kementerian kesihatan malaysia - …latihan.moh.gov.my/uploads/portal2017/buletinbil12017.pdf ·...
TRANSCRIPT
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
KURSUS PENGENALAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) KEPADA PENGAJAR INSTITUT LATIHAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kursus Pengenalan OBE adalah usaha bagi memperkenalkan konsep Outcome Based kepada pengajar ILKKM diseluruh
Malaysia. Selaras dengan Pembangunan Kurikulum Pra Perkhidmatan, kursus ini diharapkan memberi pengetahuan
berhubung konsep OBE tersebut kepada seluruh pengajar ILKKM. Program yang terdiri daripada kuliah dan bengkel itu
melibatkan semua pengajar ILKKM di seluruh negeri. BPL menyasarkan sebanyak tiga (3) siri jelajahan seluruh negeri bagi
tahun 2017.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
BBBUUULLLEEETTTIIINNN BBBPPPLLL 111///222000111777
Bengkel E-learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah merupakan inisiatif Bahagian
Pengurusan Latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajar terhadap
pembangunan modul latihan dengan menggunakan platform aplikasi atas talian. Peserta kursus
didedahkan kepada aplikasi terkini atas talian iaitu platform moodle.
Bengkel ini dijalankan selama 3 hari iaitu 16 hingga 18 Mei 2017 dengan menggunakan fasiliti
dewan seminar, peralatan AVA dan makmal komputer Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor
Bahru. Peserta adalah seramai 50 orang pengajar dari seluruh warga Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Melalui bengkel ini peserta juga diberikan
pendedahan terhadap Edmodo iaitu satu aplikasi atas talian yang mesra kepada pengguna dan
pelajar serta berupaya meningkatkan minat pelajar melalui komunikasi interaktif yang
disediakan.
Kandungan m/s
E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.............. 1
Kursus Pengenalan Outcome Based Education (OBE) Kepada Pengajar ILKKM..................................................................
1
Pengiktirafan Bagi Melaksanakan Tiga Program Diploma Lanjutan Baharu.................................................................
2
Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan Zon Semenanjung
2
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)...................................... 2
Aktiviti Saringan Kesihatan.................................................... 3
Sistem ePengesahan............................................................ 3
Aplikasi HRMIS.................................................................... 4
Pelan Tindak Balas Kecemasan............................................. 4
Akreditasi Diploma Kejururawatan ILKKM 5
Bengkel Pembinaan Item Bagi Pengajar ILKKM 5
Pengambilan Pelatih Sesi Januari 2017. 6
Promosi Kerjaya... 6
Amalan EKSA Zon Latihan 7
Program Tranformasi Minda.. 7
EE--LLeeaarrnniinngg DDaallaamm PPeennggaajjaarraann ddaann PPeemmbbeellaajjaarraann
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
PENGIKTIRAFAN BAGI MELAKSANAKAN TIGA PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN BAHARU DI ILKKM
Pada tahun 2017, sebanyak tiga (3) program Diploma Lanjutan telah diluluskan. Kelulusan telah diberikan setelah
program-program tersebut dibentang dalam Mesyuarat Lembaga Pendidikan, KKM pada 20 April 2017. Melalui
kelulusan ini, program ini dijangka akan dilaksanakan pada Mei 2018. Program-program tersebut adalah Diploma
Lanjutan Mikrobiologi Perubatan, Diploma Lanjutan, Rehabilitasi Neuro dan Sijil Pos Basik Perawatan Rehabilitasi.
Program Diploma Lanjutan yang dilaksanakan di ILKKM perlu melalui proses perakuan daripada Jawatankuasa
Teknikal Pos Basik terlebih dahulu sebelum dapat dibentangkan di Mesyuarat Lembaga Pendidikan, KKM.
Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih dan
Stor Kerajaan Zon Semenanjung Bil. 1/2017
Kursus Tatacara Pengrusan Aset alih dan Stor
Kerajaan Zon Semenanjung Bil.1/2017 telah
diadakan di Hotel Midah, Kuala Lumpur.
Taklimat Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2017
Selaras dengan pekeliling baru Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi dalam Perkhidmatan Awam Melalui
Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), satu taklimat telah diadakan di Dewan Serbaguna
Kemententerian Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya pada 7 Februari 2017.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Pakar Kesihatan Awam Institut Pengurusan Kesihatan KKM yang
merupakan Panel Juri KIK Sektor Awam. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada pelbagai jawatan di
Jabatan Kesihatan Negeri/Institusi KKM telah menghadiri taklimat tersebut.
