perancangan industri budaya hafiz edit

56
Perancangan Industri Budaya JCEA 2214 Perancangan Industri Perfileman Melayu: Cathay Keris Pensyarah: Profesor Madya Dr (Tune) Yap Beng Liang Pelajar: Firda Maisarah Binte Mohd Raffid (JEA 080701) Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA 080707) Nurdiyanah Binte Mohd Zainal (JEA 080720) 0

Upload: hafizoro

Post on 25-Jun-2015

340 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Perancangan Industri Budaya

JCEA 2214

Perancangan Industri Perfileman Melayu: Cathay Keris

Pensyarah:

Profesor Madya Dr (Tune) Yap Beng Liang

Pelajar:

Firda Maisarah Binte Mohd Raffid (JEA 080701)

Muhammad Hafiz Bin Md Said (JEA 080707)

Nurdiyanah Binte Mohd Zainal (JEA 080720)

0

Kandungan

Abstrak 1

Pengenalan 2

Objektif Kajian 3

Resensi Literatur 3

Kelahiran Industri Perfileman Melayu 4

Industri Semasa Perang 6

Industri perfileman Melayu selepas perang dunia kedua 6

Kemerosotan Industri Perfileman Melayu. 8

Cathay Keris Sdn. Bhd.

Sejarah Penubuhan Syarikat Cathay Keris 12

Zaman Kegemilangan Cathay Keris 15

Zaman Kemerosotan 19

Cathay hari ini 22

Penutup 23

Cadangan 24

Bibliografi 26

Lampiran A 27

Lampiran B 30

Lampiran C 35

Lampiran D 36

Lampiran E 37

1

Abstrak

Kekreatifan manusia dapat dilihat dengan terciptanya alat rakaman dan

panggung-panggung untuk menayangkan hasil seni sebuah filem. Ramai anak

seni Melayu yang mendapat nama di arena perfileman yang dibawa masuk oleh

syarikat Cathay. Filem hanya datang ke dunia Melayu pada tahun 1930-an.

Terdapat dua syarikat pengeluar filem Melayu terawal yang menjadi perintis

kepada dunia perfileman Melayu iaitu Malay Filem Productions dan Cathay

Keris. Dalam tugasan ini, kami memilih syarikat perfileman Cathay Keris

kerana Cathay Keris merupakan salah satu syarikat yang memainkan peranan

penting dalam perkembangan industri filem Melayu dan telah menempah

namanya sebagai pembuat filem Melayu yang unggul. Namun begitu, ada naik

dan turunnya juga. Industri filem Melayu mulai mengalami kemerosotan setelah

hanya kurang lebih 20 tahun sahaja. Kemerosotan ‘show business’ ini boleh

dijejaki dari sudut politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu ketika itu.

Kajian ini akan menjurus kepada Cathay Keris yang telah terlibat dalam industri

perfileman Melayu.

2

Pengenalan

Setiap manusia pastinya memerlukan hiburan untuk memenuhi keperluan naluri

mereka untuk mengisi masa lapang mereka baik pada waktu siang mahupun

pada waktu malam. Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, terdapat

pelbagai jenis dan sumber hiburan, terutama dengan adanya teknologi serba

maju yang mengikut peredaran zaman. Hal ini berbeza sebelum adanya

teknologi. Pada zaman dahulu, pemahaman masyarakat Melayu tentang hiburan

adalah agak sempit jika dibandingkan dengan perubahan yang berlaku kini dan

sumber hiburan yang wujud juga terhad.

Di zaman sebelum adanya hiburan moden, orang-orang Melayu

menghiburkan hati mereka melalui bidang-bidang kesenian aslinya terutama

lagu dan muzik asli selain daripada tarian dan pentas bangsawan.1 Tidak lama

selepas itu, wayang kulit yang berasal dari Jawa diperkenalkan dan mula

disebarkan di tanah Melayu. Selain itu, orang Melayu juga menghiburkan hati

melalui beberapa permainan asli seperti permainan wau (layang-layang)

misalnya. Antara sumber-sumber hiburan orang Melayu pada masa dahulu

terdapat di pentas bangsawan yang merupakan jenis hiburan yang paling

digemari ramai dan merupakan hiburan popular masa itu. Hal ini dapat dilihat

dalam sebuah buku Layar Perak dan Sejarahnya.

1 Sharifah Zinjuaher H.M Ariffin dan Hang Tuah Arshad. (1980). Sejarah Filem Melayu. Hlm 2.Kuala Lumpur: Sri Sharifah.

3

“Bangsawan dikatakan salah satu jenis hiburan yang paling mereka sukai selain wayang kulit dan lain-lain hiburan berteraskan budaya setempat.”2

Ini membuktikan bahawa seni hiburan bangsawan menjadi jenis hiburan

yang paling diminati masyarakat Melayu antara tahun 1920-an dan 1940-an.

Pada masa itu, seni filem belum lagi popular di Tanah Melayu walaupun dunia

perfileman sudah wujud dan berkembang di Barat.

Objektif Kajian

Kajian ringkas ini bertujuan untuk mengkaji secara ringkas matlamat

penubuhan perfileman Melayu pada awal 1930-an serta meneliti zaman

kegemilangan dan kemerosotan industri perfileman Melayu. Perancangan

industri perfileman Melayu dapat dilihat jika ditekuni dengan teliti sejarah

perkembangan industri filem Melayu itu sendiri dan bagaimana industri itu

mengalami kemerosotan. Cathay Keris mendapat tumpuan khusus dalam kajian

ringkas ini kerana Cathay Keris telah memainkan peranan sebagai pembuat

filem Melayu terunggul pada zaman itu.

