fssk-pra-3 kursus wajib fakulti

10
42 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 1.0 Latar Belakang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dilancarkan pada 15 November 2001 hasil penstrukturan semula tiga Fakulti rumpun sains sosial. Fakulti-fakulti yang terbabit dalam penstrukturan semula itu adalah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) dan Fakulti Sains Pembangunan (FSP). Rasional pemilihan nama FSSK ialah: Membayangkan satu pusat keilmuan yang mengendalikan program dalam bidang ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan. Mengendalikan kursus teras disiplin dan multidisiplin dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Untuk menggambarkan kesepaduan ilmu yang berkongsi asas-asas espitemologi dan metodologi yang sepunya. 1.1 Ijazah yang ditawarkan oleh FSSK adalah: 1.1.1. Ijazah Sarjanamuda Sastera Dengan Kepujian Ijazah ini adalah untuk program aliran kemanusiaan seperti berikut: i) Program Persuratan Melayu ii) Program Pengajian Bahasa Melayu iii) Program Pengajian Bahasa Inggeris iv) Program Sejarah 1.1.2. Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Ijazah ini adalah untuk Program aliran sains sosial seperti berikut: i) Program Antropologi dan Sosiologi ii) Program Sains Pembangunan iii) Program Geografi iv) Program Komunikasi Media v) Program Kerja Sosial vi) Program Sains Politik vii) Program Linguistik

Upload: builien

Post on 08-Dec-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

42 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

1.0 Latar Belakang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dilancarkan pada 15 November 2001 hasil penstrukturan semula tiga Fakulti rumpun sains sosial. Fakulti-fakulti yang terbabit dalam penstrukturan semula itu adalah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) dan Fakulti Sains Pembangunan (FSP). Rasional pemilihan nama FSSK ialah:

Membayangkan satu pusat keilmuan yang mengendalikan program dalam bidang ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan.

Mengendalikan kursus teras disiplin dan multidisiplin dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Untuk menggambarkan kesepaduan ilmu yang berkongsi asas-asas espitemologi dan metodologi yang sepunya.

1.1 Ijazah yang ditawarkan oleh FSSK adalah:

1.1.1. Ijazah Sarjanamuda Sastera Dengan Kepujian • Ijazah ini adalah untuk program aliran kemanusiaan seperti berikut:

i) Program Persuratan Melayu ii) Program Pengajian Bahasa Melayu iii) Program Pengajian Bahasa Inggeris iv) Program Sejarah

1.1.2. Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian• Ijazah ini adalah untuk Program aliran sains sosial seperti berikut:

i) Program Antropologi dan Sosiologi ii) Program Sains Pembangunan iii) ProgramGeografi iv) Program Komunikasi Media v) Program Kerja Sosial vi) Program Sains Politik vii) Program Linguistik

Page 2: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 43

1.2 Wawasan Memangkin dan mencetus pemikiran terkini dalam pembentukan peradaban bangsa.

1.3 MisiMembentuk suasana penjanaan ilmu terkamir untuk pembangunan insan yang bergerak seiring arus dalam acuan kebangsaan.

1.4 Matlamat1.4.1 Melahirkan siswazah luwes dan mempunyai ciri-ciri profesional yang

relevan dan bolehpasar serta bersifat pembelajar seumur hidup;

1.4.2 Menjana, menyebar dan mengkhazanah ilmu di peringkat global yang beracuan keMalaysiaan;

1.4.3 Memajukan siswazah yang mengimbangi ilmu asas dan gunaan;

1.4.4 Menyumbangkan kepakaran dalam pelaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

1.5 Strategi1.5.1 Fakulti akan berusaha mencapai wawasan, misi dan matlamatnya melalui

usaha pendidikan, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang dirancang secara sepadu.

1.5.2 Program pendidikan yang bersepadu yang bukan sahaja menekankan pengajaran tetapi juga membentuk graduan yang berfikiran kritis,bermoral, mempunyai kemahiran berkomunikasi, dan celik dalam bidang teknologi maklumat.

1.5.3 Mewujudkan budaya penyelidikan melalui malim sarjana dan penyelidikan yang intergratif untuk menghasilkan penemuan, idea dan rumusan yang boleh memberi implikasi dasar dan memperluaskan ilmu asas.

