group fadilah ~ data sekunder.doc

Upload: scott-sheppard

Post on 07-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

1.0 PENGENALAN

Dalam pengumpulan data, secara amnya sumber maklumat data-data yang dikumpulkan terbahagi kepada dua kategori iaitu data utama dan juga data sekunder. Data utama merupakan data yang dikumpulkan dan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti soal selidik dan juga temubual. Manakala data sekunder pula merupakan data yang diperolehi melalui kajian literatur daripada buku-buku rujukan, majalah dan bahan rujukan yang lain. Bahan bahan rujukan yang digunakan terdiri daripada bahan bercetak seperti jurnal, buku, majalah dan lain lain. Data sekunder adalah informasi yang dikumpul bukan untuk kepentingan kajian yang sedang dilakukan tetapi untuk benberapa tujuan yang lain. Data sekunder adalah data yang sudah tersedia dan kita hanya perlu mencari dan mengumpulnya sahaja. Data sekunder mudah diperolehi kerana ia sudah tersedia misalnya di Perpustakaan, biro pusat statistik dan lain-lain. Walaupun data sekunder sudah tersedia, tetapi kita tidak boleh lakukan ia secara sebarangan. Hal ini kerana untuk mendapat data yang tepat dan sesuai dengan penyelidikan, kita perlu membuat beberapa pertimbangan. Antara pertimbangan yang harus kita lakukan adalah mengetahui jenis data yang harus sesuai dengan tujuan penyelidikan yang kita sudah tentukan. Selain itu kita tidak hanya menekankan pada jumlah tetapi pada kualiti dan kesesuaian pada tajuk yang kita pilih . Faktor lain yang harus dipertimbangkan adalah data sekunder biasanya digunakan sebagai pendukung data primer, oleh itu kadang-kadang kita tidak hanya menggunakan data sekunder sebagai satu-satunya sumber informasi untuk menyelesaikan masalah penyelidikan tersebut.

Data sekunder dapat membantu seseorang menjimatkan masa dan perbelanjaan dalam mencari sesuatu topik untuk melakukan penyelidikan. Hal ini kerana, data sekunder yang sudah tersedia dapat dicari maklumatnya dalam perpustakaan atau hanya mencarinya dalam internet. Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan masa pencarian, sekaligus dapat menjimatkan pembiayan seseorang penyelidik kerana ia tidak perlu mengeluarkan belanja untuk mencari maklumat sendiri. Semasa melakukan penyelidikan, kita harus mengetahui kegunaan data sekunder dalam penyelidikan yang kita lakukan. Antara kegunaan data sekunder ialah, merupakan pemahaman masalah, penjelasan masalah, pengumpulan alternatif, dan juga sebagai penyelesaian masalah.

2.0 JENIS-JENIS DATA SEKUNDER

Data sekunder merupakan jenis-jenis sumber data yang diperolehi melalui kaedah secara tidak langsung dari objek penyelidikan. Data sekunder adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dan disediakan daripada sumber-sumber lain. Data data sekunder juga diklasifikasikan sebagai data yang diperolehi melalui kajian literature daripada buku-buku rujukan yang digunakan terdiri daripada bahan bercetak seperti jurnal, buku, majalah dan lain-lain. Data sekunder merupakan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan sedia ada dan boleh diperolehi daripada bahan rujukan perpustakaan .

Data sekunder juga melibatkan kajian-kajian kes , media masa dan media elektronik seperti maklumat yang didapati dari surat khabar dan majalah . Kebiasaannya data sekunder ini banyak digunakan berbanding dengan data primer kerana senang didapati dan sumbernya banyak didapati di perpustakaan , muzium dan arkib negara . Tetapi kelemahan data sekunder ini adalah kerana mungkin maklumat yang didapati adalah palsu dan boleh dipersoalkan kebenaran dan kesahihannya . Ini adalah kerana kebanyakan maklumat dari data sekunder telah ditokok tambah dan menjadikan keputusan dalam sesuatu penyelidikan akan samar . Keadaan ini juga boleh menyebabkan kajian atau panyelidikan yang dilakukan akan menghasilkan satu keputusan yang boleh dipersoalkan kerana data yang digunakan tidak mengukuhkan hujah yang kita nyatakan .