Bahan Kajian

Kajian ringkas ini banyak menggunakan kajian-kajian kepustakaan yang telah

banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji sebelumnya. Banyak bahan-bahan

rujukan yang dibuat di Perpustakaan Nasional Singapura, Lee Kong Chian

Reference Library. Banyak bahan yang boleh didapati di sana kerana sejarah

2 M. Amin. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya.Hlm 3. Shah Alam: Fajar Bakti.

4

perfileman Melayu berlaku di Singapura. Selain daripada kajian kepustakaan,

pengkaji juga telah menemuramah seorang seniman yang mengikuti

perkembangan perfileman Melayu. Beliau merupakan seorang anak didik P.

Ramlee yang telah banyak menulis buku tentang seniman yang prolifik itu dan

beliau juga mengetahui tentang maklumat mengenai dunia perfileman Melayu.

Temu ramah Cikgu Yusnor Ef3 ini telah dibuat di pejabat beliau sendiri di Bukit

Damansara.

Kelahiran Industri Perfileman Melayu

Zaman kegemilangan bangsawan mulai pudar apabila filem-filem

diperkenalkan di tanah Melayu. Apabila filem-filem “bisu” (silent movies)

Inggeris mula dibawa masuk ke tanah Melayu dan Singapura secara meluas,

orang ramai mula beralih tumpuan ke dunia filem.4 Akibatnya, pelakon-pelakon

bangsawan berpindah ke dunia perfileman Melayu untuk terus mencari rezeki

untuk menyara kehidupan mereka.

Di negara-negara Eropah, filem bermula pada tahun 1895 manakala di

Amerika pula filem bermula pada tahun 1900. Namun di tanah Melayu, dunia

perfileman diperkenalkan kepada masyarakat Melayu pada sekitar tahun 1930-

an. Majoriti penyelidik bersependapat bahawa filem Laila Majnun yang

diterbitkan pada tahun 1933 merupakan filem Melayu yang pertama. Namun,

terdapat juga sesetengah penyelidik yang mengatakan bahawa filem Melayu

3 Lihat Lampiran E.4M. Amin. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Hlm 6.Shah Alam: Fajar Bakti.

5

pertama adalah Nelayan, yang diterbitkan pada tahun 1938. Ada juga catatan

menyebutkan filem Nelayan bukanlah merupakan filem Melayu pertama yang

diterbitkan tetapi ada filem lain sebelumnya.5 Ternyata terdapat banyak

pendapat tentang filem Melayu pertama namun walau apapun filemnya, tidak

dapat dinafikan bahawa di tanah Melayu, dunia filem hanya bermula pada

sekitar tahun 1930-an.

Usaha untuk membuka dan memulakan suatu industri perfileman Melayu

dibuat oleh dua orang beradik yang bernama Runme dan Run Run Shaw selepas

melihat kejayaan yang dicapai oleh filem Laila Majnun. Mereka telah membuka

sebuah studio di Jalan Ampas6 untuk penggambaran filem-filem. Selain itu,

mereka juga telah mendapatkan alat-alat yang diperlukan untuk perfileman dan

para pelakon yang majoritinya merupakan bekas-bekas pelakon bangsawan

yang sudah terkenal pada masa itu. Setelah mendapatkan semua yang

diperlukan, Shaw Brothers mula mengeluarkan filem-filemnya seperti Ibu Tiri,

Mutiara, Bermadu dan Tiga Kekasih. Tidak lama kemudian, sebuah syarikat

lain yang bernama Tan dan Wong Film Company telah ditubuhkan dan telah

mengeluarkan sebuah filem berjudul Menantu Derhaka yang diarahkan oleh

B.S. Rajhans. Filem-filem keluaran kedua-dua syarikat mendapat sambutan

hangat oleh masyarakat namun hal ini tidak berpanjangan akibat perang dunia

kedua di tanah Melayu.

5 Abi. (1987). Filem Melayu dahulu dan sekarang. Hlm 2.Negeri Sembilan: Marwilis. 6 Lihat Lampiran C.

6

Industri perfileman semasa perang

Semasa perang dunia kedua, tiada filem Melayu yang diterbitkan. Pemerintah

Jepun melarang filem-filem diterbitkan kecuali filem-filem yang diusahakan

oleh mereka. Askar-askar Jepun telah merampas alat-alat perfileman syarikat

tempatan untuk digunakan oleh syarikat perfileman Jepun demi menerbitkan

filem-filem bercorak propaganda.7

Pemerintah Jepun telah menghasilkan dua buah filem semasa perang

yang berjudul On To Singapore dan Marat No Tora dan kedua-dua filem

tersebut merupakan filem propaganda yang menunjukkan kuasa tentera Jepun

pada masa itu. Tiada sebuah filem Melayu yang diterbitkan semasa tiga tahun

(1942-1945). Zaman pemerintahan Jepun ini bolehlah dianggap sebagai zaman

malap bagi industri perfileman Melayu.8 Syarikat-syarikat perfileman Melayu

semuanya terpaksa menggulung tikar dan para pelakon filem-filem menghadapi

era kesusahan kerana kehilangan pekerjaan.

Industri perfileman Melayu selepas perang dunia kedua

Industri perfileman Melayu mula berkembang semula setelah perang dunia

kedua tamat dan kehidupan seharian kembali pulih sediakala. Selepas perang

tamat, masyarakat masih diselubungi semangat patriotik dan nasionalisme. Oleh

7 M. Amin. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Hlm 5.Shah Alam: Fajar Bakti.8 M. Amin. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Hlm 8.Shah Alam: Fajar Bakti.

7

itu, filem-filem yang dihasilkan pada masa itu semuanya bertemakan

nasionalisme.

Shaw Brothers bergiat semula selepas perang dan telah menukar nama

syarikatnya kepada Malay Film Productions Limited (MFP). Filem pertama

MFP selepas perang ialah Singapura di Waktu Malam yang diarahkan oleh B.S.