1.5.4 Meningkatkan aktiviti seminar, bengkel, wacana untuk meng-hasilkan bahan-bahan untuk menjadi asas penerbitan sama ada di peringkat lokal, nasional atau antarabangsa.

1.5.5 Mengetengahkan kepakaran penyelidikan dan perundingan dalam bidang-bidang utama melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan.

Page 3: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

44 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015

2.0 Pusat Pengajian

Pusat Pengajian adalah satu entiti dalam fakulti yang menggabungkan sumber manusia mengikut ilmu dan kepakaran untuk memajukan ilmu yang berkaitan. Melalui pengembelingan tenaga akdemik dalam bidang yang berkaitan di bawah satu pusat pengajian akan dapat memudahkan perkembangan ilmu oleh akademik. Penubuhan sesebuah pusat pengajian juga adalah berdasarkan keperluan kritikal bidang ilmu yang berkenaan. FSSK telah menubuhkan 6 buah Pusat Pengajian dengan setiap satunya menawarkan 3 program. Pusat-pusat Pengajian yang dimaksudkan:

2.1 Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik 2.1.1 Program Pengajian Bahasa Inggeris 2.1.2 Program Linguistik

2.2 Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

2.2.1 Program Persuratan Melayu 2.2.2 Program Pengajian Bahasa Melayu

2.3 Pusat Pengajian Media dan Komunikasi 2.3.1 Program Komunikasi Media

2.4 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia 2.4.1 Program Psikologi 2.4.2 Program Kerja Sosial

2.5 Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi 2.5.1 Program Sejarah 2.5.2 Program Sains Politik

2.6 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran 2.6.1 Program Antropologi dan Sosiologi 2.6.2 ProgramGeografi 2.6.3 Program Sains Pembangunan

Page 4: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 45

3.0 Struktur Program

3.1 Program Prasiswazah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Berdasarkan prinsip penstrukturan yang telah dipersetujui, pengajian ilmu sosial akan dibahagikan kepada ilmu asas (foundational) yang ditawarkan di peringkat fakulti dan pusat pengajian, dan ilmu perdana (main stream) yang menjadi bidang pengkhususan. Kursus-kursus ilmu asas yang bertujuan membina asas ilmiah seseorang graduan wajib diambil oleh semua pelajar. Sementara ilmu perdana yang menjadi asas pengkhususan seseorang pelajar adalah aspek aplikasi yang dibina daripada ilmu asas tersebut.

Struktur umum program Sarjanamuda Sastera Dengan Kepujian (SmSa) dan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian (SmSnSos) adalah seperti berikut:

Jadual 1 Bil. Kursus Unit

Kursus universiti

o Citra Wajib 3 8

oCitra Kompetensi 7 8

o Citra Rentas Ilmu

Citra 1 2 6

Citra 2 2 6

Citra 3 1 3

Citra 4 1 3

Citra 5 1 3

Citra 6 1 3

Wajib Fakulti (WF) 4 15

Wajib Pusat (WP) 1 - 4 3 - 12

Wajib Program (WM) 18 - 21 54 - 63

Jumlah 31 - 47 121

Page 5: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

46 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015

Rancangan Struktur Kurikulum Program Sarjanamuda Sastera dengan Kepujian (SmSa) dan Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (SmSnSos) adalah seperti pada Jadual 2.

3.1.1 Kursus UniversitiSetiap pelajar wajib mengambil kursus yang ditawarkan melalui Pusat Citra Universiti (PCU) sejumlah 40 unit.

3.1.2 Kursus Teras FakultiKursus teras fakulti adalah kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar berdaftar di fakulti. Kursus yang ditawarkan adalah :o SKPD1013 Pengantar Sains Sosialo SKPD1033 Bahasa Inggeris untuk Sains Sosialo SKXXXXX4 Metodologi Penyelidikan o SKXXXXXX Latihan Industri/Kerjayao LMCE3012 Workplace Communication I; ATAUo LMCE3022 Workplace Communication II

3.1.3 Kursus Teras Pusat PengajianKursus teras pusat pengajian mencerminkan kesepaduan disiplin dan program dalam sesebuah pusat pengajian. Kursus-kursus ini adalah wajib diambil oleh semua pelajar dalam sesuatu pusat pengajian yang berkaitan.

