gpi

30
Contents Definasi Al-Quran.................................................... 2 Dari segi bahasa....................................................2 Pengertian Al-Quran dari segi istilah...............................3 Erti Al-Quran pada pandangan Mutakallimin...........................4 Makna Al-Quran mengikut pandangan Tokoh-Tokoh Islam Terkenal........5 Kandungan Al-Quran................................................... 6 Kandungan Al-Quran yang menjadi pedoman hidup manusia...............7 Peranan Institusi Keluarga Dalam Pembentukan Masyarakat Yang Mulia. .11 Peranan Ibu-Bapa...................................................12 Peranan BAPA.....................................................12 Peranan Ibu......................................................14 Peranan Anak-Anak..................................................15 Piagam Madinah...................................................... 17 Rujukan............................................................. 23 1

Upload: exlucky-gunnerz

Post on 23-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Generik Pendidikan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Gpi

ContentsDefinasi Al-Quran........................................................................................................................................2

Dari segi bahasa.......................................................................................................................................2

Pengertian Al-Quran dari segi istilah.......................................................................................................3

Erti Al-Quran pada pandangan Mutakallimin..........................................................................................4

Makna Al-Quran mengikut pandangan Tokoh-Tokoh Islam Terkenal......................................................5

Kandungan Al-Quran...................................................................................................................................6

Kandungan Al-Quran yang menjadi pedoman hidup manusia................................................................7

Peranan Institusi Keluarga Dalam Pembentukan Masyarakat Yang Mulia................................................11

Peranan Ibu-Bapa..................................................................................................................................12

Peranan BAPA....................................................................................................................................12

Peranan Ibu.......................................................................................................................................14

Peranan Anak-Anak...............................................................................................................................15

Piagam Madinah........................................................................................................................................17

Rujukan......................................................................................................................................................23

1

Page 2: Gpi

Definasi Al-Quran

Dari segi bahasa

Al-Quran bermaksud “bacaan”. Dengan maksud ini Allah ada berfirman didalam surah Al-

Qiyamah , ayat 17 :

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam

dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Dari makna masdar iaitu kata nama yang tidak terikat kepada masa , ia dijadikan sebagai

satu nama untuk kata-kata yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Pendapat ini dibuat oleh pakar-pakar bahasa.

Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Al-Quran bermakna satu bentuk himpunan

kerana kalimah Quran berasal dari kata dasar “qaraa” yang bermakna himpunan.

Pendapat lain pula menegaskan bahawa kata Quran itu berasal dari “qarana” yang

bermaksud bandingan dengan maksud bahawa Al-Quran itu dibandingkan dengan kitab lain

sehingga menampakkan keistimewaannya.

Ada juga yang berpendapat bahawa kalimah Al-Quran itu hanya nama kepada wahyu yang

diturunkan kepada Nabi dan ianya bukan berasal dari mana-mana kata dasar. Sebutan yang

tepat ialah “quran” (hamzah wasal).

Al-Quran ada kalanya dinamakan Al-Furqan. Dengan andaian bahawa furqan itu bermakna

“membezakan antara yang hak dengan yang batil” atau ia juga boleh dimaksudkan “ianya

dibezakan antara satu ayat dengan ayat yang lain diwaktu ia diturunkan” atau “ perbezaan

antara kedudukan satu surah atau ayat dengan surah atau ayat yang lain didalam mashaf”.

2

Page 3: Gpi

Pengertian Al-Quran dari segi istilahSudah jelas diketahui bahawa Al-Quran itu merupakan kalam Allah dan bukannya kalam

manusia. Hakikat ini tidak diragukan lagi.

Kalimah kalam boleh dimaksudkan dengan dua pengertian iaitu

Pertama: bermaksud proses percakapan.

Kedua: bermaksud hasil dari percakapan

Disamping itu kalam ada dua jenis iaitu kalam Lafzhiy dan Nafsiy.

Percakapan manusia yang lafzhiy dengan maksud proses percakapan , proses

mengerakkan lidah dan organ-organ lain yang boleh membantu percakapan sehingga dapat

mengeluarkan bunyi huruf-huruf berkenaan. Sementara itu percakapan manusia yang nafsiy

dengan maksud proses percakapan yang berlaku dalam akalnya dan tidak dikeluarkan melalui

lidah dan organ- organ yang lain.

Dalam konteks kalam Allah , ia kadang-kadang bermaksud kalam nafsiy. Golongan

Mutakalimun menggunakan kalam Allah dengan maksud kalam nafsiy kerana mereka biasa

mengkaji dan memikirkan tentang sifat-sifat nafsiy Allah disamping menganggap bahawa kalam

Allah itu bukan makhluk.

Ini berbeza dengan golongan Fuqahak , ulama` bahasa menggunakan kalam Allah itu

dengan maksud kalam lafzhiy. Faktor yang mendorong golongan ini memakai maksud ini ialah

bertujuan supaya mudah bagi mereka untuk melakukan istidlal iaitu usaha mencari dalil atau

sumber hukum. Sementara ulama` bahasa pula menggunakannya untuk mengkaji unsur-unsur

mukjizat yang terdapat didalam Al-Quran.