Rajhans dan dibantu oleh jurukameranya Chow Chan Kok.9 Kemunculan filem

ini pada tahun 1947 merupakan titik tolak ke arah perkembangan dunia

perindustrian filem Melayu berikutnya. Filem tersebut mendapat sambutan yang

memerangsangkan dan MFP meneruskan usahanya menerbitkan filem-filem

lain. Filem-filem keluaran MFP yang berikutnya terus mendapat sambutan

hebat terutama sekali filem-filem yang dibintangi oleh Kasma Booty.10 Industri

perfileman Melayu berkembang dengan pesat setelah perang.

“Dalam masa empat tahun sejak MFP dinafaskan semula, bilangan pengeluarannya meningkat dengan pesatnya dari dua buah filem setahun menjadi sepuluh sehingga tahun 1952 menjadi dua belas filem setahun.”11

Tambahan lagi, banyak pawagam baru telah dibina di bandar-bandar

besar mahupun di daerah-daerah kecil dan ini telah berjaya menarik dan

meningkatkan bilangan penonton filem. Semakin ramai orang yang menonton

filem keluaran syarikat-syarikat tempatan dan ini membantu pemulihan dan

perkembangan industri perfileman tempatan. Dalam sebuah buku yang berjudul 9 Abi. (1987). Filem Melayu dahulu dan sekarang. Hlm 6. Negeri Sembilan: Marwilis. 10 Ibid hlm 7. Lihat juga Lampiran D.11 Ibid hlm 7.

8

Filem Melayu Dahulu Dan Sekarang, terdapat satu lagi sebab mengapa filem

Melayu mendapat sambutan positif.

“Satu daripada sebab utama filem Melayu mendapat sambutan adalah kerana filem merupakan hiburan murah dan pengedarannya pula amat luas meliputi tiap daerah yang ramai dengan orang Melayu.”

Cathay juga tidak melepaskan peluang untuk berusaha mengeluarkan

filem-filem yang bermutu pada masa itu. Cathay mempunyai rangkaian

pawagam yang banyak di Singapura dan Malaysia. Ini akan diterangkan dengan

lebih lanjut dalam tugasan ini.

Persaingan berlaku dengan hebatnya antara Malay Film Productions

(MFP) kepunyaan Pertubuhan Shaw dan Cathay Keris kepunyaan Pertubuhan

Cathay.12 Kedua-dua syarikat mengeluarkan 24 buah filem setahun dan jumlah

itu merupakan suatu bilangan yang tinggi pada waktu itu.

Kemerosotan Industri Perfileman Melayu.

Pertengahan tahun 1960-an disebut orang sebagai tahun kemerosotan filem

tempatan. Tiga punca kemerosotan industri perfileman Melayu akan

dibincangkan dalam esei ini.

Televisyen dikenalkan di Singapura pada tahun 1961. Pada mulanya,

kehadiran televisyen (TV) tidak menjejas industri perfileman Melayu kerana

12 Ibid hlm 8.

9

rancangan-rancangan yang disiarkan tidak ada persamaan sama sekali dengan

filem-filem. Pada zaman awalnya, rancangan TV adalah dalam bentuk

monogram atau cerita hitam putih yang mengandungi sembilan puluh peratus

persembahan bahasa Inggeris hitam putih daripada program lama TV

Amerika.13 Oleh itu, ramai yang masih berminat menonton filem-filem Melayu

contohnya Hang Jebat, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang yang

semuanya diterbitkan selepas adanya TV tetapi masih lagi mendapat sambutan

hebat. Selain itu, sebuah peti TV pada masa itu berharga dua ribu ringgit. Tidak

ramai yang mampu memiliki peti TV di rumah masing-masing. Namun lama

kelamaan, orang ramai sedar bahawa TV merupakan sebuah sumber hiburan

yang baru selain filem. Semenjak itu, bilangan penonton-penonton filem

semakin merosot kerana semakin ramai yang lebih gemar dan tertarik dengan

TV. Walaupun sedemikian, terdapat beberapa pengkritik filem pada masa itu

yang pasti bahawa hal ini tidak akan berlanjutan. Mereka yakin bahawa

penonton-penonton Melayu akan mula menonton filem-filem semula satu hari

nanti.

Tema filem adalah amat penting untuk menarik minat para penonton.

Pengarah-pengarah filem kerap kali akan mencuba menggarap tema-tema yang

mempunyai identiti budaya dan juga hal-hal yang dekat dengan hati para

penonton. Pada peringkat awal, kebanyakan tema filem dipengaruhi oleh filem-

13 Hamzah Abdul Majid Bin Hussin. (1997). Memoir Hamzah Hussin: Dari keris film ke Studio Merdeka. Hlm 34. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

10

filem Hindi dan India. Selain itu, kisah-kisah klasik dan penglipur lara juga

dijadikan tema filem-filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Singapura

Dilanggar Todak. Filem-filem sebegini diharapkan menjadi teladan yang baik

selain daripada menghiburkan para penonton. Selain itu, filem-filem yang

bertemakan sejarah juga dihasilkan untuk menjadi renungan dan iktibar. Contoh

filem-filem yang bercorak sejarah adalah seperti Tun Fatimah, Hang Tuah,

Hang Jebat dan lain-lain lagi. Tema-tema lain yang dijadikan filem oleh

pengarah-pengarah ketika itu adalah seperti tema kemasyarakatan, keagamaan

dan komedi atau cerita seram. Masalahnya timbul sejak tahun 1963 apabila

pengusaha filem Melayu sudah kehabisan idea baharu untuk dijadikan filem.

Filem-filem Melayu yang diciplak atau ditiru sudah tidak dapat menarik minat

penonton-penonton Melayu.

Filem tempatan Melayu hanya ditumpukan dan hanya dapat menarik para

penonton tempatan manakala para penonton tempatan menjadi pelanggan tetap

bagi filem-filem asing terutamanya filem-filem Hindustan dan Tamil. Ini adalah

kerana jalan cerita ataupun tema filem-filem tempatan tidak dapat menarik

kaum asing untuk menontonnya. Ini menunjukkan bahawa filem-filem Melayu

pada masa itu kurang bermutu jika dibandingkan dengan filem-filem asing.