Data sekunder boleh diklasifikasikan berdasarkan sumber, iaitu data dalaman dandata luaran. Data dalaman ialah data yang berasal dari dalam organisasi di mana penyelidikansedang dilakukan. Contohnya, data jualan dan kos yang dikomplikasi dalam kitaranperakaunan yang normal merupakan data sekunder dalaman yang akan diberikan padabanyak masalah penyelidikan, seperti penilaian strategi pemasaran atau membuat penilaian kedudukan kompetitif syarikat dalam industri. Sedangkan, data luaran ialah data yang berasal dari luar organisasi di mana penyelidikan sedang dilakukan. Sumber data luaran boleh dibahagikan menjadi sumber-sumber yang secara teratur menerbitkan data-data statistik dan menyediakannya secara percuma kepada para pengguna (contohnya kerajaan), dan organisasi-organisasi komersial yang menjual jasanya kepada pelbagai pengguna (contohnya ACNielsen).Antara jenis-jenis data sekunder adalah seperti berikut :

i) Jurnal

Penulisan jurnal amat berguna untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penulisan jurnal kebiasaanya menjadi antara rujukan utama kepada pelajar untuk dijadikan sebagai sumber maklumat penyelidikan dan penulisan kerja yang ingin dihasilkan.

ii) Buku

Buku sememangnya alat penting bagi manusia memperoleh ilmu. Tanpa buku adalah sukar untuk manusia itu menjadi lebih bijak dan berpotensi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Maka kepentingan buku tidak boleh tidak amat bermakna bukan sahaja dalam membentuk pemikiran manusia tetapi turut meresapi sehingga kepada pembangunan tamadun manusia itu sendiri. Buku juga merupakan antara jenis data sekunder yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi sesuatu tujuan terutamanya untuk menjalankan kajian dan penyelidikan.

iii) Majalah

Majalah juga tergolong sebagai jenis data sekunder yang digunakan untuk memperolehi maklumat dan sumber-sumber yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian dan penyelidikan. Meskipun penggunaan majalah adalah tidak begitu meluas jika dibandingkan dengan penggunaan jenis data sekunder yang lain seperti jurnal, buku mahupun surat khabar, akan tetapi majalah juga sebenarnya antara bahan komponen utama sebagai wadah penyampaian ilmu yang sesuai dijadikan sebagai data sekunder bagi sesuatu rujukan dalam penyelidikan.

iv) Surat khabar

Kepentingan surat khabar memang tidak dapat dinafikan akan kepentinganya bagi seseorang itu untuk mendapatkan maklumat terkini dan ilmu pengetahuan yang berguna. Sejak zaman berzaman, surat khabar menjadi bahan bacaan utama bagi masyarakat manusia di dunia ini. Ini dapat menjadikan betapa surat khabar mempunyai kuasa besar dalam menyampaikan maklumat kepada penggunanya. Oleh hal yang demikian juga ramai pengkaji dan pelajar turut menjadikan surat khabar sebagai data sekunder mereka untuk mendapatkan maklumat.

v) Maklumat internet

Dalam dunia yang kian maju kini, tidak dapat dinafikan maklumat kini adalah mudah diperolehi. Hanya menaip di muka computer sahaja, kita dapat memperolehi maklumat yang kita inginkan. Oleh hal yang demikian juga, maklumat daripada internet digolongkan sebagai data sekunder yang kian popular digunakan pada masa sekarang

vi) Rekod fail lama

Rekod rekod dari fail lama juga dikelaskan sebagai data sekunder. Rekod fail lama sebenarnya dapat dijadikan sebagi bahan rujukan dan kajian sesuatu kerja. Rekod fail lama biasanya mempunyai kepentingan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

3.0 KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN PENGGUNAAN DATA SEKUNDER

Data sekunder sememangnya mempunyai kepentingan kepada penyelidik bagi memperolehi maklumat dengan mudah dan berkesan. Terdapat berbagai kepentingan dan kelebihan yang dalam penggunaan data sekunder ini, antaranya adalah seperti berikut :

i) Menjimatkan Masa Dan Kos PenggunaJika maklumat yang diperlukan adalah data sekunder, maka pengguna hanya perlu pergi ke perpustakaan atau melayari internet sahaja, bagi menentukan sumber yang sesuai, serta mengambil dan merekodkan maklumat yang dikehendaki. Hal ini memakan masa tidak lebih dari beberapa hari dan lebih murah. Dengan data sekunder, beban yang dikeluarkan semasa prosespengumpulan data telah dibayar oleh penyusun awal maklumat. Walaupun masihperlu kos untuk menggunakan data itu, namun biayanya tetap jauh lebih rendah berbanding jika pengguna bertindak mengumpulkan sendiri maklumat.ii) Pemahaman Masalah

