garis panduan skim pembiayaan hafiz jabatan...

6
GARIS PANDUAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) PENDAHULUAN 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperkenalkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Skim ini terbuka kepada semua huffaz al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan memohon untuk tujuan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara. 2. Jakim berharap skim ini dapat membantu para huffaz al-Quran yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. LATAR BELAKANG 3. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-49 yang bersidang pada 19 Jun 2009 dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju mewujudkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membiayai pelajar-pelajar Hafiz yang telah menghafaz al-Quran 30 juzuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara. OBJEKTIF 4. Objektif pengwujudan SPH adalah bertujuan untuk- (a) Memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian al-Quran. (b) Membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran. (c) Membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Upload: truongdat

Post on 15-Mar-2019

301 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

PENDAHULUAN

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperkenalkan Skim Pembiayaan

Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Skim ini terbuka kepada semua huffaz

al-Quran yang telah menerima tawaran belajar serta memenuhi syarat kelayakan

memohon untuk tujuan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam atau

luar negara.

2. Jakim berharap skim ini dapat membantu para huffaz al-Quran yang akan atau

sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

LATAR BELAKANG

3. Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-49

yang bersidang pada 19 Jun 2009 dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd

Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju mewujudkan

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta

untuk membiayai pelajar-pelajar Hafiz yang telah menghafaz al-Quran 30 juzuk

melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

OBJEKTIF

4. Objektif pengwujudan SPH adalah bertujuan untuk-

(a) Memartabatkan serta menarik minat masyarakat dalam bidang pengajian

al-Quran.

(b) Membantu menjana modal insan dari kalangan penghafaz al-Quran.

(c) Membantu golongan penghafaz al-Quran bagi melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi.

BIDANG PENGAJIAN

Bidang pengajian

5. Bidang pengajian yang ditaja oleh SPH ialah Pengajian Islam dan bidang yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan SPH.

INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA

Institusi pengajian

6. Institusi pengajian yang diterima untuk Skim ini ialah Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat-syarat permohonan dan kelayakan akademik

7. Pemohon yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan seperti yang berikut:

(a) Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda :

(i) warganegara Malaysia;

(ii) memiliki Sijil Tahfiz al-Quran Jakim, Diploma Tahfiz al-Quran

Jakim, Sijil Tahfiz Malaysia;

(iii) berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 25 tahun;

(iv) telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama

pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau sedang

mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas; dan

mempunyai kelayakan akademik seperti Jadual 1:

Jadual 1: Kelayakan Akademik

Bil. Program

Pengajian Syarat Minimum Akademik

1. Ijazah Sarjana

Muda

Diploma Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 2.75 ke

atas

ATAU

SPM 5 Kepujian /

STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan

Bahasa Arab) /

STAM Pangkat Jayyid Jiddan

+

Sijil Tahfiz al-Quran Jakim PNGK 3.0 ke atas

ATAU

SPM 5 Kepujian /

STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan

Bahasa Arab) /

STAM Pangkat Jayyid Jiddan

+

STM Pangkat Mumtaz

Pelajar yang tidak layak memohon

8. Pelajar yang tidak layak memohon SPH adalah seperti yang berikut:

(a) calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa / pinjaman daripada

mana-mana penaja;

(b) pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi

Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat

Bahasa;

(c) penjawat awam; dan

(d) pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

KADAR BANTUAN, KAEDAH PEMBAYARAN, TEMPOH PENAJAAN DAN

PERJANJIAN

Kadar bantuan

9. Kadar bantuan yang diberikan kepada pemegang SPH adalah berdasarkan

kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. (LAMPIRAN I)

Kaedah pembayaran

10. (1) Pembayaran elaun sara hidup dan elaun-elaun lain akan dibayar kepada

pemegang SPH setelah keputusan peperiksaan diperolehi daripada Institusi.

(2) Pembayaran yuran pengajian akan dibayar terus kepada Institusi setelah

mendapat pengesahan jumlah yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

(3) Pembayaran pembiayaan akan dibuat sebanyak 2 kali setahun.

Tempoh penajaan

11. Tempoh penajaan adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran atau

sesuatu masa seperti mana yang diluluskan oleh Jakim.

Perjanjian

12. (1) Pemohon yang menerima pembiayaan di bawah SPH dikehendaki

menandatangani satu perjanjian dengan Jakim.

(2) Pemegang SPH yang melanggar mana-mana peruntukan yang

dinyatakan dalam Perjanjian Skim Pembiayaan Hafiz boleh menyebabkan pembiayaan

ditamatkan.

TATACARA PERMOHONAN DAN TEMU DUGA

Tatacara permohonan

13. Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:

(a) Permohonan hanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian secara

percuma dengan melayari portal Jakim di http://www.islam.gov.my atau

sph.islam.gov.my

(b) Pemohon dibenarkan mengemas kini maklumat yang telah diisi pada bila-

bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Hanya maklumat yang

terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

(c) Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak, dan dihantar

melalui pos tidak akan diproses;

(d) Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan

sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam ruangan cetak slip.

(e) Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna

dengan mencetak dan menyemak maklumat yang terkandung di dalam

”slip pengesahan permohonan SPH 2015” sebagai bukti bahawa

permohonan telah dibuat.

(f) Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi

Bahagian Pembangunan Insan Jakim di talian 03-83182218 / 1597 atau

emel di alamat [email protected].

Status permohonan

14. Pemohon boleh mengetahui status permohonan selepas dua minggu dari

tarikh tutup permohonan dengan melayari portal Jakim di http://www.islam.gov.my atau

sph.islam.gov.my.

Temu Duga

15. Urusan temu duga adalah seperti langkah-langkah yang berikut:

(a) Pemohon yang layak untuk ditemu duga hendaklah mencetak surat

panggilan temu duga dan perlu membawa dokumen asal berserta satu

salinan seperti yang berikut:

(i) Satu keping gambar berukuran pasport;

(ii) Kad Pengenalan / Mykad;

(iii) Sijil Kelahiran / Sijil Akuan Anak Angkat;

(iv) Sijil-sijil akademik;

(v) Sijil Ko-kurikulum;

(vi) Surat Tawaran Pengajian (bagi pelajar tahun pertama sahaja);

(vii) Surat Akuan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan (bagi

permohonan di tahun dua dan ke atas);

(viii) Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa / penjaga; dan

(ix) Slip Gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan

Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri, Salinan Borang J

Cukai Pendapatan dan lain-lain hendaklah disahkan).

User
Typewritten Text
SILA KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN