group 6.pptx

45
Tajuk 6 : Interaksi Tamadun Asia dan Relevansinya di Malaysia dan Dunia

Upload: yuvaneswary

Post on 09-Jul-2016

272 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: group 6.pptx

Tajuk 6 : Interaksi Tamadun Asia dan

Relevansinya diMalaysia dan Dunia

Page 2: group 6.pptx

TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA

KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN

IKTIBAR DARI TAMADUN INDIA: PANDANGAN SEMESTER DAN NILAI-NILAI YANG RELEVENSI KEPADA MALAYSIA

SUMBANGAN TAMADUN JEPUN ASPEK POLITIK, AGAMA DAN PENDIDIKAN YANG RELEVENSI KEPADA MALAYSIA

Page 3: group 6.pptx

INTERAKSI TAMADUN

• Hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain.

�• Dipegaruhi oleh agama, pegangan nilai,

bahasa,budaya, adat dan sistem sosial.

Page 4: group 6.pptx

FAKTOR – FAKTOR INTERAKSI TAMADUN

• Kepimpinan

• Peranan golongan agamawan

• Geografi

• Perkahwinan

• Perdagangan

• Misi politik

Page 5: group 6.pptx

TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA

• PROSPEK GLOBALISASI: MASALAH DAN CABARAN

• �Dari segi prasejarah, Malaysia merupakan satu daratan bagi pertembungan beberapa tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya dari segi geografi.

• Kesannya, Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok etnik hasil dari pertembungan tamadun.

Page 6: group 6.pptx

• Selepas merdeka, intergrasi nasional diberikan penekanan

sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses pembinaan

negara. Pentadbiran di Malaysia hendaklah berpegang kepada

integrasi nasional yang berasaskan keharmonian antara kaum

melalui interaksi budaya dan dialog peradaban serta keadilan.

Page 7: group 6.pptx

PERINGKAT GLOBAL

• Terdapat tiga prospek pada peringkat ini:

Negara-negara harus bekerjasama untuk menangani segala masalah dan cabaran berbangkit daripada globalisasi.

Interaksi budaya dan dialog peradaban akan menjadi lebih giat dan mendalam.

Satu set ideal,kepercayaan dan nilai yang baru harus dikenal pasti untuk dipatuhi di peringkat sejagat.

Page 8: group 6.pptx

PROSES GLOBALISASI

• Terdapat tiga masalah yang berkaitan informasi:

Pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan pembangunan kerohanian.

Pengagihan kekayaan yang tidak seimbang menyebabkan sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah-masalah akibat kemiskinan dan kemunduran.

Page 9: group 6.pptx

Institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur-unsur negatif modenisasi, mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak dikalangan sesetengah masyarakat moden.

Page 10: group 6.pptx

CIRI – CIRI MASYARAKAT YANG DIIDAMKAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA DAN

PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA

• Masyarakat yang demokratik, mengamalkan demokrasi yang mantap, bermuafakat dan berorientasikan komuniti.

• Masyarakat yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada nilai-nilai agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.

Page 11: group 6.pptx

• Masyarakat yang matang,liberal, dan bertoleransi supaya rakyat yang berbilang kaum bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing tanpa keterasingan.

• Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial yang memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu dan satu institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada keluarga dan bukan pada kerajaan atau negara.

Page 12: group 6.pptx

KEKUATAN TAMADUN CINA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN

• Sudut kesesuaian

• Sudut skop yang komprehensif

• Sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan

Page 13: group 6.pptx

TAMADUN INDIA

Page 14: group 6.pptx

Agama dan Falsafah1.Hinduisme

• Agama semulajadi.�

• Tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat.

• Nama asal ialah Sanatana Dharma - prinsip/peraturan kerohanian yang kekal abadi.

• Bukti terawal ditemui dalam Lembah Sg. Indus berusia lebih kurang 4000 tahun. Penemuan patung-patung, mohor, objek Shiva- Linga dan kolam mandi.

