full paper apassco 2005

17
PENGENALAN Kajian-kajian awal dalam pendidikan jasmani menghasilkan sedikit sahaja maklumat dan pengetahuan mengenai pengajaran menyebabkan penyelidik mula menyedari kesulitan-kesulitan mendapatkan maklumat yang tepat dan berguna. Atas kesedaran inilah penyelidik mula menjalankan kajian yang memusatkan pengajaran. Locke (1977) mengatakan bahawa perkembangan dan penggunaan alatan untuk pemerhatian sistematik adalah signifikan kerana kaedah ini membenarkan penyelidik mengumpulkan maklumat secara terus daripada pengajaran guru. Ini diikuti pula oleh Anderson dan Bearrette (1978) yang menjalankan kajian mengenai tingkahlaku guru dan pelajar dalam kelas pendidikan jasmani. Kajian mengenai cara pemerhatian terhadap masa pembelajaran akademik bermula dengan kajian 'Beginning Teacher Evaluation study' atau BTES di California dalam tahun 1978 oleh Fisher et al. Kajian tersebut telah meneliti tahap keberkesanan pengajaran guru melalui tiga aspek Proses pengajaran akademik pendidikan jasmani perlu di tingkatkan dengan menggunakan berbagai teknik pengajaran yang berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan perlulah berpusatkan pelajar. Sehubungan itu, proses pembelajaran perlulah berasaskan kepada interaksi antara pendidik dengan pelajar, disusuli dengan objektif dan kandungan pelajaran yang terancang serta persekitaran pembelajaran yang positif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran ( Mosston, 1965; Metzler, 1990 ). Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) telah menjalankan kajian mengenai tiga gaya pengajaran iaitu gaya latihan, gaya inklusi

Upload: r-ismail-raja-lop

Post on 28-Jun-2015

149 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Kajian-kajian awal dalam pendidikan jasmani menghasilkan sedikit sahaja

maklumat dan pengetahuan mengenai pengajaran menyebabkan penyelidik mula

menyedari kesulitan-kesulitan mendapatkan maklumat yang tepat dan berguna.

Atas kesedaran inilah penyelidik mula menjalankan kajian yang memusatkan

pengajaran.

Locke (1977) mengatakan bahawa perkembangan dan penggunaan alatan

untuk pemerhatian sistematik adalah signifikan kerana kaedah ini membenarkan

penyelidik mengumpulkan maklumat secara terus daripada pengajaran guru. Ini

diikuti pula oleh Anderson dan Bearrette (1978) yang menjalankan kajian mengenai

tingkahlaku guru dan pelajar dalam kelas pendidikan jasmani.

Kajian mengenai cara pemerhatian terhadap masa pembelajaran akademik

bermula dengan kajian 'Beginning Teacher Evaluation study' atau BTES di California

dalam tahun 1978 oleh Fisher et al. Kajian tersebut telah meneliti tahap

keberkesanan pengajaran guru melalui tiga aspek

Proses pengajaran akademik pendidikan jasmani perlu di tingkatkan dengan

menggunakan berbagai teknik pengajaran yang berlandaskan model, prinsip dan

teori pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Pendekatan pembelajaran yang

digunakan perlulah berpusatkan pelajar. Sehubungan itu, proses pembelajaran

perlulah berasaskan kepada interaksi antara pendidik dengan pelajar, disusuli

dengan objektif dan kandungan pelajaran yang terancang serta persekitaran

pembelajaran yang positif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran ( Mosston,

1965; Metzler, 1990 ).

Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) telah menjalankan kajian

mengenai tiga gaya pengajaran iaitu gaya latihan, gaya inklusi dan gaya resiprokal

dan keberkesanannya terhadap prestasi psikomotor dan perkembangan kemahiran.

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga gaya pengajaran yang

diuji mendatangkan kesan terhadap prestasi psikomotor dan perkembangan

kemahiran peserta kajian.