Data sekunder boleh digunakan sebagai bahan pendukung untuk memahami masalah yang akan kita teliti. Sebagai contoh apabila kita ingin melakukan kajian dalam suatu syarikat, syarikat mempunyai company profile atau data pentadbiran lain yang dapat kita gunakan sebagai pencetus untuk memahami persoalan yang muncul dalam syarikat tersebut dan yang akan kita gunakan sebagai masalah kajian. Data sekuder ini dapat membantu kita untuk mendapatkan maklumat yang jelas terhadap pemahaman masalah yang sedang kita selidiki.

iii) Penjelasan Masalah

Data sekunder juga bermanfaat sekali untuk memperjelaskan akan masalah dan menjadi lebih beroperasi dalam penyelidikan kerana didasarkan pada data sekunder yang tersedia ada. Kita dapat mengetahui bahagian-bahagian situasi persekitaran yang mengelilinginya. Hal ini akan menjadi lebih mudah bagi penyelidik untuk memahami persoalan yang akan diteliti, khususnya mendapatkan pengertian yang lebih baik mengenai pengalaman-pengalaman yang serupa dengan persoalan yang akan diteliti.

iv) Formula Alternatif-Alternatif Penyelesaian Masalah Yang Sesuai

Sebelum kita mengambil sesuatu keputusan, kadang-kadang kita memerlukan beberapa alternatif lain bagi memperolehi keputusan yang lebih menyakinkan dan berkualiti serta berasas kekuatannya. Data sekunder adalah bermanfaat dalam mewujudkan beberapa alternatif lain yang menyokong dalam penyelesaian masalah yang akan diteliti. Dengan semakin banyaknya maklumat yang kita perolehi, maka penyelesaian masalah akan menjadi jauh lebih mudah apabila maklumat yang diperolehi dapat mewujudkan pelbagai pilihan alternatif terbaik kepada kita untuk memilihnya.

v) Penyelesaian Masalah

Data sekunder disamping memberi manfaat dalam membantu mendefinisikan dan mengembangkan masalah, data sekunder juga sebenarnya dapat membantu dalam mewujudkan penyelesaian permasalahan yang ada. Tidak selalu persoalan yang akan kita teliti akan memperolehi jawapannya hanya berdasarkan pada data sekunder sahaja.4.0 KELEMAHAN DATA SEKUNDER

Pada dasarnya data sekunder diklafikasikan sebagai data yang sedia ada dan sering dijadikan rujukan untuk mendapatkan bahan rujukan untuk sesebuah penyelidikan. Data sekunder juga boleh ditafsir sebagai merupakan pendekatan penelitian yang menggunakan data-data yang telah ada, selanjutnya dilakukan proses analisa dan interpretasi terhadap data-data tersebut sesuai dengan tujuan penelitian. Data sekunder yang diperolehi akan dibuat analisa, dan interpretasi sama ada data tersebut sesuai dengan penelitian kajian yang ingin dilakukan. Data sekunder ini amat penting kepada sesebuah kajian bagi membolehkan penyelidik mengenalpasti tujuan sebenar sesuatu kajian dan membandingkan data tersebut dengan data yang bakal diperolehi melalui hasil penelitian sebenar iaitu data premier.

Data-data sekunder ini lazimnya boleh diperolehi daripada hasil penyelidikan terdahulu atau melalui sumber penyelidikkan yang telah dibuat oleh pengakaji-pengkaji yang telah diyakini kebenarannya. Selain itu juga, data sekunder juga diperolehi melalui sumber rujukan daripada buku, jurnal ilmiah, internet dan bagi penyelidikan di sekolah pula diperolehi daripada kajian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Data sekunder ini boleh diperolehi mengikut tajuk-tajuk penyelidikan yang ingin dilakukan untuk dijadikan sebagai medium gambaran penyelidikan sesebuah kajian. Sesebuah hasil penyelidikan juga menjadi sumber yang penting kepada sesebuah kajian supaya boleh menjadi kayu pengukur terhadap sesebuah kajian.

Walaupun data sekunder ini menjadi sumber rujukan terhadap sesebuah kajian, tetapi wujudnya kelemahan daripada data sekunder yang telah diperolehi melalui pelbagai bahan rujukan. Antara kelemahan data sekunder adalah seperti data sekunder tidak memberi gambaran tepat mengenai tujuan sebenar projek atau kajian. Hal ini terdapat wujud data sekunder yang bercanggah dengan hasil sebenar sesuatu kajian. Data sekunder ini kebiasaanya berbeza disebabkan oleh faktor pengukuran, definasi kelas yang digunakan dan peredaran zaman yang ketara. Contohnya dapat dilihat apabila data sekunder yang dikumpul adalah kajian pada 10 tahun dahulu, tidak dapat di samakan dengan zaman sekarang. Selain itu juga pengkelasan atau klafikasi kajian yang digunakan selalu berbeza dengan kajian yang ingin dilakukan. Pengukuran kepada sesuatu kajian juga berbeza, contohnya seperti terdapat sumber yang hanya menggunakan temuduga, kaji selidik dan sebagainya, tetapi berbeza dengan kajian yang ingin dilakukan yang lebih menjurus ke arah data kualitatif ataupun data kuantitatif.Selain itu kelemahan data sekunder juga adalah tujuan data tersebut berbeza dengan penelitian yang ingin dilakukan. Hal ini kerana ada diantara data sekunder yang dikumpul mempunyai tujuan lain yang tidak selari dengan tujuan kajian yang sebenar. Ini dapat dilihat apabila sesuatu yang sumber yang dikumpul mempunyai tujuan yang lain tidak seperti tujuan sebenar kajian yang ingin dilakukan. Contohnya seperti sumber rujukan yang diperolehi lebih bertujuan untuk mengkaji prestasi pelajar di sekolah bandar dan luar bandar, tetapi berbeza dengan kajian yang ingin dilakukan yang menjurus kepada penelitian terhadap kemudahan sekolah di luar bandar dan bandar yang mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar.

Antara kelemahan data sekunder juga adalah kekuatan atau sumber yang diperolehi tidak terjamin kebenarannya. Hal ini mungkin disebabkan oleh hasil interpretasi data yang tidak tepat oleh pengkaji-pengkaji sebelumnya. Penggunaan data sekunder secara menyeluruh akan menyebabkan hasil kajian tidak bertepatan dengan tujuan sebenar kajian. Hal ini akan menyebabkan kajian tidak berkualiti dan hasilnya tidak memberangkan. Sumber daripada data sekunder ini juga, lazimnya boleh berubah dari tahun ke tahun mengikut peredaran zaman dan teknologi semasa. Selain itu, hasil kajian juga boleh berubah mengikut data demografi dan geografi seseuatu kajian yang ingin dilakukan. Kebolehpercayaan terhadap seseuatu data sekunder tidak dapat dipastikan dengan tepat jika tidak di uji dengan data premier. Ini memerlukan data premier yang boleh menyokong terhadap data sekunder supaya data tersebut tepat dan tidak terpesong dari tujuan asalnya.

Kelemahan data sekunder juga adalah tidak relevan dari segi zaman dan peredaran semasa. Hal ini kerana data sekunder ini tidak dikemaskini setiap masa, ini menjadikan data tersebut ketinggalan zaman dan tidak boleh diguna pakai untuk dijadikan sebagai sumber rujukan kajian. Tahap relevan sesutau kajian boleh dinilai melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai kebenarannya mengikut sumber rujukan yang terkini dan boleh dijadikan sandaran kepada sesutau kajian. Jika sumber yaang diperolehi tidak dikemaskini dari semasa ke semasa, sumber tersebut tidak relevan jika digunakan sebagai sumber rujukan kajian. Ini kerana sumber tersebut amat berbeza dan dapatan kajian tersebut tidak bertepatan dengan tujuan atau penelitian untuk kajian pada masa kini. Oleh itu, pengenalpastian data sumber yang terkini diperlukan bagi membolehkan sumber tersebut dijadikan sokongan kepada data premier. Data sekunder yang terbaik adalah data yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa yang boleh dijadikan rujukan yang baik dan boleh dianlisa oleh pengkaji.

Oleh itu, pengumpulan data yang tepat perlu dititiberatkan supaya data yang dikumpul menjadi bahan rujukan yang boleh dijadikan sandaran kepada sesuatu kajian. Selain itu, pengumpulan data yang tepat perlu dilakukan dengan teliti supaya hasil kajian yang dilakukan berkualiti tinggi dan tidak bercanggah dengan kajian yang ingin dilakukan. Data yang dikumpul perlu pelbagai dengan melalui teknik-teknik yang berlainan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.5.0 METOD KAJIAN

PerkaraPeneranganSecara praktik

Mengenalpasti MasalahDaripada Interest, tentukan bidang penyelidikan yang hendak dijalankan. Pemahaman isu, tertumpu kepada penyelidikan sumber yang ada dan nasihat diperolehi daripada pakar-pakar dalm bidang berkenaan.