3

Page 4: Gpi

Erti Al-Quran pada pandangan Mutakallimin

Golongan Mutakallimin menggunakan kalam Allah dengan maksud kalam nafsiy. Al-Quran perlu

dikaji dari dua aspek iaitu

Bahawa ianya adalah kalam Allah yang paling istimewa jika dibandingkan dengan kalam

yang lain.

Bahawa ianya kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk.

Takrif yang dikemukakan bersama oleh golongan mutakallimun , fuqaha , usuliyyin:

Al-Quran adalah “Kumpulan kalimah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

yang terdiri dari awal surah Al-Fatihah hingga berakhir di Surah An-Nas yang

mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri”.

Al-Quran adalah “huruf-huruf yang tertulis dalam mushaf”.

Antara takrif-takrif lain mengenai Al-Quran.

Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi , yang dipindahkan secara tawatur dan

mendapat pahala dengan membacanya. Kalam adalah jenis bagi Al-Quran. Maksud

“diturunkan kepada nabi” ialah menafikan kitab-kitab lain yang diturunkan kepada nabi-

nabi lain seperti Taurat dll.

4

Page 5: Gpi

Makna Al-Quran mengikut pandangan Tokoh-Tokoh Islam Terkenal

Tokoh-tokoh Islam banyak memberi pandangan tentang definasi Al-Quran. Menurut

Dr.Bakri Syaikh Amin Al-Quran merupakan kalamullah , menjadi mukjizat kepada Nabi

Muhammad s.a.w melalui Jibril , manusia la yang akan memelihara Al-Quran , tersemat didalam

hati mereka yang mengagungkan kitab suci ini.

Menurut Muhammad Ali ash-Shabuni pula Al Qur'an adalah Firman Allah swt yang tiada

tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w , pengakhir para nabi dan rasul

dengan menjadikan malaikat Jibril a.s sebagai perantara , disampaikan secara mutawatir,

membaca dan mempelajari al Qur'an merupakan ibadah.

Al-Farra , Al-Quran itu membenarkan , Al-Quran diambil dari kata “qarain” , ayat-ayat didalam

Al-Quran membenarkan diantara satu dengan yang lain.

Az-Zajjaz ,pula berpendapat dari perkataan “Qar`I” iaitu mengumpulkan , kumpulan surah-surah

didalam Al-Quran menjadi kesatuan.

Disini , dapat dijadikan kesimpulan , di bahagian dahannya , Al-Quran mempunyai banyak

pendapat tentang definasinya , pelbagai nama yang disebut dan dikemuka menjadikan kitab

suci ini sesuatu yang unik dan diturunkan sebagai penyelamat , Nabi Muhammad S.a.w didalam

khutbahnya yang terakhir ada menyebut.”Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan

sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan Sunnah-ku.” Di bahagian akarnya

pula , Al-Quran mempunyai makna yang satu iaitu sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad

s.a.w , sebagai penghubung umat manusia , mengenal Allah s.w.t.

5

Page 6: Gpi

Kandungan Al-Quran

Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa

Arab secara berperingkat-peringkat yang mengandungi 114 surah. Ada riwayat yang

mengatakan bahawa ayat-ayat Al-Quran adalah sebanyak 6666 ayat. Ayat-ayat yang begitu

banyak tersusun dalam bahasa yang betul , kemas dna indah yang tidak ada tolok bandingnya,

serta tidak ada yang bercanggah antara satu ayat dengan ayat yang lain. Al-Quran adalah kitab

hidayah dan I`jaz. Fungsi I`jaz sebagai membenarkan kenabian dan juga kerasulan utusan

Allah s.w.t , menambah keimanan , menghapuskan keupayaan dan kesombongan mereka yang

kufur. Perkara inilah yang dibincangkan dan dibuktikan oleh Al-Quran. Sebarang ilmu yang

berkaitan dengan hidayah dan I`jaz maka dianggap sebagai Ulum Quran.

Kandungan Al-Quran tetap dan tidak berubah-ubah sama ada dari segi perkataan , ayat

dan susunan juga makna yang terkandung didalamnya. Semuanya tetap terpelihara dari sejak

diturunkan sehinggalah hari Kiamat.

Al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan (hidayah) dan menyediakan peraturan bagi

mengatur kehidupan manusia dalam urusan:

Manusia dengan Allah.

Manusia dengan diri sendiri.

Manusia dengan masyarakat.

Manusia dengan alam nyata (dunia).

Manusia dengan alam akhirat.

Al-Quran merupakan kitab panduan lengkap yang mengandungi prinsip2 umum dan

khusus yang menyentuh semua perkara tentang kehidupan didunia dan akhirat. Al-Quran

merupakan dasar bagi akidah tauhid Ahli Sunnah Waljamaah dan dasar bagi setiap amalan

orang Islam.

Al-Quran menjadi sumber ilmu dalam semua bidang yang seperti bidang tauhid dan

akidah , bidang ibadah , perundangan dan muamalat , bidang bahasa dan sastera. Malahan Al-

Quran telah mendahului sejarah. Sejak 1400 tahun silam Al-Quran telah menerangkan ilmu-

ilmu yang pada masa sekarang menjadi induk kepada disiplin ilmu iaitu sains tulen dan sains

sosial (sastera).