Selain itu, bagi masyarakat Melayu sendiri, di kalangan yang terpelajar, yang

intelektual dan yang berpangkat tinggi boleh dikatakan tidak mengenal malah

11

memandang rendah terhadap filem-filem tempatan. Golongan ini lebih gemar

menonton filem-filem Barat.

Gabungan kesemua faktor-faktor yang dibentangkan di atas telah

membawa kepada kemerosotan industri perfileman Melayu. Gejala ini

disebabkan kemasukan televisyen dalam kehidupan masyarakat Melayu, tema

yang digunakan untuk membuat filem Melayu dan sikap masyarakat Melayu itu

sendiri yang dingin terhadap filem-filem Melayu berbanding dengan filem-filem

luar.

12

Cathay Keris Sdn. Bhd.

Sejarah Penubuhan Syarikat Cathay Keris

Gabungan kerjasama antara usahawan Loke Wan Tho yang memiliki syarikat

Cathay Films dan Ho Ah Loke yang memiliki Keris Film Productions, yang

sebelum itu dikenali sebagai Rimau Filems, melahirkan Cathay Keris Film

Productions pada tahun 1953. Cathay Keris menjadi pesaing pertama syarikat

Shaw Brothers yang mengeluarkan filem Melayu dan menakluki industri

perfileman Melayu di Singapura pada tahun 1953. Buloh Perindu menjadi filem

Melayu pertama yang berwarna diterbitkan Cathay Keris Film Productions.

Gambar: Dato’ Lok Wan Tho, pemilik Cathay Keris 14

Beberapa filem Melayu pertama yang diterbitkan oleh Cathay Keris ialah:

Insaf (1953), Terang Bulan di Malaya (1953), Mega Mendong (1954), Nafsu

14 Lim Kay Tong. (1991). Cathay: 55 years of Cinema. hlm. 9. Singapore: Landmark Books.

13

(1954), Tangisan Ibu (1954), Pertarohan (1954), Irama Kekasih (1955),

Mutiara Sari Malaya (1955) dan Saudaraku (1955). Cathay Keris telah

menerbitkan lebih daripada 100 filem di antara tahun 1950an hingga 1970an.

Semasa puncak kegemilangan Cathay Keris, syarikat tersebut mampu

menerbitkan sebanyak 10 hingga 12 filem dalam masa setahun. Cathay Keris

juga berjaya menarik ramai pelakon dan pengarah dari Shaw Brothers untuk

menyertai syarikat mereka dengan studio yang lengkap, alat perfileman yang

terkini, susunan pentadbiran dan sistem pengurusan pentadbiran yang dikawal

rapi. Cathay Keris mempunyai studio yang terletak di East Coast. Studio ini

lengkap dengan pejabat, studio perfileman, makmal pemprosesan (processing

lab) dan juga studio bunyi (sound studio) yang sebelum itu merupakan kem-

kem Jepun sewaktu perang.

“Two studios were built and the barracks were converted to offices and a canteen. There were also processing labs and sound studios.”15

Semasa proses perfileman ini, Cathay Keris Film Productions

mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi dan ini juga membantu dalam

meningkatkan mutu filem Melayu. Cathay Keris berjaya menerbitkan 97 buah

filem dalam masa 14 tahun antara 1953 hingga 1967. Pada mulanya, Cathay

menghadapi masalah kekurangan kakitangan. Lim Kay Tong (1991)

mengatakan bahawa pada mulanya terdapat hanya seorang pengarah dan 60

15 Ibid hlm. 119.

14

kakitangan disebabkan kekurangan kakitangan dan kemahiran yang

menyebabkan mereka terpaksa mengambil pengarah dari India.

“Initially, there was only one film director and about 60 people on the staff. Because of the shortage in expertise and the limited supply caused by the rival Shaw studio, Ho (Ho Ah Loke) decided to recruit directors of Indian origin from the opposition, as training facilities in film-making had been made available in India for a while and these men had the working experience...”16

Mereka mengatasi masalah ini dengan menarik kakitangan yang sudah

mempunyai pengalaman bekerja dari syarikat Shaw Brothers antaranya Dato’ L.

Krishnan yang kini terkenal di Malaysia, B. N. Rao17 dan juga K. M. Basker.

Dato’ L. Krishnan merupakan seorang pengarah filem yang sangat prolifik. Dia

telah menulis skrip dan mengarah sebanyak 30 lebih filem Melayu. B. N. Rao

telah mengarah sebanyak 24 filem dan telah mengarah Siri Pontianak yang

terkenal hingga hari ini.

16 Ibid hlm. 119.17 Lihat Lampiran D.

15

Zaman Kegemilangan Cathay Keris

Pada mulanya, Cathay tidak menayangkan filem berbahasa Melayu. Ini

disebabkan Shaw tidak menjual filemnya untuk ditayangkan di Cathay. Cathay

hanya menayangkan filem Cina dan Barat. Loke Wan Tho melihat

pertumbuhan dalam Pasaran Malaya . Pertumbuhan ini merupakan titik

perkembangan perfileman Melayu dan tahun 1947 hingga 1972 dikenali sebagai

The Studio Era.

Tahun 1958 merupakan tahun yang penting bagi Cathay Keris. Mereka

bukan sahaja dapat menandingi Malay Film Productions dari segi pengeluaran

filem. Mereka juga merupakan perintis yang lebih kreatif, lebih inovatif, dan

selalu berusaha mencari idea baharu bagi tema dan jalan cerita filemnya. Bahasa

perantara dalam industri perfileman dahulu merupakan bahasa Melayu

walaupun hanya segelintir sahaja yang berbahasa Melayu. Menurut Lim Kay

Tong (1991), industri filem di Singapura mempunyai ciri-ciri tersendiri dan

sungguh unik kerana telah menggunakan bahasa masyarakat minoriti iaitu

bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

“The film industry in Singapore, apart from the personalities, had some unique characteristics. The medium of communication was Malay, the language of a minority.”18

Millet (2006), juga bersependapat dengan menyatakan bahawa filem-filem

tempatan ketika itu ditayangkan dengan menggunakan bahasa Melayu atau

bahasa Melayu Klasik.

