ismail bin ibrahim - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. kesedaran pentingnya...

25
KAJIAN PERSEPSI PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL DI SALAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR BAHRU JOHOR TERHADAP BIDANG KEUSAHWANAN ISMAIL BIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

KAJIAN PERSEPSI PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL DI SALAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR BAHRU JOHOR

TERHADAP BIDANG KEUSAHWANAN

ISMAIL BIN IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …
Page 3: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …
Page 4: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

KAJIAN PERSEPSI PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL DI SALAH SEBUAH

SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR BAHRU JOHOR TERHADAP BIDANG

KEUSAHAWANAN

ISMAIL BIN IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

Page 5: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

ii

Page 6: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

iii

DEDIKASI

Bonda yang dikasihi,

Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati.

Doamu memberiku kekuatan dan lcesejejahteraan

dalam menempuh ranjausepanjangperjalanan ini

Untuk isteri dan anak- anakku tersayang,

Sesungguhnya kejayaan inii ada!ah anugerah Ilahi

untuk kita syukuri bersama dan

sebagai pendorong kepada kalian semua

untuk berusaha ke arah itu

dan menikmatinya di masa yang mendatang.

Ingatlah,

Sesungguhnya ilmu pengetahuan adala pelita hidup

di dunia dan akhirat

Kejayaan sebenar seseorang iyu diukur sejauh mana

Keimanan dan ketaqwaannya kepada

ALLAH s.w.t semasa hidupnya.

Page 7: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, penulis telah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

penyelia projek, Encik Mohd Khata bin Jabor di atas segala tunjuk ajar, bimbingan

dan nasihat dengap penuh kerelaan tanpa jemu di sepanjang tempoh laporan projek

ini disiapkan.

Juga diucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh

Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua dan pelajar-pelajar Tingkatan Lima Aliran

Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. Tidak ketinggalan

penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut membantu dalam

menjayakan projek ini. Semoga ALLAH s.w.t memberkati hidup kalian.

Wassalam.

Page 8: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

v

ABSTRAK

Kemelesetan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi menyebabkan

kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu bagi menstabilkan ekonomi negara.

Salah satu daripada nya ialah melahirkan usahawan tempatan. Sehubungan dengan

itu, satu kajian mengenai Persepsi Pelajar Aliran Teknikal Di Salah Sebuah Sekolah

Menengah Di Johor Bahru Johor Terhadap Bidang Keusahawanan telah dilakukan.

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana tanggapan pelajar-pelajar

Tingkatan Lima Aliran Perdagangan terhadap bidang keusahawanan di Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru Johor. Dalam kajian ini, tanggapan

adalah berasaskan kepada beberapa faktor yang mempengaruhi bidang

keusahawanan. Sehubungan dengan itu, dalam menentukan pengetahuan dalam diri

pelajar terhadap bidang keusahawanan,

faktor yang dikaji menekankan tanggapan naluri dalam diri pelajar seperti ciri-ciri

peribadi dalam diri usahawan, minat dan pengalaman usahawan, tahap pengetahuan

asas perniagaan dan pengetahuan pelajar terhadap peluang kerjaya keusahawanan.

Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan Lima Aliran

Perdagangan, metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah soal selidik untuk

mendapatkan data-data dan maklumat yang diperlukan. Hasil dapatan diproses

dengan menggunakan perisian SPSS (VER 13.0). Satu kajian rintis telah dibuat dan

hasil dari kajian ini nilai kebolehpercayaan yang diperoleh ialah 0.84. Hasil kajian

menunjukkan tanggapan pelajar terhadap bidang keusahawanan adalah tinggi.

Faktor-faktor ini jelas telah memainkan peranan yang penting dan dapat membantu

serta mempengaruhi minat. Untuk meningkatkan prestasi pengetahuan dalam diri

pelajar dalam bidang keusahawanan, penyelidik mencadangkan beberapa syor untuk

difikirkan sesuai berkaitan dengannya. Di antaranya membentuk peribadi pelajar

yang jitu, menerapkan konsep perniagaan dalam teori dan amali berbentuk koperasi,

menyarankan pelajar berniaga sambilan di waktu cuti sekolah dan mencari bahan-

bahan terkini daripada media dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Page 9: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

vi

ABSTRACT

An economic depression period occur in the country and high jobless rate

have made the government take step to stabilized nation economy by inventing local

entrepreneur. In order one research have been done with the topic Persepsi Pelajar

Aliran Teknikal Di Salah Sebuah Sekolah Menengah Di Johor Bahru Terhadap

Bidang Keusahawanan. The Objective of this study was to determine the perception

of Form Five Students of Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor from the

Commerce’s stream towards entrepreneurship. In order to determine the general

entrepreneurial knowledge of students identified factors were inner characteristics of

an entrepreneur, inner entrepreneurial skills, level of basic entrepreneurship

knowledge from the aspect of business and finally, student’s knowledge of

entrepreneurship career opportunities. The research sample comprised of 100 Form

Five Students of Commerce’s Stream and researcher used survey sets in obtaining

data which was analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS

ver 13.0). The value obtained for the level of reliability was 0.84. This research has

concluded that the students had high perception towards the entrepreneurship.

