hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti … · hubungan tahap stres dengan...

Click here to load reader

Post on 04-Sep-2019

15 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

    BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU

    DI DAERAH KOTA SETAR, KEDAH

    LIM BEE TING

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNCAN HENDAK BERHENTI

    KERJA Dl KALANGAN GURU-GURU Dl DAERAH KO'rA SETAR, KEDAH

    SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

    Saya LIM BEE TlNG

    ( I 1IJRlJF RESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSMISarjanaJDoktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan sepcrti berikut:

    I . 'l'esis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. t'erpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

    institusi penpajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( \i )

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAI lSlA RASMl 1972 )

    m I ( TERHALI (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasihadan di mana pcnyclidikan dijalankan )

    I I

    Alarnat TeVdp: 24, Jalan t>aya 30. Taman Dava, 52 100 Kepona, KL

    I'wikh: 21 April 2006

    I n . l)ij*kan oleh:

    v ALHABSHI (Nama Penyelia)

    Tarikh: 2 1 April 2006

    I

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SU1,IT atau TERHAD, siIa lampirkan surat daripada pihak

    berkuasahrganisasi berkenaan dengan menyatakan sekal i sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SllL,IT atau I'ERHAlI. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijuah Doktor Falsahh &an Sar,jana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Pro-jek Sarjana Muda ( PSM ).

  • "Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)".

    Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nama Penyelia : ~ ) g C I ~ a d ~ a Syed hohd Shafeq B Syed Mansor Alhabshi

    Tarikh : 2 1 April 2006

  • HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

    BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI DAERAH KOTA SETAR,

    NEGERI KEDAH

    LIM BEE TING

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.

    (Kejuruteraan Elektrik)

    FAKULTI PENDIDIKAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    APRIL, 2006

  • "Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.".

    Tandata- --- .

    Narna Penulis : Lim Bee "Ting

    Tari kh : 21 April 2006

  • iii

    DEDIKASI

    Buat ayah dan ibu yang tersayang…

    Lim Leong Song

    Goh Mong Kee

    … terima kasih atas kasih sayang, doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan

    sepanjang saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia

    Buat adik-beradik yang dikasihi…

    Kasih sayang, doa, sokongan yang anda berikan sentiasa dalam ingatan.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Untuk ayah, ibu, abang, kakak dan adik yang tersayang serta mereka yang

    dikasihi.

    Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia

    tesis PM. Syed Mohd. Shafeq Bin Syed Mohd. Mansor Alhabshi atas bimbingan, tunjuk

    ajar dan dorongan beliau dalam menyiapkan tesis saya ini.

    Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu

    Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun

    Sharifah Rodziah Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong Di Daerah Kota Setar,

    Negeri Kedah. Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.

    Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang

    sentiasa memberi sokongan moral serta Bantu yang sewajarnya sepanjang saya

    menyiapkan tesis ini.

    Sekian, terima kasih.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap stress dan hubungannya dengan

    kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah sekolah di

    Daerah Kota Setar, Kedah. Seramai 198 orang guru dipilih secara rawak untuk dijadikan

    responden bagi menjawab soal selidik yang mengandungi bahagian-bahagian untuk

    mengukur tahap stress guru, punca stress guru dan juga kecenderungan hendak berhenti

    kerja diukur dengan menggunakan instrument Propensity to Leave Index ( PLI ). Data

    diproses dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS ). Kajian

    mendapati hubungan di antara tahap stress dengan kecenderungan hendak berhenti kerja

    adalah lemah dan ianya boleh dikatakan hampir tiada hubungan di antara tahap stres

    dengan kecenderungan hendak berhenti kerja.

  • vi

    ABSTRACT

    This research is done to find out the relationship between Stress Level and the

    Tendency to Leave Job among the teachers in three of government school in District of

    Kota Setar, Kedah. A total of 198 teachers were selected to be the respondent for this

    research. A set of questionnaire contented three parts whish is for stress level

    measurement, factors of stress measurement and also tendency to leave job measurement

    ( Propensity to Leave Index ). Data have been analyst by using Statistical Package for

    Social Sciences ( SPSS ). The overall result of this research showed the relationship

    between stress level and the tendency to leave job is weak and also can be said that there

    is no relationship between stress level and tendency to leave job.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    BORANG PENGESAHAN TESIS

    PENGESAHAN PENYELIA

    JUDUL i

    PENGAKUAN DIRI ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI SINGKATAN xvi

