ggge 2174 program pemulihan dalam...

27
GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SEMESTER 1 SESI 2016/2017 TUGASAN INDIVIDU KAJIAN KES PENSYARAH PROF. MADYA DR. MANISAH BINTI MOHD. ALI PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID DR. ALIZA BINTI ALIAS NAMA DAN NO. MATRIK NOR WAHIDA BINTI SHAHABUDIN A 154428

Upload: doankhanh

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN KES

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. MANISAH BINTI MOHD. ALI

PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID

DR. ALIZA BINTI ALIAS

NAMA DAN NO. MATRIK

NOR WAHIDA BINTI SHAHABUDIN

A 154428

Page 2: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

1.0 MAKLUMAT PERIBADI PELATIH

Nama: Sheikh Muhamad Irfan bin Sheikh Mohamad Zulfikri

Pelatih: Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Permata Hati,

Presint 11, Putrajaya.

Tarikh lahir: 20 Ogos 2009

Umur: 7 tahun

No. kad pengenalan 090820 – 08 – 1013

No. pendaftaran OKU: LD 160016000145

Kategori

ketidakupayaan:

Masalah pembelajaran.

Diagnosis: Autisma dan Disleksia.

Jantina: Lelaki.

Agama: Islam.

Nama bapa: Sheikh Mohamad Zulfikri bin Sheikh Abd Aziz.

Pekerjaan bapa: Penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Nama ibu: Najuah binti Abd Halim.

Pekerjaan ibu: Penolong pegawai kesihatan persekitaran.

Bil. adik-beradik: 3 orang (sulung).

No. telefon waris: 012 – 903 3687

Alamat: B1 – T02 – U03 Apartment 5R6,

Jalan P5A Presint 5,

62100 Putrajaya, W. P. Putrajaya.

Page 3: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

2.0 SEJARAH PELATIH DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Berdasarkan temu bual bersama petugas Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK),

Sheikh Muhamad Irfan atau mesra disapa Irfan masih baru di PDK Permata Hati. Kanak-

kanak ini mendaftar masuk ke PDK pada awal bulan Oktober 2016. Sebelum ini Irfan

pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 5, Putrajaya. Walau bagaimanapun,

dia hanya bersekolah selama sembilan bulan, iaitu pada bulan Januari sehingga bulan

September 2016. Hal ini kerana, Irfan didapati tidak dapat mengikuti sistem persekolahan

seperti rakan seusianya yang lain.

Tambahan lagi, guru sering mengadu mengenai sikap dan kebolehan Irfan di sekolah.

Lantaran itu, ibu bapa Irfan membawa anak mereka ke hospital untuk diperiksa. Hasil

laporan perubatan menunjukkan Irfan didiagnos mengalami masalah autisma dan disleksia.

Mengikut ibu Irfan, doktor mencadangkan supaya Irfan diberi rawatan pemulihan dan

terapi yang bersesuaian supaya potensi dan bakat yang dimiliki dapat berkembang. Oleh

yang demikian, ibu bapa Irfan telah menghantar anak mereka ke PDK untuk tujuan itu.

Sepanjang keberadaan Irfan di PDK, belum pernah berlaku situasi atau kejadian yang pelik

yang dilakukan olehnya. Hal ini kerana ketidakupayaan yang dialami adalah pada kategori

ringan (mild). Justeru, Irfan tidak mempunyai masalah yang sukar ketika berada di PDK.

3.0 JENIS LATIHAN YANG DIIKUTI

Mengikut petugas PDK dan pemerhatian saya selama tujuh hari di sana, Irfan tidak

mengikuti sebarang latihan yang formal dan khusus untuknya samada di PDK mahupun

daripada pihak luar. Namun, Irfan hanya diberi latihan secara tidak formal di PDK bersama

pelatih-pelatih lain. PDK sememangnya mempunyai perancangan program dan aktiviti

yang tersendiri untuk pelatih-pelatihnya. Setiap program dan aktiviti yang dirancang

mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dalam memberikan rawatan pemulihan

terhadap pelatih. Antara latihan di PDK bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun

seperti Irfan adalah kemahiran pra akademik, pengurusan diri, terapi hidro, terapi muzik,

dan terapi seni.

