garis panduan pembangunan kurikulum dan … panduan pembangunan program... · tambahan berbangkit...

4
GPPB V2: 2015 (BPPA) 1 1 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PENYEDIAAN DOKUMEN PERMOHONAN PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU 1. Tujuan Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat di UNIMAS tentang proses pembangunan kurikulum dan penulisan dokumen permohonan penawaran program akademik baharu di peringkat Pra-Siswazah, Pra-Universiti dan Pasca Siswazah. 2. Pengenalan Pembangunan kurikulum program akademik adalah satu proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian peluang-peluang pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan pelajar menghasilkan perubahan yang dikehendaki. Proses perancangan melibatkan pengumpulan maklumat tentang keperluan penawaran program akademik baharu dan penjelasan tentang rekabentuk program yang dicadang berdasarkan analisa maklumat yang diperolehi dan disusun atur mengikut format kertas kerja yang tertentu. Proses pelaksanaan melibatkan keputusan tentang pemilihan kaedah pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang mempunyai sifat penjajaran konstruktif (constructive alignment) bagi memastikan hasil pembelajaran yang dihasratkan akan dapat dicapai oleh pelajar dengan jayanya. Proses penilaian melibatkan pemantauan dan semakan kurikulum program akademik yang dijalankan secara berkala bagi tujuan penambahbaikan kualiti berterusan. Pembangunan kurikulum program akademik dan penulisan dokumen permohonan penawaran program akademik baharu adalah di bawah tanggungjawab Fakulti dan Pusat. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Akademik (BPPA) berperanan sebagai urus setia dalam menyelaras proses pembangunan kurikulum program baharu dan perolehan akreditasi sementara (provisional accreditation) oleh Fakulti dan Pusat mengikut ketetapan UNIMAS, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JPT) di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Upload: lekhue

Post on 05-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN … Panduan Pembangunan Program... · tambahan berbangkit pada masa hadapan. ... Jabatan Pendidikan Tinggi Standard Disiplin Program/Keperluan

GPPB V2: 2015 (BPPA)

1 1

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN PENYEDIAAN

DOKUMEN PERMOHONAN PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Fakulti dan Pusat di UNIMAS

tentang proses pembangunan kurikulum dan penulisan dokumen permohonan

penawaran program akademik baharu di peringkat Pra-Siswazah, Pra-Universiti dan

Pasca Siswazah.

2. Pengenalan

Pembangunan kurikulum program akademik adalah satu proses perancangan,

pelaksanaan dan penilaian peluang-peluang pembelajaran yang bertujuan untuk

membolehkan pelajar menghasilkan perubahan yang dikehendaki.

Proses perancangan melibatkan pengumpulan maklumat tentang keperluan

penawaran program akademik baharu dan penjelasan tentang rekabentuk

program yang dicadang berdasarkan analisa maklumat yang diperolehi dan

disusun atur mengikut format kertas kerja yang tertentu.

Proses pelaksanaan melibatkan keputusan tentang pemilihan kaedah

pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang mempunyai sifat penjajaran

konstruktif (constructive alignment) bagi memastikan hasil pembelajaran yang

dihasratkan akan dapat dicapai oleh pelajar dengan jayanya.

Proses penilaian melibatkan pemantauan dan semakan kurikulum program

akademik yang dijalankan secara berkala bagi tujuan penambahbaikan kualiti

berterusan.

Pembangunan kurikulum program akademik dan penulisan dokumen

permohonan penawaran program akademik baharu adalah di bawah

tanggungjawab Fakulti dan Pusat.

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Akademik (BPPA) berperanan sebagai

urus setia dalam menyelaras proses pembangunan kurikulum program baharu

dan perolehan akreditasi sementara (provisional accreditation) oleh

Fakulti dan Pusat mengikut ketetapan UNIMAS, Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA), dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JPT) di Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Page 2: GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN … Panduan Pembangunan Program... · tambahan berbangkit pada masa hadapan. ... Jabatan Pendidikan Tinggi Standard Disiplin Program/Keperluan

GPPB V2: 2015 (BPPA)

2 2

3. Makluman Terkini Berkenaan Penawaran Program Akademik Baharu oleh

IPTA daripada Jabatan Pengajian Tinggi

a. Penawaran program akademik baharu hendaklah selari dengan bidang tujahan

atau niche area IPTA masing-masing.