    SENARAI LAMPIRAN xvii

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 7

    1.4 Persoalan Kajian 7

    1.5 Objektif Kajian 8

    1.6 Hipotesis Kajian 10

    1.7 Model Kajian 13

    1.8 Definisi Konsep 14

  • viii

    1.8.1 Guru 14

    1.8.2 Stres 14

    1.8.3 Sekolah 15

    1.8.4 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 15

    1.9 Kepentingan Kajian 15

    1.10 Skop Kajian 16

    1.11 Rumusan 17

    2 SOROTAN KAJIAN 18

    2.1 Pengenalan 18

    2.2 Konsep Stres Kerja Profesion Perguruan 19

    2.3 Teori Stres 19

    2.3.1 Tahap Stres 22

    2.4 Punca Stres 24

    2.5 Stres Dari Segi Demografi 27

    2.5.1 Jantina 27

    2.5.2 Status Perkahwinan 28

    2.5.3 Pengalaman Mengajar 28

    2.6 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 29

    2.7 Rumusan 30

    3 METODOLOGI KAJIAN 31

    3.1 Pengenalan 31

    3.2 Rekabentuk Kajian 31

    3.3 Prosedur Kajian 32

    3.4 Pembolehubah Kajian 33

    3.5 Tempat Kajian 34

    3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 34

    3.7 Instrumen Kajian 36

  • ix

    3.7.1 Bahagian A – Demografi 37

    3.7.2 Bahagian B – Alat Ukur Bahagian B – Tahap Stres 37

    3.7.2.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur Tahap

    Stres 38

    3.7.2.2 Permakatan Indeks Tahap Stres 38

    3.7.3 Bahagian C – Punca Stres 39

    3.7.3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan 40

    Alat Ukur Punca Stres

    3.7.3.2 Cara Permakatan “ Indeks Punca Stres ” 41

    3.7.4 Bahagian D – Kecenderungan Hendak Berhenti

    Kerja (Propensity To Leave Index) 43

    3.8 Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan Hendak

    Berhenti Kerja 45

    3.9 Analisis Data 45

    3.10 Kesimpulan 46

    4 ANALISIS DATA 47

    4.1 Pengenalan 47

    4.1.1 Demografi Responden 48

    4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 50

    4.3 Analisis Deskriptif 51

    4.3.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres 51

    4.3.2 Keputusan Analisis Deskriptif Punca Stres 52

    4.3.3 Keputusan Analisis Deskriptif Kecenderungan

    Hendak Berhenti Kerja 58

    4.4 Bahagian B : Laporan Analisis Inferensi 59

    4.5 Kesimpulan 84

  • x

    5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 85

    5.1 Pengenalan 85

    5.2 Perbincangan Analisis Tahap Stres 86

    5.2.1 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Jantina 87

    5.2.2 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 88

    5.2.3 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 88

    5.3 Perbincangan Analisis Punca Stres 89

    5.3.1 Punca Stres Dari Segi Demografi- Jantina 90

    5.3.2 Punca Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 91

    5.3.3 Punca Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 91

    5.4 Perbincangan Analisis Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 91

    5.4.1 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Jantina 92

    5.4.2 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 93

    5.4.3 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 93

    5.5 Perbincangan Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan

    Hendak Berhenti Kerja 94

    5.6 Kesimpulan 94

    5.6 Cadangan Berkaitan Dengan Kajian 95

    5.7 Penutup 96

    BIBLIOGRAFI 97 - 103

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

    3.1 Pecahan Item Mengikut Bahagian 30

    3.2 Bilangan Guru Dalam Sekolah Yang Dipilih 33

    3.3 Nilai Alpha Alat Ukur Tahap Stres Oleh Pengkaji Yang 36

    Lepas

    3.4 Markat skor bagi menentukan stres 37

    3.5 Alat ukur bahagian C – Punca stres 38

    3.6 Nilai alpha alat ukur punca stres oleh pengkaji yang

    lepas 39

    3.7 Pembahagian 39

    3.8 Nilai skor bagi item-item positif dan negatif bagi punca

    stres 40

    3.9 Jadual pemberian markat bagi indeks kecenderungan

    hendak berhenti kerja 41

    3.10 Jadual Penentuan Tahap PLI mengikut Mata Pemarkatan 42

    3.11 Jadual Penentuan Bagi Mengelaskan Tahap PLI 42

    3.12 Tahap Hubungan Korelasi 43

    4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 48

    4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut status perkahwinan 48

  • xii

    4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut pengalaman mengajar 49

    4.4 Keputusan analisis tahap stres dalam bilangan dan peratusan di kalangan responden 50

    4.5 Keputusan analisis deskriptif punca stres di kalangan guru-guru 51

    4.6 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap item di sub skala (Masalah Pelajar) 51

