geo manusia 2

11
1.0 PENGENALAN Ekonomi Malaysia semakin memberangsangkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keadaan ini didorong oleh pembangunan perindustrian yang merupakan pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara yang lebih baik. Pembangunan perindustrian adalah merujuk kepada suatu proses transformasi atau perubahan yang berlaku dalam struktur ekonomi sesebuah negara. Transformasi ini melibatkan peralihan penumpuan ekonomi daripada aktiviti pertanian yang lebih mudah, konservatif ( sektor pertama) kepada aktiviti ekonomi yang mempunyai ciri-ciri yang lebih moden, sofistikated dan kompleks (Moha Asri Abdullah, 1997 : 6). Transformasi ini adalah disebabkan terdapatnya lebihan tenaga buruh dalam sektor pertanian yang telah menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Oleh itu, kerajaan berusaha mengatasi masalah ini dengan cara melaksanakan strategi perindustrian pada akhir 1960-an dan awal 1970-an untuk menambahkan peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran yang berlaku. Oleh hal yang demikian, pada tempoh 1986-1990 telah berlaku penyerapan buruh dalam sektor perkilangan dengan pesat. Akibat berlaku

Upload: ahmadsirajmatyusoff

Post on 14-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Ekonomi Malaysia semakin memberangsangkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Keadaan ini didorong oleh pembangunan perindustrian yang merupakan pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara yang lebih baik. Pembangunan perindustrian adalah merujuk kepada suatu proses transformasi atau perubahan yang berlaku dalam struktur ekonomi sesebuah negara. Transformasi ini melibatkan peralihan penumpuan ekonomi daripada aktiviti pertanian yang lebih mudah, konservatif ( sektor pertama) kepada aktiviti ekonomi yang mempunyai ciri-ciri yang lebih moden, sofistikated dan kompleks (Moha Asri Abdullah, 1997 : 6). Transformasi ini adalah disebabkan terdapatnya lebihan tenaga buruh dalam sektor pertanian yang telah menyebabkan berlakunya masalah pengangguran. Oleh itu, kerajaan berusaha mengatasi masalah ini dengan cara melaksanakan strategi perindustrian pada akhir 1960-an dan awal 1970-an untuk menambahkan peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran yang berlaku. Oleh hal yang demikian, pada tempoh 1986-1990 telah berlaku penyerapan buruh dalam sektor perkilangan dengan pesat. Akibat berlaku lambakan tenaga buruh dalam sektor perindustrian ini, maka upah buruh adalah rendah dan keadaan ini telah menarik minat pelabur asing untuk menanam modal ke dalam syarikat di Malaysia kerana dilihat menguntungkan apabila kos pengeluaran terhadap upah buruh adalah rendah berbanding di negara asal mereka. Keadaan ini secara tidak langsung telah membawa kepada kemasukan syarikat multinasional di Malaysia. Pada peringkat awal, kualiti dan kemahiran tidak dilihat penting dalam pengambilan tenaga buruh. Namun, setelah kerajaan melaksanakan penstrukturan semula industri, kualiti buruh telah dilihat penting dalam meningkatkan produktiviti. Keadaan ini telah meningkatkan banyak pelaburan asing dan tempatan dalam sektor industri pembuatan khususnya. Kesediaadaan kualiti buruh yang berkemahiran dan berpengetahuan telah mempengaruhi penentuan lokasi sesuatu pembangunan perindustrian di sesebuah kawasan. Dalam penulisan ini kita akan menelusuri transformasi yang berlaku terhadap keperluan buruh pada peringkat awal perindustrian diperkenalkan pada akhir tahun 1960-an sehingga kini dan kepentingan tenaga buruh ini kepada pembangunan perindustrian di negara ini. 2.0 PERBINCANGANBuruh merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam kebanyakan aktiviti ekonomi yang boleh mempengaruhi pembangunan di sesebuah kawasan. Hal ini menunjukkan, kewujudan tenaga buruh mampu menentukan letakkan sesebuah kawasan perindustrian. Kepentingan buruh terhadap letakkan industri pembuatan dilihat penting sejak berlakunya penstrukturan semula industri dan pergerakan keluar aktiviti pembuatan yang berinsentifkan buruh ke negara membangun pada tahun 1970-an. Keadaan ini jelas dibuktikan apabila kawasan Bayan Lepas, Pulau Pinang telah menjadi kawasan industri yang berkembang pesat sejak dahulu hingga kini akibat daripada wujudnya upah buruh yang murah dan ramai. Perkembangan ini berlaku akibat daripada kemasukan Pelaburan Langsung Asing (PLB) ke atas sesuatu lokasi industri akibat daripada kewujudan tenaga buruh murah yang ramai. Menurut Nooriah Yusof (2011), faktor lokasi yang menjadi