guru bahasa arab yang berkualiti: satu · pdf file5 carta 3: peratusan tentang ciri...

7
1 GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU TINJAUAN AWAL Nazri Atoh, 1 Saipolbarin bin Hj. Ramli, 2 Mohd. Zawawi Ag Hamat, 3 [email protected] 1,2,3, Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak: Guru merupakan insan yang mencorak tranformasi pendidikan negara. Generasi celik bahasa selain bahasa ibunda mampu menjadi jambatan penghubung dengan kebudayaan luar. Dalam konteks Malaysia, bahasa Arab merupakan bahasa asing dengan penggunaannya yang hanya terbatas pada majlis-majlis keagamaan. Keterbatasan inilah yang menjadi antara faktor penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar agak lemah. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang ciri-ciri profesional seorang guru bahasa Arab di Malaysia. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data berkaitan dengan kreteria seorang guru secara umum. Selain itu, soal selidik turut dijalankan terhadap responden yang merupakan guru- guru bahasa Arab sekolah menengah untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri profesional seorang guru bahasa Arab. Katakunci: guru, ciri-ciri profesional, bahasa Arab. PENDAHULUAN Dalam menghadapi cabaran globalisasi, guru memainkan peranan penting dalam mencorak sosio-budaya sebuah negara pada masa akan datang. Menurut Dodd, W.A. (1977) kewangan yang mungkin cukup dalam sesebuah negara tidak memberikan pulangan dalam aspek pendidikan, jika tiada insan yang berkhidmat sebagai guru di sekolah sebagai tenaga pengajar atau dalam menjalankan sistem pentadbirannya. Antara program yang pernah dan sedang dilaksanakan untuk menyediakan guru di Malaysia adalah seperti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan Program Bacelor Pendidikan (Foo Say Fooi, 2005:90). Guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah dengan peranannya tidak terbatas kepada aspek pengajaran dan pembelajaran sahaja, tetapi mencakupi aspek pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah (Mok Soon Sang, 2000:176). Hal ini membuktikan bahawa peranan seorang guru sangat penting dalam melahirkan generasi yang celik ilmu. Selain daripada itu, guru turut berperanan melahirkan generasi yang bakal menjadi jambatan pemghubung dengan luar dalam memperkenalkan kebudayaan tersendiri sesebuah negara. Perkara seumpama ini digalas oleh seorang guru yang mengajar bahasa selain bahasa ibunda seperti bahasa Arab. Oleh itu, peranan guru sebagai insan yang memberikan didikan secara formal tidak dapat disangkal. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN 978-967-5478-78-9

Upload: phungkhue

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

1

GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU TINJAUAN AWAL

Nazri Atoh,1 Saipolbarin bin Hj. Ramli,

2 Mohd. Zawawi Ag Hamat,

3

[email protected] 1,2,3,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak: Guru merupakan insan yang mencorak tranformasi pendidikan negara. Generasi

celik bahasa selain bahasa ibunda mampu menjadi jambatan penghubung dengan kebudayaan

luar. Dalam konteks Malaysia, bahasa Arab merupakan bahasa asing dengan penggunaannya

yang hanya terbatas pada majlis-majlis keagamaan. Keterbatasan inilah yang menjadi antara

faktor penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar agak lemah. Oleh itu, kertas kerja ini

membincangkan tentang ciri-ciri profesional seorang guru bahasa Arab di Malaysia.

Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data berkaitan dengan

kreteria seorang guru secara umum. Selain itu, soal selidik turut dijalankan terhadap

responden yang merupakan guru- guru bahasa Arab sekolah menengah untuk mendapatkan

maklumat tentang ciri-ciri profesional seorang guru bahasa Arab.

Katakunci: guru, ciri-ciri profesional, bahasa Arab.

PENDAHULUAN

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, guru memainkan peranan penting dalam mencorak

sosio-budaya sebuah negara pada masa akan datang. Menurut Dodd, W.A. (1977) kewangan

yang mungkin cukup dalam sesebuah negara tidak memberikan pulangan dalam aspek

pendidikan, jika tiada insan yang berkhidmat sebagai guru di sekolah sebagai tenaga pengajar

atau dalam menjalankan sistem pentadbirannya. Antara program yang pernah dan sedang

dilaksanakan untuk menyediakan guru di Malaysia adalah seperti Kursus Diploma Perguruan

Malaysia (DPM), Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD), Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah (KPLI), Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK), Program Khas Pensiswazahan

Guru (PKPG) dan Program Bacelor Pendidikan (Foo Say Fooi, 2005:90).

Guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan

kurikulum dan program pendidikan di sekolah dengan peranannya tidak terbatas kepada

aspek pengajaran dan pembelajaran sahaja, tetapi mencakupi aspek pencapaian aspirasi dan

matlamat sekolah (Mok Soon Sang, 2000:176). Hal ini membuktikan bahawa peranan

seorang guru sangat penting dalam melahirkan generasi yang celik ilmu. Selain daripada itu,

guru turut berperanan melahirkan generasi yang bakal menjadi jambatan pemghubung dengan

luar dalam memperkenalkan kebudayaan tersendiri sesebuah negara. Perkara seumpama ini

digalas oleh seorang guru yang mengajar bahasa selain bahasa ibunda seperti bahasa Arab.

Oleh itu, peranan guru sebagai insan yang memberikan didikan secara formal tidak dapat

disangkal.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

2

Bahasa Arab merupakan bahasa yang digunakan di Semenanjung Tanah Arab yang

merangkumi kawasan di antara Lautan Hindi di sebelah selatan sehingga ke daerah Damsyik

di sebelah utara dan di antara Teluk Parsi serta sungai Dajlah dan Furat di sebelah timur,

sehingga ke Laut Merah, malah sehingga ke sungai Nil di sebelah barat (al-Asad, 1956:1).

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang berasal daripada rumpun bahasa Samit yang

masih kekal hingga ke hari ini (Khafaji, 1992:99). Antara faktor yang menyebabkan bahasa

Arab kekal ke hari ini ialah kedudukannya yang diperkuatkan dengan turunnya al-Qur’an

dalam bahasa tersebut (Osman, 1999:28).

Dalam konteks Malaysia, bahasa Arab merupakan bahasa asing dengan

penggunaannya yang terbatas hanya pada majlis-majlis keagamaan. Berdasarkan kepada

tinjauan pengkaji penggunaan Bahasa Arab di sekolah menengah Kementerian Pendidikan

Malaysia pula terhad kepada subjek Bahasa Arab. Sementara itu penggunaan Bahasa Arab di

sekolah bawah kelolaan kerajaan negeri pula, tidak terbatas kepada subjek Bahasa Arab

tetapi turut mencakupi subjek-subjek pengajaian Islam yang lain seperti tawhid, fekah, sirah

dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, faktor perkembangan sains dan teknologi di samping

faktor sosio-ekonomi negara-negara Timur Tengah dan negara Teluk, permintaan terhadap

penggunaan bahasa Arab telah merentasi penggunaan retorik pada sebelumnya. Bahasa Arab

mula diguna pakai dalam melahirkan profesional dalam bidang sains dan teknologi seperti

jurutera, doktor perubatan dan saintis. Situasi ini merupakan perkembangan positif yang akan

menggalakkan permintaan terhadap tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia.

PERMASALAHAN KAJIAN

Guru merupakan pendidik yang dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi

tugas menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya (Mok Soon Sang, 2000:186). Menurut

Esah Sulaiman (2003) tugas sebagai guru sentiasa dipandang murni dan dihormati

masyarakat, tetapi profesion perguruan ini tidak semudah yang disangka. Penguasaan bahasa

Arab dalam kalangan para pelajar bergantung kepada tiga faktor utama. Faktor pertama

adalah faktor guru itu sendiri yang merangkumi aspek keilmuan seorang guru dan metodologi

yang diguna pakai. Faktor kedua pula ialah faktor diri seorang pelajar yang merangkumi

aspek aras intelektual seorang pelajar dan motivasi dirinya terhadap aktiviti pembelajaran dan

pengajaran yang berlaku di dalam kelas. Manakala faktor yang ketiga pula ialah faktor

persekitaran seperti suasana bilik darjah yang kondusif, waktu pembelajaran dan pengajaran

yang sesuai dan pengaruh dari rakan sebaya (Ratib Qasim ‘Asyur & Muhammad Fu’ad al-

Hawamidat, 2010:54). Oleh itu, kajian ini dijalankan di peringkat sekolah menengah sebagai

tinjauan awal kerana pengajian peringkat menengah merupakan kelayakan untuk memasuki

pengajian pendidikan guru di peringkat Institut Pendidikan Guru dan Universiti. Berikut

adalah soalan kajian yang menjadi fokus utama pengkaji:

Apakah ciri-ciri profesional yang perlu ada pada pada seorang guru bahasa Arab bagi

melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Arab dengan baik?

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau secara umum ciri-ciri profesional seorang guru bahasa

Arab. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan beberapa ciri-ciri profesional seorang guru

bahasa Arab bagi memastikan produk insaniah yang bakal dilahirkan mempunyai nilai kualiti

yang tinggi serta bersifat professional.

