full isu-isu pilihanraya umum 1957-1990an

Upload: aqmad-shaffie

Post on 30-Oct-2015

550 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIALTH30203SEJARAH MALAYSIA: PERKEMBANGAN POLITIK (1957-1990)TAJUK : ISU-ISU DALM PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA 1957-1990anNAMA PENSYARAHDR. ROSY TALIN BILNAMA PELAJARNO MATRIK

1CAROLINE BT UTONGBT10110028

2CHELY FATRA JUANISBT10110032

3NOR HIDAYAH BINTI JUSOFBT10110134

4NURFAZERAH BINTI EBRAHIMBT10110155

5SILVIA S.KENNEDYBT10110196

6ZUKMAWATI BINTI MARZUKIBT10110221

7ZUR-IDAH BT ROSLIBT10110221

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN1-5

2.0 ISU PILIHANRAYA UMUM 2.1 ISU PILIHANRAYA UMUM 1959 2.2 ISU PILIHANRAYA UMUM 1964 2.3 ISU PILIHANRAYA UMUM 1969 2.4 ISU PILIHANRAYA UMUM 1974 2.5 ISU PILIHANRAYA UMUM 1978 2.6 ISU PILIHANRAYA UMUM 1982 2.7 ISU PILIHANRAYA UMUM 1986 2.8 ISU PILIHANRAYA UMUM 1990 2.9 ISU PILIHANRAYA UMUM 1995 2.10 ISU PILIHANRAYA UMUM 19995-365-1010-1414-1819-2020-2222-2525-2828-313132-36

3.0 NILAI DAN PENGAJARAN37

4.0 RUMUSAN38

RUJUKAN

1.0 PENGENALANDalam tugasan ini, kami bakal menyentuh mengenai isu-isu politk yang dibangkitkan dalam pilihanraya umum antara tahun 1957 sehingga 1990an. Bagi menerangkan setiap isu yang dibangkitkan dalam pilihanraya mengikut tahun yang dinyatakan, kami akan menggunakan konsep apa (what ), siapa (who), di mana (where ), kenapa (why) dan bagaimana (how).Apa itu pilihanraya(What)? Pilihanraya merupakan satu proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang. Pilihanraya melibatkan penglibatan rakyat secara dominan dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti. Oleh sebab itu, pilihanraya menjadi nadi utama sesebuah kerajaan demokrasi untuk menentukan kuasa pemerintahnya. Berikut merupakan fungsi-fungsi utama pilihanraya di Malaysia :1. Kaedah bagi rakyat bagi memilih dan mengawal wakil-wakil mereka iaitu dengan cara mengundi atau tidak mengundi dalam pilihanraya.2. Saluran penyertaan politik untuk rakyat bagi menyemai semangat peka terhadap hal ehwal negara.3. Bentuk komunikasi secara langsung atau tidak langsung di antara pemerintah dan yang diperintah.4. Berperanan untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa.(Sumber: Hairol Anuar B. Haji Makdin (2010) Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriostisme, hal 139)Kini, di Malaysia sistem pilihanraya yang bakal membentuk kerajaan yang ditadbir dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum.

Siapa yang terlibat dalam pilihanraya (who)?Dalam proses pilihanraya, antara elemen-elemen yang penting ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih/pengundi, calon dan proses pilihanraya. Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan organisasi yang terpenting ketika proses pilihan raya sedang berlangsung. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 4 September 1957. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahlinya yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-raja. Selain bebas daripada kawalan kerajaan, badan ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam mengendalikan proses pilihanraya (Hairol Anuar Hj Mak Din,2010). Dalam erti kata yang lain , suruhanjaya ini perlu memastikan pilihanraya berjalan dengan lancer dan tidak berlaku sebarang penyelewengan. Bagi calon yang bertanding pula, calon dalam pilihanraya Dewan Rakyat dan pilihan raya Dewan Negeri mestilah orang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Calon-calon yang bertanding pula mewakili setiap parti politik yang wujud. Antara parti politik yang aktif bertanding ialah UMNO, Barisan Nasional, PAS, DAPP, PKR dan ramai lagi parti-parti politik lain sama ada pro mahupun kontra terhadap kerajaan sedia ada (Tun Mohd Salleh Abas,1997). Bagi pengundi pula, menurut Perlembagaan Malaysia , pengundi dalam pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Negeri ialah orang yang menjadi warganegara Malaysia, berumur 21 tahun pada tarikh kelayakan mengundi. Pada tarikh itu juga, individu tersebut mestilah seorang yang bermastautin dalam kawasan pilihanrayanya.Di mana pilihan raya diadakan ( where)?Proses pilihan raya dijalankan di setiap negeri. Dalam setiap negeri tersebut, setiap kawasan yang dibahagikan hanya diwakili oleh seorang atau beberapa wakil rakyat. Bilangan kawasan yang diperuntukkan bagi pilihanraya Dewan Rakyat adalah sama banyak dengan bilangan anggota Dewan Rakyat. Bagi pilihan raya Dewan Negeri pula, bilangan anggota Dewan Negeri bergantung kepada perlembagaan negeri masing-masing.Kenapa pilihan raya diadakan (Why)? Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi. Pemerintahan bercorak demokrasi ialah suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan tampuk pemerintahan negara (Hairol Anuar Hj Mak Din,2010). Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Dalam hal ini, rakyat menjadi tunggak utama dalam memilih kerajaan yang bakal memerintah mereka. Dalam erti kata yang lain, kuasa ini ditentukan melalui pilihanraya. Melalui pilihan raya rakyat bertindak sebagai pengundi dalam menentukan kerajaan yang bakal mentadbir mereka. Sistem yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia pula adalah berasaskan First- Past- The- Post System (Hairol Anuar Hj Mak Din,2010). Dalam erti kata yang lain, calon-calon yang memenangi pilihanraya secara majoriti akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pemenang tersebut bakal memegang tampuk pemerintahan negara dan sekaligus membentuk kabinet kerajaan.Dalam sejarah Sistem Demokrasi Berparlimen negara, kesedaran berpolitik yang wujud dalam kalangan masyarakat merintis kepada pembentukan kerajaan berdemokrasi. Kewujudan Malayan Union (MU) oleh kerajaan British pada tahun 1946 telah membawa kepada kebangkitan nasionalisme secara agresif dan radikal dalam kalangan masyarakat yang berbilang pada ketika itu. Tentangan terhadap Malayan Union telah membawa kepada pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948. Pembentukan ini telah menggantikan Majlis Penasihat kepada Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council). Majlis ini terdiri daripada 75 orang ahli dengan 3 ahli ex-officio, 11 orang dari Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, 11 pegawai British dan 50 orang lagi sebagai ahli yang tidak rasmi. Perjanjian inilah yang menjadi titik permulaan kepada perangkaan dasar-dasar asas parlimen.Akhirnya pada tahun 1951, Sistem Ahli telah diperkenalkan. Pengenalan sistem ini telah mewujudkan sistem Jemaah Menteri atau Kabinet yang akhirnya merintis kepada permulaan kerajaan Demokrasi di Tanah Melayu pada ketika itu. Di bawah Sistem Ahli, setiap daripada ahli-ahli diberi tanggungjawab dalam portfolio masing-masing. Setelah Majlis Perundangan Persekutuan dibubarkan pada tahun 1955, kerajaan akhirnya menjalankan pilihan raya yang pertama di Tanah Melayu. Pada ketika itu, hasil gabungan UMNO, MCA dan MIC yang telah membentuk Parti Perikatan menang 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan. Hasil daripada pembubaran Majlis Perundangan Persekutuan telah membawa kepada Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia yang masih diamalkan sehingga kini.

Bila Pilihan Raya Umum Diadakan (When) ?Di Malaysia, Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh lima tahun yang membabitkan semua Parlimen dan semua DUN di Semenanjung Malaysia termasuk Dun Sabah dan Sarawak sehingga kini. Manakala bagi Pilihan Raya Kecil pula, pilihan raya hanya diadakan seandainya ada kematian atau pelucutan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Bagi tahun ini, iaitu tahun 2013, kita sudah pun memasuki Pilihan Raya Umum yang ke-13 (Hairol Anuar Hj Mak Din,2010). Berikut merupakan tarikh-tarih Pilihan Raya Umum Malaysia yang telah dijalankan :PILIHAN RAYA UMUMTARIKH

119 Ogos 1959

225 April 1964

310 Mei 1969

424 0g0s 1974

58 Julai 1978

622 April 1982

73 Ogos 1986

821 Oktober 1990

925 April 1995

1030 November 1999

1121 Mac 2004

128 Mac 2008

(Sumber: Hairol Anuar B. Haji Makdin (2010) Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriostisme)Namun baru-baru ini, setelah keputusan Pilihan Raya umum yang ke-13 diumumkan, banyak pihak yang menidakkan keputusan rasmi pilihan raya umum kali ini. Isu Magic Blackout yang sudah tersebar di seluruh dunia sehingga memburukkan imej pemimpin utama negara Malaysia. Magic Blackout tersebut dikatakan telah berlaku di kawasan semenanjung Malaysia di mana ketika bekalan elektrik terputus, peti undi bagi sebuah Parti yang sememangnya Dominan di Malaysia iaitu Barisan Nasional telah bertambah. Wakil Parlimen Permatang Pauh yang menang besar iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar keputusan Pilihan raya umum kali ini sehingga menimbulkan satu perhimpunan yang dinamakan Malaysian Tsunami yang membabitkan hampir 300, 000 penduduk yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya (Tun Mohd Salleh Abas,1997). Antara amalan yang dikatakan tidak jujur yang digariskan adalah seperti berikut:1. Menyamar2. Memberi layanan makan minum3. Pengaruh yang tidak jujur4. Rasuah5. Perbuatan-perbuatan tentang iklan.Oleh itu, perbuatan sebegini sebenarnya merupakan taktik kotor yang perlu dijauhi. Sejauh manakah kebenaran mengenai Magic Blackout seperti yang diheboh-hebohkan pada masa kini ? Tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan yang memerintah kini diharapkan mampu memberikan kebajikan yang positif dan kebaikan kepada semua rakyat Malaysia.2.0 ISU-ISU DALAM PILIHANRAYA UMUM 1959-19992.1 ISU PILIHAN RAYA UMUM 1959Pada tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu telah menjalankan pilihan raya umum yang pertama dalam sejarah Tanah Melayu selepas berpuluh tahun dijajah oleh kuasa asing (Worran, Shireen, Mat Zin & Abdul Kadir, 2008). Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959merupakanpilihan raya umumyang pertama diTanah Melayu selepas mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan Raya Umum ini agak berbeza sedikit daripada Pilihan Raya Umum tahun 1955 terutamanya isu pilihan raya kerana semangat rakyat pada masa itu berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan manakala isu-isu pilihan raya pada tahun ini untuk menuntut ke arah kemerdekaan telah pun reda kerana Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan sepenuhnya oleh pihak British (Ruslan Zainuddin, 2003) .Antara isu-isu yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959 ini ialah isu kewarganegaraan. Hal ini menyebabkan pertambahan bilangan pengundi berlipat kali ganda sejak dari tahun 1947 sehingga tahun 1957. Hal ini terjadi akibat daripada pelonggaran syarat-syarat kewarganegaraan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kelonggaran kewarganegaraan telah menyebabkan kaum Cina dan India bertambah di Tanah Melayu dan memberikan kesan terhadap pilihanraya 1959. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk Persekutuan Tanah Melayu telah bertambah daripada 4.9 juta orang pada tahun 1947 kepada 6.2 juta pada tahun 1957 (Ruslan Zainuddin, 2003) . Jumlah ini menunjukkan bahawa orang Cina dan India bertambah sejak dari tahun tersebut.Jadual 1: Bilangan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum berasaskan bancian, 1947 dan 1957.Tahun19471957

