1 kajian terhadap stres noornazifah binti md · pdf file1 kajian terhadap stres dikalangan...

49
1 KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik). FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL, 2008

Upload: doliem

Post on 30-Jan-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

1

KAJIAN TERHADAP STRES

DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA,

JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI

NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 2: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

2

ABSTRAK

Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada

masa kini. Oleh yang demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru

merupakan satu senario yang agak subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan

bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari aspek personaliti dikalangan guru

sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor Bahru. Seramai 118 orang responden telah

dipilih secara rawak berstrata (kuota) dalam menjayakan kajian ini. Enam buah

sekolah rendah di zon ini telah dijadikan oleh penyelidik sebagai tempat kajian.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata

digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala

berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data di analisis

menggunakan perisian komputer “Statistical Packages for Social Science” (SPSS

15.0). Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan

peratusan). Dapatan kajian menunjukkkan bahawa guru sekolah rendah mengalami

tahap stres yang rendah dan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek

personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak

dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja,

hubungan interpersonal dan masalah pelajar tidak mempengaruhi tahap stres guru.

Page 3: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

3

ABSTRACT

It is important nowadays, for every individual to know their level of stress

and personality. This research on the causes and the level of stress is very subjective.

It is the survey researches that focus on causes, level and stress from the personality

aspects among teachers in Permas Jaya zone. Altogether, they were 118 stratified

random sample, involved in this research. The instrument used in this research were

sets of questionnaire, five points likert scale were used to evaluate the level of stress

while the level of personality stress was adapted from the test instrument by Malek

Mukamat Said (2004). Data was collected and analysed by “Statistical Packages for

Social Science” (SPSS 15.0). The finding showed that the level of stress among the

primary school teachers was low, but at the same time they also had medium levels

of personality stress. This showed that the level of stress was not dependent on the

personality of the respondent. Generally, the stress among teacher was not influenced

by several factors such as the workload, interpersonal relationship and students

problem.

Page 4: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

4

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Guru-guru 9

1.8.2 Stres 9

Page 5: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

5

1.8.3 Punca Stres 9

1.8.4 Personaliti 10

1.8.5 Demografi 10

1.9 Penutup 11

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Kajian-kajian Faktor dan Tahap Stres 12

2.2 Teori Personaliti

2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung 19

2.2.1.1 Personalti Ekstrovert 19

2.2.1.2 Personalti Introvert 20

2.2.1.3 Personalti Ambivert 20

2.3 Kajian Tentang Personaliti 21

2.4 Penutup 22

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 23

3.1 Reka Bentuk Kajian 23

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.3 Pembentukan Instrumen Kajian 25

3.4 Insturmen Kajian 26

3.4.1 Bahagian A

- Maklumat Peribadi /Demografi 26

3.4.2 Bahagian B

- Ujian Tahap Stres 26

3.4.3 Bahagian C

- Ujian Stres dari Aspek Personaliti 27

3.5 Tatacara Kajian 29

Page 6: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

6

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Penganalisaan Data 30

3.8 Penutup 31

IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 32

4.1 Latar Belakang Responden 33

4.2 Tahap Stres 35

4.2.1 Analisis Stres (Lebihan Kerja) 36

4.2.2 Analisis Stres (Hubungan Interpersonal) 38

4.2.3 Analisis Stres (Masalah Pelajar) 40

4.2.4 Analisis Tahap Stres 42

4.3 Stres Dari Aspek Personaliti 43

4.3.1 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti

Berdasarkan Item 43

4.3.2 Analisis Tahap Stres Dari Aspek Personaliti 46

4.4 Hubungan Tahap Stres Dan Stres Dari Aspek

Personaliti 48

4.5 Penutup 50

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 51

5.1 Ringkasan Kajian 52

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53

5.3 Perbincangan Analisis Latar Belakang Responden 53

5.4 Perbincangan Analisis Tahap Stres Mengikut 54

Faktor Stres (Lebihan Kerja, Hubungan

Interpersonal, Masalah Pelajar)

5.4.1 Perbincangan Analisis Stres

(Lebihan Kerja) 55

Page 7: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

7

5.4.2 Perbincangan Analisis Stres (Hubungan

Interpersonal) 55

5.4.3 Perbincangan Analisis Stres

(Masalah Pelajar) 56

5.5 Perbincangan Analisis Tahap Stres 56

5.6 Perbincangan Analisis Tahap Stres Dari Aspek

Personaliti 57

5.7 Perbincangan Analisis Hubungan Tahap Stres

Dengan Stres Dari Aspek Personaliti 58

5.8 Kesimpulan 59

5.9 Implikasi Kajian 60

5.10 Cadangan Kajian 61

5.11 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.12 Penutup 63

Bibliografi 64

Lampiran 70

Page 8: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

8

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan,

usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah

suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji

melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan

menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920),

menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari ( fight or flight ).

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai stres

dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan

bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat

daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Ini boleh berlaku ke atas

manusia.

Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap

gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma

yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara

mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.

Page 9: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

9

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York,

Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang

amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami

stres setiap hari.

Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang

individu yang semakin menjadi trend semasa. Kebanyakan dari kita hanya

mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini

termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko

penyakit mental. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga

mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih

kini.

1.1 Latar Belakang Masalah

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu

dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu

kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi dalam multimedia, menuntut warga

pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak dalam bidang

pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa.

Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa

berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih

berat dan semakin terbeban.

Justeru itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap

kesihatan mental dan sering menyerang warga pendidik khasnya. Bahkan selagi

bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan

atau stres dalam kehidupan seharian.

Page 10: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

10

Dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan di dalam artikelnya yang

bertajuk Tekanan melawan atau lari: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan

Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar berkata,

"Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi

sayangnya ia tidak diberi perhatian. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan

bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh

menjejaskan seluruh badan dan minda”. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-

kanak boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila ibu bapa tidak mengambil

peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental

didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang

lain, “Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan

kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat”, (Kempen Cara Hidup Sihat,

Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Anthony Yeo (1985), berpendapat stres

adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu, kesan positif

atau negatif bergantung kepada reaksi individu.