Tumpukan skop bidang yang hendak dikaji kepada satu topik yang spesifik

Mengenalpasti Masalah

Mencadangkan hipotesisTentukan hipotesis Tentukan matlamat dan objektif kajian.

Tentukan saranan yang khusus, jelas, logik dan berupaya dikaji dengan menimbulkan soalan-soalan penyelidikan yang tertentu berdasarkan hipotesis matlamat dan objektif.

Tentukan jawapan yang mungkin kepada soalan penyelidikan.

Tentukan cara bagi menyusun, mengelas dan menilai fakta-fakta tersebut.

Mencadangkan hipotesis

Menganalisa dataMemproses dan menganalisa data dengan teliti untuk mendapatkan jawapan bagi soalan penyelidikan.

Menyemak data dengan teliti dan menerangkannya.

Daripada analisa yang telah dibuat, menguji soalan penyelidikan dan hipotesis yang telah disarankan.

Memberikan pendapat, cadangan dan kesimpulan.

Menganalisa data

Melaporkan keputusanBerdasarkan analisa yang telah dibuat, cadangan penyelesaian dibuat ianya mungkin meliputi cadangan jangka masa pendek dan cadangan jangka masa panjang.

Melaporkan penemuan daripada kajian serta jawapan bagi hipotesis kami.

Melaporkan keputusan

5.1 Metod prosedur pengumpulan dataProsedur pengumpulan data antara lain adalah dengan cara :

1. Wawancara atau temubual adalah sebuah dialog yang dilakukan oleh penemubual (interviewer) untuk memperoleh maklumat.

2. Kuesioner adalah sejumlah pertanyaan tertulis yang digunakan untuk memperoleh maklumat dari responden dalam laporan tentang peribadinya atau hal-hal yang diketahui.

3. Observasi adalah cara pengambilan data dengan melihat secara langsung yang dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai alat pengumpulan.

Kuesioner terbuka : kuesioner yang memberi kesempatan kepada responden untuk menjawab dengan perkataan sendiri.

Kuesioner tertutup : kuesioner tertutup yang sudah disediakan jawapannya sehingga membolehkan responden membuat keputusan.5.2 Data Sekunder Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperolehi daripada peneliti secara tidak langsung melalui media perantara (diperoleh dan dicatat oleh pihak lain). Data sekunder biasanya terdiri daripada bukti, catatan atau laporan. Sebelum proses pencarian data sekunder dilakukan, perlu melakukan cara membuat pertanyaan-pertanyaan sebagai berikut:

1) Apakah kita memerlukan data sekunder dalam menyelesaikan masalah yang akan diteliti?

2) Data sekunder seperti apa yang kita mahukan? Data sekunder dapat dipergunakan untuk hal-hal seperti berikut:

Pemahaman Masalah:

Data sekunder dapat digunakan untuk memahami masalah yang akan dikaji. Sebagai contoh, sebelum memulakan perniagaan, haruslah mengenalpasti setiap masalah yang bakal dihadapi.

Penjelasan Masalah: Data sekunder digunakan untuk mempejelaskan masalah dan ianya akan menjadi lebih tersusun. Selain itu ianya dapat mengetahui masalah-masalah yang wujud di dalam data sekunder. Hal ini akan menjadi lebih mudah bagi peneliti untuk memahami persoalan dan masalah yang akan diteliti, seterusnya dapat mengatasi masalah-masalah yang wujud.Penyelesaian Masalah:

Sebelum membuat suatu keputusan, kadang-kadang memerlukan beberapa cara lain. Data sekunder memberi manfaat untuk mewujudkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah seterusnya dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.Metod pengambilan data sekunder

Pengambilan data sekunder tidak boleh dilakukan secara sembarangan, oleh karana itu ianya memerlukan metode tertentu. Cara-cara pengambilan data dapat dilakukan secara a) manual, b) online dan c) kombinasi manual dan online.

