forum 2-ritma & pergerakan

12
Forum 2 –Ritma dan pergerakan Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ) View Message : Current Topic Forum 2 Posted By : Norziha Bte Jahuri (D20102042851) Date posted : 02 Mar 2013 10:33:01 PM (16 read/s) Sememangnya pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid. Ini disebabkan oleh setiap kanak-kanak mempunyai pengalaman, kemahiran dan keupayaan yang berbeza mengikut peringkat umur. Justeru itu, semakin meningkat umur kanak-kanak tersebut, perkembangan mereka dari segi kognitif, mental dan fizikal bertambah matang. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak akan berada di fasa berbeza bergantung kepada pengalaman dan pembelajaran sebelum mereka mahir dan efektif dalam melaksanakan sesuatu kemahiran pergerakan. Dalam hal ini, setiap kemahiran pergerakan dibahagikan kepada tiga fasa pembelajaran yang utama iaitu fasa kognitif, fasa bersekutu dan fasa autonomous . Ketiga-tiga fasa ini adalah berkonsepkan kepada peningkatan kemajuan dari mudah kepada kemahiran pergerakan yang lebih kompleks . Aktiviti di setiap fasa juga menyediakan urutan yang progresif untuk pembelajaran. Dalam fasa kognitif, kanak-kanak akan mempamerkan persembahan yang tidak konsisten di peringkat awal pembelajaran. Seterusnya, persembahan menjadi lebih konsisten dalam fasa bersekutu kerana pada masa yang

Upload: azmi-arifin

Post on 12-Aug-2015

4.296 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

koleksi soalan ritma dan pergerakkan

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 2-Ritma & Pergerakan

Forum 2 –Ritma dan pergerakan

Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 2

 Posted By : Norziha Bte Jahuri (D20102042851)  Date posted : 02 Mar 2013 10:33:01 PM  (16 read/s)

Sememangnya pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid. Ini disebabkan oleh setiap kanak-kanak mempunyai pengalaman, kemahiran dan keupayaan yang berbeza mengikut peringkat umur. Justeru itu, semakin meningkat umur kanak-kanak tersebut, perkembangan mereka dari segi kognitif, mental dan fizikal bertambah matang. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak  akan berada di fasa berbeza bergantung kepada pengalaman dan pembelajaran sebelum mereka mahir dan efektif dalam melaksanakan sesuatu kemahiran pergerakan. Dalam hal ini, setiap kemahiran pergerakan dibahagikan kepada tiga fasa pembelajaran yang utama iaitu fasa kognitif, fasa bersekutu dan fasa autonomous . Ketiga-tiga fasa ini adalah berkonsepkan kepada peningkatan kemajuan dari mudah kepada kemahiran pergerakan yang lebih kompleks . Aktiviti di setiap fasa juga menyediakan urutan yang progresif untuk pembelajaran.

Dalam fasa kognitif, kanak-kanak akan mempamerkan persembahan yang tidak konsisten di peringkat awal pembelajaran. Seterusnya, persembahan menjadi lebih konsisten dalam fasa bersekutu kerana pada masa yang sama program motor sedang dibentuk. Kanak-kanak akan mempamerkan penguasaan yang baik dan terkawal bagi kemahiran-kemahiran yang mudah tetapi memerlukan lebih perhatian bagi kemahiran yang lebih kompleks. Di peringkat akhir pembelajaran pula iaitu pada fasa autonomous, persembahan telah menjadi konsisten, lancar

Page 2: Forum 2-Ritma & Pergerakan

dan mempunyai nilai estetik. Program-program motor yang terlibat dapat dipelajari dengan baik dan disimpan dalam ingatan jangka panjang. Fokus pembelajaran boleh ditumpukan kepada aspek teknik dan taktik seiring dengan perkembangan kemahiran kanak-kanak yang telah berkembang. Untuk mengekalkan kemahiran baru di peringkat ini, ia mesti sentiasa diamalkan untuk mengukuhkan program motor.

Justeru itu, penekanan terhadap konsep asas pergerakan di peringkat awal perkembangan pelajar akan membantu pelajar memahami dan menghargai seni dalam pergerakan. Di samping itu, pemahaman awal ini akan bermanfaat dari sudut kesihatan fizikal, kerana melalui pergerakan kanak-kanak membangunkan kemahiran sosial, emosi, dan kognitif.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

Re : Forum 2 07 Mar 2013 10:08:16 PM

  Posted By     : Rohana Bt M. Salih 02 Mar 2013 10:33:01 PM

 Reply To       :

Norziha Bte Jahuri

  Attachment  : No File Attach 

Berdasarkan pelbagai kajian menunjukkan pelbagai faktor yang mempengaruhi kemampuan murid untuk melakukan pergerakan asas atau melakukan kemahiran asas motor dengan baik. Antara faktor yang perlu dititikberatkan sebelum pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor fizikal, persekitaran dan latihan. Faktor umur dan jantina juga menunjukkan pengaruh ke atas prestasi kemahiran murid untuk menguasai sesuatu pergerakan asas. 