Selain itu, stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi

menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P.C, 1987). Justeru itu,

stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif

seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek

kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe, 1978).

Setiap insan diciptakan oleh Allah yang maha esa ada keistimewaannya yang

tersendiri. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang

dilahirkan dengan ciri yang sama. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998),

tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu

sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai

personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui

kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Personaliti adalah

sesuatu yang kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa, malahan

ianya juga boleh ditentukan oleh pengaruh luaran dan dalaman.

Page 11: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

11

Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong,

1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor

persekitaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan

keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin, proses

pertumbuhan dan kematangan.

Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah

pengaruh ibu bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan budaya,

pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit.

Habibah dan Noran (1997, dalam Nooraini, 2002) melaporkan bahawa

personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap beberapa faktor

termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara didikan

keluarga seperti ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum.

Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada

11 aspek utama, iaitu asertif, analitikal, keterbukaan, kritik diri, kepimpinan, jati diri,

prihatin, intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan. Namun aspek ini

hanya akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu

yang agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi

individu yang penyabar, sederhana dan kurang daya saing.

Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani

stres. Ia merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk

mengekalkan daya kerja disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang

mereka miliki. Biasanya suasana kerja, tindakbalas psikologikal ( keletihan dan

kemurungan ), fisiologi ( penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi ) dan sikap

sering diberi perhatian. Sebenarnya trait personaliti juga turut mempengaruhi

seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi.

Page 12: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

12

Seterusnya, faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang

memuaskan di ikuti dengan tiada kepuasan bekerja dan keinginan untuk

meninggalkan kerjaya guru semakin meningkat. Akibatnya, guru menjadi agresif,

bimbang mengalami kekecewaan, sifat suka mengelak, tahap kehadiran yang kurang

memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot.

1.2 Penyataan Masalah

Apakah faktor utama yang menjadikan guru stres ( lebihan kerja, hubungan

interpersonal, dan persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan

mempengaruhi tahap stres yang tinggi.

Kajian sejauh mana personaliti individu mempengaruhi stres dan jenis

personaliti yang bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah

kepada stres. Persoalan yang sering timbul, personaliti yang dimiliki oleh guru

mempengaruhi mereka dalam menghadapi stres.

Menurut Hans Selye (1936), punca stres berkait rapat dengan masalah

rumahtangga dan juga sosial. Melalui pembacaan pengkaji, didapati tiga punca stres

yang dominan berlaku di kalangan guru. Ini akan dijadikan asas dalam membina

item soal selidik yang akan dilaksanakan kemudian. Tiga punca stres itu ialah

bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar yang dikenalpasti

daripada kajian yang lalu.

Apakah faktor ini masih menjadi punca utama yang menyebabkan guru stres

sama ada lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar. Masalah yang

ingin dikaji oleh pengkaji adalah adalah faktor stres iaitu lebihan kerja, hubungan

interpersonal dan masalah pelajar dari aspek jenis personaliti seperti jenis A (agresif,

bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing) dan jenis B (penyabar, sederhana,

kurang daya saing). Ini berikutan kedudukan sekolah di zon Permas Jaya adalah di

Page 13: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

13

pinggir bandar dan memungkinkan fenomena stres berlaku di kalangan guru. Ini

ditambah lagi dengan latarbelakang pelajarnya yang tinggal di kawasan setinggan.

Tambahan pula, bilangan guru yang tidak mencukupi berbanding dengan

nisbah pelajar di dalam sebuah kelas. Secara amnya bilangan pelajar dalam sebuah

kelas di zon Permas Jaya di antara 44 hingga 47 orang. Ini menyukarkan guru untuk

mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan

dan efektif.

Disamping itu, jumlah waktu mengajar guru juga bertambah dan sekurang-

kurangnya 32 waktu seminggu, selain dari menguruskan hal yang berkaitan dengan

tugas pengkeranian, ko-kurikulum termasuklah organisasi dan berpersatuan.

Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah

stres yang dialami oleh para guru dari aspek personaliti, seterusnya dapat mencapai

wawasan pendidikan.

1.3 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor, tahap

dan stres dari aspek jenis personaliti yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif

kajian ini adalah untuk:

1.3.1 Mengenalpasti tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan

masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah.

1.3.2 Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A - agresif,

bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B - penyabar,

sederhana, kurang daya saing.

1.3.3 Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti

guru.

Page 14: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

14

1.4 Persoalan Kajian

Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan

dikemukakan di dalam kajian ini.

1.4.1 Apakah tahap stres ( lebihan kerja, hubungan interpersonal dan

masalah pelajar ) di kalangan guru sekolah rendah ?

1.4.2 Apakah jenis personaliti guru sekolah rendah yang dikaji?

1.4.3 Adakah terdapat perkaitan di antara tahap stres dengan personaliti

guru?

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Hipotesis

H0 : Tiada terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek

personaliti.

H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek

personaliti.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan di beberapa buah sekolah di zon Permas Jaya,

daerah Johor Bahru. Responden yang di pilih secara rawak berstrata (kuota) adalah

seramai 118 orang guru sekolah rendah. Tumpuan kajian adalah untuk melihat faktor

stres yang paling dominan di kalangan guru sekolah rendah dan seterusnya melihat

adakah terdapat hubungan di antara stres dari aspek personaliti.

Page 15: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

15

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah dalam

pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran. Ia amat penting kepada :

1.7.1 Guru-guru

Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang

cara menangani stres dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi

khususnya mengenai aspek personaliti.

1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah

Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan

dalam merancang aktiviti-aktiviti staf di sekolah.