• WX

Page 15: group 6.pptx

• Tahap perkembangan kerohanian: �

Politeisme - memuja unsur-unsur alam semulajadi .Pengorbanan dan penyembahan diiringi dengan bacaan mazmur daripada kitab Veda. Ini mempersonafikasikan unsur-unsur alam dan kuasa-kuasa sebagai dewa atau dewi.

Henoteisme - proses perubahan kepercayaan politeisme semulajadi iaitu dewa-dewi memiliki beberapa sifat yang sama.

Monoteisme - satu kuasa agung yang menggerakkan duniawi. Kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan. Ketiga-tiga sifat Tuhan ini diwakili oleh Dewa Brahma (Pencipta),Dewa Vishnu (Pelindung/pemelihara) dan DewaShiva (Dewa Pemusnah).

Monisme - Segala di dunia ini berasal dr satu sumber tentang kewujudannya boleh dirasai di mana-mana.

Page 16: group 6.pptx

• Upacara Pengorbanan� Pengorbanan atau yajna Dianggap sebagai amalan agama terbaik kerana dapat

menggembirakan dewa-dewi. Ditujukan kepada dewa-dewi atau anasir-anasir jahat untuk

mendapat faedah duniawi. Dua jenis pengorbanan iaitu grhya karmani(upacara di rumah) dan

mahak ratu serta srauta(upacara umum).

• Falsafah Agama Vedik

Mementingkan lima konsep iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha.

Page 17: group 6.pptx

2. Agama-agama Heterodoks• 1. Buddhisme

Pengasas - Siddhartha Gautama Buddha. Ajaran Buddha tentang �psikologi dan etika kehidupan. Ajaran metafizikal dalam Buddhisme adalah tambahan (abhid hmma) kepada ajaran asal (dhamma).

Empat Kebenaran Mulia iaitu Dukka(penderitaan), Samudaya(punca atau membawa penderitaan), Nirodha dan Marga(cara untuk memadamkan api keinginan).

Jalan Lapan Lapis Mulia iaitu kepercayaan yang betul, tujuan atau cita-cita yang betul, pertuturan yang baik, perbuatan yang betul, hidup yang betul, usaha yang benar, fikiran yang betul, renungan yang baik.

Page 18: group 6.pptx

• Konsep Ahimsa� Bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan.

Nirwana melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan.

Page 19: group 6.pptx

2. Jainisme

• Diperkenalkan oleh Mahavira (Vardhamana). Mempunyai banyak persamaan dengan ajaran Upanishad dan Buddhisme. Mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang menentukan kelahiran semula roh individu.

• Mengandungi sembilan prinsip atau nava-tattva Jiva- roh dalam semua benda yang bernyawa dan kekal abadi. Ajiva - benda-benda yang tidak bernyawa. Asrava - daya penarik Papa karma - dosa Punya karma - pahala Bandha - ikatan roh dgn keinginan dan kejahilan. Samvara - menahan pengaliran karma. Nirjara - penghapusan karma. Siddhi - pelepasan dan kelahiran semula.

Page 20: group 6.pptx

3. Sistem Falsafah India

• Enam aliran (sekolah) iaitu Nyaya, Vaisheshika,

Sankhya, Yoga, Mimamsadan Vedanta.

• Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran

kitab Veda.

• Dikenali sebagai astika darshana.

Page 21: group 6.pptx

1.Nyaya �

• Pendukung ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. �

• Nyaya bermaksud pertimbangan logik.• Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan: Persepsi (pratyaksha). Inferens (anumana) Analogi/perbandingan (upamana). Testimoni/pembuktian (shabda).

Page 22: group 6.pptx

2. Vaisheshika �

• Dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. �• Pengasas ialah Kanada (kurun ke-3SM) dan karyanya

berjudul Vaisheshika Sutra.• Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis

paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api & udara.• Terdapat 5 unsur dalam pembentukan dunia iaitu

dik(ruang), kala(masa), akasha(eter), manas(minda) dan atma(jiwa).

