garis panduan program separa perubatan …latihan.moh.gov.my/uploads/portal2017/ldp1/portal separa...

16
PROGRAM SEPARA PERUBATAN GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN (LATIHAN PRA PERKHIDMATAN) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN PERSEKUTUAN

Upload: dotu

Post on 06-Feb-2018

369 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

GARIS PANDUAN

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

(LATIHAN PRA PERKHIDMATAN)

BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

PERSEKUTUAN

Page 2: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

Mukasurat 1

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

TUJUAN

1. Garis panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah pemberian kemudahan

Cuti Belajar dan perlaksanaan Program Separa Perubatan (Latihan Pra

Perkhidmatan) bagi pegawai-pegawai kerajaan persekutuan yang mengikuti

latihan jangka panjang kendalian Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian

Kesihatan Malaysia.

PUNCA KUASA DAN PERATURAN

2. Bahagian Pengurusan Latihan (BPL, Kementerian Kesihatan Malaysia

bertanggungjawab menguruskan Cuti Belajar dan Biasiswa bagi semua pegawai

dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengikuti kursus

dalam perkhidmatan kecuali bagi pegawai dan kakitangan di bawah Skim

Perkhidmatan Gunasama dan jawatan Kader berikutan penurunan kuasa

daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) kepada Ketua

Setiausaha (KSU), KKM untuk semua program latihan mulai 15 Julai 2008.

Surat penurunan kuasa daripada JPA adalah seperti di Lampiran A.

3. Pengurusan kelulusan Cuti Belajar kepada semua pegawai dan

kakitangan KKM yang mengikuti kursus dalam perkhidmatan (melebihi tiga (3)

bulan) adalah berdasarkan kepada `Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar

Kepada Pegawai Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus

Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa’ yang dikeluarkan oleh JPA pada

Jun 2009 seperti di Lampiran B.

Page 3: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 3

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

PRINSIP – PRINSIP PEMBERIAN CUTI BELAJAR

4. Prinsip-prinsip asas pemberian kemudahan Cuti Belajar bagi Program

Separa Perubatan) adalah seperti berikut :

i. Anggota Kumpulan Sokongan KKM

a. Pegawai yang berjaya akan diberikan kelulusan Cuti Belajar Tanpa

Gaji Dengan Biasiswa (CBTGDB) atau Cuti Belajar Bergaji Penuh

Tanpa Biasiswa (CBBPTB) melalui Ketua Jabatan masing-masing;

ii. Anggota Kumpulan Sokongan Selain Daripada KKM/ di bawah

skim Perkhidmatan Gunasama / Jawatan Kader

a. Pegawai yang berjaya hendaklah memohon terlebih dahulu kelulusan

Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) daripada Pihak Berkuasa Melulus

(Kementerian Asal/ Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan

seterusnya baru pegawai dibenarkan memohon Cuti Belajar Tanpa

Gaji Dengan Biasiswa (CBTGDB) di bawah KKM dengan

mengemukakan bersama sesalinan kelulusan tersebut (yang diakui

sah) ke Bahagian Pengurusan Latihan, KKM melalui Kementerian

masing-masing untuk diluluskan bayaran biasiswa;

iii. Kuasa melulus kemudahan Cuti Belajar dari KSU, KKM selaras

penurunan kuasa oleh JPA; dan

Page 4: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 4

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

iv. Pegawai yang ditawarkan untuk mengikuti Program Separa

Perubatan (Latihan Pra Perkhidmatan) oleh BPL, KKM telah

terlebih dahulu melalui proses temuduga serta peperiksaan dan

pemilihan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia (SPA).

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN KURSUS SEPARA

PERUBATAN

5. Pihak SPA melalui Bahagian Pengambilan Khas yang bertanggungjawab

kepada permohonan untuk mengikuti Program Separa Perubatan samada di

peringkat Sijil mahupun Diploma menetapkan syarat-syarat asas kelayakan

akademik seperti berikut :

i). Peringkat Sijil

a. Pemohon perlu mempunyai Sijil Penilaian Menengah Rendah

(PMR) serta kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu

(termasuk Ujian Lisan), Sains dan Matematik. Manakala calon

yang lulus dalam subjek Bahasa Inggeris akan diberi

keutamaan.

ii). Peringkat Diploma

a. Pemohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan lulus Bahasa

Melayu (termasuk Ujian Lisan) serta lulus enam (6)

matapelajaran dengan dua (2) daripadanya adalah di peringkat

Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus.