Begitu juga kajian mengenai pengaruh pendekatan yang berbeza telah

dijalankan oleh Salter dan Graham (1985) untuk melihat gaya arahan, gaya

pemenuan terbimbing dan gaya tanpa arahan terhadap penguasaan kemahiran

dalam unit pembelajaran secara eksperimal. Hasilnya menunjukkan tidak terdapat

sebarang perubahan yang bererti diantara kemajuan kemahiran dan kepercayaan

diri bagi peserta terlibat.

Penekanan yang diberikan terhadap pendekatan tradisional amat luas sekali

sehinggakan hampir semua kajian dibuat berdasarkannya. Bagaimananapun

terdapat satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh pensyarah Pendidikan

Jasmani UPM iaitu Dr. Siti Rehani Che Hussain yang di namakan pendekatan

pengajaran berstesen atau PPB.

Penyelidikan ini dilakukan untuk mendedahkan PPB kepada guru-guru supaya

ia dapat digunakan dalam P&P mereka. Ia melibatkan penggunaan stesen-stesen

untuk proses pengajaran dimana pelajar diberikan kumpulan-kumpulan mengikut

bilangan yang sama rata dan ditempatkan di stesen-stesen tertentu dengan

permainan tertentu.

Pendekatan ini sangat mementingkan pengurusan masa dan segala

perancangan dibuat dengan teliti supaya pergerakan kumpulan-kumpulan ini akan

lebih licin dan teratur. Disamping itu PPB sangat sesuai digunakan apabila sekolah

menghadapi masalah tidak cukup peralatan sukan. Hanya dengan sebiji bola sahaja

sudah cukup untuk sesuatu stesen itu. Peruntukan masa yang ditetapkan adalah

berdasarkan formula berikut:

Masa Pengajaran

N + 2

N= Bilangan Kumpulan

Contoh : Peruntukan masa 40 minit (tolak 10 min. untuk salin pakaian) dan bilangan

kumpulan adalah 3.

Maka 30

3+2

30

5

= 6 minit diperuntukkan bagi setiap stesen.

Dalam pendekatan pengajaran berstesen ini guru akan menetapkan bentuk

permainan atau aktiviti yang dijalankan di setiap stesen dan guru akan

menyediakan dua buah stesen tambahan (stesen= N+2) untuk aktiviti pengajaran

guru dan berlatih kemahiran baru. Stesen-stesen tersebut adalah seperti berikut:

I.Stesen A untuk stesen kumpulan 1

II. Stesen B untuk stesen kumpulan 2

III. Stesen C untuk stesen kumpulan 3

IV. Stesen D untuk stesen guru mengajar kemahiran baru.

V. Stesen E untuk stesen pelajar berlatih kemahiran baru.

Setelah membahagikan kumpulan dan menetapkan aktiviti yang akan

dijalankan distesen-stesen, guru akan memilih satu kemahiran baru yang hendak

disampaikan kepada pelajar. Pelajar akan bergerak ke stesen guru untuk

mempelajari kemahiran baru dan kemudian akan bergerak ke stesen latihan di

mana mereka akan mengaplikasikan kemahiran yang baru dipelajari tadi. Setelah

tamat masa berlatih mereka akan beredar kembali ke stesen asal masing-masing

dan bermain permainan yang telah ditetapkan tadi.

Pernyataan Masalah

Pendidikan jasmani adalah di antara mata pelajaran yang diajar di sekolah. Ia

merupakan mata pelajaran yang melibatkan domain psikomotor, afektif dan kognitif

pelajar. Oleh yang demikian mata pelajaran tersebut amat memerlukan pendekatan

pengajaran yang mantap serta mampu menghasilkan proses pendidikan yang

menyeluruh meliputi fizikal, mental dan rohani pelajar. Sehingga kini masih

terdapat masalah yang berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan

jasmani.

