pakatan pembangkang dan pilihanraya umum ke-12

24
PAKATAN DA.1\l PILIHAN RAYA UMUM KE-12: PENDAHt:LUAN KESSABAH Md Saffie Abd Rahim "an Shall'a/uddin Wan Hasan Pilihan raya umum Malaysia ke-12 (PRU ke-12) dijalankan apabila pada 13 Februari 2008 ketika Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen dan secara tidak langsung juga pembubaran semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak. Seterusnya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan pada 24 Februari 2008 sebagai penamaan calon manakala 8 Mac 2008 sebagai tarikh pembuangan undi. Di Sabah. semua calon yang bertanding dalam pilihan raya umum kali yang ke-12 sarna ada parti-parti tersebut mewakili Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang menunjukkan parti yang bertanding dilihat sebagai satu gandingan mantap. Setiap parti yang bertanding berkeyakinan tinggi bahawa calon mereka mampu untuk meraih kemenangan. Pemimpin-pemimpin kanan BN jelas begitu yakin dengan kekuatan jentera BN dan menyatakan pakatan parti pembangkang di Sabah tidak akan mendapat sokongan daripada kalangan rakyat Sabah. Sementara di pihak parti pembangkang, dua mahaguru pakatan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Lim Kit Siang dari Democratic Action Party (DAP) jelas memberi gambaran betapa pakatan pembangkang itu begitu serius untuk memberi saingan dalam pilihan raya ke-12 di Sabah. Setelah pembuangan undi dilakukan, temyata keputusannya masih menyaksikan keunggulan BN menakluk Sabah, suatu pencapaian yang mungkin dicemburui rakan dari negeri lain. Kemenangan tersebut merupakan sesuatu yang amat membanggakan di pihak BN Sabah apabila kemenangan ini memperlihatkan majoriti kemenangan semakin bertarnbah. Kemenangan ini juga sangat man is bagi BN kerana berupaya mengulangi penguasaan 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen seperti yang pemah dicapai oleh BN Sabah dalam pilihan raya tahun 2004. Temyata pilihan raya ke-12 memperlihatkan rakyat Sabah semakin memberi sokongan padu perjuangan BN. Oleh itu. artikel ini akan membincangkan tentang pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 di Sabah yang je1as menunjukkan pakatan pembangkang tersebut terus kecundang buat tiga penggal berturut-turut walaupun pada peringkat awal pakatan ini seolah-olah melahirkan satu perjuangan yang hebat.

Upload: vonhan

Post on 13-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PAKATAN PE!\IBA~GKANG DA.1\l PILIHAN RAYA UMUM KE-12:

PENDAHt:LUAN

KESSABAH

Md Saffie Abd Rahim "an Shall'a/uddin Wan Hasan

Pilihan raya umum Malaysia ke-12 (PRU ke-12) dijalankan apabila pada 13 Februari

2008 ketika Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan

pembubaran Parlimen dan secara tidak langsung juga pembubaran semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak. Seterusnya, Suruhanjaya Pilihan raya

(SPR) mengumumkan pada 24 Februari 2008 sebagai penamaan calon manakala 8

Mac 2008 sebagai tarikh pembuangan undi. Di Sabah. semua calon yang bertanding

dalam pilihan raya umum kali yang ke-12 sarna ada parti-parti tersebut mewakili

Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan pembangkang menunjukkan parti yang

bertanding dilihat sebagai satu gandingan mantap. Setiap parti yang bertanding berkeyakinan tinggi bahawa calon mereka mampu untuk meraih kemenangan.

Pemimpin-pemimpin kanan BN jelas begitu yakin dengan kekuatan jentera BN dan

menyatakan pakatan parti pembangkang di Sabah tidak akan mendapat sokongan

daripada kalangan rakyat Sabah. Sementara di pihak parti pembangkang, dua mahaguru pakatan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan

Rakyat (PKR) dan Lim Kit Siang dari Democratic Action Party (DAP) jelas memberi

gambaran betapa pakatan pembangkang itu begitu serius untuk memberi saingan dalam pilihan raya ke-12 di Sabah. Setelah pembuangan undi dilakukan, temyata

keputusannya masih menyaksikan keunggulan BN menakluk Sabah, suatu pencapaian yang mungkin dicemburui rakan dari negeri lain. Kemenangan tersebut merupakan

sesuatu yang amat membanggakan di pihak BN Sabah apabila kemenangan ini

memperlihatkan majoriti kemenangan semakin bertarnbah. Kemenangan ini juga

sangat man is bagi BN kerana berupaya mengulangi penguasaan 59 kerusi DUN dan

24 kerusi Parlimen seperti yang pemah dicapai oleh BN Sabah dalam pilihan raya

tahun 2004. Temyata pilihan raya ke-12 memperlihatkan rakyat Sabah semakin memberi sokongan padu perjuangan BN.

Oleh itu. artikel ini akan membincangkan tentang pakatan pembangkang dalam

pilihan raya umum ke-12 di Sabah yang je1as menunjukkan pakatan pembangkang

tersebut terus kecundang buat tiga penggal berturut-turut walaupun pada peringkat awal pakatan ini seolah-olah melahirkan satu perjuangan yang hebat.

Page 2: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md SajJi~ If bd Ra}u", cI HIM ShawaluddJ" !fa.. HaJDIt

PAKATAN PARTI PEMBANGKANG DAN PILI HAN RAVA UI\1UM KE-Il

Barisan pembangkang dalam pilihan raya umum kc- J 2 di Sabah pada kali ini menyaksikan pakatan pembangkang di Sabah dibahagikan kepada tiga. iaitu Pakatan Pembangkang Semenanjung, Pakatan Pembangkang Parti lokal dan Pakatan Pembangkang Calon Bebas. Pakatan Pembangkang Semenanjung terdiri daripada PAS, PKR dan DAP manakala kumpulan pakatan pembangkang kedua ialah Pakatan Pembangkang Parti lokal yang terdiri daripada Persatuan Kcbangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok), Patti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) dan Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia). Pakatan ini juga bergabung dengan beberapa orang calon Bebas dan menggelarkan pakatan mereka sebagai Pakatan Bebas Sabah (PBS Baru) manakala kumpulan yang ketiga ialah Pakatan Pembangkang Calon Bebas iaitu calon bebas yang bertanding tanpa menggunakan platform parti lain.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya ketiga-tiga kumpulan tidak mempunyai kesepakatan yang jitu untuk menentang calon BN. Ketidaksepakatan ini jelas kelihatan apabiJa ketiga-tiga kumpulan pembangkang ini telah bertembung sesama sendiri di 33 kawasan pilihan raya bagi menentang calon BN. Pertembungan tersebut melibatkan lapan kawasan Parlimen dan 25 DUN. Bukan sahaja kesepakatan tersebut tidak dicapai antara ketiga-tiga kumpulan pembangkang, malahan Pakatan Pembangkang Semenanjung yang dianggap utuh di Semenanjung Malaysia tetapi di Sabah tidak mencapai satu kesepakatan yang baik. Wujud pertandingan sesama sendiri yang akhirnya merugikan pakatan pembangkang itu sendiri. Senario ini ketara berlaku antara calon PKR dan DAP. Keadaan ini kebanyakannya berlaku di kawasan majoriti pengundi Cina. Buktinya, apabila PKR dan DAP bertembung dalarn sembilan kerusi DUN dan empat di Sabah. Kedua-dua parti pembangkang ini bertembung di kawasan DUN N.J3lnanam, DUN N.14likas, DUN N.16luyang, DUN N.J7 TanjungAru. DUN N.19 Kapayan, DUN N.34 liawan, DUN N.44 Karamunting. DUN N.47 Kuamut dan DUN N.S7 Sri Tanjung manakala bagi kawasan Parlimen, PKR dan DAP akan bertanding sesama sendiri di kawasan P.171 Sepanggar, P.172 Kota Kinabalu, P.180 Keningau dan P. J 90 Tawau. '

Jelasnya. pakatan pembangkang yang diimpikan itu temyata tidak begitu ampuh apabila pakatan pembangkang tidak dapat mengelak daripada saling bertembung di beberapa kerusi. Senario ini temyata memberi gambaran bahawa tidak ada pengisytiharan rasmi pakatan barisan pembangkang yang membabitkan Parti Islarn se-Malaysia (PAS), DAP, PKR dan PBS Baru mahupun calon Bebas. Sementara itu. bagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, saat penamaan calon merupakan sam masa yang dinantikan. Setiap kali musim pilihan raya, rakyat Sabah akan menganggapnya sebagai satu temasya berikutan ramai yang menawarkan diri untuk

166

Page 3: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Paknan Pembangkang dan PRU Ke-12 di Sabah

menjadi calon bertanding_ Masyarakat di Sabah sememangnya menggemari politik

dan kehidupan mereka seakan tidak ceriajika tidak mengambil tahu hal-hal atau isu­isu yang berkaitan dengan politik_

Pada hari pertama SPR cawangan Sabah membuka kaunter bagi menjual

borang pencalonan. badan bebas itu menerima sambutan luar biasa Dalam masa sehari, sebanyak 600 keping borang pencalonan berjaya dijual dan daripada jumlah

itu, 400 borang adalah untuk calon DUN manakala selebihnya untuk kawasan

Parlimen. Pada pilihan raya umum ke-12, lebih daripada separub penyertaan terdiri

daripada calon Bebas iaitu berjumlah 7S orang yang akan bertanding di 57 kerusi DUN dan selebihnya mencuba nasib di Parlimen. Daripada jumlah itu, tiga calon

Bebas yang kesemuanya di kawasan DUN telah menarik diri iaitu Mohd. Syadi Baki di Senallang, Dasun Sumbin (Tanjung Batu) dan Ardi Arsah (Apas). Di sini nampak

sedikit bilangan cal on Bebas berkurangan berbanding pilihan raya ke-Ildahulu

apabila calon Bebas adalah seramai 83 orang. Pada kali ini, calon-calon Bebas di Sabah menubuhkan satu pakatan baharu

iaitu PBS Baru untuk menentang calon daripada parti-parti komponen BN dan parti

pembangkang. Bekas penasihat Bersekutu, Datuk Mohd. Noor Mansor, peneraju

mama PBS Baru manakala pengerusinya ialah Datuk Pengiran Othman Rauf. Keahlian

PBS Baru ini dianggarkan seramai kira-kira 100,000 orang. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatukan semua calon Bebas di bawah satu bumbung. Barisan

berkenaan dijangka menggunakan satu lambang bagi mewakili mereka pada pilihan

raya kali ini dan mensasarkan 30 kerusi di kawasan DUN dan lima di Parlimen. Sekiranya mendapat mandat daripada rakyat Sabah, PBS Baru dalam manifestonya

menyatakan bahawa gabungan ini akan berusaha untuk men am bah jumlah Abli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik daripada enam orang kepada 10

orang. Langkah ini dilakukan bagi memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan minoriti untuk menyertai Kerajaan Negeri.