Page 5: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 5

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

PROSES PENGAMBILAN DAN PENAWARAN

6. Setiap permohonan Cuti Belajar perlu dikemukakan oleh pegawai melalui

Ketua Jabatan dengan mengisi/ melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut;

i). KKM(BPL)LDP 2008(II) Sokongan - 2 salinan

ii). Perjanjian CBBP/CBTG - 3 salinan

iii). Salinan kenyataan perkhidmatan yang - 1 salinan

dikemaskini dan diakui sah

iv). Salinan senarai tugas yang diakui sah - 1 salinan

v). Salinan Asal surat ulasan kepentingan kursus - 1 salinan

kepada Jabatan oleh Ketua Jabatan

vi). Salinan Asal Borang Penerimaan Tawaran - 1 salinan

atau

vii). Salinan Asal Borang Menolak Tawaran - 1 salinan

viii). Surat Tawaran dan Senarai Nama - 1 salinan

ix). Pegawai perlu mendapatkan surat ulasan Kepentingan kursus

kepada Jabatan secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk

mengikuti kursus tersebut. Selain itu, pegawai juga

bertanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan

di Bahagian H (Perakuan Ketua Jabatan) dan tandatangan

Pengarah Kesihatan Negeri (JKN) di Bahagian I (Perakuan

Pengarah JKN) di borang KKM (BPL) LDP2008 (II) Kumpulan

Sokongan.

Page 6: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 6

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

7. Pengambilan bagi Program Separa Perubatan (Latihan Pra

Perkhidmatan) dibuka dua (2) sesi iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun dan

penawaran kepada calon pelatih adalah berdasarkan kepada senarai tapisan

dari SPA. Antara disiplin-disiplin yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i). Jururawat Masyarakat kepada Jururawat;

ii). Pembantu Kesihatan Awam kepada Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran;

iii). Pembantu Pembedahan Pergigian kepada Jururawat Pergigian/

Juruteknologi Pergigian;

iv). Pembantu Tadbir kepada Penolong Pegawai Perubatan; dan

v). Pembantu Perawatan Kesihatan kepada Juruteknologi Makmal

Perubatan.

8. Penempatan calon pelatih diagihkan mengikut keperluan disiplin

berdasarkan kuota selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Pengambilan dan Penempatan Pelatih yang bersidang sebelum setiap

sesi bermula. Senarai kolej terkini adalah seperti di Lampiran C.

9. Senarai nama yang telah diperakukan oleh SPA akan dikemukakan ke

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM untuk diangkat kelulusan Cuti

Belajar dengan : -

Page 7: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 7

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

i). Senarai nama yang diterima dari SPA akan diangkat untuk

kelulusan Ketua Setiausaha (KSU), KKM melalui Setiausaha

Bahagian (SUB), BPL;

ii). Surat Tawaran akan dikeluarkan kepada calon pelatih selepas

mendapat kelulusan daripada KSU bersama dengan surat

perjanjian dan dokumen-dokumen yang berkaitan (bermula tahun

2012, Surat Tawaran dan penempatan boleh diakses melalui portal

BPL) ; dan

iii). Setelah perjanjian ditandatangani dan disempurnakan surat

kelulusan Cuti Belajar bagi mengikuti kursus Separa Perubatan

akan dikeluarkan kepada pegawai.

Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

D.

KEMUDAHAN TAJAAN

10. Setelah mendapat kelulusan, pembayaran mengikut kelayakan samada

calon pelatih akan menerima kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa

Biasiswa (CBBPTB) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa

(CBTGDB). Pembayaran yang dibuat adalah berdasarkan kepada :

i). Cuti Belajar

Pegawai akan ditawarkan dengan salah satu satu kemudahan Cuti

Belajar berikut berdasarkan jenis latihan yang diikuti :-

Page 8: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

Page 8

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

a). Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (CBBPTB)

Pegawai akan mengikuti latihan secara sepenuh masa di

Institusi Latihan dan sekiranya pegawai mengikuti latihan yang

berkaitan dengan tugas semasa, pegawai akan menerima

kemudahan CBBPTB.