KaumBilangan pendudukPeratusBilangan pendudukPeratus

MelayuCinaIndiaLain-lain2 427 8341 884 534530 63865 08049.838.310.71.23 125 4742 333 756735 03884 49049.837.211.71.3

Jumlah4 908 0861006 278 758100

Sumber: David Lim, Economic Growth and Development in West Malaysia, 1973, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hal.70. Pertambahan bilangan penduduk di Tanah Melayu ini secara langsung juga akan meningkatkan bilangan pengundi di Tanah Melayu. Pertambahan bilangan pengundi berdaftar ini dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Jadual 2: Jumlah dan peratus pengundi berdaftar mengikut kaum di Tanah Melayu pada tahun 1955 dan 1959.TahunPilihan RayaBilangan KerusiBilangan Pengundi BerdaftarPertambahanBilanganPengundiPeratus Pengundi

Melayu CinaIndia dan lain-lain

19551959521041 280 8652 144 338863 473618 73940.322.411.235.94.67.4

Sumber: Penyata Pilihan Raya Umum Tahun 1955 dan 1959.Isu kedua yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 1959 ialah isu hak istimewa orang Melayu. Sebagai contoh, parti-parti pembangkang seperti Parti Islam Se-malaya (PAS) mendesak kerajaan agar memperketatkan undang-undang imigresen, kewarganegaraan Melayu, penggunaan serta-merta Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal dan mengehadkan jawatan Menteri Besar, Menteri, Gabenor dan Ketua Turus Angkatan Tentera kepada orang Melayu sahaja. Parti Islam Se-Malaya (PAS) menuntut perkara ini kerana ahli-ahli parti ini berasakan bahawa kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Melayu tidak bererti sama sekali kerana United Malayan National Organisation (UMNO) telah menjual kedaulatan orang Melayu. Selain itu juga, terdapat sebahagian besar penyokong PAS dan orang Melayu membantah sikap bertolak ansur para pemimpin UMNO yang bersetuju menerima prinsip Jus Soli dalam pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2003). Namun demikian, parti-parti pembangkang yang lain pula sebaliknya seperti parti Parti Progresif Rakyat (PPP) di mana mereka menuntut agar kerajaan memberikan hak dan keistimewaan yang sama rata kepada semua kaum dan menjadikan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu serta membenarkan bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah bahasa ibunda. Selain itu, isu yang ketiga pula ialah isu pendidikan Cina. UMNO sedang menghadapi pergolakan dalaman yang melibatkan parti komponennya dalam Perikatan iaitu Malaysian Chinese Association (MCA). Hal ini berlaku disebabkan pucuk pimpinan dan ahli-ahli MCA menuntut agar UMNO memperuntukan kerusi yang lebih dalam Pilihan Raya Umum 1959 dan tidak mahu Persekutuan Tanah Melayu melaksanakan dasar bahasa dan pendidikan yang lebih liberal. Selain itu juga, MCA masih tidak berpuas hati dengan Dasar Pelajaran dan kebanyakan kaum Cina masih tidak bersetuju serta tidak berpuas hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan kerajaan Perikatan menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu daripada bahasa rasmi di Tanah Melayu. Namun demikian, Tunku Abdul Rahman enggan melayani tuntutan MCA dan memberikan dua pilihan kepada MCA sama ada MCA menarik semula semua tuntutan tersebut dan membersihkan parti daripada ahli-ahli yang bersikap perkauman bagi membolehkan parti MCA terus kekal dalam Perikatan dan sekiranya tidak maka MCA akan disingkirkan daripada Perikatan. Tunku juga mengatakan bahawa beliau mahu diberikan kuasa untuk memilih sendiri calon MCA yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang akan datang (Ruslan Zainuddin, 2003). Isu ini berakhir apabila beberapa orang pemimpin baru dalam MCA seperti Yong Pung How dan Too Joon Hing bertindak keluar dari parti tersebut manakala Dr.Lim Chong Eu akhirnya meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA dan keluar daripada parti tersebut. Lim Chong Eu keluar parti MCA kerana tidak puas hati dengan peruntukan kerusi kepada MCA. Ramai penyokong beliau termasuk di Negeri Sembilan mengikut jejak beliau meninggalkan MCA dan menaja calon-calon Bebas menentang calon MCA. Veteran UMNO, Ibrahim Haji Mansor tewas di DUN Pertang kepada calon Bebas,Cikgu Aminuddin Abdul Manap ahli UMNO yang memprotes pemilihan calon bukan anak tempatan di situ. Ibrahim Haji Mansor berasal dari Tembun, Kuala Klawang diletak bertanding di Pertang, disebabkan DUN Kuala Klawang diagihkan kepada calon MCA. Oleh itu, ahli UMNO Pertang memprotes.Bahaman Samsudin yang menang di Parlimen Teluk Anson dalam pilihan raya 1955, dibawa balik dan bertanding di Parlimen Kuala Pilah. Beliau memang berasal dari Kuala Pilah dan menjadi pegawai daerah Kuala Pilah. Tetapi Inggeris menyingkirkan beliau ke Teluk Anson.Idris Matsil dipindahkan dari parlimen Negeri Sembilan Utara ke DUN Pilah supaya boleh menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini kerana beliau adalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.Tetapi pimpinan pusat menetapkan Dr Muhd Said Muhammad bertanding di DUN Linggi bakal menjadi Menteri Besar. Oleh itu Idris Matsil terpaksa setuju dan menerima jawatan Exco sahaja demi perpaduan dalam parti. Abdul Jalil yang menang di Lenggeng dilantik menjadi Speaker. Dr Muhd Said adalah menteri besar pertama dilantik melalui pilihan raya. Sebelum 1959, menteri besar dilantik daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan yang diawasi penasihat British. Penasihat British terakhir ialah Tan Sri Haji Mubin Sheppard.Kesimpulannya, dalam Pilihan Raya Umum 1959 ini, Parti Perikatan berjaya memenangi 74 daripada 104 kerusi yang telah dipertandingkan manakala parti lain iaitu PAS muncul sebagai parti pembangkang terbesar dengan memenangi 13 kerusi daripada 58 kerusi yang ditandingi dan diikuti oleh parti-parti politik lain seperti Barisan Sosialis dengan memenangi lapan kerusi, parti PPP menang empat kerusi, parti Bebas menang tiga kerusi dan Parti Negara serta Malayan Party masing-masing mendapat satu kerusi sahaja. Keputusan Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959 dapat dilihat dalam jadual di bawah.Jadual 3 : Keputusan Pilihan Raya Persekutuan, tahun 1959.PartiBertandingMenangPeratus undi

Perikatan1047451.8

UMNOMCAMIC7031352193

PASBarisan SosialisPPPParti NegaraMalayan PartyBebas5838199227138411321.312.96.22.10.94.8

Jumlah104100

Sumber: Federation of Malaya, Report On The Parliamentary and State Elections 1959, Kuala Lumpur: Government Printers.