Pertama sekali, dalam komponen kemahiran praakademik, pelatih didedahkan dengan

aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus, persepsi warna, konsep saiz dan konsep

persamaan dan perbezaan. Keduanya, kemahiran pengurusan diri pula meliputi latihan

mencuci, memakai stokin, mencuci mulut, mandi, makan dan minum serta pelbagai lagi

latihan yang dikira sesuai mengikut tahap kanak-kanak.

Page 4: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

Seterusnya, Irfan juga mengikuti beberapa jenis terapi di PDK seperti terapi hidro,

muzik, dan seni. Terapi hidro atau air merupakan satu bidang yang luas bertujuan untuk

mengembali, memelihara, dan memulihkan keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual

seseorang kepada keadaan yang lebih baik atau normal (Yasmin Hussain, 2013). Terapi

hidro sangat sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan halus

pelatih.

Di samping itu, terapi muzik juga didedahkan kepada pelatih. Terapi muzik dan

nyanyian adalah salah satu terapi yang ekspresif, terdiri daripada proses interpersonal

(Yasmin Hussain, 2013). Terapi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan pelatih

merentasi pelbagai domain (kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif,

tingkah laku, dan kemahiran sosial serta kualiti hidup) dengan menggunakan pengalaman

muzik (nyanyian, mendengar, penggunaan alatan muzik, dan pergerakan) untuk mencapai

matlamat dan objektif rawatan.

Akhirnya, pelatih turut mendapat terapi seni semasa di PDK. Contoh aktiviti yang

sering dilakukan adalah melukis, mewarna, membuat kolaj dan pelbagai lagi aktiviti seni

dan kraftangan. Terapi seni merupakan satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku (Yasmin

Hussain, 2013). Tambahan lagi, terapi ini menggunakan media seni, imej, proses kreativiti,

dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk sebagai cerminan perkembangan,

kebolehan, personaliti, minat, kerisauan, dan pertelingkahan individu. Perkara ini turut

disokong oleh Mason, Thormann, dan Steedly (2004), terapi seni yang diajar kepada murid

berkeperluan khas adalah satu proses untuk memperkembangkan bakat dan potensi serta ia

boleh diintegrasikan merentasi subjek.

Page 5: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PELATIH

4.1 Kekuatan

Berdasarkan temu bual bersama ibu Sheikh Muhamad Irfan atau mesra disapa Irfan,

ternyata Irfan memiliki sikap suka bergaul, namun hanya selesa bersama orang yang rapat

dengannya. Sebagai contoh, dia senang bergaul dan bermain bersama dengan adik-adiknya

ketika di rumah. Menurut Hasnah Toran et al. (2013), mereka hanya berinteraksi apabila

mempunyai kepentingan. Pada awal pemerhatian saya, Irfan hanya bermain dan bercakap

dengan Hakimi, iaitu rakan sebayanya ketika di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK).

Dia tidak akan bermain atau menyertai kumpulan pelatih lain yang tidak dikenali.

Keduanya, Irfan mempunyai kekuatan dari segi pengurusan diri. Mengikut Puan

Najuah, Irfan dapat makan dan minum, pergi ke tandas dan mencuci tangan sendiri tanpa

memerlukan bantuan. Selain itu, Irfan juga dapat menyuap makanan sendiri semasa waktu

rehat di PDK. Tambahan lagi, saya melihat Irfan dapat minum dengan sendiri ketika kami

melakukan lawatan ke Taman Wetland, Putrajaya.

Seterusnya, kanak-kanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar yang baik.

Perkara ini disokong oleh petugas PDK dan hasil laporan Irfan juga menunjukkan dia

seorang yang aktif. Hal ini kerana, Irfan dapat berlari, berjalan, melompat, merangkak,

meniarap dan baring tanpa sebarang masalah. Selama tujuh hari, saya melakukan

pemerhatian terhadap Irfan, dia sememangnya sangat suka terhadap aktiviti-aktiviti yang

memerlukan pergerakan badan. Sebagai contoh, apabila lagu dipasangkan, Irfan tanpa

lengah terus bangun dan menari mengikut gaya yang dilihat. Saya melihat terdapat usaha

dia untuk meniru gaya pergerakan yang dilakukan seperti di dalam video lagu tersebut.