Clearly, the above factors have played an important role in influencing interest

among the students. In order to increase the level of entrepreneurship knowledge in

students, the researcher has included a number of suggestions pertaining to the field

of study. Few suggestions that suitable with entrepreneurship field such as build

student positive attitude, business concept in term of theory and practically,

recommending student do business during school holiday and seek latest information

on entrepreneurship field.

Page 10: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

LAMPIRAN xiv

PERKARA MUKA

SURAT

I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

Page 11: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

viii

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi dan Istilah 9

1.7.1 Persepsi 10

1.7.2 Keusahawanan 10

1.7.3 Pelajar Aliran Teknik 11

II SOROTAN 13

2.0 Pengenalan 13

2.1 Kepentingan Ciri-Ciri Usahawan 14

2.2 Kepentingan Kemahiran Kepada

Usahawan 16

2.3 Kepentingam Pengetahuan

Keusahawanan 17

2.4 Kepentingan Peluang Keusahawanan 19

2.5 Remaja dan Bidang Keusahawanan 20

III METODOLOGI KAJIAN 22

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 22

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Populasi dan Sampel 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 27

3.6 Analisa Data 27

3.7 Kajian Rintis 30

IV ANALISIS DATA 32

4.0 Pengenalan 32

Page 12: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

ix

4.1 Bahagian A : Latar Belakang

Responden 33

4.1.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina 33

4.1.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa 34

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Peperiksaan Yang Diambil 34

4.1.4 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 35

4.1.5 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 36

4.2 Bahagian B : Analisis Tentang Persepsi

Pelajar Tingkatan Lima Aliran

Perdagangan Sekolah Menengah

Teknik

Perdagangan Johor Bahru 37

4.2.1 Mengenalpasti Ciri-Ciri

Peribadi

Usahawan Dalam Diri Pelajar

Aliran Perdagangan 37

4.2.2 Mengenalpasti Mengenai

Minat

dan Pengalaman Usahawan

Yang Diketahui Pelajar Di

dalam Bidang Keusahawanan 40

4.2.3 Taburan Pemeratusan

Pengetahuan Asas Perniagaan

Untuk Menceburi Bidang

Keusahawanan Di Kalangan

Pelajar Aliran Perdagangan 43

4.2.4 Taburan Pemeratusan

Mengenai

Peluang Kerjaya Yang

diketahui Pelajar Dalam

46

Page 13: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

x

Bidang

Keusahawanan

4.2.5 Analisis Data Keseluruhan

Aspek Yang Dikaji Dalam

Bahagian B 49

V PERBINCANGAN ,RUMUSAN DAN

CADANGAN 54

5.0 Pengenalan 48

5.1 Perbincangan 49

5.1.1 Ciri-Ciri Peribadi Usahawan

Dalam Diri Pelajar Aliran

Perdagangan 54

5.1.2 Minat dan Pengalaman

Usahawan Yang Diketahui

Oleh Pelajar Aliran

Perdagangan 52

5.1.3 Pengetahuan Asas

Perniagaan Untuk Menceburi

Bidang Keusahawanan

Dikalangan Pelajar Aliran

Perdagangan 56

5.1.4 Mengenai Maklumat

Peluang-Peluang Kerjay

Keusahawanan 57

5.1.5 Kajian Di antara Faktor

Demografi Dengan Persepsi

5.2 Rumusan 58

5.3 Cadangan 62

5..3.1 Cadangan Untuk Pihak

Sekolah 62

5.3.2 Cadangan Untuk Pihak 63

Page 14: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

xi

Kementerian Pelajaran

5.3.3 Cadangan Kajian Lanjutan

5.4 Penutup 64

Rujukan 65

Lampiran 70

Page 15: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Markat Skala Likert 26