    4.7 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap item di sub skala (Beban Tugas) 52

    4.8 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

    item di sub skala (Hubungan International) 54

    4.9 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap item di sub skala (Peraturan Sekolah) 55

    4.10 Keputusan analisis kecenderungan hendak berhenti

    kerja dalam bilangan dan peratusan di kalangan

    responden 57

    4.11 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru

    lelaki dan guru perempuan 58

    4.12 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 59

    4.13 Analisis skor min tahap stres mengikut kumpulan pengalaman mengajar 60

    4.14 Analisis anova satu hala tahap stres mengikut pengalaman mengajar 60

    4.15 Keputusan analisis ujian-t punca stres (peraturan

    sekolah) antara guru lelaki dan guru perempuan 61

    4.16 Keputusan analisis ujian-t punca stres (beban tugas)

    antara guru lelaki dan guru perempuan 62

  • xiii

    4.17 Keputusan analisis ujian-t punca stres (hubungan

    interpersonal) antara guru lelaki dan guru perempuan 63

    4.18 Keputusan analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar)

    antara guru lelaki dan guru perempuan 64

    4.19 Analisis ujian-t punca stres (peraturan sekolah) antara

    guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 65

    4.20 Analisis ujian-t punca stres (beban tugas) antara guru

    sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 66

    4.21 Analisis ujian-t punca stres (hubungan interpersonal)

    antara guru sudah berkahwin dan guru belum

    berkahwin 67

    4.22 Analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar) antara

    guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 68

    4.23 Analisis skor min punca stres (peraturan sekolah)

    mengikut pengalaman mengajar 69

    4.24 Analisis anova satu hala punca stres (peraturan sekolah)

    mengikut pengalaman mengajar 70

    4.25 Analisis skor min punca stres (beban tugas) mengikut

    pengalaman mengajar 71

    4.26 Analisis anova satu hala punca stres (beban tugas) mengikut pengalaman mengajar 72

    4.27 Analisis skor min punca stres (hubungan interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 73

    4.28 Analisis anova satu hala punca stres (hubungan interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 74

    4.29 Analisis skor min punca ptres (masalah pelajar) mengikut pengalaman mengajar 75

    4.30 Analisis anova satu hala punca stres (masalah pelajar) mengikut pengalaman mengajar 76

    4.31 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja (PLI) antara guru lelaki dan guru perempuan 77

  • xiv

    4.32 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja (PLI) antara guru sudah berkahwin dan guru belum

    berkahwin 78

    4.33 Analisis skor min kecenderungan hendak berhenti kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 79

    4.34 Analisis anova satu hala kecenderungan hendak berhenti kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 80

    4.35 Analisis hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja (PLI) 81

  • xv

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

    Rajah 1.7 : Model Kajian 13

    Rajah 2.1 : Model Ketegangan Robbins 21

  • xvi

    SENARAI SINGKATAN

    N - Jumlah

    P - Signifikan

    Dk - Darjah Kebebasan

    SL - Sisihan Piawai

    Ho - Hipotesis Null

    TP - Tidak Pernah

    JS - Jarang Sekali

    KK - Kadang-kadang

    K - Kerap

    AK - Amat Kerap

    SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

    UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

  • xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

    A Borang Soal Selidik 104

    B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

    C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri

    D Senarai Bilangan Sekolah dan Guru Dalam Daerah Kota Setar

    E Jadual Penentuan Saiz Sampel

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pada zaman kini, profesion perguruan menjadi tumpuan utama dimana

    kebanyakan ibu-bapa sibuk dengan pekerjaan sendiri untuk mengejar tahap kehidupan

    yang lebih meninggi dengan menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak sekolah dan

    seterusnya tanggungjawab menjaga anak-anak mereka pun turut terserlah kepada pihak

    pendidik terutamanya guru-guru yang bertugas di sekolah. Dengan itu, harapan ibu-bapa

    terhadap guru-guru untuk mendidik dan menjaga anak-anak mereka bukan lagi setakat

    tanggungjawab seorang pendidik malah juga tanggungjawab sebagai seorang penjaga

    sementara ibu-bapa bekerja. Permasalahan ini telah mendatangkan tekanan kepada para

    pendidik. Tambahan pula berbagai aspek lagi yang telah menjadi factor kepada

    terjadinya tekanan di kalangan guru-guru.