b. Program akademik sedia ada yang tidak relevan dan tidak berdaya maju kepada

negara dan industri perlu dijumudkan. Program yang dijumudkan hendaklah

dimaklumkan kepada JKPT.

c. Sebelum sesuatu program akademik baharu diwujudkan, perkara seperti

peratusan graduate employability (GE) bagi fakulti yang ingin menawarkan

program baharu dan peratus GE keseluruhan bagi IPTA yang memohon mestilah

diambilkira.

d. Program akademik baharu yang dicadangkan perlulah ada libatsama dengan

pihak industri. IPTA hendaklah mendapatkan laporan daripada pihak

industri sama ada industri tempatan atau antarabangsa terhadap program yang

hendak dilaksanakan.

e. Pelaksanaan program akademik baharu hendaklah mengambil kira implikasi

kewangan, perjawatan dan fizikal secara terperinci dan tuntas dengan

menggunapakai sumber dalaman sedia ada tanpa melibatkan keperluan

tambahan berbangkit pada masa hadapan. Misalnya kos untuk menghasilkan

seorang graduan, kos jangka panjang dan pulangan kepada negara (return of

investment-ROI) hendaklah diperincikan di dalam kertas cadangan.

(Surat Jabatan Pendidikan Tinggi, rujukan JPT(A) 1000/013/013/02 Jld 15 (39)

bertarikh 12 Disember 2014)

4. Aktiviti Penting Pembangunan Kurikulum dan Penyediaan Dokumen

Permohonan Penawaran Program Akademik Baharu

Fakulti dan Pusat yang berhasrat untuk menawarkan program akademik baharu

perlu membuat perancangan dan persediaan rapi yang melibatkan aktiviti-aktiviti di

bawah:

a. Menubuhkan Jawatankuasa Akademik Program Baharu Fakulti/Jabatan dan

melantik Ketua JK Akademik Program Baharu beserta ahli.

b. Mengumpulkan maklumat tentang keperluan dokumentasi dengan merujuk

kepada dokumen-dokumen berikut

Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme

Accreditation, COPPA) - MQA-01 (Permohonan Akreditasi Sementara)*

Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum

(MQA)

Garis Panduan Penulisan Program Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi

Standard Disiplin Program/Keperluan Badan Professional (jika berkaitan)

(* Maklumat MQA-01: Bahagian A disediakan oleh BPPA)

c. Mengadakan siri perbincangan/mesyuarat Jawatankuasa Akademik Program

Baharu bagi memastikan kandungan dokumen lengkap dan disediakan mengikut

format MQA-01.

Page 3: GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN … Panduan Pembangunan Program... · tambahan berbangkit pada masa hadapan. ... Jabatan Pendidikan Tinggi Standard Disiplin Program/Keperluan

GPPB V2: 2015 (BPPA)

3 3

d. Melantik ahli lembaga pengajian program (contoh: ahli akademik, badan

professional, pakar bidang pengajian dari dalam dan luar negara*) untuk menilai

dan memberi ulasan tentang kesesuaian dan kerelevanan cadangan kandungan

dan pelaksanaan kurikulum. (*Surat lantikan lembaga pengajian program (Board of Studies) adalah daripada

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Fakulti/Pusat perlu

memajukan senarai nama calon beserta CV yang lengkap dan justifikasi pencalonan

untuk kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

e. Menyediakan kertas kerja** dan membentang cadangan penawaran program

akademik baharu di peringkat Fakulti/Pusat untuk pengesahan dan kelulusan

pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif perlu disertakan mengikut templat seperti di Lampiran 1).

f. Memajukan satu (1) salinan dokumen cadangan penawaran program akademik

baharu ke Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk

semakan dan pengesahan.