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
AAAkkktttiiivvviiitttiii SSSaaarrriiinnngggaaannn KKKeeesssiiihhhaaatttaaannn
Program Naziran Bagi Urusan Perkhidmatan
Menggunakan Sistem ePengesahan
Program Naziran Sistem ePengesahan bagi Urusan
Perkhidmatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah diadakan di Unit Khidmat Pengurusan pada 7 Februari
2017 (Selasa) mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Naziran tersebut melibatkan semakan ke atas fail-fail pegawai
bagi urusan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian
Taraf Berpencen yang menggunakan sistem ePengesahan bagi tempoh 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Tujuan naziran adalah untuk membuat penambahbaikkan dalam melancarkan urusan perkhidmatan di Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Saringan Kesihatan Untuk Kawalan Penyakit Berjangkit
(TIBI)
Bagi memastikan warga BPL kekal sihat dan tiada sebarang
penularan penyakit Tuberkulosis (TB) berlaku, satu program taklimat
dan saringan kesihatan telah dijalankan pada 3 Februari 2017
(Jumaat), bermula jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari bertempat di
Bilik Mesyuarat Rafflesia, BPL, KKM. Kira-kira 150 orang warga BPL
telah hadir ke program tersebut. Keputusan saringan dimaklumkan
pada 6 Februari 2017 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Mawar,
BPL, KKM. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi, ke semua
warga BPL yang disaring didapati bebas dari penyakit TB. Walau
bagaimanapun semua warga diingatkan supaya meneruskan
pemantauan kesihatan masing-masing sekurang-kurangnya bagi
tempoh 6 bulan yang akan datang.
Pengesahan
Pelantikan, 20
Pelanjutan
Tempoh Percubaan, 1
Pengesahan
Dalam Perkhidmata
n, 21
Pemberian
Taraf Berpencen,
23
Pecahan Semakan Fail melalui ePengesahan SPA
SSSiiisssttteeemmm eeePPPeeennngggeeesssaaahhhaaannn
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
PPPeeelllaaannn TTTiiinnndddaaakkk BBBaaalllaaasss KKKeeeccceeemmmaaasssaaannn
AAApppllliiikkkaaasssiii HHHRRRMMMIIISSS
Bengkel Penamatan Perkhidmatan Sistem Aplikasi HRMIS,
Pengurusan Emosi dan Pengurusan Rekod Perkhidmatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Unit Khidmat Pengurusan telah melaksanakan Bengkel Penamatan Perkhidmatan Sistem Aplikasi HRMIS, Pengurusan Emosi dan Pengurusan
Rekod Perkhidmatan ILKKM bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,
Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Seramai 63 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang diadakan pada 3 Mac hingga 7 Mac 2016 yang melibatkan
peserta dari semua ILKKM.
Bagi Bengkel Penamatan Perkhidmatan Sistem Aplikasi HRMIS, peserta
dilatih oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Unit HRMIS Bahagian Sumber Manusia IPKKM. Peserta telah diajar dan dilatih
mengenai tatacara penyediaan aliran kerja dan penentuan peranan
pegawai yang bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pencen kakitangan yang berada di ILKKM masing-masing manakala Kursus
Pengurusan Emosi disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Perbadanan Putrajaya. Pelbagai aktiviti diadakan bagi membantu peserta menangani
tekanan dalam kehidupan dan pekerjaan. Selain itu, peserta juga dibawa
melawat Hospital Bahagia Ulu Kinta, bagi mengenali proses pemulihan para pesakit yang mengalami tekanan perasaan dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh para pesakit.
Bengkel Penyediaan Pelan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Plan - ERP) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Satu Bengkel Penyediaan Pelan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Plan - ERP) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 5 hingga 7 Mac 2017 bertempat di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Seramai 70 orang peserta yang terdiri kumpulan Profesional dan Sokongan
mewakili kolej latihan di bawah Bahagian Pengurusan Latihan telah menghadiri bengkel tersebut. Objektif bengkel ini adalah untuk mewujudkan struktur organisasi, prosedur dan pelan tindak balas kecemasan yang berkesan di setiap
ILKKM sebagai persediaan bagi mengawal dan mengurus situasi kecemasan yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
Bengkel Pembinaan Item
bagi Pengajar ILKKM
Makmal Penyediaan Dokumen Akreditasi Diploma Kejururawatan
Pihak BPL telah mengadakan perbincangan dengan Universiti Awam (UA) bagi tujuan kolaborasi dalam menjalankan
Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan pada 18 Ogos 2016. Pihak Universiti telah mencadangkan agar program
Diploma Kejururawatan di ILKKM diakreditasi bagi membolehkan graduan Diploma Kejururawatan yang berhasrat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan membuat pindahan kredit bagi sehingga tempoh program
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dipendekkan daripada 4 tahun kepada 2 tahun.