18 Ibid hlm. 119.

16

“Emphasis was often placed on the fact that the movie had been ‘locally filmed’, shot ‘in Malay’, sometimes even in ‘classical Malay’...”19

1940 1950 1960 1970

Tahun 1 40 24 4

2.5

7.5

12.5

17.5

22.5

27.5

32.5

37.5

Tahun

Peng

hasil

an F

ilem

195

0-19

70

Jadual 1: Filem yang diterbitkan oleh Cathay Keris tahun 1958-1970 (Menurut

senarai yang disediakan dalam Lampiran A)

Sebagaimana boleh dilihat dalam Jadual 1, tahun 1950-an merupakan

tahun kegemilangan Cathay dalam menghasilkan filem Melayu. Pada tahun itu

sahaja, syarikat itu menampakkan produktiviti yang tinggi dan telah

menghasilkan sebanyak 40 buah filem. Cathay Keris merupakan syarikat

pertama dalam industri perfileman Melayu untuk menghasilkan filem warna 19 Raphael Millet. (2006). Singapore Cinema. hlm. 38. Singapore: Editions Didier Millet.

17

Melayu pertama iaitu Buloh Perindu. Filem Cinemasope pertama pula iaitu

Sumpah Pontianak juga merupakan filem Melayu pertama yang dirakam

semula ke dalam bahasa Cina.

Semasa zaman kegemilangan Cathay Keris, pelakon-pelakon diberi

ganjaran yang lumayan dan hak istimewa (special privillages).

“Fans worshipped stars with a fever-pitch intensity... Stars had regular salaries and bonuses for box office successes. Transport was provided as well as car and housing subsidies. Keris star Shariff Medan remembers starting at $300 a month and earning a 10 percent royalty from films made. Stars were paid between $1000 and $5000 per picture at the maximum, although lower figures of between $500 and $700 per month usually marked the start for a new leading actors and actresses.”20

Menurut Raphael Millet (2006), para penonton menyanjungi pelakon-pelakon

pada ketika itu. Pelakon-pelakon mendapat gaji yang tetap serta bonus sekiranya

filem yang mereka lakoni masuk ke dalam ‘box office’. Pengangkutan

disediakan serta subsidi kereta dan rumah juga diberikan. Pelakon, Shariff

Medan misalnya mendapat gaji sebanyak $300 sebulan dan beliau juga

mendapat 10 peratus daripada hasil kutipan filem yang telah dilakonkan.

Pelakon-pelakon juga diberi wang antara $1000 dan $5000 untuk setiap filem

lakonan mereka. Pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama akan

mendapat sebanyak $500 hingga $700 sebulan.

Semasa The Studio Era, kebanyakan pelakon terdiri daripada orang

Melayu walaupun pengarahnya kebanyakan berbangsa India.

20 Ibid hlm. 120.

18

“Both the Shaw and Cathay studios had their own facilities: sets, laboratories, recording and editing rooms. The people who made the movies, whether actors or technicians, generally lived together in nearby housing estates provided by each company. Accomodation was free, with tenants having to pay for water and electricity.”21

Menurut Raphael (2006), studio Shaw dan Cathay mempunyai prasarana sendiri

iaitu tempat penggambaran, makmal, bilik rakaman dan penyuntingan. Orang-

orang yang membuat filem, tidak kira pelakon atau juru teknikal akan tinggal

bersama di sebuah estet perumahan yang disediakan. Tempat tinggal ini

disediakan secara percuma dan mereka hanya perlu membayar duit elektrik dan

air sahaja.

21 Raphael Millet. (2006). Singapore Cinema. hlm. 35. Singapore: Editions Didier Millet.

19

Zaman Kemerosotan

Pada tahun 1960-an, penerbitan filem Melayu oleh Cathay Keris mengalami

kemerosotan sebanyak 50 peratus. Hal ini terjadi disebabkan oleh sokongan

yang berkurangan oleh masyarakat terhadap filem-filem Melayu ketika itu.

Modal yang keluar beratus ribu ringgit tetapi wang yang dapat dipungut balik

hanya setakat berapa ribu ringgit sahaja.

Banyak spekulasi telah dibuat mengenai kemerosotan dalam industri

perfileman Melayu ini. Antaranya ialah pengusaha atau penerbit yang kurang

pengalaman dalam bidang perfileman, pengarah yang tidak cukup handal, filem

yang kurang bermutu, skrip yang kurang baik, jalan cerita yang kurang menarik

dan juga pelakon yang kaku. Tetapi masalah sebenarnya ialah, syarikat-syarikat

seperti Cathay Keris dan juga Malay Film Productions tidak boleh meneka

selera penonton. Jadual 2 di bawah ini menunjukkan pembahagian filem yang

telah diterbitkan pada tahun 1970an mengikut tema.

20

Kekelu-argaan

Jenayah Muzik Komedi Purba Seram Sejarah Kanak-kanak

Khay-alan

Moden

Tema Filem

25 9 5 16 8 2 1 1 1

2.5

7.5

12.5

17.5

22.5

27.5

Chart TitlePe

mba

hagi

an F

ilem

men

giku

t tem

a (1

970-

1980

)

Jadual 2: Jumlah jenis filem berdasarkan tema tahun 1970-an hingga 1980-an

“... the tastes of the Malay audience changed because more were going to schools, colleges, universities. The better educated wanted to watch English-language films.”22

Tambahan lagi, minat orang ramai terhadap filem Melayu merosot kerana

mereka lebih berpendidikan dan lebih minat menonton filem berbahasa

Inggeris, Hindustan dan juga Indonesia. Filem yang diimport berwarna

berbanding dengan filem Melayu yang masih hitam putih dan dianggap mundur.

Kemunduran ini terserlah lagi apabila Hodge mengambil alih. Menurut Raphael

(2006), menyatakan bahawa apabila Hodge mengambil alih, beliau

menerangkan bahawa hanya 3 daripada 25 filem bahasa Melayu yang

diterbitkan oleh Cathay Keris mendapat keuntungan. Beliau menyifatkan hal ini

berlaku kerana pasaran penonton yang kecil dan disebabkan kemasukan filem-

22 Ibid hlm. 124.

21

filem daripada Indonesia. Beliau juga menyalahkan pihak pemerintah untuk

kemerosotan ini.

“When Hodge took over, he disclosed that only three out of 25 Malay-language films produced by Cathay Keris Studios made a profit in the six years prior to his appointment. Apart from the small market, increasing competition from the Indonesian and Hindustani fare and the problem of distributing in Indonesia, he also cited the lack of government encouragement.”23

Syarikat Cathay Keris telah mengalami kerugian sebanyak $1.5 juta

dalam tempoh 8 tahun. Ini disebabkan modal yang tinggi yang digunakan

semasa proses perfileman dan sebagainya. Salah satu daripada sebab

kemunduran industri perfileman Melayu di Singapura adalah kurangnya

sokongan dari pihak pemerintah.

Pada Mac 1965, keadaan ekonomi di Cathay Keris semakin merosot.

Syarikat itu terpaksa melepaskan 45 kaki tangan dan pekerja kerana kerugian

yang dialami oleh Cathay Keris. Kos penerbitan untuk menghasilkan sebuah

filem juga meningkat kepada $120,000 untuk sebuah filem, saingan yang hebat

dari televisyen dan juga penonton yang berkurangan adalah antara sebab

kemerosotan industri perfileman Melayu. Keadaan ini bertambah teruk lagi

pada Oktober 1966 apabila Cathay Keris terpaksa melepaskan 17 kaki tangan

dan akhirnya terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian yang amat besar pada

23 Ibid hlm. 126.

22

tahun 1977. Cathay Keris kemudiannya menjadi anak syarikat kepada Cathay

Film Services dan semua aktivitinya di Singapura dihentikan.

Cathay hari ini

Cathay hari ini telah diubah nama dan diberi imej korporat yang baharu.

Syarikat ini kini dikenali dengan nama Cathay Organisation dan menempatkan

Cathay Keris sebagai anak syarikatnya. Namun begitu, Cathay Keris tidak

berfungsi untuk menghasilkan filem-filem sendiri dan hanya tinggal nama

sahaja. Cathay Organisations merupakan syarikat yang mengendalikan hartanah

(property management). Syarikat itu hanya membeli filem untuk ditanyangkan

di pawagam-pawagamnya yang kini terdapat di Singapura, Malaysia dan baru-

baru ini di United Arab Emirates (UAE). Cathay kini juga mempunyai

bangunan tersendiri yang menyediakan kemudahan seperti tempat boling

(bowling alley), permaian dalam talian (online gaming), pawagam, perumahan

dan juga pusat membeli-belah. Cathay kini memegang imej syarikat yang global

dan korporat.

23

Penutup

Zaman perfileman Melayu pernah mengalami zaman kegemilangannya.

Terdapat perancangan industri filem yang melibatkan pelakon, juru teknikal dan

pengarah. Pemerintah juga memainkan peranan penting dalam perancangan

industri perfileman tidak kira filem Melayu atau filem-filem lain. Dengan

beberapa masalah yang terdapat dalam perancangan industri ini maka dunia

perfileman Melayu telah mengalami kemerosotan yang ketara. Faktor-faktor

politik, ekonomi dan sosial menjadi punca kemerosotan industri perfileman

Melayu di Singapura. Kini, Singapura tidak lagi menghasilkan filem-filem

Melayu sendiri tetapi masyarakat Melayu Singapura hanya mampu

menghasilkan drama-drama di televisyen yang hanya menelan belanja yang

sedikit sahaja. Boleh dikatakan industri perfileman Melayu di Singapura telah

‘mati’ setelah perpindahan studio dari Jalan Ampas ke Kuala Lumpur.

Perpindahan ini amat dirasai oleh merata masyarakat Melayu Singapura yang

mendambakan hasil seni industri perfileman Melayu. Kini, mahu tidak mahu

masyarakat Melayu Singapura hanya bergantung kepada filem-filem Melayu

yang diterbitkan di Malaysia dan di Indonesia sahaja.

24

Cadangan

Pada hemat penulis, masih ada harapan untuk Singapura menghidupkan filem-

filem Melayu seperti zaman kegemilangannya. Gabungan beberapa pihak

seperti penerbit, pelakon dan pengarah serta pemerintah perlu untuk

mewujudkan kembali industri perfileman Melayu. Dengan adanya gabungan

kuasa kewangan, pemerintahan dan kepakaran maka kewujudan industri filem

Melayu yang telah ‘mati’ ini boleh dihidupkan semula.

Selain itu, gabungan antara negara-negara yang masih wujud industri

perfileman Melayu ini perlu dijalinkan. Seperti sekarang ini, dapat dilihat

bahawa pelakon-pelakon Singapura, Malaysia dan Indonesia telah bergabung

untuk menghasilkan adunan lakonan yang jitu dan menarik. Pengadunan para

pelakon ini disambut baik di Malaysia dengan mengambil pelakon-pelakon dari

Singapura untuk berlakon dalam filem-filem Melayu tempatan. Ini merupakan

satu tindakan yang positif demi mencapai kepuasan para penonton yang

menonton filem-filem Melayu.

Tema-tema juga harus mengikut citarasa para penonton. Tema-tema filem

Melayu kini perlu menjejaki minat dan naluri penonton supaya masih tetap

relevan dalam masyarakat. Hal ini perlu kepada perancangan industri

perfileman yang mantap.