Beliau yang menjadi calon bagi kumpulan Bebas, Datuk Haji Mohd Noor

Mansor iaitu seorang ahli politik veteran Sabah memandangkan parti mereka Parti

Barisan Bebas Sabah masih belum diluluskan pendaftarannya.2 Parti Pasok yang menjadi salah satu komponen PBS Baru pada Pilihan Raya ke-12 pada mulanya

berhasrat meletakkan calonnya di 10 kawasan. Namun demikian, akibat daripada masalah dalam parti menyebabkan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak

membenarkan untuk parti berkenaan menggunakan lambangnya sebagai lambang

calon. Akibatnya, hanya empat calon yang bertanding atas tiket Pasok iaitu DUN

N.I Banggi, Usmar Uyoh, Vitos Mark Koding di kawasan Parlimen P.179 Ranau, Dasim @ Ricky Jikah di kawasan P.187 Kinabatangan yang hanya memperoleh undi

sebanyak ISIS undi dan Levired Missih di kawasan DUN N.20 Moyog hanya

memperoleh 166 undi.' Selainnya telah menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya uli ini.

167

Page 4: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Halangan seterusnya yang dihadapi oleh komponen PBS Baru ialah masalah dalaman Parti Setia iaitu berkenaan pelantikan presiden. sama ada melantik Hendry Sebanggan Rumpit atau Suaidin Langkob. Kesannya, parti berkenaan tidak mendapat pengiktirafan ROS. Hanya selepas empat tahun iaitu pada tahun 2008, Hendry Sabanggan Rumpit disahkan sebagai presiden Parti Setia yang sah. Pada Februari 2008, akhimya mahkamah telab memutuskan babawa presiden Parti Setia yang sah ialab Hendry Sebanggan Rumpit manakala timbalan presiden parti ialah James Ajok.4

Calonnya ialab Suaidin Langkab seramai 202 di kawasan DUN N37 Sook. Parti Bersekutu meletakkan cal on yang ramai berbanding komponen Parti

PBS Baru yang lain. Jumlah keseluruhan calon Bersekutu adalah seramai II orang sahaja. Antara calonnya ialab DUN N.I Banggi, Martin Lantop, DUN N.2 Tanjong Kapor, Barman Angkap, P.168 Kota Marudu. Barman Angkap yang memperoleh undi sebanyak 457, DUN N.4 Matunggong, Santan Manurun dengan undi 191, DUN N.21 Kawang, Maiji Jaigul dengan undi 144 undi, DUN N.22 Pantai Manis, Welfred Kilos dengan undi 579, DUN N.23 Bongawan, lusin Balangon dengan 97 undi, DUN N.JI Paginatan, JohuminAmpadong dengan undi seramai 157 undi, P.181 Tenom, Mutang Dawat, undi seramai 485, DUN N.H Melalap,1aineh 1uata seramai 122, DUN N.36 Kemabong, Auren Tegkop seramai 337, DUN N.l8 Nabawan, Alexsius Mangka seramai 96 undi, DUN N.42 Sungai Sibuga, Osman Enting seramai 291 Undi, DUN N.43 Sekong dan Mansor Mursalin 242 undi.

ISU-ISU PAKATAN PEMBANGKANG DALAM PlllHAN RAYA UMUM KE-Il SABAH

Perjuaogan Membela Hsk Rakyat

Panglima bagi medan politik pembangkang di Sabah, Daluk Dr. Jeffrey Kitingan, menyertai PKR. Penyertaan beliau dalam parti berkenaan menyebabkannya dilantik sebagai Naib Presiden PKR Sabab. Perkembangan ilu menghimpunkan ribuan rakyat ke daerab kelahirannya, Tambunan. Penyertaannya di pihak pembangkang iaitu Pani PKR, menyebabkan beliau juga mengisytiharkan asas perjuangan baharunya dalarn PKR. Perjuangan beliau ini beliau kenali sebagai perjuangan bagi menunlut Dek1arasi Tambunan.' Penggunaan istilah Deklarasi Tarnbunan merupakan satu gambaranjelas betapa beliau begitu komited dalam usahanya cuba merubah kepincangan pentadbiran yang berlaku dalam pemerintahan BN selama ini. Antara perbra yang terkandung dalam janji politiknya itu ialah meningkatkan royalti minyak Sabah, melantik Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi Malaysia Timur, meningkalkan peranan Sabah dalam Kabinet Persekutuan, memperkenalkan semula agihan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mengikut formula asal serta penyertaan lebih besar dalam perkhidrnatan diplomatik. Namun, meneliti inti pati deklarasi itu sebenamya tidak jauh berbeza

168

Page 5: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Palalalt Pembangkang dan PRU Ke-12 di Sabah

dengan nada suara, irama isu dan keluhan rasa parti-parti pembangkang Sabah sebelum ini. Malah. sebahagian daripadanya ada disebutkan, sama ada secara langsung atau sepintas lalu, dalam manifesto pilihan raya mereka. Tidak hairanlah, perkara yang diringkaskan dalam deklarasi itu disifatkan oleh kalangan pernimpin BN Sabah sebagai lagu lama dan girnik politik semata-mata. Apapun, kemunculan semula Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam medan politik Sabah menyebabkan piIihan raya kali ke-12 Sabah ini lerus tetap menjadi perhatian penganalisis politik yang cuba melihat bagaimana peranan panglirna politik pembangkang ini mampu mengatur strategi yang lebih mantap untuk melumpuhkan kekuatan BN di Sabah. Oleh itu, kemunculan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang menentang abangnya, Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Datuk Joseph Pairin Kitingan di kawasan P.180 Keningau dianggap sebagai "Banle of Kitingan Brothers",

Seterusnya, langkah Christina Liew untuk bertanding semula di kawasan P.I72 Kota Kinabalu temyata menyaksikan satu pertandingan yang sengit berlaku di kawasan ini. Selain daripada kawasan P.172 Kota Kinabalu, beliau juga bertanding di kawasan DUN N.I 5 Api-api. Beliau telah menggunakan isu ketidakbolehan ADUN dari Parti PBS mahupun LDP dan SAPP membela hak masyarakat Cina di kawasan P.I72 Kota Kinabalu dan DUN N.I 5 Api-Api. Umpamanya, menurut beliau calon PBS iailu Chin Tek Ming merupakan wakil masyarakat Cina yang tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana beliau tidak berkemampuan untuk menyuarakan masalah masyarakat Cina sarna seperti Vee Moh Chai yang telah dikawal oleh BN khususnya UMNO. Sebagai contoh menurut beliau kes yang melibatkan Mazu, apabila disuarakan oleh LDP, apa yang berlaku SAPP tidak menyokong manakala di pihak MCA dan PBS juga bersikap berdiarn diri.6 Isu-isu yang diketegahkan oleh beliau ini sedikit banyak telah mempengaruhi para pengundi Cina khususnya di kawasan P.172 Kota Kinabalu. Pada pilihan raya tabun 2004, beliau telah memperoleh undi sebanyak 3,5 II undi, namun pada pilihan raya tahun 2008 temyata peningkatan yang ketara berlaku apabila beliau memperoleh undi sebanyak 9,358 iailu peningkatan sebanyak 5,847 undi.

Bagi kawasan DUN N.I 5 Api-Api, Christina Liew juga memberi saingan sengit kepada calon BN iaitu Datuk Dr. Vee Moh Chai. Datuk Dr. Vee Moh Chai memperoleh undi sebanyak 3,419 undi manakala Christina Liew memperoleh undi sebanyak 3,245 undi. Calon BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 174 undi. Pada pilihan raya 2004, Datuk Dr. Vee Moh Chai memperoleh undi sebanyak 4,640 manakala calon pembangkang kelika itu iaitu Fung Kong Win dari Parti DAP memperoleh undi 1,707. Datuk Dr. Vee Moh Chai memperoleh majoriti sebanyak 2,933. Berdasarkan perbandingan pencapaian calon BN dan parti pembangkang

pada tahun 2004 dan 2008 temyata pencapaian parti BN rnengalami kemerosotan. Parti pembangkang mengalami peningkatan sokongan pengundi di kawasan Api­api iailu seramai 1538 orang.

169

Page 6: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Sementara itu. Ketua Wanita PKR Sabah, Saukinah Yussof bertanding bagi kawasan Parlimen P.l73 Putatan. Saukinah Yussof berazam untuk membela nasib rakyat khususnya bagi golongan "anita di negeri Sabah. Tuntutan hak wanita tersebut termasuk menyediakan elaun khas bagi suri rumah sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan ekonomi golongan ini. Tumpuan beliau juga tidak hanya terhad dalam aspek ekonomi malahan wanita juga wajar mendapat pembelaan khususnya dan segi pendidikan, kesihatan mahupun keselamatan.' Pada pilihan

ray a tahun 2004, kawasan ini memperlihatkan pertandingan dua penjuru iaitu melibatkan Marcus Mojigoh yang memperoleh undi 13.816 dan Awang Ahmad Sah yang memperoleh undi sebanyak S,984 undi iaitu kemenangan kepada caton BN dengan majoriti sebanyak 7,832 undi. Namun demikian, pada pilihan raya 2008 ini calon BN iaitu Marcus Mojigoh telah mengalami kemerosotan jumlah undi iaitu hanya sebanyak 12,768, merosot sebanyak 1048 undi manakala di pihak calon PKR., pada tahun 2008 ini menyaksikan calonny. iaitu Saukinah Yussof memperoleh undi sebanyak 6,485 iaitu peningkatan sebanyak 501 undi.