Page 23: group 6.pptx

3. Sankhya• Sistem falsafah terawal.� �• Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya

ialah Sankhya Sutra.• Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang

menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. �

• Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti(jirim).• Konsep sebab dan akibat.• Konsep Triguna (tiga sifat) alam semesta iaitu:

Sattva Rajas Tamas

Page 24: group 6.pptx

4. Yoga �• Pendukung ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan

karyanya ialah Yoga Sutra. �• Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti

Tuhan.• Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi �

tujuan hidup.• Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta

mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. �

• Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Page 25: group 6.pptx

5. Mimansa

• Bererti siasatan.• Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab

Veda serta ritualnya.• Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini

secara sistematik dan mencipta teks Purva - mimansa Sutra pada 400 SM.

• Kepentingan - sistem tafsiran Veda.

Page 26: group 6.pptx

6. Vedanta

• Dikenali sebagai Uttara Mimansa. �• Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra

( 400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. �• Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutradan

Bhagavad Gita.• Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara.• Dua aliran utama iaitu Advaita (non-dualistic) dan dvaita(dualistic).

Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman(Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza.

Dvaita(didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. �

• Aliran Ramanuja disebut Visistadvaitaa• Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita-Vedanta.

Page 27: group 6.pptx

Seni Dan Sains

Seni Muzik �• Tala/corak- asas teori irama.• Raga- asas teori melodi.• Alat muzik India terbahagi kepada empat iaitu tata(tali) , �

avanaddha(dram), Ghana(solid atau ideophone), susira(angin).

• Di India Utara alat muzik utama ialah sitar, sahnaidan tabala.

• India Selatan pula Vinai, natasvaram dan mirdanga.• Natya sastra dan Sangita Ratnakara adalah teks asas

muzik.

Page 28: group 6.pptx

Seni Tarian

• Seni tari dan muzik mempunyai hubungan rapat. Contoh tarian Kathak dan muzik

• Hindustani(India Utara), Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan).

• Taridra biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera.

• Natya Sastra merupakan teks tarian India dicipta oleh Bharata antara kurun ke-2 dan ke-M.

Page 29: group 6.pptx

Seni Drama �

• Natya sastra - teks yang menyumbang kepada perkembangan drama.

• Tujuan drama ialah menghiburkan hadirin dan menyampaikan rasa melalui lapan emosi.

Page 30: group 6.pptx

Seni Bina dan Seni Ukir

• Berkembang maju pada zaman Maurya, contohTiang Asoka.

• Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara.

• Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Page 31: group 6.pptx

Seni Lukis

• Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya.

• Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan.

• Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badamidan Bagh.

• Zaman Muslim - pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Page 32: group 6.pptx

Ilmu Matematik• Konsep geometri berkembang sejak sebelum masihi lagi• Maju sejak Zaman Gupta (319M) - konsep nombor

abstrak.• Karya matematik - Manuskrip Bakshali bertarikh kurun

ke-4 dan Aryabhatiya ciptaan Aryabhata bertarikh 449M.Ilmu Astronomi dan Kalendar• Jyotisa  satu bahagian utama Veda (Vedanga).

Perkiraan astronomi untuk menentukan tarikh dan masa upacara pengorbanan.

• Kalendar Matahari.• Pengetahuan 7 planet dan dua pusat tenaga serta 27

bintang- membawa kepada menilik (astrologi). Ilmuini bermula pada zaman Gupta.

Page 33: group 6.pptx

Ilmu Fizik dan Kimia

• Berkaitan dengan agama dan teologi.• Konsep jirim berdasarkan intuisi dan logikal.• Alam semesta terdiri daripada gabungan lima elemen

iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.• Konsep bunyi berasal daripada tujuan untuk memahami

intonasi sebutan mazmur Veda.• Bidang kimia tertumpu pada pembuatan ubat.

Page 34: group 6.pptx

Bidang Logam

• Kemahiran pada pembinaan tiang besi di Delhiyg dibuat pada kurun ke 5.