1.7.3 Pihak Jabatan Pelajaran

Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu

warga guru menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh

merangka suatu program secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani

stres agar ia akan dijadikan perangsang serta memberi kesan yang positif dalam

memperkasakan profesion perguruan.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa definisi istilah dalam kajian ini dan akan diperbincangkan

dengan terperinci sebagaimana yang berikut :

Page 16: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

16

1.8.1 Guru-guru

Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang mengajar, mendidik, pengajar

dan pengasuh (Noresah Bahrom, 1995:420). Dalam Kajian ini guru yang

dimaksudkan adalah guru sekolah rendah tanpa mengira tahap pendidikan.

1.8.2 Stres

Menurut Za’ba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu

perkara yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula,

mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan

dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar ’Wear and tear of

the living body’ . Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang

memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang

positif disebut sebagai ’eutress’ dan kesan negatif pula dipanggil ’distress’. Stres

boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh

meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

1.8.3 Punca Stres

Punca stres dikenali sebagai ’stressor’ adalah rangsangan yang bertindak

terhadap seorang individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk

mengawal, menurut Nariah (1994).

Tanggapan individu terhadap punca stres adalah berbeza-beza di mana suatu

peristiwa boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A, tetapi tidak kepada

individu B. Antara punca-punca stres adalah sesuatu yang berkaitan dengan

personaliti seseorang, persekitaran tempat tinggal, situasi semasa dan peristiwa hidup

seseorang itu.

Page 17: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

17

Dalam kajian ini, ia merujuk kepada punca-punca stres dari aspek personaliti

guru sama ada mereka mudah terdedah kepada stres atau sebaliknya.

1.8.4 Personaliti

Personaliti biasanya digambarkan sebagai diri individu. Ia berasal daripada

perkataan Latin iaitu ’persona’, yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh

pelakon dalam pementasan. Disini ianya bermaksud ciri-ciri yang dinamik dan

tersusun yang dimiliki oleh seseorang yang unik mempengaruhi kognitif, motivasi

dan tingkahlakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman, 2000).

Menurut Allport (1973), beliau mentafsirkan personaliti sebagai :

- Keseluruhan kualiti peribadi yang ada pada seseorang.

- Satu cara penampilan seseorang pada pandangan orang lain

dan mungkin bukan dirinya yang sebenar.

- Peranan yang dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan.

- Kualiti perubahan pada individu.

1.8.5 Demografi

Demografi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latar belakang

responden yang meliputi jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.

Page 18: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

18

1.9 Penutup

Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu, semua lapisan

tidak mengira usia berisiko untuk mengalami stres, Cuma yang membezakannya

ialah mereka mengetahui atau tidak tentang kehadirannya di dalam kehidupan.

Adalah kurang bijaksana sekiranya seseorang individu yang mengalami stres pada

peringkat awal tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja. Pengkaji

berminat untuk mengkaji mengenai stres dari aspek personaliti di kalangan guru

sekolah rendah khususnya untuk membantu para guru mengenalpasti personaliti

mereka terdedah kepada stres atau tidak. Perlu difahami bahawa stres yang

berlebihan atau tidak ditangani akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Page 19: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

19

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

Di dalam bab ini, akan membincangkan dan meninjau kajian-kajian yang lalu

berkaitan dengan tajuk kajian iaitu faktor stres, tahap stres dan personaliti. Kajian

yang berkaitan dengan stres atau tekanan memang banyak dilaksanakan sama ada di

dalam mahupun luar negara. Malah ianya dibincangkan secara meluas terutamanya

stres pekerjaan dan stres belajar. Kedua-dua cabang stres ini adalah berbeza dari segi

situasi. Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang berkaitan tahap stres dari aspek

personaliti dilaksanakan khususnya di kalangan guru sekolah rendah. Tujuan utama

tinjauan ini dibuat adalah untuk melihat persamaan, perbezaan dan hubungan yang

akan didapati dari dapatan yang akan dijalankan.

2.1 Kajian-Kajian Faktor dan Tahap Stres

Terdapat banyak kajian terhadap stres telah dilaksanakan tetapi

kebanyakkannya di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa

kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Bagi

membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang

terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek personaliti terhadap

guru sekolah rendah.

Page 20: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

20

Borget, et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah

rendah di Malta dan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan

mereka menyebabkan stres yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge, D. Dan

Martin (1993) juga telah menggunakan kajian yang sama ke atas guru-guru sekolah

menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus responden mengalami tahap

stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus responden

bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi.

Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989) telah menyenaraikan bahawa

wanita bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90

peratus manakala bagi pekerja lelaki pula hanya 10 peratus. Ini mungkin disebabkan

atau berpunca dari masalah kewangan, keadaan tempat kerja, diskriminasi di tempat

kerja, bidang tugas, ”hypertension” dan kesukaran mendapat kepuasan yang sama

dengan pasangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya

akan berlaku serentak. Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu

mengawalnya akan menjadikan ianya positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh

fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres merupakan pembunuh terbesar

penduduk dunia. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah ”penyakit gaya hidup

moden”.

Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou & Sutcliffe

(1977,1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. Dari kajian ini

didapati bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7

peratus dan seterusnya mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada

guru lelaki.

Fletcherdan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian

terhadap stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44

peratus responden mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25

peratus mengalami stres dan menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang

Page 21: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

21

mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari kehidupan dan selebihnya enam

peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan.

Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa

punca stres guru yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan )

ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).

Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud bahawa

jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang

tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru

itu sendiri. Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan

beban tugas untuk dilaksanakan.

Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992), di New South Wales

Mendapati bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih

tinggi berbanding guru yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya

didapati bahawa guru-guru di sekolah menengah mengalami stres lebih tinggi

berbanding guru-guru di sekolah rendah.