Sementara calon PKR bagi ka"asan DUN N.29 Kundasang, Karim Adam menggunakan isu hak pengundi di kawasan tempat beliau bertanding. Calon PKR ini telah menggunakan isu hak dan kebajikan pekebun sayur di Kundasang sebagai agenda kempennya. Keputusan kerajaan tidak membenarkan petani membuka ladang pertanian di tanah tinggi iaitu 25 darjah sesungguhnya telah menutup pencarian penduduk Kundasang. Kesan pelaksanaan peraturan baharu itu men)'ebabL.an ramai penduduk di Kundasang tidak dapat menanam sayur-sayuran dan buah-buahan

kerana kekurangan kawasan. Oleh itu, beliau berharap rak)'at di Kundasang memberi peluang kepada PKR untuk menerajui Kerajaan Sabah pada pilihan raya umum ke-12. Hal ini disebabkan sekiranya PKR menang, kerajaan baharu ini akan bertindak merubah undang-undang tanah yang banyak bercanggah sejak BN memerintah Sabah.' Karim Adam merupakan calon yang pcmah bertanding at as tiket Bebas pada pilihan raya tahun 2004. Beliau telah bertanding di kawasan P.179 Ranau. Pada pilihan raya 2004, beliau telab memperoleh undi seban)'ak 3,310 iaitu satu jumlah undi yang mengel allan beliau daripada kehilangan wang pertaruhan. Situasi ini bermakna Karim Adam sememangnya mempunyai pengikut setia yang yakin bahawa beliau boleh menjadi pemimpin bagi mewakili masyarakat di Ranau. Alas pencapaian yang baik pada pilihan raya 2004, Karim Adam bertanding atas tiket PKR telah memilih kawasan DUN N.29 Kundasang. Walau bagaimanapun, beliau gagaJ sekali lagi untuk mengalahkan calon BN di kawasan berkenaan iaitu Dr. Joachim Gunsalam yang memperoleh undi sebanyak 3,S97 berbanding beliau )'ang hanya memperoleh undi sebanyak 1,180 dan seorang lagi calon 8ebas iaitu lapinl Suhaimin yang memperoleh undi sebanyak 1,791 undi.

Perjuangan bagi menuntut hak rakyat khususnya di negeri Sabah ini jelas bukan sahaja melibatkan agenda kempen bagi pihak PKR, malahan isu ini menjadi

170

Page 7: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PakaIan p~",bangkang dan PRU Ke-12 di &bah

tema kempen bagi Parti DAP. Parti DAP di kawasan Tawau menyatakan bahawa

adalah menjadi agenda utama bagi parti itu untuk memperjuangkan nasib rakyat dengan penuh berani dan lantangjika pengundi di Tawau khususnya di DUN N.S7 Sri Tanjung memberikan parti itu mandat untuk mewakili mereka pada pilihan raya kali ke-I2 ini. Pengerusi DAPyangjuga calon bagi DUN N.S7 Sri Tanjung, Jimmy

Wong menyatakan bahawa ketiadaan suara pembangkang yang berani telah menyebabkan DUN Sabah tidak seimbang apatah lagi apabila wakil rakyat BN

sendiri tidak lantang bersuara seperti yang diharapkan. Selain rancangan pembangunan yang tidak tercapai, kegagalan sasaran membasmi kemiskinan Sabah yang menjadi bukti kegagalan BN.' Isu-Isu yang beliau ketengahkan ini membolehkannya memperoleh kemenangan dalam pilihan raya 2008. Beliau telah memperoleh undi sebanyak 5,359 undi, mengalahkan pencabamya iaitu Dr. Samson

Chon Chee Tsu dari BN yang memperoleh 4,187 undi dan Datuk Kong Hong Ming dari PKR yang memperoleh sebanyak 3,090 undi.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (CASH), Datuk Patrick Sindu yang juga merupakan calon Bebas bagi kawasan P.17S Papar menyatakan bahawa masaJah yang dihadapi di Sabah pada

pilihan raya kali ini ialah ramai rakyat yang tidak puas hati dengan beberapa ADUN yang ada sekarang ini kerana mereka gaga I menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan. 1o Apabila ada dari kalangan ADUN yang menang dalam pilihan raya ini tetapi tidak memainkan peranan penting untuk membela hak-hak rakyat menyebabkan kawasan yang diwakilinya itu akanjauh dari arus pembangunan. Oleh

itu, slogan "Tukaron Bangkad" yang bermakna tukar baju dalam bahasa Dusun

yang digunakan oleh pembangkang semakin hangat diperkatakan. Mesej tersebut bermakna bahawa pengundi perlu menukar pilihan mereka daripada pemerintahan BN kepada pembangkang.1I Bagi memastikan rakyat tempatan dapat menyalurkan permasalaJ.lan mereka melalui ADUN, Datuk Patrick Sindu bercadang membentuk sebuah jawatankuasa 'Think thank' untuk mengkaji segala permasalahan di Sabah.

Jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh pesara awam, peguam dan aktivis sosial yang akan bertindak menjadi saluran kepada rakyat untuk menyuarakan masalah mereka yang selama ini tidak diberi perhatian. Beliau akan memulakan satu budaya baharu politik seperti di Eropah apabila para aktivis alam sekitar dan sosial dipilih menjadi anggota Parlimen di negara mereka. 12 Walau bagaimanapun, beliau juga gagal untuk meraih sokongan dari kalangan pengundi kawasan P.175 Papar apabila hanya memperoleh undi sebanyak 2,268 undi.

hu Pembangunan

Isu pembangunan masih dianggap isu dominan dalam mempengaruhi hati para pengundi di Sabah untuk meraih undi. Hampir keseluruhan barisan pembangkang

171

Page 8: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

menjadikan isu pembangunan yang agak perlahan khususnya di kawasan luar bandar dijadikan sebagai bahan kempen mereka. Calon Parti PKR di kawasan DUN N.II KiuJu umpamanya rnenggunakan isu pembangunan scbagai agenda kempennya. ADUN terdahuJu. Datuk Levis Rampas tidak meJakukan perubahan di Kiulu dan Datuk Levis Rampas juga dianggap scbagai ADUN yang hanya memberi faedah kepada kroni-kroninya. Penyelaras PKR, Bila Gumbalik menyatakan bahawa permintaan penduduk untuk kemudahan 8SM seperti jambalan gantung tidak pemah

diberi perhatian sedangkan jambatan gantung sedia ada telah usang dan membahayakan penduduk. Sebagai contoh seperti kejadian yang berlaku di Kg. Sungoi, Tudan di Kiulu apabila gadis berusia 19 tahun mali dihanyutkan banj ir ketika cuba menyeberangi sebuah jambatan usang. n

Seterusnya, calon PKR di P.176 Kimanis, Hj. Ismail Bungsu telah memberi penekanan soal kemiskinan dalam kalangan rakyat walaupun Sabah negeri yang kaya tetapi rakyatnya masih miskin. Masih banyak lanah terbiar perlu diusahakan dan dibangunkan untuk memberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Isu lain ialah penyelewengan serta ketidakadilan dalam pengagihan projek-projek.

Begitujuga dengan isu kebudayaan yang pada anggapan beliau budaya aJalah sesuatu aspek kekuatan scbuah bangsa. Banyak isu budaya yang perlu dikelengakan kerana kerajaan mengabaikan aspek pembinaan kebudayaan nasional. 14 Walau bagaimanapun, temyata isu-isu yang cuba dibawa olch calon PKR ini tidak banYak mempengaruhi para pengundi di kawasan P.176 Kimanis ini. tfj.lsmail Bungsu hanya memperoleh sebanyak J ,61 5 undi manakala calon Behas iailu Banjamin Basinta

sebanyak 205 dan Jaafar Ismail 4,789 undi manakala calon BN iaitu Daluk Anifah Aman memperoleh undi sebanyak 10,242 berbanding undi yang beliau peroleh pada

tahun 2004 iaitu 9,655. Calon PKR pada tahun 2004 iailu Awang Tangah Awang Amin memperoleh undi 4,547.

Kawasan DUN N.21 Kawang. PKR mengetengahkan Evelyn Gobile sebagai calon parti berkenaan. Evelyn Gobile telah menggunakan isu pembangunan sebagai bahan kempennya. Menurut beliau, Kawang tidak mendapat pembelaan khususnya dari kalangan masyarakat KadazanDusun. Oi Kg. Langkuas umpamanya masih rnenggunakan bekalan air graviti sedangkan dewasa ini bekalan air paip ~memangnYa sudah menjadi kemudahan asas yang perlu disedialan di setiap kampung. Begitu juga dengan kemudahan lain seperti balai raya yang dianggap sudah usang di kampung

berkenaan serrajalan raya danjambatan yang tidak pemah dinaik taraf. Sebelum ini projek seperti itu dijanjikan tetapi sehingga kini tidak dilunaikan oleh BN manakala isu rumah setinggan di Kinarut menjadi agenda utama kempennya. Isu rumah setinggan di Kinarut menurul beliau menyebabkan ma.~lah sosial telapi tidak pernah

diselesaikan oleh kerajaan. Sementara isu kandang babi di Kg. Gana yang telah memberi kesan negetifkepada kesihatan juga telah tidak dipeduli~an oleh kerajaan

walaupun aduan telah dilakukan." Usaha calon PKR iailu Evelyn Gobile juga

172

Page 9: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Palcatan Pembanglcang dan PRU Ke-12 di Sabah

nampaknya memberi impak yang besar untuk mempengaruhi para pengundi di kawasan DUN N.21 Kawang. Beliau memperoleh undi sebanyak 2,539 manakala calon Bebas iailu Maiji Jagul dari Parti Bersekutu memperoleh undi sebanyak 144 dan calon Bebas iaitu Pangiran Othman Rauf @ Awang memperoleh undi sebanyak 295 undi. Pada tahun 2004, Maiji Jaigullelah bertanding alas tiket Pasok dan telah memperoleh undi sebanyak 1,935 manakala undi calon BN iaitu Ghulam Haidar Khan Bahadar memperoleh undi 8,213 berbanding pada tabun 2004 beliau memperoleh undi sebanyak 8,605 undi.

