forum 1 krb 3053

Upload: moshais

Post on 04-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KRB3053

TRANSCRIPT

Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.Jelaskan maksud kaedah, pendekatan dan teknik dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu beserta contoh yang sesuai. Anda perlu menjawab soalan ini dengan memberi1 jawapan serta 2 responkepada jawapan yang telah diberikan oleh rakan anda. Jawapan perlu dihantar ke tapak di ruangan assignemnt (course tools --> assignment --> E-Forum 1) sebelum atau selewat-lewatnya9 Mei 2015. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

1. Jawapan kepada topic forumKaedah merupakan satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Pendekatan pula merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Teknik pula adalah taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam kelas di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.2) Respon kepada : RAFIDAH BINTI YAAKOBSalam sejahtera,Saya sangat bersetuju dengan maksud kaedah, pendekatan dan teknik yang saudari nyatakan terutama mengenai terma yang digunakan dalam konteks pengajaran. Contoh-contoh yang di beri juga adalah amat bersesuaian dan lebih menjelaskan maksud ketiga-tiga perkataan tersebut.3) Respon kepada : SHAMALA A/P TANAPALANSalam sejahtera Shamala,Saudari memberikan pengertian yang sangat bersesuaian bagi ketiga-tiga perkataan beserta dengan penjelasan lebih lanjut oleh tokoh-tokoh bahasa. Saya mudah memahami apa yang saudari cuba sampaikan dan pengukuhan oleh tokoh-tokoh bahasa menjelaskan lagi maksud perkataan tersebut. Contoh yang sangat baik.