Penggunaan teknologi tinggi dalam dunia perfileman juga perlu untuk

mengikut arus perkembangan terkini. Filem-filem Melayu harus mengikut

25

teknologi yang digunakan oleh dua dunia pembuat filem terbesar iaitu

Hollywood (Amerika Syarikat) dan Bollywood (India). Demi keselarasan ini,

pembuat filem-filem Melayu harus mengikuti jejak langkah mereka dalam hal

membuat filem kerana masyarakat Melayu telah banyak terdedah dengan filem-

filem Inggeris dan Hindustan.

26

Bibliografi

Hamzah Abdul Majid Bin Hussin. (1997). Memoir Hamzah Hussin: dari

keris film ke Studio Merdeka. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Lim Kay Tong. (1991). Cathay: 55 years of Cinema. Singapore: Landmark

Books.

M. Amin. (1998). Layar Perak dan Sejarahnya. Shah Alam: Fajar Bakti.

Raphael Millet. (2006). Singapore Cinema. Singapore: Editions Didier

Millet.

Sharifah Zinjuaher H.M Ariffin dan Hang Tuah Arshad. (1980). Sejarah

Filem Melayu. Kuala Lumpur: Sri Sharifah.

27

Lampiran A

Senarai Filem-filem Melayu Cathay

1. Adam (1959)

2. Air Mata duyung (1959)

3. Anak Dara (1959)

4. Azan (1955)

5. Badang (1961)

6. Bawang Putih Bawang Merah (1960)

7. Bayangan Fajar (1962)

8. Bunga Tanjung (1956)

9. Cek Mamat Parang Tajam (1959)

10. Cempaka Biru (1948)

11. Cinta Abadi (1953)

12. Cinta, Kasih, Sayang (1959)

13. Cucu Datuk Merah (1959)

14. Dahlia (1953)

15. Dang Anom (1958)

16. Dua Kali lima (1960)

17. Dua Pendekar (1959)

18. Duka Nestapa (1958)

19. Gol Bakawali (1963)

20. Gurindam Jiwa (1964)

21. Hang Jebat (1962)

22. Hati Batu (1959)

23. Ikan duyung (1958)

24. Ikan Emas (1958)

28

25. Istana Berdarah (1959)

26. Jalak Lenteng (1961)

27. Jiran Sekampung (1959)

28. Jula Juli Bintang Tiga (1959)

29. Kalung Kenangan (1961)

30. Kasih Ibu (1964)

31. Kasih Menumpang (1962)

32. Keranda Berdarah (1970)

33. Korban Kasih (1959)

34. Laila Majnun (1962)

35. Lancang Kuning (1959)

36. Loceng Maut (1959)

37. Mahsuri (1961)

38. Mat Bond (1968)

39. Mat Karong Guni (1970)

40. Mat Raja Kapor (1969)

41. Mat Tiga Suku (1969)

42. Mata Syaitan (1959)

43. Naga Tasik Cini (1963)

44. Nelayan (1953)

45. Noor Islam (1958)

46. Orang Licin (1959)

47. Orang Minyak (1960)

48. Pak Pandir Moden (1961)

49. Panglima Besi (1977)

50. Patung Cendana (1958)

51. Pertaruhan (1954)

29

52. Play Boy (1959)

53. Pontianak (1958)

54. Raden Mas (1957)

55. Rasa Sayang Eh (1958)

56. Rumah Itu Dunia Ku (1959)

57. Satay (1958)

58. Selamat Hari Raya (1960)

59. Selamat Tinggal Kekasihku (1957)

60. Selendang Delima (1959)

61. Si Murai (1967)

62. Sial Wanita (1970)

63. Sri Mersing (1960)

64. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1959)

65. Tiga Botak (1960)

66. Tun Fatimah (1961)

67. Udang di sebalik batu (1957)

68. Wan Perkasa (1958)

69. Yatim Mustapha (1958)

30

Lampiran B

Transkripsi Temuramah Cikgu Yusnor Ef

Hafiz: Apakah penglibatan cikgu dalam perfileman melayu?

Yusnor Ef: Saya tidak bekerja dalam mana-mana filem Melayu tetapi saya

berminat dalam film industry dan saya bercita-cita untuk bekerja dalam film

industry. Tetapi tidak ada rezeki dalam film industry, saya jadi guru. Tetapi saya

masih berminat dalam film industry. Filem pertama yang saya tonton pada tahun

1948 ialah Pisau Beracun. Diarah oleh B. S. Rajan. Pelakon Kasma Booty.

Minat filem saya berkembang. Saya kenal dengan pelakon-pelakon di Jalan

Ampas.

Hafiz: Cikgu pernah bekerja dengan P. Ramlee?

Yusnor Ef: Saya tidak pernah bekerja dengan P. Ramlee di dalam filem studio.

Saya dikenalkan oleh sahabat saya Saari dan Rokiah kepada P. Ramlee. Saya

minat P. Ramlee kerana suaranya. Saya mengatakan kepada P.Ramlee nak

belajar menulis skrip filem. Saya dapat peluang berkenal dengan dia. Dia punya

minat terhadap saya bertambah dan semakin rapat. Dia memberikan saya nama

samaran. Dia tulis di fail saya Yusnor Ef. Saya rapat dengan P. Ramlee kerana

belajar dengan P.Ramlee.

Hafiz: Bagaimana sambutan orang Melayu terhadap filem Melayu pada zaman

itu?

31

Yusnor Ef: Waktu itu masyarakat Melayu minat kepada bangsawan. Sambutan

filem tidak begitu baik. Pada masa itu, seorang indian muslim, SM Chesty

menerbitkan sebuah filem bertajuk Laila Majnun. Waktu itu, masyarakat

Melayu tidak berminat kerana panggung tak ada. Sambutan tak ada; syarikat itu

pun close down. Akhirnya, Shaw brothers, dua beradik dari Shanghai

memulakan Malay Film Production. Meraka sudah ada panggung dan

membawa masuk pelbagai filem daripada Hong Kong. Di situlah bermula filem

Melayu di Jalan Ampas. Tempat itu menempatkan pelakon-pelakon Melayu. P.