Di Malaysia, kajian mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum

ini tidak ramai pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982), dalam

kajiannya ke atas 71 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati

bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap sederhana. Chang Fui Chin (1996)

pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George Town dan mendapati tiga

perpuluhan dua peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1

peratus alami tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan satu

perpuluhan enam peratus tahap rendah.

Page 22: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

22

Majalah Skudai Post ( Januari 2000 ), stres boleh mengawal hati, perut dan

tekanan darah. Stres boleh berlaku disebabkan :

• Faktor intrinsik pekerjaan seperti panas, kebisingan, kemudahan yang

tidak lengkap atau kurang sesuai.

• Struktur organisasi.

• Pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang

• Peraturan organisasi yang mengongkong.

• Perhubungan di tempat kerja.

Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002) telah melaku-

kan kajian terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus

adalah wanita dengan purata umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi

jantina. Selain dari itu, satu kajian yang dilakukan di New York State (1979)

mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani masalah kenakalan

murid, pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah.

Ini sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh

Cichon dan Koff (1980), mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di

kalangan guru-guru di situ ialah perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang

nakal, dan tiada kepuasan kerja.

Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di

kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas

terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran.

Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam

keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu

bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin

menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti

bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada

320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.

Page 23: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

23

Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini

ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua

sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan

dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan

melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Senario yang lain pula ialah tahap menghadapi tekanan kerja tidaklah

bergantung pada jenis jantina sama ada lelaki ataupun wanita. Sebaliknya ia

bergantung kepada indvidu itu sendiri. Ini telah disokong oleh ungkapan ucapan

sempena Hari Guru tahun 1998, yang menyatakan bahawa :

“.........warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai

masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat

berdiri teguh dibelakangnya. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian

memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu

boleh dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya

saingnya, berbudaya ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang

melanda........”.

Y. Bhg. Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Menurut Schafer (1987), stres boleh dikategorikan kepada empat faktor

utama iaitu fizikal, mental (pemikiran), emosi dan tingkahlaku. Fizikal biasanya

merujuk kepada keletihan, kemalasan, pening kepala, sakit pinggang, hilang selera

makan dan sakit perut. Mental atau pemikiran pula berkaitan dengan kesukaran untk

memberikan tumpuan. Emosi pula merujuk kepada perasaan sedih, bimbang, takut

gagal, dan tidak sabar. Seterusnya ialah tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan

suka marah, bergaduh dan sifat yang agresif.

Page 24: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

24

Dilaporkan oleh Berita Harian 30 Mac 1985, lebih 3 000 orang guru di

sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia telah bersara awal untuk berkhidmat

di sektor swasta di antara tahun 1982 hingga 1985. Ini disebabkan oleh stres

pekerjaan itu sendiri disamping peluang berniaga, masalah keluarga dan kehendak

pasangan. Kesetiaan guru terhadap kerjayanya adalah alat pengukur kepada tahap

stres yang rendah.

Dalam satu temuramah bersama Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun

Razak oleh wartawan Berita Harian pada 5 Februari 1998, beliau menyatakan bahawa;

”Kementerian memahami ada guru berasa tertekan (stres) dengan bebanan

tugas yang diberikan terlalu banyak, sehinggakan ianya mengganggu kelancaran proses

pembelajaran di bilik darjah”.

Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru.

Secara keseluruhnya, stres membawa maksud tindakbalas dan bukan

rangsangan. Ini adalah petunjuk tekanan termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan

sosial. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan yang maksimum

dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang pertimbangan

dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah

stres.

Kini tidak dapat dinafikan lagi, bahawa tugas dan tanggungjawab Menteri

Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hihamuddin Tun Hussien, adalah untuk

menjamin kebajikan guru tanpa kompromi. Ini berikutan tanggapan sesetengah pihak

kerjaya guru adalah kakitangan kerajaan kelas kedua bukan kakitangan kerajaan

yang tulen. Hak mereka telah diumumkan untuk menikmati kerja lima hari

seminggu, tetapi masih menerima aduan mengenai kerja pada hari Sabtu.

Page 25: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

25

Kajian terbaru oleh NUTP bagi tahun 2006 mendapati bahawa inventori stres

guru telah meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel

yang terlibat 9 300 orang guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru

besar dan pengetua. Malah faktor-faktor yang menyebabkan stres juga turut

bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah:

Bil.

Faktor-faktor Stres

Sampel

Setuju

( % )

Tidak Setuju

( % )

1. Tekanan Ibu Bapa / Pelajar 9 300 83 17

2. Beban Tugas 9 300 79 21

3. Kenaikan Pangkat dan Laluan Kerjaya 9 300 74 26

4. Ketidakadilan Penilaian Prestasi 9 300 72 28

5. Minat 9 300 60 40

6. Infrastruktur 9 300 60 40

7. Lokasi Sekolah 9 300 32 66

Jadual 2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Stres

Lantaran itulah, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan

Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu

“Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya Perguruan” , pada Jun 2006 di Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di antara topik yang

diperbincangkan adalah “ Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan Semula

Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres: Sejauh

Mana Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres”.

Seramai 45 orang pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan

dijadikan acara tahunan serta terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya.

Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk membela nasib warga guru masih

tidak padam walaupun menghadapi pelbagai masalah akibat ledakan semasa dalam

pendidikan.

Page 26: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

26

2.2 Teori Personaliti

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk bertindak mengikut

situasi yang dihadapi oleh mereka. Psikologi personaliti telah mengklasifikasikan

sikap dan personaliti manusia kepada beberapa teori dan model. Ianya wujud

disebabkan manusia dan pengkaji terdahulu mempunyai pendapat dan pandangan

yang berlainan. Justeru itu, pengkaji telah mengambil beberapa teori dan model yang

mempunyai kaitan dengan stres dan personaliti bagi melihat hubungan diantara

kedua-duanya.

2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung

- Telah diperkenalkan pada tahun 1971

- Telah memperkenalkan personaliti individu boleh dikategorikan kepada 3

kumpulan utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert (Jung, 1971).