Pendidik yang mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani biasanya akan

mengunakan kaedah tradisional untuk menyampaikan pengajaran mereka. Faktor

ini amat ketara apabila pendidik itu sendiri bukan mendapat latihan perguruan di

dalam bidang pendidikan jasmani. Manakala pendekatan pengajaran berstesen

adalah salah satu cara terkini untuk menyampaikan pengajaran pendidikan jasmani

di sekolah-sekolah. Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah kesan pengajaran

melibat dua pendekatan yang berbeza ini dapat meningkatkan kualiti masa

pembelajaran akademik pendidikan jasmani pelajar-pelajar di sekolah.

Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perbezaan kesan pengajaran

yang berbeza terhadap pencapaian pelajar berdasarkan masa pembelajaran

akademik pendidikan jasmani bagi domain psikomotor (MPA-PJ[M])dalam satu

waktu pendidikan jasmani. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan perbandingan

markah ujian pra dan ujian pos serbis bawah tangan permainan bola tampar.

Pendekatan pengajaran yang dibandingkan ialah pendekatan tradisional dan

pendekatan pengajaran berstesen di mana mempunyai pendekatan yang berbeza

sekali. Kajian ini melihat perhubungan antara kedua-dua pendekatan pengajaran

dengan MPA-PJ[M] dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Ia penting demi

membezakan pendekatan mana yang lebih baik pengajarannya disamping

membuktikan MPA-PJ(M) mempunyai perhubungan yang bererti dengan pencapaian

pelajar.

Hipotesis Kajian

1. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan yang sig. antara min ujian pra dan

pos.

2. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan sig. antara min MPA-PJ[M] kaedah

tradisional dan stesen.

3. Hipotesis nol iaitu tidak wujud perbezaan yang signifikan antara min

pencapaian kaedah tradisional dan kaedah stesen

Batasan Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada pendidik dan pelajar di sebuah sekolah

menengah di Bandar Kajang. Jangkamasa pemerhatian adalah terbatas kepada

masa pendidik jasmani mula mengajar sehingga tamat sesi pengajarannya.

Penyelidik juga terbatas kepada waktu yang sesuai untuk menjalankan

pemerhatian. Akhir sekali penyelidik juga terbatas kepada reaksi dan kesediaan

pendidik dan pelajar untuk diperhatikan.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan daripada dua

pendekatan pengajaran yang berbeza dan masa pembelajaran akademik terhadap

pencapaian pelajar. Perbandingan yang dibuat terhadap kedua-dua pendekatan ini

akan membolehkan guru-guru memilih pendekatan mana yang paling sesuai

digunakan dalam pengajaran mereka kelak. Ini adalah kerana kedua-dua

pendekatan di atas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing yang

akan mempengaruhi pengajaran guru dan penglibatan pelajar. Kedua-dua

pendekatan itu boleh digunakan mengikut situasi atau bergantung kepada

kesesuaian sesuatu keadaan dan tidak ada mana-mana kaedah atau pendekatan

yang benar-benar sesuai untuk semua situasi.

Definisi Operasional

Pendekatan Tradisional: Kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah di mana masa belajar selama 40 minit

dibahagikan seperti berikut:

1. 5 minit - menukar pakaian

2. 5 minit - memanaskan badan.

3. 10 minit - guru mengajar kemahiran baru

4. 10 minit - gerakerja kumpulan/individu

5. 5 minit - permainan kecil/penutup

6. 5 minit - bersurai/menyalin pakaian

Pendekatan Pengajaran Berstesen: Satu format yang menggunakan konsep

pengajaran berstesen di mana terdapat stesen pelajar, mereka bebas memilih

kemahiran/permainan dengan persetujuan guru, stesen guru di mana guru akan

menyampaikan pengajarannya dan stesen latihan khas untuk pelajar berlatih

kemahiran yang baru diperkenalkan. Setelah melalui ketiga-tiga stesen mereka di

anggap telah menyelesaikan pembelajaran untuk hari itu. Masa yang diperuntukkan

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama empat puluh minit.