3.1.4 Kursus ProgramKursus di peringkat program merupakan kursus pengkhususan (major) untuk seseorang pelajar. Kursus yang ditawarkan mengandungi unsur kerangka konseptual, kemahiran dan aplikasi bagi menyediakan pelajar menceburi sesuatu bidang kerjaya. Kursus ini juga menyediakan asas untuk pelajar memperluas dan mendalami ilmu di peringkat yang lebih tinggi.

3.1.5 Kursus Pemantapan Bahasa InggerisKursus LMCE1002 Foundation English perlu diikuti oleh pelajar-pelajar yang mendapat MUET band 2 sebelum mendaftar kursus SKPD1033 Bahasa Inggeris Untuk Sains Sosial.

Page 6: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 47JA

DU

AL

2:

RA

NC

AN

GA

N S

TRU

KTU

R K

UR

IKU

LUM

SA

RJA

NA

MU

DA

FSSK

Kur

sus

Sem

este

r 1

Uni

t S

emes

ter

2U

nit

Sem

este

r 3

Uni

t S

emes

ter

4U

nit

Sem

este

r 5

Uni

t S

emes

ter

6U

nit

Sem

este

r 7

Uni

t

Citr

a W

ajib

LMC

W10

22 A

sas

Keu

saha

wan

an &

Inov

asi

2LM

CW

2173

Hub

unga

n Et

nik

3LM

CW

2163

Tam

adun

Is

lam

dan

Tam

adun

Asi

a3

Citr

a K

ompe

tens

iLM

CK

1331

K

omun

ikas

i Efe

ktif

1LM

CK

1421

Pem

ikira

n K

ritik

al d

an P

enye

lesa

ian

Mas

alah

1LM

CK

2711

Ta

nggu

ngja

wab

Ala

m

Seki

tar

1LM

CK

2922

Kem

ahira

n In

sani

ah2

LMC

K15

31

Kep

impi

nan

dan

Kre

ativ

iti

1LM

CK

1621

Etik

a da

n Pr

ofes

iona

l1

LMC

K28

11 S

osia

l dan

K

eber

tang

gung

jaw

aban

1

Citr

a R

enta

s Ilm

uSK

PD10

13 P

enga

ntar

Sa

ins S

osia

l (C

itra

1);

ATA

U

3SK

PD10

13 P

enga

ntar

Sa

ins S

osia

l (C

itra

1);

3C

itra

33

Citr

a 4

3C

itra

53

Citr

a 6

3

Citr

a 2

3C

itra

23

Faku

lti

(WF)

SKPD

1033

Bah

asa

Ingg

eris

Unt

uk S

ains

So

sial

; ATA

U

3SK

PD10

33 B

ahas

a In

gger

is U

ntuk

Sai

ns

Sosi

al

3SK

XX

Met

odol

ogi

Peny

elid

ikan

; ATA

U4

SKX

X M

etod

olog

i Pe

nyel

idik

an4

LMC

E301

2 W

orkp

lace

C

omm

unic

atio

n I

ATA

U L

MC

E302

2 W

orkp

lace

C

omm

unic

atio

n II

;AT

AU

2

LMC

E301

2 W

orkp

lace

C

omm

unic

atio

n I A

TAU

LM

CE3

022

Wor

kpla

ce

Com

mun

icat

ion

II

2

SKxx

3006

Lat

ihan

In

dust

ri6

SKX

X 3

006

Latih

an In

dust

ri6

Pusa

t (W

P)/

Prog

ram

(W

M)

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3Pu

sat/P

rogr

am3

Pusa

t/Pro

gram

3

Pusa

t/Pro

gram

3

Pusa

t/Pro

gram

3

Jum

lah

2019

1818

2020

6

Page 7: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

48 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015

Kursus Teras Fakulti

SKPD1013 Pengantar Sains Sosial Dalam konteks dunia hari ini sebahagian besar daripada kehidupan kita dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Secara umum peristiwa tersebut dipengaruhi oleh persekitaran sosial dan budaya yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memahami dan mengenali manusia, masyarakat serta budaya menerusi satu sistem pengetahuan yang dikenali sebagai sains sosial. Kursus ini bertujuan memperkenalkan sains sosial sebagai satu perspektif bagi mengamati, memahami dan menghuraikan fenomena sosial dan alam sosial manusia. Kursus ini bermula dengan memperkenalkan sains sosial dan kemanusiaan, sejarah perkembangannya, falsafahnya serta cabang ilmu yang dirangkumi. Bahagian ini diikuti dengan penerangan tentang kaedah penyiasatan sosial yang digunakan untuk menyelidiki dan menjawab pelbagai persoalan sosial. Kursus ini juga membincangkan tentang sains sosial di Malaysia dan kemungkinan-kemungkinan masa depannya. Kursus ini menggunakan pendekatan antardisiplin sebagai asas memupuk kemahiran mengkaji bidang sains sosial di peringkat yang lebih lanjut.