Bidang Perubatan

• Bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.• Fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan

yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan sebagainya wujud sebelum masihi.

• Teks perubatan - Caraka (kurun pertama hingga ke 2) dan Susruta (kurun ke 4).

Page 35: group 6.pptx

IKTIBAR TAMADUN INDIA : PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI - NILAI

1.Pandangan Semesta

• Sifat penerimaan• Sifat Toleransi

Page 36: group 6.pptx

2. NILAI-NILAI

• Dharma -dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Dharma dikaitkan dengan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dalam hidup.

• Kepercayaan kepada Tuhan ialah kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu.

Page 37: group 6.pptx

• Karma - prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India. �

• Ahimsa - terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. mengelak daripada melakukan kekejaman atau mencederakan.

• Satya - kebenaran. Pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar,ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

• Perpaduan - masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

Page 38: group 6.pptx

SUMBANGAN TAMADUN JEPUN DARI  ASPEK POLITIK, AGAMA DAN PENDIDIKAN YANG RELEVANSI KEPADA MALAYSIA

Page 39: group 6.pptx

FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN JEPUN

• Lokasi yang strategik• Faktor rangsangan keagamaan dan kerohanian• Penghayatan nilai, moral, etika yang tinggi• Kesengsaraan dan tekanan hidup dan ancaman luar

yang kritikal yang melojakkan kegigihan dan solidariti masyarakat untuk mengatasinya

• Daya toleransi dan asimilasi yang positif terhadap elemen budaya asing.

Page 40: group 6.pptx

CABARAN KONTEMPORARI DARI SEGI NEGARA BANGSA MALAYSIA

• Konteks dengan Malaysia dan Asia Tenggara pada zaman Feudal Jepun

• Konteks dengan Malaysia dan Asia Tenggara dizamanperang Pasifik (imperialisme dan pendudukan Jepun di Malaysia)

• Lawatan Perdana Menteri Fukuda

Page 41: group 6.pptx

• Hubungan aktif dalam bidang politik, ekonomi, dan kebudayaan Malaysia hingga kini

• Dasar Pandang ke Timur. Malaysia

• Negara Malaysia menjadikan Jepun role model Malaysia dan sebagai pemimpin Asia dalam cabaran Globalisasi dan Terorisme. Cabaran kontemporari ini sebagai pemangkin kepada Wawasan 2020.

Page 42: group 6.pptx

ASAS – ASAS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN DAN SIGNIFIKANNYA

• Masyarakat Jepun amat positif kepada bekerja,malahan mereka sanggup bekerja lebih daripada 12 jam sehari tanpa mempunyai perasaan marah, jemu atau tidak berpuas hati. Menerusi fahaman Buddha, bekerja pada tugas masing-masing sama nilainya dengan beribadat. Malahan ajaran Shinto juga memberikan status yang tinggi kepada seseorang yang bekerja dalam bidang produktif untuk kesejahteraan masyarakat (contohnya petani).

Page 43: group 6.pptx

• Faktor sejagat seperti kemanusiaan, hidup beragama, toleransi

antara manusia, cintakan keamanan dan keharmonian, hormat

pemimpin dan Maharaja, kerajinan dan hidup bermaruah sentiasa

didokong dan  disanjung oleh tamadun Jepun.

Page 44: group 6.pptx

PENGARUH JEPUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

• Negara Jepun boleh dijadikan model Malaysia dan Asia dalam aspek pembangunan dan kecemerlangan �

• Jepun juga dianggap sebagai pemimpin Asia

• Sifat-sifat positif terdapat pada masyarakat Jepun seperti masyarakat yang cintakan ilmu, kecemerlangan berterusan, berwawasan, peranan wanita, sifat positif dan rajin, semangat ingin tahu, sifat kesenian yang tinggi, patriotik dan masyarakat homogenus.

Page 45: group 6.pptx

SEKIAN, TERIMA KASIH