forum hubungan etnik

2
Forum: Wujud akta kawal selia hubungan kaum tak praktikal 04:13:32 AMCetakEmel Kawan BARU-BARU ini dilaporkan kerajaan bercadang memperkenalkan satu rang undang-undang hubungan kaum di sidang Mac Parlimen untuk mengawal interaksi antara kaum dan memupuk sikap saling hormat-menghormati. Walaupun saya tidak menentang pengenalan Rang Undang-undang Hubungan Kaum, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menimbangkan cadangan itu dengan teliti dan mendengar maklum balas orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu. Perhubungan kaum di Malaysia yang berbilang bangsa amat penting. Ia akan memutuskan bagaimana kita membina perpaduan dan berusaha ke arah negara Malaysia yang benar-benar bersatu. Hubungan kaum di negara ini dan saling hormat-menghormati dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik sentiasa diuji sejak kita mencapai kemerdekaan 54 tahun yang lalu. Hakikat bahawa kita memerlukan Akta Hubungan Kaum untuk mengawal selia interaksi dalam kalangan pelbagai bangsa jelas menunjukkan bahawa hubungan kaum di negara kita setakat ini masih pada tahap yang tidak memuaskan. Sekiranya hubungan kaum di negara kita pada hari ini masih tidak berada pada tahap yang terbaik, maka kita perlu melihat ke dalam hati sanubari dan mencari punca sebenar mengapa kita berada pada tahap yang tidak memuaskan ini. Mengapa selepas 54 tahun merdeka, hubungan kaum tidak berada di landasan yang betul di mana ia sepatutnya bertambah baik dan menjadi lebih kukuh. Bagi saya memperkenalkan undang-undang untuk mengawal selia hubungan kaum bukan perkara yang ideal untuk dilaksanakan, malah lebih baik usaha berkenaan dielakkan. Saya sentiasa menegaskan bahawa ia tidak sesuai untuk membuat perundangan bagi maksud mengurus selia hubungan kaum untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. Ia perlu diingat bahawa permuafakatan, keharmonian dan perpaduan tidak boleh dicapai melalui kawalan perundangan.

Upload: fauziah-savil-kamid-fauziah

Post on 29-Jul-2015

148 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum hubungan etnik

Forum: Wujud akta kawal selia hubungan kaum tak praktikal04:13:32 AMCetakEmel Kawan

BARU-BARU ini dilaporkan kerajaan bercadang memperkenalkan satu rang undang-undang hubungan kaum di sidang Mac Parlimen untuk mengawal interaksi antara kaum dan memupuk sikap saling hormat-menghormati. 

Walaupun saya tidak menentang pengenalan Rang Undang-undang Hubungan Kaum, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menimbangkan cadangan itu dengan teliti dan mendengar maklum balas orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.Perhubungan kaum di Malaysia yang berbilang bangsa amat penting. Ia akan memutuskan bagaimana kita membina perpaduan dan berusaha ke arah negara Malaysia yang benar-benar bersatu. Hubungan kaum di negara ini dan saling hormat-menghormati dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik sentiasa diuji sejak kita mencapai kemerdekaan 54 tahun yang lalu. 

Hakikat bahawa kita memerlukan Akta Hubungan Kaum untuk mengawal selia interaksi dalam kalangan pelbagai bangsa jelas menunjukkan bahawa hubungan kaum di negara kita setakat ini masih pada tahap yang tidak memuaskan. 

Sekiranya hubungan kaum di negara kita pada hari ini masih tidak berada pada tahap yang terbaik, maka kita perlu melihat ke dalam hati sanubari dan mencari punca sebenar mengapa kita berada pada tahap yang tidak memuaskan ini. 

Mengapa selepas 54 tahun merdeka, hubungan kaum tidak berada di landasan yang betul di mana ia sepatutnya bertambah baik dan menjadi lebih kukuh. Bagi saya memperkenalkan undang-undang untuk mengawal selia hubungan kaum bukan perkara yang ideal untuk dilaksanakan, malah lebih baik usaha berkenaan dielakkan. 

Saya sentiasa menegaskan bahawa ia tidak sesuai untuk membuat perundangan bagi maksud mengurus selia hubungan kaum untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan antara kaum. 

Ia perlu diingat bahawa permuafakatan, keharmonian dan perpaduan tidak boleh dicapai melalui kawalan perundangan. 

Ia perlu wujud melalui persefahaman, penerimaan dan evolusi antara kaum. 

Page 2: Forum hubungan etnik

Saya mungkin bersikap idealistik, tetapi dengan menyatakan demikian, saya berpendapat bahawa Rang Undang-Undang Hubungan Kaum yang mencontohi Rang Undang-Undang Hubungan Kaum United Kingdom masih boleh diperkenalkan berdasarkan hasrat rakyat Malaysia untuk memerangi ekstremisme kaum dan diskriminasi kaum di Malaysia. 

Hal ini bagi saya harus menjadi langkah terakhir jika tidak ada cara yang lebih baik untuk menghentikan perkauman dan semua bentuk diskriminasi kaum di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan perpaduan.