Rotasi kumpulan ini dapat dilihat melalui jadual 1 dibawah:

Jadual 1.1

Rotasi pelajar PPB dalam kajian ini

MasaKumpulan

0-10 minit 10-20 minit 20-30 minit 30-40 minit

A D E A A

B B D E B

C C C D E

MPA-PJ[M]: Masa Pembelajaran Akademik - Pendidikan Jasmani bagi Domain

Psikomotor. Masa yang ditumpukan oleh pelajar yang terlibat dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kriteria kemahiran motor, kognitif

dan tingkah laku sosial. Domain yang akan dinilai iaitu domain psikomotor

(Beckett,1989, Young & Metzler,1982)

Pemerhatian sistematik: Melihat, meneliti dan merekod kandungan pengajaran

guru pendidikan jasmani dan tingkah laku pelajar bertindak terhadap tugasan

tugasan yang diberikan. Perlakuan ini akan berjalan terus berdasarkan masa 6 saat

memerhati dan 6 saat merekod.

Waktu Pendidikan Jasmani: Jangkamasa yang di peruntukkan untuk pengajaran

dan pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah yang mengambil masa

selama 40 minit untuk satu sesi.

Masa: Kuantiti jangka waktu yang diukur oleh 'timer' dalam unit saat pada kadar

jeda ia itu selama 6 saat.

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah tertumpu kepada

perbandingan pencapaian peserta kajian melalui ujian sebelum dan selepas

pengajaran menggunakan pendekatan tradisional dan pendekatan pengajaran

berstesyen berdasarkan masa pembelajaran akademik - pendidikan jasmani (MPA-

PJ[M]) bagi domain psikomotor dalam satu waktu pendidikan jasmani di sekolah

menengah.

Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) telah menjalankan kajian

terhadap tiga gaya pengajaran iaitu gaya latihan, gaya inklusi dan gaya resiprokal

serta keberkesanannya terhadap prestasi psikomotor dan perkembangan

kemahiran. Aktiviti psikomotor yang dijalankan ialah menjaringkan salur getah ke

sasaran yang telah di tetapkan. Kajian ini dijalankan ke atas sembilan puluh enam

pelajar gred lima yang dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan

didedahkan dengan satu gaya pengajaran.

Kajian ke atas model pemerhatian 'Academic Learning Time in Physical

Education' (ALT-PE) oleh Siedentop, Birdwell, & Metzler (1979) telah banyak

dijalankan. Hasil dari kajian yang telah dijalankan dengan mengunakan model

tersebut, penyelidik-penyelidik mendapati bahawa masa pembelajaran akademik

dalam pendidikan jasmani mempunyai hubungan di antara teknik pengajaran guru

dengan pelajar yang diberi tugasan berkaitan dengan objektif pelajaran.

Silverman, Dodd, Placek, Shute & Rife(1984) telah menjalankan kajian

berkenaan MPA-PJ ke atas kumpulan pelajar dan unit aktiviti pengajaran di sekolah

rendah. Peserta kajian terdiri dari dua kumpulan besar pelajar dan guru yang

berbeza dari sekolah yang berbeza. Dua situasi yang berbeza digunakan iaitu

melalui:

1. "pendekatan pendidikan pergerakan" menggunakan konsep Laban (ruang,

masa, daya dan kelancaran) untuk aktiviti pembelajaran. Pemerhatian dijalankan

ke atas 105 pelajar di 20 Tadika.

2. "Pendekatan penerokaan pergerakan" yang melibatkan guru yang mempunyai

19 tahun pengalaman dan menjalankan kurikulum pengajaran tradisional.

Seramai 53 pelajar gred satu, tiga dan lima terlibat dalam eksperimen ini.

