gurindam beberapa petua hidup

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 08-Mar-2016

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM SPM

TRANSCRIPT

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

TEMANilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang

MAKSUDRangkap 1Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.Rangkap 2Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.Rangkap 3Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.Rangkap 4Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupanRangkap 5Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.Rangkap 6Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari rakan yang sesuai.Rangkap 7Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.Rangkap 8Orang yang menganiayai orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.

PERSOALAN1. Persoalan berfikiran baik dalam kehidupan. Contoh : ( R1) Kurang fikir kurang siasatTentu dirimu kelak sesat2. Menjaga percakapan sesama insan. Contoh ; (R2) Kalau mulut tajam dan kasarBoleh ditimpa bahaya besar3. Persoalan memilih rakan baik dalam pergaulan. Contoh (R6) Dunia ini taman pergaulan Hendaklah pilih sahabat dan taulan4. Persoalan berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia. Contoh : (R7) Barang siapa berbuat jasaMulia namanya segenap masa

5. Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan. Contoh : (R8) Barang siapa berbuat khianatTuhan kelak memberi laknat.