Ramlee. Datang ke Singapore untuk screen test. P. Ramlee ditugaskan sebagai

penyanyi latar.

Hafiz: Apakah yang dilaksanakan untuk mempromosikan filem Melayu ketika

itu?

Yusnor Ef: Waktu tu dulu tidak macam sekarang. Sekarang macam-macam

media. Dulu, lori dihiaskan dengan gambar-gambar besar dan masuk ke

kampung-kampung. Kadang-kadang, ada poster besar di panggung. Kadang-

kadang, dia orang pakai poster di badan dan loceng untuk mempromosikan

filem-filem yang ditanyangkan ketika itu. Dan dia orang round dekat Geylang.

Shaw Brothers buat majalah sendiri yang namanya Majalah Filem. Majalah

Filem ini dijaga oleh Jaafar Abdullah. Dia orang yang bertanggungjawab

sebagai publicity officer untuk Shaw. Pada masa itu, majalah itu laku termasuk

semua filem Hollywood dan sebagainya.

32

Hafiz : Bagaimanakah masyarakat menerima perubahan tentang

perpindahannya studio Jalan Ampas di Singapura ke Kuala Lumpur dan apa

kesannya?

Yusnor Ef: Yang menyebabkan menutupan dua giant film studio, Cathay dan

Shaw ini pasal politik, ekonomi dan soal adanya TV station. Shaw tutup dulu

dan filem akhirnya ialah filem Raja Bersiong oleh Tunku Abdul Rahman. Tidak

berapa lama selepas itu, Cathay pun tutup kedai. Yang menyebabkan

disebabkan politik dan perpisahan antara Malaysia dan Singapura. Tunku Abdul

Rahman mahu industri filem Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Studio

Merdeka ditubuhkan. Masyarakat Melayu kecewa dan sedih. Saya sendiri

berasa sedih dan merasakan hancur filem Melayu nanti. Bintang-bintang filem

Melayu bertemparan. Mereka menubuhkan satu persatuan sendiri dan berlakon

tanpa bayaran untuk filem Ibulah Syurgaku.

Hafiz: Apakah kesan TV terhadap filem Melayu?

Yusnor Ef: Bila ada TV, barulah mereka ada peluang untuk berlakon. Filem

Melayu Singapura sebenarnya, Financial orang Cina, immigination orang india

dan artistic part orang Melayu. Multiracial. Kualiti mereka sangat tinggi.

Hafiz: Apabila berpindah industri filem Melayu ke Malaysia, bagaimanakah

hubungan cikgu dengan industri perfileman ketika itu?

33

Yusnor Ef: Saya punya hubungan dengan P. Ramlee sangat rapat sehingga P.

Ramlee mengajak saya berpindah ke Kuala Lumpur. Waktu itu, P. Ramlee

berpindah dengan sebuah kereta sahaja. Saya membantu dia. Saya sama-sama

kemas dengan dia; membantu dia berpindah. Tapi ketika itu, saya nekad untuk

berhenti menjadi guru dan mengikut minat saya dalam industri perfileman.

Seminggu selepas dia berpindah, saya ke Kuala Lumpur. P. Ramlee

mengenalkan saya dengan studio manager.

Hafiz: Apakah tema filem Melayu ketika itu?

Yusnor Ef: Ketika dahulu, filem Melayu tidak mengikut tema yang specific

seperti sekarang. Mereka olah dan create cerita itu seolah-olah semua masalah

ada dalam sebuah cerita itu. Misal sekarang, kita menulis secara terpaksa

mengikut tema yang ditetapkan. Dahulu mereka cuma tahu storyline dan cerita

itu direka seolah-olah semua cerita ada dalam filem tersebut. Orang dulu create

story dan masalah-masalah yang timbul dari dalam sebuah cerita itu. Cerita

komedi mesti ada mesej. Cerita-cerita kesultanan kebanyakan tentang lagenda

Melayu, Mahsuri, Radin Mas misalnya dan cerita-cerita daripada Arab. P.

Ramlee bijak mengaitkan cerita-cerita dan tema filem ketika itu. Misalnya filem

Ali Baba Bujang Lapok. P. Ramlee dapat mengaitkan cerita Ali Baba dan cerita

Bujang Lapok sebagai satu komedi. Misalnya, filem Semerah Padi yang

bertemakan unsur agama, P. Ramlee dapat membuat filem itu dengan beautiful

34

sekali dengan olahan yang menarik. Seorang tokoh Indonesia mengatakan, “P.

Ramlee seniman besar yang berjiwa rakyat.”

Hafiz: Bagaimanakah industri filem Melayu sekarang di Singapura?

Yusnor Ef: Harapan filem Melayu sekarang di Singapura sekarang tidak ada

lagi Cuma yang ada TV saja. Kalau adapun cuma DVD dan VCD.

Hafiz: Apakah pendapat cikgu tentang filem Melayu di Singapura akan datang?

Yusnor Ef: Harapan untuk filem Melayu untuk kembali semula boleh kalau

financial ada dan orang-orang nak mengerjakannya ialah orang-orang yang

berpengalaman dengan filem melibatkan diri dalam filem Melayu. Arwah

Ahmad Mahmud mengatakan, “Kalau bukan orang filem yang menghasilkan

filem hancurlah filem itu.”

35

Lampiran C

Studio di no. 8, Jalan Ampas, Singapura.

Papan Peringatan Tentang Studio Jalan Ampas, Shaw Movie Studio.

36

Lampiran D

P. Ramlee dan Kasma Booty.

P. Ramlee dan pengarah B. N. Rao

Lampiran E

37

Cikgu Yusnor Ef

38