Tujuan utama kajian adalah untuk melihat perbezaan MPA-PJ daripada sub-

kategori:

i. penglibatan dalam aktiviti motor atau kognitif

ii. penglibatan dalam latihan motor

iii. pengilbatan dalam aktiviti motor tahap mudah, untuk dua situasi

pengajaran berbeza, untuk unit aktiviti berbeza dan untuk pelajar berbeza

jantina, tahap kemahiran serta status keperluan khas.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang dipilih oleh seseorang penyelidik dalam sesuatu penyelidikan

banyak bergantung kepada persoalan-persoalan yang dikemukakannya untuk

menjawab segala permasalahan yang dikaji. Pemilihan kaedah yang baik dan tepat

akan menghasilkan data yang bermutu. Di samping itu, cara ia mempersembahkan

data yang telah dianalisa juga adalah aspek yang amat penting untuk menarik

minat pembaca.

Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah penyelidikan eksperimental

untuk melihat sejauh mana kesan pendekatan yang berbeza dalam masa

pembelajaran akdemik pendidikan jasmani bagi domain psikomotor MPA-PJ[M].

Penyelidik berharap dapat mengumpulkan data-data melalui pemerhatian

sistematik terhadap setiap pendekatan pengajaran yang berbeza dan

mengenalpasti pendekatan pengajaran yang terbaik antara keduanya.

Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah pendekatan pengajaran

tradisional dan pengajaran berstesen manakala pembolehubah bersandar ialah

pencapaian pelajar dalam ujian servis bawah tangan bola tampar.

Peserta Kajian

Peserta kajian terdiri seorang guru pendidikan jasmani yang mengajar mata

pelajaran pendidikan jasmani di tingkatan satu dan 30 orang pelajar tingkatan satu

yang mengikuti kelas pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah di sekitar

Bandar Kajang, Selangor. Pemilihan ini berdasarkan arahan Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang tidak

melibatkan kelas-kelas peperiksaan pusat.

Alat Kajian

Alat kajian ini dipadankan dari 'Academic Learning Time in Physical

Education' atau MPA-PJ oleh Siedentop, Tuosignant & Parker (1982) akan digunakan

untuk mendapatkan data-data bagi menjawab persoalan kajian ini.

Kebobehpercayaan alat kajian MPA-PJ telah diuji dan mempunyai kolerasi r = 0.86.

Young & Metzler(1982), Metzler (1983) telah menjalankan kajian mengenai masa

pembelajaran akademik bagi domain psikomotor MPA-PJ[M] dan mendapati bahawa

ianya mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian kemahiran

pelajar. DePaepe (1985) menyatakan alat ukur MPA-PJ [M] mempunyai kolerasi yang

positif dengan peningkatan dalam keseimbangan statik bagi populasi tertentu.

Sistem pemerhatian dilaksanakan dengan menilai keseluruhan kandungan

pengajaran guru serta memerhatikan reaksi tingkahlaku seorang pelajar yang

bertindakbalas terhadap pengajaran guru (Beauchamp, Darst & Thompson, 1990).

Proses Mentadbir Pemerhatian

Pemerhatian terhadap masa pembelajaran akademik dalam pendidikan

jasmani akan dijalankan oleh penyelidik sendiri. Penyelidik akan membuat latihan

pemerhatian dengan menggunakan alat kajian (ALT-PE) versi kedua oleh Siedentop,

Tousignant dan Parker (1982). Penyelidik terlebih dahulu akan menyesuaikan diri

dengan alat kajian dengan mengadakan kajian rintis terhadap pelajar sekolah

penyelidik bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan kebolehpercayaan.

Alat Ukur Pencapaian

Alat ukur yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam

kemahiran yang disampaikan ialah bateri ujian kemahiran bola tampar North

Carolina State University (NCSU) untuk kemahiran serbis bawah tangan (Bartlett,

Smith, Davis & Peel, 1991) yang mempunyai kesahan isi dan kebolehpercayaan

65% ( r = 0.65 ).