6

Page 7: Gpi

Kandungan Al-Quran yang menjadi pedoman hidup manusia

Peristiwa yang boleh diambil sebagai pedoman kepada hidup kita tentang kandungan Al-

Quran yang lengkap dan tiada sebarang kecelaan boleh dilihat melalui peristiwa Nabi

Muhammad s.a.w berhadapan dengan masyarakat arab yang terkenal dengan sastera prosa

dan puisi puitis. Utbah dan Rabiah , seorang ahli sastera yang petah berpidato, Dia telah

dihantar oleh pembesar Kuraisy untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. Apabila bertemu

dia terpegun dan tidak dapat berkata apa-apa sebaik sahaja mendengar ayat Al-Quran yang

dibacakan oleh baginda.

Firman Allah: Surah Fussilat 1-3

1. Haa, Miim.

2. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang

diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu

dan memahami kandungannya.

Dia pulang dengan hampa dan memberitahu “ Muhammad bercakap denganku dengan

percakapan yang belum pernah aku dengar”. Hakikat ini menunjukkan bahawa Al-Quran begitu

tersusun dan indah yang dapat mempesona pendengarnya.

Musailamatul Kazabi , nabi palsu yang mahir bahasa dan sastera arab cuba mencipta ayat

untuk menandingi ayat Al-Quran , namun usahanya ternyata dicemuh oleh ahli bahasa dan

sastera arab sendiri. Petikan ayat yang direkanya.

“katak anak dua katak, bersihkanlah apa yang kamu hendak bersihkan bahagian atas kamu

dalam air dan bahagian bawah kamu dalam tanah”.

7

Page 8: Gpi

Percubaan nabi palsu ini hanyalah seperti menunjukkan kebodohannya. Nilai bahasa,

sastera dan idea amatlah rendah untuk dibandingkan dengan kitab Allah s.w.t.

Perbandingannya seperti antara langit dan bumi. Al-Quran mencabar manusia yang sombong

dan angkuh supaya mencipta sesuatu yang menyerupai Al-Quran. Firman Allah s.w.t

Al Isra` ayat 88

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin

berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini,

mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun

mereka bantu-membantu sesama sendiri".

Muhamad Katab didalam kitabnya Taswirul Alfan menjelaskan bahawa keindahan bahasa Al-

Quran menakjubkan dan mempesona. Ia melembutkan hati yang keras dan meleraikan

perasaan marah yang meluap-luap, memusnahkan benteng kekufuran dan membuka pintu

hidayah seperti yang berlaku kepada Saidina Umar r.a.

Ketepatan ini lah yang perlu dicari oleh kita umat akhir zaman sebagai penerus generasi

dakwah Rasulullah s.a.w , melemahkan dakyah-dakyah dari luar terutama aliran agresif seperti

ISIS , Sisters of Islam , Illuminati yang kini bergerak secara diam , tidak mustahil jika tahun ke

tahun mereka meragut umat Islam secara drastik. Dengan adanya ilmu yang terkandung

didalam Al-Quran kita akan menjadi lebih kuat dan dapat menangkis setiap cabaran yang bakal

menimpa. Pentingnya Al-Quran buat kita.

Al-Quran juga merakamkan peristiwa sebenar sebelum dan selepas. Ibarat sebuah mesin

masa. Benarnya peristiwa itu tidak disangkal lagi. Ini boleh dilihat melalui kisah Ashabul Kahfi.

Kebenaran kisah yang diceritakan didalam Al-Quran diakui oleh para penyelidik sejarah purba

seperti Doktor Emanuel Phlekonski , ahli sains Rusia. Beliau membuktikan kisah kebenaran

nabu Yusuf Alaihis Salam , Kisah taufan besar dan bahtera Nabi Nuh AlaihiSalam dan kisah

ratu Saba`.

8

Page 9: Gpi

Peristiwa-peristiwa ini dapat dibuktikan oleh pakar sains. Sains tidak bercanggah dengan

Al-Quran. Mengapa masih ramai lagi umat Islam yang tidak mahu menelaah dan mengetahui

khasiat dan kebesaran Al-Quran sedangkan kitab suci ini dapat dibuktikan oleh ilmu Sains itu

sendiri. Bertambah kukuhlah keyakinan seseorang itu apabila pembuktian dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Ini sebaliknya kepada umat Islam kita seluruhnya. Telitilah ayat dan makna Al-

Quran.

Tidak mustahil juga akan lahir bidang ilmu yang bersumberkan Al-Quran kerana ia

mengandungi ilmu Allah yang amat luas sehingga dibayangkan didalam Al-Quran bahawa air

lautan yang luas itu tidak akan dapat menyurutkan luas ilmu Allah yang bersifat Al-Alim dan Al-

Hakim.

Al-Kahfi 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis

Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-

kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya,

sebagai bantuan".

Sedarilah kita dan jadikan pedoman bahawa hakikat ilmu Allah itu Qadim kerana ia berdiri pada

zat Allah yang Qadim , maka kita akan insaf bahawa ilmu yang ada pada kita merupakan

percikan daripada ilmu Allah yang dianugerahkan kepada kita melalui hidayah Akaliah dan

hidayah Syar`Iah iaitu Al-Quran dengan Qudrah dan IradahNya.