Contoh jawatan yang terlibat adalah seperti berikut :-

· Jawatan Jururawat Masyarakat kepada Jawatan

Jururawat

· Jawatan Pembantu Kesihatan Awam kepada

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

· Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian kepada

Jawatan Jururawat Pergigian / Juruteknologi

Pergigian

b). Cuti Belajar Tanpa Gaji dengan Biasiswa (CBTGDB)

Pegawai akan mengikuti latihan secara sepenuh masa di

Institusi Latihan dan sekiranya pegawai mengikuti latihan

yang TIDAK berkaitan dengan tugas semasa, pegawai

akan menerima kemudahan CBTGDB.

Contoh jawatan yang terlibat adalah seperti berikut :

· Jawatan Pembantu Tadbir kepada Jawatan Penolong

Pegawai Perubatan

Page 9: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 9

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

· Pembantu Perawatan Kesihatan kepada Jawatan

Juruteknologi Makmal Perubatan

ii). Penginapan (Asrama) dan Penyediaan Makanan

Bayaran asrama yang dikenakan adalah mengikut kadar yang

ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Pegawai juga dikehendaki

membayar di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak Institusi

Latihan bagi penyajian makanan di asrama tersebut (sekiranya

ada).

iii). Tuntutan Tambang Perjalanan

Pegawai layak membuat tuntutan tambang perjalanan sekali

semasa lapor diri dan sekali lagi apabila tamat latihan.

iv). Tambang Kapal Terbang ( Sabah & Sarawak sahaja)

Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang menerima tawaran ini dan

ditempatkan di mana-mana Institusi Latihan KKM samada di Sabah

ataupun di Sarawak hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan

masing-masing bagi urusan tiket penerbangan seperti berikut :-

· Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di talian 088-

265960

Page 10: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 10

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

· Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di talian 082-

256566.

Walau bagaimanapun, pegawai masih lagi tertakluk kepada tuntutan

perjalanan seperti di para (iii)

v). Pakaian Seragam

Pegawai akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-

kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia di sepanjang

tempoh latihan seperti berikut :-

· Tahun pertama - 3 pasang

· Tahun kedua - 2 pasang

· Tahun ketiga - 2 pasang

vi). Rawatan Perubatan

Pegawai layak mendapat rawatan perubatan percuma di Hospital-

hospital kerajaan di sepanjang tempoh latihan ini dan sekiranya

dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, pegawai berkelayakan

untuk Wad Kelas Dua.

vii). Cuti

Pegawai adalah tertakluk kepada cuti semester yang ditetapkan

oleh Institusi Latihan masing-masing.

Page 11: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 11

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

ELAUN

11. Pegawai yang mengikuti latihan dengan kelulusan Cuti Belajar Bergaji

Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) layak menerima gaji dan elaun tetap sahaja

(seperti sedia ada) sepanjang tempoh latihan. Pembayaran ini akan dilakukan

oleh Ketua Jabatan tempat bertugas masing-masing.

12. Pegawai yang mengikuti latihan dengan kelulusan Cuti Belajar Tanpa Gaji

dengan Biasiswa (CBTGDB) layak menerima elaun saradiri dengan kadar gaji

mata akhir sepanjang tempoh pengajian. Pembayaran elaun saradiri ini akan

dilakukan oleh Institusi Latihan masing-masing. Elaun yang terlibat adalah

sepertimana pada Jadual tertera seperti mukasurat berikutnya.

Page 12: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 12

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

Peringkat

Pengajian Elaun Jumlah

Diploma

· Gaji Pokok

· Buku (sekali setahun)

· Perkakas (sekali sepanjang pengajian)

· Kertas Projek (sekali setahun)

· Jahitan Pakaian Seragam

(sepasang)

(tangga mata

akhir gaji )

RM250.00

RM25.00

RM90.00

(Mengikut ke-

layakan)

Sijil

· Gaji Pokok

· Buku (sekali setahun)

· Perkakas (sekali sepanjang pengajian)

· Kertas Projek(sekali setahun)

· Jahitan Pakaian Seragam

(sepasang)

(tangga mata

akhir gaji )

RM240.00

RM25.00

RM80.00

(Mengikut ke-

layakan)

Page 13: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 13

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

13. Pegawai yang diluluskan CBBPTB akan menerima Pergerakan Gaji

Tahunan (PGT) seperti biasa setiap tahun dimana penilaian markah LNPT akan

dilakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing di setiap akhir tahun. Manakala

pegawai yang diluluskan CBTGDB, PGT setiap tahun hanya bergerak secara

isyarat sepanjang tempoh pengajian. Penilaian markah LNPT masih lagi

dilakukan oleh peringkat Institusi Latihan masing-masing di setiap akhir tahun.