Kemenangan besar Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum ini seterusnya memberikan hak kepada parti Perikatan untuk meneruskan pemerintahan dan menubuhkan kabinet pertama di Tanah Melayu serta Tunku Abdul Rahman kekal sebagai Perdana Menteri dan anggota kabinet yang baru dibentuk yang terdiri daripada 12 orang menteri iaitu sembilan orang menteri daripada parti UMNO, dua orang daripada MCA dan seorang daripada MIC. Parlimen pertama Persekutuan Tanah Melayu dibuka secara rasminya oleh Yang di-Pertuan Agung pada 12 September 1959 (Ruslan Zainuddin, 2003).Pengajaran pertama yang boleh diambil daripada isu Pilihanraya 1959 ialah bertanggungjawab. Tanggungjawab pemimpin ialah mengawal hak-hak rakyat seperti hak mengundi dan jangan memberi kerakyatan yang longgar. Hal ini akan menyebabkan banyak isu negatif berlaku. Sebagai contoh, kerakyatan yang longgar akan menggugat keselamatan rakyat. Manakala tanggungjawab rakyat pula ialah bijak mengundi pemimpin yang berkaliber iaitu boleh membawa kemajuan kepada negara dan menjamin keselamatan negara.Pengajaran yang kedua ialah berusaha. Jika kita ingin mendapatkan sesuatu, kita haruslah berusaha. Sebagai contoh, orang Melayu berusaha untuk mendapatkan kedudukan istimewa mereka dalam jawatan awam manakala orang Cina berusaha memperjuangkan pendidikan Cina di sekolah. Akhirnya, perjuangan mereka ini tidak sia-sia dan berjaya. Justeru, kita haruslah berusaha dan tidak mudah putus asa.2.2 ISU-ISU PILIHANRAYA UMUM 1964Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Singapura (Zainal Abdin Abdul Wahid et.al, 1996). Setelah penubuhan tersebut Malaysia telah mulai berkembang dan berubah dari semasa ke semasa tidak kira dari segi politik, sosial dan ekonomi. Seterusnya, Pilihanraya Umum Malaysia yang kedua telah diadakan pada tahun 1964 iaitu sebaik sahaja setahun selepas penubuhan Malaysia. Pilihanraya umum 1964 ini diadakan serentak di seluruh Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihanraya yang diadakan tersebut dan menyebabkan bilangan kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah dikekalkan seperti pilihanraya sebelumnya pada tahun 1959 iaitu sebanyak 104 kerusi. Sabah dan Sarawak tidak mengikuti pilihanraya 1964 kerana Suruhanjaya Pilihanraya telah menyatakan bahawa pilihanraya 1964 adalah untuk perbadanan Elektif di Tanah Melayu yang telah termaktud dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini telah dinyatakan seperti berikut:For the purpose of the 1964 general election to the Dewan Ra ayat, the Election Commission was concerned only with the general elections to this elective body in the States of Malaya, there having been provided in the Federal Constitution a period of indirect elections to the Dewan Raayat from Borneo States and Singapore.(Sumber: Report on the Parliamentary (Dewan Ra ayat) and State Legislative Assembley General Elections, 1964 of the States Of Malaya) Pada 21 Mac 1964, hari penamaan calon telah berlansung dimana nama-nama calon diisytiharkan untuk bertanding merebut kerusi untuk menang. Manakala hari mengundi untuk kedua-kedua pilihanraya Parlimen dan juga Negeri telah dilakukan serentak iaitu pada 25 April 1964. Pilihanraya tetap diteruskan walaupun negara Malaysia ketika itu sedang mengalami masalah yang rumit dan besar kerana terdapat beberapa negara yang telah melakukan tentangan secara terbuka ke atas negara ini. Hal ini menyebabkan perkara tersebut menjadi isu utama dalam pilihanraya pada kali ini (Syed Arabi Idid, 2011). Tentangan tersebut telah dilakukan oleh Indonesia yang dikenali sebagai konfrontasi. Konfrontasi tersebut telah dilakukan akibat tentangan terhadap penubuhan Malaysia dan bukan itu sahaja malah pemberontakan yang berlaku di Brunei yang menuntut Sabah untuk dikembalikan kepada kesultanan Sulu (Zainal Abdin Abdul Wahid et.al, 1996). Cadangan penubuhan Malaysia telah lama dibuat oleh Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman iaitu pada 27 Mei 1961 dalam ucapannya kepada Persatuan Wartawan Luar Negeri Di Asia Tenggara yang berlansung di Hotel Adelphi, Singapura. Cadangan Tunku Abdul Rahman tersebut telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk Indonesia dan juga Filipina (Zainal Abdin Abdul Wahid et.al, 1996). Dalam cadangan Tunku Abdul Rahman tersebut, beliau telah mencadangkan penubuhan Malaysia adalah gabungan beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Singapura. Walaupun begitu, Brunei telah menarik diri daripada pembentukan tersebut diatas beberapa sebab iaitu kewangan serta taraf Sultan Brunei apabila memasuki Malaysia. Malah bukan itu sahaja sebahagian besar penduduknya tidak bersetuju jika Brunei menyertai Malaysia. Oleh itu, satu pemberontakan telah dilakukan pada 8 Disember 1962 yang diketuai oleh Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh A.M Azahari. Parti ini telah mempengaruhi sebahagian penduduk Brunei dengan pelbagai hasutan mereka (Zainal Abdin Abdul Wahid et.al, 1996). Konfrontasi Indonesia ini telah dijadikan isu utama dalam pilihanraya umum 1964 ini apabila parti-parti pembangkang seperti Barisan Sosialis dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) telah dituduh menentang penubuhan Malaysia dan parti-parti ini juga dituduh turut bersubahat dengan Presiden Suekarno. Tuduhan tersebut telah dilakukan oleh Parti Perikatan yang cuba untuk memancing undi dan menarik sokongan rakyat (Syed Arabi Idid, 2011). Setelah dituduh melakukan perkara tersebut, Ahmad Boestamam telah ditahan pada Februari 1963 kerana dituduh menggugat keselamatan negeri (Ratnam & Milne, 1967). Hal ini telah menyebabkan situasi ketika itu bertambah sukar. Tidak cukup dengan situasi tersebut, seterusnya Yang dipertua PAS yang kedua iaitu Dr. Burhanuddin Al-Hilmy dan juga beberapa orang pemimpin yang lain juga turut ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tangkapan dibuat kerana kumpulan ini telah didakwa sebagai antinasional dan menjadi anasir yang telah mengancam keselamatan negara (Syed Arabi Idid, 2011).Seterusnya, usaha penentangan terhadap konfrontasi juga turut disokong oleh United Democratic Party (UDP) dan juga Parti Progresif Rakyat (PPP) ( Syed Othman Syed Omar,1999). Beberapa hari menjelang pilihanraya, UMNO telah menghadapi masalah yang berkaitan dengan pemilihan calon yang akan bertanding dimana ianya bermula apabila terdapat perebutan ahli untuk menjadi calon di sesebuah Bahagian dan juga Cawangan yang dipertandingkan. Dalam perselisihan yang berlaku terdapat calon yang tidak dipilih telah berpaling tadah dan melakukan pemberontakan untuk menentang parti dan terdapat juga yang mencalonkan diri sebagai calon bebas untuk bertanding dengan calon-calon Parti Perikatan (Worran, Shireen, Mat Zin & Abdul Kadir, 2008). Majlis Kerja Tertinggi (MKT) telah memainkan peranan yang penting dalam perkara yang berlaku dimana UMNO telah bertindak menyingkirkan mereka yang terlibat daripada Parti UMNO (Utusan Malaysia, 15 Ogos 1974).Selain itu, terdapat juga isu-isu lain yang dalam Pilihanraya Umum 1964. Antara isu berkaitan dengan perkauman iaitu tentang kedudukan Melayu dan Islam. Isu ini telah dimulakan apabila parti PAS telah menjadikan isu sebuah negara Islam dalam perlembagaan negara sebagai isu utama bagi kempen pilihanraya mereka. PAS merupakan parti yang mendapat sokongan besar dari rakyat negeri Kelantan dan juga Terengganu. Dalam kempen pilihanraya yang dijalankan PAS, mereka telah berjanji akan menjalankan prinsip-prinsip Islam jika mereka memperoleh kemenangan dalam pilihanraya pada tahun tersebut. Parti PAS telah melakukan kempen di seluruh kawasan iaitu dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain dan memberikan amaran agar tidak menyokong Parti UMNO. Jika terdapat pengundi yang berbangsa Melayu mereka menyatakan pengundi tersebut telah melanggar ajaran Islam jika mengundi calon bukan islam atau Parti Umno yang telah menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan islam iaitu dalam parti Perikatan tersebut. Parti PAS tersebut mempengaruhi pengundi dengan menggunakan nas-nas daripada Al-Quran agar pengundi menentang Parti Perikatan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Walaubagaimanapun, PAS hanya memenangi kerusi pilihanraya di negeri Kelantan dan sebaliknya berlaku terhadap Negeri Terengganu berjaya dipegang oleh Parti Perikatan apabila keputusan dikeluarkan pada pilihanraya kali ini. Manakala keputusan sepenuhnya menunjukkan bahawa Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 89 kerusi daripada 104 kerusi yang dipertandingkan. Parti PAS keseluruhannya hanya memenangi 9 kerusi, Barisan Sosialis dan Parti Progresif Rakyat (PPP) masing-masing memenangi 2 kerusi serta bagi dua parti yang baru bertanding iaitu Peoples Action Party (PAP) dan Parti Demokratik Bersatu (PDB) hanya memegang 1 kerusi masing-masingnya (Rashid, 1992). Manakala parti-parti lain telah menanggung kekalahan disebabkan beberapa sebab tertentu. Sebagai contohnya, Parti Negara mengalami kekalahan kerana kehilangan pemimpin utama mereka iaitu Datuk Onn Jaafar yang telah meninggal dunia.Secara keseluruhannya, dalam pilihanraya 1964 ini, ianya merupakan zaman kegemilangan untuk Parti Perikatan. Hal ini adalah disebabkan jumlah undi yang dikongsi antara tiga parti tersebut telah meningkat kepada 57 % dan kedudukan perwakilan ke parlimen telah bertambah 104 kerusi daripada 89 kerusi. Pilihanraya 1964 memberikan keistimewaan kepada Parti Perikatan apabila parti-parti pembangkang telah kehilangan pengaruh-pengaruh mereka ekoran tuduhan yang dilakukan oleh Parti Perikatan itu sendiri. Sejurus itu, beberapa orang pemimpin parti pembangkang telah bertindak untuk keluar parti dan menyertai Parti Perikatan setelah mendapati bahawa parti-parti pembangkang telah menjadi lemah dan menyedari bahawa parti-parti pembangkang sukar untuk menang. Antara ahli pemimpin yang telah keluar parti ialah Dato Nik Ahmad Kamil, calon Parti Negara, D.S. Ramanathan yang merupakan bekas Presiden Parti Buruh dan juga bekas Datuk Bandar Pulau Pinang serta Tan Kee Gok. Sebagai contohnya D.S. Ramanathan telah menyertai MIC setelah Parti Buruh yang telah diketuainya diharamkan. Hal ini telah menyebabkan Parti Perikatan bertambah ahli dan mendapat sokongan dari kaum Cina dan juga India.Seterusnya, Barisan Sosialis yang kehilangan enam kerusi Parlimen telah dibubarkan dan hal ini telah memberikan peluang kepada PAP yang berada di bawah pimpinan Lee Kuan Yew telah memperluaskan perjuangan dasar yang membawa Slogan Malaysia Malaysian dalam kalangan masyarakat Cina dan juga India yang membawa hak persamaan taraf dan mengecam hak-hak keistimewaan orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pad 9 Ogos 1965 kerana dikuatiri memberikan ancaman terhadap masyarakat Malaysia dan PAP telah dibekukan. Seterusnya pada tahun 1966 telah wujud parti baru yang dikenali sebagai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Parti ini juga telah memperjuangkan agenda yang dibawa oleh PAP sebelum ini iaitu persamaan taraf dan menuntut pemansuhan hak-hak keistimewaan orang Melayu (Syed Arabi Idid, 2011).2.3 ISU PILIHANRAYA UMUM 1969Seterusnya pilihanraya yang ketiga iaitu pada tahun 1969. Dalam pilihanraya pada kali ini terdapat juga beberapa isu utama yang berlaku termasuklah konfrontasi Indonesia yang juga pada sebelum ini