Taubat kepada Allah merupakan satu anugerah yang menunjukkan Allah itu maha

penerima taubat juga sudah dijelaskan didalam Al-Quranul Karim.Allah sendiri yang akan

menghukum orang-orang yang menyalahi ketetapan yang ditentukan-Nya. Didalam Al-Quran

ada menyebut peluang taubat kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu umat yang sedia ada

sekarang , umat akhir zaman.

9

Page 10: Gpi

Firman Allah s.w.t Al-Anfal 33

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di

antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta

ampun).

Tambahan pula , Al-Quran menjadi penyembuh , ubat. Turunnya Al-Quran sebagai

rawatan untuk merawati keadaan-keadaan yang sedia ada di bumi Allah khususnya didalam

masyarakat , dan juga untuk membaiki keadaan-keadaan buruk yang sedang berkembang

dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t Al-Isra` 82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat

penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran

tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan

kerugian jua.

Perkataan Syifa` bermakna Bahawa Ia akan merawati dan menyembuhkan segala keburukan

dan penyelewangan yang sedia ada dalam masyarakat. Manakala perkataan rahmat pula

bermaksud Bahawa Ia akan mencegah penyakit-penyakit itu dari timbul semula di dalam

masyarakat. Itulah sebenar-benar rahmat.

10

Page 11: Gpi

Peranan Institusi Keluarga Dalam Pembentukan Masyarakat Yang Mulia

Keluarga merupakan institusi asas bagi manusia yang hidup bermasyarakat. Ia dibantu

melalui perkahwinan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syara`. Setelah berlakunya

satu akad nikah maka lelaki itu akan disebut sebagai suami , dan begitu pula perempuan

sebagai isteri. Biasanya merekan akan mendapat anak , bertambah gelaran menjadi ibu dan

ayah. Antara elemen-elemen yang perlu ada dalam sesebuah keluarga adalah mempunyai

tempat tinggal yang sesuai , mempunyai tugas dan peranan bagi setiap ahli keluarga , ada

hubungan langsung dalam keluarga seperti percakapan , bertanya khabar , memberi nasihat

dan juga saling hormat- menghormati , mempunyai rasa tanggungjawab dan kasih saying

antara ahli keluarga.

Firman Allah s.w.t Surah An-Nahl 80

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal ; dan Ia

menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh),

yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan

semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-

binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu

menggunakannya) hingga ke suatu masa.

11

Page 12: Gpi

Peranan Ibu-Bapa

Ibu-Bapa memikul peranan yang sangat penting dalam satu institusi keluarga kerana

mereka merupakan tiang , yang menjadikan kukuhnya sesuatu rumah yang dinamakan

keluarga. Goyahnya mereka , goyahlah rumah tersebut. Ibu- bapa hendaklah menjalankan

tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin , anak-anak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t

adalah sebagai amanah yang perlu dititik beratkan , kerana merekalah aset yang akan

menolong kedua orang tua iaitu ibu-bapa kedalam syurga kelak. Antara peranan yang dilihat

perlu diambil kira dalam konteks ini datang dari dua pihak iaitu IBU dan BAPA.

Peranan BAPA Bapa sebagai ketua keluarga haruslah berhati-hati dalam menilai dan memilih membuat

keputusan kerana apa yang dipilih itulah yang bakal berlaku bukan hanya kepada diri kamu

malahan juga terkena tempias terhadap isteri dan juga anak-anak khususnya. Antara peranan

penting bapa dalam institusi kekeluargaan ialah menyediakan tempat tinggal , pakaian yang

lengkap , makanan yang halal tanpa keraguan syubhah , kemudahan serta keselesaan kepada

isteri dan juga anak-anak. Bapa dengan bantuan ibu perlu mengambil langkah peka dalam

memilih nama anak-anak mereka kerana ia setiap yang diucapkan merupakan doa.

Berilah nama yang mempunyai maksud. Memberi pelajaran kepada mereka sama ada

dari segi fardhu ain seperti solat dan juga fardhu kifayah untuk membantu masyarakat. Apabila

anak-anak sudah meningakt ramaja , disinilah rangka masa yang perlu diberi penekanan dari

segi pertumbuhan emosi , fizikal dan rohani. Hati mereka sering bergolak untuk mencari

kedamaian dan apa erti kehidupan. Bantulah mereka dengan mengawal gerak laku agar tidak

terjebak kedalam kancah maksiat dan perbuatan negatif. Mendorong dan menyokong mereka

dalam mengembangkan bakat yang boleh menjadi kerjayanya. Sangat penting untuk berada

disamping anak-anak dan juga isteri dalam apa jua keadaan , kesulitan dan masalah.

Hadis berkenaan tanggungjawab seorang bapa.

Sabda Rasulullah s.a.w Riwayat Abu daud, An-Nisa` dan Al-Hakim

Ertinya: Amat berdosa orang yang yang mengabaikan orang yang menjadi tanggunganya.

Riwayat As-Syikhan

Ertinya: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adil lah antara anak-anak kamu.

12

Page 13: Gpi

Riwayat Ibnu Majah

Ertinya:Sesungguhnya menjadi tanggungjawab ayah terhadap anaknya ialah mengajarnya

menulis , memberi nama yang baik dan mengahwinikannya apabila sampai masanya.

Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik sebagai seorang suami dan juga seorang

bapa.Ambillah seberapa banyak mungkin teladan melalui Sunnah Rasulullah s.a.w.

