disember - latihan.moh.gov.mylatihan.moh.gov.my/uploads/portal2017/buletin bpl dec 2016 5 may... ·...

6
BULETIN 2/2016 Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma | No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya | Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 MAJLIS PERSADA INOVASI PERKIDMATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) telah menganjurkan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2016 yang telah berlangsung di Hotel Regency, Kuala Lumpur pada 5 hingga 8 September 2016. Seramai 350 orang peserta dan ketua- ketua bahagian di KKM telah menghadiri majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min. Pada tahun ini sebanyak 24 kumpulan telah dipilih dari 49 kumpulan melalui saringan peringkat awal. Penyertaan ini adalah dari semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Sumber : Unit Pengurusan MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & PERTANDINGAN NASYID ILKKM Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid ILKKM Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30-31 Mei 2016 di Dewan Institut Latihan Perindustrian Marang, Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk melahirkan pelatih yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga seimbang dari segi fizikal, jasmani dan emosi melalui aktiviti kokurikulum yang mampu memantapkan kendiri insaniah serta mengukuhkan akhlak dalam diri pelatih. Sumber : Unit Pelatih MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM 2016 Zon Semenanjung Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 zon semenanjung telah diadakan di KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada 22 – 25 Oktober 2016. Majlis melibatkan seramai 8,340 orang pelatih daripada 26 buah ILKKM di Semenanjung Malaysia. Sumber : Unit Pelatih Kementerian Kesihatan Malaysia | Bahagian Pengurusan Latihan Disember BULETIN EDISI 2/2016 Kandungan 01 Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam KKM; 02 Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid ILKKM; 03 Majlis Konvokesyen ILKKM 2016, Zon Semenanjung, Sabah & Sarawak; 04 Taklimat Pelupusan Dokumen Kewangan BPL & ILKKM 2016; 05 Persidangan Saintifik Pengajar ILKKM Tahun 2016; 06 Kursus ICT BPL dan ILKKM; 07 Kursus Urusan Pengambilan & Teknik Temu Duga; 08 Maklumat Pengambilan Pelatih Pra Perkhidmatan di ILKKM, 2016; 09 Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Akreditasi Bagi Program Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) 10 Lawatan College Of Public Health Administration (CPHA), Ministry Of Public Health, Thailand 11 Lawatan Kerja Daripada The Ministry Of Health, Nutrition & Indigenous Medicine, Sri Lanka Ke Bahagian Pengurusan Latihan, KKM

Upload: dinhtruc

Post on 30-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

MAJLIS PERSADA INOVASI PERKIDMATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) telah

menganjurkan Majlis Persada Inovasi

Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2016 yang telah

berlangsung di Hotel Regency, Kuala

Lumpur pada 5 hingga 8 September 2016.

Seramai 350 orang peserta dan ketua-

ketua bahagian di KKM telah menghadiri

majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBhg.

Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min. Pada tahun

ini sebanyak 24 kumpulan telah dipilih dari

49 kumpulan melalui saringan peringkat awal. Penyertaan ini adalah dari

semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Sumber : Unit Pengurusan

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & PERTANDINGAN NASYID ILKKM

Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid

ILKKM Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada

30-31 Mei 2016 di Dewan Institut Latihan Perindustrian Marang, Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk

melahirkan pelatih yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga seimbang dari segi

fizikal, jasmani dan emosi melalui aktiviti kokurikulum yang mampu memantapkan kendiri insaniah serta

mengukuhkan akhlak dalam diri pelatih.

Sumber : Unit Pelatih

MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM 2016

Zon Semenanjung

Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 zon semenanjung telah

diadakan di KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada

22 – 25 Oktober 2016. Majlis melibatkan seramai 8,340 orang pelatih daripada 26 buah ILKKM di Semenanjung

Malaysia.

Sumber : Unit Pelatih

Kementerian Kesihatan Malaysia | Bahagian Pengurusan Latihan

Disember BULETIN EDISI 2/2016

Kandungan

01 Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam KKM; 02 Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid ILKKM; 03 Majlis Konvokesyen ILKKM 2016, Zon Semenanjung, Sabah

& Sarawak;04 Taklimat Pelupusan Dokumen Kewangan BPL & ILKKM

2016; 05 Persidangan Saintifik Pengajar ILKKM Tahun 2016; 06 Kursus ICT BPL dan ILKKM; 07 Kursus Urusan Pengambilan & Teknik Temu Duga; 08 Maklumat Pengambilan Pelatih Pra Perkhidmatan di

ILKKM, 2016; 09 Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Akreditasi Bagi

Program Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara)

10 Lawatan College Of Public Health Administration (CPHA), Ministry Of Public Health, Thailand 11 Lawatan Kerja Daripada The Ministry Of Health, Nutrition

& Indigenous Medicine, Sri Lanka Ke Bahagian Pengurusan Latihan, KKM

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

Zon Sabah

Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 bagi Zon Sabah telah diadakan di Pusat Kebudayaan

Penampang, Sabah pada 6 Oktober 2016. Majlis ini melibatkan seramai 1,374 orang

pelatih daripada tiga (3) buah ILKKM iaitu KSKB Kota Kinabalu, Kolej Jururawat Masyarakat Tawau dan Kolej Kejururawatan Sandakan.