telah mengganggu Tanah Melayu yang berada di bawah pimpinan Suekarno yang juga masih belum selesai (Syed Arabi Idid, 2011). Walaupun begitu dalam pilihanraya 1969 ini isu perkauman telah menjadi isu utama sehingga mengatasi isu-isu yang lain. Isu perkauman ini telah menjadi isu utama apabila DAP (Democratic Action Party) mula melaungkan melaungkan konsep Malaysian Malaysia melalui Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967. DAP yang merupakan warisan yang ditinggalkan oleh PAP mula memperjuangkan konsep yang dibawakan oleh PAP sebelum ini. Hal ini telah menyebabkan ianya menjadi isu utama dalam pilihanraya 1964 ini di mana Orang Melayu, Cina dan juga India saling berselisih faham. Konsep Malaysian Malaysia ini telah mula diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew yang mewakili PAP yang juga telah ditukar kepada DAP dalam kalangan orang Cina dan juga India di Malaysia setelah Barisan Sosialis dibubarkan (Worran, Shireen, Mat Zin & Abdul Kadir, 2008). Barisan Sosialis dibubarkan setelah kehilangan enam kerusi di Parlimen semasa Pilihanraya umum 1964. Dasar Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew ialah merupakan slogan kepada Malaysia Solidarity Consultative Convention atau juga dikenali sebagai Konvensyen Perundingan Perpaduan Rakyat Malaysia. Slogan yang digunakan tersebut bermakna bahawa negara dan negeri-negeri di dalam Malaysia tidak dianggap unggul dan berdaulat serta tidak mempunyai kepentingan sebarang masyarakat atau bangsa.Manakala bagi Orang Melayu pula mereka menganggap bahawa slogan yang diperjuangkan oleh DAP merupakan perisytiharan perang terbuka yang telah mencabar hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktud dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini telah menyebabkan berlaku kekacauan di Singapura disebabkan sikap Lee Kuan Yew yang dianggap hendak merosakkan perancangan negara. Ketika perkara tersebut berlaku, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman telah berada diluar negara dan setelah kembali ke Malaysia, beliau telah mengejutkan Singapura dengan menyatakan bahawa beliau tidak ada lagi kuasa ke atas Singapura. Singapura diminta untuk berpisah dengan Malaysia untuk menjaga hubungan baik di antara dua negara tersebut. Walaupun keadaan tersebut sedikit agak mengejutkan semua rakyat dan juga Singapura tetapi pemisahan tersebut tetap juga berlaku. Oleh itu, Singapura telah sah keluar dari Persekutuan Malaysia mulai 9 Ogos 1965 (Syed Arabi Idid, 2011).Selain itu juga, slogan tersebut juga bertujuan untuk menghapuskan hak-hak istimewa bumiputera seperti yang telah dipersetujui dan termaktud dalam Perlembagaan Malaysia. Perjuangan yang dilakukan oleh Parti DAP tersebut telah mendapat sokongan daripada Dr. Senivasagam di Lembah Kintar, Perak yang mengetuai PPP. Kerajaan telah meluluskan beberapa akta termasuk Akta Bahasa 1967 iaitu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara selepas bulan September pada tahun tersebut. Walaupun begitu dengan budi bicara yang sopan, bahasa Cina, Tamil dan juga Inggeris masih boleh digunakan dan dijadikan matapelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia. Akta ini dijalankan bertujuan untuk memastikan negara berada dalam keadaan yang aman dan tidak berlaku pergaduhan kerana ianya mempunyai pelbagai kaum (Worran, Shireen, Mat Zin & Abdul Kadir, 2008). Namun, Parti PAS telah melakukan bantahan terhadap Akta tersebut kerana dikatakan masih memberikan peluang dan ruang terhadap penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda. Pada hakikatnya parti PAS hanya mahu bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal yang digunakan di Malaysia dan bukannya bahasa lain.Walaupun begitu, ianya berlainan pula dengan DAP dan PPP yang juga meminta agar bahasa Cina atau Tamil dijadikan bahasa rasmi bagi salah satu darinya. Kedua-dua parti ini telah menuduh bahawa MIC dan juga MCA tidak mempertahankan bahasa ibunda mereka dan dianggap dikianati. Begitu juga dengan parti PAS yang menuduh bahawa Perikatan yang diketuai oleh UMNO telah mencemarkan bangsa Melayu. Berikutan dengan perkara tersebut, setiap parti mulai bimbang dengan tentang isu yang boleh membawa masalah antara kaum. Hal ini mula dirasakan oleh orang Melayu kerana mereka masih lagi mempunyai ekonomi yang lemah dan bimbang jika hak-hak keistimewaan mereka akan terjejas (Soong, 2008). Manakala bagi kaum bukan Melayu pula, bimbang apabila Parti PAS turut menyatakan isu kewarganegaraan yang mampu menggugat taraf kewarganeraan mereka sebagai rakyat Malaysia (Worran, Shireen, Mat Zin & Abdul Kadir, 2008). Keadaan pada ketika telah menjadikan ianya genting sehingga Perikatan mendapat tentangan daripada semua bahagian bagi pilihanraya pada tahun tersebut. Hal ini dapat membuktikan perpecahan mulai perlahan-lahan berlaku. Perkara tersebut dapat dilihat apabila Parti Sosialis yang merupakan gabungan diantara Parti Buruh dan Parti Rakyat telah berpecah. Parti buruh seterusnya telah memulaukan pilihanraya yang dijalankan tersebut dan Parti Rakyat pula telah bertanding dalam kawasan secara perseorangan.Tidak seperti pilihanraya umum tahun yang sebelum iaitu tahun 1964, Parti Perikatan telah memenangi 89 kerusi daripada 104 kerusi tetapi pada pilihanraya kali ini menunjukkan kemerosotan apabila hanya memenangi 66 kerusi sahaja daripada 144 kerusi yang dipertandingkan dan tidak mampu untuk mendapatkan 2/3 majoriti kerusi rakyat (Syed Arabi Idid, 2011). Manakala kerusi yang lain dimenangi oleh parti pembangkang seperti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPP) dan Parti Islam Semalaya (PAS). Secara majoritinya parti-parti pembangkang didominasikan oleh kaum Cina iaitu gabungan DAP dan Parti Gerakan yang mendapat kemenangan terutamanya di kawasan bandar yang majoritinya didiami oleh kaum Cina ( Hairol Anuar HJ Mak Din,2009). Malah bukan itu sahaja, kawasan-kawasan yang pada sebelum ini memberikan pengaruh dan sokongan yang besar terhadap Parti Perikatan telah berpaling tadah. Sebagai contohnya Negeri Selangor yang pada sebelum ini telah membantu Parti Perikatan menambahkan kerusi kemenangan tetapi pada pilihanraya 1969, ianya telah dipegang oleh parti pembangkang. Dapat ditafsirkan dengan kekalahan di Selangor, Perikatan tidak lagi mendapat sokongan undian dari pengundi yang berbangsa Cina. Hal ini kerana kebanyakkan penduduk Negeri Selangor terdiri daripada kaum Cina.Setelah memperolehi kemenangan, Parti-parti pembangkang serta penyokong-penyokong telah mengadakan sambutan bagi kemenangan tersebut sehingga menyebabkan bangkitan perasaan marah dalam kalangan orang Melayu. Disebabkan perkara tersebut, telah berlakunya rusuhan yang telah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Peristiwa ini telah berlaku pada 13 Mei 1969 selepas pilihanraya umum berlansung di kawasan Semenanjung Malaysia. Tragedi ini merupakan satu peristiwa yang menjadi sejarah di awal pembentukan Malaysia dimana kaum Cina telah melakukan sengketa dengan Orang Melayu. Pada 15 mei 1969, darurat telah diumumkan sehingga menyebabkan Parlimen digantung di Semenanjung Malaysia. Akibat berlakunya tragedi berdarah tersebut, Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan seterusnya selama 18 bulan Malaysia telah diperintah oleh Majlis Gerakan Negara iaitu MAGERAN ( Leon Comber,1985).Secara keseluruhannya, sebanyak 144 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh negara manakala sebanyak 282 kerusi Dun pula yang dipertandingkan di Semenanjung Malaysia dan 48 kerusi di Sarawak. Seterusnya, terdapat hampir 20 buah kerusi Parlimen telah menang tanpa bertanding dimana ianya ialah 9 kerusi milik Parti Perikatan dan 11 kerusi pula dimiliki oleh USNO (Syed Arabi Idid, 2011). Hal ini disebabkan ketika darurat diisytiharkan, pilihanraya di Sarawak masih belum dijalankan dan telah ditunda ke 6 Jun sehingga 4 Julai 1969. Begitu juga yang berlaku di Sabah, tundaan adalah pada 21 Jun sehingga 27 Jun 1969. Selepas keadaan kembali reda, pilihanraya Sabah dan Sarawak kembali dijalankan dan terdapat beberapa parti daripada Sabah dan Sarawak telah menyertai parti pembangkang. Antaranya ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Manakala sembilan dan tujuh buah kerusi Parlimen masing-masing telah dimenangi oleh SNAP dan juga Parti Perikatan Sarawak. Ianya diikuti oleh parti SUPP yang memegang lima kerusi, dua kerusi yang seterusnya pula dimenangi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (Pesaka) dan lagi satu kerusi telah dimenangi oleh calon bebas. Parti Perikatan telah memenangi 74 kerusi secara keseluruhannya bagi kerusi parlimen. Walaupun begitu, Parti Perikatan masih mengalami kekalahan yang begitu teruk akibat undi-undian begitu mengejutkan mereka terhadap parti pembangkang. Ketika itu, rakyat Melayu sendiri bimbang terhadap pemimpin yang terdiri dari orang bukan Melayu untuk dijadikan pemimpin pilihan mereka. Oleh itu, mereka telah menyokong parti yang pemimpinnya terdiri daripada orang Melayu agar kesejahteraan mereka terjamin. Mereka juga tidak mahu untuk menerima parti yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalamnya sebagai pemerintah. Seterusnya, jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak Hussein pada tarikh 22 September 1970. Tunku Abdul Razak Hussein telah menggantikan Tunku Abdul Rahman disebabkan Tunku tidak lagi mampu menjalankan tugasnya kerana beliau telah uzur dan sakit tua. Sebagai Perdana Menteri yang baru dilantik, Tunku Abdul Razak Hussein telah mengadakan satu rundingan bersama Parti Pembangkang dan telah berjaya membentuk kerajaan campuran pertama di Malaysia kerana menyedari bahawa fahaman perkauman yang bergerak melalui politik akan memberikan kesan yang buruk kepada negara seperti yang terjadi dalam peristiwa 13 Mei 1969. Seterusnya Parti Gerakan yang sebelum ini berjaya menguasai Pulau Pinang telah dilanda masalah dan seterusnya berpecah pada tahun 1971. Oleh itu, Parti Gerakan juga telah bergabung dengan Parti Perikatan agar dapat mengeratkan hubungan diantara kaum tidak kira sama ada kaum Melayu, Cina ataupun India. Perkara ini dilakukan agar tidak akan terjadinya lagi peristiwa seperti 13 Mei 1969 tersebut. Pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein ini telah banyak mengubah tentang persefahaman kaum dimana beliau juga dapat menjadikan kerajaan campuran. Antara Parti yang telah dicampurkan ke dalam Parti Perikatan ialah Parti Progresif Rakyat (PPP) dan juga Parti Gerakan iaitu pada tahun 1970. Lebih hebat lagi apabila, Perdana Menteri yang kedua tersebut berjaya menarik Parti Islam Se-malaya (PAS) untuk menjadi salah satu parti dalam Parti Perikatan pada tahun 1971 (Syed Arabi Idid, 2011).Kesimpulannya, dalam pilihanraya 1969 ini menunjukkan bahawa perpaduan dalam masyarakat merupakan sesuatu yang penting dan kita tidak harus mementingkan diri sendiri dan bersikap kekitaan. Hal ini kerana kita hidup dalam keadaan bermasyarakat dan berbilang kaum. Oleh itu, sikap saling menghormati harus diterapkan dalam diri masing-masing terutamanya para pemimpin itu sendiri kerana golongan ini yang akan membentuk sebuah negara yang baik dan harmoni. Selain itu, pada pendapat saya jika peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan terjadi jika semua kaum saling bertolak ansur dan menghormati adat serta hak masing-masing.