    Berikutan dengan sistem pendidikan tempatan yang sering diperbaiki mengikut

    arus kemajuan. Bidang tugas guru menjadi semakin mencabar. Seseorang guru perlu

    memperolehi kemahiran yang berbagai bukan sahaja dari segi mendidik, malah juga cara

    meng-aktifkan pelajar dan peranan yang tinggi untuk menjaga kebajikan dan hak asasi

    pelajar seperti perlu dilindungi daripada kecelakaan atau emosi yang kurang

  • 2

    menyenangkan. Tugas untuk memastikan pelajar berada pada keadaan selamat dan

    dihargai juga turut menjadi tanggungjawab sebagai guru.

    Sejajar dengan sistem pelajaran Negara yang baru diperbaharui, pengajaran

    dalam dwi bahasa untuk mata pelajaran matematik dan sains dan berbantukan

    pengkomputeran telah menbebani para guru terutamanya bagi guru yang lebih berusia.

    Bagi guru yang berumah tangga dan terpaksa menghadiri kursus pemantapan untuk mata

    pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris dan penggunaan komputer dalam

    pengajaran, ini telah mendatangkan konflik dalam membahagikan masa untuk

    menghadiri kursus dan menjaga rumah tangga mereka. Guru bukan sahaja perlu

    mengubah cara penyampaian pelajaran malah juga perlu meluangkan masa untuk

    menyediakan Alat Bantu Mengajar dan perkeranian. Setiausaha Parlimen Kementerian

    Pendidikan, Datuk Muhadzir Mohd Khir semasa dalam sidang akhbar (Berita Harian, 31

    Julai 2003) menyatakan “Guru perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi dan berusaha

    mempelbagaikan kreativiti, termasuk menggunakan pendekatan baru pedagogi, bagi

    meningkatkan keberkesanan pengajaran, mewujudkan suasana keseronokan belajar.”

    Perkara yang sama juga telah diungkitkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri

    Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kementerian Pelajaran mahukan

    Pendekatan kerja rumah yang lebih menarik bagi pelajar. (Utusan Malaysia, 11 Februari,

    2005).

    Segala bebanan yang dikenakan kepada guru akan menjadikan punca

    peningkatan tahap stres. Oleh itu, Stres perlu diberi perhatian. Stres yang dikenalpasti

    puncanya dapat diurus dengan baik akan menjadi dorongan manakala stres yang tidak

    terurus akan mendatangkan kesan negatif terhadap guru dan seterusnya menjejaskan

    emosi serta motivasi dalam pengajaran dan akhirnya terjurus kepada kecenderungan

    untuk meninggalkan tempat kerja mereka. Manakala dari segi psikologikal menurut

    Lazarus and Folkman ( 1984 )adalah :

  • 3

    “a particular relationaship between the person and the environment that is

    appraised by the person as taxing on exceeding his or her resources and endangering

    his or her well-being.”

    Keadaan ini akan mewujudkan fenomena kebimbangan, ketegangan atau

    kegugupan di kalangan guru. Seterusnya fenomena stres di kalangan guru pula akan

    menjejaskan mutu perkhidmatan pendidikan yang dicurahkan oleh guru yang mengalami

    kemerosotan sehingga mendatangkan kesan negatif terhadap interaksi fizikal sertya

    kesihatan mental individu. ( Wisniewski and Gargiulo, 1997 ). Pendapat ini juga

    mendapat persetujuan ( Van Der Linde, 2000 ) yang menyataka stres guru

    mengakibatkan kemerosotan prestasi dan pencapaian dalam perkhidmatan perguruan

    sehingga memberi kesan negatif terhadap kualiti sistem pendidikan negara. Kenyataan

    ini turut disokong juga dengan Vetter, 2000 yang melaporkan kesan stres terhadap guru

    akan menyebabkan guru tersebut sering meminta cuti sakit dan tidak hadir ke sekolah.

    Guru juga akan menjadi kurang motivasi dan tidak menfokus dalam tugas mereka.

    Secara langsungnya kemerasotan prestasi akan melahirkan generasi muda yang kurang

    berkualiti. Oleh itu stres guru perlu dipandang berat dan dititikberatkan.

    1.2 Latar belakang Masalah

    Perubahan demi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan di Negara ini.