Peserta yang diuji dikehendaki melakukan serbis bawah tangan sebanyak 10

kali setiap seorang dari belakang garisan serbis. Setiap bola yang mendarat di

dalam gelanggang akan diberikan markah berdasarkan petak yang terlibat (rujuk

lampiran). Bola yang tersentuh jaring, antena atau mendarat di luar gelanggang

tidak akan mendapat sebarang markah. Markah yang lebih tinggi akan diberikan

pada bola yang mendarat di atas garisan diantara dua petak. Pita akan digunakan

untuk menandakan petak-petak tersebut yang mempunyai markah antara dua

hingga empat.

Prosidur kajian

Peserta kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan satu di sebuah

sekolah menengah di Kajang. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan

besar A dan B. Peserta dalam kumpulan A akan mengikuti pengajaran berdasarkan

pendekatan berstesen dan peserta dari kumpulan B akan menerima pengajaran

berdasarkan pendekatan tradisional. Pemilhan sampel akan dilakukan secara rawak

berdasarkan senarai nama yang diberikan oleh guru. Seramai 15 orang peserta

akan dipilih dari setiap kumpulan pendekatan pengajaran untuk tujuan

pemerhatian. Jeda berkod digunakan 6 saat pemerhatian, 6 saat merekod secara

berulang-ulang untuk 3 orang pelajar sehingga tamat pengajaran guru.

Guru yang telah dipilih untuk kajian ini adalah merupakan guru yang telah

mengikuti dan pernah menjalankan kedua-dua pendekatan semasa kuliah kaedah

pengajaran PJ di UPM

Data MPA-PJ[M] yang telah dicatatkan melalui jeda berkod dianalisa dan ditukarkan

kepada peratusan.Pemerhatian tersebut telah mengambil masa selama 10

hari.Pengiraan peratusan data adalah seperti berikut:

12 saat pemerhatian X 10 jeda = 120 saat

Jumlah masa pengajaran guru = 1800 saat

= masa pemerhatian X 100%

masa pengajaran sebenar

= 120 X 100%

1800

= 6.666%

Penyelidik telah menjangkakan bahawa data yang diperolehi mempunyai

taburan yang tidak sekata kerana kadar MPA-PJ [M] yang tidak dikawal dan ia

berdasarkan penglibatan dan keaktifan pelajar itu sendiri. Segala data yang di

perolehi dicatat dan dianalisa setepat mungkin.

Akhir sekali penyelidik akan menggunakan ANOVA Dua Hala untuk memproses data

mentah yang telah di tukarkan kepada peratusan dan membandingkan:

i.min ujian pra dan pos

ii. min MPA-PJ[M] kaedah tradisional dan stesen.

iii. min pencapaian kaedah tradisional dan kaedah stesen

DAPATAN KAJIAN

Semua maklumat yang diperolehi telah dianalisis untuk melihat jika terdapat

sebarang perbezaan antara kaedah tradisional dan kaedah stesen serta masa

pembelajaran akademik bagi domain psikomotor dalam pendidikan jasmani (MPA-

PJ[M]) terhadap pembelajaran pelajar. Tahap pencapaian pelajar atau tahap

pembelajaran adalah diukur daripada perbezaan antara ujian pos dengan ujian pra

selepas sesuatu sesi pengajaran. Untuk pengujian hipotesis penyelidik telah

menetapkan paras signifikan 95% atau p < 0.05. dan bagi memudahkan penyelidik

menganalisis data program SPSS (Statistical Package for Social Sciences) telah

menggunakan sepenuhnya.

Penyelidik telah menggunakan Ujian-t sampel berpasangan untuk melihat

perhubungan di antara data-data ujian sebelum dan selepas pengajaran. Ia juga

digunakan untuk menguji kaedah pengajaran serta menguji pencapaian peserta

kajian. Dapatan daripada Ujian-t ini akan digunakan untuk mencari min kaedah

latihan, min tahap MPA-PJ[M] dan min tahap pencapaian peserta kajian. Dapatan

kajian adalah seperti berikut:

Ujian-t sampel berpasangan

.320 8.958 2.313 -4.641 5.281 .138 14 .892

MPA-PJSTESYEN -MPA-PJTRADISIONAL

pasang.1

minsisihanpiawai

minkesilapan

std. bawah atas

95% perbezaanparas keyakinan

perbezaan antara sampel

t dfsignifikan(2-hala)

