fungsi dan pentingnya memartabatkan bahasa melayu

7
8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 1/7 Fungsi dan pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu PENGENALAN Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut: “Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan Kepulauan Filipina.” Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.

Upload: khairulfikhri

Post on 08-Jul-2018

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 1/7

Fungsi dan pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu

PENGENALAN

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada

zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua

pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa

perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana

Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai

yang berikut:

“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan

di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami

di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau

sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu

sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan

saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan

Kepulauan Filipina.” 

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan

bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan

bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan

dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan

Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di

negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah

kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk

mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa

Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka,

bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa

Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama

di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke

peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai

bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.

Page 2: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 2/7

 

FUNGSI DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961,

lanjutan penegasan perundangan terhadap Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Lebih tiga dekad telah berlalu, sejak 1971 dan pelbagai kajian telah dibuat terhadap kesan sistem

pendidikan tersebut. Hasil yang diperoleh agak membanggakan. Bahasa Melayu terbukti dapat

menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa

Melayu telah berjaya diangkat dan bertindak sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu digunakan di

peringkat sekolah rendah, menengah dan sebahagian besar daripada pengajian di peringkat tinggi.

Di Malaysia mulai tahun 1983 semua institusi pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar, sesudah 13 tahun Dasar Bahasa Kebangsan ditegaskan semula dalam

Sistem Pendidikan Kebangsan.

Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan

yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya menjadi wahana

bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasadalam bidang kosa kata (umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.

Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah

asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH

Bahasa Ilmu Pengetahuan

Konsep bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring

dengan penekanan “budaya ilmu” pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat melibatkan diri

baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap

kesempatan. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep tersebut lebih dikenali sebagai “bahasa Ilmiah”

( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan 1987 ).

Page 3: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 3/7

  Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu

pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar

kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun

1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib

yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan

bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai

bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan

mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting

dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah

sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima

puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah

dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana

bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan

peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak

dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat

digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatarapenduduk yang berbilang kaum.

Dengan ini, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah memainkan peranan yang

penting untuk meyatupadukan semua kaum di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Garvin dan

Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi

penyatuan. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama, dan dengan sedemikian

menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan

wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah

negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi

bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu

merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa Melayu mendukung

tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.

Page 4: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 4/7

Bahasa Komunikasi

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang

digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, memenuhi fungsi komunikasi perkhidmatan awam,

yakni komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam, antara jabatan sektor

awam dengan sektor swasta dan korporat atau sebaliknya dan komunikasi antara jabatan sektor

awam dengan orang awam atau sebaliknya. Kita juga harus melihat peranan utama dan peranan

komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan

mempunyai peranan utama, yang antara lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia. Ia dibuktikan

dengan penggunaannya di tempat awam, penggunaan nama khas dan melalui media massa

berstatus negara, menjadi wahana pemersatuan warganegara dan rakyatnya dengan konsep ‘satu

bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia.’ Selain itu, bahasa Melayu menjadi

wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan

kegunaan umum antara individu berlainan etnik. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa

dan budaya yang menggerakkan perkembangan Kesusasteran Melayu di rantau ini. Bahasa dan

sastera tidak boleh dikesampingkan kerana ianya umpama irama dan lagu, sekiranya salah satu

daripadanya tiada maka yang satu lagi akan pincang.

Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara kerajaan dengan

orang ramai, antara sektor awam dengan swasta dan korporat. Begitu juga sektor swasta dankorporat dengan pelanggan dalam negeri atau sebaliknya. Bahasa Melayu tidak ketinggalan

digunakan dalam penyampaian maklumat bagi segala bentuk iklan, nama khas, pengumuman,

arahan dan seumpamanya dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau siaran melalui

media massa.

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Bahasa Kebangsaan

Bahasa jiwa bangsa. Tidak sesiapa yang dapat menyangkal bahawa bahasa adalah tunggak jatidiri bangsa. Jika hilang satu bahasa, maka lenyaplah satu bangsa. Menurut Tunku Abdul Rahman,

Page 5: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 5/7

“adalah wajar bahawa sebagai satu Negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan

sendiri”. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa ( Wong & Ee

1971: 78 ).

Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, bahasa Inggerislah telah digunakan seluas-

luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Tidak ada usaha yang konkrit dijalankan untuk

memilih sebuah bahasa kebangsaan. Namun demikian, keperluan untuk menubuhkan sebuah

bahasa kebangsaan semakin mendesak selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Pada masa

itu, hanya lebih kurang 10% daripada bilangan penduduk negara ini yang berkebolehan bertutur

dalam bahasa Inggeris. Untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-hal ehwal

pentadbiran negara sendiri, sebuah bahasa yang luas dipergunakan amat diperlukan. Tambahan

pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah sebuah bahasa kebangsaan

diwujudkan untuk melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia.

Justeru itu, keperluan untuk menubuhkan bahasa kebangsaan amat mendesak pada ketika itu.

Setiap negara yang merdeka memiliki sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti

negaranya. Selain itu dapat memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, penubuhan, satu

bahasa kebangsaan juga timbul ekoran daripada desakan semangat kebangsaan. Dalam hal ini

bahasa Melayu dipikir selayaknya dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana jika diikut peratusan

bilangan penduduk, penduduk Melayulah paling ramai iaitu 43%, manakala penduduk Cina dan India

masing-masing 36% dan 8%. Tambahan pula bahasa Melayu yang dituturkan pada masa itu

mempunyai keseragaman dan teratur dan semua mampu menggunakannya. Dengan itu bahasa

Melayu secara langsungnya termaktub sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan

melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini.

Bahasa Rasmi

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan

pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan,

upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa

kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah Negara. Namun demikian, bahasa rasmi

tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan semat-mata kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang

dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat

kebangsaan.

Page 6: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 6/7

  Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan sejak tahun 1957 hingga

1969, tetapi dalam urusan rasmi, dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris masih

digunakan di samping bahasa Melayu, malahan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu dalam

konteks urusan sesebuah Negara. Walaupun bagaimanapun, mulai 1969, bahasa Inggeris hilang

kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan temapatnya digantikan dan telah diisi oleh bahasa Melayu.

Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa

rasmi tunggal di Malaysia. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya

sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan telah digunakan sepenuhnya sebagai urusan

bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan di Dewan

Perundangan Negeri umpamanya. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan

mahkamah, kedudukan bahasa Melayu sebagi bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen 8

Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Penggunaan bahasa Melayu dalam bentuk tulisan

misalnya dalam surat-mesyuarat rasmi, minit mesyuarat dan dokumen kerajaan yang lain termasuk

Akta, buku rancangan pembangunan Malaysia, ucapan belanjawan Menteri Kewangan, dansebagainya.

Asas Pembinaan Negara dan Kebudayaan Masyarakat

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikanBahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara152 ini telah mengiktiraf dan

mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini

termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan.

Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan

penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus

penduduknya. Oleh yangdemikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapatinegara mempunyai

asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Selain itu, Bahasa Melayu mempunyai lambang,

iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam

dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melaluiperkara ini, BahasaMelayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini

sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun

dengan bahasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan

Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayumemainkan peranan sebagai lambang Negara

Malaysia dipersada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan

kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti

yang digariskan dalam Wawasan2020.

Page 7: Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

8/19/2019 Fungsi Dan Pentingnya Memartabatkan Bahasa Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/fungsi-dan-pentingnya-memartabatkan-bahasa-melayu 7/7

KESIMPULAN

Secara jujur, perlu diakui bahawa masih wujud masalah semangat dan kesungguhan yang

belum cukup mantap dan hakiki dalam penggunaan bahasa Melayu. Fenomena ini berlaku, melalui

peristiwa-peristiwa bahasa Melayu kehilangan tempat dalam upacara dan majlis rasmi di peringkat

kebangsaan, apatah lagi pelbagai isu yang timbul melibatkan institusi pendidikan negara dicabar

dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa penggantar lebih diutamakan daripada bahasa

ibunda kita sendiri. Lantaran itu, Malaysia dilihat sebagai `negara tanpa bangsa' - bangsa Malaysia.

Hakikat ini terasa amat pahit, tetapi itulah kebenarannya. Perlu ditegaskan bahawa bukan isu

antibahasa asing diperbahaskan tetapi prinsip kita jelas dan tegas mengatakan pelajari dan kuasailah

bahasa asing, tetapi pendaulatan hanyalah terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri. Inilah sikap dan

pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020.