Calon PKR di kawasan DUN N.3 Pitas, Paul Tom juga menggunakan isu pembangunan sebagai isu utama kempennya. Beliau berpendapat, Pitas merupakan salah satu daerah yang mengalami pembangunan amat perlahan. Malahan, rnengikut Paul Torn kemudahan yang ada di Pitas kelika ini merupakan hasil pemabangunan yang disalurkan sejak zaman pemerintahan PBS di Sabah iaitu ketika beliau menjadi wakil rakyat Pitas ketika itu. Oleh itu, bantuan asas seperti air dan elektrik merupakan pembe\aan kepada golongan petani dan peladang di daerah terpencil ini yang wajar diberi perhatian. Menurut beliau juga, bantuan yang disalurkan di Pitas sewajamya disalurkan lidak rnengira suku kaurn sarna ada dari kaurn Sungai, Rungus, Tombonuo, Kimaragang, Bajau, mahupun SuI uk. Bagi kawasan DUN NJ Pitas, calon PKR ini temyata telah mernbawa isu yang begitu baik sehingga rnampu mernpengaruhi pengundi di Pitas dan seterusnya rnengelakkan daripada wang pertaruhannya dikembalikan. Pada pilihan raya ke-12 ini, beliau lelah memperoleh undi sebanyak 1,913 undi sementara calon-calon lain yang bertanding alas tiket Bebas iaitu Jolly Majalap mernperoleh undi sebanyak 120 dan Yusof Matarang juga calon Bebas memperoleh undi sebanyak 127 undi sementara calon BN iaitu Bolkiah Ismail memperoleh undi sebanyak 5,761 undi. Jika dibandingkan antara pilihan raya pada tahun 2004 dan 2008, jumlah pengundi yang menyokong pembangkang telah mengalami kemerosolan. Pada tahun 2005,jumlah pengundi di Pitas memilih pihak pembangkang ialah serarnai 3196 manakala pada tahun 2008 telah berkurangan kepada seramai 2160 iaitu merosot sebanyak 1036. Situasi ini rnenunjukkan kawasan luar bandar khususnya Pitas masih beranggapan bahawa Parti BN merupakan satu­satunya parti yang mampu memberi saluran pembangunan daerah mereka dan wajar untuk diundi bagi memaslikan pembangunan yang berterusan dikecapi oleh mereka. Adanya persepsi sedemikian membolebkan calon BN ini memperolehjumlah undian yang ban yak iailu meningkat dari jumlah undi calon BN tahun 2004 iaitu Datuk Masrani Parman yang memperoleh undi kelika itu sebanyak 3,278 undi yang bermakna peningkatan sebanyak 2,483 undi.

Calon PKR DUN N.28 Sindumin, Hj. RamIe Dua merupakan mantan wakj) rakyal zaman pemerintahan Parti Berjaya (1981 hingga 1984). Pada pilihan raya tahun 2004, Hj. RamIe Dua lelah bertanding atas tiket calon Bebas dan telah memperoleh undi sebanyak 3,404 undi. Isu yang beliau ketengahkan dalam agenda

173

Page 10: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md. SajJie Abd RahI", cf "a" Shawaluddm "an Hasoll

kempennya ialah isu yang berkaitan dengan kewajipan wakil rak)'at di Sindumin. Menurut beliau, penduduk Sindumin mahukan wakil rakyat yang mempunyai rumah dan tinggal di Sindumin dan bukannya tinggal di Kota Kinabalu. Sekiranya wakil rakyat Sindumin tidak tinggal di kawasan berkenaan, amat sukar untuk rakY8t tempatan mengadu segala masalah yang mereka hadapi. Isu-isu seperti masalah kemudahan iaitu infrastrukturdan kekurangan bekalan air turut menjadi agenda utama kempen beliau. Kemudahan bekalan air umpamanya merupakan rna salah kemudahan asas yang telah dihadapi oleh penduduk Sindumin sejak IS tahun dahulu. Malahan, pemilik kedai di Pekan Sipitang terpaksa membeli air daripada lori-Iori tangki yang menjalankan khidmat menjual air di Pekan Sipitang." Isu-isu yang beliau ketengahkan dalam kempen kali ini sedikit menambahkan popularitinya untuk meraih undi. Isu-isu tersebut membolehkan beliau mempcroleh undi sebanyak 3,730 undi iaitu peningkatan sebanyak 326 undi. Suatu perkarajuga yang perlu diberi perhatian di kawasan DUN N.28 Sindumin ini ialah pengundi berpihak kepada barisan pembangkang mengalami pen ingkalan iaitu sebanyak 17 S undi.

Kawasan DUN N.l Banggi, Parti PKR mengetengahkan Mursalim Tanjul sebagai calon PKR. Mursalim Tanjul merupakan seorang yang mampu menguasai pelbagai jenis bahasa iaitu bahasa Rungus, Suluk, Kaga)'an, Ubian dan Bonggi. Kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa menyebabkan beliau mampu berkomunikasi dengan semua penduduk yang tinggal di Pulau Banggi. Aspek ini merupakan satu kelebihan bagi beliau untuk memenangi hati rakyat Pulau Banggi untuk mengundi beliau. Antara isu yang diketengahkan beliau dalam pilihan raya ke-12 ini ialah berkaitan dengan isu pendidikan di Pulau Banggi. Umpamanya, mengesyorkan agar sebuah bangunan sekolah khusus dibina untuk SMK Kanibungan memandangkan sehingga kini SMK Kanibungan masih menumpang di SI(

Kanibungan. Sekiranya SMK Kanibungan tidak lagi menumpang di sekolah SI(

Kanibungan, pelajar-pelajar sekolah berkenaan dapat belajar dengan selesa dan seterusnya menyebabkan tumpuan kepada pendidikan dalam kalangan anak tempatan Pulau Banggi akan berlaku. '1

Isu pembangunan juga menjadi isu utama bagi calon pembangkang di kawasan DUN N.49 Tungku. Calon BN di kawasan Tungku iaitu Mohd. Suhaili Said telah menjadi calon BN selama dua penggaJ iaitu sejak tahun 2004. Walau bagaimanapun, selama empat tahun. tidak ada perubahan yang dilaksanakan olehnya. Sebahagian besar daripada pembangunan yang wujud di kawasan Tungku ini telah dilaksanakan pada tahun 1 980-an dan 1990-an iaitu semasa zaman Datuk Reliy Je~ Yusof JamJi dan Datuk Samsu Baharum menjadi wakil Parlimen di Tungku. Sejak tahun 1980-an juga, Tung merupakan sebuah daerah kecil yang terpencil dan arus pembangunan. Memburukkan lagi keadaan setelah Mohd. Suhaili dilantik sebagai ADUN. beliau tidak banyak menyediakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Selain daripada itu, Mohd. Suhaili juga amat jarang sekali

174

Page 11: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaAaJan Pembangkang dan PRU Ke-12 di Sabah

melawat kawasan Tungku untuk meninjau pennasalahan di kawasan berkenaan. Oleh itu, selelah beliau dicalonkan semula pada pilihan raya 2008, ternyata ia menimbulkan kekecewaan kepada ramai pengundi di kawasan Tungku. Kedaan ini menampakkan persaingan sengit dalam merebut kemenangan di kawasan Tungku ini apabila pihak lawan bagi barisan pembangkang ialah Jamal Sulai merupakan anak jati Tungku yang mempunyai ramai penyokong di kawasan berkenaan. 11 Walau bagaimanapun, rarnai juga penduduk di Tungku merasakan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain memilih Mohd. Suhaili memandangkan Mohd. Suhaili bertanding atas liket parti pemerintah iailu BN. Ramai pengundi di Tungku percaya bahawa hanya melalui pemerintahan BN sahaja pembangunan yang konsisten dapat disalurkan ke Daerah Tungku pada masa akan dalang. 19 Jelas, keyakinan mereka itu disampaikan melalui jumlah undi yang diperoleh oleh Mohd. Suhaili yang melebihi saingan-saingan beliau yang lain. Mohd. Suhaili memperoleh undi sebanyak 4,828 undi, Jamal Sulai dari PKR memperoleh undi sebanyak 2,446 dan Abdul Raja Abd. Muhammad memperoleh undi sebanyak 164 undi. Majorili undi yang diperoleh oleh Mohd. Suhaili ialah 2,382 undi, iaitu satu majoriti yang membolehkan beliau menjadi ADUN buat penggal yang kedua.

Sementara itu bagi Parti DAP, parti ini juga menggunakan isu pembangunan sebagai agenda utama setiap kempennya. Parti DAP telah meletakkan calonnya di 10 kawasan DUN dan em pat kawasan Parlimen. Sesualu yang menarik dalam pilihan raya kali ini apabila DAP mencuba untuk bertanding di kawasan baharu iaitu di kawasan luar ban dar. Percubaan DAP untuk bertanding di luar bandar ini dianggap sebagai satu cubaan atau eksperimen sebagai langkah susulan sekiranya percubaan pertama ini berjaya. Kawasan tersebut ialah DUN N.34 Liawan dan DUN N.47 Kuamut. Namun demikian, apa yangjelas percubaan mereka itu menemui kegagalan apabila di kedua-dua kerusi DUN itu Parti DAP mengalami kekalahan sehingga hilang wang pertaruhan. Bagi kawasan DUN N.34 Liawan umpamanya, calon DAP, Yapilin Nawawi hanya memperoleh undi sebanyak 104 sahaja. Sebelum ini, iailu pada Pilihan raya 2004, Yapilin Nawawi pemah bertanding alas liket Bebas di kawasan DUN N.37 Sook dan hanya memperoleh undi sebanyak 252 undi sahaja manakala bagi kawasan DUN N.4 7 Kuamut, calon DAP hanya iaitu Jusing Sabran hanya memperoleh sebanyak 105 undi.