Sumber : Unit Pelatih

Zon Sarawak

Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 bagi Zon Sarawak telah diadakan di Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) pada 12 Oktober 2016. Majlis ini melibatkan seramai 1,272 orang

pelatih daripada empat (4) buah kolej iaitu KSKB Kuching, Kolej Jururawat Masyarakat

Serian, Kolej Kejururawatan Sibu dan Kolej Kesihatan Awam Kuching. Sumber : Unit Pelatih

TAKLIMAT PELUPUSAN DOKUMEN KEWANGAN BPL & ILKKM 2016

Satu taklimat Pelupusan Dokumen Kewangan BPL & ILKKM 2016 telah diadakan

pada 21 - 23 September 2016 bertempat di Kolej Jururawat Masyarakat Port

Dickson. Seramai 68 orang peserta terlibat dalam taklimat ini. Penceramah terdiri

daripada pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Jabatan Arkib Negara Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang prosedur

pelupusan dokumen kewangan bagi memastikan dokumen kewangan dilupuskan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Sumber : Unit Kewangan & Pembangunan

PERSIDANGAN SAINTIFIK PENGAJAR ILKKM TAHUN 2016

Persidangan Saintifik Pengajar ILKKM tahun 2016 yang diadakan di KSKB Johor Bahru

pada 13 - 15 Disember 2016 susulan daripada Mesyuarat Pra Pembentangan Persidangan yang telah diadakan di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson pada Julai 2016 yang

lalu. Persidangan ini telah dianjurkan bersama oleh KSKB JB dan Unit Pembangunan Pengajar, BPL yang dihadiri oleh 370 pengajar dari ILKKM seluruh negara.

Sebanyak 24 kertas kajian telah dibentangkan dan tiga sesi

plenari sepanjang persidangan ini. Di samping itu, diadakan juga

sesi bersama dua penceramah jemputan iaitu Dr Maziah binti Marzuki

dan Dr Tahir Aris.

Sumber : Unit Pengajar

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

KURSUS ICT BPL DAN ILKKM

Kursus ICT BPL ILKKM telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat pada

28 – 30 November 2016 bertempat di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.

Seramai 42 staf KKM yang terdiri daripada 6 staf Unit Pengurusan Maklumat BPL dan 36 staf ILKKM telah menghadiri kursus ini yang dikendalikan oleh dua

orang penceramah jemputan daripada JKN Selangor dan Bahagian Pengurusan

Maklumat (BPM). Objektif kursus adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kecekapan pegawai dalam pengurusan perkhidmatan ICT di BPL dan ILKKM

serta membantu pegawai menangani isu-isu berkaitan ICT di pejabat masing-masing dengan lebih baik dan berkesan.

KURSUS URUSAN PENGAMBILAN & TEKNIK TEMUDUGA

Kursus Urusan Pengambilan & Teknik Temuduga yang telah diadakan pada 8-10 Disember 2016 bertempat di Cheringin Hills

Convention & Spa Resort, Janda Baik ini merupakan anjuran bersama Unit Latihan Pra Perkhidmatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seramai 62 orang peserta dari pelbagai skim perkhidmatan di KKM telah menghadiri kursus ini

yang bertujuan untuk: i) Meningkatkan kefahaman berkaitan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA.

ii) Memberi pendedahan dan latihan teknik-teknik temu duga berasaskan kompetensi (Competency Based Interview-CBI) iii) Mewujudkan keseragaman kemahiran menemuduga di kalangan panel temu duga yang melaksanakan sesi pengambilan

pelatih Latihan Separa Perubatan.

Sumber : Latihan Pra Perkhidmatan

Maklumat Pengambilan Pelatih Pra Perkhidmatan di ILKKM, 2016

Bil. Bilangan Keseluruhan Pengambilan Januari Julai Jumlah

2,710 2,684 5,394

1 Diploma Kejururawatan 842 642 1,484

2 Diploma Pembantu Perubatan 855 691 1,546

3 Diploma Pembantu Farmasi 107 107 214

4 Diploma Kesihatan Persekitaran 118 142 260

5 Diploma Teknologi Makmal Perubatan 83 92 175

6 Diploma Radiografi & Radioterapi 44 45 89

7 Diploma Fisioterapi (Anggota) 43 47 90

8 Diploma Jurupulih Perubatan (Carakerja) 48 47 95

9 Diploma Jururawat Pergigian 0 88 88

10 Diploma Teknologi Pergigian 0 56 56

11 Sijil Jururawat Masyarakat 0 0 0

12 Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian 160 173 333

13 Sijil Pembantu Kesihatan Awam 76 73 149

14 Diploma Kejururawatan (KPSL/ PSL) 334 372 706

15 Lain-lain Program (KPSL) 0 109 109

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERAKUAN AKREDITASI BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN PENGIMEJAN

PERUBATAN (PENGIMEJAN PAYUDARA) ILKKM

Unit Perancangan dan Penilaian (P&P), BPL selaku penyelaras aktiviti akreditasi di ILKKM

telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Akreditasi Bagi Program Diploma

Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) ILKKM yang telah

disempurnakan oleh SUB (PL). Majlis ini telah diadakan pada 4 Oktober 2016 di Bilik

Mesyuarat Refflesia, BPL dan dihadiri oleh 40 orang pegawai dari KKM yang terlibat dalam

pembangunan kurikulum dan akreditasi Program Diploma Lanjutan Pengimejan

Perubatan (Pengimejan Payudara).