PENANGGUHAN/ MENARIK DIRI/ MENOLAK TAWARAN

14. Calon pelatih yang berhasrat menangguhkan pengajian/ menarik diri/

menolak tawaran tertakluk kepada ketetapan berikut :

i). Pegawai yang menolak tawaran sebelum mengikuti latihan perlu

mengemukakan surat melalui Ketua Jabatan;

ii). Pegawai yang menarik diri daripada mengikuti latihan setelah

kursus bermula perlu mengemukakan surat melalui Pengarah

Institusi Latihan untuk mendapat kelulusan Bahagian Pengurusan

Latihan KKM; manakala

Page 14: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 14

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

iv) Pegawai yang ingin menangguhkan pengajian perlu kemukakan

surat pemakluman melalui dan mendapat pelepasan Ketua

Jabatan dan pihak kolej menyatakan sebab penangguhan.

15. Sebarang penangguhan/ menarik diri/ menolak tawaran perlu mendapat

kelulusan BPL dan kegagalan dalam perlaksanaan ini akan mengakibatkan

kecacatan pada tempoh masa pemberian Cuti Belajar yang perlu direkodkan di

dalam Buku Perkhidmatan dan lain-lain urusan perkhidmatan pegawai kelak.

IKATAN PERJANJIAN

16. Pegawai yang menjalani Latihan Pra Perkhidmatan adalah dikehendaki

untuk menandatangani ikatan perjanjian dengan Kerajaan. Tempoh ikatan

perjanjian untuk berkhidmat dengan Kerajaan adalah seperti di Lampiran E.

MELAPOR DIRI SELEPAS TAMAT LATIHAN 17. Pegawai perlu melapor diri bertugas kepada Ketua Jabatan asal masing-

masing sebaik sahaja tamat latihan di Institusi Latihan sebelum dilantik ke

jawatan dan penempatan baru.

Page 15: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 15

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAWARAN DENGAN SENDIRINYA

i). Gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti

di Lampiran I ke Bahagian Pengurusan Latihan bagi tujuan

mendapatkan kelulusan Cuti Belajar dalam tempoh masa yang

ditetapkan ; atau

ii). Gagal melaporkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan ;

atau

iii). Disahkan mengidap sakit jiwa, Epilepsy (Sawan), penyakit

berjangkit seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV/AIDS oleh

Pengamal Perubatan Berdaftar walaupun pengesahan tersebut

diterima selepas melapor diri atau semasa sedang berkursus ; atau

iv). Didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah ; atau

v). Didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan dan

menerima `award’ daripada mana-mana pihak kecuali telah

mendapat persetujuan pelepasan secara bertulis daripada

penganjur latihan tersebut ; atau

Page 16: GARIS PANDUAN PROGRAM SEPARA PERUBATAN …latihan.moh.gov.my/uploads/Portal2017/LDP1/Portal Separa Perubatan... · Carta aliran proses kerja memohon kelulusan adalah seperti di Lampiran

mukasurat 16

PROGRAM SEPARA PERUBATAN

vi). Adalah anggota perkhidmatan Kerajaan yang dibuang kerja/

ditamatkan kerja kecuali dengan kebenaran khas secara

bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan ; atau

vii). Memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat latihan ;

atau

viii). Didapati mengandung semasa melapor diri ataupun

pengesahan tersebut diterima selepas melapor diri atau

sedang berkursus dan/ atau ;

viiii). Didapati tidak menepati syarat kelayakan yang ditetapkan untuk

mengikuti mana-mana disiplin latihan samada sebelum, semasa

melapor diri ataupun pengesahan tersebut diterima selepas

melapor diri atau sedang berkursus.