3.2 Skala Pemeringkatan 28

3.3 Tahap Pertimbangan Peratusan 28

3.4 Markat Skala Likert Tiga Mata 29

3.5 Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Kolerasi 29

3.6 Signifikan 30

3.7 Pekali Alpha Conbach 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan

Yang Akan Diambil

35

4.4 Taburan Pekerjaan Bapa 35

4.5 Taburan Pekerjaan Ibu 36

4.6 Taburan Pemeratusan Mengenalpasti Mengenai

Ciri-Ciri Peribadi Usahawan Dalam Diri Pelajar

38

4.7 Taburan Pemeratusan Mengenalpasti Minat Dan

Pengalaman Usahawan Yang Diketahui Oleh

Pelajar

41

4.8 Taburan Pemeratusan Mengenai Pengetahuan

Asas Perniagaan Untuk Menceburi Bidang

Keusahawanan

44

4.9 Taburan Pemeratusan Mengenai Peluang-

Peluang Kerjaya Yang Diketahui Pelajar Dalam

Bidang Keusahawanan

47

4.10 Peratus Dan Min Keseluruhan Aspek Yang

Dikaji

50

4.11 Taburan Kolerasi 51

Page 16: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

f - Frekuensi

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

No. - Nombor

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

SS - Sangat setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

> - Lebih besar

α - Alpha

= - Sama dengan

Page 17: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

HALAMAN

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Kelulusan EPRD 73

C Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran Johor 75

D Surat Kebenaran daripada UTM 76

E Surat Pengesahan Pakar Bidang 77

F Kajian Rintis (Nilai Alpha) 78

G Analisis SPSS (Bahagian A) 79

H Analisis SPSS (Bahagian B) 80

I Analisis SPSS Korelasi 89

Page 18: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Manusia boleh dididik dan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dari

peringkat muda lagi supaya sikap berdikari boleh dipupuk. Pengetahuan dan kemahiran

dalam bidang keusahawanan boleh dipelajari untuk menjadikan manusia lebih kreatif

dan produktif. Keusahawanan dapat menghasilkan manusia yang sanggup menerima

cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan sentiasa berusaha. Nilai-nilai ini perlu ada

dalam setiap individu untuk menjadikan mereka rakyat yang dapat menyumbangkan

kepada pembangunan industri. Oleh itu di negara-negara maju terdapat ramai usahawan

yang bergiat aktif untuk memajukan negara (Zaidatul Akmaliah, Habibah Elias, 1997).

Bidang keusahawanan adalah merupakan salah satu daripada yang diberikan

penekanan sekarang kerana untuk menjadi sebuah negara maju, kemajuan dalam bidan

keusahawanan adalah perlu digerakkan. Manakala usahawan adalah golongan yang

mempengaruhi cara hidup masyarakat dunia. Golongan inilah yang membawa dari segi

pertumbuhan ekonomi, kemantapan sumber pekerjaan serta teknologi baru yang

melibatkan kualiti penghidupan kita semua.

g

Page 19: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

Di Malaysia keusahawanan tidak lagi sesuatu yang asing kepada masyarakatnya.

Walau bagaiamanapun di zaman serba maju ini, masyarakat seharusnya melengkapkan

diri dengan segala ilmu untuk memahami selok belok keusahawanan bagi menghadapi

cabaran globalisasi. Jadi dengan ini secara tidak langsung timbul kesedaran untuk hidup

berdikari dan kepentingan keusahawanan, di mana manusia boleh hidup dengan kerja

sendiri dan menubuhkan perniagaan sendiri (Yip Putih, 1989)..

Galakkan dan kesedaran untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan

perlu dipergiatkan. Ini kerana tindakan ini dapat memainkan peranan penting dalam

usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan

keusahawanan menunjukkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara. ini

kerana menurut Zaidatul Akmaliah, Lope Pihie dan Habibah Alias, (1997)

i. Pendidikan keusahawanan boleh didedahkan dan dididik untuk mempunyai ciri-

ciri keusahawanan semenjak kanak-kanak di bangku sekolah lagi.

ii. Latihan dan pendidikan vokasional diperlukan untuk memberikan pendidikan

khusus yang membolehkan seseorang individu mendalami bidang masing-

masing.

iii. Institusi latihan perlu disediakan untuk melahirkan individu yang mempunyai

kemahiran teknikal. Individu yang berpotensi menerokai bidang pekerjaan

berasaskan kemahiran, boleh diasuh dan dididik untuk menjadi usahawan.

iv. Latihan keusahawanan perlu diperbanyakkan supaya individu dapat

memperkembangkan potensinya untuk bekerja sendiri.

v. Pendidikan pengurusan boleh dimulakan pada tahap lebih rendah lagi, kerana

manusia perlu mempelajari teknik mengurus dan mentadbir.