Ujian-t sampel berpasangan

3.600 2.621 .479 2.621 4.579 7.523 29 .000UJIAN POS -UJIAN PRA

pasang.1

minsisihanpiawai

minkesilapan

std. bawah atas

95% perbezaanparas keyakinan

perbezaan antara sampel

t dfsignifikan(2-hala)

Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara MPA-PJ Kaedah

Tradisional dan MPA-PJ Kaedah Berstesyen di dapati min ialah 32.247 % dan

32.567 %

Nilai kritikal yang dikira adalah tk=0.138 manakala nilai t (df=14) adalah

sebanyak 2.145 hipotesis nol di terima – tidak terdapat perbezaan

pendekatan antara kedua-duanya.

Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara pencapaian Kaedah

Tradisional dan Kaedah Berstesyen di dapati min ialah 3.0667 dan 4.1333.

Nilai kritikal yang dikira adalah tk=-1.119 manakala nilai t (df=28) adalah

sebanyak 2.048 hipotesis nol di terima – tidak terdapat perbezaan

pencapaian antara kedua-duanya.

Ujian sampel tidak bersandar

.360 .553 -1.119 28 .272 -1.0667 .9529 -3.0185 .8852

-1.119 26.864 .273 -1.0667 .9529 -3.0222 .8889

Persamaanvariansjangkaan

Persamaanvarians tidakdijangka

CAPAIANF signifikan

Ujian Levene untukpersamaan varians

t dfsignifikan

(2-hala)perbezaan

Min

perbezaankesilapan

std. bawah atas

95% perbezaan paraskeyakinan

Ujian-t untuk persamaan min

Pada paras signifikan α = 95 % atau p < 0.05 antara ujian pos dan ujian pra

bagi pencapaian pelajar min pos ialah 6.633 dan min pra ialah 3.033

Nilai kritikal yang dikira adalah tk=7.523 manakala nilai t (df=29) adalah

sebanyak 2.045 hipotesis alternatif diterima – terdapat perbezaan

pencapaian antara ujian pra dan pos bagi pencapaian pelajar.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini didapati bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan bagi pendekatan pengajaran yang berbeza dan MPA-

PJ[M] terhadap pencapaian pelajar. Bagaimanapun kita dapat perhatikan terdapat

juga kesan terhadap pencapaian pelajar yang telah mengikuti kaedah pengajaran

tersebut. Ia jelas terbukti dalam pencapaian pelajar melalui ujian-t untuk ujian pos

dan ujian pra. Begitu juga MPA-PJ[M] yang dicatatkan menunjukkan ianya berkadar

dengen pencapaian pelajar yang mengambil kajian ini.

Dalam kajian ini penyelidik telah memilih kaedah penyelidikan eksperimental

untuk melihat sejauh mana kesan pendekatan yang berbeza dalam masa

pembelajaran akdemik pendidikan jasmani bagi domain psikomotor (MPA-PJ[M]).

Penyelidik berharap dapat mengumpulkan data-data melalui pemerhatian

sistematik terhadap setiap pendekatan pengajaran yang berbeza dan

mengenalpasti pendekatan pengajaran yang terbaik antara keduanya. Masa

pembelajaran akademik pendidikan jasmani bagi domain psikomotor untuk kedua-

dua pendekatan pengajaran dicatatkan bagi melihat perbezaannya dengan

pencapaian pelajar.

Format pemerhatian adalah berpandukan kriteria asas kandungan dan aras

penglibatan pelajar. Rekod pemerhatian berdasarkan masa selama 6 saat

memerhati dan 6 saat merekod. Satu set lembaran jeda berkod akan digunakan

untuk untuk mendapatkan maklumat mengenai peratusan masa pembelajaran

akademik, masa tugasan pelajar, masa tugasan kandungan, peruntukan masa

mengajar, masa menunggu dan masa pengurusan dalam satu jangka waktu

pengajaran pendidikan jasmani.