- Pengelasan ini memudahkan untuk diperhatikan perkaitannya dalan

kehidupan seharian seseorang individu berdasarkan ciri-ciri yang

condong kepada sesuatu kategori yang melampau.

- Individu yang normal pula, personaliti dizahirkan dalam keadaan yang

biasa dilakukan atau menerusi pengalaman lampau yang dilaluinya.

( Alsagoff, 1984 ).

2.2.1.1 Personaliti Ekstrovert

Individu yang memiliki personaliti ini biasanya akan menonjolkan ciri-ciri

yang boleh menyesuaikan diri dari aspek sosial dan amat berminat dengan orang lain

( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri lain yang amat ketara seperti :

- Lancar pertuturan

- Bebas daripada risiko

- Tidak mudah malu

- Konservatif

Page 27: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

27

- Mempunyai minat kepada aktiviti luar

- Peramah

- Cepat bertindak

- Gemar kepada perubahan

2.2.1.2 Personaliti Introvert

Merujuk kepada individu yang bersifat introvert yang dikatakan sebagai

kurang berminat dari aspek sosial tetapi berminat kepada perasaan dan dirinya

sendiri ( Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah Meng, 1995 ). Ciri-ciri individu yang introvert

adalah cenderung kepada :

- Lebih baik dalam bidang penulisan daripada pertuturan

- Bersifat pemalu, pasif, sensitif dan suka bersendirian

- Kurang berminat bergaul dengan orang atau bersosial

- Mudah merasa bimbang

- Minat membaca majalah dan buku-buku

- Sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan.

2.2.1.3 Personaliti Ambivert

Ambivert pula merujuk kepada personaliti yang menunjukkan bukti

berlakunya perubahan dalam keadaan yang sebenar, sentiasa berubah dan

berkemungkinan seseorang individu itu akan bersikap introvert dan ekstovert pada

waktu lain ( Crow & Crow, 1983 dalam Ee Ah Meng 1995). Ini bermaksud individu

yang mempunyai kedua-dua ciri, sama ada introvert dan ekstovert.

Page 28: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

28

2.3 Kajian tentang Personaliti

Menurut Holland ( 1985 ), melihat faktor keupayaan menyesuaikan diri

dengan persekitaran kerja dalam bentuk jenis personaliti seseorang dengan

persekitarannya. Jenis personaliti yang tidak kongruen atau tidak sepadan dengan

persekitaran dianggap sebagai punca kepada sikap tiada minat terhadap kerjaya

mahupun perkembangnnya.

Faktor-faktor seperti tugas yang dilaksanakan, tanggungjawab, kemahiran

yang diperlukan, peranan yang perlu dimainkan, kemudahan-kemudahan yang

disediakan dan individu di sekitar tempat bertugas perlulah bersesuaian dengan ciri-

ciri personaliti yang ada pada diri seseorang individu. Atau sekurang-kurangnya ia

berkaitan dengan apa yang dipersepsikan tentang dirinya sendiri.

Individu yang terlibat dalam bidang pendidikan mempunyai personaliti

berbentuk ‘sosial’, menurut Holland (1973). Ini bermaksud mereka (warga guru)

menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan memberitahu, memahami, melatih,

mengajar dan membantu orang lain. Tetapi hari ini, tidak semua guru yang ada

dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai personaliti tersebut, malah

sebaliknya.

Ini berikutan, mereka (warga guru) menceburi bidang ini hanya untuk

mempunyai sumber pendapatan yang stabil, personaliti mereka tidak sepadan dengan

persekitaran kerja pendidikan. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan guru yang

tidak berminat dalam profesionnya untuk memperkembangkan kerjayanya kerana

pengembangan kerjaya memerlukan pengorbanan yang besar.

Kajian yang dilakukan sebelum ini lebih memberi penekanan terhadap trait

personaliti dan ciri personaliti dengan pencapaian akademik. Namun yang demikian,

terdapat pengkaji yang mengambil berat tentang stres guru khususnya dari aspek

personaliti.

Page 29: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

29

Satu laporan dari New Straits Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan

bahawa, seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang kebanyakkannya mengajar di

sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis atau

neourosis). Walaupun bilangannya kecil tetapi jika dilihat daripada sudut nisbah

seorang guru dengan jumlah murid yang diajarnya maka implikasinya adalah sangat

besar dan penting. Guru merupakan model, pemikiran, sikap dan tingkahlakunya

mempunyai kesan terhadap muridnya sama ada secara langsung atau tidak.

Menurut Furhan dan Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta

Noraini (1984), telah mendapati keadaan yang dikaitkan dengan tidak kongruen

antara personaliti individu dengan persekitaran kerja akan menyebabkan keupayaan,

bakat dan minat yang dimiliki adalah bukan keupayaan yang sebenar. Atau dalam

erti kata lain, ia bukanlah keupayaan, bakat dan minat yang diperlukan oleh tugas

yang dilaksanakan.

Oleh yang demikian, cabaran-cabaran dalam tugas yang terpaksa dilakukan

tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Seterusnya jika individu

tersebut menghadapi masalah kerja ia sukar untuk menanganinya, ini akan

menyebabkan kekecewaan dan tekanan yang tidak terkawal. Faktor ini juga didapati

mempunyai kaitan dengan tindakan berhenti kerja (mengajar).

2.4 Penutup

Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang

kerjaya dari aspek personaliti. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa

kebanyakkan guru mengalami stres dan ianya berpunca dari pelbagai masalah.

Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan murid, ketidakadilan dalam

kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang disandang, pengurusan yang

tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya. Dalam kajian yang

akan dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji berminat untuk melihat hubungan stres

dari aspek personaliti. Adakah ianya signifikan atau sebaliknya?.