Bagi Calon DAP di kawasan DUN N .19 Kepayan, Stiven J imbanagan telah menggunakan isu pembangunan yang tidak tercapai pelaksanaannya oleh Kerajaan BN_ Menurut beliau Kerajaan BN gagal mengotakan janji mereka. Antaranya pelaksanaan konsep 'Sabah Bam' yang menggariskan hala tuju kemajuan dan pembangunan negen yang sepatutnya dicapai pada tahun 2000. Isu perjawatan anak tempatan tumt dijadikan isu kempen oleh Stiven Jimbangan. Pemberian jawatan tinggi kerajaan di Sabah yang kini banyak disandang oleh para pegawai dari Semenanjung tumt dijadikan isu utama bagi sesi-sesi kempen beliau.20

175

Page 12: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md. Saffie AM Rah,,,, cI Wtm SltawaJllddln Han HQ.IaI

Sementara illl, bagi barisan calon dari kalangan calon Bebas menggunakan isu pembangunan untuk meraih undi. Calon Bebas bagi DUN N.47 Kuamut, Duin Bintarang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai ealon Bebas kerana BN gagal membangunkan Daerah Kuamaut 21 Seterusnya calon Bebas bagi DUN Sukau, Ahdah Sulaiman yang juga bekas Pengerusi Umno cawangan Batu Putih menjelaskan bahawa rakyat Sukau tidak begitu berpuas hati dengan pemilihan ealon kali ini. Beliau menjelaskan bahawa Daerah Kinabatangan kekal sebagai daerah tenniskin di Sabah dan menambah para pemimpin UMNO mengabaikan rakyat tcrutamanya dari etnik Sungai. Antara isu yang beliau bangkitkan ialah pemilikan tanah masyarakat etnik Sungai di Kinabatangan tidak pemah diselesaiakan oleh pemimpin BN. Begitu juga dengan pemimpin UMNO yang gagal mengagihkan dengan baik projek yang dilaksanakan di Kinabatangan. Turut mengecewakan ahli apabila pembahagian projek di kawasan Kinabatanganjuga banyak dilakukan berdasarkan unsur-unsur kronisme. UMNO dikatakan gagal memajukan sosioekonomi etnik Sungai serta isu kekurangan bekalan air bersih iaitu masih lagi bergantung kepada air hujan. Paras kemisikinan semakin teruk di Kinabatanagan akibat daripada harga barans dan minyak yang tinggi turut menjadi isu-isu yang beliau ketengahkan dalam meraih undi di Kuamut ini. Namun dcmikian, beliau menjelaskan bahawa dia bertanding dalam Pilihan Raya kali ini sebagai calon Bebas dan tidak mewakili Barisan Bebas Sabah (PBS Baru).2l Pada pilihan raya 2008 ini, beliau juga tidak mampu meraih undi majoriti dart pengundi di kawasan DUN N47 Kuamut. Beliau hany. memperoleh 206 undi manakala calon-calon lain yang bertanding di kawasan ini ialah Masiung Banah dart BN, memperoleh undi sebanyak 3,784, Abdul Razak Jamil, ealon PKR memperoleh undi sebanyak 1,143 undi, Jusing Sabran, calon DAP memperoleh undi sebanyak 105 undi dan Mustapa Datu Tambuyong, calon Bebas memperoleh undi sebanYak 2,112 undi. Di kawa~n ini juga memperlihatkan masalah kelidaksepakalan calon dari barisan pembangkang menyebabkan calon BN, Masiung Banah memperoleh kemenangan dengan majoriti 1,672 undi. Sekiranya wujud kesepakatan anlara calon pembangkan ini, seeara keseluruhannya pada Pilihan rays 2008 di kawasan DUN N.47 Kuamut, pihak pembangkang memperoleh undi sebanyak 3,566 undi iaitu sekurang-kurangnya jumlah majoriti kemenangan pihak calon BN menurun iaitu hanya sebanyak 220 undi.

Bagi calon Bebas di kawasan P.174 Penampang. Dr. Anthony Tibok te1ah menggunakan isu pembangunan iaitu yang mengaitkan bahawa masalah kemiskinan Sabah sebagai isu utama kempennya. Menurut beliau, Sabah merupakan sebuah neger; yang kaya dengan sumber aslinya. Oleh hu, tidak masuk akal kenapa Saba.h mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi di Malaysia. Sudah tentu wujud pengWlJsan pentadbiran yang tidak sistematik dilakukan oleh Kerajaan BN di Sabah. Isu lain yang diketengahkan oleh beliau ialah berkailan dengan pembinaan sebuah

176

Page 13: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaJcalan Pembanglcang dan PRU Ke-12 di Sabah

pembentungan naj is seluas 80 ekar di Kg. Kondundungan. Menurut beliau pembinaan

pembentungan najiis di kawasan tersebut tidak praktikal. Lebih berfaedah sekiranya kawasan tersebut dapat dimajukan sebagai tempat penanaman sawah padi yang sudah tentu menguntungkan penduduk tempatan khususnya di Kg. Kondundungan.

Calon Bebas bagi DUN N.40 Labuk. Mervin Enti berhasrat menjadikan Daerah Beluran dan Telupid sebagai daerah membangun iaitu dengan harapan menjadikan Telupid sebagai daerah pelaneongan, daerah pcnuh kepada Telupid, meningkatkan ekonomi bagi pekebun keeil melalui penbubuhan koperasi timbangan kelapa saw it khas untuk bumiputera, membantu mempereepatkan pengeluaran geran tanah penduduk kampung, meneruskan kesinambungan pembangunan pemimpin lalu untuk membantu pekebun keeil seperti getah dan kelapa sawit, meraneang menaikkan tarafkemudahan asas pemiagaan seeara keeil-keeilan dan membantu menyampaikan keperJuan rakyat seperti elektrik. air dan jalan raya.2J Walau bagaimanapun, bagi kawasan DUN N.40 Labuk, temyata ealon BN, Datuk Michael Asang memperoleh kemenangan besar pad a pilihan raya 2008 ini. Jumlah undi yang beliau peroleh ialah sebanyak 6,178 undi mengatasi Ambrose Sip in, ealon PKR yang memperolehi undi

sebanyak 723 undi, Yusof Apok, calon Bebas, memperoleh undi sebanyak 107 undi dan Mervin [nti dengan jumlah undi hanya sebanyak 657 undi. Pada pilihan raya 2004, Datuk Michael Asang menang tanpa bertanding di kawasan berkenaan.

Begitu juga bagi kawasan DUN N.56 Apas yang menjadikan isu pembangunan sebagai kempen meraih pengundi untuk mengundi barisan pembangkang. Kawasan Apas merupakan kawasan baharu dalam persempadanan pengundi di Sabah. Pada pilihan raya tahun 2004, Apas telah dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN iaitu Datuk Taufik Titingan. Namun dcmikian, dari tahun 2004 sehinggalah tahun 2008, pembangunan di kawasan Apas ini masih memperlihatkan satu perkembangan yang agak perlahan. Masalah yang paling dihadapi oleh kebanyakan kampung ialah belum menerima bekalan air bersih. Ramai daripada penduduk khususnya di kawasan Batu Payung masih bergantung kepada bekalan air hujan untuk mendapatkan air. Kemudahan lain seperti jalan raya di Kg. Batu Payung telah agak lama dibina dan tidak pernah dinaik taraf. Projek pembangunan jalan raya telah dibuat sejak tabun 1985. Manakala bekalan elektrik wujud pada zaman pemerintahan PBS iaitu pada sekitartahu 1992.24 Oleh itu, calon­calon barisan pembangkang iaitu PKR yang bertanding di kawasan ini ialah Vun Kon Pau telah memperoleh undi sebanyak 1,801 undi dan Ardi Arsah memperoleh undi sebanyak 77 undi. Semen tara Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan memperoleh undi sebanyak 5,409 undi iaitu satu kemenangan dengan majoriti tertinggi sebanyak 3,608 undi. Kemenangan besar calon BN ini memperlihatkan isu pembangunan yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang hakikatnya tidak banyak mempengaruhi pengundi kawasan DUN N.56. Pembangunan yang telab dilaksanakan oleh BN di

177

Page 14: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md Sajfie AM Rah,,,, cl WQJI ShawaluJJm "an HaMIll

kawasan mereka itu telab mempu memberi keyakinan bahawa pada pilihan raya 2008, pembangunan terse but wajar diteruskan dan untuk itu calon BN, Datuk Tawfiq Abu Bakar Kitingan perlu diundi untuk memastikan kemenangan lersebul dicapai.

hu Anak Tempatan

Isu anak tempatan masih dianggap sebagai isu yang lidak kurang pentingnya dalam pilihan raya 2008 ini. Calon PKR DUN N.12 Karambunai, Awang Maidin Awang Apong menggunakan isu anak tempalan sebagai isu utama daJam agenda kempennya. Awang Miaidin Awang Apong adaJah anak jati Karambunai berbanding Jainab yang berasaJ dad Tawau. Menurut beJiau, bual pertama kali anak jati Karambunai dibenarkan bertanding di DUN N.12 Karambunai. Isu-isu yang beJiau ketengahkan ini memboJehkan beliau memperoJeh undi dari pengundi Karambunai sebanyak 4,896 manakaJa undi yang diperoJeh oJeh caJon BN iaitu Jainab Ahmad iaJah 7,914 undi_ Secara perbandingannya, pada labun 2004 Jainab Ahmad teJah memperoJeh undi sebanyak 6,360 iailu peningkatan sebanyak 1,554 manakaJa bagi caJon PKR, pada tabun 2004 caJon yang diketengabkan ialah SaidatuJ Badru Mohd. Said memperoleh undi sebanyak 3,834 undi. Walaupun pihak pembangkang iailu PKR bJah dalarn kedua-dua pilihan raya berkenaan, peningkatan pengundi PKR meningkal sebanyak 1,062 undi.