Page 20: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

Kewujudan mata pelajaran perniagaan dan keusahawanan untuk pelajar tingkatan

4 dan 5 di Sek.Men.Vokasional/Sek.Men.Teknik adalah antara bertujuan memupuk

pelajar ke arah menjadikan usahawan sebagai kerjaya. Mata pelajaran ini mula

diperkenalkan di Sek.Men. Vokasional pada tahun 1989 seiring dengan perlaksanaan

mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat sekolah menengah rendah. Ia

diperkenalkan kerana kesedaran tentang pentingnya pendidikan bidang ini untuk

pembangunan negara. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Dasar

Pelajaran (1992) dalam Pusat Perkembangan Kurikulum menyatakan “Mata pelajaran

perdagangan perlu diberi perhatian khas kerana matapelajaran ini penting untuk

pembangunan negara.”

Kini kita dapati, sebahagian besar daripada kita meragui kemampuan sendiri

untuk maju di bidang tersebut, walaupun kita tahu kerajaan telah membentuk berbagai

dasar serta menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu dan memudahkan

kita, berkembang maju di bidang keusahawanan. Kita keberatan untuk memilih bidang

keusahawanan sebagai kerjaya kerana kita masih beranggapan bahawa bidang ini tidak

dapat memberikan jaminan masa depan seperti mana yang dapat diberikan oleh sektor

awam mahupun sektor swasta (Yip Putih, 1989). Namun begitu semangat keusahawanan

yang telah disemai semasa kanak-kanak lagi dan pengalaman dalam aspek perniagaan

turut membantu memupuk sifat keusahawanan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh Malaysia bermula pada pertengahan

1997 dengan kejatuhan nilai ringgit dan diikuti pula kejatuhan nilai saham secara

mendadak. Apa yang berlaku ketika itu ialah kenaikan harga barangan impot, kadar

Page 21: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

faedah yang dikenakan oleh bank naik dan kadar pengangguran yang tinggi. Tahun 1998

merupakan proses pemulihan kegawatan ekonomi negara (Dimensi Koop, Julai 1998).

Kini timbul lagi masalah pengangguran menurut laporan Kementerian Sumber Manusia,

kadar pengangguran dicatatkan pada 14.7 peratus pada penggal kedua 2004, berbanding

14.2 peratus pada penggal sebelumnya.

Pada masa yang sama, diketahui kira-kira satu dalam setiap lima graduan

universiti gagal mencari pekerjaan dalam tempoh 3 bulan. Perdana Menteri Malaysia

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah menyatakan bahawa pengangguran di

Malaysia semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. Para usahawan khususnya

perlu peka dengan suasana ekonomi ini kerana kesannya turut dirasai oleh segenap

lapisan masyarakat dalam jangka waktu yang agak panjang. Mereka perlu meningkatkan

usaha, tenaga dan modal supaya kegawatan ekonomi dapat dipulihkan dan masalah

pengangguran dapat dikurangkan.

Dengan ini kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki dan

memulihkan ekonomi negara pada tahap yang sebenarnya serta mengurangkan kadar

pengangguran. Di antara langkah-langkah yang digariskan oleh kerajaan untuk

memulihkan ekonomi dan mempertahankan kestabilannya serta mengurangkan kadar

pengangguran ialah meningkatkan jumlah usahawan-usahawan tempatan. Dalam usaha

melahirkan usahawan tempatan ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama iaitu pihak

kerajaan, swasta dan rakyat berganding bahu dalam menangani masalah tersebut.

Ini kerana secara tidak langsung dengan lahirnya usahawan-usahawan baru,

dapat mengurangkan kadar pengangguran dan mengatasi masalah kemiskinan. Oleh itu

salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam bidang keusahawanan

ialah pendidikan keusahawanan samada di peringkat rendah, menengah dan teknik serta

pengajian tinggi. Secara umumnya bakal usahawan ini diharapkan dapat mengubah sikap

Page 22: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

menjadi lebih cekap, bersemangat dan tidak takut menghadapi persaingan. Seperti yang

dikatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Rafidah

Aziz, “Sekarang bukan masa untuk membuat persediaan sebaliknya mereka(usahawan)

sudah mula bersaing dengan masuk ke pasaran Asean. “ (Berita Harian, 12 April 2001)

Sekiranya diteliti tentang matlamat-matlamat yang digariskan oleh kerajaan

untuk memulihkan ekonomi, jumlah usahawan-usahawan tempatan perlu ditingkatkan

agar kestabilan ekonomi negara dapat dipertahankan dan kadar pengangguran dapat

dikurangkan. Didalam usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan tempatan mi, semua

pihak perlu berganding bahu khasnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

peringkat awalan iaitu pelajar-pelajar di bangku sekolah. Adalah tidak dinafikan bahawa

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memainkan peranan yang penting di dalam

menanam minat pelajar terhadap bidang keusahawanan dengan menawarkan mata

pelajaran Kemahiran Hidup bagi peringkat menengah rendah dan mata pelajaran

perniagaan dan keusahawanan di peringkat menengah atas dan teknik.