Page 30: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

30

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Metadologi kajian adalah merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk

mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi

mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang

penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh

dipercayai. Peranan bab ini adalah untuk membincangkan kaedah yang digunakan

dalam menjalankan kajian. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan

populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah

analisis yang diguna pakai.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Simon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis

yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami

oleh pembaca. Kajian berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah

proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab

soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun

gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi.

Page 31: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

31

Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik

merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stres

(yang meliputi faktor-faktor stres) dan stres dari aspek personaliti. Menurut Mohd

Najib (1998), kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan

antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua maklumat yang diperolehi

diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara

kuantitatif.

Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang

hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan

dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari

aspek personaliti. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi

personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di zon Permas Jaya, Johor

Bahru. Jumlah populasi sebenar ialah 170 orang guru tetapi hanya 118 yang dipilih,

ini berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W yang telah menetapkan kadar

tertentu jumlah sampel daripada populasi bagi kajian pendidikan dan pengukuran

psikologi, 1970. Saiz sampel kajian seramai 118 orang yang dipilih secara rawak

berstrata (kuota). Dimana sekolah yang mempunyai ramai guru maka pecahan

sampel yang diambil adalah lebih ramai ini dapat menunjukkan bahawa semua guru

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian ini.

Page 32: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

32

Pecahan sampel adalah seperti berikut :

Jadual 3.1 Pecahan Sampel Responden

SK. Zon Permas Jaya, Johor Bahru Sampel

Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 1 30

Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2 24

Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 20

Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 4 20

Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 5 16

Sekolah Kebangsaan Senibong 8

Jumlah Responden 118 orang

Kaedah persempalan yang digunakan bagi kajian ini ialah kelompok atas

kelompok.

3.3 Pembentukan Instrumen Kajian

Alat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn,

Wolfe dan Resenthel (1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan

menggunakan markat index. Ini telah dibuktikan oleh pengkaji yang lalu yang telah

menggunakan alat ukur ini ialah :

Jadual 3.2 Nilai Alpha alat ukur pengkaji yang lalu

Pengkaji Tempat Responden Nilai Alpha

Noriah (1994) UUM 180 0.8110

Anuar Md Som (1999) UTM 46 0.8315

Halan Malaka & rakan-rakan (2005) UTM 35 0.7781

Alat ukur stres dari aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman, M dan

Rosenman, R.H dan diterjemah oleh Malek Mukamat Said.

Page 33: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

33

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yang

digunakan untuk mendapatkan data ialah

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Peribadi / Demografi

Pada bahagian ini, ia mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan

maklumat peribadi atau latarbelakang responden. Antaranya ialah jantina, umur,

status dan pengalaman mengajar.

3.4.2 Bahagian B : Ujian Tahap Stres

Berpandukan kepada Anuar Mohd Som (1999), dengan pengubahsuaian

sebanyak 15 item telah dibentuk berkaitan dengan tahap stres. Pengubahsuian dibuat

kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dijalankan ke atas guru elektrik

yang berkhidmat di sekolah menengah teknik. Semua pengubahsuian item soalan

adalah berdasarkan situasi guru di sekolah rendah yang mungkin berlaku. Semua

responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan

yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.

Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah:

Jadual 3.3 Skala Likert 5 Mata

Amat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Amat Tidak

Setuju

1 2 3 4 5

Page 34: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

34

Secara keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya

sama ada ia bersifat positif atau negatif. Jika responden merasakan mereka

mengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4 atau 5 akan diberikan, tetapi

sebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang serius atau kuat

skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. Skor 3 pula diberikan

sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak.

3.4.3 Bahagian C : Ujian Stres dari aspek Personaliti

Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004), sebanyak 20 item akan

diguna pakai sebagai alat ukur stres dari aspek personaliti. Tiada pengubahsuian

dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru.

Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan

arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala yang

digunakan pula telah ditetapkan seperti berikut :

Jadual 3.4 Skala Likert 4 Mata

Kerapkali Selalu Kadang-

kadang

Tidak

Pernah

1 2 3 4

Secara keseluruhannya skala yang digunakan mempunyai peranannya.

Responden perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan

sekiranya ia acapkali berlaku (terlalu kerap), skor 2 jika dialami selalu, skor 3 jika

jarang mengalami situasi yang diberikan dan skor 4 bagi tidak pernah

mengalaminya.

Page 35: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

35

Cara pemarkatan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti

berikut :

Jadual 3.5 Pemarkatan Skala Likert 4 Mata

Skala Darabkan dengan Jumlah

1 Kerapkali 5 Jumlahkan

untuk menentukan

jenis

personaliti guru

2 Selalu 4

3 Kadang-kadang 2

4 Tidak Pernah 0

Berdasarkan 20 item yang digunakan untuk mengukur stres dari aspek

personaliti responden akan dikategorikan mengikut skor yang ditetapkan iaitu :

Jadual 3.6 Alat Ukur Stres Dari Aspek Personaliti Mengikut Skor

Skor Penerangan

0 - 49 Memiliki personaliti jenis B

Lebih 50 Memiliki personaliti jenis A

50 - 70 Memiliki personaliti jenis A Positif

Lebih 70 Memiliki personaliti jenis A dan berpotensi

menghadapi pelbagai risiko

Lebih 80 Memiliki personaliti jenis A Negatif

Tret atau ciri personaliti yang dimaksudkan jenis A dan B adalah seperti :

Jadual 3.7 Tret / Ciri Personaliti

Personaliti Ciri –ciri (tret-tret) Personal

Jenis A Agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, terdorong serta

berdaya saing.

Individu yang terdedah kepada stres.

Jenis B Penyabar, sederhana, kurang daya saing.

Individu yang memberi stres kepada orang lain.

Page 36: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

36

3.5 Tatacara Kajian

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji perlu mendapat kelulusan dari pihak

tertentu supaya memudahkan lagi proses pengambilan data atau maklumat. Kajian

ini melibatkan responden dari luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus

Skudai. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah :

(i) Mendapatkan kelulusan daripada pihak EPRD.