Akhir sekali, kekuatan Irfan yang dapat saya kenal pasti adalah dari segi kemahiran

visualisasi. Irfan sangat suka melihat objek-objek yang bergerak dan berwarna terang.

Kekuatan kanak-kanak yang mengalami autisme adalah kebolehan mereka untuk

memproses maklumat visual dengan lebih berkesan berbanding dengan maklumat lisan

(Hasnah Toran et al., 2013).

Page 6: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

4.2 Kelemahan

Semasa di prasekolah, Irfan telah dikesan mengalami kesukaran dalam menulis.

Menurut Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2015), masalah kemahiran menulis dalam

kalangan murid bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau pensel

ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam

mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak

teratur, dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Apabila memasuki persekolahan, keadaan itu menjadi satu kesulitan kepada guru di

sekolah, di mana Irfan masih tidak boleh mengenal dan menulis abjad A hingga Z.

Lebihlebih lagi, dia juga tidak dapat mengenal serta mengira nombor bulat 1 hingga 10.

Tambah guru itu lagi, Irfan tidak boleh mengikut arahan apabila diajar menulis. Mengikut

laporan perubatan, dia juga tidak suka memegang pensel dan melakukan aktiviti yang

memerlukan penggunaan pensel seperti menulis atau melukis.

Seterusnya, kanak-kanak ini juga mempunyai kesukaran dalam kemahiran membaca.

Murid-murid disleksia juga mempunyai masalah membaca, mereka mungkin membaca

terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat atau membaca lambat dan terputus-putus

(Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011).

Berdasarkan laporan perubatan, Irfan merupakan seorang kanak-kanak yang suka

menyendiri. Hal ini dapat dilihat pada awal pemerhatian saya di PDK, di mana Irfan hanya

bergaul dengan Hakimi iaitu rakan sebayanya. Tambahan pula, dia tidak bergaul dengan

kanak-kanak lain di PDK tersebut. Menurut ibu Irfan, anaknya pernah bersekolah pada

awal tahun ini, iaitu bulan Januari 2016 sehingga bulan September 2016.

Di sekolah, Irfan tidak mempunyai kawan dan suka membawa diri. Guru di sekolah

juga memberi komen bahawa Irfan tidak memberi tindak balas dan menolak untuk terlibat

dengan aktiviti bersama rakan-rakan di dalam kelas. Majoriti daripada kanak-kanak yang

mengalami autisme menghadapi kesukaran untuk mengikuti pelajaran di dalam kelas

aliran perdana kerana mereka sukar untuk menjalinkan hubungan sosial dengan guru dan

rakan sekelas (Hasnah Toran et al., 2013).

Page 7: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

Lanjutan daripada sikap Irfan yang suka menyendiri, menyebabkan dia kurang interaksi

dengan orang di persekitarannya. Bahasa ialah komunikasi dan dipelajari melalui interaksi

social. Justeru, tidak hairanlah mengapa Irfan tidak boleh bercakap dengan sebutan yang

jelas dan betul. Tambahan lagi, Irfan hanya menunjuk-nunjuk kepada petugas jika dia

menginginkan sesuatu. Murid yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang

disampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan

kawankawan dan sebagainya (Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah, 2015).

Selain itu, dia juga menggunakan suara yang amat perlahan ketika bercakap. Ketika

pertama kali bercakap dengannya, saya terpaksa merapatkan telinga sehingga ke bibir Irfan

untuk mendengar dia butir-butir percakapannya. Menurut ibunya pula, dia seolah-olah

menggunakan perkataannya sendiri apabila bercakap. Hal ini bertepatan dengan pendapat

Wong Kiet Wah et al. (2013), jika mereka bercakap, mereka menggunakan ‘bahasa

sendiri’ dalam bentuk bunyi-bunyi yang luar biasa.

