tempat kerja mereka agar tidak kelihatan berselerak bagi mengelakkan tekanan kepada mereka. Elakkan juga daripada meletakkan barangan yang berbahaya seperti pisau, gergaji dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Hal ini adalah kerana mereka yang mengalami fenomena stres ini boleh bertindak diluar jangkaan kita.Oleh itu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan guru sentiasa berada dalam keadaan aman, tenteram dan selamat.Nor Hanani (2007) juga menyatakan punca lain yang boleh menyebabkan fenomena stres ini ialah kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang menonjolkan potensi diri. Hal ini dapat kita lihat melalui hubungan antara guru tersebut dengan pentadbir atau guru-guru lain di sekolah.Pentadbir mahupun guru-guru lain hendaklah sentiasa peka dan mengambil tahu akan perkembangan kerja guru lain. Kebiasaannya, pihak pentadbir hanya tahu memberi arahan kepada seorang guru untuk melakukan sesuatu kerja.Sebagai contoh, seorang guru diminta untuk memasang pintu atau membaiki apa-apa kerosakan pada bangunan sekolah oleh pentadbir. Setelah selesai kerja yang diminta, tiada langsung ucapan terima kasih dan pentadbir tidak ambil tahu langsung akan perkara itu selepas memberi arahan tersebut. Dalam situasi ini, guru yang disuruh itu tentunya berasa tidak dihargai atas kerja yang telah dilakukan dan berkemungkinan besar niat guru yang pada mulanya tadi ikhlas kini sudah menjadi tidak ikhlas gara-gara sikap pentadbir yang sedemikian. Guru itu juga berkemungkinan akan berfikir bahawa adakah perlu seorang guru melakukan kerja-kerja seperti itu dan akan membuatkannya tertekan dan juga cenderung ke arah fenomena stres. Oleh itu, penghargaan harus diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat walaupun khidmatnya itu hanya khidmat yang kecil.Ucapan terima kasih dengan senyuman yang ikhlas sudah mencukupi bagi membuatkan hati mereka yang membantu kita puas dan tiada tekanan selepas kerja tersebut.Menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013) dalam buku mereka iaitu Guru dan Cabaran Semasa (Edisi Kedua) menyatakan, bagi mereka yang beragama Islam, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah dengan membiasakan diri dalam keadaan berwuduk. Jiwa kita akan menjadi tenang sekiranyakita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Selain itu, perbanyakkan membaca Al-Quran dan melakukan solat sunat. Ganjaran besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman kita yang paling akrab sepanjang waktu.Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita dengan mendirikan solat sunat sepertisolat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tasbih. Dengan menunaikan solat sunat ini,kita akan beroleh ketenangan dankekuatandaripada Allah.Seterusnya ialah sentiasa berdoa kepada Allah bagi mendapatkan ketenangan dan dijauhi daripada tekanan.Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain-Nya.Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah dan dilakukan secara berterusan.Dengan izin-Nya,doa kita akan termakbul sekiranya kita benar-benar ikhlas. Namun, kita juga perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha untuk mencapai sesuatu di samping berdoa kepada Allah.Terdapat juga doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian ketika mengalami stres atau bagi mengelakkan tekanan.

Rajah 3 :Doa apabila menghadapi tekanan (stres)Kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar.Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar.Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan.Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut.Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

RujukanAkhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin.(2011).Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah.Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia.Ho, J. (1997).Effect on Stress.Singapura.Corporate Wellness Programmes.Nor Hanani (2007). Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor.Edusystem.Syed Ismail & Ahmad Subki. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (Edisi Kedua).Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Jack Dunham & Prakash Varma. (1998). Stress in Teachers: Past, Present and Future. London. Whurr Publishers.Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout: An International Review. Educational Research, 29 (2): 146-152.