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas perlu diajar mengikut tahap kematangan murid. Umur dan kematangan setiap murid adalah tidak sama dan teknik pengajarannya juga berbeza. Ini perlu dilaksanakan kerana keupayaan murid melakukan pergerakan asas adalah mengikut kemampuan usia mereka pada ketika itu. Tahap perkembangan kognitif dan pemikiran kanak-kanak berusia 6 tahun sudah tentu tidak sama dengan tahap pemikiran murid berusia 12 tahun  dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran pergerakan. Kemahiran pergerakan asas dikuasai oleh murid-murid secara beransur-ansur. Lazimnya, pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas adalah mengikut perkembangan  dari mudah ke kompleks iaitu dari tahap yang senang dikuasai oleh murid ke fasa yang lebih sukar. Oleh sebab itu tahap kematangan murid harus diambil

Page 3: Forum 2-Ritma & Pergerakan

kira.

Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal, dan kemahiran ini perlu dibimbing dengan penuh teliti oleh guru supaya perkembangan pengajaran dan pembelajaran pergerakan murid berkembang dengan baik pada usia remaja mereka.

  | Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 2

 Posted By : Zarinah Bte Sayuti (D20102042363)  Date posted : 06 Mar 2013 08:39:08 PM  (6 read/s)

Salam sejahtera. Guru akan memerhatikan  murid-murid dengan menggunakan pelbagai cara semasa berada di sekolah. Kebiasaanya, semasa  aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru akan memberi perhatian pada setiap murid untuk mengesan kelebihan dan kekurangan murid-murid agar dapat diberi bimbingan yang sesuai. Perkembangan setiap murid adalah berbeza maka guru perlu prihatin dalam melakukan pergerakan yang sukar atau mencabar . Oleh itu, sebagai seorang pendidik perlu mempertimbangkan perkembangan dan kebolehan mereka bersesuai dengan kemampuan murid-murid  tersebut agar otot-otot mereka tidak cedera. Sebenarnya, setiap murid adalah unik, istimewa dan tiada sesiapa pun boleh dibanding dengan kemampuan mereka. Murid-murid mempunyai potensi  dan kemampuan yang berbeza dalam bidang yang berlainan. Guru-guru hendaklah bijak mengatur aktiviti melalui senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang  untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. 

 Kesimpulannya, pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi mereka dengan membangkitkan perkembangan imej kendiri yang positif:

i)                   dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak,

ii)                 dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian

Page 4: Forum 2-Ritma & Pergerakan

masalah,

iii)                dengan memupuk interaksi sosial yang positif,

iv)                dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-kebolehan fizikal dan kinestetik mereka.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 2

 Posted By : Rohana Bt M. Salih (D20102042922)  Date posted : 07 Mar 2013 07:30:36 PM  (12 read/s)

Pada dasarnya pergerakan asas adalah merupakan tahap terpenting dalam perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Pergerakan juga merupakan medium pembelajaran yang paling asas sebelum perlaksanaan sesebuah pergerakan yang lebih kompleks berlaku. Oleh sebab itu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan berlaku guru perlu mengambil kira faktor perkembangan murid. Proses perkembangan kemahiran pergerakan kanak-kanak adalah merupakan sebuah proses yang lambat dan memakan masa untuk mencapai tahap yang tertentu, oleh sebab itu kesabaran adalah amat perlu bagi seseorang guru. 

Pengajaran dan pembelajaran pergerakan perlu selari dengan perkembangan murid kerana setiap murid akan berada di fasa berbeza bergantung kepada pengalaman dan pembelajaran sebelum mereka mahir, efektif dan dapat menguasai sesuatu kemahiran pergerakan. Kemahiran pergerakan murid lazimnya dibahagikan kepada tiga fasa pembelajaran yang utama. Ketiga-tiga fasa ini adalah berkonsepkan peningkatan kemajuan dari mudah (penemuan) kepada kemahiran pergerakan yang lebih kompleks (penyatuan). Setiap fasa menyediakan urutan yang progresif untuk pembelajaran sesuai dengan kadar perkembangan murid.