Keduanya, Irfan juga seorang yang agresif. Mengikut pemerhatian ibunya, Irfan suka

membaling benda atau mainan yang diberikan. Murid-murid autisme biasanya akan leka

bermain dengan sesuatu barang yang diminatinya sehingga berjam-jam lamanya dan akan

menjadi baran jika barang itu diambil, dialihkan atau hilang (Mohd Zuri Ghani & Aznan

Che Ahmad, 2011). Hal ini kerana, dia mungkin terpengaruh dengan permainan “Angry

Bird Games” pada alat teknologi.

Pada hari terakhir pemerhatian saya, dia dilihat bermain bola dengan kanak-kanak lain.

Saya melihat Irfan sangat suka membaling bola plastik yang berwarna-warni itu.

Sungguhpun begitu, dia tidak membaling bola tersebut ke arah rakannya tetapi membaling

secara rawak pada dinding. Dalam hal ini, Irfan dilihat mempunyai minat terhadap aktiviti

yang melibatkan pergerakan fizikal yang aktif memandangkan sifatnya yang agresif.

Page 8: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

5.0 JENIS KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN

Perkembangan diri manusia dapat dilihat dalam pelbagai aspek misalnya fizikal,

kognitif, motor, bahasa serta komunikasi, dan sosio emosi. Perkembangan kanak-kanak

berlaku secara holistik iaitu berlaku pengintegrasian antara kesemua aspek perkembangan.

Menurut Wong Kiet Wah et. al. (2013), perkembangan melibatkan perubahan kualitatif

yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu

tahap ke satu tahap yang lain. Perkara dapat dilihat dalam penguasaan kemahiran berfikir

kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak.

Proses ini berlaku secara beransur-ansur dan berterusan dalam diri setiap manusia

bermula pada peringkat bayi sehinggalah peringkat dewasa. Tambahan pula, tidak semua

kanak-kanak melalui perkembangan pada kadar yang sama mengikut urutan umurnya. Ada

yang mengalami perkembangan cepat, manakala ada pula yang mengalami proses

perkembangan lewat. Justeru, kanak-kanak ini perlu dibantu dan diberi rawatan supaya

potensi dan bakat kanak-kanak dapat berkembang dengan sewajarnya.

Mengikut laporan perubatan, pakar mencadangkan supaya Irfan diberi terapi cara kerja

secara berterusan. Terapi merupakan latihan atau aktiviti yang bermakna untuk

meningkatkan tahap kefungsian seharian individu yang mempunyai masalah mental dan

fizikal pada semua peringkat umur. Tambahan lagi, terapi ini merupakan satu jenis

pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang dan tertumpu kepada aktiviti hidup

seharian, penjagaan diri dan keupayaan berdikari di tempat kerja dan riadah (Yasmin

Hussain, 2013). Contoh-contoh latihan yang boleh dilakukan adalah seperti melukis,

menulis, membutang baju, mengikat tali kasut, melipat baju, menggunting dan menampal.

Setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, ibu bapa perlulah merekod

perkembangan tersebut supaya kita dapat melihat kebolehan serta keupayaan kanak-kanak

dalam kehidupan seharian dan kemahiran motor halus.

Akhir sekali, Irfan juga memerlukan terapi pertuturan. Hal ini berikutan kelemahan

yang dimiliki olehnya dalam kemahiran bahasa ekspresif dan reseptif. Menurut Puteri

Roslina Abdul Wahid (2016), bahasa reseptif ialah bahasa yang difahami, manakala bahasa

ekspresif ialah bahasa yang dilahirkan melalui ujaran atau lisan. Bahasa ialah alat

komunikasi dan dipelajari melalui interaksi sosial. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan

peranan penting untuk mengukuhkan kemahiran bahasa dan komunikasi kerana pada

peringkat ini kanak-kanak mudah menguasai bahasa yang dituturkan. Morisson (2007)

Page 9: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

menegaskan dalam dapatan kajiannya bahawa pengalaman awal pembelajaran bahasa

mempunyai impak terhadap kemampuan berbahasa dan kemahiran membaca pada tahun-

tahun berikutnya. Oleh yang demikian, ibu bapa khususnya perlu memainkan peranan

penting dalam meningkatkan perkembangan bahasa Irfan di samping mendapat bantuan

daripada ahli terapi pertuturan.