Meraikan atau nama lainnya menghargai adalah sifat yang sangat penting yang perlu ada

dalam setiap diri seorang bapa. Sentiasalah menghormati dan meraikan kejayaan dan

sumbangan anak-anak dalam keluarga kerana setiap perkataan yang diucapkan terhadap

individu melahirkan rasa cinta dan sayang. Pertalian antara seorang bapa dan anaknya lebih

bermakna. Ada bapa yang mungkin malu untuk mengucapkan sayang , mereka menunjukkan

perasaan sayang itu melalui perbuatan. Ini adalah lebih baik.

Kita tidak lari dari membuat sebarang kesilapan. Memaafkanlah kesalahan dan kesilapan.

Lebih baik untuk bertindak bertanya dan menyiasat terlebih dahulu dari menghukum secara

melulu bagi mencari satu keadilan dalam keluarga. Bukan semua masalah boleh diselesaikan

dengan hukuman. Adakan satu musyawarah atau perjumpaan keluarga pada hari minggu bagi

mengetahui masalah ahli keluarga.

Perkara yang paling penting ialah doa. Doa ibu-bapa sangat bermakna untuk anak-anak.

Ajarilah juga anak-anak cara untuk berdoa dalam apa jua keadaan. Mengajarkan ilmu agama ,

bapa sebagai pembimbing utama selain guru di sekolah, menjadi contoh teladan kepada anak-

anak dan juga isteri.

Firman Allah s.w.t surah at-Tahrim ayat 6

13

Page 14: Gpi

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari

neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan

dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka

kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap

melakukan segala yang diperintahkan.

Peranan Ibu

Apabila disebut perkataan IBU , hati kita bakal tersentuh dan berasa nyaman kerana kalimah

IBU inilah yang telah melahirkan kita , menjaga kita dari kecil hinggalah keberadaan insan yang

sedia ada. Dimana letaknya jasa ibu jikalau bukan disetiap ingatan dan hati seorang bapa dan

anak-anaknya. Peranan seorang ibu didalam keluarga amatlah besar , malah setiap langkah ,

gerak-geri sebagai seorang isteri kepada suaminya , ibu kepada anak-anaknya diangkat tinggi

oleh Allah s.w.t. Antara tanggungjawab seorang ibu adalah seperti mengasuh dan mendidik

anak-anak. Kemanalah anak jika tiada ibunya disisi. Kebergantungan anak-anak kepada ibu

mereka amatlah tinggi. Bermulalah seorang anak itu dilahirkan , perkataan ibulah yang sering

diucapkan hanya untuk dirinya.

Ibu yang menjaga anak-anak ketika mereka sakit , bersengkang mata melihat mereka

membesar dengan sihat. Ibu juga yang menjaga dan menyiapkan makan minum suami dan

anak-anaknya. Bagaimana pula ibu yang mengejar kerjaya dan rumah tangga , ibu yang

berkerja juga boleh mengimbangi kerja dan tanggungjawab sebagai ibu dengan mengambil

berat tentang hal-hal anak selepas balik dari kerja tanpa bertangguh. Kepuasan dari berbuat

seperti ini dapat dirasai apabila anak-anak sentiasa menghargai apa yang kita lakukan kepada

mereka kerana keikhlasan tidak dapat dibeli , hanya timbul dari hati.

Selain itu , ibu menjadi pembantu kedua selain bapa dalam membentuk peribadi anak-anak ,

menanamkan sifat-sift mulia seperti hormat – menghormati , tolong menolong , perkara- perkara

yang perlu ada dalam setiap insan Muslim dalam diri mereka bagi menghadapi kehidupan

bermasyarakat setelah mereka meningkatkan dewasa nanti. Cerminan peribadi anak-anak yang

baik datang dari didikan ibu-bapa yang berjaya.

Hadis Rasulullah:

Didiklah anak-anakmu pada tiga hal: mencintai Nabimu,mencintai ahli baitnya, dan membaca

Al-Qur'an (HR. Ath Thabrani)

14

Page 15: Gpi

Kesimpulannya , tanggungjawab ibu dan bapa seakan-akan sama dan perlunya kedua-dua

saling melengkapi antara satu sama lain agar tidak ada percanggahan dan ketidak puasan hati

dari mana-mana pihak yang mungkin membawa kepada penceraian. Elakkan dari berlakunya

penceraian kerana ia merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan satu masalah perkahwinan

yang tidak sempurna. Sedialah bahu kanan dan kiri , sedialah dengan memikul tanggungjawab

membawa keluarga kepada jalan Allah , kepada syurga Allah. Wahai Ibu dan Bapa.

Peranan Anak-Anak

Adannya anak-anak kerana adanya ibu dan bapa , besarnya tanggungjawab ibu – bapa

perlu diketahui oleh anak-anak agar tidak lupa akan jasa dan budi yang telah dicurahkan. Anak-

anak perlu menanam azam untuk membalas dan berbakti walaupun kita tahu usaha yang

dilakukan tidak cukup untuk membalas setiap jasa mereka. Antara peranan anak-anak kepada

kedua orang tua mereka seperti juga taat dan patuh kepada ibu-bapa. Apa sahaja suruhan

mereka selagi tidak menjurus kearah menyukutukan Allah wajib dilakukan dan dilaksanakan.