Fasa pertama ialah fasa kognitif. Dalam peringkat awal pembelajaran, kanak-kanak akan mempamerkan persembahan yang tidak konsisten. Oleh yang demikian, adalah penting seseorang guru memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perlaksanaan kemahiran beserta komen dan maklum balas membina bagi memperbetulkan kesilapan dalam pelaksanaan kemahiran kanak-kanak dalam proses cuba jaya. Itulah sebabnya mengapa pengajaran dan pembelajaran harus mengambil kira faktor perkembangan kognitif murid.

Fasa kedua pula merupakan  fasa Bersekutu. Perkembangan persembahan murid dalam fasa ini adalah menjadi lebih konsisten kerana pada masa yang sama program motor sedang dibentuk. Murid-murid akan mempamerkan penguasaan yang baik dan terkawal bagi kemahiran-kemahiran yang mudah tetapi memerlukan lebih perhatian bagi kemahiran yang lebih kompleks. Pada peringkat ini murid akan mula mendapatkan rasa maklum balas dalaman 'kinestetik' apabila mereka melakukan

Page 5: Forum 2-Ritma & Pergerakan

kemahiran dengan baik. Mereka mula untuk mengesan dan membetulkan kesilapan mereka sendiri dan kadar kejayaan telah meningkat. 

Fasa ketiga ialah  fasa Autonomous. Di peringkat akhir pembelajaran, persembahan telah menjadi konsisten, lancar dan mempunyai nilai estetik. Program-program motor yang terlibat dipelajari dengan baik dan disimpan dalam ingatan jangka panjang. Fokus pembelajaran boleh ditumpukan kepada aspek teknik dan taktik seiring dengan perkembangan kemahiran kanak-kanak yang telah berkembang. Untuk mengekalkan kemahiran baru di peringkat ini, ia mesti sentiasa diamalkan untuk mengukuhkan program motor.

Keadaan ini jelas menunjukkan sebab mengapa pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira perkembangan murid.  Pemahaman tentang aspek sains dan nilai estetik yang wujud dalam setiap pergerakan akan membantu memudahkan murid untuk memahami sifat pergerakan dan menjadikan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang lebih baik dan efisen. Penekanan terhadap konsep asas pergerakan di peringkat awal perkembangan pelajar akan membantu pelajar memahami dan menghargai seni dalam pergerakan. Di samping itu, pemahaman awal ini akan bermanfaat dari sudut kesihatan fizikal, kerana melalui pergerakan kanak-kanak membangunkan kemahiran sosial, emosi, dan kognitif.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 2

 Posted By : Chen Yen Peng (D20102042635)  Date posted : 11 Mar 2013 03:50:53 PM  (3 read/s)

Pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor perkembangan murid kerana pengetahuan tentang perkembangan seseorang kanak-kanak adalah merupakan suatu perkara yang amat penting untuk dialami. Ini adalah kerana penelitian ke atas ciri-ciri perkembangan tersebut akan membawa kepada pembentukan kanak-kanak yang sempurna di samping pemerhatian dapat dibuat sejajar dengan tahap perkembangan yang normal.

Perkembangan kanak-kanak  adalah merangkumi beberapa aspek seperti kognitif, psikomotor, bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi. Kesemua perkara ini perlu diperhatikan agar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan sebenar tentang kekuatan dan kelemahan seseorang agar permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang sistematik, spesifik dan efektif.

 Attachment : No File Attach...

Page 6: Forum 2-Ritma & Pergerakan

| Reply to This Message | Print Message |

 Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

FORUM 2

 Posted By : Fadzilah Binti Mohd Sharif (D20102043113)  Date posted : 11 Mar 2013 04:47:46 PM  (2 read/s)

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran( nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kita faktor perkembangan murid bagi membantu guru untuk melaksanakan proses pergerakan mengikut kesesuaian tahap murid tersebut. Tidak semua murid dapat melakukan proses pergerakan yang diajar oleh guru, ini kerana bergantung kepada faktor perkembangan murid.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

Ni adalah idea yang cikgu nak kena post

Pergerakan membawa erti yang agak baru dalam pendidikan, hal ini kerana istilah ini bermaksud proses yang memberi panduan pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah. Kegiatan pengajaran dan pembelajaran banyak mengadaptasikan pergerakan seperti dalam mempelajari matematik, seni bahasa, sains, kajian sosial, pendidikan kesihatan serta matapelajaran lain. Sikap ingin tahu yang mendalam dalam diri murid-murid telah mendorong mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Terdapat tiga peringkat dalam proses perkembangan kemahiran pergerakan yang boleh dijalankan oleh guru untuk mengaplikasikan kemahiran pergerakan:

1. Peringkat permulaanIaitu pada peringkat ini guru akan mulakan dengan perkara yang mudah dahulu

Page 7: Forum 2-Ritma & Pergerakan

dengan memperkenalkan aspek utama kemahiran sahaja.Kemudian menunjuk cara perlaksanaan kemahiran untuk pemahaman bagi pelajar mengambarkannya.Peringkat ini akan fokuskan kepada kemahian dan bukannya hasil.

