gerakan kristianisasi di malaysia

7
8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 1/7 INFORMATION of ELAKSAMANA GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala. Sejarah telah mencatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad- Daulah al-Islamiah. Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan artikel ini, Insya’ Allah. Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi. Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang 1 PaRaDoX / [email protected] © All Right Reserved Presented 2006

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 1/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmatyang dikurniakan-Nya serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masihmengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah

yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan yangdijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.

Sejarah telah mencatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam muladicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyahpada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusiatelah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi bentengkekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa

yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurangberpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada merekatelah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadibenteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yangmenjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain)ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakanagama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakantersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepadaagama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaansecara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokusperbincangan artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di TanahMelayu semenjak penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihatKota Melaka kita akan dapati di sana terdapat banyak gereja-gereja yang dicatwarna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam KotaMelaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalamA Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurangberjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan

tersebut. Tetapi peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam.Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarahpenting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yangmenyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebuttelah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding imanyang kukuh, akidah Islam di tahap yang menyedihkan, budaya barat menjadiikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali beberapa orang

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 2: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 2/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaanmabuk. Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret  terbitan Pusat IslamCalifornia mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara

negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″,kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalamsebuah laporan Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan AgamaIslam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-bukutersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul.Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam,inilah salah satu taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islamuntuk membaca buku-buku ini (sila rujuk gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ‘’riwayat hidupIsa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir telah diterbitkan oleh ‘Kairos Research Centre’.

2 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 3: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 3/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku ‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab sepeti “Allah” sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” danlain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, DamansaraKim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepadadakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalikdinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam

Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyahKristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjayadikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. PemimpinKristian Melayu tersebut akhirnya dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .PendakwahKristian dibebebaskan atas nama kebebasan beragama setelah ramai anakMelayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita yangtercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

3 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 4: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 4/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysiadikejutkan pula dengan kes murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin laridengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk gambar 4). Berapa ramaikahwanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari terpampang di mukadepan suratkhabar tempatan?

Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion In Malaysia’, halaman 51.

4 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 5: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 5/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam.Sekarang bangsa Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yangberiktikad di jiwanya dengan dua kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratusMelayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah rasanya kalau hendak bercakapbegitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadith Nabi .Sabdanya:

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukumperundangan Islam dan diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir, sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islamyang meninggalkan sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagigejala murtad di Malaysia. Ulama Islam ada mengatakan bahawa perbezaan

antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya ialah sembahyang.Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yangkafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kitamembicarakan cara-cara menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik danmurtad ini daripada melanda umat Islam. Tetapi sayangnya sistem perundanganIslam diketepikan sewenang-wenangnya oleh pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada terus bersinar dimahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada

kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) . Firman Allah:

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapiAllah tetap menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”(Surah Ash Saf 

5 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 6: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 6/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

Gambar 5 :  Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop) Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkansedutan dari ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, LeeMin Choon. Lee secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalamceramahnya.

Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akanbersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslimwajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya denganpengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akandapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmuagama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agamasekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agamadi sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukanmurtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasukisekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad darisegi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad darimeresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpamengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika

6 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006

Page 7: Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

8/14/2019 Gerakan Kristianisasi Di Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/gerakan-kristianisasi-di-malaysia 7/7

INFORMATION of ELAKSAMANA

kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untukmencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (SurahMuhammad:7)

7 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2006