daya tarikan kepada pelaburan berorientasikan penawaran adalah kos buruh dan kesediaadaan sumber buruh, kebolehkawalan buruh insentif pelaburan, zon perindustrian bebas, kestabilan ekonomi dan politik serta nilai pertukaran asing. Hal ini menjelaskan bahawa kos buruh dan kesediaadaan sumber buruh merupakan salah satu daya tarikan pelaburan bagi membangunkan sesuatu kawasan perindustrian. Pada peringkat awal, tenaga buruh dalam sektor perindustrian kebanyakannya adalah daripada sektor pertanian. Hal ini jelas dibuktikan, selepas akhir tahun 1960-an, sebahagian besar lebihan buruh dari sektor pertanian telah mengalir masuk ke dalam sektor perkilangan (Anwar Ali dan Rajah Rasiah, 1996 : 55). Keperluan tenaga buruh pada peringkat permulaan sektor industri pembuatan dimajukan, tenaga buruh yang diambil bekerja adalah tenaga buruh yang tidak mempunyai kelayakan taraf pendidikan dan kemahiran.. Selain itu, terdapat guna tenaga wanita dalam industri insentif buruh yang berorientasikan eksport seperti industri elektronik. Guna tenaga wanita dalam industri perkilangan semakin meningkat saban tahun. Hal ini dapat dibuktikan pada tahun 1957, golongan ini menyumbangkan 17 peratus daripada guna tenaga dalam sektor perkilangan dan peratusannya terus meningkat kepada 29 peratus pada tahun 1970 dan 39.5 peratus pada tahun 1980 (Anwar Ali dan Rajah Rasiah, 1996 : 59). Kebanyakan guna tenaga wanita yang bekerja di syarikat asing adalah berumur pada lingkungan 15 hingga 25 tahun dan mereka kebanyakannya mempunyai kelayakan yang rendah. Namun, mereka boleh dilatih tanpa banyak masalah kerana kemahiran teknikal dan berasaskan pemikiran tidak diperlukan sangat dalam kegiatan pemasangan (Anwar Ali dan Rajah Rasiah, 1996 : 59). Hal ini menunjukkan pada permulaan pembangunan industri pembuatan, keperluan tenaga buruh dalam sektor ini tidak mementingkan taraf pendidikan dan kemahiran yang tinggi. Hal ini disebabkan tenaga buruh yang diambil bekerja dapat dilatih untuk membuat sesuatu produk. Berdasarkan kajian Nooriah Yusof (2008) penawaran sumber buruh wanita adalah penting untuk memenuhi keperluan firma. Hal ini berikutan daripada sebahagian besar guna tenaga dalam sektor industri barangan elektik dan elektronik (BEE) adalah kategori pekerja operator pengeluaran. Kategori pekerja operator pengeluaran kebanyakannya di dominasi oleh pekerja wanita. Kesediaadaan tenaga buruh wanita di sesuatu lokasi industri mampu mempengaruhi pembangunan industri di kawasan terbabit kerana kesediaan tenaga buruh wanita yang menerima upah buruh yang lebih rendah berbanding tenaga buruh lelaki. Selain itu, wujudnya lebihan penawaran buruh wanita dari luar bandar telah menjadi faktor kepada tenaga buruh yang ramai. Keadaan ini secara tidak langsung telah menarik ramai pelabur asing untuk melabur dan membuka operasi perniagaan mereka di Malaysia.. Hal ini dibuktikan apabila Malaysia menerima modal asing dari Taiwan, Singapura dan Korea Selatan, terutama semenjak tahun 1987. Menurut Nooriah Yusof dan Katiman Rostam (2008) hal ini berlaku kerana pada peringkat awal pergerakan keluar aktiviti pengeluaran dari negara maju ke negara membangun banyak didorong oleh faktor kenaikan kos buruh di negara maju dan tarikan buruh murah di negara membangun. Hal ini jelas membuktikan kewujudan kos buruh yang rendah di Malaysia telah menarik pelaburan asing untuk menanam modal dan membangunkan syarikat multinasional di Malaysia. Sebagai contohnya, dalam kajian Nooriah Yusof ( 2011) pada peringkat awal fasa industrialisasi (1970 hingga 1986) di negeri Pulau Pinang, sebahagian besar aktiviti bergantung kepada kelebihan buruh murah yang ramai dan mudah dilatih, selain daripada insentif status taraf perintis yang ditawarkan oleh kerajaan kepada pelabur. Kejayaan negeri ini dalam menarik pelabur telah dapat dilihat pada hari ini apabila Pulau Pinang telah menjadi antara negeri termaju di Malaysia dengan tahap industrialisasi yang tinggi terutamanya dalam industri barangan elektrik dan elektronik (BEE). Walaupun upah buruh yang rendah dan ramai dilihat sebagai satu daya tarikan pelaburan asing. Sehingga pada akhir tahun 1980-an, buruh murah masih menjadi daya tarikan kepada industri insentif buruh. Namun, setelah berlakunya persaingan dalam industri pembuatan pada peringkat global. Keperluan terhadap tenaga buruh dalam sektor pembuatan mulai berubah untuk memenuhi kehendak pasaran global. Jika dahulu tenaga buruh yang ramai dan kos upah yang rendah dilihat faktor utama dalam usaha menarik