Page 10: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

6.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, Irfan patut diberi peluang pendidikan untuknya belajar. Hal ini

demikian kerana, kekuatan yang dimiliki oleh Irfan membuatkan dia layak untuk memasuki

sistem persekolahan. Sebagai guru, kita janganlah menjadikan kelemahan murid sebagai

alasan untuk menidakkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Sungguhpun, Irfan

didiagnosis mengalami autisma dan disleksia, tetapi kesukaran yang dialaminya masih

membolehkan dia untuk belajar di sekolah. Tambahan pula, disleksia bukan satu kecacatan

dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah, 2000). Oleh itu, murid

disleksia ini hanya memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tertentu sebagai

sokongan untuk mereka belajar.

Strategi pembelajaran dan pengajaran yang disarankan perubahannya adalah untuk

membina dan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran serta

membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran dan berupaya pula

meneruskannya sendiri (Menteri Pelajaran Malaysia, 2003). Permasalahan yang dihadapi

oleh Irfan ini sebenarnya boleh diperbetulkan melalui kaedah-kaedah PdP tertentu.

Tambahan pula, Bold (2000) menyatakan bahawa disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi

boleh dirawat. Hal ini demikian kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan

berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat

meminimumkan permasalahan dan kekeliruan kanak-kanak disleksia (Zainal Kassan &

Suhaila Abdullah, 2015).

Selain daripada itu, Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi

masalah disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan

mengeja. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah-masalah lain yang

dihadapi mereka dalam proses pembelajaran. Sesungguhnya, untuk mengajar sebuah kelas

yang terdapat di dalamnya murid disleksia merupakan sesuatu yang sangat mencabar

profesionalisme guru (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2013). Oleh itu, guru perlu

membuat pengubahsuaian dalam tiga perkara, iaitu pengubahsuaian melibatkan bahan

pengajaran dan pembelajaran, pengubahsuaian melibatkan pengajaran interaktif dan

pengubahsuaian melibatkan pencapaian murid (Persatuan Disleksia Antarabangsa, 2002).

Page 11: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

RUJUKAN

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. 2013. Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Bold. 2000. Disleksia: Kit Penerangan Asas. Pulau Pinang: Bureau on Learning.

Hasnah Toran, Salmiah Bujang & Fadliana Chiri. 2013. Siri Pendidikan Autisme: Pengajaran

Berstruktur. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference.

Mason, C. Y., Thormann, M. S., & Steedly, K. M. 2004. How Students with Disabilities Learn

in and through the Arts: An Investigation of Perceptions.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2011. Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Puteri Roslina Abdul Wahid. 2016. Bahasa dalam Komunikasi Kanak-kanak Sindrom Down.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sofiah. 2000. Anak Lembap…Mungkin Disleksia. Utusan Malaysia, 13 November.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina

Ahmad. 2013. Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain. 2013. Terapi dalam Pendidikan Khas. Ampang: Pekan Ilmu Publications

Sdn. Bhd.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. 2015. Pendidikan Disleksia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.

Bhd.

Page 12: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

LAMPIRAN I

Lampiran 1: Kad Pengenalan Kanak-kanak.

Page 13: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

LAMPIRAN II

Lampiran 2: Kad OKU Kanak-kanak.

Page 14: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

LAMPIRAN III

Lampiran 3: Laporan Psikologikal Kanak-kanak.

Page 15: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 16: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 17: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 18: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 19: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 20: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 21: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

LAMPIRAN IV

Lampiran 4: Borang Pendaftaran Kanak-kanak di PDK.

Page 22: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 23: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira

LAMPIRAN V

Page 24: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 25: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 26: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira
Page 27: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/kajian_ke… · ... pelatih didedahkan dengan aktiviti yang ... latihan yang dikira