Sebagai contoh suruhan untuk melakukan solat , menolong dalam setiap aktiviti harian.

Pentingnya bagi seorang anak untuk sentiasa menghormati ibu-bapa , berbuatlah baik dan

tidak berlaku kasar kepada mereka.

Firmat Allah s.w.t Surah Al-Isra` ayat 23

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun.

15

Page 16: Gpi

Besarnya dosa mereka yang meninggikan suara dan berkasar kepada ibu-bapa kerana

redha merekalah yang membawa kita kepada Allah s.w.t. Jagalah nama dan maruah mereka ,

dengan itu berhati-hati apabila mencari kawan , bermesra dengan orang sekeliling. Perkara

pertama sebelum membuat sesuatu ikhtiar atau keputusan ialah fikir kesan apa yang berlaku

terhadap institusi kekeluargaan dan ibu-bapa. Praktis untuk mendahului keluarga daripada diri.

Perginya seorang ibu atau bapa menemui Allah memberi tamparan hebat kepada anak-

anak , lebih-lebih lagi mereka yang masih bersekolah dan belajar. Kemanakah tempat untuk

mereka bergantung dan meraih kasih. Bermula hidup mereka tanpa kebergantungan orang

yang mereka sayang tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh juga menyumbang pahala

kepada orang tua mereka kerana ada amalan khusus yang sangat dituntut seperti doa anak

yang soleh dan solehah , sangat mustajab tanpa hijab doa.

Janganlah bersedih dan berduka kerana ingatlah wahai anak-anak yang ketiadaan ibu dan

bapa bahawa setiap manusia pasti merasai mati , sama ada cepat atau lambat itu urusan Allah

s.w.t.. Sinarilah kembali hidup dan ingat akan setiap pesanan ibu dan bapa yang dulu dan

jadikannya sebagai amalan. Suruhan atau nasihat mereka masih hidup dalam hati kita. Itulah

yang terbaik yang dimahukan oleh seorang ibu dan juga seorang bapa iaitu anak-anak yang

ingat akan pesanan mereka.

Hadis Rasulullah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam

mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat

kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Apabila seorang anak sudah meningkat dewasa , belajarlah untuk berdikari dan kurangkan

untuk mengharap kepada ibu – bapa bagi meringankan beban mereka. Buatlah yang terbaik

dari segi menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam bidang pelajaran dan juga dalam kerjaya.

Inilah yang dapat membantu mereka kelak ketika mereka tua.

Kesimpulannnya , institusi kekeluargaan haruslah saling melengkapi antara satu sama lain ,

pelaksanaan tuntutan iman dan islam sebagai seorang muslim harus dijalankan bagi menjaga

kesucian dan melaksanakan ajaran Islam. Inilah yang dipanggil keluarga Islam. Disegani oleh

masyarakat dan dipandang mulia oleh Allah s.w.t

16

Page 17: Gpi

Piagam Madinah

Penulisan dan penggubalan Piagam Madinah ini berlaku apabila penduduk Madinah

mempelawa dan menjemput Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin. Keadaan di Madinah

sebelum itu sangat teruk , mereka berada dalam keadaan kacau bilau dan saling memusuhi. Ini

disebabkan penduduk Madinah yang merupakan berbilang kaum , puak dan agama. Penduduk

Madinah terdiri daripada bangsa arab dan bangsa Yahudi sebagai dominan. Dipecah pula

masyarakat arab kepada Aus dan Khazraj. Bangsa Yahudi pula terdapat Bani Nadhir ,

Qainuqak dan Quraizah. Keadaan mereka ini sering bermusuhan.

Ketika tahun akhir Nabi Muhammad s.a.w berada di Mekah , sebelum berlaku hijrah

terbesar dan bermakna buat umat Islam, puak-puak ini telah mengundang Nabi Muhammad

s.a.w ke Madinah sebagai pemerhati dan juga orang tengah disamping menyelesaikan

persengketaan mereka. Terdapat jaminan keselematan buat Rasulullah s.a.w. Baginda telah

mengutuskan Musha`b Bin Umair sebagai duta pertama.Setelah itu mulalah tugas nabi

Muhammad s.a.w sebagai pendamai disamping mengembangkan dakwah.

Madinah berkembang dengan pesat selepas berlakunya peristiwa ini. Baginda diterima baik

oleh sebahagian masyarakat disana , namun begitu ada segelintir yang tidak menyenangi

perkara ini tetapi lama kelamaan mereka berubah kerana karekter kepimpinan dan niat baik

yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w terhadap mereka. Kemudian , baginda mengambil

langkah berjumpa dengan setiap puak untuk mengambil tahu masalah yang mereka hadapi dan

pada tahun 622M , Piagam Madinah telah dilaksanakan bagi melindungi hak dan kepentingan

masing-masing. Hidupnya politik damai dibawah satu bumbung yang mengandungi pelbagai

bangsa , puak dan agama.Piagam ini juga dipanggil Sahifah Madinah.

Piagam Madinah ini mengandungi 10 bab yang kemudiannya dipecahkan kepada 47 fasal.