2.4 ISU PILIHAN RAYA UMUM 1974Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 adalah merupakan pilihan raya umumMalaysiayang keempat dan telah diadakan pada bulan Ogos1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejakTun Abdul Razak dilantikmenjadiPerdana Menteri Malaysia yang kedua. Sejak tahun1971, keahlianParti Perikatanyang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluaskan lagi oleh Tun Abdul Razak dengan menggabungkanParti Islam SeMalaya(PAS) dan Parti Gerakan. Akibat daripada pertambahan jumlah parti komponen dalam Parti Perikatan, akhirnya parti tersebut telah menukarkan namanya dengan menggunakan nama Barisan Nasional. Barisan Nasional telah didaftarkan kira-kira dua bulan setengah sebelum bermulanya pilihan raya umum yang keempat berlangsung, atau secara tepatnya parti Barisan Nasional telah didaftarkan pada 1 Jun 1974 (Idid, 2011). Parti Barisan Nasional menggunakan simbol dacing sebagai simbol parti yang membawa maksud kesamarataan dan keadilan untuk rakyat. Simbol dacing ini telah menggantikan simbol kapal layar yang digunakan oleh Parti Perikatan sebelum itu.Pada dasarnya kewujudan parti Barisan Nasional ini adalah rentetan daripada peristiwa hitam yang melanda negara iaitu peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Hal ini kerana, kesemua parti komponen yang menyertai parti barisan Nasional telah mempersetujui suatu konsep iaitu perpaduan yang dianggap penting untuk kemajuan negara dan kesejahteraan bersama.Pilihan raya umum yang keempat ini memperlihatkan penyertaan parti barisan nasional yang bermula dengan gabungan sembilan buah parti politik iaitu UMNO, MCA, MIC dan PAS tetapi juga Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Parti-parti komponen yang menyertai Barisan Nasional adalah terdiri daripada parti yang asalnya adalah parti pembangkang yang kuat seperti PAS dan Gerakan (Idid S. A., 1994). Sebagai tokoh yang menerajui parti barisan Nasional, Tun Abdul Razak telah menyusun strategi dengan menjalankan hubungan diplomatik diantara Republik Rakyat China sehingga berjaya mempengaruhi sebahagian besar pengundi cina. Barisan Nasional telah mencapai kejayaan besar dengan memenangi 235 kerusi daripada 154 kerusi Dewan rakyat semasa pilihan raya tahun 1974 termasuk 47 buah kerusi yang dimenangi tanpa bertanding (Ismail, 2005). Pesaing utama parti Barisan Nasional dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang iaitu Parti Perikatan Demokratik(DAP), yang diketuai olehLim Kit Siang dan telah memenangi sebanyak sembilan buah kerusi parlimen.Apa yang dapat dilihat sebagai isu utama dalam pilihan raya pada kali ini ialah isu penubuhan Parti Barisan Nasional yang telah menggabungkan parti komponen yang lain termasuklah Parti Islam SeMalaya (PAS). Penggabungan ini dilihat sebagai satu senjata yang dimiliki oleh parti baru seperti Barisan Nasional sehingga memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya pada kali itu. Hal ini kerana sebelum menyertai gabungan Barisan Nasional, Parti Islam SeMalaya (PAS) adalah antara parti pembangkang yang kuat dan mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri. Justeru itu apabila menyertai Barisan Nasional ianya merupakan satu kelebihan yang amat besar, apabila pengikut-pengikut Parti islam SeMalaya (PAS) mengundi parti komponen itu dan memastikan kemenangan buat parti utama iaitu Barisan Nasional.2.5 ISU PILIHANRAYA UMUM 1978 Pilihanraya Umum 1978 merupakan pilihan raya umum kelima di Malaysia dan telah diadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggalkan parti campuran Barisan Nasional untuk bertanding semula sebagai parti pembangkang. Berikutan itu, dalam pilihanraya ini terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan. Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Dipimpin oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang Melayu yang berpendidikan agama. Dalam pada itu, setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas Barisan Nasional. Penglibatan PAS didalam Barisan Nasional berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Undang-undang darurat yang diperkenalkan di Kelantan pada ketika itu adalah satu dasar undang-undang yang ditubuhkan berikutan peristiwa rusuhan yang melibatkan penyokong-penyokong Menteri Besar Kelantan iaitu Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai Menteri Besar Kelantan oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan itu sendiric. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Dato Haji Muhammad Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Rang undang-undang Darurat Kelantan telah dirangka bersama pemimpin-pemimpin PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Kemudiannya rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS sendiri. (Idid S. A., 1994)Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Pengkhianatan yang dimaksudkan oleh PAS adalah apabila Barisan Nasional tidak meletakkan calon PAS di Kelantan semasa pilihan raya. Kuasa kepimpinan yang didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari UMNO juga menyebabkan PAS tawar hati untuk terus berada dalam gabungan Barisan Nasional. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional dan kembali bertanding atas tiket pembangkang. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan Barisan Nasional. Hal ini terjadi apabila terdapat ahli pemimpin PAS menunjukkan rasa tidak puas hati dan cuba menentang kepimpinan Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan ialah mereka yang tidak bersetuju dengan idea penggabungan PAS bersama Barisan Nasional.Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional. Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.Isu yang menonjol pada pilihan raya kali ini adalah isu perpecahan parti komponen dalam Barisan Nasional dimana PAS telah disingklirkan dan bertindak untuk bertanding sebagai lawan kepada Barisan Nasional. Ternyata isu tersebut mempengaruhi keputusan pilihan raya pada kali ini sekaligus mengekalkan dominasi Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan. Dari 43 kerusi DUN seluruh negara pada pilihan raya 1974 jatuh kepada 11 kerusi sahaja pada tahun tersebut. Kerusi PRU parlimen perolehan PAS lepas itu juga berkurang dari 14 tahun 1974 kepada 5 kerusi sahaja pada tahun 1978 (Idid S. A., 1994). Oleh itu, tindakan PAS keluar dari Barisan Nasional merupakan faktor kekalahan PAS dalam Pilihan Raya Umum 1978, sekaligus menggambarkan kejatuhan kekuasaan dan pengaruh PAS di Malaysia. Ada yang berpendapat kejatuhan PAS adalah kerana pimpinan dan tenaga kerja PAS lebih banyak tertumpu kepada sumbangan dalam jentera kerajaan dari tumpuan untuk menggerakkan parti sendiri. Hal ini menyebabkan ahli-ahli PAS terabai dan kurang mendapat pengisian sewajarnya dari segi kerohanian dan kesedaran politik. Sehingga tiada beza antara ahli dan bukan ahli hingga boleh mengelirukan dalam menjadikan mereka sebagai regu perjuangan parti tersebut.2.6 ISU PILIHANRAYA UMUM 1982Pada pilihan raya yang keenam iaitu 1982, masyarakat Malaysia khasnya mengambil perhatian kepada Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik untuk memimpin negara. Ketika pilihan raya diadakan, tempoh jawatan yang disandang berusia lebih kurang lapan bulan. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Dr. Mahathir Mohamad. Dato Hussein Onn telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 (1976-1981) dan terus melantik Dr.Mahathir Mohamad sebagai peneraju pucuk pemimpin seterusnya. Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Ahmad Atory Hussain, bertajuk Dimensi Politik Melayu 1980-1990 mengatakan semasa pelantikan Dr.Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri, Hussein Onn sebanyak tiga kali menyebut Saya harap pilihan saya adalah tepat. Hal ini bermakna harapan Tun Hussein Onn kepada Dr.Mahathir sangat besar dalam memelihara dan memajukan negara. Dr. Mahathir secara rasminya menjawat jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tidak dapat dinafikan, apabila Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia terdapat banyak perubahan yang dibawa oleh beliau, walaupun terdapat banyak isu-isu politik yang negatif yang harus dihadapi oleh beliau. Pada pilihan raya ke-6 ini tiadalah isu yang besar selain perebutan kuasa oleh parti-parti selain dari parti UMNO. Hal ini untuk mengukuhkan kedudukan kuasa masing-masing di arena politik. Isu-isu yang diberi perhatian adalah berkenaan dasar yang dibuat oleh Dr.Mahathir. Semasa era Dr.Mahathir terdapat pelbagai perubahan dan idea-idea baru yang diketengahkan oleh beliau. Justeru, terdapat reaksi positif dan negatif oleh pelbagai pihak dengan dasar baru yang diperkenalkan itu. Dr.Mahathir memperkenalkan konsep atau slogan Bersih, Cekap, dan Amanah serta Dasar Pandang ke Timur. Beliau juga telah menukar waktu Greenwich kepada waktu tempatan dengan melewatkan setengah jam untuk menyamakan waktu sabah dan sarawak. Perubahan waktu ini telah diikuti oleh Singapura. Selain itu, beberapa dasar lain yang dibentuk oleh Dr.Mahathir iaitu Dasar Penswastaan, Dasar Persyariktan Malaysia, Buy British Last, Kepimpinan Melalaui Teladan, Dasar Luar Yang Lebih Bebas, Dasar Perindustrian Berat Negara, Dan Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Awam. Dr. Mahathir berusaha menerapkan nilai-nilai islam dalam pentadbirannya. Perkara ini diambil serius oleh beliau memandangkan beliau menyedari arus kebangkitan Islam mula berkembang di ambang pemerintahannya. Perkara ini juga turut berkaitan dengan pengaruh yang dibawa oleh parti politik yang lain seperti PAS, ABIM dan Pertubuhan Islam di negara ini menyebabkan dasar UMNO mesti sejajar denga arus kebangkitan Islam demi kewujudan UMNO itu sendiri. Lalu, apakah strategi yang dibuat oleh beliau? Antaranya adalah kerajaan mengambil langkah menubuhkan Bank islam dan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta melaksanakan insuran Islam. Jadi langkah penerapan islam ini baru berada di peringkat permulaan yang di kendalikan oleh Dr.Mahathir sendiri dan menyedari bahawa langkah ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dasar yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir ini membawa pandangan positif juga negatif, antaranya, rakyat ingin mengetahui apakah dasar yang dilaungkan oleh Dr.Mahathir akan berjaya menjadi kenyataan atau sekadar slogan kosong sahaja. Rakyat juga menyanjung kepimpinan beliau kerana dasar dan rancangan pembangunan untuk negara kelihatan suatu yang mencabar kredibiliti negara ke arah negara membangun. Sekurang-kurangnya Dr.Mahathir telah memberi jalan dan menggalakkan bangsanya berdaya maju dan berdaya saing seterusnya membuktikan bahawa beliau seorang yang berpandangan jauh dalam kepimpinannya. Apatah lagi, rakyat amat menyanjung tinggi semua tindakan dan rancangan yang disediakan oleh beliau kerana idea-idea semoden ini belum pernah ditonjolkan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, mereka juga ingin tahu adakah dasar tersebut akan membawa faedah yang lebih besar. Tidak kurang juga yang menentang dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir ini contohnya Ibrahim Azmi bin Hassan, iaitu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu dengan lantang menyuarakan pendapat negatifnya dan mengkritik rancangan Dr.Mahathir untuk membuat proton saga dan membina jambatan Pulau Pinang (Ahmad Atory Hussain,1997). Bagi pendapat beliau, projek ini bakal menggunakan belanja hampir tiga kali ganda jumlah yang dianggarkan. Tambah beliau lagi, projek proton saga tidak mendatangkan keuntungan karana kebanyakan bahagian utama proton saga itu masih diimport dari negara Jepun. Menurutnya adalah lebih bermanfaat sekiranya negara menghantar serta melatih rakyat kita membuat kereta di Jerman. Lalu, barulah boleh dikatakan kita mengeluarkan kereta jenama sendiri tanpa mengharapkan kepakaran orang lain (Ahmad Atory Hussain,1997). Ibrahim Azmi juga menambah bahawa kita tidak perlu tergesa-gesa membuat kereta sendiri. Projek proton saga dan jambatan Pulau Pinang ini dikategorikan sebagai projek mewah kerana menelan ratusan juta ringgit Malaysia. Contohnya pembinaan jambatan Pulau Pinang menelan belanja sebanyak RM10 000 juta. Malah pemindahan teknologi yang diperoleh tidak sebanyak yang diharapkan dan keuntungan yang bakal diperoleh menelan jangka masa yang lama. Malaysia dilihat masih belum bersedia membuat kereta sendiri, dan lebih baik dana yang ada dilaksanakan untuk program rakyat.Bagi Dr.Mahathir cara terbaik bagi sebuah negara seperti Malaysia ialah pentadbiran yang stabil selari dengan kekuatan ekonomi dan mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain untuk mengelakkan penjajahan berterusan melalui kuasa ekonomi negara-negara dunia pertama. Selain itu, beliau merasakan bahawa untuk memerintah Malaysia, autoriti atau pihak pemerintah perlulah kuat lagi dihormati. Bagi beliau tanpa autoriti yang kuat sesuatu masyarakat itu boleh terjerumus ke arah anarki.Mungkin terdapat pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh sesetengah golongan yang mempersoalkan dasar kerajaan. Tindak balas itu, bolehla kita katakan bahawasanya kerana ketidakfahaman tentang sesuatu dasar kerajaan. Akibatnya, lahirlah kritikan terhadap kerajaan, walaupun dasar kerajaan pada hakikatnya untuk kebaikan kerana dasar dan perancangan ekonomi negara disesuaikan dengan saranan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagaimanapun, sesetengah golongan hanya membuat kritikan menurut kaca mata ideologi mereka. Pilihan raya diumumkan secara mengejut sehingga persediaan yang kurang rapi oleh parti politik yang lain. Hal ini kerana pilihan raya umum tersebut diadakan lebih awal daripada tarikh sebenarnya iaitu pada 21 April 1982 disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika itu. Itu adalah salah satu faktor bagi mengelakkan keadaan tersebut terus menyelubungi suasana pilihan raya. Taktik yang dilaksanakan oleh Dr.Mahathir dengan mempercepatkan pilihan raya itu berjaya apabila UMNO telah memenangi 132 kerusi Parlimen daripada 154 kerusi, termasuk 12 buah kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. Kerusi Dewan Rakyat di Parlimen yang dimenangi oleh UMNO bertambah kepada 2 kerusi berbanding pada tahun 1978 iaitu 130 buah. Seterusnya kejayaan UMNO juga pada Dewan Undangan Negeri iaitu 280 kerusi daripada 311 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum tersebut. Manakala pihak pembangkang pula cuma memperoleh 22 kerusi Parlimen, iaitu 9 kerusi oleh DAP, 5 oleh PAS dan 8 daripada calon bebas. 2.7 ISU PILIHANRAYA UMUM 1986Pada pilihan raya yang ketujuh ini, terdapat begitu banyak isu dan juga masalah politik yang membanjiri fenomena tanah air. Hal ini sekali gus telah mempengaruhi dimensi dan fikiran rakyat untuk memilih pemimpin yang difikir betul oleh mereka. Antara isu-isu yang dipilih untuk dibincangkan di sini ialah isu perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu 1987 dan juga isu Memali.Untuk isu pertama, iaitu berkenaan perletakan jawatan oleh Musa Hitam telah menjadi isu yang hangat yang melanda tanah air. Musa Hitam telah meletakkan jawatannya pada Febuari 1986 (Ahmad Atory Hussain,1997). Lanjutan perletakan jawatan oleh Musa Hitam ini, perpecahan dalam parti menjadi kesan utama. Daripada isu perletakan jawatan oleh Musa Hitam ini, secara keseluruhannya terdapat dua faktor terbesar yang menyebabkan mengapa Musa Hitam bersungguh-sungguh ingin meletak jawatannya. Daripada pembacaan dan pemahaman sendiri, Musa Hitam sebenarnya tidak lagi dapat bertahan dengan cara pimpinan Dr.Mahathir. mungkin ini salah satu cara Dr.Mahathir mengeluarkan orangnya yang dirasakan tidak sesuai berada di tempat itu. Dr.mahathir tidak memecat Musa Hitam, tetapi Musa Hitam melihat dirinya tidak mempunyai peranan penting meskipun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri. Jadi, beliau mengambil keputusan tersebut kerana tawar hati dengan sikap pimpinan Dr.Mahathir. Manakan tidak, sebagai timbalan tentulah beliau tidak menginginkan kedudukannya diancam, tetapi cara Dr.Mahathir yang masih mengekalkan Tengku Razaleigh dalam kabinet menyebabkan Musa Hitam rasa kecil hati dan terancam. Dan ini dikatakan oleh Musa Hitam bahawa beliau tidak lagi sependapat dengan Dr.Mahathir. Dalam surat yang ditulis oleh Musa Hitam sebelum berlepas ke Davos, Switzerland menyatakan bahawa beliau tidak dapat lagi meneruskan prisnsipnya dan menjalankan tugas yang berasaskan kepercayaan, iltizam, dan dengan rela hati (Ahmad Lutfi Othman,1992). Dr.Mahathir dikatakan sudah mula tidak percaya dengan kepimpinan dan peranan musa hitam lagi (Ahmad Atory Hussain,1997). Musa Hitam berkemungkinan tawar hati menjadi orang bawahan Dr.Mahathir kerana walaupun kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri banyak dasar yang disusunnya, tidak dilaksanakan dan dipersetujui oleh Dr.Mahathir. Malah menurutnya, biarpun kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri namun beliau tidak mempunyai pejabat di bangunan PWTC. Semasa Musa Hitam membuat keputusan tersebut, difahamkan ramai anggota kabinet berpihak kepadanya. Setengah daripada mereka berpendapat, perletakan jawatan itu bukan semata-mata disebabkan rasa tidak puas hati Musa Hitam tetapi ada agenda lain iaitu satu strategi untuk meletakkan Dr.Mahathir dalam kedudukan yang genting dan dianggap oleh pihak yang rapat dengan Dr.Mahathir sebagai percubaan mengambil ahli kuasa. Tetapi itu hanya spekulasi yang dikhabarkan, jika difikir secara logik sudah tentu Musa Hitam mempunyai alasan tertentu untuk memusuhi Dr.Mahathir. Alasan yang jelas ialah beliau tidak menyenangi sikap Dr.Mahathir yang masih mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam kabinet, walapun Tengku Razaleigh tidak mepunyai jawatan penting yang dipertandingkan dalam UMNO. Beliau mahukan Tengku Razaleigh Hamzah diketepikan dai kabinet (Rahman Shaari, 1989). Tengku Razaleigh hanya memegang jawatan Bendahari UMNO iaitu jawatan yang diberikan oleh pucuk pimpinan. Musa Hitam sedar bahawa kehadiran Tengku Razaleigh hanya akan menyekat perjuangan politik beliau dan beliau akan ditentang terus-menerus. Apatah lagi mereka pernah bertanding untuk jawatan yang sama iaitu Timbalan Perdana Menteri.Faktor kedua yang difikirkan alasan munasabah yang diberikan oleh Musa Hitam ini ialah, dasar yang dikemukakan oleh Dr.Mahathir tidak disenangi oleh Musa Hitam. Malah Musa Hitam sendiri mengaku bahawa beliau tidak berapa setuju dengan beberapa dasar yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir seperti Projek Proton Saga, Jambatan Pulau Pinang dan Projek-Projek mewah seperti industri berat. Bagi Musa Hitam pembinaan jambatan pulau pinang menelan belanja sebanyak rm10, 000 juta. Pada waktu ini keadaan ekonomi adalah gawat, jadi ia dianggap projek yang hanya membuang duit negara. Menurut Musa Hitam juga Malaysia bukan negara kaya dan mempunyai penduduk padat. Kebanyakan negara mahukan projek mewah seperti itu, tetapi projek tersebut tidak perlu diadakan kalau tidak berkemampuan. Jika dilakasanakan juga negara terpaksa menanggung beban hutang. Kedua-dua faktor diatas dijadikan faktor dominan yang dijadikan oleh musa hitam. Mungkin terdapat alasan-alasan lain, contohnya banyak isu-isu besar yang telah dipertanggungjawabkan dibawahnya, salah satunya ialah mengenai isu Ketua Menteri Sabah, beliau dituduh oleh orang Dr.Mahathir kerana membiarkan Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri. Bagaimanapun, menurut sumber lain kes ini adalah lebih berkait rapat dengan Harris Salleh yang dikatakan akrab dengan Perdana Menteri. Musa Hitam juga dikaitkan dengan isu Memali dimana beliau dituduh memberi arahan kepada pihak polis untuk bertindak terhadap pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.Terdapat juga alasan peribadi yang diberikan namun sukar untuk diterima. Sudah tentulah terdapat faktor yang kukuh di atas keputusan yang sangat besar seperti itu apatah lagi beliau merupakan tokoh yang beribawa dan berpengaruh. Satu jawatankuasa pemujuk telah dibentuk yang terdiri daripada Datuk Seri Amar Wan Mokhtar (Menteri Besar Terengganu), Ramli Ngah talib (Menteri Besar Perak), Najib Tun Abdul Razak dan Ajib Hj. Ahmad untuk memujuk Musa Hitam yang berada di London ketika itu. Akhirnya, beliau bersetuju memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja. Setelah perletakan Jawatan Kuasa oleh Musa Hitam, jawatan beliau diganti oleh Tun Ghafar Baba iaitu seorang tokoh veteran UMNO yang menjadi wakil rakyat sejak pilihan raya umum pertama iaitu pada 7 Mei 1986.Isu kedua memuncak yang akan dibincangkan mengenai isu hangat pada pilihan raya 1987 ialah mengenai isu Memali. Peristiwa ini berlaku pada 18 November 1985 (Syed Arabi Idid, 1994). Dalam peristiwa ini, seramai 18 orang terkorban, 4 orang daripadanya merupakan anggota polis. Peristiwa itu dikaitkan dengan pemburuan mencari Ustaz Ibrahim Libya, iaitu seorang penceramah agama dari parti PAS untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perkhabarannya bahawa ini adalah arahan daripada Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri. Dikatakan perjuangan kumpulan Ibrahim Mahmood sebenarnya bukan atas dasar atau tujuan menegakkan agama islam tetapi bermotif politik. Mereka sebenarnya memperjuangkan kepentingan politik segolongan ahli-ahli politik pembangakang, termasuk Ibrahim Mahmood sendiri, dengan berselindung di sebalik perjuangan Agama Islam (Dato Musa Hitam, 1986). Golongan ini begitu ghairah untuk merampas tampuk pemerintahan negara dengan cara apa sekalipun. Ini termasuklah melalui penyalahgunaan agama, menghasut rakyat jelata khususnya masyarakat melayu/islam supaya membenci dan menentang pihak berkuasa dan jika perlu mengguling kerajaan secara kekerasan. Untuk itu, seramai 3600 anggota polis lengkap bersenjata memasuki Kampung Memali pada ketika itu. Namun, setelah itu terdapat percanggahan yang berlaku antara Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri Kedah dan Musa Hitam dalam arahan yang diberi oleh mereka sekaligus menjadikan operasi tersebut satu tragedi ngeri yang menjatuhkan imej dan kredebiliti Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Isu Memali telah membuka peluang kepada pihak pembangkang, khasnya PAS untuk mengurangkan bilangan kerusi UMNO. Selain Kelantan dan Terengganu, pengaruh PAS dikatakan berkembang pesat di Kedah, Perlis, Perak, dan Selangor. Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul sepanjang tahun sehingga menjelang pilihan raya 1986 ini, tetapi rakyat masih berfikiran matang dalam menangani segala khabar angin. Terdapat ramai lagi yang mempercayai pucuk pimpinan yang dijalankan oleh Dr.Mahathir dan orang-orangnya. Malah UMNO berjaya membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN. Contohnya 148 kerusi parlimen daripada 177 dan 307 kerusi DUN daripada 351 kerusi dipertandingkan. Manakala PAS hanya berjaya memenangi satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang memenangi 24 kerusi Parlimen dan PBS menang 4 kerusi Palimen.2.8 ISU PILIHANRAYA UMUM 1990Pilihanraya umum 1990 merupakan pilihanraya ke-8 Malaysia. Sebelum pilihanraya ini, terdapat beberapa isu politik telah berlaku yang memberi kesan kepada struktur politik pada ketika itu. Antara isu yang berlaku sebelum pilihanraya umum ke-8 ialah berlaku krisis dalaman UMNO dan juga penubuhan parti politik yang baru. Isu-isu politik ini telah menyebabkan struktur parti UMNO berubah.