Sijil Perakuan Akreditasi bagi Program Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) melayakkan credit

transfer bagi anggota KKM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

LAWATAN COLLEGE OF PUBLIC HEALTH ADMINISTRATION (CPHA), MINISTRY OF PUBLIC HEALTH, THAILAND

Seramai 40 orang pelawat dari College Of Public Health Administration (CPHA), Ministry Of Public Health, Thailand telah mengadakan

lawatan ke BPL pada 2 September 2016. Lawatan ini diadakan bagi mempelajari perkara berkaitan pengurusan latihan khususnya

Program Kesihatan Awam di KKM.

LAWATAN KERJA DARIPADA THE MINISTRY OF HEALTH, NUTRITION & INDIGENOUS MEDICINE, SRI LANKA KE BPL

The Ministry of Health, Nutrition & Indigenous Medicine, Sri Lanka melalui The High Commission of the Democratic Sosialist Republic of Sri Lanka

telah mengadakan satu lawatan kerja ke BPL, KKM pada 20 Disember 2016

bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia. Delegasi lawatan kerja ini adalah terdiri daripada Prof. Gunapala Nanayakkara dan Dr. Dileep De Silva dari

Ministry of Health, Nutrition & Indigenous Medicine, Sri Lanka. Tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk mempelajari perkara-perkara

berkaitan pembangunan kurikulum untuk ILKKM.

Sumber : Unit Penilaian

Program Latihan

Sumber : Unit Pengurusan Dasar & Korporat

Sumber : Unit Pengurusan Dasar & Korporat

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

TERIMA KASIH…

Sepanjang Tahun 2016, terdapat seramai 11 orang penjawat awam dari BPL yang

telah bersara wajib. Senarai nama Pegawai yang telah manamatkan perkhidmatan mereka di BPL adalah seperti berikut:

En. Roslee bin Anuar, TSUB (DL), 23 Februari 2016

Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Mohd Tahir, KPSU K, 19 Mei 2016

En. Nordin bin Abd. Aziz, KPSU, 1 Mac 2016

En. Ariffin bin Sutan, Pengajar (Pen. Peg. Farmasi), 16 Mac 2016

Pn. Masnah binti Martu, Pengajar (Jururawat), 29 Jun 2016

Pn. Tuan Rahimah bt. Tuan Mat, Pengajar (Jururawat),

3 Februari 2016

Pn. Suriyakumari A/P Sinnadurai, Pengajar (Jururawat), 6 September 2016

Pn. Bastiah bt. Mohd Nasir, Pengajar (Jururawat), 31 Oktober 2016

Pn. Aulaiyah bt. Hj Abdullah, Penolong Pegawai Tadbir, 12 Mei 2016

Pn. Suryati bt. Mokhtar Daiman, Penolong Akauntan Kanan, 9 April 2016

Pn. Maheran bt. Abdullah, Pembantu Tadbir Kanan, 1 Disember 2016

Ketua Editor : Rozana Zahrol, KPSU PDK

Editor :

Maryam Baba Johaibe Bujang

Grafik :

Mastika Muhammad Nurfaizatul Ashikin Mokhtar Mohd Hadzrik Nor Osman

Fatin R.Azmee

Hubungi Kami: Unit Pengurusan Dasar dan Korporat

Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana

62675 Putrajaya WP Putrajaya

Tel : 03 – 8885 0600

Website : www.latihan.moh.gov.my

Penaung

En. Ellam Endin Nom Setiausaha Bahagian | Bahagian

Pengurusan Latihan | KKM

Penasihat En. Mohamad Yatim bin Nawawi Timb. Setiausaha Bahagian | Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan | Bahagian Pengurusan Latihan |

Bahagian Pengurusan Latihan | KKM

BULETIN 2/2016

Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |

No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |

Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720

Minum Segelas air sebelum makan

Makan hidangan sederhana 3x sehari

Makan perlahan-lahan sehingga lumat

Bersenam sekurang-kurangnya 3x sminggu

Banyakkan makan buah-buahan sebagai snek

Menjaga kedudukan badan ketika duduk dengan betul

Jangan tinggal sarapan pagi

Sentiasa lakukan push-up

Jangan amalkan makanan segera dan berkarbonat

KATA-KATA PUJANGGA PROFESSOR UNGKU AZIZ Rajin Bercakap, Rajin Bekerja – Bagus

Rajin Bekerja, Malas Bercakap – Kena Buli

Malas Bekerja, Rajin Bercakap – Wayang Cina

Malas Bekerja, Malas Bercakap – Tak Guna

Malas Bekerja, Selalu Ponteng – Baik Berhenti

Malas Bekerja, Selalu Menyibuk – Baik Mati