Perbincangan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesan daripada dua

pendekatan pengajaran yang berbeza dan masa pembelajaran akademik terhadap

pencapaian pelajar. Perbandingan yang dibuat terhadap kedua-dua pendekatan ini

akan membolehkan guru-guru memilih pendekatan mana yang paling sesuai

digunakan dalam pengajaran mereka kelak. Kedua-dua pendekatan itu boleh

digunakan mengikut situasi atau bergantung kepada kesesuaian sesuatu keadaan

dan tidak ada mana-mana kaedah atau pendekatan yang benar-benar sesuai untuk

semua situasi.

Dapatan kajian ini menunjukkan ia menolak hipotesis alternatif dan

menerima hipotesis nol. Analisa SPSS menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kaedah pengajaran yang digunakan

berdasarkan MPA-PJ[M] ke atas peserta kajian ini. Dapatan ini disokong oleh kajian

yang dijalankan oleh Beckett (1990) terhadap kaedah pengajaran. Keputusan

kajiannya mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua

kaedah pengajaran yang digunakan dalam kajiannya. Keadaan ini lebih ketara

apabila dalam kajian ini hanya satu domain sahaja yang dilihat iaitu domain

psikomotor tanpa melibatkan domain-domain lain seperti kognitif dan afektif. Oleh

itu ia akan memberikan maklumat MPA-PJ[M] yang sedikit bagi pendekatan

pengajaran terutama kaedah stesyen yang memerlukan penglibatan ketiga-tiga

domain tersebut.

Salah satu punca yang menyebabkan MPA-PJ[M] yang diperolehi daripada

kajian ini didapati agak rendah berbanding kajian lalu kerana subjek kajian

mengambil masa yang agak lama untuk menukar pakaian dan berada di padang

bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar lelaki ini banyak

membuang masa berbual sesama mereka tanpa menghiraukan arahan guru dan

ramai diantara mereka lansung tidak menukar pakaian seragam sekolah mereka.

Masa yang tinggal biasanya agak terhad untuk guru meneruskan untuk sesi P&P

kelas tersebut. Adakalanya subjek menunjukkan sikap yang negatif dan kurang

memberikan tumpuan terhadap aktiviti yang sedang berlangsung. Keadaan ini

sebenarnya telah menjejaskan dapatan bagi MPA-PJ[M] untuk kedua-dua kaedah

pengajaran kajian ini.

Sebaliknya dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang sangat

positif dalam pencapaian pelajar berdasarkan ujian pos dan ujian pra yang

dijalankan terhadap servis bawah tangan. Ini membuktikan bahawa pengajaran

guru tanpa mengira kaedah mana yang digunakan akan mendatangkan kesan yang

positif jika ianya dijalankan dengan teratur. Dapatan ini disokong oleh Salter dan

Graham (1985) melalui kajian mereka yang menunjukkan bahawa pembelajaran

berlaku ke atas semua peserta kajiannya dalam ujian kemahiran kriteria. Manakala

kajian oleh Goldberger, Gerney dan Chamberlain (1982) ketasa gaya pengajaran

mendapati ia mendatangkan kesan ke atas prestasi psikomotor dan perkembangan

kemahiran peserta kajian.

Cadangan

Beberapa masalah telah dikenalpasti semasa melakukan kajian seperti:

Keadaan cuaca yang tidak menentu

Program sekolah yang sibuk menyebabkan kelas PJK selalu ditangguhkan.

(M.desa/ sukan)

Sekolah kurang tegas dgn pelajar yang turun lewat ke padang.

Bilangan alatan perlu cukup supaya proses P&P tidak tergendala.

Kajian ini hanya menerokai satu domain sahaja (psikomotor)

Subjek kajian perlu ditambah supaya bilangannya lebih ramai merangkumi

kedua-dua jantina.