Krisis dalaman UMNO berlaku semasa pemilihan UMNO pada 24 April 1987 (Ahmad Atroy Hussain, 1993). Krisis tersebut telah melibatkan dua pihak iaitu Tun Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pemilihan tersebut, Tun Mahatir Mohamad telah ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden parti. Manakala Tun Ghafar Baba telah ditentang oleh Datuk Musa Hitam untuk jawatan timbalan presiden. Bermula daripada pertandingan inilah lahir dua puak dalam UMNO iaitu puak Tengku Razaleigh dan puak Musa Hitam yang mendapat sokongan moral daripada Dr Mahatir Mohamad. Manakala puak Tengku Razaleigh juga tidak kurang mendapat sokongan daripada ahli UMNO. Selain itu, Tengku Razaleigh juga mendapat sokongan daripada beberapa orang bekas pemimpin termasuk Tunku Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman serta sebahagian daripada menteri kabinet. Isu kempen pemilihan ini berkisar pada soal status peribadi kedua-dua calon. Tengku Razaleigh dikatakan kurang semangat nasionalisme, lebih memihak kepada orang Cina, konservatif, mengamalkan rasuah, sukar hendak berjumpa dan sebagainya (Ahmad Atroy Hussain, 1993). Pengikut Tengku Razaleigh turut membuat tuduhan terhadap peribadi Musa Hitam. Walau bagaimanapunTengku Razaleigh telah kalah dalam pertarungan ini dengan memperoleh 517 undi sahaja. Tun Mahatir Mohamad dan Tun Ghafar Baba berjaya mengalahkan lawan masing-masing dengan kelebihan undi 43 dan 40 undi (Ahmad Atroy Hussain, 1993). Kemenangan Tun Mahatir Mohamad dan Tun Ghafar Baba telah menyebabkan wujud ketidakpuasan hati daripada pihak Tengku Razaliegh dan juga Musa Hitam.Seterusnya, rasa tidak puas hati itu telah menyebabkan kes saman berlaku kepada parti UMNO. Tengku Razaleigh Hamzah kemudiannya telah membawa UMNO ke mahkamah dengan matlamat menafikan kemenangan Tun Mahathir Mohamad. Akan tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim bukan sahaja mengisytiharkan pemilihan parti UMNO tidak sah, malah mengharamkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik pada 4 Februari 1988 (Mohd Ali Kamarudin, 2004). Keputusan pengharaman UMNO berlaku disebabkan berlaku banyak penyelewengan sebelum pemilihan dalam bahagian dan cawangan UMNO serta di perhimpunan Agung 24 April 1987. Antara cawangan UMNO yang dikatakan tidak berdaftar ialah Pasir Puteh, Kelantan, Machang, Kelantan, Rantau Panjang, Kelantan, Jelutong, Pulau Pinang dan lain-lain lagi (Ahmad Atroy Hussain, 1993).Ketika menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hakim Harun Hashim telah memberi masa selama enam bulan untuk UMNO menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah. Dengan itu, satu jawatankuasa yang dianggotai oleh oleh sebilangan anggota daripada kedua-dua pihak telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat buat pertama kali pada 27 Oktober 1987. Bagaimanapun tidak ada penyelasaian yang diperolehi. Pada pukul 6.20 petang, 4 Februari 1988 di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Hakim Harun Hashim telah membacakan keputusan penghakiman yang menyatakan bahawa pemilihan UMNO dan perhimpunan Agung 24 April 1987 adalah tidak sah dan telah dibatalkan (Ahmad Atroy Hussain, 1993). Dalam Warta Kerajaan Persekutuan, bilangan No. 1209 bertarikh 15 Februari 1988 telah mewartakan bahawa UMNO bilangan P.P.M. 457/49 telah terbatal pertubuhannya yang berkuat kuasa pada 22 Februari 1988. Selepas keputusan tersebut diumumkan, Tun Dr Mahatir Mohamad telah mencari alternatif lain untuk memulihkan parti UMNO. Akhirnya, Dr. Mahatir Mohamad telah menubuhkan UMNO Baru yang pendaftarannya telah diluluskan pada 17 Februari 1988. Pendaftaran UMNO Baru telah dibuat pada 15 Februari 1988 dengan lancar tanpa halangan daripada Pendaftar Pertubuhan (Ahmad Atroy Hussain, 1993). Pengumuman penubuhan UMNO Baru dibuat serentak dengan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional untuk menerima UMNO Baru sebagai anggota komponen Barisan Nasioanl yang ke-13. Dalam UMNO Baru Tun Dr Mahatir Mohamad telah memegang jawatan presiden parti dan telah mengambil peluang tersebut untuk menyingkirkan musuh-musuh utama dalam parti. Oleh yang demikian, Tengku Razaleigh dan pengikutnya telah tersingkir daripada UMNO. Mereka masih berpeluang umtuk menjadi ahli UMNO Baru dengan memohon menjadi ahli. Namun beliau tidak mengambil tindakan tersebut sebaliknya menubuhkan parti politik baru iaitu Semangat 46.Kesimpulannya, kemuncak konflik dalam UMNO ialah pengharaman parti itu daripada beroperasi. Kegagalan untuk menguatkuasakan kompromi jelas kelihatan dan akhirnya pemerinyah terpaksa menggunakan proses undang-undang bagi menamatkan konflik antara dua kelompok yang bertarung. Disamping itu, krisis dalaman yang berlaku ini telah memberikan kesan kepada parti UMNO semasa pilihanraya umum 1990. Semasa pilihanraya tersebut, Semangat 46 telah memberi tentangan kepada UMNO. Selepas itu, parti Semangat 46 telah menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO. Pilihanraya umum 1990 telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. Kesannya, Barisan Nasioanl juga telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan (Hj. Mohamad Hj. Hasim. 1993).2.9 ISU PILIHANRAYA 1995Pilihanraya umum 1995 merupakan pilihanraya yang ke-9 di Malaysia. Pilihanraya umum ini merupakan yang keempat sejak Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Dalam pilihanraya ke-9 ini , satu rombakan Kabinet dalam kerajaan Barisan Nasionak telah berlaku. Hal ini berlaku apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 1 Disember 1993. Selain itu, Dr Mahathir Mohammad telah membubarkan parlimen sebelum tempohnya berakhir iaitu pada 15 April 1995. Pengumumun ini ternyata tidak begitu mengejutkan kerana masyarakat sudah dapat meramal pilihanraya pada tahun tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya (Syed Arabi Idid, 2011). Pilihanraya umum di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada 25 April 1995, manakala di Sabah dan Sarawak pula pada 24 dan 25 April 1995. Terdapat 192 kerusi parlimen dan 394 kerusi DUN yang dipertandingkan. Seterusnya, seramai 20 calon yang menang tanpa bertanding iaitu 11 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN. Barisan Nasional telah bertanding bagi kesemua kerusi Parlimen dan 385 kerusi DUN. Manakala parti Democratic Action Party (DAP) pula bertanding di 50 kerusi Parliemen dan 103 kerusi DUN dan Parti PAS pula bertanding di 45 kerusi Parlimen dan 178 kerusi DUN dan Semangat 46 bertanding di 65 kerusi Parlimen dan 130 kerusi DUN. Selain itu PRM turut bertanding di 3 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN , AKIM di 1 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN dan calon bebas bertanding 41 kerusi Parlimen dan 34 kerusi DUN (Syed Arabi Idid, 2011).Keputusan pilihanraya ini telah memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional apabila memenangi 162 daripada 192 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Pada hari penamaan calom iaitu pada 15 April 1995, Barisan Nasional telah memenangi 11 kerusi Parlimen tanpa bertanding termasuk 9 kerusi di Sarawak. Tuntasnya, pilihanraya yang ke-9 ini tidaklah menonjolkan isu yang besar. Kemenangan Barisan Nasional ternyata tidak dapat dicabar oleh parti politik yang lain. Hal ini kerana parti Barisan Nasional sentiasa konsisten pada setiap pilihanraya yang dijalankan pada setiap lima tahun.