Baginda telah memperincikan Piagam ini dengan menetapkan peruntukan-peruntukan untuk

dua golongan besar di Madinah. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal dan dikhaskan untuk

golongan Muhajirin dan Ansar , bahagian kedua pula kepada golongan Yahudi. Perkara yang

diambil kira seperti hak dan tanggungjawab mereka terhadap Negara Madinah.

17

Page 18: Gpi

Sebelum lahirnya Piagam Madinah hak kemanusiaan tergantung kepada adat istiadat

atau hukum adat yang terdapat pada setiap suku. Peperangan atara kabilah merupakan

perkara biasa di kalangan masyarakat Arab. Keamanan individu juga bergantung kepada

kekuasaan dan kepimpinan ketua masing-masing. Pemimpin ini juga yang mengatur segala

undang-undang , keadilan dan adat setiap orang di bawahnya. Piagam ini juga mengandungi

elemen-elemen umum yang memuatkan pelbagai hak dan setiap kewajipan atau keistimewaan

pelbagai kabilah.

Piagam ini memuatkan hak-hak setiap golongan majoriti dan minoriti , kebebasan dalam

beragama , mengambil kira tentang keselamatan seperti gangguan dan ancaman terhadap

golongan-golongan kecil , melarang penduduk untuk membuat hura-hara dan juga kacau bilau

sesuka hati yang akan membawa kepada ketidak stabilan keamanan sosial penduduk. Piagam

Madinah juga menekankan dalam kebebasan memberi pendapat , perlindungan terhadap hak

dan tuntutan setiap warga. Ini dapat dilihat melalui konteks Negara Malaysia kita sendiri yang

juga mengamalkan prinsip yang sama iaitu demokrasi berparlimen , kebebasan bersuara tetapi

melalui saluran yang besar , melalui pemimpin yang diundi oleh rakyat sendiri.

Kebebasan beragama juga termaktub didalam piagam melalui fasal ke 25 iaitu : “ bagi

Yahudi agama mereka dan bagi orang-orang Islam agama mereka.

Tiada paksaan untuk menganut agama Islam bagi orang-orang yang bukan Islam. Ini selaras

dengan firman Allah s.w.t Surah al-kafirun ayat 6 :

Maksudnya: "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Mengikut perjanjian ini , Kaum yahudi telah dianggap sebagai sekutu iaitu satu ummah yang

hidup bersama dengan dia bawah pimpinan Negara Islam. Mereka bebas untuk menganut

agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberikan kepada kaum yahudi sahaja malahan

kepada kabilah-kabilah dan pengikut yang lain.

18

Page 19: Gpi

Ada ayat Al-Quran yang mengukuhkan lagi fasal ini , surah al-Baqarah ayat 256

Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata

kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan

ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali

ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha

Mengetahui

Apabila disentuh mengenai perbezaan agama ini , tidak bermakna kewarnegaraan , sama

ada mereka Islam atau tidak , tetapi kesimpulannya kedua-duanya saling melengkapi dan

mempertahankan Negara. Terdapat kebebasan untuk menetap dan berhijrah. Setiap

warganegara mempunyai kebebasan untuk menuntut ilmu , pemilikan harta selagi tidak

mengancam kepentingan orang lain. Malaysia juga meletakkan perkara ini didalam

perlembagaan agar semua warga mendapat hak yang sama rata tanpa berlakunya penindasan

dari segi kaum.

Pentingnya warganegara untuk mempertahankan Negara dari ancaman. Perkara ini juga

ditegaskan. Setiap ancaman musuh atau atau Negara asing wajib ditangani secara bersama

oleh semua bangsa sama ada Islam atau tidak. Keamanan dan peperangan berada di bawah

kuasa kerajaan pusat. Setiap ancaman terhadap kota Madinah dianggap sebagai mencabar

semua orang dan memerlukan kerjasama setiap pihak untuk mempertahankannya. Setiap

tindakan perlu persetujuan dari Rasulullah s.a.w terlebih dahulu.

Setiap orang juga di beri hak untuk memberi perlindungan kepada kaum yang lain. Tidak

ada sistem perlu membantu atau menolong hanya segelintir orang sahaja. Perlindungan boleh

diberikan dengan syarat mereka bukan lah musuh Negara dan orang yang telah didapati

bersalah selepas musyawarah.

19

Page 20: Gpi

Memberi perlindungan juga sudah menjadi satu norma kemanusiaan , memberi

pertolongan orang yang dalam kesusahan , tetapi apabila dalam situasi menghadapi

peperangan , Nabi Muhammad s.a.w telah membuat keputusan dan dimasukkan kedalam fasal

piagam Madinah iaitu

“ Tidak diberi perlindungan jiran kepada orang Quraisy dan orang yang membantunya”

Hal ini dijalankan kerana , orang Quraisy ketika itu merupakan musuh Islam dan mereka cuba

mengancam kota Madinah. Pentingnya bagi seorang pemimpin ataupun ketua membuat

keputusan muktamad.

Piagam Madinah juga telah termaktub pelbagai undang – undang bagi menegakkan

keadilan sosial , setiap golongan atau individu yang terbukti bersalah akan dikenakan hukuman

yang setimpal. Setiap orang yang dizalimi berhak mendapat pembelaan dan mereka yang zalim

akan dibicara dan dihukum tanpa mengira kedudukan dan taraf sosial seseorang. Inilah

keadilan yang dipelopor dan dimasukkan kedalam Piagam Madinah dan menjadi penanda aras

bagi semua perlembagaan yang ada di dunia sekarang.