pelabur asing, namun kini keperluan terhadap kualiti buruh dilihat penting. Kewujudan tenaga buruh yang berkualiti dan berkemahiran mampu mempengaruhi pembangunan di sesebuah kawasan. Menurut Nooriah Yusof dan Katiman Rostam (2008) kawasan yang mampu menghasilkan produk secara cekap dan berkualiti serta berteknologi maju dengan kos pengeluaran yang secara berterusan dikatakan sebagai lokasi yang berdaya saing. Bahkan kemasukan teknologi canggih dalam sektor industri pembuatan telah memberi impak terhadap pembangunan produktiviti di sesuatu lokasi iaitu berlakunya transformasi dalam keperluan buruh dari segi kualiti dan kuantiti. Oleh itu, bagi memastikan sesuatu lokasi perindustrian terus berdaya saing, maka keperluan tenaga buruh yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah penting. Hal ini kerana, tenaga buruh yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi amat diperlukan bagi mengendalikan teknologi canggih yang mampu meningkatkan produktiviti industri pembuatan. Selain itu, tenaga buruh yang berilmu pengetahuan tinggi diperlukan bagi melakukan inovasi dalam industri pembuatan. Hal ini dikukuhkan lagi daripada kajian Ishak Yussof dan Noorasiah Sulaiman (2011) yang menyatakan perubahan daripada industri berintensif buruh kepada profail industri yang lebih moden memerlukan sokongan modal manusia berpendidikan tinggi yang mencukupi. Kualiti buruh dalam sektor industri pembuatan bergantung pada pengetahuan yang tinggi dalam melakukan inovasi untuk meningkatkan produktiviti sesuatu pengeluaran. Ini bertepatan dengan strategi Pelan Induk Perindustrian 2 (PIP 2) yang dilancarkan pada 1996 dengan objektif utama bagi meningkatkan produktiviti, mewujudkan rantaian antara industri, penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan dan melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan. Implikasinya, keperluan terhadap tenaga mahir ini sangat diperlukan rentetan daripada persaingan yang berlaku dalam peringkat global. Dalam sektor pembuatan, buruh mahir terdiri daripada pengurus, jurutera, akauntan, pengatur cara komputer dan juru teknik pengeluaran. Bagi memenuhi permintaan tenaga mahir, usaha dan program latihan untuk menghasilkan tenaga pekerja terlatih dan cekap demi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi harus ditingkat dan dipergiatkan lagi selaras dengan program menyeluruh dalam dasar perindustrian negara (Moha Asri Abdullah, 1997 : 14). Keadaan ini menggambarkan bahawa, kualiti dan kuantiti buruh mula mengalami perubahan. Pada persaingan global, yang mana ketika kemasukan teknologi canggih dan moden dalam industri pembuatan makin meningkat. Keperluan terhadap buruh mahir makin meningkat untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti. Hal ini disokong oleh Nooriah Yusof (2011) yang menyatakan bahawa bekalan sumber tenaga mahir adalah penting dalam usaha untuk menyokong peralihan teknologi dalam sektor industri terutamanya dalam industri BEE. Bekalan tenaga buruh mahir yang ramai dalam keperluan semasa kini mampu menarik minat pelabur untuk membina syarikat multinasional di Malaysia dan keadaan ini akan memberi kesan terhadap pembangunan industri di Malaysia. Oleh itu, pada masa kini dan akan datang permintaan terhadap sumber tenaga buruh mahir sangat tinggi bagi membolehkan berlakunya peningkatan produktiviti dan inovasi dalam industri pembuatan. 3.0 KESIMPULANSecara keseluruhan dapat disimpulkan, bahawa industri pembuatan di negara ini telah mengalami transformasi dalam penggunaan buruh daripada aspek kuantiti dan kualiti. Pada awal perkembangan industri pembuatan, pengambilan tenaga buruh yang tidak mahir dengan upah yang rendah di ambil dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi keperluan industri ini. Sebagai contohnya pengambilan tenaga buruh wanita dalam industri pembuatan elektronik. Tetapi, dalam era globalisasi tenaga buruh separuh mahir dan mahir banyak digunakan kerana peranan mereka amat penting untuk menjayakan industri pembuatan yang mensasarkan pengeluaran produk yang cekap dan berkualiti dengan penggunaan teknologi tinggi. Transformasi ini berlaku banyak dipengaruhi oleh pelan induk perindustrian negara yang mana ingin melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran tinggi dan berilmu pengetahuan yang luas . Penawaran tenaga buruh mahir ini mampu memberi kesan terhadap pelaburan asing untuk melabur di Malaysia. Dengan kemasukan pelaburan asing ini, ia memberi kesan terhadap pembangunan industri di sesuatu lokasi.