2. Tahap pertengahan:Guru menyediakan peluang bagi mengaplikasikan kemahiran dan rincian kepada kemahiran yang lebih besar

3. Peringkat lanjutan Diperingkat ini murid mula menguasai dan dapat mengalikasikan latihan ulangan seperti situasi sebenar sokongan galakan dan motivasi yang positif perlu bagi memantapkan lagi penguasaan yang ada..

Idea pertama: reply Fadzilah Binti Mohd Sharif

1. Saya sangat bersetuju dengan teori perkembangan murid yang berkembang

mengikut baka dan persekitaran. Sebenarnya secara ringkas perkembangan kanak-

kanak melalui beberapa cabang utama iaitu perkembangan bahasa,

perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan perkembangan sosioekonomi.

Walaubagaimanapun apa yang diterangkan oleh saudari tentang perkembangan

kanak-kanak berteraskan kepada 2 faktor utama iaitu faktor baka dan persekitaran

sangat menarik minat saya. Sememangnya setiap murid mempunyai keupayaan

yang berlainan daripa murid-murid yang lain. Contohnya seperti faktor baka dan

genetik yang berbeza akan melahirkan kana-kanak yang berbeza. Hal inilah yang

akan memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku

seseorang individu itu. Bagi faktor persekitaran pula ia berkait rapat dengan

Page 8: Forum 2-Ritma & Pergerakan

pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak ,hubungan kasih sayang dengan

keluarga atau ibu bapa, peluang-peluang pembelajaran serta keluarga, sekolah,

masyarakat dan rakan sebaya.

Idea 2. Reply to Chen Yen Peng .

Saya sokong apa yang dijelaskan oleh cikgu, di sini saya mahu menambah idea tentang

kenapa pengajaran dan pembelajaran pergerakan harus mengambil kira faktor

perkembangan murid. Hal ini kerana kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi

minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan

latar belakang keluarga.apa yang perlu ada pada guru ialah mereka

haruslah menerima keadaan murid ini seadanya dan berusaha menyediakan aktiviti

yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Perkembangan adalah berterusan oleh itu

guru mestilah peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh

menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna. Begitu juga dengan

perancangan pengajaran di dalam kelas guru sebaiknya membahagikan kumpulan murid

kepada tahap kebolehan mereka dan bahan belajar yang berbeza supaya apa yang diajar

oleh guru dapat dimanfaatkan dan murid-murid tidak tercicir dalam mendapat ilmu.

Idea 3 reply to Rohana Bt M. Salih:

Sememangnya dalam fungsi pergerakan guru perlu sedar dan ingat bahawa ada murid

yang berada dalam minat atau kebolehan belajar yang berbeza guru perlu bijak

memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. sebagai contoh, jika terdapat murid

yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung,

guru perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka dengan

menggunakan pelbagai aktiviti yang menarik dan yang mampu dilakukan oleh mereka

dengan merujuk kepada perkembangan kognitif murid-murid. Contohnya, acara

permainan tradisional yang baru bagi mereka dan menimbulkan keseronokan dan

kepekaan seperti ayam dengan musang, belalang belatuk, datuk harimau dan lain lagi.

Page 9: Forum 2-Ritma & Pergerakan

Permainan ini boleh diajar bagi murid-murid tahap 1 yang lebih siuka kepada pergerakan

dan melalui sendiri situasi mengalami pengalaman. Bagi murid tahap 2 yang berumur 10

tahun dan ke atas mereka mungkin boleh diberikan permainan yang mencabar sedikit

berbanding tahap 1 seperti lari berhalangan 80 meter dan melompat mengikut iringan

muzik. Pergerakan yang dicadangkan ini tidak sesuai diajar kepada murid-murid tahun 1

atau bagi murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu kepekaan amat

penting dan perlu dititikberatkan mengikut kesesuaian fizikal dan kognitif murid itu

sendiri.