Social living is largely influenced by events occuring around us. Varying social and cultural environments play a role in influencing these events. Thus, it is imperative that we make the effort to understand man, society and culture through a system of knowledge known as social sciences. This knowledge system allows an understanding, explanation and appreciation of social phenomena and human social world. This course commences with an introduction of social sciences and humanities, history of social sciences, key philosophies and branches of related knowledge. Development of social sciences in Malaysia and prediction of its future is also discussed. This course utilises an interdisciplinary approach to study the social sciences. This approach also develops skills for advance study of social sciences.

Bacaan AsasAbdul Rahman Embong (sunt.). 2006. Peranan dan orientasi sains sosial Malaysia

(Edisi Baru). Penerbit UKM: Bangi. Hunt, E.F. & Colander, D.C. 2002. Social science: an introduction to the study of society.

Massachusetts: Allyn and Bacon.Ismail Yusoff. 2001. Pengenalan sains sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.Neuman, W.L. 2006. Social research methods. Massachusetts: Allyn and Bacon.Perry, John & Perry, Erna K. 2006. Contemporary society: an Introduction fo social

science. Boston: Allyn and Bacon.

Page 8: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 49

SKPD1023 Teknologi Maklumat untuk Sains SosialKursus ini mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal kepada penggunaan teknologi maklumat di peringkat pertengahan. Pelajar diberikan pengetahuan dan pemahaman mengenai terminologi, masalah dan isu etika dalam pengkomputeran semasa serta didedahkan kepada aplikasi menggunakan perisian umum. Penekanan diberikan kepada latihan menggunakan komputer melalui simulasi di makmal komputer.

This course exposes students to theoretical and practical application of information technology at intermediate level. Students will be made aware of terminologies, problems and ethical issues in current information technology practice as well as public domain software application. Emphasis will be given on practical approach using computer simulation in computer laboratory.

Bacaan AsasShelly, G.B., Cashman, T.J. & Vermaat, M.E. 2008. Discovering Computers 2008.

Boston: Thomson Course Technology.Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd. Shanudin Zakaria dan Mohd. Zamri

Murah. 2000. Teknologi maklumat. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia).Morley, D. 2006. ‘Computers and technology in a changing society’. Ed. Massachusettes:

Thomson Learning.Napier, H.A. & Judd, Phillip J. 2000. Microsoft office 2000: comprehensive course.

Cincinnati: South-Western Educational.Sawyer, Stacey C., Williams, Brian K., & Hutchinson, Sarah E. 1997. Using information

technology a practical introduction to computers and communications. Chicago: Irwin.

SKPD1033 Bahasa Inggeris untuk Sains SosialTujuan utama kursus ini adalah untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran belajar serta kebolehan akademik dalam Bahasa Inggeris. Kursus ini mengambil pendekatan bersepadu dengan memasukkan elemen kemahiran makro dalam pembacaan, pertuturan dan penulisan di dalam konteks akademik yang tertentu.

The purpose of this course is to enable students to develop study skills and academic proficiency in the English language. The course adopts an integrated approach incorporating the macro skills of reading, speaking and writing within the context of a particular academic area.

Bacaan AsasHartmann, P. 2007. Quest 2: Reading and writing. Second Edition. Singapore: Mc-

Graw-Hill.Langan, J. 1998. College Writing Skills. Singapore: McGraw-Hill Book Company.

Page 9: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

50 /Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2014-2015

Oshima, A. & Hogue, A. 1999. Writing Academic English. Third Edition. NY: Longman. Smalley , R & Ruetten, M. 2000. Refining Composition Skills. New York: Maxwell

Macmillan International Publishing Group.Verde Verdeber, R. F. 2000. The Challenge of Effective Speaking. Thomson Learning.

