geo pbs (2)

10
Name: Wong Sheng Hing Tingkatan: 2G I/C: 991114-13-6193 Guru Subject: Cikgu Afizie Sistem Pengangkutan Lestari Di Malaysia

Upload: gee-fiziey

Post on 20-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

geo

TRANSCRIPT

Page 1: Geo PBS (2)

Name: Wong Sheng HingTingkatan: 2GI/C: 991114-13-6193Guru Subject: Cikgu Afizie

Sistem Pengangkutan Lestari Di Malaysia

Page 2: Geo PBS (2)

DEFINISI SISTEM PENGANGKUTAN

Sistem pengangkutan adalah kemudahan infrastruktur yang sangat penting bagi setiap negara dalam pelbagai segi. Ia membolehkan pergerakan manusia dan barangan, mencorak penggunaan tanah dan paten pembangunan sesuatu negara itu, menghasilkan pertumbuhan ekonomi serta penjanaan pekerjaan, menyokong dasar awam yang berkaitan dengan penggunaan tenaga, kualiti udara dan seterusnya pengeluaran karbon. 

Page 3: Geo PBS (2)

SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur pengangkutan yang baik setanding dengan apa yang terdapat dalam kebanyakan negara maju. Dari segi pengangkutan darat, Malaysia mempunyai rangkaian lebuh raya dan jalan raya sepanjang lebih kurang 6,3000 kilometer yang baik dengan lebih kurang 2.6 peratus daripadanya adalah lebuh raya yang setanding dengan lebuh raya yang ada di negara maju lain. 

Selain daripada pengangkutan darat, pengangkutan manusia dan barangan berat juga boleh dilakukan melalui rel yang menyambung beberapa bandar utama dari utara hingga pantai timur dan selatan Semenanjung. Kebanyakan bandar utama di seluruh negara juga dihubungkan melalui rangkaian udara yang baik oleh tiga syarikat penerbangan tempatan. Enam daripada lapangan terbang bertaraf antarabangsa negara pula menyediakan hubungan udara ke pelbagai destinasi bandar raya utama dunia. 

Page 4: Geo PBS (2)

Pertumbuhan ekonomi berkait rapat dengan pembangunan sistem pengangkutan khususnya dari segi infrastruktur dan kepakaran pengurusan. Sektor pengangkutan juga boleh menyumbang ke arah penghapusan kemiskinan luar bandar, sekali gus menaik taraf kehidupan rakyat melalui aktiviti ekonomi luar bandar yang pelbagai, pasaran niaga yang cukup dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. 

Oleh sebab itulah, kerajaan memberi penekanan yang tinggi terhadap penyediaan sistem pengangkutan yang berkesan dan cekap. Peletakan keutamaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam sebagai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional, penyediaan peruntukan sejumlah RM2.8 billion dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah antara petunjuk utama mengenai perkara penting ini. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), sistem pengangkutan awam yang mesra rakyat dirancangkan. Pendekatan rancangan bertukar daripada sektor pengangkutan sebagai isu kejuruteraan kepada sistem pengangkutan yang memberi penekanan kepada kesiapsiagaan perkhidmatan, kemudahan mobiliti perjalanan dan sambungan antara perjalanan yang baik. Penekanan ke arah mobiliti ini adalah selaras dengan pengalaman negara maju yang menunjukkan mobiliti yang tinggi menghasilkan peluang dan pemangkin kemajuan yang lebih baik berbanding mobiliti yang terhad. 

Page 5: Geo PBS (2)

SISTEM PENGANGKUTAN LESTARI

Sistem pengangkutan yang berkesan dan cekap akan menghasilkan suasana kehidupan yang sihat dan lestari dari segi sosial, ekonomi, persekitaran dan kewangan. Malaysia sudah mencapai satu tahap kualiti yang tinggi melalui transformasi dalam penyediaan infrastruktur pengangkutan yang baik. Namun begitu, usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem pengangkutan secara umumnya perlu diteruskan bagi memastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa berlaku bersama. 

Page 6: Geo PBS (2)

CARA UNTUK MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN NEGARA Pelaksanaan proses perancangan pengangkutan yang

kurang bergantung kepada kereta. 

Peningkatan infrastruktur bagi mengambil kira kebaikan sistem pintar dalam pemantauan dan kawalan trafik terutama dalam kawasan bandar. 

Teknik pengurusan sistem pengangkutan perlu mampu menyelesaikan kesesakan jalan raya yang berpunca daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya dalam masa yang sesingkat mungkin. 

Pengintegrasian pelan pembangunan bandar dan pengangkutan. 

Pendidikan berterusan bagi melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggung jawab. 

Page 7: Geo PBS (2)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN LESTARI DI MALAYSIA

Pembentukan jalan kaki yang kondusif dan mesra pengguna.

Pembentukan jalan kaki boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tidak perlu menyusahkan ibubapa menghantar kita ke sesuatu tempat. Hal ini juga mengurangkan masalah jerebu.

Page 8: Geo PBS (2)

Mewujudkan LRT / Monorel / MRT di SarikeiPengangkutan awam boleh mengurangkan bilangan kenderaan seperti kereta dan motorsikal yang berada di atas jalan raya. Hal ini telah mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara

Page 9: Geo PBS (2)

Menggalakkan Penggunaan Basikal Di Kawasan Kampus Atau Sekolah

Berbasikal adalah cara yang baik untuk masyarakat dalam usaha pengurangan pelepasan karbon. Tidak dapat dinafikan berbasikal merupakan pengangkutan yang paling  murah dan dianggap sebagai pilihan mesra alam kerana tiada pencemaran bunyi bising, tiada bau asap yang tidak menyenangkan dan mudah digunakan.

Page 10: Geo PBS (2)

Mewajibkan Penggunaan Catalytic Converter Pada Ekzos Kenderaan

Penggunaan Catalytic Converter boleh mengurangkan mereaksikan gas-gas buang yang berbahaya melalui reaksi kimia sehingga nantinya gas-gas tersebut akan berubah menjadi gas yang tidak berbahaya bagi lingkungan. Atau minimal menjadi gas yang tidak terlalu berbahaya.