g.p kpd pelajar dan ipt latest new edited en rizal -2016

Upload: rizal

Post on 07-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    1/11

     

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

    GARIS PANDUAN

    PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)2016 KEPADA PELAJAR DAN IPT

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    2/11

     

    GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2016

    1. PENDAHULUAN

    Pada 23 Oktober 2015, YB Perdana Menteri Malaysia merangkap MenteriKewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2016 telah meluluskan

    peruntukan sejumlah RM300 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia

    (BB1M). Semua 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pendidikan Tinggi

    (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.

    2. OBJEKTIF

    Pemberian BB1M 2016 adalah bertujuan untuk meringankan beban

    perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk

    minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

    3. KRITERIA KELAYAKAN

    Pelajar yang layak menerima BB1M 2016 ini mestilah memenuhi kriteria

    seperti berikut :

    a) Warganegara Malaysia;

    b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016;

    c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31

    Disember 2015.

    d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil

    Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3

    dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi,  A-Level,

    Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah

    dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas  yang

    diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;

    e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi

    (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang

    berkuatkuasa; dan

    f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa

    masa.

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    3/11

     

    4. TEMPOH PELAKSANAAN

    BB1M 2016 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2016.

    5. KADAR

    Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2016 berjumlah RM250. 

    6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

    6.1 Kementerian Pendidikan Tinggi

    a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan PemberianBB1M tahun 2016;

    b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian

    Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi

    tujuan cetakan BB1M 2016;

    c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan

    dengan BR1M tahun 2016; dan

    d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian

    BB1M 2016 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

    6.2 Agensi Penyelaras

    a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M

    2016 di Bahagian Kewangan, KPT;

    i. Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak

    selewat-lewatnya pada 10 Januari 2016. Pihak Urus Setia tidakakan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT

    mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah

    ditetapkan oleh KPT.

    ii. Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di

    IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam

    data IPT asal pelajar tersebut.

    b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai

    pelaksanaan pemberian BB1M 2016; 

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    4/11

     

    c) Menyelaras pengagihan BB1M 2016 untuk semua

    sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing 

    (Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M

    2016 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri

    (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

    d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan

    Penerimaan/Penolakan BB1M 2016 seperti di Lampiran 1;

    e) Mengecap BB1M 2016 dengan cap rasmi IPT pada ruang yang telah

    ditetapkan;

    f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad

    pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2016 sebaiksahaja menerima BB1M 2016 tersebut;

    g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2016 dan

    buku keratan BB1M 2016 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan;

    dan

    h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2016

    seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:

    Jadual 1

    PERINGKAT

    PENDIDIKAN/ INSTITUSI

    PENDIDIKAN TINGGI

    AGENSI

    PENYELARAS

    Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM)

    Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

    Institut Pendidikan Guru

    (IPG)

    Institut Pendidikan Guru Malaysia

    (IPGM)

    Kolej VokasionalBahagian Pendidikan Teknik dan

    Vokasional (BPTV)

    Politeknik Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)

    Universiti Awam (UA)/

    Hospital Pengajar

    Pejabat Bendahari/

    Pejabat Kewangan

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    5/11

     

    i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan

    Penerimaan/Pengagihan BB1M 2016 di bawah tanggungjawab

    masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M

    2016 di Bahagian Kewangan KPT sebelum 1 Ogos 2016; dan

     j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2016mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

    7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2016

    Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2016 adalah seperti berikut :

    7.1 BB1M 2016 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional

    Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras;

    7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2016 yang

    diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2016 sekiranya

    berlaku ketidakcukupan BB1M 2016 yang diterima daripada pihak PNMB;

    7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2016 kepada pelajar selepas mendapat

    arahan daripada pihak KPT;

    7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon

    dengan jelas pada BB1M 2016 semasa menuntut BB1M 2016 di IPT;

    7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2016 telah dicap dengan cap rasmi

    IPT berkenaan;

    7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2016 di mana-mana kedai buku yang

    menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2016

    dan kad pengenalan;

    7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2016 bernilai RM250

    untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah

    ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberimanfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja;

    Institut PendidikanTinggi

    Swasta (IPTS)/ Bahagian

    Pembangunan Mahasiswa

    Bahagian Governans IPTS (JPT)/

    Bahagian Pembangunan Mahasiswa

    Institusi Pendidikan Tinggi

    di bawah Kementerianlain/Kerajaan Negeri

    Pejabat Kewangan Agensi

    Kolej Komuniti Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    6/11

     

    7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar

    dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPT;

    7.9 BB1M 2016 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang

    tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

    7.10 Tempoh sah laku BB1M 2016 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30

    Jun 2016; dan

    7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tertakluk kepada

    syarat asas di para 7.7.

