gst dan cukai

4
Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada padatahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum hargaminyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang.Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan hargabarangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusankerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagiusaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidakbertanggungjawab.Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segipenguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya.Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secaralembut dan berperingkat-peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut danrakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakantindakan itu tidak wajar dilaksanakan.Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru- baruini. Satu usaha yang mengembalikan “kuasa” rakyat untuk memberi maklum balas terhadapsebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten.Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju,mata wang kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain.Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hiduprakyat berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat. Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkankerajaan mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini.Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti UtaraMalaysiaSumber:Oleh: Rohami ShafieBerita disunting daripada sumber : Utusan MalaysiaAPAKAH EKONOMI MAKRO DAN EKONOMI MIKRO?Ekonomi merupakan satu istilah yang luas, meliputi berbagai-bagai unsur yang

Upload: nazhatulshima

Post on 25-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gst Dan Cukai

Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada padatahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum hargaminyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang.Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan hargabarangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusankerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagiusaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidakbertanggungjawab.Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segipenguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya.Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secaralembut dan berperingkat-peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut danrakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakantindakan itu tidak wajar dilaksanakan.Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baruini. Satu usaha yang mengembalikan “kuasa” rakyat untuk memberi maklum balas terhadapsebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten.Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju,mata wang kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain.Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hiduprakyat berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat. Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkankerajaan mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini.Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti UtaraMalaysiaSumber:Oleh: Rohami ShafieBerita disunting daripada sumber : Utusan MalaysiaAPAKAH EKONOMI MAKRO DAN EKONOMI MIKRO?Ekonomi merupakan satu istilah yang luas, meliputi berbagai-bagai unsur yang mempengaruhisituasi dan tingkat kesejahteraan individu, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Terdapat tiga bidang utama yang perlu difahami oleh kita tentang ekonomi iaitu ekonomi makro,ekonomi mikro dan ekonomi antarabangsa. Ekonomi makro berkaitan dengan tingkat keseluruhankegiatan ekonomi negara termasuk kajian mengenai dasar ekonomi negara, inflasi dan

pengangguran. Ekonomi mikro pula membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kecekapanpengeluaran, agihan pendapatan dan keuntungan syarikat. Manakala ekonomi antarabangsamembicarakan perdagangan di antara sesebuah negara dengan negara-negara lain serta hal-halberkaitan pembayaran dan kadar pertukaran mata wang asing.Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha MohamedSISTEM-SISTEM EKONOMISistem KapitalisSistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciriterpenting sistem ini ialah ia

Page 2: Gst Dan Cukai

mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian.Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpabanyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak jugamenetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawahsistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual danmemindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalanlancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekaldan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalampasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan danundang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikatadalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini.Sistem Ekonomi SosialisSistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran danpemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumberkeperluan utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dansumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benarmengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaanmenguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran.Negara-negara yang mengamalkan sistem ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laosdan beberapa negara di Afrika.Sistem Ekonomi KomunisSistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasarpasaran bebas. Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalahdiuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumbernegara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan.Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dansebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara astakehendak rakyatnya sendiri.Sistem Ekonomi CampuranSistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atarasistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swastabekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara

menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaansebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusanekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaanmenjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta ataupersendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar sertamenjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagaiinsentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negarayang mengamalkan sistem ekonomi campuran.Ekonomi IslamKegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutanterhadap ekonomi di dalam Islam adalah penting kerana Islam satu cara hidup yangmenyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia.Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w.

Page 3: Gst Dan Cukai

Daripadasumber-sumber ini, ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsipsistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama dirumuskan seperti berikut:1. Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah2. Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan Ekonomi3. Sikap Positif Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi4. Agihan Semula Kekayaan5. Perkongsian Untung (Dan Rugi)Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed

Activity (4)

FILTERSAdd to collectionReviewAdd NoteLike

JeaniferPhan liked this