2.10 ISU PILIHAN RAYA UMUM 1999Dalam abad ke 20, pilihan raya pada tahun 1999 merupakan pilihan raya yang terakhir pada abad itu. Pilihan raya tahun 1999 juga merupakan pilihan raya yang ke sepuluh dalam era negara Malaysia. Melalui sejarahnya, pilihan raya tahun 1999 juga merupakan pilihan raya umum yang cukup getir bagi negara kita kerana pilihan raya ini diadakan semasa kekecohan berlaku di Malaysia sendiri akibat masalah ekonomi dan politik secara khasnya. Hal ini berlaku berikutan pada Julai 1997, iaitu berlakunya krisis ekonomi yang boleh menjatuhkan aras kewangan Malaysia kesan daripada permainan mata wang asing. Seperti mana pilihan raya yang lain, pilihan raya pada tahun 1999 juga pasti ada isu yang dibangkitkan tetapi tidak semua isu itu diyakini dan memberi kesan kepada pemilih dalam membuat keputusan semasa pilihan raya. Kemungkinan besar isu berkenaan dianggap sebagai isu lama yang dilitupi oleh perkara lain misalnya seperti keadaan ekonomi yang memberangsangkan semasa berlaku dalam pilihan raya tahun 1995. Maka atas sebab inilah sesetengah parti dianggap sebagai kekurangan isu dalam pilihan raya.Isu dominan dalam pilihan raya tahun 1999 yang telah mengejutkan negara kita Malaysia dengan menyaksikan isu penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO.Penyingkiran ini telah menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO, Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan jawatan-jawatan lain dalam parti berkuatkuasa pada 4 September 1998 setelah satu perjumpaan Majlis Tertinggi UMNO telah dibuat. Rentetan daripada itu, jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan sejak pemecatan itu dikuatkuasakan dan telah diisi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Januari 1999. Maka dengan itu, secara rasminya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN (Syed Arabi Idid, 2011).Pemecatan dan penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa. Namun demikian, Datuk Seri Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dalam negara. Tetapi, penyokong Tun Dr. Mahathir pula percaya bahawa Datuk Seri Anwar cuba untuk menggantikan Tun Dr.Mahathir sebagai perdana menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama, iaitu isu korupsi dan nepotisme.Penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kabinet Malaysia telah menjadikan suasana negara dan politik negara Malaysia bertambah buruk lalu muncul era politik baru. Kemunculan era politik baru dikejutkan dengan penubuhan Barisan Alternatif dalam politik negara kita seolah-olah wujudnya sistem dwiparti dalam politik Malaysia. Barisan Alternatif terhasil dari insiden penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti pada tahun 1998. Jadi, insiden inilah telah mendorong parti politik pembangkang untuk bersatu dan mengemukakan agenda reformis kepada masyarakat Malaysia. Agenda reformis dapatlah dikatakan sebagai pro-Anuar Ibrahim kerana merasakan Anuar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau. Jadi, golongan pembangkang berusaha menuntutnya daripada pihak bertanggungjawab melalui agenda reformis mereka. Ekoran itu, krisis Datuk Seri Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali Gerakan Reformasi dan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Barisan Alternatif telah dianggotai oleh beberapa parti politik lain seperti PAS, DAP, PKR dan PRM. Walaupun, Barisan Alternatif mempunyai lambang parti yang berbeza-beza namun Barisan Alternatif telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum tahun 1999 untuk menuntut keadilan berkenaan penyingkiran Datuk Anuar Ibrahim daripada kabinet serta lebih kepda ingin memerintah Negara. Sehubungan dengan itu, Barisan Alternatif telah mengeluarkan satu manifesto bersama yang bertajuk Ke Arah Malaysia Yang Adil pada 24 Oktober 1999. Melalui manifesto tersebut, Barisan Alternatif telah menggariskan visi, matlamat dan dasar pengganbungan empat buah parti pembangkang untuk semua negara Malaysia yang baru (Ghazali Mayudin et.al, 2006).Walaupun masih baru berada dalam arena politik Malaysia, namun Barisan Alternatif telah menawan dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Dan peristiwa ini bukan sahaja telah mengejutkan sistem politik Malaysia malah rakyat Malaysia sendiri. Justeru, timbul tanda tanya dalam diri rakyat Malaysia bagaimana parti politik baru telah berjaya menawan dua buah negeri sedangkan Barisan Alternatif belum mempunyai pengalaman yang banyak dalam dunia politik. Jadi, ini telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa goyahnya kedudukan Barisan Nasional di Kelantan dan Terengganu. Kemenangan Barisan Alternatif di dua negeri iaitu, Kelantan dan Terengganu hasil daripada kerjasama dan berorganisasi dengan teratur sekali terutamanya dalam membuat penggabungan, menganjurkan ceramah bersama dan melancarkan manifesto bersama. Usaha yang dilakukan oleh parti pembangkang di Kelantan dan Terengganu telah membuahkan kejayaan dengan kemenangan dalam pilihan raya 1999. Malahan, pembahagian kerusi tandingan turut berjalan lancar tanpa tercetusnya pertelingkahan yang serius antara parti pembangkang. Dapat dilihat bahawa penubuhan Barisan Alternatif merupakan satu garis pemisah dalam politik Malaysia di mana Malaysia telah mencuba sistem dwiparti yang agak berbeza dengan sistem parti dominan yang telah mendasari landskap politik Malaysia untuk sekian lama. Kegagalan DAP untuk terus bersama Barisan Alternatif dapat menjelaskan hakikat betapa mendalamnya aspek perkauman dalam politik Malaysia. Jadi, rentetan daripada isu penyingkiran dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa satu isu yang menjadi dominan dalam pilihan raya umum tahun 1999. Hal ini kerana isu ini telah mendapat perhatian bukan sahaja daripada masyarakat sejagat malah pihak media dan negara luar.Selain itu, masalah ekonomi turut menjadi isu dalam pilihan raya tahun 1999 yang mana pada Julai 1997 berlaku kegawatan ekonomi dan akibat daripada permainan mata wang asing telah mengancam nilai mata wang negara-negara di Asia termasuklah Asia Tenggara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam. Permainan mata wang ini telah menyebabkan syarikat-syarikat yang tidak berdaya terpaksa ditutup, pengangguran meningkat, saham di bursa saham negara jauh mendadak seterusnya mengakibatkan ekonomi negara jatuh ke tahap paling bawah. Oleh itu, keadaan ekonomi yang lemah ini telah dijadikan isu oleh pihak pembangkang untuk menunjukkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional. Isu ini juga telah mendapat perhatian oleh pemimpin dan pembangkang dalam memperbaiki ekonomi negara justeru, isu ini telah dijadikan alasan oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya tahun 1999 sebagai tanda kejatuhan negara di bawah pimpinan Barisan Nasional. Namun demikian, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir telah melancarkan pelbagai dasar yang lebih drastik seperti Wawasan 2020, dasar perindustrian berat, dasar automobil dan pelbagai projek mega yang lain (Ghazali Mayudin et.all, 2006).Pada 12 hingga 13 Mac tahun 1999 berlangsung pilihan raya umum di Sabah bagi membolehkan rakyat memilih mandat baru untuk mentadbir negara khasnya di negeri di bawah bayu. Oleh itu, pada 22 Februari 1999 pembubaran parlimen telah berlaku bagi memilih wakil rakyat yang disegani oleh penduduk Sabah. Pada pilihan raya tahun 1999 sebanyak tujuh buah parti yang bertanding, iaitu UMNO cawangan Sabah, Parti Demokratik Sabah (PDS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Liberal Democratic Party (LDP), Sabah Progressive Party (SAPP), Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR), dan Malayan Chinese Association Sabah (MCA cawangan Sabah). Dalam pilihan raya tahun 1999 di Sabah, isu yang paling menonjol sekali ialah berkaitan tentang keupayaan Barisan Nasional dalam membangunkan dan membawa kejayaan untuk menyatu-padukan suku kaum-suku kaum yang ada di Sabah. Maka dengan itu, parti pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mempersoalkan kenyataan isu ini dalam pilihan raya tersebut. menurut Pairin Kitingan, iaitu peneraju bagi Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional gagal memenuhi manifestonya dalam pilihan raya tahun 1994 untuk membangunkan Sabah dari segi perpaduan antara kaum-kaum yang ada di Sabah selain gagal membawa perubahan dalam bidang sosioekonomi. Masalah seperti masalah perumahan, kemiskinan, peluang pekerjaan yang kurang dan ketidaseimbangan infrastruktur adalah masih di bawah tidak memuaskan. Justeru, menurutnya lagi, kehadiran Barisan Nasional di Sabah hanya membawa kekayaan kepada golongan elit yang berkecimpung dalam bidang politik dan bukannya kepada rakyat Sabah khasnya dan ini telah membawa kepada peningkatan jurang sosial (Lai Yew Meng, 2002).Seterusnya, isu politik wang, pengundi hantu dan pemalsuan kad pengenalan di Sabah. Menurut parti pembangkang, Barisan Nasional telah memalsukan kad pengenalan kepada imigran haram yang datang ke Sabah bagi meningkatkan saiz pengundi Barisan Nasional maka ini merupakan dirty tricks dalam pilihan raya. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Calon PBS di Bingkor, iaitu Jeffrey Kitingan yang mendakwa bahawa seramai lebih daripada 20 000 orang pengundi dalam pilihan raya tahun sebelumnya merupakan pengundi hantu (Lai Yew Meng, 2002). Justeru, ketua parti pembangkang Pairin Kitingan telah mencadangkan untuk menjemput pemerhati antarabangsa bagi memerhati perjalanan pilihan raya selain membentuk keyakinan dalam kalangan masyarakat terhadap proses pilihan raya. Namun demikian, cadangan Pairin Kitingan telah ditolak oleh Barisan Nasional atas alasan bahawa akan membolehkan imej negara sebagai negara yang berdemokrasi akan tercalar. Dan kenyataan ini telah dibida oleh Ketua Umno Negeri, iaitu Osu Sukam beliau berpendapat bahawa pilihan raya merupakan cara yang terbaik untuk memilih mandat baru dan tidak boleh disangkal lagi. Hal ini kerana pilihan raya mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi justeru tidak perlu dipersoalkan lagi selain melibatkan soal integriti dalam negara kita (Lai Yew Meng, 2002). Dalam pilihan raya tahun 1999 ini telah menyaksikan kemenangan yang masih berpihak kepada Barisan Nasional dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 148 kerusi daripada 193 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan. Keputusan-keputusan lain pula menunjukkan bahawa parti PAS menang sebanyak 26 kerusi diikuti DAP sebanyak 10 kerusi, seterusnya keADILan telah memenangi 5 kerusi dan parti PBS juga telah memenangi dalam pilihan raya tahun 1999 sebanyak 3 kerusi. Manakala, bagi kerusi DUN pula memperlihatkan hanya calon daripada empat buah parti utama sahaja yang berjaya memenangi kerusi, iaitu Barisan Nasiona; sebanyak 281 kerusi, diikuti parti PAS sebanyak 98 kerusi, parti DAP pula 11 kerusi dan 4 kerusi dimenangi oleh parti KeADILan. Walaupun, kemenangan BN hanya melebihi dua pertiga sahaja namun BN mendapat mandat baru untuk membentuk kerajaan. Akan tetapi, secara telitinya BN telah kehilangan sebanyak 10 kerusi Parlimen kepada pembangkang.Parti PAS muncul sebagai parti komponen yang paling berjaya dalam Barisan Alternatif berbanding tiga lagi parti gabungan yang lain seperti DAP, PRM dan KeADILan setelah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Kekalahan dalam kemenangan yang dialami oleh BN dibuktikan dengan kejatuhan negeri Terengganu ke tangan PAS yang memenangi 28 kerusi DUN daripada 32 kerusi dan 7 kerusi Parlimen di samping kejayaan PAS mengekalkan pentadbiran di negeri Kelantan. Dalam pada itu, negeri-negeri lain seperti Kedah, Selangor, Pahang dan Perlis juga telah menunjukkan kemaraan parti PAS (Syed Arabi Idid, 2011).Kesimpulannya, bagi saya pilihan raya merupakan satu proses yang kompleks kerana melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan masing-masing mengundi berdasarkan pertimbangan yang tidak semestinya sama di antara satu sama lain. Hal ini dilihat dalam pilihan raya tahun 1999 yang mana senario pilihan raya di semenanjung Malaysia jauh berbeza dengan senario di Sabah. Namun demikian, isu penyingkiran dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu hangat dalam pilihan raya tahun 1999 sehingga memberi impak kepada sistem politik tanah air.