Dua sesi makmal penyediaan dan permurnian Dokumen Akreditasi Program Diploma Kejururawatan telah diadakan di ILKKM Sungai Buloh pada 2 hingga 3 Februari 2017 bagi sesi pertama manakala sesi kedua pula telah diadakan pada
28 Februari 2016 di BPL, Putrajaya. Tujuan sesi makmal ini diadakan adalah bagi mengemaskini dokumen akreditasi Program Diploma Lanjutan Kebidanan mengikut format dan keperluan yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat
Malaysia (LJM) seperti berikut:
Standard
1. Visi, Misi, Objektif dan Hasil Pembelajaran
2. Reka bentuk Kurikulum dan Metodologi Penyampaian
3. Pentaksiran Pelajar
4. Pemilihan Pelajar dan Servis Sokongan
5. Staf Akdemik
6. Sumber Pembelajaran
7. Kajian Semula dan Pemantauan Program
8. Kepimpinan, Tadbir Urus & Pentadbiran
9. Penambahbaikan kualiti secara berterusan
Penambahbaikan telah dilakukan berdasarkan pandangan dan cadangan yang telah diterima semasa sesi
pembentangan tersebut. Dokumen lengkap yang komprehensif berdasarkan format yang ditetapkan oleh LJM telah
dikemukakan kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi tujuan penilaiana kreditasi.
Bengkel ini disasarkan kepada Pengajar-
Pengajar Institut Latihan dan fokus bengkel ini
adalah memberi pendedahan kepada cara
pembinaan item yang betul serta mengikut
justifikasi yang memenuhi kehendak kurikulum
di samping memberi kefahaman yang lebih
mendalam tentang teknik pembinaan item.
Peserta juga didedahkan dengan teknik
pembinaan item yang betul semasa proses
pembinaan, pengeditan dan pemurniaan item
soalan peperiksaan. Turut dibincangkan juga
penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh
BPL dan ILKKM untuk meningkatkan mutu
item soalan yang akan diuji kepada pelatih.
AAAkkkrrreeedddiiitttaaasssiii DDDiiippplllooommmaaa KKKeeejjjuuurrruuurrraaawwwaaatttaaannn
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
PENGAMBILAN PELATIH SESI JANUARI 2017
Pengambilan Pelatih Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) kumpulan Separa Perubatan ke ILKKM Sesi
Januari 2017 telah dilaksanakan pada 2 Januari 2017 (Isnin). Bilangan pengambilan adalah berdasarkan kepada
Unjuran Keperluan Latihan ASKB kumpulan Separa Perubatan yang dibuat dengan mengambilkira keperluan
profesion di peringkat fasiliti dan keperluan berdasarkan input ketua profesion masing-masing. Treemap berikut
menerangkan pecahan pengambilan pelatih ASKB kumpulan Separa Perubatan bagi sesi Januari 2017.
PPPRRROOOMMMOOOSSSIII KKKEEERRRJJJAAAYYYAAA AAANNNGGGGGGOOOTTTAAA SSSAAAIIINNNSSS KKKEEESSSIIIHHHAAATTTAAANNN BBBEEERRRSSSEEEKKKUUUTTTUUU
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 Kali Ke-13
KPTN merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai platform bagi
menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dalam Negara serta menyebarkan maklumat
mengenai program-program yang ditawarkan oleh Universiti Tempatan, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan institusi lain bagi kemasukan sesi Akademik 2017/2018.
Karnival ini melibatkan tujuh (7) lokasi dan berlangsung dari bulan Februari 2017 sehingga Mac 2017. Sepanjang karnival berlangsung, sebanyak 150 booth disediakan kepada Universiti Tempatan, IPTS dan agensi
yang terlibat. Anggaran pengunjung bagi setiap lokasi karnival adalah seramai 30,000 orang.