SKPD1043 Pengantar FalsafahKursus ini menganalisis idea-idea dan persoalan-persoalan asas dalam ilmu falsafah yang berkaitan dengan kehidupan moral dan intelektual manusia. Topik-topik utama yang dibincangkan ialah epistemologi, logik, falsafah agama, etika, metafizik,falsafah bahasa, falsafah sejarah, falsafah sosio-politik, estetika dan falsafah kesenian. Perbincangan dilakukan berdasarkan pemikiran tokoh-tokoh yang sesuai dengan topik tersebut. Antara tokoh-tokoh tersebut termasuklah ahli-ahli falsafah Islam (seperti al-Ghazali, al-Farabi, ibnu Sinai), Barat (seperti Plato, Aristotle, Descartes, Hume, Russell, John Hick) dan Timur (seperti Buddha, Konfusius, Laozi, Sarvepalli Radhakrishnan). Menerusi pembacaan dan diskusi pelajar-pelajar dibimbing ke arah memahami secara lebih jelas mengenai ilmu falsafah dan kepentingannya dalam membina jatidiri, tanggungjawab moral, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

This course analyses basic ideas and issues in the field of philosophy as they pertain to man’s moral and intellectual life. Main topics deliberated include epistemology, logic, the philosophy of religion, ethics, metaphysic, and the philosophies of language, history, socio-politic, and aesthetics. Discussions follow the thinking of leading philosophers of respective philosophical topics. The scholars include Muslim thinkers such as al-Ghazali, al-Farabi, and ibnu Sina; Western thinkers such as Plato, Aristotle, Descartes, Hume, Russell, John Hick); and Eastern figures such as Buddha, Confusius, Laoze, and Sarvepalli Radhakrishnan. Through guided readings and discussions students are led towards a constructive understanding of the importance of philosophy and the philosophical mind in such vital human concerns as identity, moral responsibility, man—man relationships, and man-nature relationships.

Bacaan AsasEarle, W.J. 1992. Introduction to philosophy. New York: McGraw Hill, bab 6.Hospers, J. 1988. An introduction to philosophical analysis. 3rd Ed. Englewood Cliffs.

New Jersey: Prentice Hall, Bab 1 dan 2.Mohd. Michael Abdullah.1995. Pemikiran kritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.Pojman, L.P. 1991. Introduction to philosophy: classical & contemporary readings.

Belmont, California: Wadsworth Publishing Company, bab 1.Wolff, R.P. 1976. About philosophy. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, bab 1.

Page 10: FSSK-PRA-3 kursus wajib fakulti

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 51

SKPD1053 Keterampilan Berbahasa dan BerkomunikasiKursus ini akan memperkatakan aspek retorik sebagai seni berbahasa dan berkomunikasi yang berkesan secara lisan dan tulisan. Bagi menentukan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, asas penguasaan tatabahasa, peristilahan, ejaan dan sebutan akan dibincangkan. Bagi keterampilan menulis, jenis-jenis penulisan naratif, deskriptif, eksposisi, argumentasi dan persuasif akan dihuraikan. Dalam aspek lisan, kursus ini memperkatakan selok-belok pertuturan yang berkesan bagi mengungkapkan buah fikiran dan mempraktikkannya melalui beberapa kegiatan yang diwujudkan melaluipembentangan esei atau forum dan seumpamanya.

This course attempts to instruct rhetorical strategies in effective language usage and communication, both in the spoken and written forms. To ensure these linguistic and communicative skills are well-acquired, grammar, terminologies, pronunciation as well as spelling are discussed. For the instruction of writing competence, different types of writing, such as narrative, descriptive, exposition, argumentative, and persuasive will be examined. For the oral component, this course includes speech delivery tips besides lessons to formulate ideas. Students are to participate in formal presentations

Bacaan AsasAufses, D.S, Scanlon.L & Shea, H.R. 2007. Language of composition : reading, writing

and rhetoric. Bedford : St Martins.Esenwein, J.B, Carnagen, D. 2005. Art of public speaking. Lightning Source Inc.Mohd. Sidin Ahmad Ishak. 1999. Keterampilan menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. Kathryn, S. Y, Travis, P.H. 2004. Oral communication : skills, choices and consequences.

Waveland Press, IncNikSafiahKarim,FaridM.Onn,HashimHj.Musa&AbdulHamidMahmood.2004.

Tatabahasa dewan. Edisi bahru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.