3.0 NILAI DAN PENGAJARANSelepas membincangkan mengenai isu-isu pilihanraya umum ini, terdapat beberapa nilai dan pengajaran yang dapat dipelajari untuk iktibar kita semua. Pengajaran yang pertama ialah bertanggungjawab. Hal ini ditunjukkan semasa pilihanraya 1959 yang mana tanggungjawab pemimpin ialah mengawal hak-hak rakyat seperti hak mengundi dan jangan memberi kerakyatan yang longgar. Hal ini akan menyebabkan banyak isu negatif berlaku. sebagai contohnya, kerakyatan yang longgar akan menggugat keselamatan rakyat. Manakala tanggungjawab rakyat pula ialah mengundi pemimpin yang berkaliber iaitu boleh membawa kemajuan kepada negara dan menjamin keselamatan negara.Pengajaran yang kedua ialah berusaha. Jika kita ingin mendapatkan sesuatu, kita haruslah berusaha. Sebagai contohnya, orang Melayu berusaha untuk mendapatkan kedudukan istimewa mereka dalam jawatan awam manakala orang Cina berusaha memperjuangkan pendidikan Cina di Sekolah. Akhirnya, perjuangan mereka ini tidak sia-sia dan berjaya. Selain itu, kita perlulah yakin dengan keputusan yang dibuat. Contohnya, semasa Pelantikan Dr, Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Dato Hussein Onn telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 (1976-1981) dan terus melantik Dr. Mahathir Mohamad sebagai peneraju pucuk pimpinan seterusnya. Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Ahmad Atroy Hussain yang bertjauk Dimensi Politik Melayu 1980-1990 mengatakan semasa pelantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri, Hussein Onn sebanyak tiga kali menyebut saya harap pilihan saya adalah tepat. Hal ini bermakna harapan Tun Hussein Onn kepada Dr. Mahathir sangat besar dalam memelihara dan memajukan negara.Seterusnya ialah penerapan nilai-nilai keagamaan dalam pentadbiran seperti yang dilakukan Dr. Mahathir daam pentadbirannya. Perkara ini diambil serius oleh beliau memandangkan beliau menyedari arus kebangkitan Islam mula berkembang di ambang pemerintahannya. Perkara ini juga turut berkaitan dengan pengaruh yang dibawa oleh parti politik yang lain seperti PAS, AKIM dan Pertubuhan Islam di negara ini yang telah menyebabkan dasar UMNO mesti sejajar dengan arus kebangkitan Islam demi kewujudan UMNO itu sendiri. Beliau telah menubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta melaksanakan insurans Islam. Oleh itu, langkah penerapan Islam ini akan berada dalam pentadbiran negara sebagai sebuah negara islam.4.0 RUMUSANSejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan memilih kerajaan melalui pilihan raya umum. Pilihan raya merupakan cara terbaik untuk memilih wakil rakyat dan secara tidak langsung parti yang berjaya memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan. Sebanyak 11 pilihan raya umum di Malaysia dari tahun 1955 sehingga tahun 1999. Setiap pilihan raya yang diadakan pada tahun 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 mempunyai ceriteranya yang tersendiri dan tentunya mempunyai isu hangat dalam setiap pilihan raya seperti isu kesetiaan kepada parti dan perubahan pucuk pimpinan. Pastinya setiap isu dalam setiap pilihan raya ini akan mempengaruhi pengundian dan keputusan pilihan raya dan seterusnya akan memberi impak kepada aliran politik negara kita. Dapat dikatakan bahawa isu hangat yang mendapat perhatian ialah isu konfrontasi dengan Indonesia dalam pilihan raya tahun 1964. Isu ini amat berkait dengan kesetiaan kita kepada tanah air kita sendiri. Isu konfrontasi yang dicanang oleh parti Perikatan ini ternyata telah mempengaruhi penggundi dan sokongan kepada parti itu meningkat dalam pilihan raya tahun 1964 berbanding dengan pilihan raya tahun 1959. Jadi, isu ini telah mempengaruhi masyarakat kita dalam memilih wakil rakyat untuk membentuk kerajaan. Begitu juga, dalam pilihan raya umum tahun 1969 yang mana isu Malaysian Malaysia telah menjadi isu yang dominan. Isu ini berkait rapat dengan ketidakpuasan hati semua kaum. Hal ini kerana perpaduan pada masa itu tidak dicapai sepenuhnya oleh semua kaum pada masa itu. Dan isu ini telah membawa kepada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, iaitu berlaku tiga hari selepas penggundian pilihan raya tahun 1969. Justeru, penyemarakan isu perkauman itu telah mengalihkan sokongan pengundi kepada parti yang jelas pendiriannya tentang isu yang melibatkan kaum dan menolak parti yang mengambil jalan tengah dan sederhana serperti parti Perikatan. Oleh itu, setiap isu dalam pilihan raya yang diadakan dari tahun 1959 sehingga tahun 1999 berjaya mempengaruhi pengundi dan begitu juga pada hari ini. Hal ini kerana dapat dikatakan bahawa pilihan raya merupakan cerminan kepada imej negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Jadi, walaupun terdapat kebebasan dan penyertaan dalam pilihan raya yang terbatas dan dikekang oleh pelbagai peraturan, pilihan raya terus disertai rakyat dan parti politik akan menjadi manfestasi kepada amalan sistem demokrasi di Malaysia.RUJUKANAbdul Rahman Hj. Ismail (2005) Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ahmad Atory Hussain (1997) Dimensi Politik Melayu 1980-1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ahmad Atory Hussain (2002) Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ahmad Lutfi Othman (1992) Selepas Mahathir Peluang Pas. Kuala Lumpur : Terbitan PemudaAbdul Rashid Rahman (1992) Perjalanan Pilihanraya Malay