fungsi majlis tertinggi
TRANSCRIPT
FUNGSI MAJLIS TERTINGGI
PENGERUSI
• Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan
pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang.
• Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.
• Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.
• Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka.
• Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan.
• Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi.
• Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, JabatanKerajaan dan BSMM.
NAIB PENGERUSI 1
• Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
• Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
• Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang.
• Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.
NAIB PENGERUSI 2
• (Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I)
SETIAUSAHA
• Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.
• Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungandengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang.
• Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan NaibPengerusi.
• Menyelaras semua kegiatan Cabang.• Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat
dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.
• Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.
BENDAHARI
• Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.
• Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit.
• Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang.
• Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan.
• Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.
• Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.
• Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.