(Nota: Semakan dilakukan oleh BPPA setelah mendapat pengesahan Timbalan Naib

Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan perbincangan hasil semakan akan diadakan

bersama Ketua JK Akademik Program Baharu).

g. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu

pada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik

(JPPA) bagi program Pra-Siswazah atau Jawatankuasa Pascasiswazah (JKPS)

bagi program pasca siswazah untuk pertimbangan dan perakuan pada peringkat

tersebut. (** Ringkasan Eksekutif perlu disertakan mengikut templat seperti di Lampiran 1).

h. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu

pada Mesyuarat SENAT untuk kelulusan pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif juga perlu disertakan)

i. Membentang kertas kerja** cadangan penawaran program akademik baharu

pada Mesyuarat LPU untuk pengesahan pada peringkat tersebut. (** Ringkasan Eksekutif juga perlu disertakan).

j. Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor (Akademik

dan Antarabangsa) untuk tujuan permohonan ‘Perakuan Memenuhi Kualiti

Untuk Tujuan Menawarkan Program’ (Certification of Quality Compliance –

CQC) daripada MQA beserta tujuh (7) salinan dokumen cadangan penawaran

program akademik baharu dan tujuh (7) cakera padat. (Nota: Penghantaran permohonan ke MQA beserta dokumen berkaitan adalah melalui

Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA, termasuk pembayaran fi).

k. Memaklumkan penerimaan Perakuan Memenuhi Kualiti Untuk Tujuan

Menawarkan Program’ (Certification of Quality Compliance – CQC) daripada

MQA pada Mesyuarat Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

(Nota: Turut dilampirkan bersama Surat CQC adalah Borang Lampiran B untuk

tujuan Permohonan Akreditasi Sementara yang perlu dimajukan ke MQA SETELAH

kelulusan pengendalian program diterima daripada JPT).

Page 4: GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DAN … Panduan Pembangunan Program... · tambahan berbangkit pada masa hadapan. ... Jabatan Pendidikan Tinggi Standard Disiplin Program/Keperluan

GPPB V2: 2015 (BPPA)

4 4

l. Menyediakan dokumen cadangan penawaran program akademik baharu

mengikut format JPT (rujuk format kertas kerja di Bab 3: Garis Panduan

Penulisan Program Akademik, JPT).

m. Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor (Akademik

dan Antarabangsa) untuk tujuan permohonan kelulusan pengendalian program

daripada JPT beserta tujuh (7) salinan dokumen cadangan penawaran program

akademik baharu dan tujuh (7) cakera padat.

(Nota: Penghantaran permohonan ke JPT beserta dokumen berkaitan adalah melalui

Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA).

n. Memohon Perakuan Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation)

daripada MQA dengan memajukan Borang Lampiran B SETELAH menerima

surat kelulusan pengendalian daripada JPT.

(Nota: Penghantaran permohonan ke MQA beserta dokumen dan fi berkaitan adalah

melalui Pejabat TNC (AA) dan diselaraskan oleh BPPA)

Rujuk Lampiran 2 untuk Carta Alir Proses Kerja Penawaran Program Baharu

5. Hal-Hal Lain

Pembangunan kurikulum program perlu berasaskan kepada pendekatan

Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE). (Nota: Rujuk Bab 1: Garis Panduan

Penulisan Program Akademik, JPT untuk maklumat lanjut tentang perkara ini)

Rujuk Garis Panduan Penggunaan Abjad Kod Kursus dan Tafsiran Angka Kredit

untuk penetapan maklumat kod dan kredit kursus yang dicadangkan dalam

pembangunan kurikulum bagi kursus-kursus dalam program baharu.

Rujuk Garis Panduan Penulisan Rangka Kursus untuk penetapan maklumat

khusus untuk setiap kursus yang dicadangkan.

Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat lanjutan

(sekiranya diperlukan) sebagai maklumbalas kepada hal-hal yang dibangkitkan

oleh MQA dalam surat CQC (Lampiran A) atau/dan surat makluman kelulusan

JPT.

Fakulti/Pusat adalah bertanggungjawab untuk memastikan struktur ayat, ejaan

dan format yang digunakan adalah betul dalam dokumen permohonan

penawaran program akademik baharu.

Permohonan Akreditasi Penuh (Full Accreditation) adalah di bawah

tanggungjawab Fakulti/Pusat dan proses ini juga diselaraskan oleh Bahagian

Pembangunan dan Pengurusan Akademik.

6. Tarikh Berkuatkuasa

Garis panduan ini berkuat kuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat

Senat Bil 01/2015 ke138 iaitu pada 28 Januari 2015.