Penyertaan BPL hanya di lokasi-lokasi berikut:
BIL TARIKH NEGERI LOKASI JUMLAH
PENGUNJUNG ANJURAN
1. 25-26/02/2017 Johor Kampus UTHM, Batu Pahat
538 orang
Kementerian Pendidikan
Tinggi 2. 4-5/03/2017 Pulau
Pinang Padang Kawad,
Kampus Induk USM
423 orang
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
Purata
Markah
92.7%
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Pembudayaan EKSA di Bahagian Pengurusan Latihan diamalkan secara berterusan sebagai memenuhi keperluan sektor awam. Bermula pada
tahun 2017, Pengauditan EKSA dibuat secara DIY di setiap zon / bahagian. Pengauditan EKSA DIY Bil. 1/2017 di Zon Latihan (BPL) telah
dijalankan pada 13 Mac 2017. Berikut adalah markah keputusan audit,
senarai nama juruaudit dalaman dan beberapa gambar aktiviti pengauditan EKSA. Purata dan pecahan markah keseluruhan yang
berjaya diperolehi adalah 92.7% seperti dalam carta di bawah.
Komponen A.
Keperluan Utama Pelaksanaan
93.80, 25%
Komponen B.
Ruang Tempat Kerja / Pejabat
90.48, 24%
Komponen C.
Tempat Umum95.46, 26%
Komponen D.
Keselamatan Persekitaran
90.84, 25%
Skor Audit D.I.Y EKSA Zon Latihan
Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) -
Pelaksanaan secara
decentralized380, 32%
Pegawai Pergigian824, 68%
Bilangan Pegawai menjalani Program
TransformasiMinda (PTM)
Latihan Dalam Perkhidmatan:
Program Transformasi Minda
Sehingga Mac 2017, sebanyak 3 Kursus
Program Transformasi Minda (PTM) bagi
Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) dan
Pegawai Pergigian telah dilaksanakan oleh
BPL. Pecahan bagi peserta PTM tersebut
seperti diterangkan dalam carta pai di
sebelah.
Amalan EKSA ZonLatihan
-
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720 Email:[email protected]
Buletin BPL Bil. 1/2017
Kajian semula Perintah Fi (Perubatan) 1982 melibatkan perkara-perkara berikut:
Kenaikan kadar caj pesakit Kelas 1 sebanyak 50% yang merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan
pembedahan;
Kenaikan kadar caj wad sahaja bagi Kelas 2 sebanyak 25%;
Pengemaskinian prosedur dan caj bagi rawatan fisioterapi, pergigian dan radioterapi dan onkologi;
dan
Pengenaan caj yang tiada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 bagi perkhidmatan perubatan
tradisional dan komplementari (PT&K), rawatan terapi cara kerja, terapi pertuturan bahasa dan
perkhidmatan dietetik.
UUUNNNTTTUUUKKK KKKUUURRRUUUSSS Amalan Diet Secara Melampau Membahayakan Kesihatan
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S Subramaniam, Menteri
Kesihatan Malaysia telah menyampaikan ucapan pada
Perhimpunan Pagi Bulan Mac 2017 dengan tema
perhimpunan tersebut adalah Pemakanan Sihat, Resepi
Kesihatan Abadi. Di antara perkara penting telah
digariskan adalah amalan pemakanan secara sihat yang
perlu diamalkan oleh seisi keluarga bagi melahirkan
masyarakat yang sihat selaras hasrat KKM. Trend terkini
menunjukkan peningkatan penyakit obesiti dan diabetes di
kalangan dewasa serta peningkatan masalah kekurangan
zat makanan di kalangan kanak-kanak di Malaysia terus
meningkat setiap tahun.
Sehubungan itu, Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan
Malaysia telah dilancarkan sebagai salah satu usaha
berterusan dalam menyelesaikan masalah ini. Selain itu,
Kempen Makan Buah dan Sayur yang telah dilancarkan
pada sempena MAHA 2016 adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan amalan makan buah dan sayur bagi
mengurangkan kelaziman penyakit tidak berjangkit yang
berkait dengan pemakanan seperti diabetes dan hipertensi.
Pada masa yang sama, konsep Pinggan Sihat Malaysia
turut diperkenalkan bagi memudahkan pemahaman
terhadap konsep Piramid Makanan Malaysia.
555 Mesej Utama Pinggan Sihat Malaysia 1. Makan tiga hidangan utama yang sihat dalam sehari.
2. Makan 1-2 makanan ringan yang sihat antara waktu
makan jika perlu.
3. Pastikan separuh daripada bijirin yang diambil seharian
adalah bijirin penuh.
4. Makan hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan
setiap hari.
5. Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap.
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM