gateh spm bhg a

Upload: nur-liyana

Post on 19-Jul-2015

1.150 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Blog: cikgusazali.blogspot.com

MODUL GATEH SPM CSL2012(KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG) SAZALI BIN IBRAHIMM.A (BM) Malaya PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI

KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 : : : Kempen Cintai Bahasa Kita Aktiviti Kebahasaan Penerbitan Bahan Bacaan

Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Tema : bahasa kebangsaan Kata kunci : cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usahausaha/strategi/kaedah/mekanisme) PENDAHULUAN Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan Ayat 1: ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada TEMA isu berkaitan dengan.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Wacana Justeru, / Sehubungan dengan itu, / Menyedari hakikat ini, Ayat 2: Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk JUSTIFIKASI mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan / hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Ayat 3 : Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang TUGASAN dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?) Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?CSL2012 MODUL GATEH SPM BAHAGIAN A 1

Kait dengan semasa Tema Sasaran Prioriti

Blog: cikgusazali.blogspot.com ISI PERTAMA Ayat Topik GAPO Rumus Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + (KATA KUNCI tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah + (ISI PERTAMA YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT) Ayat 1 Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra Bahasa Jiwa Bangsa. Rumus Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Ayat 3 Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Rumus Tegasnya, + isi pertama + tugasan Ayat 4 Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Rumus Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Rumus Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Rumus Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Ayat 3 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Rumus Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua Ayat 4 Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah. Ayat 1

Ayat Huraian BAKPO

Ayat Contoh LAGU MANA

Ayat Penegas YO LO KO NI ISI KEDUA

Ayat Contoh LAGU MANA

Ayat Penegas YO LO KO NI

CSL2012 MODUL GATEH SPM BAHAGIAN A

2

Blog: cikgusazali.blogspot.com ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Rumus Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3 Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Rumus Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak Ayat 2 Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Rumus Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema Ayat 3 Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita. Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Rumus Seruan (hafal dan ubah suai) Ayat 2 Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

Ayat Contoh LAGU MANA

Ayat Penegas YO LO KO NI KESIMPULAN Saranan + Harapan

Seruan

CSL2012 MODUL GATEH SPM BAHAGIAN A

3

Blog: cikgusazali.blogspot.com KARANGAN CONTOH Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah. Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!Sekian terima kasih.CSL2012 MODUL GATEH SPM BAHAGIAN A 4

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012 MODUL GATEH SPM BAHAGIAN A

5