retaining wall group 2.pptx

Upload: nurul

Post on 06-Mar-2016

73 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Slide 1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONALBBD 10202-BINAAN BANGUNAN

Disediakan Oleh :-

Aine binti NorwanCB130104Mohd Putra bin YassinCB130105Nur Farihan binti DzulkifleeCB130108Nurliyana binti IdrisCB130107Fitrihariyani binti AsmarCB130109Salasiah binti AbdullahCB130101

Disediakan untuk :-

DR LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS

TEMBOK PENAHANTembok penahan merupakan salah satu ciri utama dalam proses pembinaan jalan. Ia biasanya dibina di kawasan berbukit ataupun kawasan cerun dan kawasan mempunyai tekanan yang kuat. Tembok penahan juga merupakan penahan tanah yang berair. Ia merupakan satu penahan tanah untuk mengelakkan berlakunya tanah runtuhBinaan tembok penahan berfungsi untuk menahan tanah yang mempunyai kecerunan tanah yang akan menyebabkan tanah berada dalam keadaan tidak stabil

FUNGSI TEMBOK PENAHANMenyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil. Masalah air bumi perlu diselesaikan dahulu dengan cara mengambil kira berat air dalam rekebentuk tembok penahan.Dalam pembinaan tembok penahan perlu dibina wheep hole (lubang salir) agar air di belakang tembok dapat dialir keluar.Beban tambahan yang terdapat di permukaan tanah yang disokong oleh tembok penahan juga perlu diambil kira.

PRINSIP REKA BENTUK TEMBOK PENAHANTembok penahan perlu dibina kukuh dan stabil bagi menjamin kestabilan tanah yang disokong tembok penahan.Tembok mungkin akan terbalik sekirannya tanah yang disokong melebihi keupayaan tanggung tembok tersebutTekanan tanah di belakang tembok di kenali sebagai tekanan aktifTembok akan stabil sekirannya berat tembok melebihi tekanan aktifWalaubagaimanapun kos untuk membina tembok yang besar dan berat adalah terlalu mahal. Oleh itu tembok penahan perlu dibina bagi menjimatkan kosSambunganTembok penahan mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil.Kekuatan tersebut boleh diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif.Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah, ini dapat di atasi dengan dua cara.Kegagalan tembok juga boleh berlaku melalui gelinciran. Biasanya berlaku kepada tanah liat yang mengandungi lebihan beban yang ditanggung oleh tembok.

SEKIRANNYA TEMBOK MENGALAMI KEGAGALANKegagalan tembok boleh berlaku melalui gelinciran (sliding). Contohnya, tanah liat yang menerima beban melebihi tembokBagi mengatasi masalah ini, tapak dibina dengan lebih dalamSekirannya kegagalan telah berlaku, pergerakan seterusnya boleh dihalang dengan memasang cerucuk keping dibahagian hadapan tembok sehingga melebihi aras gelinciran dibawah tembok penahan tersebut.KEGAGALAN TEMBOK

PEMBINAAN TEMBOK PENAHAN

Wheep holeTembok PenahanKonkrit penapis air bumiAras bumiBAHAGIAN DALAM TEMBOK PENAHAN1. Tembok konkrit : binaan daripada konkrit, nisbah bancuhan berdasarkan jenis binaan tembok penahan. Berfungsi menahan beban dan tekanan yang dikenakan diatasnya dan menstabilkan belakang tembok

2. Lubang salir (wheep hole) : mengeluarkan air bumi dibelakang tembok bagi merendahkan beban dan tekanan air dibelakang tembok

3. Konkrit penapis : dibina untuk menapis air yang di salirkan melalui hole agar ia tidak tersumbat

Wheep holeTembok PenahanKonkrit penapis air bumiAras bumiKEGUNAAN LAIN TEMBOK PENAHANMendapatkan aras pembentukan dilereng bukitMengelakkan aliran air menghakis tebing longkang

JENIS-JENIS TEMBOK PENAHANTembok penahan graviti (gravity wall)Tembok penahan julur (cantiliver wall)Tembok penahan penegangTembok penahan sagang (counterforts wall)Tembok penahan krib (crib wall)Tembok gabion (gabion wall)Tembok penahan cerucuk kepinganTembok penahan gravitiBergantung sepenuhnya pada beratnya sendiri untuk menyokong tanah supaya dalam keadaan stabil.Dibina daripada bahan konkrit, bata dan batu; dengan nisbah campuran 1:3:6Hanya terhad pada ketinggian 1.80 meter.

Rasuk graviti

Tembok penahan julurDikenali sebagai dinding T kerana bentuknya seperti T yang terbalik.Ketinggiannya antara 1.2 m 6.0 m.Menggunakan konkrit bertetulang untuk menentang tegangan yang berat dan juga mengurangkan saiz struktur.

Tembok julur

Tembok penahan penegangApabila tembok penahan yang tinggi diperlukan, contohnya 6 m; seperti empangan yang besar, tembok tegak hendaklah disokong dengan topang.Kaedah binaan ini dinamakan penegang.Tembok penahan penegang sesuai untuk tembok yang tingginya melebihi 6 m.

Tembok penahan sagangSerupa dengan tembok penahan penegang, tetapi topangnya dibina di sebelah luar. Kaedah pembinaan ini boleh dilakukan supaya tembok sagang dan juga kegunaan ruang berlebihan tidak menjadi halangan.

Tembok penegang

Tembok penahan kribSejenis pembinaan bagi menahan tanah di tepi bukit.Tembok ini boleh dibina dengan bahan kayu, besi, dan konkrit tuang dulu, disusunkan seperti dalam rajah di atas.Bahagian dalamnya diisi dengan tanah peroi atau batu kelikir yang mudah mengalirkan air hujan. Pembinaan tembok jenis ini sesuai untuk menahan tanah yang static dan tingginya tidak melebihi 6.3 m.

tembok krib

Tembok penahan gabionTembok gabion terdiri daripada ketulan batu sederhana besar yang dimasukkan kedalam sangkar jaring yang berbentuk bongkah segiempat. Batu yang digunakan ialah batu granit. Tembok gabion dibina menggunakan sangkar dawai keluli yang dibentuk menjadi segi empat dengan saiz yang tertentu. Tembok gabion adakalanya disusun samaada secara melebar atau disusun secara bertingkat dan berfungsi seperti tembok penahan.

Tembok gabion

TEMBOK PENAHAN CERUCUK KEPINGANTerdapat dua jenis cerucuk kepingan yang biasa dijumpai, iaitu cerucuk kepingan julur dan cerucuk kepingan tertambat. Bahan binaan cerucuk kepingan adalah seperti besi, konkrit dan juga kayu. Cerucuk kepingan jenis besi kerap digunakan kerana ianya membenarkan tegasan yang tinggi berbanding dengan bahan binaan lain. Cerucuk kepingan biasanya digunakan sebagai struktur penahan tebing sungai yang mempunyai kekuatan tanah yang lemah dan paras air bumi adalah mendekati permukaan tanah. Walau bagaimanapun, cerucuk kepingan juga boleh digunakan sebagai struktur sementara semasa kerja pengorekan dan pengeringan dilakukanTEMBOK PENAHAN CERUCUK KEPINGAN

KESIMPULANKesimpulannya, contoh tembok penahan yang telah dipersembahkan terdapat 6 jenis iaitu penahan penegang, sagang, gabion, tembok krib, tembok penahan julur dan tembok gravity atau dikenali juga sebagai tembok jisim.Tembok penahan amat penting di kawasan jalan yang berbukit bukau dan tanah curam. Ia juga digunakan untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah. Pembinaan tembok adalah salah satu daripada menstabilkan cerun.