Terdapat juga tanggungjawab Negara terhadap warganegara yang bukan beragama Islam

iaitu kafir zimmi , mereka wajib dilayan oleh pemerintah Islam selagi terdapatnya taat setia

terhadap Negara Islam. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan peninggalan yang sangat

bermakna kepada kita dari Rasulullah s.a.w dan ia menjadi petunjuk atau rujukan dalam bidang

membuat sesuatu hukum atau undang-undang. Di awal dan diakhir fasal perlembagaan ada

menyebut Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah , dan terdapat fasal yang menegaskan

segala perselisihan dan pertikaian perlu diselesaikan bersandarkan hukum Allah dan mengikut

kebijaksanaan Baginda. Disini boleh dilihat didalm fasal 23 dan dan fasal 42

Fasal 23

“Walau bagaimanapun berbalahnya kamu sekalipun dalam sesuatu perkara hendaklah merujuk

kepada Allah dan Muhammad”

Fasal 42

“Bahawa apa jua kemungkaran(pembunuhan) atau apa juga pertengkaran diantara peserta

Piagam Madinah dikhuatiri membawa bencana hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan

kepada penyelesaian oleh Muhammad , pesuruh Allah.

20

Page 21: Gpi

Terdapat juga kelonggaran seperti kesalahan-kesalahan kecil , tidak perlu dibawa kepada

Baginda , boleh diselesaikan secara adat kebiasaan. Juga dicatat didalam Piagam Madinah

tentang hukuman Qisas dan Fidyah. Didalam Fasal 21 “ Barangsiapa membunuh seorang yang

beriman dengan cukup keterangan , maka hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh kecuali wali

mangsa yang dibunuh bersedia dan rela membayar ganti rugi.

Hukum Allah itu adil dan apa jua yang telah ditetapkan mempunyai hikmah tetapi malang

bagi sesetengah Negara yang majoritinya merupakan penganut Agama Islam masih tidak boleh

mempraktikkan dan juga mengasimilasi hukum Allah iaitu hudud didalam perlembagaan. Hal ini

mungkin terdapat beberapa perkara yang menghalang seperti tidak diterima oleh rakyat dan

ada juga berkata tidak lagi sesuai pada zaman ini. Hukum Allah itu tidak terikat dengan masa.

Perlunya Negara Malaysia menjadi contoh pertama kepada Negara Islam lain bergerak

mengamalkan hukum Islam.

Negara yang dibentuk atau dibina dengan rakyatnya yang berpecah belah dan tidak

melindungi antara satu sama lain akan mengundang kepada kehancuran. Aspek kesatuan

ummah sangat penting dan paling dititik beratkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana ia

merupakan perkara baru didalam dunia politik di Semenanjung Tanah Arab ketika itu. Baginda

telah menukarkan istilah “qabilah” kepada “ummah” Didalam piagam ada menyebut “ bahawa

mereka itu satu ummah” . Tidaklah dikecilkan perkataan ummah itu kepada mukmin semata-

mata tetapi termasuk juga golongan Yahudi yng menetap di Madinah.

Terdapat dua lagi fasal yang mengukuhkan kesatuan ini seperti

“Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan

pimpinan dengan tidak dizalimi dan tidak boleh ada pakatan terhadap mereka”

Fasal 25

“ Bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin”

Kesimpulannya , perbezaan antara kaum didalam konteks Piagam Madinah ini meraikan kaum-

kaum lain malah mendekatkan lagi , perbezaan agama juga bukan menjadi satu syarat bagi

menganggotai Piagam ini.

21

Page 22: Gpi

Setelah dinilai dan diteliti , terdapat banyak persamaan dan juga perbezaan Piagam

Madinah ini dengan Negara Malaysia , terdapat juga perbezaan bagi mengimbangi keadilan

Malaysia yang merupakan masyarakat majmuk , hidup dengan kepelbagaian kaum tetapi masih

boleh duduk sebumbung didalam satu masyarakat.

Piagam Madinah juga sangat dituntut untuk dijadikan satu model atau juga penanda aras

bagi membina sebuah Negara yang berlandaskan ajaran Allah s.w.t. , Semua aspek diambil

kira seperti keselamatan , kesatuan , undang-undang. Tidak ada cacat cela

22

Page 23: Gpi

Rujukan

Al-Quranul Karim. (n.d.).

Ariffin, M. (2008). Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

As-Syaarawi, S. M. (1985). Mukjizat Al-Quran. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Din, D. D. (2014). Pandua Komprehensif Keluarga Bahagia. PTS Millenia.

Ibn.Hisyam. (1973). Sirah An-nabi. Cairo , Dar- Ash-Sharqiyah.

Piagam Madinah. (n.d.). Retrieved from Mahasiswa Syariah UKM: http://mahasiswasyariahukm.blogspot.com/2011/04/piagam-madinah.html

Subhan, Z. (2004). Membina Keluarga Sakinah. LKIS.

Takariawan, C. (2007). Pernik-Pernik rumah tangga Islami. Era Intermedia.

Yasin, S. (2005). Pengantar Akidah . Dewan Bahasa Dan Pustaka.

23