Isu anak tempatan juga diketengahkan di DUN N.S I Kunak. Calon BN bagi kawasan DUN N.Sl, Nilwan Kabang menyatakan bahawa isu anak tempatan iaitu anak jati Kunak bukan lagi menjadi isu utama pakatan pembangkang. Hal ini memandangkan sekiranya pada pilihan raya 2004 isu ini dijadikan isu oleh barisan pembangkang tidak lagi releven. Nilwan Kabang merupakan anak jati Kunak dan telah berjuang dalam kepimpinan USNO sejak awal penubuhan rarti berkenaan iaitu pad a tahun 1965. Oleh yang demikian, sokongan padu wajar diberikan kepada anak jati Kunak ini untuk memberi keyakinan dan kepercayaan untuk memastikan Kunak muncul sebagai salah satu daerah yang maju di Sabah.2S Temyata keyakinan dan kalangan penduduk tempatan Kunak semakin jelas apabila kemcnangan berpihak peda calon BN itu dengan majoriti besar. Nilwan Kabang memperoleh undi sebanyak 5,083 undi dan pencabamya dari PKR iaitu Bedu Kudusu hanya memperoleh undi sebanyak 968 undi. Majoriti yang diperoleh oleh calon BN ini ialah 4,115 undi.

Isu Tanah

Isu tanah juga menjadi agenda utama kempen barisan pembangkang di Sabah. Bagi Naib Presiden PKR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, PKR akan menggunakan isu tanah rizab anak negeri Bingkor seluas 2,500 ekar yang diluluskan kerajaan. Be1iau

178

Page 15: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Pa1Luan P~mbangkang dan PRU Ke-12 eli Sabah

juga menggesa agar BPR memantau dan menyiasat laporan yang menyatakan bahawa

ber1aku pengagihan wang tunai di Sabah menjelang pilihan raya dilakukan. Calon BN dikatakan bertindak memberi wang semasa mereka memberi ceramah di kawasan­kawasan tertentu bagi tujuan menarik minat rakyat mendengar ceramah mereka.26

Isu yang sarna juga digunakan oleh calon PKR di kawasan Pitas, iaitu Paul Tom. Sebuah syarikat besar telah membuat permohonan untuk tanah di sekitar daerah

Pitas. Tanah yang sekian lama diduduki orang kampung telah dicerobohi olch syarikat mega dari luar sedangkan tanah-tanah ini telah dipohon olch orang kampung sekitar tahun 70-an. Terdapat banyak tanah yang belum mempunyai geran kerana permohonan mereka disekat. Kononnya tanah itu milik kerajaan tetapi apa yang menyulitkan keadaan apabila permohonan Syarikat Mega Raya sekitar tahun 90-an pula diluluskan dan mereka bakal merampas tanah-tanah ini untuk menjana keuntungan mereka. Di mana keadilan untuk orang kampung yang bergantung hidup dari bercucuk tanam dan berbakti pada tanah? Selama tiga penggal BN memerintah mereka mengelak untuk menguruskan masalah ini. Persoalannya sekarang, kenapa syarikat luar boleh memiliki tanah sedangkan orang kampung yang sekian lama

menduduki tempat itu tidak diluluskan permohonannya? Calon Bebas yang mewakili Parti Pasok bagi kawasan Parlimen P.174

Penampang dan DUN N.20 Moyog, Levired Misih @ Willybroad Missi menggunakan isu pembangunan tanah Penampang dan Moyog sebagai isu utama kempennya. Menurut beliau., Donald Mojuntin dan Philip Lasimbang gaga I melindungi masyarakat KadazanDusun. Umpamanya di kawasan Kg. Togudon yang telah lama memohon tanah tetapi tidak pemah diluluskan. Akan tetapi, senarionya berubah apabila

permohonan tersebut dilakukan oleh orang Cina yang telah memohon tanah di kawasan tersebut seluas 300 ekar telah diluluskan dengan mudah. Maka amat jelas Philip Lasimbang dan Donald gagal melindungi etnik KadazanDusun di Penampang dan Moyog serta masyarakat peribumi Sabah secara keseluruhannya. Isu-isu lain yang diketengahkan oleh beliau ialah isu rasuah, PTI dan penyediaan kemudahan infrastruktur. Beliau juga berusaha untuk memajukan bidang pertanian, perikanan

dan memastikan setiap kampung memiliki kemudahan elektrik, air bersih dan sistem jalan raya yang baik.21 Walau bagaimanapun, isu yang beliau ketengahkan ini tidak mendapat perhatian rakyat untuk menyokongnya dalam pilihan raya 2008. Beliau hanya memperoleh undi sebanyak 404.

Isu hak milik tanah di DUN N.49 Tungku turut menjadi isu hangat kempen barisan pembangkang. Ramai pengundi yang menetap di kawasan Tungku khususnya

di Tanjung Labian. Look Buani dan Tanjung Batu telah dinafikan hak milik mereka terhadap tanah yang mereka kuasai. Rarnai daripada mereka yang belum lagi memiliki geran tanah yang membolehkan mereka disahkan sebagai pemilik sah terhadap tanah

179

Page 16: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md Saffi~ AM Ra}ulff cI Wan Shawaluddm NOIt Hasal

yang diusahakan selama ini. Walau bagaimanapun, dalam perkara ini wakil rakyat DUN N.49 Tungku ini tidak begitu prihatin dengan permasalahan mereka ini. Oleh itu, ramai daripada pemilik-pemilik tanah ini telah dirampas hak mereka olch pemodal­pemodal atau orang perseorangan yang berkepentingan terhadap tanah tersebut. Akibatnya. orang tempatan di sekitar Tungku ini akhimya beke~a dengan tuan tanah yang akan sampai ketika dan masanya diusir keluar dari tanah 'milik mereka sendiri'. Oleh itu, para pengundi di kawasan Tungku mengharapkan wakil rakyat terpilih sebagai ADUN di kawasan mereka ini akan peka dengan permasalahn mereka. Sarna ada cal on tersebut daripada BN atau PKR, isu tanah atau hak rakyat terhadap tanah sendiri perlu diberi perhatian serius.21

KELEMAHAN-KELEMAHAN PAKATAN PEMBANGKANG

Secara umum, keputusan pilihan raya umum kc-12 menunjukkan bahawa rakyu Sabah menolak parti pembangkang. Kemungkaran parti pembangkang sudah dilihat oleh rakyat Sabah sebagai sesuatu yang memuakkan perjuangan mereka. Justeru. apakah pakatan pembangkang seperti PKR, DAP, PAS serta parti-parti tempatan Sabah iaitu Setia. Bersekutu, Pasok tidak lagi diterima di Sabah?

Akan tetapi, persediaan Dr. Dr. Jeffrey Kitingan dalam pilihan raya umurn ke-12 sejak awal lagi telah menerima tamparan hcbat. Pada 25 f ebruari 2008, Setiausaha Perhubungan PKR yang juga merangkap Setiausaha Politik Dr. Jeffrey Kitingan, iaitu Kanul Gindol tclah bertindak keluar dari Parti PKR. Menurut belia~ PKR tidak ikhlas dalam perjuangannya membela rnkyat Sabah khususnya berkaitan dengan usaha untuk memperjuangkan hak-hak rakyat negeri. PKR enggan menerima Deklarasi Tambunan yang diusahakan oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datin Sen Wan Azizah Wan Ismail separuh hati menyokong deklarasi tersebut. Selain itu, PKR juga mempunyai perpecahan pemimpin atasan iaitu kumpulan Cristina Liew dan Ansari.29

Kekecewaan dalam kalangan ahli parti PKR terserlah lagi apabila ahli PKR di kawasan Papar turut menyuarakan rasa tidak puas hali dengan kepimpinan atasan PKR di Sabah. Akibatnya, Ketua PKR bahagian Papar, Raisun Hj. Abas bersama_ sarna dengan 500 ahlinya turut bertindak keluar keahlian dari Parti PKR dan menyokong penuh perjuangan UMNO. Raisun Hj. Abu meluahkan rasa kekecewaannya dengan pucuk pimpinan atasan PKR Sabah yang nyata mengarnalkan autoriti sendiri untuk membuat keputusan parti. Di Papar umpamanya, tidak wujud perbincangan puc uk pimpinan parti dengan beliau selaku Ketua PKR bahagian Pallar bagi menentukan calon dalam pilihan raya di kawasan Papar.JO

180

Page 17: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaJcatan Pembangkang dan PRU Ke-12 di Sabah

Pemimpin 'Tangkap Muat'

Ramai daripada calon pembangkang khususnya daripada PKR bersifat 'tangkap mual'. Akibat daripada kelemahan pemilihan calon yang sebelumnya latar belakang calon berkenaan sering kali dikaitkan dengan gosip liar menyebabkan calon terse but tidak mendapat pengaruh yang kuat dari kalangan pengundi. Jika PKR in gin bertapak ataupun mendapatkan undi rakyat maka perlulah dilengkapkan dengan barisan pemimpin yang telus dan merupakan muka baharu. Mereka perlu mengelakkan menampilkan pemimpin veteran yang korup suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, Datuk Jeffrey Kitingan merupakan seorang ahli politik yang tidak mempunyai

pend irian teguh. PKR adalah parti politik keempat disertainya selepas PBS pimpinan abangnya. Datuk Joseph Pairin Kitingan. Sebelum itu beliau bersama Parti Bersatu

Rakyat Sabah (PBRS) yang diterajui rakannya. Tan Sri Joseph Kurup dan Angkatan Keadilan Rakyat Bersatu (AKAR) yang sudahpun dibubarkan. Penganalisis politik berpendapat kembalinya Jeffrey yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke arena politik tidak akan mengubah senario dan landskap

politik Sabah kerana karismanya masih kurang berbisa dan isu yang dibawa pula adalah olahan daripada isu lama selain lebih bersandarkan kepada senti men, manakala

misinya tidak berpaksi kepada realiti. Bagi mereka. rakyat Sabah tennasuk yang tinggal di pedalaman tidak lagi mudah digula-gulakan denganjanji politik. Hakikat inilah yang disuarakan oleh beberapa pemimpin BN ketika memberikan reaksi terhadap tindakan Jeffrey menyertai PKR yang melaungkan slogan 'Keadilan untuk

Sabah' bagi membakar perasaan dan sentimen kenegerian. Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Ongkili, misalnya berkata dalam pengamatannya isu yang diketengahkan oleh Jeffrey telah ditolak oleh rakyat Sabah sebelum ini.