    Bidang pendidikan ini juga telah mengubah corak, proses pengajaran dan pembelajaran

    guru dan pelajar. Perubahan ini juga adalah berhubungkait dengan sikap guru yng mana

    perlu lebih positif seperti berempati, peramah, mempunyai emosi yang terkawal, lebih

    tekun, inovatif, komitmen, dedikasi dan sebagainya. Sikap positif sedemikian terhadap

    profesion selalunya akan membawa kepada peningkatan prestasi.

  • 4

    Arus perubahan yang ketara dan mendadak akan menimbulkan stres. Stres

    dalam pekerjaan akan membawa kepada ketidakpuasan setiap individu. Faktor seperti

    hubungan dengan pihak pengurusan dan persekitaran dan perkembangan kerjaya akan

    mendorong suasana kerja yang penuh ketegangan. Mengikut Vettor et. Al, 2000,

    keadaan ini boleh mengakibatkan timbulnya masalah ponteng kerja, kurang motivasi,

    tidak berfokus dalam tugas, kemalangan dan penyakit yang berhubungkait dengan stres.

    Guru terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab, masa yang digunakan untuk

    perancangan dan persediaan mengajar terpaksa dihabiskan begitu sahaja. Ini dinyatakan

    oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Menurut laporan (New

    Straits Times, 1 Jun 1993) sebilangan guru yang berkerja terlampau keras telah membuat

    pilihan bersara lebih awal. Perkara ini juga disokong dengan petikan Berita Harian, (21

    oktober 1994) dalam “Kerajaan Menghalang Guru Bersara Awal.”

    Menurut Timbalan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)

    P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13 Februari 1995) beban kerja guru yang semakin

    meningkat perlu dibuat kajian semula. Terlalu banyak aktiviti di sekolah dan berada

    terlalu lama di sekolah menyebabkan guru menghadapi stres. Setiausaha Parlimen

    Kemenrterian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir juga menyatakan “ Memanglah

    guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu tetapi kementerian

    sentiasa percaya kepada keikhlasan mereka menjalankan tugas mendidikan dan

    menyampaikan ilmu kepada pelajar.” ( Berita Harian, 31 Jualai 2003).

    Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Fong Chan Onn

    mengeluarkan kenyataan dalam (Berita Harian, 9 April 1995), kementerian pendidikan

    sedang berusaha menguruskan program pengurusan tekanan untuk semua guru akibat

    daripada tugas guru yang semakin mencabar termasuk mengadakan kursus kaunseling.

    Dengan ini, jelaslah bahawa kementerian pendidikan juga mengakui wujudnya stres di

    kalangan guru.

  • 5

    Selain itu masyarakat kini begitu peka terhadap pencapaian akademik anak-anak

    mereka juga meningkatkan stres terhadap guru. Begitu juga kritikan dengan niat yang

    jahat daripada sesetengah pihak memburukkan lagi keadaan. Peningkatan salah laku

    pelajar dan kemerosotan displin pelajar dikaitkan dengan kemampuan guru mendidik

    dan membentuk akhlak pelajar. Tanggapan dan tuduhan melulu menambah stres kepada

    guru. Soh (1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi di mana berlakunya

    perubahan dalam masyarakat maka berubahlah suasana sekolah. Guru tertekan dan ini

    menjejaskan prestasi dan sikap guru.

    Kejadian guru menghukum pelajar secara keterlaluan seperti menumbuk,

    terajang, tampar, adalah gambaran guru-guru yang menghadapi stres yang serius.

    Contohnya (Jelita, Jun 1998) Mohd Azraei Ismail meninggal didera guru. Ini adalah di

    antara insiden yang berlaku di kalangan guru yang menghadapi fenomena ke arah stres

    yang serius. Utusan Malaysia (20, Januari 2005) juga melaporkan kejadian seorang guru

    Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang yang merotan pelajarnya,

    Megat Mohd. Asri Megat Wahab yang berumur 14 tahun yang tidak menyiapkan

    sembilan daripada 10 karangan Bahasa Melayu. Berkanaan dengan kejadian yang sama,

    Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa

    sikap segelintir guru yang bertindak mengikut emosi dan gagal mengawal kemarahan,

    boleh menjejaskan kredibiliti guru-guru lain secara keseluruhannya (Utusan Malaysia,