Page 3: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

3

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan dalam mengumpul data daripada pelbagai

sumber. Selain itu, data dan maklumat turut diperoleh melalui soal selidik terhadap lima

belas guru-guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah menengah. Responden-responden ini

terdiri daripada graduan AT49 (Program Bahasa Arab dan Pendidikan), Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Data-data yang diperoleh kemudiannya dianalisis untuk menjawab

soalan kajian yang berkaitan tentang ciri-ciri profesional seorang guru bahasa Arab.

ANALISIS

Daripada maklumat dan data yang diperoleh, pengkaji merumuskan ciri-ciri seorang guru

bahasa Arab di Malaysia.

CIRI-CIRI SEORANG GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI

Ciri 1: Opsyen Pengajian Guru Mestilah Bahasa Arab.

Tahap pengajian guru bahasa Arab sama ada peringkat sijil, diploma, sarjana muda, sarjana

dan doktor falsafah. Hal ini disebabkan guru yang memahami sesuatu perkara itu yang

selayaknya menyampaikan. Oleh itu, seorang guru bahasa Arab yang berkesan adalah guru

yang memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam bahasa Arab yang merangkumi

morfologi, sintaksis, retorik dan sebagainya.

Berdasarkan kepada dapatan soal selidik terhadap 15 responden, pengkaji mendapati

bahawa 2 (dua) responden yang mewakili 13.3% bersetuju terhadap ciri seorang guru bahasa

Arab yang berkualiti mestilah berkelulusan bahasa Arab, manakala selebihnya yang terdiri

daripada 86.7% pula sangat bersetuju. Berikut adalah carta yang merumuskan peratusan

dapatan daripada jawapan responden:

Carta 1: Peratusan tentang ciri “Opsyen pengajian guru mestilah bahasa Arab”

CIRI 2: Guru mestilah mempunyai pendidikan tentang perguruan, atau sekurang-

kurangnya pernah berpraktikum di sekolah.

Persediaan seorang bakal guru dengan mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan guru

dapat memberikan pengetahuan meluas tentang konsep pendidikan, umpamanya Kemahiran

Profesional Keguruan yang mencakupi kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar,

pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi secara lisan dan bertulis, kemahiran mengurus serta

kemahiran menggunakan komputer sebagai media.

Page 4: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

4

Selain itu, pendidikan perguruan turut memberikan gambaran kepada bakal guru

tentang situasi P&P di sekolah. Di samping itu, latihan mengajar yang bakal dijalankan turut

memberikan pengalaman sebelum bergelar sebagai guru.

Dapatan kajian daripada responden menunjukkan bahawa 10 (sepuluh) responden

yang mewakili 66.7% sangat bersetuju dengan ciri seorang guru bahasa Arab mestilah

mempunyai pendidikan tentang perguruan atau sekurang-kurangnya pernah menjalani latihan

mengajar di sekolah. 5 (lima) rsponden yang terdiri daripada 33.3% sekadar bersetuju.

Berikut adalah carta yang merumuskan dapatan tersebut:

Carta 2: Peratusan tentang ciri “Guru mestilah mempunyai pendidikan tentang

perguruan, atau sekurang-kurangnya pernah berpraktikum di sekolah”

CIRI 3: Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab

Guru bahasa Arab mestilah menggunakan bahasa Arab sebagai medium pengantar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini untuk membiasakan pelajar dengan bahasa

Arab. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam

pengajaran ini hanyalah 80% daripada setiap sesi pengajaran. Hal ini disebabkan bahasa

Arab bukanlah dikategorikan sebagai bahasa kedua seperti bahasa Inggeris.

Berdasarkan kepada dapatan soal selidik, 2 (dua) responden yang mewakili 13.3%

tidak bersetuju dengan ciri ini, manakala 4 (empat) responden yang terdiri daripada 26.7%

sangat bersetuju. 9 (sembilan) responden yang mewakili 60% pula hanya sekadar bersetuju.

Berikut adalah rumusan dapatan terhadap ciri “medium penyampaian P&P mestilah 80%

dalam bahasa Arab:

Page 5: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

5

Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam

bahasa Arab”

CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran yang menarik dan berkesan

Guru bahasa Arab hendaklah menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik

dan berkesan bagi menarik minat pelajar. Antaranya guru bahasa Arab menggunakan

pendekatan permainan dalam pengajaran, seperti bermain teka silang kata, sahibba dan

sebagainya untuk memudahkan pelajar mengingati kaedah sintaksis atau morfologi sesuatu

perkataan. Selain daripada itu, kaedah nyanyian juga boleh digunakan oleh guru bahasa Arab

untuk memudahkan pelajar menghafal kaedah tasrif sesuatu perkataan dengan mudah.

Penggunaan ICT boleh digunakan guru bahasa Arab selari dengan generasi yang celik IT

ketika ini.