Dr. Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat Sabah kini memandang ke hadapan dan mahu menikmati hasil pembangunan seperti program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Katanya, rakyat amat arif dengan ketidakupayaan Jeffrey membawa perubahan, malah mereka memahami

pend irian serta pendekatannya yang bersifat antikerajaan sejak meninggalkan PBS' dahulu. Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak pula berpendapat

penyertaan Jeffrey dalam PKR tidak menjejaskan kekuatan Umno dan Barisan di Sabah. "Majoriti rakyat Sabah memihak kepada Barisan dan tiada sebab untuk

berpaling tadah. Mereka terus menyokong kerajaan sekarang demi pembangunan

berterusan dan masa depan yang lebih cerah", katanya. Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Madius Tangaujuga sependapat bahawa PKR tidak akan membawa impak politik sekalipun dengan

penyertaan Jeffrey dalam bot perjuangannya. Beliau berkata. "Ini kerana sistem yang diamalkan oleh Barisan ternyata memberi sumbangan terbaik dan diterima oleh rakyat

181

Page 18: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

MeL SajJi~ AM RaJu",.1 Wan SltawQ/uddm Hm. HQJQIII

Sabah serta rakyat negara ini keseluruhannya," sambil menegaskan tiada parti politik secara bersendiri boleh mentadbir negara ini yang terdiri daripada pelbagai hum. Setiausaha BN Sabah, Datuk Karim Bujang dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V K Liew turut menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh Jeffrey sebagai lagu lama dan gimik politik semata-mata. Mereka merumuskan bahawa kemunculan Jeffrey bersama PKR tidak membawa ombak tsunami politik di negeri ini sepeni yang diramalkan oleh mereka yang bersimpati dengan perjuangan pembangkang. Jeffrey, dalam komen balasnya menegaskan bahawa !agu lama yang didendangkannya sekarang ini adalah soal keadilan dan menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai 'menentang keadilan'. Sehubungan itu. beliau mencabar mereka yang mengkritiknya supaya tampil menyatakan secara terbuka bahawa mereka menentang enam perkara asas yang dirumuskannya dalam Deklarasi Tambunan. Sama ada Jeffrey dan PKR mampu merubah keadaan, hanya masa menentukan. Yang pasti. keadaan politik Sabah semakin sukar diramalkan. Dua calon PAS yang bertanding kerusi DUN dan tujuh calon PKR di empat kerusi DUN serta tiga Parlimen turut kehilangan deposit. Tiga calon DAP masing-masing di dua DUN dan satu Parlimen juga mengalami nasib yang sama. Calon PKR. Ab. Azis Ab. Hamid yang hanya memperoleh 1,957 undi dan hilang deposit.1I

Jentera yang Terpisah

Ketidakwujudan perbincangan dalam kalangan pucuk pimpinan Parti PKR di Sabab berhubung dengan calon parti tersebut dalam pilihan raya ke-12 menyebabkan ramai yang bertanding sebagai calon bebas. Antara calon-calon Bebas yang dikatakan dahulunya merupakan ahli PKR ialah Rarnzah Ahmad (Putatan), Datuk Patrick Sindhu (Papar), Dr. Anthony Tibok (Penampang), Richard Joe Jimmy (Tenom). Nordin Kaning (Beluran), Jolly Majalap (Pitas), Peter Marajin (Kedamaian), Yusop Apok (Labuk) dan Jahran Gani (Sukau). Akibat daripada itu. Pengerusi Perhubungan PK~ Hj. Ansari Abdullah akan mencadangkan nama-nama ahli yang bertanding sebagai calon Bebas ini untuk dikenakan tindakan disiplin kerana langkah mereka ini dianggap sebagai melanggar etika dan disiplin partLJl

Cal on DAP bagi kawasan P.I72 Kota Kinabalu. Hiew King Cheu telab menyatakan rasa kesalnya apabiJa calon PKR iaitu Christina Liew enggan menarik diri daripada bertanding yang akhimya menyebabkan pertandingan sesama sendiri selaku pakatan Pembangkang Sabah berlaku." Temyata kekhuatiran beliau itu berasas apabila dalam pilihan raya 2008 ini, saingan sengit diberikan oleh calon PKR itu apabila Hiew King Cheu hanya menang dengan majorili kecil mengatasi calon PKR iaitu 106 undi sahaja. Cal on PKR, Christina Liew memperoleh undi sebanyak 9,358, Chin Tek Ming selaku calon Bebas memperoleh undi sebanyak 8,420 dan calon DAP. Hiew King Cheu memperoleh undi sebanyak 9.464 undi.

182

Page 19: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaIr.alan Pembangkang dan PRU Ke-J 2 di Sabah

Pertandingan Bertindih

Kegagalan DAP dan PKR mencapai persepakatan dalam mengelak pertindihan bertanding di kawasan sarna mendatangkan rahmat buat BN di Sabah yang sejak awallagi menyetujui formula status quo 2004 dari segi agihan pembahagian kerusi

dalam kalangan komponennYiL Selain DAP dan PKR, parti pembangkang lain di negeri itu ialah Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), Setia dan Pasok serta calon Bebas. Berikutan ketiadaan permuafakatan itu, peluang pembangkang menawan kerusi DUN dan Parlimen bukan setakat kabur, malah punah bersama imp ian yang hanya linggal mimpi. Pembangkang, khususnya DAP hanya mampu merarnpas DUN N.57 Sri Tanjong dan Par limen P.I72 Kota Kinabalu, manakala kerusi DUN N.26 Kuala Penyu dan Parlimen P.186 Sandakan yang dikuasai calon Bebas (yang juga disifatkan sebagai pembangkang), dirampas semula oleh BN. BN

mengekalkan penguasaan di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen, sama seperti yang dikuasai pada pilihan raya 2004, tetapi kali ini penguasaan itu menyaksikan BN terlepas genggaman di kerusi DUN N.S7 Sri Tanjong (dalam Parlimen Tawau) dan Parlimen P.I72 Kota Kinabalu. Selain DUN N.S7 Sri Tanjong, terdapat sekurang­kurangnya enam lagi kerusi DUN yang tampak seolah-olah mampu dirampas pembangkang iaitu DUN N.19 Kepayan, N.26 Kuala Penyu, N.33 Bingkor, N.l3 Inanam, N.14 Likas, N.16 Luyang dan N.58 Merotai. Kenyataan ini berdasarkan undi diperoleh cal on pembangkang yang bertelagah, tetapi turut bertanding di kerusi yang sama. Pad a peringkat Parlimen, pembangkang seolah-olah mampu terus

menguasai Parlimen P.186 Sandakan, letapi oleh sebab pembangkang bertegas in gin meletakkan calon masing-masing, kerusi berkenaan terlepas ke tangan BN. Namun, dalam kekalutan merebul kawasan untuk ditandingi itu, pembangkang masih mampu meraih kemenangan di DUN N.S7 Sri Tanjong dan Parlimen P.I72 Kota Kinabalu.

Di DUN N.S7 Sri Tanjong. DAPmerarnpas kerusi berkenaan apabilacalonnya, Wong Sze Phin @ Jimmy menewaskan penyandang dari BN, Samson Chin Chee Tsu, selain cal on PKR, Datuk Kong Hong Ming. Jimmy memperoleh 5,359 undi manakala Samson (4,187) dan Kong (3,090) sekali gus membolehkan Jimmy menang dengan undi majoriti 1,172. Yang jelas, jumlah keseluruhan undi diperoleh calon DAP dan

PKR 8,449 jauh mengatasi undi yang diperoleh oleh Samson. Bayangkan jika pembangkang mencapai kesepakatan untuk mencalonkan hanya seorang daripada mereka untuk menentang Samson. Dengan pengundi Cina seramai 74.21 peratus

daripada keseluruhan 19,536 pengundi dan bumiputera Islam (22.81 peratus), bumiputera bukan Islam (2.67 peratus) dan etnik lain (0.31 peratus), Jimmy mengatasi Samson yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 3,907.

Di kerusi Parlimen Kota Kinabalu, keadaan yang sarna dapat dilihat melalui undi diperoleh calon DAP dan PKR yang jauh mengatasi cal on BN, Chin Teck Ming

dari Parti Bersatu Sabah (PBS). Chin yang pertama kali dicalonkan terpaksa akur kepada

183

Page 20: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md SajJie Abd RDJu", cf Ha.. ShawaJudd", He.. HUSQIf

8,420 undi yang diperolehnya manakala calon DAP, Dr Hiew King Chew memperoleh 9,464 undi dan calon PKR, Christina Liew Chin Jin (9,3-58) dan calon Bebas, Kong Yu Kiong (341). Walaupun berhadapan dengan Chin dan Christina serta Kong, Dr. Hiew menang dengan undi majoriti 106 berbanding undi majoriti diperoleh cal on BN pada pilihan raya 2004, Datuk Dr Vee Moh Chai sebanyak 10,860 undi.

Calon BN di Par limen Sandakan, iaitu Presiden Partj LOP Oatuk Liew Vui Keong yang pertama kali melangkah ke gelanggang pertarungan pilihan raya hams berterima kasih kepada ketidaksepakatan calon DAP, Shanty Chong Chui Lin dan calon Bebas, Fong Vun Fui. Liew memperoleh 8,297 undi berbanding Shanty (8,121) dan Fong (2,929), sekali gus membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan dengan undi majoriti hanya J 76. Jelas, kehadiran calon Bebas itu membolehkan BN rnenguasai semula kerusi Par limen Sandakan yang sebelurn ini dikuasai calon Bebas, Chong Hon Min yang menang pada pilihan raya 2004 dengan undi majoriti 1,330. Di DUN N.19 Kepayan (dalam Parlimen Penampang), calon BN yang juga caJon tunggal MeA, Datuk Edward Khoo Keok Hai memperoleh 6,162 undi, manakala calon DAP, Stephen Jacob Jimbangan (4,100) dan calon PKR. Datuk Chau Chin Thong @ Chau Chin Tang (3,658) ..

Di DUN N.26 Kuala Penyu (dalam Parlimen Beaufort), calon BN, Teo Kwan Chin @ Teo Mau Sing merampas sernula kerusi berkenaan daripada calon Bebas yang juga penyandang, Datuk Johan @ Christopher O. T. Ghani. Bagaimanapun, Teo yang rnemperoleh 4,416 undi hanya menang dcngan undi majoriti 257 berbanding Ghani (4,159 undi) dan calon PKR. Guandee Koh Hoi (889 undi). Sekali lagi pertelagahan meletakkan calon pembangkang menyebabkan peluang Ghani mernpertahankan kerusi berkenaan digagalkan dengan kehadiran Guandee.

Di DUN N.33 Bingkor (dalam Parlimen Keningau), peluang Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan untuk merampas kerusi itu daripada penyandang, Justin Guka dari BN digagalkan dengan kehadiran dua calon Bebas, masing-masing VICtor Leomadus @ Victor Leonardus dan Uling @ Thomas Anggan. Jeffrey tewas dengan kekurangan 171 undi. Victor memperoleh 129 und~ manakala Uling memperoleh 164 undi. Jika kedua-dua calon Bebas itu memberi laluan kepada Jeffi"ey untuk berdepan dengan Justin, besar kemungkinan DUN Bingkor dirampas pembangkang.

Keadaan yang sarna dapat dilihat di DUN N.Il Inanam, Likas, Luyang dan Merotai. Ketidaksepakatan calon DAP, PKR dan Bebas menyebabkan calon BN menang di kawasan berkenaan. Di Sabah, dua kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN melibatkan persaingan PKR dan DAP • masing·masing di Sepanggar dan KOla Kinabalu dan Tanjung Aru serta Luyang. Ewol Muji @ Edward Ewol Mujie dar; OAP melawan Mohd Ibrahim Abdullah @ Yembun (PKR) untuk berdepan Enchin Majimbun @ Eric (BN). Bekas bendahari pusat PKR, Christina Liew Chin Jin bersaing em pat penjuru dengan calon OAP Hiew King Chiew dan juga Chin Tek Ming (BN) serta Kong Yu Kiong (bebas). Calon BN, Edward Yong Qui Fah ditentang Awang

... ~

Page 21: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaAatan Pembanglcang dan PRU Ke-12 di Sabah

Ahmad Shah (PKR) dan Yang Chan Tsze @ Teddy Yang (DAP) di Tanjung Aru.

Calon PKR Alexander Wong Yun Kong berdepan lagi dengan calon DAP Fung Kong

Win di DUN Luyang bersama calon BN Melanie Chia Chui Ket dan Bebas, Chin

Fung Vui @ Bernard. Justin Guka yang menang dengan majoriti tipis 106 undi dalam

pertandingan empat penjuru manakala Presiden Bersekutu, Berman Angkap,

mendapat undi terendah iaitu 32 dalam pertandingan lapan penjuru di DUN Tanjong

Kapor yang dimenangi calon BN, Teo Chee Kang dengan majoriti 3, 619 undi.

PENUTUP

Salah satu punca BN berjaya mengekalkan kerusinya adalah disebabkan oleh faktor

jentera BN yang baik dan tersusun, rakyat Sabah terhutang budi dengan Kerajaan

Pusat yang banyak memberi kemajuan kepada rakyat Sabah. Sejak BN mengambil

alih pentadbiran pad a tabun 1994, pelbagai bentuk pembangunan telah dibawa oleh

Kerajaan Pusat yang sebelum ini tidak pernah terrnimpi oleh rakyatnya. Pembangunan secara berperingkat dan usaha membasmi kemiskinan terus menjadi agenda utama

Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membawa Sabah seiring dengan kemajuan di negeri lain. Berdasarkan kepada zaman gelap politik Sabah sebelum ditadbir BN,

rakyat merasakan penderitaan selama berada di bawah kerajaan pembangkang telah

menjadi sebab utama untuk parti pembangkang ditolak dalam pilihan raya umum ke-12. Bagi mereka, kerajaan pembangkang yang pernah memerintah Sabah hanya

membawa perpecahan kepada masyarakat dan pergolakan politik yang berpanjangan

sehingga politiknya tidak stabil. Akibat ketidakstabilan politik di Sabah suatu masa

dahulu, rakyat menerima kesannya apabiJa kebajikan dan pembangunan terabai sekali gus membuatkan negeri ini terns tercicir dalam banyak aspek. Oleh itu, untuk tidak

mengulangi kesilapan lalu, rakyat membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya kali ini bagi memastikan masa depan generasi muda dan negeri ini mempunyai hala tuju

yang jelas. Walaupun BN menang dalam pilihan raya ini, tidak berrnakna BN bolch

mendabik dada dan bangga dengan kemcnangan yang selesa ini. Hal ini disebabkan

apabila kepimpinan PKR. PAS dan DAP bersetuju memhentuk satu gagasan yang kini dikenali sebagai "PAKATAN RAKYAT". Penubuhan pakatan ini jelas memberi

gambaran babawa gabungan tiga parti pembangkang ini merupakan satu gagasan yang diterajui dan digerakkan oleh rakyat. Pakatan Rakyat adalah hak milik semua

rakyat Malaysia, justeru pihak pimpinan Pakatan Rakyat tidak harus bertelagah dan

mementingkan kepentingan kuasa, wang dan pangkat dalam mentadbir pakatan ini.

Ada baiknya juga Pakatan Rakyat yang kini komponennya adalah PKR. PAS dan

DAP berganding bahu mempelawa semua pakatan pembangkang di Sabah dan

Sarawak supaya bergabung menganggotai Pakatan Rakyat demi kepentingan semua

rakyat Malaysia. Dengan ini bolehlah Pakatan Rakyat menjadi satu wadah yang

terbaik untuk semua rakyat Malaysia menilai dan kemudian memilihnya pada

185

Page 22: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PRU-13. Lolosnya DAP pada pilihan raya kali ini wajar mencetuskan kebimbangan dan persoalan terhadap kemahuan sebenar rakyallerulama pengundi Cina di Sabah.

NOTA

1 Daily Express, 22 Februari 2008

2 New Sabah Times, 26 Februari 2008

) Calon PASOK DUN Senallang. Mohd. Sayadi Bakal yang juga merangkap Ketua Pemuda Pasok negeri lelah menarik diri dari bertanding pada pilihan raya umum int Beliau telah memberikan alasan bahawa SPR negeri tidak menjalankan tugas dengan baik setelah tidak memperakui logo parti tersebut untuk digunakan sebagai lambang parti berkenaan bagi pertandingan dalam pilihan raya Sabah kali ke-12. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Daily Express, 22 Februari 2008.

4 The Borneo Post, 23 Februari 2008.

, Ibid.

• Daily Express, 3 Mac 2008.

7 Utusan Borneo, 25 Februari 2008.

• Utusan Borneo, 7 Mac 2008.

'New Sabah times, 16 Februari 2008.

10 New Sabah times, 16 Februari 2008.

II Daily Express, 2 Mac 2008.

IZ Daily Express, 3 Mac 2008.

IJ Daily Express, 22 Februari 2008.

14 Ibid .

., Sabah Times, 3 Mac 2008.

186

Page 23: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

PaAalan Pembang/cang dan PRU Ke-12 di Saban

16 Daily Express, 2 Mac 2008

17 Utusan Borneo, 7 Mac 2008

II Jamal Sulai merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kawasan Silam sebelum mengambil keputusan keluar parti setelah kecewa dengan langkah pucuk pimpinan UMNO memilih semula Mohd. Suhaili sebagai calon DUN N.49 Kunak buat penggal yang kedua. Temu bual yang dilakukan dengan Zulkarnain Jumahani di rumah kediaman beliau di Kg. Talisai, Tungku pada 27 Februari 2008.

19 Ibid.

20 Utusan Borneo, 25 Februari 2008.

11 Utusan Borneo, I Mac 2008.

2l Daily Express, 2 Mac 2008.

13 New Sabah Times, 7 Mac 2008.

14 Temu bual yang dilakukan dengan Ibrahim Tainui di rumah kediaman beliau di Kg. Batu Payung pada 22 Februari 2008.

l' Temu bual yang dilakukan dengan Jahinah Kabang di rumah kediaman beliau di Kunak pada 23 Februari 2008.

16 New Sabah Times, S Mac 2008.

%1 Daily Express, 3 Mac 2008.

11 Temu bual yang dilakukan dengan Omar Ullang di rumah kediaman beliau di Tanjung Labian. Tungku pada 26 Februari 2008.

19 Ibid.

)0 Utusan Borneo, 26 Februari 2008.

'1 Ibid.

187

Page 24: Pakatan Pembangkang dan Pilihanraya Umum Ke-12

Md. Saffie Abd /laJu", cI HiM SltawaJlllddJlf H;" H~

n Namun demikian, calon Bebas kawasan Papar, Daluk Patrick Sindhu menafikan

beliau merupakan ahli PKR. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Utusan Borneo, 26 Februari 200S.

JJ The Borneo Post, 22 Februari 200S.

RUJL'KAN

Daily Express, 22 Februari 200S.

New Sabah Times, 26 Februari 200S.

The Borneo Post, 23 Februari 2008.

Daily Express, 3 Mac 2008.

Utusan Borneo, 25 Februari 200S.

Urusan Borneo, 7 Mac 200S.

New Sabah Times, 16 Februari 200S.

New Sabah Times, 16 Februari 2008.

Daily Express, 2 Mac 2008.

Daily Express, 3 Mac 2008.

Sabah Times, 3 Mac 200S

Utusan Borneo, 25 Februari 2008.

Urusan Borneo, I Mac 2008.

New Sabah Times. 7 Mac 2008.

18S