    11 Februari, 2005).

    Masyarakat tidak terlintas untuk menyentuh kebajikan guru. Ini jelas dilihat

    dalam “Himpitan hidup paksa guru pandu teksi” (Berita Harian, 10 Mac 1997). Inilah

    kerja sampingan yang dilakukan oleh guru dan tidak hairanlah ada guru yang sanggup

    berhenti kerja dan bertukar kepada profesion yang lain. Akhbar yang sama juga

    mengeluarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Mohd. Khalid

    Bin Yunus iaitu guru-guru yang meletakkan jawatan seramai 365 orang pada tahun

    1993, 588 orang pada tahun 1994 dan 829 orang pada tahun 1995. Jika ini berterusan,

  • 6

    Negara akan kekurangan guru. Profesion perguruan dilihat sebagai kerjaya yang kurang

    menarik dari segi gaji atau pendapatan yang kurang lumayan berbanding dengan

    Negara-negara lain(Berita Harian, 24 April 1995). Tambahan pula, dengan sikap pelajar

    yang semakin ganas dimana kejadian yang dilaporkan ( Berita Harian, 24 Mei 2002 )

    bahawa seorang guru telah mengalami cedera pada tangan dan pinggang akibat

    dibelasah menggunakan kerusi plastik oleh pelajar tingkatan dua dari arah belakang

    ketika hendak beredar dari meja pelajar tersebut semasa peperiksaan dijalankan di

    Sekolah Menengah Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor.

    Guru yang berhenti kerja atau bersara awal setakat ini tidak menggugat

    perjalanan sistem pendidikan, jika ianya meningkat ketara seakan mencabar kreadibiliti,

    imej dan bidang perguruan itu sendiri. Mengikut teori penghijrahan ada dua faktor yang

    menyebabkan seseorang itu berpindah. Pertama faktor penolak iaitu masa dan

    kesabaran dan kedua faktor penarik iaitu gaji dan glamour. Faktor penolak dan penarik

    sesuatu kerjaya berkait rapat dan berjalan serentak. Faktor-faktor ini diaplikasikan

    dalam bidang perguruan, maka sudah pastilah seseorang itu akan meninggalkan

    profesionnya lebih awal daripada tarikh sebenar. Ini adalah kerana guru yang

    mengalami stres tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa berkhidmat.

    Ini merugikan Negara kita yang sedang menuju kepada sebuah Negara industri. Menjadi

    tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.

    Setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak pentadbir dan organisasi

    boleh menguruskan program yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dan

    mencari punca stres bagi mengelakkan guru-guru berhenti kerja dan meninggalkan

    profesion yang amat penting ke arah menjana anak bangsa kita menyahut pelbagai

    cabaran yang mendatang. Oleh itu dengan adanya kajian ini diharap guru-guru dapat

    mengenalpasti punca-punca dan tahap stres mereka, seterusnya akan mengambil langkah

    tertentu untuk mengatasi masalah.

  • 7

    1.3 Pernyataan Masalah

    1.3.1 Ibu bapa sering menginginkan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang

    cemerlang dengan meletakkan segala tanggungjawab kepada guru-guru sekolah

    menyebabkan guru-guru sering merasa tertekan dan mengalami stres. “

    Memanglah guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu.”

    (Datuk Mahadzir Mohd Khir, 31 Jualai 2003). Oleh itu pengkaji ingin meninjau

    tahap stres yang dialami oleh guru-guru yang mengajar di beberapa buah sekolah

    menengah di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah.

    1.3.2 Pengkaji ingin meninjau samada terdapat hubungan di antara tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru yang mengajar di

    beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar, Negeri kedah.

    1.4 Persoalan Kajian

    1.4.1 Apakah tahap stres dikalangan guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar Negeri Kedah?

    1.4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

  • 8

    1.4.3 Apakah punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal atau masalah pelajar) yang menyebabkan stres di kalangan guru-guru di sekolah

    tersebut?

    1.4.4 Adakah terdapat perbezaan punca stres dari segi demografi (jantina, status perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

    1.4.5 Apakah tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dikalangan guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar Negeri Kedah?

    1.4.6 Adakah terdapat perbezaan tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dari segi demografi (jantina, status perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

    1.4.7 Apakah hubungan antara stres yang dikaji ini dengan kecenderungan hendak berhenti kerja?

    1.5 Objektif Kajian

    Matlamat kajian ini secara umumnya adalah untuk meninjau hubungan tahap

    stres dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah

    Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah serta punca yang

    menyebabkan stres tersebut.

    ADP2D.tmp

    PSM LIM1.pdfADP2D.tmp

    PSM LIM1.pdfADP2D.tmp