Selain itu, guru bahasa Arab mestilah memperbanyakkan latihan tambahan kepada

pelajar untuk menilai tahap pemahaman mereka terhadap subjek. Latihan tersebut hendaklah

pelbagai mengikut tahap mudah, sederhana dan susah. Guru bahasa Arab juga hendaklah

menggalakkan pelajar bertanya dalam kelas tanpa merasa malu jika terdapat kesalahan

tatabahasa semasa berkomunikasi.

Dapatan kajian melalui soal selidik terhadap ciri ini menunjukkan bahawa kesemua

15 (lima belas) responden sangat bersetuju seperti dalam carta berikut:

Carta 4: Peratusan tentang ciri “Pembelajaran dan Pengajaran yang menarik dan

berkesan”

CIRI 5: Cakna dengan persekitaran pembelajaran

Page 6: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

6

Tugas seorang guru bahasa Arab itu tidak terbatas kepada mengajar sahaja, tetapi guru

tersebut hendaklah mengambil berat tentang persekitaran pembelajaran dengan melihat reaksi

pelajar di dalam kelas. Perkara ini bertujuan untuk memastikan pelajar terlibat dalam proses

P&P. Selain itu, guru bahasa Arab juga mestilah mendekati pelajar yang lemah dalam

mengikuti pembelajaran dengan memberikan bimbingan yang sesuai dengannya seperti

mengulang semula sub-topik yang diajar, bertanya soalan terus kepada pelajar tersebut,

membuat ringkasan isi penting di setiap penghujung sesi pengajaran.

Selain itu, sikap cakna ini menggambarkan sikap jujur seorang guru bahasa Arab

dalam pengajarannya. Hal ini dapat menggalakkan pembelajaran yang efisien kerana

wujudnya interaksi antara guru dan pelajar. Perwatakan baik yang ditunjukkan oleh seorang

guru dalam proses P&P dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas.

Berdasarkan soal selidik kepada responden tentang ciri ini, 9 (sembilan) responden

yang mewakili 60% bersetuju bahawa guru bahasa Arab yang berkualiti adalah yang cakna

dengan persekitaran pembelajaran, manakala 6 (enam) responden yang terdiri daripada 40%

sangat bersetuju. Berikut adalah rumusan daripada dapatan tentang ciri ini:

Carta 5: Peratusan tentang ciri “Cakna dengan persekitaran pembelajaran”

PENUTUP

Guru merupakan insan yang berperanan besar dalam mencorak lanskap negara. Di samping

tugas yang digalas untuk mengajar dan mendidik, golongan ini tidak terlepas daripada

menghadapi pelbagai masalah. Kajian ringkas ini mendapati bahawa antara ciri-ciri

professional seorang ialah opsyen pengajian guru mestilah bahasa Arab, guru mestilah

mempunyai pendidikan tentang perguruan, atau sekurang-kurangnya pernah berpraktikum di

sekolah. Selain daripada itu, medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab,

serta pembelajaran dan Pengajaran yang menarik dan berkesan serta cakna dengan

persekitaran pembelajaran juga merupakan ciri guru bahasa Arab yang berkualiti. Walau

bagaimanapun, keberkesanan dalam pengajaran itu perlulah didasari dengan niat ikhlas

seorang guru dalam mendidik. Semua pihak seperti pihak pentadbiran sekolah, guru-guru,

ibu-ibu dan bapa-bapa perlu berganding bahu dalam melestarikan agenda kerajaan dalam

Tranformasi Pendidikan bagi melahirkan generasi yang intelek.

Page 7: GURU BAHASA ARAB YANG BERKUALITI: SATU · PDF file5 Carta 3: Peratusan tentang ciri “Medium penyampaian P&P mestilah 80% dalam bahasa Arab” CIRI 4: Pembelajaran dan Pengajaran

7

RUJUKAN

Al-Asad, Nasr al-Din. 1956. Masadir al-Shi‘r al-Jahili. Kaherah: Dar al-Ma‘arif. Dood,

W.A. (pnyt.) 1979. Guru dengan Tugasnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esah Sulaiman 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Foo Say Fooi 2005. Etika Perguruan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Khafaji, Muhammad ‘Abd al-Mu‘im. 1992. Al-Hayah al-Adabiyah fi al-‘Asr al-Jahili. Beirut:

Dal al-Jil.

Mok Soon Seng. 2000. Pendidikan di Malaysia untuk Diploma dan Perguruan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Osman Haji Khalid. 1999. Kesusasteraan Arab Zaman Permulaan Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ratib Qasim ‘Asyur & Muhammad Fu’ad al-Hawamidat. 2010. Asalib Tadris al-Lughat al-

‘Arabiyyat baina al-Nazariyyat wa al-Tadbiq: Amman:D ar al-Maisarah Li al-Nasyar wa al-

Tawzi’ wa al-Tiba‘at .