    8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

    8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar

    mengenai status pemberian BB1M 2016 bagi mengelakkan pertindihan

    agihan; dan

    8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M

    2016, hendaklah menuntut BB1M 2016 di IPT asal pelajar tersebut.

    9. KEROSAKAN

    9.1 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

    a) IPT perlu memastikan BB1M 2016 yang diterima berstatus baik;

    b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2016, pihak

    bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia

    BB1M 2016 dan mengemukakan BB1M 2016 tersebut dalam

    kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2016 oleh

    pihak PNMB; dan

    c) Kerosakan BB1M 2016 adalah seperti;

    I. Nombor siri bertindih;

    II. Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan

    III. Lain-lain kerosakan kepada BB1M 2016 yang

    memerlukan pencetakan semula.

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    7/11

     

    9.2 PELAJAR

    a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2016 yang diterima daripada IPT

    masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan

    b) IPT dan KPT berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian

    BB1M 2016 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan

    kecuaian pelajar sendiri.

    10. KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2016

    10.1 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

    a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya

    berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2016:

    i. IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam

    tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui;

    ii. Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia

    BB1M 2016 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari

    dari masa kehilangan telah diketahui; dan

    iii. BB1M 2016 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti

    dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya. 

    10.2 PELAJAR

    a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2016 selepas pengagihan adalah

    di bawah tanggungjawab pelajar.

    11. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2016

    11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2016, IPT hendaklah

    mengembalikannya kepada Urus Setia BB1M 2016 melalui IPT masing-

    masing sebelum 30 Mei 2016.

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    8/11

     

    12. PENYALAHGUNAAN BB1M 2016

    12.1 BB1M 2016 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang

    tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

    12.2  Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2016 berjumlah RM250.

    Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2016 yang diperuntukan boleh

    dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih

    daripada RM250 BB1M 2016 perlu memulangkan lebihan tersebut

    kepada IPT 

    12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku

    untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian

    BB1M 2016 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan

    penyalahgunaan; dan

    12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M

    2016 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan

    diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa

    hadapan.

    13. Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian

    Pendidikan Tinggi yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

    14. Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan barudikeluarkan.

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    9/11

     

    15. URUS SETIA BB1M 2016

    15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2016 hendaklah

    dialamatkan kepada:

    Urus Setia BB1M 2016Bahagian Kewangan,Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 12, No. 2 Menara 2Jalan P5/6, Presint 562200 Putrajaya.

    15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke [email protected] atau

    menghubungi di talian Urus Setia BB1M 2016 seperti berikut:

    a) Kementerian Pendidikan Tinggi  (UA/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti/Institusi Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri

    i. Urus Setia Baucar Buku 1Malaysia03-88704361, 03-88705342, 03-88705331

    b) Kementerian Pendidikan Malaysia  (Sekolah/Kolej Matrikulasi/KolejVokasional/Institut Pendidikan Guru)

    i. Urus Setia Baucar Buku 1Malaysia03-88847616, 03-88847081, 03-88847081

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    10/11

     

    LAMPIRAN 1

    SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2016(Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pendidikan Tinggi masing-masing)

    NAMA INSTITUSI PENDIDIKAN/SEKOLAH : ......................................................................

    KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : …………….......................................................

    ALAMAT : ...........................................................................................................................................................................................

    NO. TELEFON : ………………...…..  JUMLAH BB1M 2016 DITERIMA : .........................................

    NO FAKS : ............................. JUMLAH BB1M 2016 DIAGIH : .........................................

    JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ……………………….........

    BIL NAMA PELAJARNO. KAD

    PENGENALAN

    MENERIMA /MENOLAKBB1M 2016

    TARIKHTERIMA

    NO SIRIBB1M 2016

    TANDATANGA

    Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

    Tandatangan :  Tandatangan : Nama :  Nama : Jawatan :  Jawatan : Tarikh :  Tarikh : 

  • 8/19/2019 g.p Kpd Pelajar Dan Ipt Latest New Edited en Rizal -2016

    11/11

     

    LAMPIRAN 2

    RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA(BB1M) 2016

    (Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pendidikan Tinggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)

    INSTITUSIPENDIDIKAN TINGGI/AGENSI PENYELARAS

    :

    ALAMAT :

    NO TELEFON :

    NO FAKSIMILI :

    BIL INSTITUSI PENDIDIKAN/AGENSI PENYELARAS

    BB1M 2016DITERIMA

    BB1M 2016DIAGIH

    LEBIHAN /KURANGAN

    (NO SIRI)

    JUMLAH KESELURUHAN

    Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

    Tandatangan TandatanganNama NamaJawatan JawatanTarikh Tarikh