(ii) Mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah Pendidikan Negeri

Johor dan guru besar sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

(iii) Membuat pemilihan sampel

(iv) Membuat kajian rintis

(v) Membuat kajian sebenar. Penyelidik mengedarkan soal selidik sendiri

kepada responden (guru sekolah rendah) untuk dijawab dalam masa

yang ditetapkan dan diawasi oleh penyelidik.

(vi) Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version

15.0.

(vii) Menyiapkan laporan dan dihantar kepada penyelia.

Page 37: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

37

3.6 Kajian Rintis

Tujuan utama kajian rintis dijalankan adalah bagi menentukan

kebolehpercayaan soalan soal selidik. Selain itu, ia juga dapat menguji kefahaman

responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik dan dapat

meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohd Najib (1998),

sekiranya mendapat nilai koefisien yang tinggi iaitu 0.8 ke atas, maka

kebolehpercayaan adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan alat kajian yang diperolehi

adalah seperti berikut :

Jadual 3.8 Nilai Alpha alat ukur pengkaji

Item Nilai Alpha

Tahap Stres 0.874

Stres dari aspek Personaliti 0.844

3.7 Penganalisaan Data

Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version

15.0 digunakan untuk mendapatkan kekerapaan dan peratusan. Item-item pada

bahagian A diuji berdasarkan ujian statistik frekuensi bagi mendapatkan nilai

kekerapan dan peratusan.

Item pada bahagian B pula ia berkaitan dengan tahap stres yang merangkumi

faktor-faktor stres yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu beban kerja, masalah

interpersonal dan masalah pelajar yang menjadi keutamaan diuji berdasarkan

statistik frekuensi.

Pada bahagian C, stres dari aspek personaliti pengkaji melihat jenis

personaliti guru dan mengkategorikannya kepada dua jenis yang utama yang telah

ditetapkan.

Page 38: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

38

3.8 Penutup

Kajian ini dilakukan kepada 118 orang responden di kalangan guru sekolah

rendah di Zon Permas Jaya, Johor bahru. Kajian ini berbentuk deskriptif dan

penganalisian secara berkomputer dengan menggunakan perisian “Statistical

Package Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi peratusan data yang diperolehi tepat

dan jitu. Soal selidik yang dijalankan menggunakan mengikut skala yang telah

ditetapkan. Instrumen kajian pula pernah dijalankan dan diakui kesahannya. Dengan

menggunakan prosedur yang betul dalam kajian ini diharap dapat menghasilkan

kajian yang menepati tujuan penyelidikan.

Page 39: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

39

BIBLIOGRAFI

Allport. ( 1973 ). The New Direction in Educational research . Alterable Variables

Phi Delta Kappa

Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem.

Singapura : Time Books International.

Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana

Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri

Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu

Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana

Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi Personaliti Individu, Siri

Pendidikan Karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Borget, M. G & Fazlon, J. M. ( 1991 ). Sources of Teachers Stress in Maltese

Primary’s School. Research in Education. Volume 4: 44-49.

Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA :

Houghton Mitlin Co.

Page 40: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

40

Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur :

Penerbitan Fajar Bakti.

Dodge, D. & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca

Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri

Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.)

Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Tinjauan Tahap dan Punca

Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas

Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Freeman, Logan & Mc Coy. ( 1989 ). The New Direction in Educational Research.

Alterable Variables Phi Delta Kappa.

Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Furhan & Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam

Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana

Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.,

Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut

Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50.

Habibah Elias, Noran Fauziah. ( 1997, dalam Nooraini, 2002 ). Gaya Hidup Sebagai

Ciri Personaliti, Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya

Dengan Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi

Malaysia.

Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja.

Buletin PKPSM Perak, 1 (3), 15-17.

Page 41: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

41

Holland, J.L. ( 1973 ). Making Vocation Choices : A Theory of Career. Englewood

Cliffs, N.J. Prentice - Hall.

Holland, J.L. (1985). Personality dynamics, Development and Assessment . New

York : Harcourt, Brace & World, Inc.

Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan

Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di

SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda

Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.

Khn, Wolfe & Resenthel. ( 1964 ). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New

York.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And

Satisfaction. Volume 21 ( 2 ), 89-96.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational

Review, Volume 53 (1), 27-35.

Lem Boon. ( 1981 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Malek Muhamat Said. ( 2004 ). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur : PTS

Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Marshall, C., & Rossman G. G. ( 1995 ). Designing Qualitative Research, 3rd

Edition. Thousand Oaks: Sage.

Mc Cormick & Solmon. ( 1992 ). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling.

Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Page 42: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

42

Meichenbaum, D . & E. Jaremho, M. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap

dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik,

Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.),

Mohd Majid Konting. ( 1994 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. ( 1999 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Skudai :

Universiti Teknologi Malaysia.

Nariah. (1994). Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan

Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Kertas Projek Ijazah

Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman b. Lebar. ( 2006 ). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan

Metod. Tajung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ryckman. ( 2000 ). Behavior Modification : What it is and How to do it. Englewood

Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Schafer. ( 1987 ). Stress Management for Wellness. Chicago : Holt, Rinehart

and Winston, Inc.

Sharifah Alwiah Al- Sagoff. ( 1990 ). Sosiologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd

Selye, H. (1963). The Stress of Life. N. York : McGraw-Hill Book Co.

Shepherd P.C, ( 1987 ). Organize Your Way to Greater Success. 2nd Edition. Kuala

Lumpur : The Credo Trust.

Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan

Berkesan. Skudai Post: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).

Page 43: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

43

Simon. (1978), Teacher Stress and Burnout. Organizing Systems to Support

Competent Social Behaviour In Children and Youth : Volume III.

Siti Radziah. ( 1982 ). Stress and Mental Health in Society. Singapura : Heinemann

Publishers Asia Pte. Ltd.

Subash Kumar, ( 2005 ). Tekanan melawan; Pakar Psikitri Kanak-kanak,

Remaja dan Dewasa. Utusan Online.

Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom

performance. London : University of Wisconsin.

Zuria Mahmud et. al . ( 1999 ). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di

Malaysia. . Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.

Page 44: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

44

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK

Page 45: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

45

Universiti Teknologi Malaysia

SOAL SELIDIK KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR DARI ASPEK PERSONALITI.

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan

dengan kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya,

johor bahru, johor dari aspek personaliti.. Jawapan yang diberikan adalah sangat

penting dalam membantu kesahihan kajian ini. Penyelidik memberi jaminan bahawa

segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan. Jangan tulis nama anda supaya

jika berlaku keciciran tiada siapa yang dapat mengenali kertas soal selidik anda.

Tiada jawapan yang betul atau salah. Jawablah dengan jujur supaya kajian ini dapat

menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku.

Soal selidik ini mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk disempurnakan.

Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan pulangkannya kepada penyelidik.

Sebelum menjawab , sila baca dan fahami setiap arahan dan perkataan yang

diberikan.

Terima kasih di atas masa yang diberikan dan menjayakan kajian yang

penting ini.

Disediakan Oleh :

Noornazifah Md Suandi

4 SPT PKPG

Page 46: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

46

Bahagian A - Demografi

ARAHAN : Sila tandakan ( √ ) pada petak yang disediakan. 1. Umur

2. Jantina

3. Status

4. Pengalaman

mengajar

Bahagian B- Tahap Stres

Kenyataan di bawah menunjukkan beberapa situasi di persekitaran yang anda hadapi. Sila BULATKAN nombor pada jawapan yang anda fikirkan paling sesuai dengan kenyataan ynag disediakan.

Amat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Amat Tidak

Setuju

1. Saya merasakan yang saya silap memilih kerjaya.

2. Saya berfikir yang diri saya disisihkan oleh rakan sekerja.

3. Saya cepat marah jika diarahkan oleh pihak pentadbiran termasuklah ketua

panitia.

20 hingga 29 tahun

30 hingga 39 tahun

40 hingga 49 tahun

Lebih 50 tahun

Lelaki

Perempuan

Bujang

Berkahwin

Duda / Janda

Kurang 1 tahun

1 tahun hingga 5 tahun

6 tahun hingga 10 tahun

Lebih 10 tahun

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Page 47: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

47

Amat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Amat Tidak

Setuju

4. Saya tidak akan berjumpa pihak

pentadbiran jika mempunyai masalah tugas.

5. Saya menolak pandangan dan pendapat orang lain di sekolah.

6. Saya merasakan tugas yang saya lakukan tidak dihargai.

7. Saya merasakan tidak selesa jika dibebani tugas yang banyak.

8. Saya berfikir yang saya mungkin perlu untuk membunuh diri.

9. Saya berfikir untuk meletakkan jawatan.

10. Saya rungsing memikirkan masa depan saya selepas bersara. 11. Saya merasakan tugas pengkeranian yang saya lakukan adalah amat berat. 12. Saya berfikiran yang saya terpaksa datang ke sekolah untuk bertugas.

13. Saya merasa bimbang untuk bertugas.

14. Saya merasakan tugas di dalam bilik darjah membebankan.

15. Saya merasakan bahawa pelajar akan sentiasa mendatangkan masalah kepada saya.

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Page 48: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

48

Bahagian C : Ujian Personaliti Stres

Arahan : Sila tandakan [ √ ] pada kotak yang sesuai di sebelah setiap pernyataan

(item) yang berkaitan dengan anda. Jawab semua soalan.

Bil.

Item

Kerapkali

Selalu

Kadang-

kadang

Tidak

pernah

1. Saya lebih suka bermain ataupun menonton

sukan yang pantas / lasak.

2. Pemandu yang memandu perlahan di

hadapan saya menjijikkan saya.

3. Saya hanya bercakap perkara penting sahaja

pada diri saya.

4. Saya makan sambil membaca akhbar

ataupun menonton TV.

5. Saya rasa bersalah apabila tidak melakukan

apa-apa.

6. Saya suka pertandingan atau sukan yang

mencabar.

7. Saya selalu mengambil berat untuk

menyiapkan tugasan tepat pada masanya.

8. Saya makan lebih cepat daripada orang lain

9. Saya suka berjalan atau bergerak dengan

pantas.

10. Saya boleh melakukan dua atau lebih

tugasan pada masa yang sama.

11. Saya cuba menghabiskan semua tugas

dalam masa yang ada.

12. Saya menggigil apabila bercakap di

khalayak ramai.

13. Saya suka memotong percakapan orang lain

semasa perbincangan/ perbualan.

Page 49: 1 KAJIAN TERHADAP STRES NOORNAZIFAH BINTI MD · PDF file1 kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di zon permas jaya, johor bahru dari aspek personaliti noornazifah binti

49

Bil.

Item

Kerapkali

Selalu

Kadang-

kadang

Tidak

pernah

14. Saya tidak suka berbaris ataupun menunggu

lama.

15. Saya lebih banyak tidur berbanding orang

lain.

16. Saya suka bercakap lebih laju daripada

orang lain.

17. Bagi memastikan sesuatu perkara itu dibuat

dengan betul, saya akan menyemak semula

kerja yang telah disiapkan.

18. Saya ada alasan untuk menepati masa temu

janji yang telah ditetapkan.

19. Saya mengukur kejayaan saya dalam hidup

dengan keupayaan saya mengumpul harta.

20. Saya tidak sabar apabila melihat orang lain

melakukan sesuatu yang dapat saya lakukan

dengan cepat ataupun lebih baik.

Untuk kegunaan : Penyelidik sahaja 1. Bilang jumlah yang ditandakan ( √ ) pada setiap lajur.

2. Darabkan bilangan ruang yang ditandakan dengan

3. Jumlahkan semua skor bagi setiap lajur bagi mendapatkan skor keseluruhan.

5

4

2

0