Suasana alam pekerjaan penyelidik sebagai guru telah mendedahkan diri

pengkaji dengan hala tuju pelajar-pelajar aliran kemahiran selepas menamatkan

pengajian mereka. Ada dikalangan mereka menceburi pekerjaan di sektor perkilangan

sebagai pekerja separuh mahir. Sebilangan lagi menimba pengalaman di bengkel-

bengkel untuk meningkatkan lagi kemahiran yang mereka miliki. Walaupun, mereka

telah mempunyai pengalaman tetapi amat kurang yang menceburkan diri sebagai

usahawan walaupun secara kecil-kecilan. Di sini beberapa persoalan yang ingin dikaji

berkaitan dengan persepsi pelajar-pelajar aliran teknikal di Sek.Men.Teknik

Perdagangan Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka di

masa hadapan.

1.2 Pernyataan Masalah

Page 23: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan ranjau tersendiri. Orang yang tidak

bersedia menghadapi segala cabaran dan rintangan tidak akan maju dalam kerjayanya

kerana walaupun mempunyai kelulusan akademik atau teknikal yang tinggi. Para ahli

sejarah tanahair telah sependapat mengatakan bahawa keusahawanan bukanlah satu

bidang baru kepada kita semua. Namun begitu kita seringkali keberatan untuk memilih

keusahawanan sebagai kerjaya atau menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan

terakhir atau pekerjaan sementara.

Di dalam membentuk dan melahirkan usahawan yang berjaya usahawan yang

berjaya di masa akan datang, pelajar-pelajar sekolah haruslah dibentuk terlebih dahulu

supaya menghasilkan pelajar-pelajar yang berpendidikan ilmu keusahawanan.

Kebanyakan usahawan sekarang adalah maju dan mempunyai banyak kegiatan tetapi

mereka tidak mempunyai sifat sebagai seorang usahawan yang berkualiti dan berdaya

positif dalam menguruskan pemiagaan. Situasi ini ternyata tidak selari dengan kehendak

dan cabaran globalisasi pada masa kini. Sehubungan dengan permasalahan yang timbul,

adakah pelajar-pelajar SMV/SMT berminat meneruskan kerjaya keusahawanan dalam

bidang mereka.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan diberi kajian terhadap persepsi Aliran Teknik di Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan adalah

bertujuan meninjau dan untuk:

Page 24: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

i. Mengenalpasti ciri-ciri peribadi usahawan dalam diri pelajar.

ii. Mengenalpasti mengenai minat dan pengalaman usahawan yang diketahui

pelajar.

iii. Mengenal pasti pengetahuan asas perniagaan untuk menceburi bidang

keusahawanan.

iv. Mengenalpasti mengenai maklumat peluang-peluang kerja dalam bidang

keusahawanan.

v. Mengenalpasti adakah jantina, bangsa, kelayakan akademik, pekerjaan

ibubapa ada hubungan dengan persepsi pelajar aliran teknik

terhadap bidang keusahawanan.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, penyelidik membina persoalan spesifik yang

ingin dikaji untuk menentukan persepsi pelajar aliran teknik. Oleh itu penyelidik ingin

mengetahui :

i. Adakah pelajar Aliran Teknik mempunyai ciri-ciri peribadi yang di

perlukan untuk menceburi bidang keusahawanan.

ii. Adakah pelajar Aliran Teknik mempunyai minat dan pengalaman untuk

menjadi seorang usahawan.

Page 25: ISMAIL BIN IBRAHIM - fp.utm.my · usaha membangunkan ekonomi diri dan negara. Kesedaran pentingnya pendidikan Kesedaran pentingnya pendidikan keusahawanan menunjukkan beberapa …

iii. Adakah pelajar mengetahui asas pengetahuan perniagaan untuk menceburi

bidang keusahawanan.

iv. Adakah pelajar Aliran Teknik diberi maklumat mengenai peluang-peluang

kerjaya dalam bidang keusahawanan.

v. Adakah jantina, bangsa, kelayakan akademik, pekerjaan ibubapa ada hubungan

dengan persepsi pelajar aliran teknik terhadap bidang keusahawanan.