a. Pencarian Secara ManualSampai saat ini masih terdapat banyak organisasi, perusahaan yang tidak mempunyai data base lengkap yang dapat diakses secara online. Oleh karana itu, masih perlu melakukan pencarian secara manual. Pencarian secara manual boleh menjadi sukar jika kita tidak tahu metodnya, hal ini karana terdapat banyak data sekunder yang terdapat dalam suatu organisasi mempunyai maklumat yang sedikit. Cara yang paling efisien ialah dengan melihat buku indeks, rujukan di perpustakaan, refleksi, dan kajian lampau yang sesuai dengan persoalan yang akan diteliti. Data sekunder dari sudut pandang peneliti dapat diklasifikasikan menjadi dua, iaitu data internal, data yang sudah tersedia di lapangan dan data eksternal, iaitu data yang dapat diperoleh dari berbagai sumber lain.Lokasi Internal:

Lokasi internal dapat dibagi dua sebagai sumber maklumat yang berasal dari data base khusus dan data base umum. Data base khusus biasanya terdiri daripada maklumat penting yang biasanyan dirahasiakan dan tidak disediakan untuk umum misalnya, data akauntansi kewangan, data penjualan dan informasi penting kerana hanya boleh diketahui oleh orang-orang tertentu. Data jenis ini akan banyak membantu dalam memberi maklumat yang tepat.

Sebaliknya, data base umum merupakan data yang tidak bersifat rahsia dan boleh diketahui oleh umum. Data jenis ini biasanya terdapat di perpustakaan atau disimpan dalam komputer yang dapat diakses secara umum. Data ini biasanya berbentuk dokumen-dokumen peraturan pemerintah mengenai perdagangan, berita, jurnal perusahaan, profil dan data-data umum lainnya.Lokasi Eksternal:

Data eksternal dapat dicari dengan mudah karena biasanya data ini tersimpan di perpustakaan umum, perpustakaan negara atau swasta dan universiti. b. Pencarian Secara Online

Dengan berkembangnya teknologi internet, maka muncullah banyak data base yang menjual berbagai maklumat. Data base ini dikendalikan oleh orang yang berpengalaman. Tujuannya ialah untuk memudahkan pencarian data.

Teknik Analisis Data

Dalam menyusun metode atau metodologi penelitian, teknik analisis data mutlak dicantumkan dan diuraikan secara jelas dan terperinci. Apabila dilakukan secara kuantitatif, maka teknik kuantitatif apa saja yang digunakan, serta bagaimana rumusan dan ketentuan penghitungannya. Apabila dilakukan secara kualitatif, maka perlu dihuraikan tahapan-tahapan kualitatif yang dilaluinya secara jelas. Dalam teknik analisis data perlu juga dihuraikan tentang bagaimana teknik untuk menguji atau memperoleh data yang valid dan reliabel. Dalam hal ini terdapat banyak perbezaan dalam penelitian kualitatif dan kuantitaif.

1.Teknik analisis kuantitatif (uji validitas, uji reliabilitas, uji normalitas, uji homogenitas, uji korelasi dan regresi, uji compare mean, uji multivariat, dan berbagai uji bukan statistik non parametrik)2. Teknik kualitatif (teknik contignensi, segitiga, analisis isi, analisis framing, analisis snowbowling, dan lain-lain)6.0PERBINCANGAN

Bahagian perbincangan, pengkaji dapat menafsir dan menilai hasil kajian yang telah dilakukan. Tinjauan keputusan dilakukan adalah bahasa non-teknikal, tidak menggunakan tanda-tanda statistik. Bahagian perbincangan biasanya bermula dengan senarai hipotesis dan kemudian menyatakan jika keputusan disokong atau tidak dengan hipotesis. Data sekunder terbahagi kepada dua jenis iaitu data internal dan eksternal. Sebelum mendapatkan data sekunder kita perlulah mengetahui cara untuk mencarinya. Dalam mencari data sekunder pelbagai strategi dan kaedah dapat digunakan supaya data tersebut tepat dan relevan dengan masalah yang timbul. Beberapa strategi dapat digunakan dalam pencarian data sekunder antaranya ialah mengenalpasti keperluan, memilih kaedah pencarian, menapis dan mengumpul data, menilai serta menggunakan data.

Dalam proses pencarian data sekunder, pengkaji perlu mengetahui keperluan terlebih dahulu. Pengenalpastian data sekunder dibuat dengan cara pertanyaan mengenai kepentingan data sekunder dalam menyelesaikan masalah dan jenis data sekunder. Selain itu pengkaji juga perlu memilih kaedah pencarian data sekunder iaitu melalui manual atau secara on-line. Sekiranya pengkaji mahukan data sekunder secara manual mereka perlu menentukan strategi pencarian dengan memberikan lokasi yang tepat. Manakala melalui on-line pengkaji perlu menentukan strategi pencarian untuk memilih pangkalan data yang sesuai dengan masalah yang dikaji. Proses pencarian data sekunder juga memerlukan pengkaji menapis dan mengumpul data. Penapisan data dilakukan untuk memilih data sekunder yang benar-benar diperlukan oleh pengkaji dan data yang tidak sesuai diabaikan. Setelah sesi penapisan data sekunder dilakukan proses pengumpulan data sekunder dapat djalankan.

Selepas proses pengumpulan dilakukan data sekunder yang diperolehi perlulah dinilai terlebih dahulu berdasarkan kepada kualiti dan kelengkapan data. Jika pengkaji mendapati data tersebut berkualiti dan jumlah data telah lengkap, maka data tersebut akan digunakan untuk menjawab segala permasalahan yang timbul. Apabila selesai proses penilaian data, akhirnya data tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Sekiranya data sekunder ini tidak dapat digunakan untuk menjawab permasalahan tersebut maka pencarian data sekunder akan diteruskan. Selanjutnya, pengkaji akan membincangkan persamaan dan perbezaan antara penemuan ketika ini dengan penemuan dari penelitian sebelumnya. Selain itu data sekunder juga mempunyai kelebihan dan kelemahan. Setiap kelemahan dari data sekunder juga disemak dan cadangan penambahbaikkan yang dibuat perlu untuk meningkatkan tahap penelitian. Hal ini penting untuk membolehkan sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik dan teratur. Data sekunder berupaya untuk menentukan sejauh mana kebenaran sesuatu masalah. Akhirnya, bahagian perbincangan biasanya berakhir dengan pengkaji mempunyai arah dan tujuan untuk kajian masa depan. Kajian masa depan penting untuk memudahkan para pengkaji lain untuk membuat rujukan.

Seperti mana yang kita tahu bahagian perbincangan bermula dengan fokus yang sempit pada permulaan kajian dan kemudian keputusan lebih luas dengan mengambil kira kesimpulan dan berakhir dengan implikasi masa depan. Permulaan kajian merupakan permulaan kepada penyelesaian sesuatu masalah di mana data akan mula dicari, ditapis dan dinilai sama ada sesuai ataupun tidak dengan masalah yang dikaji. Seterusnya pengkaji akan membuat kesimpulan ke atas masalah yang berlaku dan akhirnya menyatakan kesan yang akan terjadi akibat daripada sesuatu masalah.

Oleh itu, bahagian perbincangan amatlah penting untuk menilai, mentafsir dan membuat kesimpulan dan seterusnya menyatakan kesan yang akan berlaku pada masa hadapan.

7.0 Penutup

Penyelidikan yang baik boleh di dapati melalui kajian data sekunder yang dilakukan. Data sekunder merupakan kaedah yang paling asas atau yang paling penting dalam kajian penyelidikan untuk mencapai sesuatu matlamat dan objektif. Melalui data sekunder yang dilakukan dapat meningkatkan kebolehan penyelidikan dan dapat menjalankan kajian secara berkesan. Selain itu, data sekunder juga membolehkan seseorang melakukan kajian penyelidikan secara sistematik dan menyeluruh serta dapat memberi kritikan terhadap maklumat kajian yang didapatinya.

Selain itu juga, kajian yang menggunakan data sekunder juga dapat menjadikan sesuatu penyelidikan itu berkualiti. Hal ini kerana, penyelidik akan membuat kajian dari banyak sumber. Oleh itu, kajian yang dilakukan akan memberi kepuasan kepada sesiapa yang membacanya.

Data sekunder juga dapat membantu seseorang menjadi lebih yakin dalam membuat sesuatu penyelidikan. Hal ini kerana kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada banyak sumber seperti internet, bahan rujukan dan lain-lain. Jika lebih banyak kajian dilakukan maka lebih meluaslah pemikiran seseorang untuk menjadikan penyelidikannya mendapat kepuasan. Oleh itu, data sekunder mempunyai banyak kelebihan tersendiri kepada penyelidik. Jadi, penggunaan data sekunder dalam penyelidikan sangat dipertimbangkan dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat.9